BAB 12
SUARA Iwan yang menjerit memanggil namaku, tidak ku hiraukan. Semakin laju aku melangkah mahu meninggalkan Iwan di hadapan studio Senibina itu. Membawa cebisan kertas lukisan yang Zikri koyakkan sebentar tadi.
Aku seka airmataku kasar. Benci pula pada diri sendiri kerana terlalu murah airmata itu mengalir hanya kerana cinta. Bertambah pedih kerana cinta sesama manusia yang jelas tidak kekal lama malah terlalu banyak helahnya.
“Shaq, tunggu dulu,” jerit Iwan. Suara Iwan sudah makin dekat.
Memang aku tidak mampu berlari lebih laju memandangkan diri yang tidak sihat mana dan bila aku berhenti di tepi kaki lima itu, tubuh Iwan sudah mendekat padaku. Bahuku ditepuk perlahan.
“Shaq, kau okey tak ni?” tanya dia.
“Kau nampak aku okey ke macam ni, Wan? Kau rasa aku okey ke lepas apa yang dah jadi tadi? Kau tahu tak kau bukan saja nak hancurkan hati aku ni, tapi kau dah dekat nak hancurkan masa depan aku, tau tak?” Meninggi saja suaraku memarahi Iwan.
“Kau tengok lukisan projek akhir aku ni? Kau tengok apa yang Ziki dah buat pada hasil titik peluh aku ni disebabkan kata-kata kosong kau tu!” marahku lagi.
Kali ini Iwan tersenyum sinis. “Kalaulah kau boleh melengking macam ni pada Ziki…” Dia menggeleng.
“Tapi mesti tak boleh, kan? Mesti nak berlembut je dengan dia sepanjang masa,” sinis Iwan pada aku.
Terkedu aku dibuatnya. Menimbang kembali kata-kata Iwan yang terlalu jelas kebenarannya. Rasanya tidak pernah aku meninggikan suara pada Zikri. Hendak menolak kehendaknya juga aku merasa teragak-agak.
“Semuanya boleh jadi, Wan jika pakai perkataan kalau ni. Kalaulah aku boleh lupakan perasaan aku pada Ziki, kalaulah aku boleh undur waktu, kalaulah aku tahu semua ini akan terjadi pada aku...” Aku menggeleng penuh sesal.
Sesal dengan diri sendiri yang bagaikan tidak sudi menerima aturan takdir ke atas perjalanan hidupku. Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin terjadi biarpun aku menangis air mata darah sekalipun.
“Maafkan aku, Shaq. Tapi, aku tak boleh nak nafikan rasa cinta ni. Aku tak nak kau terluka sebab Ziki lagi. Betul kau dengan Ziki kawab dari kecil lagi. Tapi, sudah-sudah la tu terseksa sebab dia. Dah jelas dia nak tunang dengan orang lain. Tak kan macam tu pun kau sanggup nak tunggu dia lagi, Shaq?’
Persoalan Iwan padaku ada benarnya. Cuma aku tidak tahu apakah jawapan di sebalik kebenaran itu? Sekali lagi aku telah berjanji dengan Zikri dan dia sudah menuntut janji itu sebentar tadi.
Aku renung anak mata Iwan. Entah mengapa, biarpun jelas keikhlasannya tergambar melalui mata itu, aku tetap tidak mampu menerima cintanya. Jika aku tetap memaksa diri ini menyintainya, pasti akan ramai yang terluka termasuk aku sendiri.
Dia dekat padaku dan kini sudah berdiri benar-benar rapat padaku. Perlahan-lahan dia raih kedua belah jemariku dan digenggemannya erat. Aku mendongak mencari matanya lagi. Melihat raut wajah yang penuh mengharap itu dalam pandangan yang kabur dek genangan air mata.
“Lepaskan Ziki dari hidup kau, Shaq. Dia bukan untuk kau,” pujuk Iwan lembut.
“Tapi, aku tak mampu. Bukan aku tak pernah cuba lenyapkan perasaan aku ni pada dia, Wan. Tapi, memang aku tak mampu,” aduku lemah.
Kali ini, ku rasakan genggaman Iwan pada jemariku semakin erat. Dia tersenyum tipis dan menggeleng perlahan.
“Kau mampu. Aku ada untuk bantu kau lupakan dia. Kita cuba,” pujuknya lagi.
“Tapi, kalau tak boleh?”
“Tak,” pangkas Iwan. “Kau boleh. Aku percaya kau boleh!”
“Kalau kata boleh pun, aku tetap tak boleh nak terima kau dalam hidup aku.” Aku harus akui seperkara itu. Aku tidak mahu Iwan terus menerus berharap padaku. Mengharapkan cinta yang tak akan berbalas, aku tahu betapa peritnya rasa itu.
“Tak apa, Shaq. Aku tak akan paksa. Cukuplah kau sudi dekat dengan aku. Tak ada cinta pun tak apa. Cukuplah aku je yang cintakan kau, Shaq. Kau tak nak cintakan aku pun tak apa. Aku sanggup,” akuinya telus.
Genggamannya pada jemari terlerai dan dia membawa jemari kasarnya itu hinggap di pipiku. Menyapu sisa air mata seperti mana yang pernah aku harapkan Zikri menyekanya untukku.
“Terima kasih, Wan. Sebab sudi bantu aku lupakan Ziki. Tapi, macam mana kalau aku melukakan hati kau tanpa sengaja?”
Aku takut juga. Risau andai aku terpaksa melukakan hati Iwan dalam pada aku sedang cuba melupakan Zikri.
“Aku tak akan paksa kau. Sesekali tak akan memaksa. Ambillah berapa lama masa sekalipun untuk kau lupakan Zikri.
Tapi, kau kena ingat yang ada seorang lelaki yang sedang tunggu kau, Shaq,” janji dia padaku.
Aku angguk saja. Titisan airmata yang bersisa aku seka dengan hujung jari. Hendak aku katakan ya pada lamaran kasih Iwan, aku takut dia juga bakal melalui nasib yang sama denganku nanti. Menyintai pada yang tak sudi. Hendak aku tolak, ada rasa belas pula. Cinta? Langsung tidak ada. Langsung tidak berdebar hati ini untuk dia.
“Aku tak boleh nak terima kau sekarang. Sampai bila pun aku sendiri tak pasti. Takdir dan perasaan aku ini, bukan milik aku sebenarnya. Aku harus akui, segalanya milik Allah dan andai Dia membalikkan hati aku ini lalu aku jatuh cinta pada kau, aku harap masa tu, kau terimalah aku dengan seadanya, Wan,” pintaku pada dia dan bila Iwan mengangguk aku hanya mampu tersenyum tawar.
Waktu ini, tiada lagi wajah Dyla dan Zikri hadir. Yang aku nampak hanyalah keikhlasan di mata Iwan namun sayang kerana aku tidak mampu merasai keikhlasan itu kerana aku yakin, aku tidaklah tercipta untuk Iwan.
“Dahlah, Shaq. Jangan fikir lagi. Kita dah dekat nak final ni. Lepas ni masing-masing tak tahu ke mana kita akan ditakdirkan meneruskan perjalanan kita. Jomlah, aku hantar kau balik.” Iwan menarik tanganku memaksa aku melangkah bersama dia.
Baru sahaja beberapa langkah aku dan Iwan sama-sama melangkah, kami sama-sama terpegun bila wajah Dyla keruh mencerlung ke arah kami dengan renungan tajam yang terlalu sukar hendak aku tafsirkan. Aku telan liur.
“Aku memang tak sangka kau khianati persabahatan kita, Shaq. Kau cakap kat mulut lain, tapi hati kau lain, kan?” soal Dyla dengan suara yang tertahan-tahan.
Aku menggeleng. “Jangan salah faham, Dyla. Ini semua bukan macam yang kau sangka.”
Dia ketawa sinis. Aku pandang Iwan dan Iwan memandang aku. Entah apa lagi yang harus aku katakan kala ini. Masih belum reda peristiwa semalam, ditambah pula peristiwa hari ini.
Dari sinar matanya, aku tahu Dyla kecewa dan aku lebih lagi kecewa tatkala teman baikku yang selama ini bersusah payah bersama menuduh aku begitu. Rasa tidak adil sedangkan dia tidak pernah tahu apakah yang terjadi antara aku dan Iwan.
“Kau jangan salah faham, Dyla,” ujar Iwan agak tegas. Mata Dyla membulat.
“Betul tu, Dy. Kami tak ada apa-apa. Aku dengan Wan dan Ziki tadi dari studio,” tokok aku pula cuba meredakan amukan perasaan Dyla. Dia mendengus.
“Kau memang dah terlalu hebat menipu, Shaq. Kalau semalam kau cakap tak ada perasan pada Iwan, tapi hari ni aku lihat lain pulak? Apa kau sorok dari aku ni, Shaq? Kau tahu aku sukakan Iwan dah lama, kan?” akui Dyla berterus terang.
Iwan di sebelahku, aku kerling sekilas. Tenang saja wajah itu sedangkan wajahku ini andai ditoreh sekalipun, tidak mungkin berdarah. Pucat menerima kehadiran Dyla tanpa aku sangka.
Dalam hati ini sudah dapat ku agak yang persabahatan kami bakal terlerai hanya kerana cinta yang tidak kesampaian.
“Jangan cepat menuduh, Dyla!” tegur Iwan agak keras.
“Tuduh apa, Wan? Tuduh apa? Kau tahu aku sukakan kau. Kau tahu aku dah tiga tahun tunggu kau. Kau tahu aku sukakan kau dah lama tapi kau tetap tak nak terima aku lepas aku berterus terang pada kau semalam. Bila aku tanya kau cakap kau tak ada apa-apa dengan Shaq, tapi hari ni lain pulak. Kau dengan Shaq sama je, Wan. Penipu!” jerit Dyla agak kuat.
Iwan mengucap panjang. Aku beristighfar menerima tuduhan begitu. Sampai hati Dyla menuduh kami demikian. Buta sangatkah mata hatinya hendak menilai hubungan sebenar antara aku dan Iwan hanya kerana kami tertangkap begini oleh matanya?
Aku hanya diam memerhatikan. Rasanya berat tubir mataku kala ini. Andai kerana Zikri, aku mampu bertahan tapi kerana Dyla, aku tidak kuat lagi hendak membendung airmata yang kian sarat meniti di tubir mata.
Sesungguhnya aku kecewa dengan teman baikku ini. Hancur rasanya persabahatan kami kerana cinta dan curiganya
“Kau sedang fitnah kami, Dy. Aku dengan Shaq tak pernah ada apa-apa. Memang aku sukakan dia tapi dia tak pernah sukakan aku. Kau tahu tak betapa terseksanya aku bila Shaq menolak cinta aku kerana lelaki yang tak membalas cinta dia? Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku melihat dia begitu?” soal Iwan pada Dyla.
“Kalau kau tahu sakitnya kau tunggu Shaq, kau mesti tahu betapa peritnya aku tunggu kau, Wan! Kalau kau rasa, aku juga rasa.” Dyla bersuara keras. Biarpun wajah itu suram namun, ketegasannya terserlah.
“Sebab tu aku tak nak terima kau, Dy. Sebab Shaq pernah cakap pada aku, dia tak nak aku lalui apa yang dia sedang rasa menyintai orang yang tak cintakan kita. Kita semua tak akan bahagia, Dy. Aku dengan Shaq dah buat keputusan nak berkawan selagi kami mampu. Jodoh itu urusan Allah. Aku tak mungkin memaksa wanita yang aku sayang untuk menerima aku dan merosakkan kebahagiaan dia.” Iwan menelan liur. Dia menjeling ke arahku sekilas sebelum kembali merenung wajah Dyla yang sudah dinodai oleh air jernih yang laju menuruni lekuk pipinya.
“Aku harap kau juga tak memaksa aku untuk menerima kau, Dy. Aku takut kau menderita. Kalau kata kita semua tak berjodoh, aku tak harap kita semua jumpa lagi selepas tamat final exam ni nanti,” sambung Iwan memaknakan kata.
Aku mengerti maksudnya. Aku tahu kehendak hatinya kerana aku juga begitu namun yang pasti, aku tak mungkin dapat membuang Zikri dari hatiku. Ke mana saja aku pergi, aku pasti bersua dengannya di kampung kelak.
“Betul cakap kau tu, Wan.” Dyla bersuara akhirnya setelah diam seketika.
“Aku harap selepas kita keluar daripada kampus ni, aku tak harap berjumpa kamu semua lagi…” Suaranya terhenti seketika sebelum dia memandang ke arahku.
“…lebih-lebih lagi kau, Shadiqah. Kau hancurkan kepercayaan aku pada kau selama ni. Aku tak kisah kalau kau berterus terang tentang kau dengan Iwan tapi bila aku sendiri yang tangkap kau berduaan dengan dia, rasanya aku tak perlukan apa-apa penjelasan lagi. Mata aku masih belum buta untuk menilai keadaan kamu berdua sejak dari tadi lagi. Dan kau Wan...” Dia beralih pula memandang Iwan.
“… katalah apa saja, tapi bila dua kali aku lihat dengan mata kepala aku sendiri keadaan kau dan Shaq, aku tak mungkin percayakan kau lagi!” tekan Dyla seraya mengesat airmatanya kasar.
“Dan kau juga buta hati untuk menilai persabahatan aku pada kau hanya kerana cinta, Dalyla!” Akhirnya terucap jua ayat itu buat Dyla.
Aku mahu dia mengeti akan keresahan hatiku menerima hukumannya. Betapa aku menyayangi persabahatan kami tapi semudah itu dia menghancurkannya hanya kerana ini? Adilkah bagi aku?
Dia diam. Lama kami bersabung pandang sebelum dia berlalu meninggalkan aku dan Iwan tanpa pamitan lagi dan aku harus memaksa diriku menerima kehendak Dyla yang telah nyata mahu memutuskan hubungan persabahatan yang telah lama terjalin ini.
“Sabar, Shaq. Bagi dia masa,” pujuk Iwan bila aku hampir saja terduduk sekali lagi.
“Apa lagi yang kau boleh katakan selain perkataan sabar tu, kan?” tanyaku sedikit sinis. Iwan kelu.
“Kenapa kau mesti nak cakap macam tu pada Dyla, Wan? Dia baik sangat. Kalau kata kau tak boleh nak terima dia pun, boleh tak kau berlakon sikit. Aku takut dia tak dapat nak tumpu pada final nanti.” Aku mengeluh kesal.
Semudah itu Iwan mengambil keputusan hendak berkata-kata. Kata-kata yang terlalu menyakitkan biarpun bukan aku yang menerima luahan itu.
Iwan ketawa sinis. “Kalau aku minta kau berpura-pura terima aku sebab aku nak periksa ni, kau sudi?” Bibirnya semakin herot dengan senyuman penuh sindiran. Kali ini, giliran aku pula diam. Kelu seribu bahasa bila mengesan kebenaran di dalam setiap kata-kata Iwan.
“Aku cintakan kau tapi aku nak kau bahagia, Shaq dan aku nak dia faham begitu juga. Menyintai tak semestinya memiliki, kan? Kau yang cakap pada aku. Kita berempat ni saling mengejar sedangkan masing-masing tidak mampu mencapai tangan masing-masing. Itu hakikat buat masa ini. Aku akui tu, Shaq dan aku tak akan memaksa kau lagi.
Itu janji aku!” tekan Iwan bersungguh-sungguh.
“Final tak lama lagi, Shaq. Kau doakan Dyla dan aku juga akan doakan. Kau doakan aku dan semestinya aku sentiasa doakan kau biarpun aku tahu, doa kau hanya untuk Zikri.” Iwan kembali mengukir senyum namun terkesan olehku akan kepahitan senyum itu.
“Terima kasih, Wan!” Rasanya waktu ini, hanya ayat itu yang mampu aku ungkapkan. Tidak mampu lagi memujuk dia kerana diri sendiri juga tidak terpujuk untuk aku melupakan perasaan ini pada Zikri.
Kertas yang koyak itu aku pandang lama. Entah mampu aku siapkan ataupun tidak memandangkan tempoh pembentangan akan tiba sehari dua lagi. Aku tidak tahu sama ada Zikri masih mahu menjadi pasangan untuk kertas kerja ini atau tidak? Yang pasti, aku perlu menyiapkan sebelum Puan Anum meminta untuk masa depan kami.
“Pasal rekabentuk kau tu macam mana? Zikri dah koyak semua tu. Kau nak buat lain ke?” soal Iwan.
Aku kembali merenung dia. “Aku selalu tak ada pilihan, kan? Semuanya mesti terjadi saat-saat akhir macam ni,” selaku berkias.
Iwan menggariskan senyuman tipis. “Kau boleh. Jangan risau sebab aku ada!”
Aku angguk saja menerima pujukan Iwan. “Tapi, aku lebih risaukan Dyla, Wan.”
“Tak ada apa yang nak kau risaukan pasal dia, Shaq. Dia yang buat keputusan. Dia dah besar. Dah tiba masanya kau risaukan diri dan masa depan kau. Selagi Tuhan izinkan, aku sanggup tolong kau dan temani kau. Sabarlah, Shaq.” Iwan terus memujuk dan aku, entahkan mampu entahkan tidak menghadapi semua ini.
****
TIBA di bilik, aku lihat Dyla sedang mengemas semua barang-barangnya. Rasanya sudah hampir tiada barang-barangnya di dalam bilik kami ini.
“Kau nak pergi mana, Dy?” tanyaku sambil memegang tangannya dari terus mengutip buku-buku yang ada di atas meja belajar.
Dyla merentap. “Aku benci nak duduk sebilik dengan pengkhianat macam kau ni, Shaq! Kata tak suka, tapi hakikatnya kau siap pegang tangan lagi dengan Iwan.” Terjuih-juih bibir Dyla mengataku.
“Apa yang kau nampak tak sama apa yang sedang terjadi, Dyla. Kau tak berhak buat aku macam ni. Kau tak berhak nak nilai hubungan aku dengan Iwan hanya kerana penilaian mata kasar kau yang telah buta mata hati hanya kerana cinta!” bentak aku pula.
Kali ini, aku sudah tidak rela diherdik oleh Dyla sedangkan dia kenal siapa diriku. Dia sepatutnya yakin denganku.
“Andai benar aku mahukan Iwan, kenapa tidak dari dulu sedangkan aku tahu dia sukakan kau? Kenapa baru sekarang baru aku nak rampas Iwan dari kau?” soalku kuat.
“Sebab Zikri tak terima kau! Sampai sudah Zikri tak terima kau sebab tu kau pergi pada Iwan, kan? Sebab tu kau rampas Iwan daripada aku!”
Aku menggeleng kesal dengan sabahatku yang seorang ini. Rasanya ringan saja tapak tangan ini hendak naik singgah ke wajahnya. Sekaligus menyedarkan dia dari lena yang panjang. Cinta bukan segalanya. Seperti aku dan Zikri. Aku lebih cintakan persabahatan kami daripada cinta yang tidak pernah terluah.
“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Dy? Kau sedar tak yang kau sedang musnahkan persabahatan kita? Kau sedar tak betapa lama aku cintakan Zikri dan aku sanggup sorok segalanya perasaan Iwan pada aku kerana tak mahu kau kecewa? Nampaknya aku silap. Sepatutnya dari dulu lagi aku beritahu kau hal ni. Biar kau terduduk dengan hakikat yang sama dengan aku. Menyintai orang yang tak sudi menyintai kau. Sakit, Dy. Aku sakit dan aku percaya kau juga rasakan benda yang sama sekarang cuma bezanya, hati kau telah dibutakan sebab cinta. Tak mampu menerima hakikat padahal aku lagi lama menderita menyintai lelaki yang tak cintakan aku!” ujarku bersama airmata yang kembali menitis.
Pedih mata ini hendak melihat wajah berkerut Dyla. Sakit hati ini hendak membiarkan dia musnahkan hubungan kami. Ralat rasanya jiwa bila dia langsung tidak mahu mengerti akan hakikat yang sedang kami lalui ini.
Benar kata Iwan, kami berempat sama-sama mengejar. Saling cuba hendak menggapai tangan masing-masing namun tiada siapa pun yang mampu menggapai tangan yang diimpikan.
“Kau cakaplah apa saja, Shaq. Kalau betul kau kawan aku, kau tak akan buat aku macam ni. Kau tak akan biarkan aku lalui apa yang kau rasa bersama Zikri. Atau kau memang tak nak lihat orang lain hidup bahagia setelah Zikri tolak kau mentah-mentah, macam tu?”
Pang!!! Telapak tanganku hinggap ke tangan Dyla akhirnya. Tanpa aku duga dan tak juga aku pinta semua ini terjadi. Segalanya terjadi tanpa aku sedar dan dalam sekelip mata saja. Terduduk Dyla di atas kerusi. Matanya merah menahan tangis. Telapak tangannya memegang pipi yang mungkin perit menahan tamparanku tadi.
Pastilah pedih kerana telapak tanganku juga turut berasa pedih. Rasanya sehabis tenaga aku menampar Dyla sebentar tadi. Aku pandang jemariku yang terketar-ketar. Rasa bersalah mula hadir menggigit sanubari yang semakin rapuh.
“Aku…min…minta ma… ma…af, Dy,” pintaku tergagap-gagap dalam tangisan.
“Aku tak sengaja.”
Dyla bangkit dan mencebik. “Kau jangan harap aku nak maafkan kau, Shadiqah. Lepas apa yang kau buat pada aku. Mulai hari ni, kau bukan lagi kawan aku!”
Dia terus menolak tubuhku menyebabkan aku jatuh terduduk di birai katil dan terus saja dia mengangkat kotak yang berisi buku-bukunya dan terus saja dia melangkah keluar. Aku diam menekur renungan ke lantai. Melihat ke arah tikar getah yang kami sama hiasi di atas lantai bilik ini.
Tatkala pintu bilik berdentum dihempas oleh Dyla, aku baru tersedar yang aku benar-benar sendirian. Tiada Zikri, tiada Iwan dan tiada lagi Dyla.
Airmataku terus menitis tanpa ku seka. Bergetar bibirku hendak berkata-kata namun lidahku kelu. Terpasung pada lelangit tanpa mampu aku menggerakkannya lagi.
Ya Tuhan, kau tabahkanlah hatiku, hati teman-temanku. Andai benar tiada jodoh antara kami, bawalah kami jauh dari masing-masing dan berikanlah kebahagiaanku kepada mereka sebagai ganti agar mereka tidak berasa resah dihimpit duga.
Hamparkan segala kemudahan buat mereka dan biarkanlah aku melangkah di atas duri yang tajam agar mereka tidak merasa sedikit pun nestapa. Kerana aku mahu menebus segala dosa yang telah aku lakukan pada mereka. Doaku di dalam hati.
Sayup-sayup azan membawa aku kembali ke realiti. Sedar akan diri yang sudah berseorangan. Aku renung katil milik Dyla yang telah kosong. Begitu juga meja belajarnya. Tiada lagi buku-buku yang bersepah sana sini. Tiada lagi cadar yang tidak dikemaskan. Yang tinggal hanyalah tilam bersarung putin semata-mata.
Aku tekup wajah ke lutut. Airmata kembali laju mengalir. Sakitnya hati ini. Terlalu sukar hendak ku gambarkan dengan kata-kata. Sudahnya selama ini aku hanya punyai Dyla sebagai teman di sisi dan hari ni bila dia pergi, aku rasa terduduk tanpa mampu berbuat apa-apa.
“Maafkan, Dy. Maafkan aku!” gumamku sendiri dan tanpa sedar aku terlelap bertemankan airmata.
Aku kembali tersedar tatkala jam sudah menunjukkan hampir empat petang. Ya Allah, tanggungjawabku sebagai umah-Nya masih belum tertunai kerana terlalu leka melayan perasaan.
Kaki ini terus saja melangkah ke bilik air setelah aku gapai tuala dari belakang pintu. Tubuh ini perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Zohor.
Usai wudhuk, aku terus kembali ke bilik dan menyarungkan telekung ke tubuh. Perlahan-lahan aku mengucapkan astaghfirulllahhal’azim, memohon keampunan daripada Allah swt agar mendapat lebih kusyuk dalam menghadap-Nya. Dengan penuh rendah diri dan merasakan betapa hinanya diri, aku mengangkat takbir memuji kebesaran Tuhanku yang satu.
Setelah memberi salam dan mengaminkan doa, aku hanya duduk berteleku di atas sejadah. Bermunajat ke hadrat-Nya agar dipinjamkan sedikit kekuatan dan ketenangan buatku untuk seketika.
Baru sahaja ku gapai suruh Yassinn dan tanpa sempat aku mengalunkannya, telefon bimbitku berbunyi sekali menandakan satu pesanan ringkas diterima dan bila aku gapai tertera nama Zikri! Hatiku berdetak hebat.
Bila aku tekan OK, airmataku kembali menitis membawa perkataan yang Zikri tuliskan tapi aku yakin itu bukan untukku.
-tamat je final ni, Zack masuk minang Ann. Muktamad!
Terduduk aku di atas sejadah tatkala mengulang baca pesanan ringkas itu. Aku yakin Zikri tidak sengaja terhantar kepadaku. Pastilah dia telah melakukan kesilapan kerana pesanan itu haruslah sampai kepada Annesa sebenarnya.
Bukan padaku namun bila aku tidak mampu berbuat apa-apa selain merakam kemas pesanan itu di mindaku, hanya satu yang mampu aku lakukan iaitu menerimanya dengan sepenuh hati.
“Ya Allah, andai ini ketentuan-Mu, kau tegarkanlah hatiku menerimanya dan jangan sesekali kau lebihkan cintaku pada dia lebih dari cintaku pada-Mu kerana yang kekal hanya Kamu, Ya Tuhan!” doaku tidak putus-putus kembali berserah kepada takdir dan qada dan qadar Allah.
Belum pun reda ribut di dalam hatiku angkara pesanan itu tadi, aku menerima pula panggilan daripada kakakku, Shadirah. Aku hela nafas sedalam mungkin cuba kembalikan suara yang ceria dan tidak resah agar kakakku itu tidak dapat menelah apa yang berlaku.
“Ya, kak Irah,” sapaku lembut setelah menjawab salamnya.
“Sihat, Iqa?” Aku dengar suara kakakku lembut di hujung talian.
“Sihat je, kak. Tapi, beberapa hari lepas kena hujan. Selsema la sikit,” ujarku membohongi Kak Shadirah bagi menutup suaraku yang agak serak.
“Iqa cuti kan hari ni?” tanya Kak Shadirah di hujung talian.
“Ya, kak. Hari ni hari Ahad. Esok mula kuliah lepas tu dalam dua minggu lagi dah peperiksaan akhir,” jawabku ceria.
Seboleh mungkin aku maniskan muka agar tidak terkesan oleh Kak Shadirah akan kesedihan yang bermukim di dadaku.
“Oh, patutlah mak cakap dekat kakak macam tu. Iqa pulak bila nak balik?”
“Rasanya petang habis kertas akhir tu, Iqa terus balik kot. Tapi, tiket bas Iqa tak beli lagi. Tak tahu lagi kertas akhir tu jatuh hari apa. Nanti Iqa semak semula lepas tu Iqa bagi tahu kakak, ya?” ucapku tenang.
“Emm, tak apalah kalau macam tu. mak yang minta kakak tanyakan ni. Nak tahu Iqa dengan Zikri balik kampung bila. Senang kami nak uruskan.” Kakakku keawa kecil.
Wajahku berkerut seribu. “Teruskan?” tanyaku sepatah.
Hati ini bagaikan sudah dapat menebak apakah yang dimaksudkan dengan perkataan teruskan tu.
“Tengah hari tadi, keluarga Pak Zul datang rumah. Dia meminang Iqa untuk Zikri. Katanya kalau boleh, lepas habis belajar ni, mereka nak tunangkan Iqa dan Zikri dulu sebelum kamu berdua sambung pelajaran. Mak suruh kakak tanya, Iqa sudi ke tak?”
Sekali lagi, aku terkedu menerima berita buruk ini. Entah jawapan apa yang perlu aku berikan kala ini dan aku tahu, hubungan aku dan Zikri akan menjadi semakin rumit.
“Iqa dengar tak ni?” tanya Kak Shadirah lagi tapi aku tetap jua begitu. Diam seribu bahasa.
~~~> bersambung. Maaf lama tak update sebab sedikit sibuk dengan manuskrip Terlerai Kasih n cerpen yg akan diterbitkan tu..Wish me luck on TK
Saturday, December 31, 2011
Bila Nak Saksi? [5]
[5]
BARU saja aku sampai di tingkat bawah, hujan turun pula. Tadi langit terang benderang menghiasi waktu tengah hari tapi kini suram dan kelam diselubungi awan hitam yang kian berarak. Usop dah lesap entah ke mana. Datang tak ku duga, pergi dalam sekelip mata.
Aku dongak ke langit. Rasanya lambat nak berhenti hujan ni. Dekat hentian bas seberang jalan pun tak ada orang. Jalan tar dah macam nak banjir. Aku kemaskan pelukan pada beg galasku. Rasa sejuk tubuh disapa angin yang semakin galak berhembus.
”Tak nak berhenti ke hujan ni?” Aku bertanya pada diri sendiri. Kuat pulak tu. Macam bercakap dengan orang lain pulak.
Mama kata, aku memang macam tu dari kecil lagi suka bercakap sendiri. Mama dah risau bila aku menginjak tujuh tahun tapi masih bertutur bagaikan aku punyai teman di sekeliling sedangkan langsung tiada. Tapi mujur, bila aku menginjak kanak-kanak dan remaja, doktor mengesahkan itu perkara biasa untuk anak-anak aktif macam aku ni.
”Baru ingat nak balik dengan bas je. Tapi, dah hujan ni terpaksalah telefon abang minta tolong,” ujarku seraya mengeluarkan telefon dari poket beg galas.
Telefon biasa je. Nokia C3. Itupun abah yang hadiahkan bulan lepas setelah telefon bimbitku dicuri orang. Tapi sebelum tu, kena tadah telinga dulu la. Ingat nak minta lebih-lebih sikit. Samsung Galaxy Tab ke, S II ke tapi abah jegilkan mata.
”Nak lebih-lebih beli sendiri. Abah dah cukup hantar beri pendidikan.” Itulah ayat abah masa tu.
Hai... aku menggeleng. Jemari ini ligat menekan punat di dada telefon berwarna pink terang ni. Pink abah pilih?
Bila aku tanya dia jawab, Lit kan perempuan!
Sebentar kemudian, aku dah dengar talian bersambung. Harap sangat Abang Jeff dapat menjemput aku pulang. Andai tidak, pasti kebasahan. Lepas tu demam kalau antibodi tak kuat. Esok tak boleh datang kelas mengajar anak-anak ni. Tak naklah macam tu! Abang, tolong setuju.
”Kenapa Lit?” tanya abangku itu tanpa memberi salam.
”Assalamualaikum,” sinisku. Mama dah ajar dari kecil tentang salam tapi dia gelojoh. Macam nak kahwin dulu, gelojoh juga.
”Waalaikummussalam,” jawab dia bersama tawa. Padahal tak lucu pun.
”Apa hal ni telefon abang? Orang tengah landing baik punya hujan-hujan ni. Lit kacau pulak,” rungut Abang Jeff di hujung talian.
Sayup je dengar sebab hujan memang lebat. Menderu angin yang berhembus. Rambut aku ni dah terbang bersepah dah. Ikat pun macam tak ikat dah.
”Ha, sebab hujanlah Lit telefon abang ni. Boleh tak datang jemput Lit depan masjid besar? Hari gelap gelita ni ha. Takut tak dapat bas atau teksi pulak. Nanti mama risau.”
Aku pancing Abang Jeff dengan nama mama. Mesti dia setuju nak jemput pada fikiranku tapi sayang bila dia ketawa saja.
”Alaa, abang malas la nak keluar. Orang tengah hangat bercinta dengan isteri ni,” jawab dia memberi alasan.
Eleh, itu pun nak cakap. Memang tak malu abang aku ni. Wajah dia memang macam kulit biawak. Tebal dan menggerutu sebab tu tak tahu malu.
”Lagipun, mama dengan abah kan dah bagi pelepasan yang selama ini Lit idamkan. Alang-alang dah dapat keizinan ni, Lit gunalah baik-baik. Jaga diri, bawa diri sendiri ke jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang diredhai......,” sambung dia lagi meleretkan kata dan kali ini tawanya semakin galak.
Aku jauhkan telefon bimbit aku ni jauh sikit. Perit telinga padahal deru hujan kuat ni. Tapi, dia ketawa lagi kuat.
”Abang ingat Lit tengah berjalan dekat jalan yang salah ke ni? Lit tak jalan pun ni haa. Lit tengah berdiri tegak je depan Persatuan Hokkien ni, telefon abang datang jemput Lit,” tegasku pula.
”Ala, Lit baliklah sendiri. Abang sungguh ni malas nak keluar. Tak pun telefon abah,” cadang Abang Jeff kemudiannya.
Ni yang buat aku geram ni. Kalau aku minta tolong dia, dia mesti cakap abah. Aku bukan tak nak telefon abah, tapi hari minggu ni, biarlah dia berehat setelah penat melayan karenah anak-anak murid kat sekolah. Jangan kata anak murid, guru-guru pun sama. Sebab abah selalu cakap pada mama, guru-guru sekarang tak bersungguh-sungguh macam zaman-zaman abah dulu. Kesian abah. Makin berkilat kepala abah sebab dah tak ada rambut.
”Abah nak berehat la. Sebab tu Lit telefon abang. Boleh ke tak ni?” tanyaku lagi.
Abang Jeff diam seketika. Hanya nafas dia yang menyapa peluput telingaku kala ini. Apa lagi la yang dia nak fikir tu? Kot ya pun nak bercinta, datanglah jemput aku dulu. Kak Shima tu tak lari la sebab keluarga dia ada dekat Perak. Jauh la juga rasanya Kuantan dengan Teluk Intan tu.
”Abang fikir apa lagi ni?” tanyaku meluahkan rasa tak puas hati dah. Memang payah aku ni nak bersabar.
”Abang tengah fikir alasan sebab malas nak keluar jemput Lit la ni,” jawabnya tanpa nada bersalah.
Boleh dia nak fikir alasan tak nak jemput aku? Ini yang aku mula nak mencabar kehebatan silat gayung dia dan jurus karate aku ni.
”Abang jangan mengada. Abang ada adik sorang je tau. Kalau jadi apa-apa dekat Lit, abang jangan menyesal. Lit tak kira, kalau kata abang tak datang jemput, Lit duduk sini sampai abang datang!” tegasku lalu aku matikan talian.
Memang kena serang angin pusing dengan Abang Jeff ni. Orang tengah bersungguh-sungguh ni, dia main-main pulak.
Kali ini, aku rasa nak hempas je telefon bimbit aku tu ke dinding. Nak lepaskan geram pada Abang Jeff. Mentang-mentang mama dah lepaskan aku berterbangan sendiri, dia mula lupa amanat abah dan mama pada dia untuk menjaga aku.
”Jagalah abang nanti.” Aku merungut-rungut sendiri.
”Nak minta tolong orang bukan tu caranya.”
Tersentak aku dibuatnya dengan sergahan yang tiba-tiba tu. Baru saja nak kalih, tubuh dia sudah terpacak di depanku. Tak payah untuk aku pusing kiri kanan. Dia menyerah diri.
”Eh, awak ada lagi rupanya?” tanyaku sinis.
Usop senyum. ”Hujan ni. Saya nak balik macam mana sebab saya ni ada motorsikal je. Lagipun, saya tak sanggup nak biarkan awak berseorangan menanti yang sudi datang menjemput nanti.”
”Awak mengintip perbualan saya, ya Usop?” soalku sambil jari telunjuk aku goyangkan pada dia. Lengkap pakej dengan renungan redupku yang penuh curiga.
”Mengintip apa pulak?” tanya dia tenang. ”Dah memang dari tadi saya duduk belakang awak ni. Ingat nak datang dekat tapi dah awak bercakap telefon, malas nak mengganggu.”
”Eh, bukan ke tadi awak dah balik? Lepas saya tukar baju awak dah lesap dah.”
”Memanglah lesap sekejap, tapi saya turun hantarkan budak-budak tu balik asrama. Lepas tu saya datanglah balik sebab saya tertinggal seorang lagi kat sana. Ingatkan nak hantar juga tapi awak dah ada yang menjemput. Jadi, saya tunggu hujan reda sikit, saya baliklah,” ujarnya.
Aku mencebik. Dia ni memang kaki mengayat. Rasa macam dia nak mengorat aku je ni dan aku harus berhati-hati. Aku harus pagar hati aku dengan tembok yang paling tinggi dan sukar dipanjat. Jangan harap pun Usop nak intai hati aku.
”Kalau betul nak hantar, awak nak hantar saya dengan motorsikal awak tu ke?” Aduhai, tadi hati kata tak nak, tapi mulut ni terluncur laju je tanya pelawaan Usop tu.
”Eh, mana boleh. Awak tak ada pertalian muhrim dengan saya kenapa nak ajak awak naik motor pulak? Saya hantar awak kat bus stand seberang jalan tu la,” jawab dia sambil memuncungkan bibirnya ke arah perhentian bas di hadapan kami.
Erk, dia ni. Sengaja nak kenakan aku. Bila aku pandang dia, dia senyum dengan jelingan membunuh. Mujur tak membunuh.
”Kalau dekat bus-stop depan tu je, saya boleh jalan sendiri. Tak payah awak hantar pun tak apa, Usop!”
Dia ketawa kecil. ”Huiiii...sejuk ni,” ucap dia perlahan sambil memeluk tubuhnya yang agak sasa itu. Sasa la sangat!
”Saya kalau hantar awak kat bus-stand depan tu, ada pakej sekali,” sambung dia.
”Pakej?” Aku jungkit kening.
”Pakej menemani. Saya teman awak sampai awak selamat masuk ke dalam teksi ataupun bas. Sebab kat situ tak ada keretapi lalu,” jawab dia loyar buruk.
Eii dia ni. Aku rasa nak lipat je dia kat sini. Ada je jawapan yang nak buat aku sakit hati. Lama-lama boleh mati hati dengan budak ni.
”Tak apalah. Terima kasih jelah. Lagipun saya ni pandai jaga diri. Tak perlu awak teman pun,” selaku tidak kalah. Dia senyum saja. Malah makin lebar daripada tadi.
”La, siapa cakap awak tak pandai jaga diri? Saya cakap saya temankan je. Duduk diam-diam, jauh-jauh sikit. Kalau kata ada penjahat datang dekat awak, saya tak kata nak tolong pun,” tokok dia lagi. Memang ayat yang menyakitkan hati.
Aku dah bercekak pinggang. ”Dah tu kalau kata saya kena buat jahat dekat penjahat tu, awak nak tengok jelah?
Walaupun benda tu berlaku depan mata awak? Macam tu?” Kuat je suara aku hendak melawan hujan yang semakin lebat.
”Tadi, awak juga cakap pandai jaga diri. Saya tengok jelah. Nak campur tangan buat apa?”
Boleh pulak dia tanya aku macam tu. Semakin mendidih darahku dengan Usop Sonto ni. Yang Abang Jeff pulak, entah mana dia. Rasanya dah hampir 15 minit berlalu dalam pada aku bertekak dengan Usop ni. Rumah tu tak adalah jauh sangat dari bandar. Nak kata kesesakan lalu lintas? Errr, boleh jadi juga. Hai... Aku mengeluh akhirnya tanpa sedar.
”Awak tahu tak?” Usop bertanya tiba-tiba.
”Tahu apa?”
”Yang mengeluh tu perbuatan orang yang tewas. Hanya orang yang tewas je suka mengeluh ni,” sambung dia tenang. Lagi lagi kenakan aku.
”Saya bukan bukan sebab tewaslah,” bantahku kuat. Baru je nak reda perasaan ni.
”Habis tu?”
”Sebab pakwe saya tak datang-datang lagi ni haa. Dari tadi orang tunggu tak sampai-sampai!”
”Pakwe?” Usop ketawa sakan.
”Tak la.” Aku menggeleng. ”Teman lelaki!” tekanku tegas.
”Okeylah tu. Teman lelaki, pakwe, kekasih, kawan, tunang, buah hati pengarang jantung semua sama je,” sela dia.
Aku pelik. Mana ada sama. Kalau kawan, kawanlah. Kalau teman lelaki teman lelakilah. Kawan sayang kawan, teman lelaki cinta! Itupun dia tak tahu ke? Aku ingat aku yang baru lepas kandang ni je yang cetek ilmu cinta, rupanya budak gila kerja ni pun lagi cetek dari aku.
Memanglah dia gila kerja gamaknya sebab tu berpuluh kerja dia lakukan dalam satu masa. Sekejap jadi Encik Timbang, lepas tu jadi Encik Jurulatih pulak. Lepas ni janganlah dia jadi tukang kebun kat rumah siapa-siapa pulak. Lebih-lebih lagi rumah aku. Mati dia aku kerjakan nanti.
”Awak ni memanglah cetek ilmu cinta, kan? Teman lelaki tu di hati, untuk dicintai. Kalau kawan tu, sayang macam tu je. Ada faham?” tanyaku bagaikan akulah raja segala ilmu cinta di dunia ini. Padahal ayat tu pun aku tiru dalam buku.
”Awaklah cetek ilmu daripada saya. Memanglah semua tu sama je. Melainkan suami. Sah untuk digauli. Untuk bermanja. Kalau setakat pakwe, teman lelaki, kekasih, jantung hati ke, jantung pisang ke.... err, jantung pisang tu
sedap kalau celur cicah dengan sambal belacan....” Dia senyum.
Aduhai, apalah yang dia ni melalut pulak ni. Apa kaitan jantung pisang celur dengan tajuk perbualan kami tadi tu?
”Apa kaitan jantung pisang celur dengan tajuk tadi tu?” tanyaku geram.
”Eh, tak ada kaitan, ya?” tanya dia kembali. Dia ni memang nak kena.
”Memang tak ada kaitan!” jerkahku agak kuat. Tapi, Usop ni langsung tak terkejut.
”Eh, ada kaitannnya. Kaitannya adalah, saya suka makan makanan kampung macam tu. Kegemaran saya tu. Sebab tu ada kaitan dengan kita,” jawab dia. Riak wajah tu langsung tak beriak gurauan. Bersungguh-sungguh!
”Tapi, tetap tak ada kaitan!” Aku mempertahankan pendirianku.
”Emm, yalah. Tak ada kaitan buat masa sekarang ni! Pasal tadi tu betullah, yang awak sebut tu sama je. Tiada hubungan sah dengan awak. Tak boleh bersentuhan, haram! Tak boleh bermesra, lagilah haram. Berdosa. Lainlah kalau suami sebab kalau abang sekalipun, manja adik dengan abang macam mana sangat. Lainlah manja awak dengan suami awak nanti.”
Erk, betul juga dia cakap. Dia ni kalau bab nak perli orang memang dia panjang akal. Asyik terkena je aku ni.
”Tapi, tak apa. Saya dengan pakwe saya tu nanti dah nak kahwin tak lama lagi,” ujarku masih juga tak mahu mengaku kalah.
”Hati-hati kalau buat keputusan nak kahwin. Jangan terkena suami orang sudah,” pesan dia.
Abang Jeff tu memang suami orang. Suami kakak ipar aku. Jadi, apa salahnya aku ambil dia jadi pelakon pembantu kejap lagi. Rasanya pada mata aku, abang Jeff tu tampan orangnya. Macam akulah, jelita orangnya walapun dah memang nama aku tu Jelita.
Ada orang pernah cakap, aku dengan abang aku tu macam kembar. Tinggal abang aku tu, rambut pendek, ada misai dan janggut je. Kalau tak ada semua tu, dah macam fotokopi dengan aku dah.
Sebentar lagi aku nak biar Usop melelah air liur tengok aku pimpin tangan abang Jeff. Aku nak biar dia menitiskan air mata. Geram aku!
”Memang suami orang pun. Tapi, saya sayang dia. Awak kisah?” Aku buat muka sinis.
”Tak kisah langsung. Kenapa nak kisah sedangkan awak bukan sesiapa pada saya? Bukan juga kawan, bukan juga adik, bukan juga kekasih dan jauh sekali isteri. Jadi, tak ada istilah saya nak kisah,” ucapnya lebih tenang dari tadi.
”Awak ni siapa sebenarnya, hah?” tanyaku buat ke sekian kali.
Aku benar-benar ingin tahu siapakah dia? Dari manakah usul asalnya? Andai dari sungai Pahang, keturunan buaya tembaga manakah dia? Andai dari daratan, kaum asli manakah dia?
”Berapa lama awak ikat kontrak kerja amal ni?” Tengok, aku soal dia, dia tanya aku semula. Dah banyak kali macam ni. Soalan berjawab soalan.
”Err, tiga bulan.” Aku menjawab jua. Soalan senang je tu.
”Okey, awak ada tiga bulan untuk kenal saya dan dalam masa tiga bulan ni awak nilailah sendiri siapa saya dan kenapa saya buat kerja amal ni, dan kenapa saya kerja sana-sini,” beritahunya masih menyembunyikan hakikat.
Aku garu kepala. Tapi, tak pasal-pasal tanggal pulak getah yang mengikat rambutku. Mungkin kesan hembusan angin kuat tadi. Nak kutip getah rambut tu malas, jadi aku biarkan saja rambutku lepas bebas, menari-nari mengikut hembusan angin yang mengelus.
”Kalau kata saya tak sempat tahu semua pasal awak dalam masa tiga bulan tu?” tanyaku pula cuba bermain tarik tali.
Dia tidak terus menjawab, sebaliknya dia menapak ke belakangku lalu dia tunduk mengutip getah rambutku yang tertanggal tadi. Bila dia bangkit, dia tidak suakan padaku malah dia sarung ke pergelangan tangannya getah berwarna hitam itu.
”Kan elok kalau awak sorokkan helaian yang cantik berkilau tu di sebalik selendang? Kalau kata awak tak reti, bukan ke awak dah ditawarkan untuk belajar bertudung dengan anak-anak yatim tu tadi?”
Aku telan liur. Pedih hati menerima kata-kata Usop yang bagaikan belati. Seperti anak-anak itu tadi juga, wajahnya tenang melahirkan pendapat. Langsung tidak beriak sindiran.
”Err, belum sampai masanya kot.” Jawapan yang sama juga aku berikan pada Usop. Rasanya wajahku sudah menebal berinci-inci kala ini. Pertama kali ditegur oleh lelaki selain abah dan Abang Jeff, aku sememangnya malu sendiri.
Aku pegang rambutku yang terus dielus angin. ”Err, satu hari nanti, insyaAllah saya pakai,” sambungku lagi cuba menahan kecanggungan pada wajahku.
”Satu hari nanti tu, ya? Masalahnya sempat ke kita untuk satu hari nanti tu? Dan bukankah hanya yang sah untuk awak, layak menikmati keindahan setiap helaian rambut yang telah Tuhan anugerahkan itu?”
Ya Tuhan, waktu ini aku rasa mahu menitiskan airmata. Pedihnya telingaku waktu ini. Selama ini, nasihat mama dan abah meninggalkan kesan juga tapi tidak sehebat ini.
Usop senyum. ”Ini bukan paksaan dan ini hanya nasihat saja dan kalau kata awak tak sempat nak tahu semua pasal saya dalam pada masa tu, senang je. Awak ikut jalan awak, saya ikut jalan saya. Titik!” jawab dia serius.
Aku telan liur. Tiga bulan bukannya waktu yang lama. Pejam celik pejam celik rasanya tiga bulan itu akan tamat dengan pertelingkahan saja sedangkan soalanku tidak pernah dia jawab dengan baik.
”Tiga bulan tu sekejap je, Usop. Kan senang kalau awak berterus terang siapa awak. Nama apa, anak siapa? Mana keluarga awak? Awak ni misterilah. Buat orang takut je,” rungutku.
Dia senyum dan mendongak ke dada langit. Aku juga sama. Nampaknya hujan sudah hampir reda. Masih juga berintik kasar tapi tidaklah selebat tadi.
”Saya Usop dan keluarga saya adalah budak-budak tu tadi,” jawab dia membuatkan aku bertambah keliru dan kelu.
”Apa maksud a...” Tak sempat aku habiskan soalan tu, aku terdengar bunyi hon kereta yang kuat.
Aku pandang ke arah seberang jalan. Sebuah Honda City hitam metalik itu sudah terparkir gah di perhentian bas itu. Bila cermin kereta diturunkan, wajah Abang Jeff dengan Kak Shima terbias di mataku melambai-lambai memanggilku ke seberang.
”Usop saya...” Belum sempat aku meminta diri, dia hilang!
Lemah semangatku kala ini. Lelaki ini terlalu perahsia orangnya tapi dia bagaikan tahu hendak menentang karenah panas baran dan angin pasang aku ni. segenap segi, dia pandai menepis dengan senyuman dan ketenangan tutur katanya biarpun penuh berbaur sindiran.
Hon sekali lagi dibunyikan. Aku terus berpaling ke arah kereta dan terus melangkah laju setelah memastikan tiada kenderaan membelah jalan raya waktu ini.
***
MATAKU ini tidak lepas dari memandang ke belakang biarpun kereta Abang Jeff sudah meluncur laju meninggalkan bangunan Persatuan Hokkien tu. Ghaib ke Usop ni? Betul ke dia manusia atau jelmaan? Kenapa dia datang tanpa aku sedar dan pergi juga bila aku leka?
”Lit cakap dengan siapa tu?” Pertanyaan Abang Jeff membuatkan aku mencari pandangan matanya di dalam cermin pandang belakang kereta.
”Err, tak adalah siapalah. Lit kan suka bercakap sendiri,” jawabku beralasan. Abang Jeff senyum dan kembali bergerak laju setalah lampu merah bertukar hijau.
”Tak la, maksud abang tu, tadi masa depan bangunan tu tadi, Lit cakap dengan siapa tu?” soal Kak Shima pula bagi pihak suaminya.
”Salah seorang jurulatih karate tu ha. Usop nama dia,” jawabku telus. Dah tak pernah nak menipu, nak tipu buat apa.
”Usop?” tanya Abang Jeff dan dia ketawa.
”Apa punya kolot nama dia tu? Kawan Lit ke?”
Aku menggeleng. ”Tak la. Lit kenal dia kebetulan je.” Eh kebetulan ke? Bukan ke Usop cakap pertemuan antara aku dan dia adalah takdir? Emm, entahlah.
”Kebetulan yang macam mana? Bukan ke Lit yang mohon menjadi tenaga pengajar untuk anak-anak yatim tu?” soal Kak Shima pula.
”Err, tak tahulah kak. Mula-mula hari tu, dia terlanggar Lit, lepas tu Lit terserempak dengan dia dekat pasaraya, lepas tu hari ni pulak.”
Depan Abang Jeff Kak Shima memang memanggil aku Lit dan membiasakan dirinya Kak Shima sebab Abang Jeff marah kalau kami ber aku dan ber kau! Tiada tanda hormat katanya sedangkan pangkat Kak Shima dalam rumah itu adalah sebagai kakakku biarpun kami sebaya. Macam-macam. Mengada je lebih.
”Eh, lelaki yang mama cerita dekat aku tu ke?” Kak Shima mula buat wajah teruja. Siap kalih ke belakang berdepan dengan wajahku ini.
”Sayang... kalau Lit tak ber aku kau, dia pulak yang mula,” tegur Abang Jeff. Kan aku dah kata, dia memang tak boleh kami bercakap macam kawan.
Aku buat muka pada Kak Shima. Mengejek dia sebab kena marah dengan Abang Jeff tapi rasanya kejap lagi, mesti lentok leher suami dia tu.
”Maaf, Shima tak sengaja.” Lembut je Kak Shima menuturkan maaf seperti biasa dan Abang Jeff, melebarkan senyum.
”Abang maafkan,” balas abang aku tu. Aku mencebik bila anak mata kami bertaut di dalam cermin pandang belakang ni dan Abang Jeff tersenyum bangga. Benci!
”Lelaki tu yang mama cakap dekat Kak Shima semalam tu ke, Lit?” ulang Kak Shima lagi. Rupanya dia masih dengan soalan dia tu. Aku ingatkan dia dah lupa.
Entah macam mana aku nak jawab ni. aku risau kalau Abang Jeff pula syak sesuatu. Nanti dari satu soalan lompat pula ke soalan yang lain dan begitulah seterusnya. Jenuh aku nak jawab padahal aku tak tahu apa-apa pun tentang Usop tu.
”Err, lelaki tu la kot,” jawabku endah tak endah.
”La, kenapa kerap sangat jumpa? Atau Lit dengan dia dah berjanji, ya? Saja buat wayang?” tanya Kak Shima mengusik.
”Mana ada buat wayang. Lit tak tahulah, kak. Kebetulan je kot.”
”Dalam dunia ni mana ada kebetulan, Lit. Semuanya Tuhan dah takdirkan. Yang kamu berdua ni, bercakap pasal siapa ni? Lelaki mana ni?” Abang Jeff dah mula menyibuk dah. Kenyataan dia pun sama dengan Usop.
”Ala, kan mama ada cerita Lit terlanggar seorang lelaki tu. Lepas tu tak sangka pulak lelaki yang sama juga yang kerja dekat Parkson tu. Hari ni, lelaki yang sama jugak yang yang sama-sama mengajar dengan Lit ni,” beritahu Kak Shima pada suaminya.
Huh, tepat dan padat je ulasan tu. Cekap betul dia mentafsir dan mencerna kata-kata aku dan mama. Cerita yang langsung tak bercanggah. Teratur je rumusan yang dia buat.
”Betul, kan? Maknanya orang yang langgar Lit dengan jurutimbang tu dan jurulatih karate hari ni, orang yang samalah, ya?” duga Kak Shima lagi.
Aku malas dah nak mencipta dalih, jadi aku anggukkan saja mengiyakan segala telahan Kak Shima yang sememangnya tepat dan padat. Dia senyum. Senyuman yang penuh dengan isi. Macam pepatah lama tu. Diam-diam ubi berisi. Tapi Kak Shima, senyum-senyum mengesyaki sesuatu la tu.
”Siapa lelaki tu, Jelita? Kenapa abang tak tahu pun?” Suara Abang Jeff dah berubah nada. Kedengaran agak tegas kali ini.
”Err, Lit pun baru kenallah. Hari tu sekali, semalam sekali dah tu hari pulak sekali. Tapi, untuk tempoh Lit menjadi jurulatih ni la Lit akan jumpa dia,” jawabku cuba membuat Abang Jeff faham. Jangan cepat menuduh aku pandai-pandai punyai teman lelaki tanpa tapisan dan kelulusan daripada dia.
”Betul ke ni?” Dia jelingku penuh curiga.
”Betullah, abang. Lit tak tahu pun Lit akan jumpa dia lagi. Ala, tak ada apa pun lah. Lit tahu jaga diri.”
Abang Jeff mendengus halus. ”Jangan sampai Lit ada teman lelaki tanpa tapisan daripada abang sudah. Awak tu mama dengan abah amanahkan abang dengan Kak Shima jaga. Jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri, ya?” Tegas je Abang Jeff memberi amaran.
Aku telan liur. Bila seorang arkitek berusia 30 tahun, iaitu Encik Jeffry bin Johari bersuara tegas, aku kecut
juga. Kadang-kadang bila angin pasang dia datang, usah dibawa bergurau, nanti dengan kita sekali terheret ke dalam angin pasang dia tu.
”Lit ingatlah, abang. Jangan risau. Kalau kata nak ada teman lelaki pun, Lit bawa jumpa abang dulu,” ujarku memberi jawapan positif buat dia.
”Emm, good girl.” Dia kembali senyum.
”Tapi, betul ke Lit jumpa dia macam tu je? Berkali-kali pulak tu. Kalau sekali boleh dikatakan kebetulan tapi kalau dah berkali-kali macam ni, rasa macam dirancang pulak. Lit tak rasa dia rancang ke semua ni untuk berjumpa Lit? Jatuh cinta masa kali pertama bersua muka mungkin?” duga Abang Jeff tiba-tiba.
Aku termangu seketika. Aku pun pernah terfikir macam Abang Jeff katakan, tapi bila melihatkan sikap Usop yang dingin dan suka mengusik itu aku tak rasa dia sukakan aku. Lagipun, dia dah ada teman wanita. Bukankah dia sendiri mengakui yang selendang kepunyaanku itu akan dihadiahkan buat teman wanitanya?
”Err, tak adalah, abang. Dia dah ada teman wanitalah.” Aku menidakkan dengan suara yang berbaur kecewa.
Rasa kecewa la juga bila rasanya, Usoplah lelaki pertama yang aku jumpa setelah mama izinkan aku mencari jalan sendiri. Rupanya milik orang. Tapi, seperti katanya, selagi tidak bergelar suami atau isteri, gelaran yang lain sama saja.
Namun hati orang, siapa yang tahu. Mulut biasa berkata demikian tapi tindakan merelakan. Hati pula tersenyum senang. Sama juga aku, mulut berapi-api menidakkan, akal juga tidak langsung mengiayakan namun hati ini rasa lain macam.
Kali ketiga bersua dengan Usop bersama anak-anak yatim itu, aku nampak satu kelainan dalam diri dia dan pastinya dalam hati aku ni. Apakah ini? Nak tanya mama, aku malu. Nak tanya abah, lagilah aku segan. Abang Jeff? Dalam diri dia, Kak Shima sajalah yang terbaik. Nak tanya Kak Shima, errr.... nantilah. Sudahnya aku telan sendiri apa yang kau rasa. Telan sampaikan terkubur di lubuk jiwa yang paling jurang.
”Kak Shima dengar macam nada orang kecewa je tahu kawan tu dah ada teman wanita?”
Aku tersentak. Kak Shima buat soalan membunuh lagi. ”Eh, mana ada?!” tegasku.
Mereka berdua ketawa. ”Tak ada tak payah marah. Biasa kalau orang marah ni, mesti ada,” sela Abang Jeff pula.
Semalam Kak Shima berkata demikian padaku dan hari ni suami dia pula. Memanglah suami isteri ni sehati sejiwa.
”Tapi ingat pesan abang tadi. Lit tu tanggungjawab abang bila mama dan abah dah amanahkan.” Keras je pula suara dia mengingatkanku akan amarannya tadi.
”Baiklah, abang. Senang cerita abang jelah carikan. Puas hati?!” tanyaku sedikit membentak.
Kadang-kadang aku rasa geram dengan Abang Jeff. Padahal Kak Shima tu sebaya dengan aku. 25 tahun dah. Tapi, dia boleh je layan Kak Shima tu macam orang dewasa waima sebelum mereka bernikah dulu pun tapi aku, dia sentiasa melayan aku bagaikan seorang anak kecil.
”Hai, marah nampak?” sela dia.
”Tak marah pun tapi bengang!” Aku berpeluk tubuh dan melemparkan pandanganku ke arah hujan yang kembali lebat menyimbah bumi.
Aduhai, hujan dah lebat semula. Harap-harap Usop tak basah balik dengan menaiki motorsikal. Nanti demam pulak dia. Ucap hatiku tanpa sedar dan bila aku sedar aku dah mula nak bercakap sendiri.
”Eh, apa aku fikir ni?” tanyaku pada diri sendiri kuat.
Kak Shima menoleh, Abang Jeff menjeling.
”Dia buat dah perangai cakap sorang-sorang dia tu, yang,” usik Abang Jeff dan aku sekali lagi tarik muka. Tarik habis-habisan.
”Bencilah abang ni!”
Dia ketawa. ”Merajuklah tu?” soal abangku lagi tapi aku tetap membatukan diri.
”Abang belanja aiskrim Magnum baru tu nak? Baru keluar iklan, Lit tak rasa lagi, kan?”
Itulah dia. Kalau aku buat-buat merajuk dia mula nak memujuk dengan aiskrim. Kan aku dah kata, dia memang tak pernah menganggap aku wanita dewasa tapi sebut pasal aiskrim, aku pantas mengangguk laju. Tak jadi merajuk dan Kak Shima dan Abang Jeff tersenyum penuh makna.
~~~> bersambung
Siapa Usop ni ek ... Saya pun tak tahu...hehe..

Friday, December 30, 2011
Bila Nak Saksi? [4]
[4]
LAMA juga kami bertentangan mata. Ala-ala dalam drama tu. Heroin hampir terjatuh dan hero sambut dengan meraih pinggang lalu merenung lama menghantar kalimat cinta yang menggebu di dalam jiwa.
”Errr...” Entah mengapa suaraku rasa tersekat di kerongkong pula. Nak telan liur, rasanya tekakku dilanda kemarau melihat wajah Usop ni.
”Waa, Abang Usop peluk awek la.” Bergema dewan dengan suara anak-anak ini membuatkan aku tersedar dari lena di dalam jaga.
Berkali-kali aku telan liur tapi benarlah, aku dilanda kemarau. Mujur aku bawa bekal air di dalam beg galas, bolehlah hilangkan tandus nanti.
Saat itu, aku tolak dada Usop agar dia melepaskan aku tapi dia hanya tersenyum tanpa ada niat hendak melepaskannya. Aku buat muka.
”Eh, lepaslah!” arahku tegas. Malu dah ni sebab budak-budak dah mula bersorai-sarai. Bahagia agaknya melihat aku terseksa ni?
Aku tolak lagi dada dia dengan hujung jari. Tak jalan jugak, aku tolak dengan beg. Tolak sekuat hati tapi kudrat wanita, biarpun ada tali pinggang hitam dalam karate, tak terlawan juga kudrat kaum lelaki.
”Awak ni lepaskan saya boleh tak? Malulah budak-budak tengok!” tekan aku semakin keras.
Yang peliknya, dia senyum lagi. Memang dia suka senyum agaknya. Tapi, kalau dia menyindir, berasap-asap hidung aku menahan marah.
”Yang awak senyum ni kenapa? Kena sawan senyum ya?” tanyaku memerli.
”Senyum kan satu sedekah. Ni kira saya bersedekah untuk awaklah,” jawab dia tenang.
”Yalah tu...” Aku senyum juga tapi terpaksa. Senyum plastik. Senyum tupperware.
”Nak saya lepaskan ke?” tanya dia buat-buat tak tahu padahal dah berkali-kali aku minta dia lepaskan aku.
”Lepaslah!”
”Betul ni nak lepas?” Usop jungkit keningnya yang lebat dan mata yang agak sepet itu terus merenungku.
”Lepaslah!” tekanku sekali lagi dan tak semena-mena, Usop terus melepaskan aku dan kali ini, benar-benar aku terjelepuk di atas lantai dan disambut oleh... tawalah. Budak-budak ni ketawalah.
”Syhhh...” Usop melarang dan suasana terus diam. Wah, patuh!
”Kenapa awak lepas?” tanyaku berang sambil menggosok lengan yang sedikit sakit.
Wajahku menyeringai. Tapi bukan menahan sakit tapi menahan marah. Kejap lagi, aku dah salin pakaian nanti, dia tahulah aku
siapa. Bila aku menjeling tajam ke arah dia, dia jungkit bahu dan tangan dia digawang-gawangkan ke udara.
”Awak yang suruh,” jawab dia tenang lalu dia berlalu masuk ke dalam bilik persalinan.
Aku bangkit sambil menggosok belakang seluar. Sakit punggung aku. Dahlah agak leper, makin leperlah jawabnya. Mula-mula ingat nak membebel pada Usop Sonto tu, tapi bila aku kini sudah menjadi tumpuan anak-anak di depanku ini, aku lebarkan senyuman.
Mereka tiada bersalah padaku sampaikan perlu mendengar aku menjerit marah pada Usop. Aku tahan hati dulu. Lagipun, aku baru saja masuk ke kelas ini. Tapak masih belum hangat dan melekat ke lantai. Jaga awak, Usop! Bisik hatiku geram.
”Assalamualaikum semua...” Aku menghulurkan salam bila melihatkan yang perempuan semua bertudung dan yang lelaki semua berwajah Melayu tulen. Senang cerita, memang semuanya seagama denganku. Jadi, salamlah yang terbaik sebagai tanda di awal perkenalan.
”Waalaikummussalam, kak,” jawab mereka serentak. Huih, memang berdisiplin. Siapalah yang mengajar ni? Jangan kata lelaki menyampah tu sudah.
Nak marah pun, aku senyum juga. Betul kata Usop tadi, senyumkan sedekah yang paling mudah. Janji ikhlas dan aku memang ikhlas untuk semua orang kecuali Usop. Benci! Macam manalah boleh terserempak kat sini? Semalam dia jadi jurutimbang, hari ni dia jadi jurulatih karate pulak. Dan anak-anak yatim ni, mana dia kenal?
Aduh, misteri nusantara la hamba Allah seorang ni. Tanpa sedar, aku kerutkan wajah berfikir dan mencari jawapan akan soalan yang bertubi-tubi menyerang aku dari segenap arah. Siapa Usop ni? Hari ni dah menjadi pertemuan ketiga kami. Betul ke aku dah sampai seru nak kahwin ni?
”Kakak kenapa mengeluh?” Aku tersentak dek pertanyaan seorang budak perempuan di hadapanku.
Dia menggariskan senyuman. Manis senyumannya. Nampak polos dan suci. Terpancar keceriaan tanpa sedar yang dia tidak punyai sesiapa di dunia.
”Err, kakak tengah berfikir tadi haa.” Aku mencari dalih. Tak kan nak tanya adik ni pulak pasal Usop. Buatnya dia belot dan
beritahu pada Usop, buat malu je.
”Fikir apa?” tanya yang seorang lain pula. Aduhai, petah masing-masing. Ramah!
Aku ketawa kecil. ”Tak ada apalah. Kakak fikir betapa bertuahnya kakak dapat bersama dengan kamu semua. Peluang macam ni tak datang berkali-kali.”
Mereka mengiyakan. Senyuman masing-masing semakin lebar. Tanpa sedar, hatiku juga dibalut ceria. Siapa sangka, di setiap pertemuan aku dan Usop punyai hikmat dan nikmat sehebat ini.
”Kakak ke guru karate kami nanti?”
Aku angguk. ”Suka tak?” Sengaja aku mahu lihat penerimaan mereka padaku.
Bila mereka mengangguk, rasanya senyumanku ini dah mencecah cuping telinga. Lebar terlalu lebar. Bahagianya hati bila anak-anak ini menerima. Tak sabar nak cerita dekat mama. Tapi, aku lagi rasa nak bawa mereka semua ni lepak rumah aku.
”Nanti kita saling belajar, ya? Kakak belajar dari kamu semua dan kamu semua boleh belajar dari kakak,” ucapku lagi. Membuat penawaran.
”Kakak dah pandai sebab tu boleh jadi guru karate jadi kami belajar dengan kakak. Macam kami tak ada apa pun, kakak nak belajar apa daripada kami?” tanya yang lelaki pula.
Punyalah bertubi-tubi soalan sampaikan kau nak tanya nama pun tak sempat. Tak apalah, jawab dulu soalan dia baru tanya nama masing-masing.
”Err, apa yang tak ada pada kakak, kakak akan belajar dari kamu,” selaku lembut.
”Kakak nak belajar bertudung tak?”
Aku terkedu dengan soalan dari budak yang pertama tadi. Kelu seribu bahasa. Mati senyumku. Malu usah dikata. Terasa
disindir. Terasa ditampar wajahku kala ini. Tapi, wajah masing-masing tenang saja. Langsung tidak beriak sindiran.
Barangkali mereka ikhlas tapi kerana khilaf diri yang membiarkan mahkota di kepalaku ini lepas bebas menjadi tatapan umum, aku termalu sendiri. Berkali-kali aku telan liur, agak tenang hatiku hendak melayan anak-anak ini.
”Err, kakak tak biasa lagi pakai tudung. Mungkin bukan hari ni tapi satu hari nanti insyaAllah kakak akan pakai tudung.”
Kala ini baru aku perasan, selain kanak-kanak lelaki, hanya aku yang dari kaum hawa tidak bertudung. Ya Allah, malunya aku! Aku rasa nak terjun longkang cetek nak sorok wajah aku ni. Tapi, sebab tak ada longkang, aku tahan jelah. Senyum jangan tak senyum.
”Kalau kamu semua nak tahu, kakak ni ada selendang tapi dia buang. Itupun dia lilit ke leher bukan tutup kepala.”
Tiba-tiba saja, muncul Usop berdiri tegak di sebelah aku sambil membetulkan pakaian karatenya. Siap dengan tali pinggang hitam. Tapi, nampak benar-benar segak biarpun wajah itu selekeh. Eleh, entah-entah tipu. Tapi, ada nama dia terukir dengan benang keemasan di hujung tali pinggang itu. Bila aku intai nama betul dia, hampes. Dia sulam Usop je.
”Awak ni mengata saya kenapa?” tanyaku menggugam. Tak nak budak-budak dengar.
Usop kerling ke arahku sekilas. ”Mengata apa? Fakta, kan? Awak lilit selendang tu dekat leher lepas tu awak suruh saya buang?”
”Kalau ya pun, tak perlu nak sindir saya depan budak-budak ni.” Aku jegilkan mata. Melawan pandangan mata yang agak sepet tu.
”Emm, yalah. Awak tak buang. Awak bagi saya suruh saya hadiahkan untuk teman wanita saya, kan?” tanya dia sinis.
”Satu hari nanti, saya sendiri lilitkan pada kepala teman wanita saya dan itupun di depan awak!” sambung dia tegas.
Ha, nampak sangat teman wanita dia pun tak bertudung. Pandai je nak mengata orang dia ni. Marahku di dalam hati.
”Okeylah, kenalkan diri awak tu tapi biar saya bagi intro dulu. Karang terkejut budak ni tengok awak. Cantik sangat!” ucapnya.
Aku tahu dari intonasi suaranya, dia sedang mengejek aku. Teringat pula pada kata-kata Abang Jeff semalam, agaknya betullah kot yang aku ni punyai nama yang tak sesuai dengan diri? Ni yang berat mulut nak kenalkan diri ni.
”Okey, semua. Ni abang kenalkan jurulatih karate kamu yang baru merangkap pembantu abanglah. Harap berikan kerjasama, ya. Abang buat kelas ni untuk kebaikan kamu. Untuk mengisi masa lapang disamping dapat mendidik disiplin dan toleransi dan pastinya dapatlah sikit-sikit kamu mempertahankan diri andai berlaku apa-apa. Bukan untuk menyerang, tapi untuk menahan serangan,” ucap Usop tenang.
Masa ni aku nampak dia benar-benar matang. Tak rasa dia macam Usop yang aku kenal. Usop yang entah apa-apa perangai dia. Waktu ni, dia nampak penyayang dan sangat bertanggungjawab orangnya. Aduh, semakin misteri lelaki ini padaku. Banyak soalan aku nak tanya ni, tapi sudi ke dia jawab?
”Okey, kenalkan diri awak.” Dia berpaling padaku. Huh, kurus semangat sebab dari tadi, aku asyik menilik sisi wajahnya biarpun dengan hanya sekilas pandang.
”Err, baik-baik,” jawabku tergagap-gagap. Usop senyum tipis.
”Okey, semua.” Erk, aku ulang intro Usop tadi.
”Emm, kakak akan jadi jurulatih kamu selagi kakak diperlukan di sini.” Aku jeling Usop, sengaja aku sindir dia. Kot-kotlah nanti tak tahan dengan jurus aku ni, dia mahu pecat aku dari program amal ni.
”Nama kakak Jelita binti Johari. Kamu semua boleh panggil kakak sebagai kakak ataupun Kak Lit. Mana-mana satu pun boleh,” sambungku.
Mereka bertepuk tangan bila aku mengucapkan terima kasih. Rasa macam berpidato zaman-zaman sekolah pulak. Dah lama tak ada audiens di depan.
”Jelita?” Usop berbisik sikit. Cukuplah telinga ini menyapanya.
Aku kalih pada dia. ”Yalah, kenapa pulak?”
Sengaja aku kelatkan wajah. Kalau dia berani kata macam Abang Jeff cakap tu, memang aku lipat dia. Aku kepal penumbuk bersedia mencari sasaran.
”Emm, memang jelita,” sela dia pendek.
Erk, jauh dah aku menyimpang. Awal-awal telahan sendiri dah salah. Dia tak macam abang aku tu. Tapi, sejauh mana keikhlasan dia menyebut dua patah perkataan itu, aku tak tahulah.
”Tak adalah jelita pun, biasa-biasa je,” selaku malu-malu. Malu la juga ada lelaki berkata demikian buat pertama kalinya.
”Eh, mestilah jelita. Kenapa pulak tak adalah jelita? Dah nama awak Jelita, kan? Tak kan nak jadi jadi jembalang pulak. Memanglah Jelita,” ucapnya dengan wajah yang serius.
Erk, dia memang menyampah. Berani dia kata aku begitu? Memang dia tak ikhlas. Suka perli aku. Suka kenakan aku. Ni aku nak jadi hulk ni.
”Cakap baik-baik sikit, ya?” marahku agak kuat.
Bila aku lihat anak-anak di depan kami ni, mereka terkedu. Mungkin masing-masing tengah fikir, kenapa dapat jurulatih garang sangat? Cepat-cepat aku ukir senyum barulah wajah terkedu itu hilang tegangnya.
”Baik dah tu. Nak baik macam mana lagi? Ke nak cakap dengan bahasa isyarat baru awak rasa cakap baik-baik. Atau bahasa tubuh?” Dia tersengih nakal.
”Ni bahasa tubuh awak?” Aku suakan buku lima yang sedikit luka.
Dia tilik buku lima aku lama. ”Ni melecet ni mesti lepas gian kat mana-mana karung guni tak berdaftar ni, kan?” tanya dia.
Eh, cepat-cepat aku turunkan tangan. Tertangkap lagi dan terus saja aku tunduk melihat belakang tanganku yang agak memerah.
”Dahlah tu, Jelita. Kelas nak mula dah ni. awak jangan lepaskan gian kat muka budak-budak ni pulak. Mereka ni bawah tanggungjawab saya sekarang ni. Kalau awak nak lepaskan geram, saya tadah muka saya ni lepas kelas, ya?”
Dia terus menepuk tangan dan mendekat ke arah budak-budak ini. Pantas saja budak-budak ni membuat barisan yang kemas dan tersusun.
”Jelita, marilah sini,” ajak dia bila aku tak berganjak.
Berat je kaki nak melangkah sebab aku takut ringan je pula kakiku ini tatkala berhampiran dengan dia. Takut naik terajang singgah di perut dia. Tapi, bila dia memandang penuh berharap, aku mendekat juga pada dia.
”Okeh, kita bahagi dua kumpulan, ya. Yang perempuan, ikut Kak Jelita ke sebelah sana. Yang lelaki tetap di sini, kita berlatih dengan abang,” laung Usop agak kuat.
Cepat je budak-budak ni bertindak. Sudahnya kami terbahagi kepada dua kumpulan. Aku dan Usop di depanlah sebab jurulatih. Dia menjeling padaku dan aku membalas juga. Menjeling-menjeling ku bertentangan, mata kita sama memandang. Erk, dah keluar lagu Siti dengan S.M Salim dah pulak aku ni.
”Jangan terjatuh,” ucap dia tanpa suara tapi aku yakin hasil gerak bibir dia tu. Memang itulah ayat yang dia ucapkan. Aku jelir pada dia tanpa sedar dan aku palingkan wajahku ke arah anak-anak di depanku ini.
”Okey, kita mulakan...” Aku juga bersuara agak kuat dan tegas. Menjadi jurulatih mestilah tegas.
”Ehem... ehem...” Usop berdehem. Eh, ada pulak dia di sebelah aku. Tadi kata nak mula dah.
”Jangan suka jelir lidah macam tu. Nanti saya gigit,” ujarnya berbisik. Lembut saja dan aku terkesan senyuman aneh yang tersungging pada hujung bibirnya.
”Eleh, berani awak?” tanyaku mencabar. Siap angkat kening lagi.
”Bukan sekarang tapi satu hari nanti,” balas dia lalu dia berlalu dan membawa anak-anak buahnya berlari sekeliling dewan yang tak besar mana ni.
Satu hari nanti? Tertanya-tanya aku sendiri. Ingat satu hari di hari raya ke dia ni. Satu hari ke dua hari ke, lepas tamat kerja amal ni, jangan harap aku nak jumpa dia lagi. Dalam mimpi pun tak ingin.
Balik ni, aku nak buat solat hajat, mohon pada Tuhan yang aku tak nak jumpa dia lagi selepas tiga bulan nanti. Titik. Tak ada titik bertindih macam telahan Kak Shima. Akhirnya, aku kembali kepada anak-anak buah yang sedang menanti arahan seterusnya.
”Kita regangkan badan dulu. Angkat tangan kanan, ya,” ucapku sambil mata menjeling ke arah Usop.
Bila dia juga menjelng dan mata kami bertentangan, Usop kenyit mata padaku. Aku telan liur.
”Kak Jelita, itu bukan tangan kanan, kak,” ujar mereka. Aku terkedu.
Usop punya penangan, bibir mengatakan tangan kanan, tapi aku angkat tangan kiri. Adakah hati dan akal juga begitu? Saling bertelingkah? Aduhai...
***
USOP duduk di sebelahku setelah selesai latihan. Lenguh la jugak tubuh badan ni setelah lama tak angkat kaki ke udara.
”Saya ingat nama yang mohon dalam iklan dekat internet tu main-main. Sebab tu saya minta awak kenalkan diri sekali lagi dan sebab itu jugaklah saya emel suruh awak datang hari ni,” ujar Usop sambil menghulurkan sebotol air mineral padaku.
”Tapi, memang tak sangka awak orangnya dan memang itu ke nama awak?” sambung dia lagi.
Aku angguk. ”Memang itu nama saya. Ada masalah?”
”Tak ada...” Dia menggeleng. Tapi, bibir awak tu senyum macam ada masalah. Dia meneguk air mineral di tangannya.
”Sesuai je dengan awak. Pelik bila ada yang kata tak sesuai,” gumam dia tapi masih tertangkap oleh telinga aku ni.
”Err, siapa cakap tak sesuai?”
”Eh, tadi awak cakap,” jawab dia tanpa riak.
”Bila masa saya cakap? Saya tanya ada masalah ke? Saya rasa setakat ni, seorang je berani cakap nama saya tak sesuai dengan rupa saya,” ujarku sedikit tegas.
”Dah tu, dia cakap macam tu, awak karate dia lah, ya?” soal Usop lagi.
Err. Apa nak jawab ni? Tak kan nak cakap aku karate Abang Jeff hari tu. Mungkin tak kuat tapi kira karate la jugak sampai menyeringai wajah abang aku tu.
”Tak adalah,” bohongku. ”Tapi, adalah juga sikit-sikit.” Dan-dan tu aku membetulkan semula pernyataan.
Berbohong tu kan tak baik. Tuhan marah. Tapi, bagi sipi-sipi tu dah kira bolehlah. Memang ada pun, cuma kuat dengan tidak jelah.
”Jelita... Jelita....,” seru Usop sambil menggeleng.
”Perempuan ni tak baik kasar sangat, awak. Nama dah cantik. Sesuai dan dengan rupa.”
Uhuk... uhuk.. Aku terbatuk dalam hati bila Usop kata nama aku cantik dan sesuai dengan rupa. Makna kata wajah aku jelita la jugak. Rasa nak rakam je lepas tu bagi Abang Jeff dengar penilaian orang lain pula.
”Kenapa senyum? Awak ni makan puji, ya?” Usop bertanya sinis. Aku telan liur. Asyik tertangkap je apa yang bermain dalam fikiran aku ni.
”Makan puji tu mungkin awak sebab saya makan nasi dan minum air.” Aku angkat botol mineral yang baru aku buka penutupnya itu di depan Usop.
Perlahan-lahan dan penuh sopan aku teguk air itu sedikit demi sedikit. Huh, hilang dahaga.
”Saya puji ikhlas tadi tu. Memang awak jelita apa.”
”Orang kalau ikhlas tak cakap. Cukuplah antara urusan dia dan Tuhan. Kalau dah cakap, tak ikhlas la tu namanya. Lagipun, memang nama saya Jelita, jadi jelitalah. Tak kan jadi jerangkung dalam keranda pulak.” Aku meluahkan rasa geram. Suka mainkan aku.
Nah, ambil kau! Aku pulangkan paku buah keras. Kalau tak rasa keras lagi, biar aku hantuk kepala dia ke dinding konkrit nak tengok kepala siapa lebih keras. Dia ke? Atau konkrit tu?
Telingaku tersapa oleh tawa tipisnya. Dia menggeleng kecil. ”Awak ni lucu la, Jelita!”
”Dahlah garang. Hari tu, awak sengaja langgar saya, kan?”
Eleh, menuduh la pulak dia ni. Padahal aku yang jatuh tergolek dia boleh cakap aku langgar dia? Ini yang angin lintang membadai ni.
”Bila masa saya langgar awak? Bukan ke saya yang jatuh? Awak tu ha yang langgar saya. Jalan mata letak kat lutut, ya?” herdik aku geram.
Usop tenang. Dia memandangku lama bersama sekuntum senyum yang bersulam di bibirnya.
”Awak rasa saya langgar ke?” tanya dia pula. Soalan berjawab soalan.
”Habis tu, tiang langgar?”
”Emm, kalau dengan tiang mesti awak yang langgar tiang. Tak kan tiang nak langgar awak pulak. Tapi, kalau dengan subjek bergerak macam saya ni, mungkin la kot saya langgar awak,” jawab dia.
Terbelit kepala otak aku dengan Usop ni. Ada je helah dia. Ada je jawapan dia. Ada-ada je semuanya. Tak ada yang tak ada!
”Maknanya betullah awak yang langgar saya, kan? Lepas tu buat-buat simpati?” tuduh aku lagi.
Dia angguk tanpa rasa bersalah. ”Dah tu awak nak buat apa?”
Aku ketap bibir sekuat hati. Rasanya boleh retak bibir ni. Aku kepal penumbuk menahan geram. Usop menjeling.
”Emm, nak jadikan muka saya ni batang pisang ke?” sela dia tenang.
Makin geram aku dibuatnya. ”Mana awak tahu saya tumbuk batang pisang?”
”Ala, tengok cara awak dah tahu. Lecet kat buku lima awak tu mesti kesan batang pisang je. Lainlah kalu tembok batu, sah-sahlah kudung dah tangan awak!”
Dia ni, memang boleh buat orang hilang sabar! ”Hah, tak kisahlah batang pisang ke, batang berjuntai ke, cepat minta maaf sebab langgar saya hari tu.”
Aku dah berdiri sambil bercekak pinggang. Usop panggung kepala mencari sinar mataku yang rasanya tengah menyala-nyala menahan marah ni.
”Kan dah minta maaf hari tu. Dah tolong awak bangkit pun. Dah tolong awak kutip pun kain selendang awak tu. Dah tolong hulur pun tapi awak tak nak. Nak suruh saya minta apa lagi? Kalau saya minta hati awak, awak nak beri ke?”
Dia juga bangkit dan menyapu belakang seluarnya. Air mineral yang dah tiada berbaki tu dia teguk. Teguk botol kosong. Tapi, cara dia menikmati tu macamlah air tu masih penuh.
”Orang suruh minta maaf, bukan suruh minta hati. Kalau awak minta hati saya bagi, matilah saya. Nak hidup macam mana?”
Dia ketawa nipis. ”Awak ni memang istimewa la, Jelita. Tersangat istimewa sebenarnya dan tersangatlah bengis.”
”Ni awak nampak ni?” Sekali lagi aku suakan penumbuk aku padanya.
”Kalau awak berani tumbuklah.” Dia mencabar.
Mungkin dia tak tahu yang aku ni pantang dicabar. Karang singgah sungguh buku lima ni di perut dia, menangis nanti.
”Awak jangan cabar saya?”
Usop angkat kening. ”Kalau saya cabar?”
”Saya tumbuk sungguh.”
”Itu pun kalau awak berani bawa tangan awak tu singgah di muka saya ni dan kalau awak berani nak terima hakikat yang saya tak kan lepaskan tumbukan awak tu macam tu saja, awak boleh tumbuk,” selanya.
Hai, tak macho langsung. Perempuan tumbuk pun nak balas ke? Sudahnya aku tak jadi tumbuk. Memang tumbukan aku kuat juga tapi rasanya tumbukan dan daya kudrat seorang lelaki pastilah lagi kuat berkali-kali. Mahu aku terkojol kat sini.
”Tak jadi tumbuk?” tanya dia. Aku menggeleng. Takut la jugak.
”Emm, awak ni perengus sangatlah, Jelita. Tak baik tau. Rasanya tadi elok je kita sembang tapi sudahnya awak mengamuk. Pertama kali kita jumpa dulu pun sama juga. Elok je awak ucap terima kasih, minta maaf tapi berakhir dengan pertelingkahan. Semalam pun sama. Saya timbang elok-elok barang awak, bila saya pesan suruh awak jalan baik-baik awak marah-marah. Membebel sendiri,” luah Usop lembut.
”Dah tu awak tu yang buat saya marah. Memanglah saya marah.”
”Hari ni jumpa lagi. Tadi, awak nak jatuh saya sambut. Tak ucap terima kasih pun tapi marah-marah juga. Jangan cakap awak tak nak teruskan kerja amal ni sudah. Gaji memang tak adalah. Itu awak dah sedia maklum, kan?”
Aku angguk. ”Orang tahulah. Dah nama kerja amal. Lagipun saya suka apa dengan budak-budak tu. Apa salahnya kongsi sikit kasih sayang dengan mereka. Sharing is caring, kan?”
”Caring is loving? Macam tu?” sambut Usop pantas.
Aku angguk. ”Definately, yes!” Aku senyum dan dia juga begitu.
”Loving is you and me? Macam tu boleh?”
Aku kerutkan wajah. Dia ni dah mula melalut dah. Mula la nak buat hati aku menari sumbang sedangkan tiada rentak cinta dan rindu beralun sekian lama. Memanglah sumbang langkah tari si hati bila pertama kali menerima arahan begini.
”Dengan budak-budak tu, ya! Dengan awak....” Aku lihat dia atas ke bawah dan bawah ke atas.
”...never!”
Dia ketawa. ”Jangan menidakkan rasa hati.”
”Eh, hati saya, saya jelah tahu. Ikut suka sayalah hati saya,” balasku geram.
Usop senyum. ”Soal hati sukar untuk kita mengerti sebab kadang-kadang tu hati kita ni tak akan jadi milik kita bila kita keliru. Masa tu, hati ni milik Tuhan je. Kerana Dia Maha Mengetahui,” jawab dia.
Aku kelu. Pening nak tafsir kenyataan Usop tu. Tapi, betul juga. Mungkin ada benarnya tapi aku malas nak terima. Hati aku, ikut aku lah.
Bila dia mahu berlalu baru aku teringat, sepatutnya aku yang tanya soalan pada dia, bukan dia tanya soalan pada aku. Banyak aku nak tahu pasal dia pada pertemuan ketiga ni bila aku rasa bukan kebetulan semata-mata.
”Usop,” panggil aku sebelum dia menjauh.
Langkah dia pegun dan dia berpaling. ”Apa?”
”Awak ni siapa sebenarnya? Kenapa kat sana awak kat sini awak? Atau awak ada kembar seiras beberapa orang?”
Dia macam tu juga. Ketawa nipis. ”Inilah saya. Di mana ada awak, di situ saya akan berada. Latihan tamat dah, esok datang lagi. Kelas kita Sabtu Ahab sebab hari lain saya ada dekat Parkson jadi jurutimbang,” ujarnya jujur.
Pelik? Di mana ada aku di situ ada dia? Dah macam bayang-bayang pulak. Tapi aku rasa, dia memang pengintip ni. Ni mesti kerja dia penyiasat peribadi tak?
”Err, awak ni penyiasat peribadi ke?” Aku tanya juga soalan yang bermain di minda sebentar tadi.
”Tak la...” Dia menidakkannya.
”Saya penyiasat hati!”
Aduhai, kenapalah aku dipertemukan dengan makhluk macam ni. Jawapan berkias saja sedangkan aku ni bukannya puitis pun.
”Emm, tak apalah. Saya anggap jelah ni kebetulan untuk kita,” akuiku mengalah.
Usop kembali melangkah ke arahku. Bila dah hampir dia berhenti dan menyilang tangannya rapat ke dada.
”Kenapa cakap kebetulan sedangkan ini semua takdir?” tanya dia.
”Dalam dunia ni saya tak percayakan kebetulan, Jelita. Pertemuan perpisahan tu kan telah takdir tetapkan. Kenapa mesti nak cakap kebetulan?”
Err, aku buntu. Padahal itu ayat biasa yang masyarakat gunakan. Apa masalahnya kalau aku juga gunakan ayat itu.
”Saya pun tak tahu...”
”Kalau tak tahu jangan cakap. Macam juga hati, selagi tak tahu apa yang hati sendiri rasa, lidah jangan ringan menutur kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, kota tau!”
Aku termangu sendiri melihat dia sekali lagi berpaling dan mahu melangkah pergi. Melankolik betul ayat yang dia tuturkan.
”Eh, Usop. Awak ni siapa sebenarnya, hah? Jelmaan dari sungai Pahang ke?” Aku bertanya sedikit kuat.
Usop mengangkat tangannya tanpa berpaling. ”Awak ada tiga bulan untuk tahu siapa saya. Ni baru tiga hari, jangan gelojoh!” balas dia juga dengan suara yang kuat dan aku, kelu!
~~~> bersambung
Kasar la Lit ni. Nak tak buat dia tersungkur terguling-guling terjatuh cinta pada Usop Sonto?

Thursday, December 29, 2011
Bila Nak Saksi? [3]
[3]
PELUH di dahi yang merintik, tidak aku seka. Tak cukup sampai pokok pisang tu tumbang aku kerjakan, aku tumbuk pula pokok yang sudah menyembah bumi tu. Masa ni aku nampak wajah Usop Sonto tersenyum sinis padaku.
Makin lebar aku nampak senyum dia, makin kuat hentakan buku lima aku mengena tepat di tengah batang pisang tu. Bertubi-tubi aku tumbuk.
”Hiyark.... hiyark.....!!” Aku tumbuk lagi dan lagi hingga akhirnya terhenti bila aku rasakan buku lima aku ni pedih dan bila aku tengok, dah melecet.
Aku renung buku lima aku. Memang teruk melecet kali ini. Kalah lecet masa aku pertama kali nak ambil tali pinggang hitam dulu. Tapi, tak mengapa. Janji hati aku puas. Puas dapat kerjakan wajah Usop Sonto tu. Bayangan pun tak apa.
Baju pula habis kotor. Aku hela nafas tenang agar lebih teratur. Bila aku bawa telapak tangan ke dada kiri, degupan menghentak-hentak kat situ. Jantung kuat bekerja mengepam darah ke seluruh pembuluh darah setelah sekian lama aku tinggalkan aktiviti aku yang satu ini bila mama melahirkan rasa kurang bersetuju untuk aku terus aktif berkarate.
Dulu, dia juga beria-ria suruh aku belajar seni mempertahankan diri. Bila abang Jeff ajak masuk silat seni gayung ikut jejak dia, aku tolak. Aku tak suka seni-seni tari lemah gemalai tu. Aku suka yang mencabar sikit.
Aku renung baju karate yang sudah hitam legam sana sini. Jenuh nak tonyoh berus ni. Nak basuh pakai mesin, sah-sah tak mahu tanggal hitam ni. Aku kutis sikit kotoran di baju aku. Tapi, tak nak tanggal. Aku kutis lagi dan memang tak mahu tanggal.
Aduhai, terkena getah pokok pisang la pulak.
Selama ini, aku kerjakan batang pisang ni pakai t-shirt dan seluar trek saja tapi hari ni, angin datang melintang, aku sarungkan persalinan ini ke tubuh.
”Dah puas kau lunyaikan batang pisang abah tu, Lit?”
Aku kalih pada suara yang menegur. Ternyata Kak Shima sedang bercekak pinggang dengan renungan yang jelas tidak puas hati.
”Dah puas ke kau tumbuk batang pisang tu?” tanya dia lagi.
”Dah,” jawabku ringkas
Aku bangkit lalu melabuhkan duduk di atas bangku kayu yang abah sediakan. Hasil buatan tangan berseni abah tapi aku tangan membunuh. Semua tanaman aku pegang, mesti mati. Semua barang yang aku pegang, mesti retak dan paling teruk, berkecai. Mujur juga di dapur tidak kekok mana. Kak Shima duduk di sisiku. Dia mendengus melihat aku yang comot. Ah, tak kisah. Janji aku puas hati.
”Kau ni kenapa? Setahu aku la, Lit... kau kalau tumbuk pokok pisang abah sampai hancur lunyai macam ni, bila kau nak lepaskan perasaan je. Kali ini, aku nak tanya... perasaan apa pulak yang kau nak lepaskan?” Dia jungkit kening bila aku menjeling.
”Tak ada apalah. Saja aku training. Dah lama sangat tak regangkan urat,” jawabku berselindung.
Padahal dalam hati aku ni dah menjerit nama Usop Sonto. Memang aku geram. Boleh pulak dia main lambai-lambai selendang pashmina aku tu. Siaplah dia, nanti aku nak spy dia. Nak tengok teman wanita dia pakai selendang tu, aku nak perli cukup-cukup.
”Eleh, macamlah aku baru kenal kau, Lit. Dulu kau kawan baik aku, sekarang ni kawan baik merangkap adik ipar aku. Aku kenal kau la. Tak kan lah sebab nak regang-regang urat sampai macam ni sekali kau kerjakan batang pisang. Ni nasib baik abah tak jenguk belakang rumah lagi. Buatnya abah jenguk, memang kena tahan telinga lagi la. Kau bukan tak tahu kalau abah membebel, kalah mama,” ucap mulut petah Kak Shima.
”Ala, Shi. Tak ada apalah,” selaku pula. ”Pasal abah tu, nanti aku tanam la balik. Ala, pisang ke kot!”
Kak Shima cubit lenganku bila aku berkata demikian. ”Kot mujur pisang tu nak tumbuh membesar dalam semalam.”
”Kita pergilah beli yang dah besar. Balik rumah tinggal tanam je dalam tanah. Dah selamat. Abah pun tak perasan. Nak lebih menarik lagi, kita beli yang siap ada buah. Mesti abah suka sebab pisang dia berbuah lagi.” Aku sengih. Kak Shima muncung.
”Kau ni, Lit... bilalah nak matang? Cuba jadi matang sikit,” tegur Kak Shima lembut.
Erk, mentang-mentanglah dia dah kahwin dengan abang aku, memanglah dia nampak matang dan sikap dia juga memang matang sebenarnya. Itu hakikat yang memang tak dapat nak sangkal lagi. Sampai ada kawan-kawan mama cakap, Kak Shima matang sebelum usia. Tapi dulu, dia juga macam aku. Sama saja. Tiada siapa lebih, tiada siapa kurang.
”Tunggu la dulu. Bila aku dah kerja sikit masa lagi, aku matang la. Sekarang ni bukan mood matanglah, Shi. Mood aku ni mood belasah orang.”
Aku tebarkan pandangan aku jauh ke dada langit yang sudah mahu bertukar corak kala senja. Cantik sangat. Nampak kuning kemerahan. Tanpa sedar, aku nampak wajah Usop tersenyum di dada langit. Mungkin nampak selekeh dan tak terurus tapi, senyuman itu nampak ikhlas.
Tidak terduga juga, aku membalas senyuman itu. ”Eleh, perli orang, padahal awak simpan selendang saya tu, kan?” tanyaku diluar sedar.
Rasa macam bercakap secara langsung dengan Usop. Dia melebarkan senyuman dan aku juga turut membalasnya.
”Eh, kejap. Tapi, betul ke awak nak bagi teman wanita awak selendang tu? Itu kan saya punya. Mana boleh bagi orang lain. Hak saya tu. Melainkan awak buang dalam tong sampah, itu dah jadi hak pelupusan MPK.” Aku garu kepala yang tak gatal.
Aduhai, parah ni. Aku nak balik selendang aku tu. Aku nak Usop bagi semula pada aku. Mungkin aku dah buang tapi aku nak jadi buruk siku. Itu hak aku dan akan tetap jadi hak aku! Tekadku di dalam hati.
Telinga ini tiba-tiba tersapa oleh suara yang sedang gelak terbahak-bahak. Hilang wajah Usop di dada langit. Hilang senyuman dia dan mati senyumku bila teringatkan Kak Shima yang masih setia duduk di sisi aku. Sekali terlupa daa...
Aduh! Mana aku nak letak muka ni? Mesti Kak Shima dah dapat agak kenapa aku jadi macam ni.
”Errr, tak ada apalah, kak,” ucapku cepat-cepat agar Kak Shima tak berfikir yang bukan-bukan.
”Eh, ada aku cakap ada apa-apa ke?” Dia tersengih macam kerang busuk.
”Eleh, dari riak muka kau tu aku tahu kau ada nak cakap apa-apa, kan?” tanyaku sambil menjeling dia tajam. Benci tau!
”Kalau kau cakap macam tu, betul ka kot,” sela dia berdolak dalih.
”Tak ada apalah. Aku berangan sikit. Saja berlatih baca skrip. Nanti ingat nak pergi screen test kat mana-mana produksi. Tiba-tiba nak jadi pelakon pulak.” Aku pula dah jauh lari. Langsung tak logik jalan cerita aku tu.
”Baca skrip cinta?” tanya dia pantas. Dia ketawa halus.
”Kalau kau cakap kau nak jadi pelakon, baik tak payahlah Lit. Kau memang tak boleh jadi pelakon yang baik. Memang nampak kau dilamun tut... tapi tak mengaku. Nak sorok tapi tak reti. Luah kat batang pisang tu,” sambung Kak Shima lagi.
Dia memang tau! Sengaja nak kenakan aku. Waktu ni, aku dah tak tahu nak cakap apa sebab semua yang dia cakap tu ada betulnya walaupun aku tak tahu apakah rasa yang ada di dalam hati aku ni. Tak reti nak tafsir.
”Betulkan kau jatuh cinta?” tanya dia kuat-kuat. Terkejut aku.
Laju je aku rapati dia dan aku tekup mulut dia kuat-kuat. Geram sungguh. Dah lama tak buli Kak Shima. Kalau dulu, masa bujang dia datang bermalam di rumah aku, dia selalu kena buli. Buli-buli sayanglah.
”Wei, kotor ni. Getah pisang ni,” marah dia selepas berjaya menolak tanganku dari terus menekup mulut dia.
Dia meludah-ludah dan menenyeh-nenyeh mulut dia yang nampaknya sudah melekat dengan sesuatu. Getah pisang. Dan aku, ketawa la. Padan muka dia. Siapa suruh main serkap-serkap jarang. Dah tu, kuat pulak suara dia. Nak kasi jiran sebelah ni dengar agaknya.
”Teruk ar kau ni, Lit!” marah dia.
”Siapa suruh jerit kuat-kuat? Nak bagi satu dunia dengar ke apa?” sindirku dalam tawa yang tertahan-tahan.
Wajah Kak Shima cemberut. Marah sungguh la tu agaknya. Dia merenung aku tajam. Melihatkan wajah manis itu mati dari kemesraan, tawaku pula mati. Takut la pulak. Kak Shima bercekak pinggang.
”Alah, tak payah nak cakap. Mama yang cakap pada aku siap-siap yang kau tu jatuh cinta! Sebab tu aku datang ni nak tanya sahih ke tak? Mama cakap kalau ya kau jatuh cinta dekat budak timbang Parkson tu, mama nak pinangkan dia untuk kau,” ujar dia geram.
Aku telan liur. Ingat nak gelak tapi tak jadi gelak bila Kak Shima katakan yang mama dah dapat agak semua perkara ni.
”Betul ke, kak?” tanyaku pinta kepastian dan bila Kak Shima mengangguk berkali-kali, aku rasa nak tumbuk lagi batang pisang tu.
”Betul ke mama cakap tu? Kau gaduh dengan pekerja Parkson tadi ya?” Soalan Kak Shima kali ini, aku biarkan tidak bersambut.
Baru saja nak menapak masuk ke dalam rumah, Kak Shima depangkan tangannya menghalang langkahku.
”Aku nak masuk mandi ni. Kejap lagi abah ajak berjemaah pulak.” Aku memberikan alasan.
”Mengaku dulu kau jatuh cinta, kan? Tadi, aku dengar kau terbuat dialog drama sebabak kau tu, kau sebut selendang. Orang la, awak la. Siapa tu? Jurutimbang tu, ya?” Kali ini Kak Shima sengih menampakkan gigi taring dia.
Dia memang comel pada mataku dan juga baik. Mungkin sebab itu Abang Jeffry terpikat pada dia. Pada mulanya dia memang kasar juga tapi tidaklah sekasar aku. Bila dah jadi menantu mama, pandai mama bentuk dia menjadi wanita sejati.
”Mana adalah. Aku saja jelah cakap tadi tu. Tak sengaja. Tak ada maksudkan sesiapa pun. Mama tu pun menelah saja-saja je. Tak betul pun. Oh, ada betul satu!” Aku tegakkan jari telunjuk.
”Pasal aku gaduh tu betul tapi sebab cinta-cintun ni salah sama sekali.” Aku goyangkan pula jari telunjuk aku ini di depan wajah Kak Shima. Dia meredupkan pandangannya. Merenungku penuh curiga.
”Boleh percaya ke?” tanya dia sinis.
”Eh, bolehlah. Apa pulak tak boleh? Bila masa aku pandai menipu?” soalku bernada geram.
Bibirku, aku ketap kuat. Angin pasang sungguh dengan dia ni. Nak jadi macam mama jugaklah ni. Sekali orang menidakkan tak percaya. Nak kena menangis jugak ke baru nak percaya?
”Memanglah kau tak pernah menipu, tapi hati kau tu mana tahu... pandai menipu tuan dia,” sela dia lagi. Dia memandangku dengan ekor mata. Menyindir je!
”Eh, hati aku, aku mestilah tahu!” Aku dah mula bercekak pinggang.
”Eleh, kalau tak ada, tak payahlah marah. Biasanya kalau marah-marah ni, perkara tu ada tapi kau tak sedar. Mama tu tanya sebab nak permudahkan kerja, kot kata memang kau terjatuh cinta lepas kau terjatuh hari tu, mama nak kau kahwin cepat-cepat. Dia risau katanya.”
Ha, kan betul aku fikir. Mama ni pemikiran dia jauh meninggalkan aku di belakang. Kalau aku baru ada di Alor Akar, dia dah sampai ke Balok.
”Cakap dekat mama, tak ada apa-apa. Noktah, titik!” tekan aku tegas.
”Titik bertindih?”
”Tak ada!” Aku semakin geram bila terasa dipermainkan oleh kakak iparku sendiri. Sudah pandai mempermainkan aku sejak sehari dua ni. Ni tak lain la ni, mesti belajar dengan Abang Jeff.
”Yalah-yalah, tak ada...,” akui Kak Shima akhirnya tapi aku tahu sangat, pengakuan itu tak sampai ke hati sebab senyuman pelik itu masih tak hilang dari wajahnya.
”Hah, kamu berdua buat apa ni? Tak masuk lagi?” sergah abah tiba-tiba. Aku telan liur melihat abah tak bercekak pinggang.
Tak lama, muncul pula Abang Jeff juga bercekak pinggang. Masing-masing sudah siap mengenakan baju melayu dan kain pelikat. Abah dah siap berkopiah dah. Nak ke masjid agaknya. Tapi, awal lagi.
”Err, nak masuk dah ni...,” jawabku tergagap-gagap. Padahal takut abah terlihat pokok pisang dia yang jahanam aku kerjakan tu.
”Buat apa lagi, yang? Kan abang suruh panggil Lit masuk. Orang dah nak mula kelas mengaji dah ni. Mama dari tadi tunggu tu. Orang suruh dia panggil, dia pulak lekat kat sini.” Abang Jeff menggeleng.
Wajah Kak Shima kelat. Rasanya inilah pertama kali Abang Jeff membelel pada dia di depan aku dan abah. Aku rasa nak ketawa tapi melihatkan wajah Kak Shima yang menunduk ke bumi, aku tahan saja tawa aku tu.
”Maaf, tak sengaja,” jawab Kak Shima.
Tengok, itulah jawapan dia tiap kali pun. Aku memang perasaan. Aku panggil tu, jawapan raih simpati sebab bila dia jawab macam tu, Abang Jeff hampir terlentok lehernya. Kak Shima mendekat pada suaminya. Perlahan-lahan Abang Jeff raih bahu Kak Shima. Dia senyum.
”Sayang pergi mandi dulu. Biarkan budak Jelita tu sorang-sorang. Nama Jelita tapi tak jelita langsung. Wajah comot! Buruk! Tak sesuai. Eiii....” Abang Jeff buat muka pada aku.
”Eii, abang ni. Kutuk orang kenapa? Abah tengok ni dia kutuk nama abah bagi!” Aku rasa nak cepuk ke abang aku ni.
Abah berpaling pada Abang Jeff. ”Jeffry!” tegur abah tegas.
”Pergi masuk sana! Nanti dengan kamu sekali kena kang!” Tegas je suara abah. Aku ketawa melihatkan Abang Jeff menarik tangan isteri dia masuk. Padan muka dia! Ejek hati aku tapi tawa aku mati tiba-tiba bila aku melangkah keluar dan terus menyarungkan selipar.
”Yang kamu ni pukul berapa nak masuk bersiap? Kan abah dah cakap nak buat kelas mengaji sebelum Maghrib ni!”
Tadi aku gelak dekat abang aku tapi sudahnya aku pulak yang kena. Memang makin takutlah aku. Takut abah ternampak tanaman dia dikerjakan gajah liar. Aku telan liur berkali-kali.
”Err, Lit nak masuk dah ni,” jawabku perlahan sambil menapak menuju ke pintu.
Saat melalui abah, aku kerling dia sekilas. Rupanya, dia juga tengah menjeling tajam ke arahku.
”Ni kenapa pakai baju karate segala ni? Mimpi apa pulak?” tanya abah sambil menggeleng. Aku pegun tak terkata.
”Memang betullah mama cakap, Lit kena kahwin baru matang sikit. Macam Shima tu. Padahal umur sebaya tapi bezanya, haish...” Abah mengeluh.
Kan Kak Shima tu dah kahwin dulu. Masa umur 23 tahun lagi dia kahwin, mahu tak matang. Kena pulak dengan Abang Jeff yang berumur 29 tahun masa tu. Memanglah matang. Aku menyeringai saja menahan telinga menerima bebelan abah. Bebelan seorang guru besar yang bakal pencen tak lama lagi setelah mama memilih untuk bersara awal demi keluarga.
Rasanya memang aku kena kahwin jugak ni. Tapi, tak naklah dengan orang lain. Nak dengan....errr... eh tak kan aku nak dia kot? Tak mungkin dan tak akan! Putus hatiku sendiri.
”Dah, pergi masuk.” Suara abah membawa jauh suara hatiku berlari.
”Baik,” jawabku sopan dan tertib. Siap tunduk kepala sikit macam cerita Korea tu.
”Abah nak jenguk pokok pisang kejap,” sambung abah membuatkan aku terus membuka langkah seribu sampai aku menapak ke dalam rumah dengan berkasut tapi cepat-cepat aku buka dan terus berlari menuju ke bilikku dengan peluh yang kembali merenik di dahi.
Tapi, belum sempat aku sampai di anak tangga terakhir, aku dengar suara abah kuat dari dapur.
”Jelita!!!!!” laung abah.
”Apa kamu buat dengan pokok pisang abah ni?” tanya dia garang. Bergema rumah ini. Sampaikan mama pun keluar dari bilik solat.
”Kenapa abang jerit kuat-kuat senja-senja ni?” Aku dengar mama bertanya begitu waktu aku tolak pintu bilik.
”Budak Jelita tu la. Awak pergi tengok apa dia buat pada pokok pisang saya tu. Tak berbuah lagi tu!” Abah mengeluh kasar. Mama ketawa halus.
”Jun dah lama tahu, bang,” sela mama selamba dan aku terus rapatkan daun pintu. Kasihan pokok pisang abah!
***
MALAMNYA, usai kelas tazkirah oleh Encik Johari, iaitu abah aku, aku terus berkurung di dalam bilik. Masa ni, aku dah gantung siap-siap tanda ”Jangan Ganggu” pada tombol pintu sebab aku ada misi yang perlu dijalankan. Niat dah lama tapi hari ni baru berpeluang nak jalankan.
Lenguh juga tanganku melarikan tetikus ke kiri dan kanan hingga akhirnya aku terjumpa sebuah pusat latihan seni mempertahankan diri di bandar Kuantan. Tepat di depan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, iaitu di dalam bangunan Persatuan Hokkien.
”Tawaran menjadi jurulatih sementara untuk program amal khusus untuk anak-anak yatim sekitar Kuantan!” Aku baca sebaris ayat itu dengan tenang.
Amal bermakna tanpa bayaran yang penting keikhlasan. Aku tersenyum senang. Dah mula rasa bosan duduk di rumah saja. Andai dulu tak apa, tapi sekarang sejak aku jatuh terduduk hari tu, aku tak boleh nak duduk diam. Aku pasti akan berfikir yang pelik-pelik yang tak pernah otak ini fikir. Jawapan yang aku jumpa juga, adalah jawapan yang tak pernah-pernah otakku ini jana dan cerna.
Daripada memikirkan perkara yang hampir mustahil itu, lebih baik aku lakukan sesuatu aktiviti. Tanpa bayaran tidak mengapa yang penting hati senang dan keikhlasan hati ini akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal. Allah maha Mengetahui!
Aku isi butiran yang telah dia minta. Rasanya statusku sebagai Naib Presiden Kelab Karate-Do Universiti Malaysia Pahang dulu akan memberikan aku kelebihan untuk berbakti pada anak-anak yatim itu. Berkongsi sedikit ilmu mempertahankan diri sekali gus mencurahkan sedikit kasih sayang buat mereka yang memerlukan, tiada salahnya.
Setelah siap semuanya, aku klik ’SEND’ dan aku menghela nafas lega tapi tidak lama sebab aku dengar ketukan pada pintu. Lama aku biarkan hinggakan tetamu kamarku ini bersuara.
”Jelita....” seru mama. Alahai, Puan Junaidah ni. Rungut hatiku geram.
”Jelita dah tidur ke?”
Aku dongak memandang siling dengan leher yang tergantung di kepala kerusi. Mama ni, orang dah gantung tanda amaran jangan ganggu tapi nak juga ketuk tapi aku bangkit juga berjalan ke pintu.
Bila daun pintu terkuak, mama senyum. ”Nak tidur dah ke?” tanya dia lagi.
”Belum lagi. Lit tengah mohon kerja amal bantu anak-anak yatim,” ujarku tanpa mama bersoal terlebih dahulu.
Mama masuk ke dalam bilik lalu dia duduk di birai katil dan aku kembali duduk di kerusi belajar.
”Eh, bila mohon? Tak bincang dengan mama pun.” Aku tahu mama macam tak puas hati.
Tapi, yang menjadi masalahnya... kalau aku bincang dengan mama dulu, mesti mama tak setuju. Dah alang-alang mama cakap dah bersetuju nak biarkan aku sendiri, inilah masa yang terbaik dan keputusan terbaik setakat ini.
”Lit bosan kat rumah, ma. Tak tahu dah nak buat apa. Nak tunggu mama dengan abah buatkan perpustakaan kat rumah ni, macam tak jadi je,” selaku mengusik. Mama buntang mata.
”Mama buat pustaka sungguh karang...”
Aku ketawa lepas. Mama ni memanglah lucu. Mungkin umur dah tua tapi hati dan jiwa dia macam kawan-kawan saja. Cuma ada bahagian yang sensitif tu dia akan jadi macam abah, guru besar yang pakai cermin mata bingkai tebal. Garang!
”Hari tu mama juga yang cakap, kan? Tapi, sungguhlah ma. Lit tak terfikir lagi nak sambung belajar. Nak kerja pun rasa macam malas lagi...”
”Kalau kata tak nak sambung belajar, tak nak kerja, Ijazah Interior Design awak tu?” tanya mama lagi.
Aku diam tidak menjawab. Dalam kepala ni tengah menjana ayat yang sesuai untuk aku ungkapkan pada mama tentang kerja amal yang akan aku jalankan nanti. Mahu mama marah ni.
”Payah sangat Lit kerja dulu yang elok-elok. Minta tolong Abang Jeff. Kerja dekat syarikat dia. Dalam pada tu, boleh fikir apa nak buat. Nak sambung belajar ke, nak kahwin ke atau nak terus kerja je.” Mama menyambung dan tanpa diduga, perkataan kahwin tu juga yang dia sebut.
”Mama ni, asyik cakap pasal kahwin je. Dah tak suka sangat agaknya Lit tinggal dengan mama.” Aku bersuara seakan merajuk.
Bila fikir, betul juga. Agaknya semua orang nak suruh aku keluar daripada rumah ni cepat-cepat. Sebab tu sibuk nak carikan aku jodoh. Dah kahwin kenalah ikut suami tapi aku, dah kahwin nanti nak duduk rumah ni juga. Suami aku? Biar siapapun dia, dia kena duduk dengan keluarga aku! Muktamad!
”Eh, ada pulak ke situ. Orang sayanglah sebab tu suruh kahwin cepat-cepat. Kan mama dah pernah cakap, anak perempuan ni elok kahwin awal. Lagipun tak ada apa dah nak menghalang Lit, kan? Dah habis belajar, umur tu sedang elok dah kahwin. Lagipun nanti tak adalah Lit seorang je tanpa teman. Mama dengan abah ni entah sampai bila la bernafas atas muka bumi ni nak temankan Lit.” Mama buat muka simpati. Dia mengeluh tipis.
Rasa kasihan tiba-tiba bila dia cakap demikian. Rasa bersalah sangat. Aku bangkit lalu mendekat pada dia. Setelah aku labuhkan duduk di sisi mama, aku peluk bahunya erat.
”Tak naklah cakap macam tu. Tak sampai jodoh lagi ni. Lagipun, Lit bukan tak sudi nak kerja dengan Abang Jeff. Mungkin betul dia arkitek kat syarikat tempat dia kerja tu, tapi Lit tak naklah dia guna kuasa masukkan Lit sebagai ID kat situ. Nanti kesian abang. Orang cakap apa pulak.” Aku perlu pandai memujuk mama. Ayat mesti lembut dan mendayu.
Mama pandang aku dan tersenyum. Pehaku dia gosok lembut. ”Beberapa bulan lagi, Kak Shima dah nak habis belajar, bila dia dah mula kerja dia makin tak ada masa nak temankan Lit, tau!”
Mama cuba mengingatkan aku akan status Kak Shima tapi aku tak dapat berbuat apa-apa. Benar kata mama sebelum ni. Bila dah menjadi isteri, setahap mana nak berkawan? Suamilah yang menjadi keutamaan dan aku juga begitu, risau bila bergelar isteri, masa untuk mama dan abah semakin suntuk tambah pula tak ada calon, nak kahwin apa?
”Mama jangan risau. Kan mama dengan abah dah janji nak lepaskan Lit sendiri. Nanti dah siap apa yang Lit nak buat dalam masa terdekat ni, Lit cari kerja yang betul-betul, ya?” pujuk aku lagi dan kali ini mama mengangguk.
”Eh, tadi kata kerja amal. Kerja la tu. Ke Lit mohon kerja apa?”
”Err...” Aku mula tergagap-gagap. Padahal tadi dah ada dah ayat apa yang cakap dengan mama. Biar lembut gigi dari lidah. Tapi kini, entah macam mana nak cakap aku mahu bergiat aktif pula dalam jurus karate.
”Kerja amal apa?” desak mama lagi.
”Err, kerja mengajar sekolah anak yatim tu karate,” ujarku lambat-lambat.
Mata mama terbuntang luas. Bibir dia herot ke kiri dan kanan. Sebentar lagi pastilah dia membantah.
”Lit nak bergiat balik dalam karate?” tanya mama. Aku angguk.
”Ya Allah, tak ingat ke dulu, Lit masuk bertanding kena tumbuk sampai jadi mata panda?” Dia menggeleng kesal.
”Biasalah tu, ma. Tak ada apalah. Ni bukan nak bertumbuk atau bertanding. Sekadar menjadi tenaga pengajar kat situ. Apalah salahnya buat amal, kan? Tak lama pun, dalam tiga bulan je kot,” beritahuku bersungguh-sungguh agar mama mengerti.
Lama dia memandang wajahku tanpa kata, akhirnya dia mengangguk. ”Janji tiga bulan je dan jangan masuk apa-apa pertandingan.” Dia angkat jari telunjuknya padaku dan aku, ketawa lepas.
”Terima kasih, mama,” ucapku.
***
BARU semalam aku mohon, hari ni dah dapat panggilan yang meminta aku melapor diri. Cepat-cepat aku bersiap dan melipat uniform aku dan aku sumbat ke dalam beg galas. Dahlah hari ni, hari minggu. Baru ingat nak bermesra dengan keluarga tapi terpaksa keluar.
Satu yang pasti, aku tak tahu mama dah maklumkan pada abah dan Abang Jeff atau belum. Risau juga kalau papa menghalang lepas kes pokok pisang dia tu.
”Mama....,” panggilku agak kuat sewaktu menuruni anak tangga.
Sampai di muka pintu dapur, aku lihat mama sedang mengacau air dalam teko Luminarc dia tu. Teko yang punyai sentimental value yang tinggi sebab itulah barang dapur pertama yang abah hadiahkan masa mereka mula-mula kahwin dulu. Mamalah cakap.
Tubuh itu aku rapati dan aku sandarkan belakangku pada kabinet. Mama memandangku sekilas.
”Nak ke mana ni bersiap macam ni?” tanya mama.
Dia menilik lama penampilanku yang hanya dengan jeans yang agak lusuh, t-shirt lengan panjang dan seperti biasa, fesyen rambut ketinggalan zaman aku ni. Ikat tocang kuda.
”Kelas karate tu mula hari ni rupanya. Mereka nak pakai jurulatih urgent. Lit nak keluar dah ni, ma. Lit pergi dulu, ya,” ujarku meminta keizinan.
Mama mengangguk sekali. ”Hati-hati. Mama risau je nak lepaskan Lit ni tapi sebab dah janji, terpaksa tunaikan. Semalam mama dah beritahu abah, dia pun tak ada halangan. Nak pergi dengan apa ni?” tanya mama lagi.
Aku lebarkan senyuman. Puas hati semua mengizinkan. Barulah tenang hati ini hendak membuat amal jariah.
”Dengan bas jelah. Balik nanti Lit call abang. Kot-kot dia nak jemput,” jawabku seraya tunduk dan mencium tangan mama.
”Hati-hati!” Mama berpesan mesra. Aku senyum dah terus menapak keluar.
Sampai di depan Bangunan Persatuan Hokkien, aku terus naik menuju ke tingkat yang paling atas. Punyalah penat sebab dah agak lama tak bersenam. Kesan senaman semalam pun terasa sakit lagi. Otot cedera la ni sebab dah lama tak regangkan otot.
Bila aku tolak pintu besi itu, semua mata tertumpu ke arahku. Rasanya ada dalam lebih kurang 30 orang juga anak-anak yatim ni. Ada lelaki dan ada perempuan. Bila mata aku bertentangan dengan 30 pasang mata itu, rasa hati ini pilu pula.
Fizikal semua sihat sempurna tapi kasih sayang keluarga tandus dari jiwa mereka. Hampir saja menitis airmataku bila membandingkan diri dengan mereka. Betapa aku bertuah punyai mama dan abah serta Abang Jeff dan Kak Shima yang terlalu menyayangiku. Jadi, rasanya tak salah tindakan mereka menyekat langkahku selama ni. Kerana mereka punya jawapan dan jawapan itu adalah kasih sayang!
Dalam pada berfikir sendiri, menginsafi diri, jatuh juga airmataku setitis dua. Cepat-cepat aku seka bila ada suara yang bertanya dari belakang.
”Awak ni jurulatih tu ke?” tanya dia. Aku lap bagi kering dulu airmata. Nanti buat malu je.
Lambat-lambat aku berpaling dan bila mata bertentangan, aku rasa nak pitam. Rasa kena langgar oleh garuda pula kali ini.
”Eh, awak?!” Jari telunjuk aku ni lurus saja ke arah wajah berjambang dan bermisai tu.
”Kenapa dengan saya?” Nah, soalan itu lagi buat kali kedua.
”Macam mana awak boleh ada kat sini?” tanya aku tidak puas hati. Masa ni mula nak bercekak pinggang, padahal tadi baru tersentuh hati dengan anak-anak di belakangku ini.
”Ini anak-anak murid saya, saya yang mengajar kelas ni. Mestilah saya ada kat sini,” jawab dia tenang.
Aku? Aduh!! Mengaduh tanpa rasa sakit. Sakit juga, sakit jiwa. Geram aku bila terjumpa lagi dengan Usop. Betullah dunia ni ada tujuh orang yang sama, tapi tak kan semuanya ada dekat Kuantan ni?
”Usop, kan?” tanyaku pinta kepastian. Kot-kot la bukan dia tapi pelanduk tujuh serupa ke. Naya aku.
”Oh, ingat nama saya rupanya. Ingatkan tak ingat. Mentang-mentanglah nama kampung, kan,” sinis dia padaku.
Aku telan liur. Padahal orang tak cakap apa pun. Dia ni memanglah suka menelah sendiri.
”Maknanya betullah ni awak?” tanyaku sekali lagi. Memang tak puas hati.
”Yalah. Awak nampak siapa? Remy Ishak?” sinis dia. Aku telan liur. Remy Ishak tu jejaka idaman hati aku.
”Err, tak adalah. Kalau awak Remy Ishak, memang tak lalu nak tengoklah,” selaku menyindir dia kembali.
”Tapi, kenapa awak boleh ada kat sini? Kat Parkson hari tu pun awak, kat sini pun awak.”
Aku memang curiga pada dia. Rasa pelik tersangatlah pelik. Di mana-mana saja asal aku melangkah keluar daripada rumah, mesti terjumpa dia dalam pelbagai situasi. Rasa lain macam pula. Entah-entah dia mengintip aku tak? Eh, apa aku fikir ni.
Dia mengeluh kasar. ”Tadi kan dah jawab kenapa. Berita tak ulang-ulang. Sekali je. Dah-dah, tepi sikit, nak tutup pintu ni?”
Dia bukan tolak pintu tu, dia tolak bahu aku. Dahlah aku tak duduk elok-elok sebab terkejut tadi. Jadinya, memanglah tubuh aku ni nak tumbang sebab tiada imbangan. Tapi, belum sempat aku jatuh terduduk di atas lantai simen tu, Usop terlebih dahulu raih pinggang aku menahan aku dari terlentang ke belakang. Membawa wajah kami agak dekat tapi tak lah dekat sangat.
”Kan dah cakap, jatuh awak saya akan sambut, tapi kalau hati awak jatuh?” tanya dia dengan senyuman manis.
~~~> bersambung
Apa perasaan Lit sebenarnya ek? Dia pun tak tahu perasaan dia apa sekarang sebab kadang2 hati kita tak menjadi milik kita kala kita keliru

Subscribe to:
Posts (Atom)