Geng

Monday, January 09, 2012

Sini, Aku Payungkan Kau! 18

BAB 18

ENTAH bagaimana lagi harus aku gambarkan riak wajahku kala ini. Malunya usah diucap lagi. Sejak daripada tadi, aku hanya tunduk memandang lantai bila mata Yuzaini dan abangnya terus merenungku.

Wajah itu langsung tidak berubah sebenarnya tapi entah mengapa aku tidak dapat mengecam dia. Rasanya tidaklah berbeza mana dengan waktu dulu. Dulu juga dia punyai janggut dan kumis tipis di wajahnya. Mungkin juga dia nampak agak berisi sedikit sekarang dan itulah yang menyebabkan aku tidak dapat mengecam wajahnya yang dulu rasanya agak cengkung.

“Abang nak cakap abanglah orang yang bagi kopi pada Shaq hampir lima tahun lepas tu?” tanya Yuzaini bagaikan tidak percaya.

“Ya, Yuza tak percaya?” tanya dia.

“Shaq, please. Say something. Betul ke lelaki yang baru kau cakap tadi tu Abang Zaim?” Yuzaini beralih pula padaku.
Aku angkat wajahku menentang mata Yuzaini dan bila aku mengangguk dia menepuk dahinya berkali-kali.

“Oh, God. What a small world. Lepas lima tahun baru jumpa balik?” Yuzaini menekup kedua belah telinganya sambil menggeleng kecil. Dia benar-benar tidak percaya pada kami.

Aku kerling pada Yuzaimi. Dia jungkit bahu dan kemudian aku memandang wajah adiknya pula. Dia tersenyum penuh makna.

“Adakah ini yang dikatakan jodoh, abang?” gurau Yuzaini.

Aku tarik muka. Terkumat kamit mulutku memberi amaran pada dia. Jangan lantang lidah berbicara. Kelak tak tertanggung dek badan padah kata-kata itu.

“Eh, tak ada apalah. Dah jumpa, Tuhan nak aku balas budi abang kau kot,” selaku dengan wajah yang tersenyum. Senyum terpaksa.

“Mungkin ya atau mungkin lebih dari itu,” sambung Yuzaimi.

Aku terdiam. Tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan. Kaki ini perlahan-lahan menapak kea rah Yuzaini yang sedang bersandar pada meja belajarku.

“Yuza, kau bawalah abang kau keluar sekarang. Aku tak selesa ni,” bisikku.

“Tak selesa sebab dia dok renung kau je, kan?” Yuzaini terus mengusik.

“Oh, tolonglah Yuza. Bilik kita ni bukannya besar. Dah abang kau bertenggek atas katil kita pulak tu. Kau bawalah dia keluar sekarang, ya?” rayuku lagi.

Yuzaini merapatkan bibirnya ke telingaku yang dilitupi selendang. “He is falling for you for sure, Shaq!”
Spontan, aku cubit lengan Yuzaini. Geram sungguh. Tatkala aku benar-benar memaksudkan kata, dia tidak sudah-sudah ingin mengusik.

“Aku serius ni, Yuza dan lain kali aku dah tak benarkan mana-mana lelaki jejakkan kaki ke dalam bilik kita ni. Ini kali pertama dan kali terakhir, faham!” tegasku pada dia lalu aku berlalu ke pintu.

Yuzaimi hanya memandangku dengan raut yang tenang. Bila saja aku menarik tombol pintu, Yuzaini menyeru namaku.

“Kau nak ke mana? Marilah kita keluar makan sama-sama. Biar Abang Zaim belanja. Dia banyak duit.” Suara Yuza sedikit terjerit.

Langkahku mati di ambang pintu lalu aku palingkan tubuh ke arahnya. Mata Yuzaimi masih setia merenungku sedari tadi. Tenang saja renungan itu. Redup saja bening mata kuyunya.

“Err, kau orang berdua jelah keluar sama-sama. Aku nak ke Trafford Mart kejap. Cari barang sikit.” Aku beralasan.

Yuzaimi bangkit dari duduknya. Tangannya dia seluk ke dalam kot labuh yang membaluti tubuh kasar itu. Kakinya perlahan-lahan menapak ke arahku dan bila dia pakukan langkahnya, dia kini berada tepat di depanku. Agak dekat juga hingga membawa aku terdongak mencari wajahnya. Tinggi orangnya.

“You still owed me a cup of coffee, Cik Lesung Pipit,” ujarnya separuh berbisik.

Aku telan liur. “Err, saya tak minum pun kopi tu masa tu.” Perlahan saja aku menidakkan andaiannya.

“Tak minum itu hak awak tapi saya memang bagi kopi tu untuk awak dan rasanya masa tu, awak yang nak bayar kan? Saya ingat nak lupakan je sebab dah tak jumpa awak lagi, tapi Tuhan memang nak kita jumpa lagi. Apa kata saya tuntut hutang tu hari ni, atau awak nak jelaskannya di lain hari?” Dia jungkit kening.

“Err, saya bagi duit jelah. Berapa ya?” Aku pantas menyeluk poket jeans lalu mengelurkan dompet kecil dan terus aku buka lalu menarik beberapa keping wang kertas asing itu.

Bila aku hulurkan sekeping not padanya, dia menggeleng. “Saya lagi suka kalau awak bayar saya dalam ringgit Malaysia.”

Aku garu kepala yang tidak gatal. “Mana saya nak dapat duit Malaysia kat sini, encik?”

“Bukan kat sini tapi kat Malaysialah. Melainkan awak belikan dan minum kopi dengan saya, sama macam waktu dulu,” ucapnya.

Yuza sudah ketawa mengekek. Kala ini aku benar-benar rasa tidak selesa. Entah mengapa, aku dapat rasakan Yuzaimi ataupun Zaim ini ingin mengusik perasaan yang aku pendamkan buat Zikri selama ini.

“Emm, kalau macam tu kita jumpa kat Malaysialah tahun depan,” ucapku tegas lalu aku terus berlalu keluar tapi langkah ini mati seketika.

“Nama saya bukan Cik Lesung Pipit. Nama saya Shadiqah,” tekanku lalu aku meneruskan langkah.

“Shaq, nantilah dulu!” Laungan Yuzaini yang agak kuat itu langsung aku tidak ambil kisah.

Geram sungguh. Sudahlah membiarkan abangnya masuk ke bilik kami, sesudah itu tidak putus-putus mengusikku sedangkan dia tahu apakah yang ada di dalam hati ini. Dan aku mahu nama Zikri kekal di dalam hatiku. Aku tidak sudi andai sesiapa ingin membuat onar di dalamnya.

***
USAI saja membayar harga buku lakaran itu, aku terus saja keluar daripada Trafford Mart dan langsung mengatur langkah menuju ke Alexendra Park berhampiran dengan bilik sewaku di Walley Range, berhadapan dengan Princess Road.

Seperti biasa, aku mengambil tempat di atas sebuah bangku, duduk menikmati musim sejuk terakhirku di sini. Melihatkan anak-anak riang bermain sajli, membuat patung sajli lalu bertempur dengan sajli yang putih bersih itu benar-benar membuatkan aku rindu pada kampung halaman.

Benar Malaysia tiada keindahan sebegini kerana keindahan Malaysia tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Keindahan padi yang tumbuh menghijau, keindahan nyiur yang melambai benar-benar menggamit aku kembali dengan secepat mungkin.

Kerinduan pada Kak Shadirah, mak dan ayah serta bakal anak buah yang akan lahir sikit masa lagi. Lambat pula rezeki Kak Shadirah hendak menimang cahaya mata dan nampaknya, impian Abang Rizqin untuk mengumpul anak seramai lima orang menanti kepulanganku tidak tercapai.

Aku ketawa kecil mengenangkan mereka. Bila aku berpeluang menelefon mak dan ayah, nama Zikri langsung tidak meniti di bibir mereka. Langsung tidak tersapa oleh telingaku. Aku yakin, mak masih risau akan perasaanku pada Zikri tapi aku sebenarnya sudah redha.

Menyintai tidak beerti kita memiliki. Cukuplah hanya mampu melihat orang yang kita cintai itu bahagia bersama sesiapa saja yang mampu membuatkan dia bahagia. Doaku tidak pernah putus sebenarnya untuk Zikri, Annesa, Iwan dan Dyla biarpun aku yakin yang mereka sedang melupakanku atau mungkin juga tidak lagi ingat pada diri ini.

Hanya satu yang aku khuatiri, andai panjang umurku lalu aku jejakkan semula kaki ke tanah air, mampukah aku menerima hakikat yang Zikri telah semakin jauh meninggalkanku sedangkan selama ini kami benar-benar telah jauh angkara perasaanku sendiri.

Buku lakaran itu aku buka dan pensel dari dalam kocek pakaian panasku, aku keluarkan dan dengan pantas, aku larikan mata pensel itu di dada kertas. Seperti biasa, lain yang ku mahukan, hanya wajah itu yang mampu aku abadikan. Wajah yang terlalu aku rindu. Wajah Zikri. Wajah dia dan hanya dia.

“Ya Allah, apa yang aku lakukan ini?” tanyaku pada diri sendiri bila aku sedar yang aku tidak mampu berhenti dari memikirkan Zikri.

“Sudah bertahun berlalu, Ya Tuhan. Kau padamkanlah rasa ini buatnya kerana dia adalah temanku dan akan tetap kekal begitu,” doa hatiku lemah.

Aku renung ke dada langit. Putih segalanya. Kosong bagaikan mengerti akan jiwa dan hatiku yang agak kosong dan sepi sejak akhir-akhir ini. Kelopak mata ini terasa suam di tengah-tengah kedingin musim ini. Aku ketap bibirku sekuat hati menghalang air jernih ini menitis. Setelah sekian lama, hari ini aku dibadai rindu dan kepedihan lagi. Ternyata, hati ini tidak pernah redha akan perpisahan kami.

Andai dulu pada tarikh ini, aku pasti bersama dia menyambut ulangtahun kelahirannya biarpun hanya sekadar ucapan, segalanya amat beerti kala itu.

“Are you crying, beautiful lady?”

Aku tersentak. Suara kecil itu membawa aku menghadapnya. Dia senyum menampak barisan giginya yang jarang. Pipi comel itu merah dibaham kesejukan.

“Nope. I am just fine.”

Dia menggeleng. “But your eye is teary.”

“I just miss my family. That’s why, I feel so sad. I miss them a lot deep down inside.” Aku tekan lembut jari telunjukku ke dadanya.

Kanak-kanak itu ketawa. “It’s okay then. But, I am pretty sure you will keep smiling after you have this. It can keep you feel warm. Come, have this.” Dia hulurkan segelas minuman buatku.

Mataku bulat. Bibirku menguntum senyum. Haruman mocha itu menerjah ke hidung. Tapi, aku tetap menggeleng. Entah daripada siapa minuman ini. Risau juga biarpun niat kanak-kanak ini mungkin baik.

“Thanks to you, but no thanks,” tolakku sopan.

“Come on, sis. You are really cold. Drink this and keep your smiling because you have a very beautiful smile.” Dia terus meletakkan cawan kertas itu di sisiku dan terus berlari menuju ke arah sekumpulan kawan-kawannya yang lain.

Buku lakaran itu, aku letak di tepi. Tanganku mencapai gelas kertas tersebut lalu aku pegang di bawahnya. Masih panas.
Tidaklah terlalu curiga, hanya berhati-hati. Bibirku mengukir senyum pada sekumpulan kanak-kanak itu. Tatkala mereka melambai, aku juga membalasnya.

Terbang pergi gundah di hati. Jauh menghilang rasa resah kerana rindu yang tidak berbalas. Perlahan-lahan, aku suakan bibir gelas plastik itu ke mulutku. Sekali hirupan mampu memberikan kehangatan padaku.

“Sekarang awak hutang saya dua gelas kopi,” tegur satu suara tiba-tiba dan bila aku berpaling, ternyata Yuzaimi sudah melabuhkan duduk di sisiku. Cepat-cepat aku tarik buku lukisan itu bila dia mahu menyapa buku itu ke dalam tangannya.

“Air ni….”

Yuzaimi mengangguk. “Saya yang minta budak tu berikan pada awak,” akui dia.
Aku hulurkan kembali gelas itu padanya. Tidak sudi hendak menerima budi daripada dia buat kali kedua biarpun hanyalah segelas kopi.

“Ambil balik kopi awak ni,” arahku perlahan. Dia senyum.

“Selepas awak dah minum?” tanya dia pula.

Aku hela nafas panjang. “Macam mana awak tahu saya ada kat sini?” tanyaku lagi.

“Sebab saya ni bebayang awak.” Jawapannya benar-benar membuatkan aku nanar sendiri.

“Tak ada bayang kat sini sebab tak ada matahari,” balasku lembut.

Zaim senyum. “Saya memang tak sangka yang kita akan jumpa lagi dan itupun setelah hampir lima tahun berlalu. Indahnya takdir hidup ni.”

“Memang indah sebelum saya tahu siapa awak sebenarnya tapi sekarang ni rasa teruk dah.” Aku meluahkan rasa tidak puas hati.

“Kenapa? Takut jadi kakak ipar kepada kawan baik awak sendiri?” tanya dia telus.

Keluhan akhirnya terbit juga dari celah bibirku. “Saya tak tahu apa yang awak cakapkan ni,” balasku.

Gelas kopi itu aku letak di sisinya lalu aku angkat tubuh hendak berlalu. Rasanya tadi dia bersama adiknya, Yuza tapi mengapa tiba-tiba saja dia boleh berada di sini? Atau dia sememangnya mengikut jejakku sejak daripada tadi?

“Iqa nak ke mana tu?” tanya dia kuat.

Aku matikan langkah. Sudah lama tidak mendengar nama itu diseru seseorang. Zikri juga tidak pernah ucapkan nama itu dengan ikhlas. Pernah di memanggilku begitu tapi rasanya hanya kerana Iwan kala itu.

“Jangan panggil saya macam tu, boleh?” pintaku merayu selepas aku berpaling pada dia. Yuzaimi bangkit dan tegak berdiri di hadapanku.

“Kenapa tak boleh? Itu kan nama awak? Saya rasa lagi elok daripada panggil awak Shaq. Langsung tak sesuai dengan perwatakan awak yang lembut ni kalau panggil Shaq. Bagi saya, Iqa tu lebih cantik dan sopan.”

Aku menggeleng. “Awak tak faham,” tekanku.

Dia sememangnya tidak akan faham kerana aku hanya mahu lelaki yang sah untukku saja menyebut nama itu dengan penuh kelunakan dan keikhlasan.

“Kalau saya tak faham, buat saya faham.”

“Jarang orang luar panggil saya Iqa kecuali keluarga saya je. Selain tu memang akan panggil saya Shaq. Bila awak panggil saya Iqa, saya rasa tak selesa pulak,” terangku jujur.

“Habis tu, nak tunggu saya jadi keluarga awak dulu baru boleh panggil awak Iqa, macam tu?” Bibir kemerahan itu tersenyum manis.
Aku menggeleng kecil. “Awak dah salah faham ni.”

Lelaki di depanku ini ketawa halus. “Kita tukar salah faham kita kepada hakikat, nak?” tanya dia lagi. Aku telan liur berkali-kali membasahkan tekak yang perit dan lidah yang kelu.

Yuzaimi melangkah mendekatiku. Bila hampir padaku, dia duduk mencangkung lalu dia kaut segenggam salji di tangannya lalu dia bawa salji putih itu ke mulut. Aku hanya memerhati tindakannya itu. Waktu ini, terasa juga hendak menghamburkan tawa, tapi aku ketap bibir kuat, menahan tawaku dari berhamburan melihatkan dia begitu.

“Sedap jugak salji ni, ya? Awak tak nak rasa?” tanya dia polos. Aku menggeleng.

Dalam hati ini bermacam andaian sudah berperang sesama sendiri. Entahkan bersih entahkan tidak salji yang dia makan itu. Ya Tuhan, kenapalah aku ditemukan dengan lelaki pelik ini?

“Awak nak rasa tak?” tanya dia lagi. Pantas saja aku menggeleng.
Yuzaimi bangkit dan langsung menapak lagi mendekat padaku. Dia menepuk-nepuk kedua belah tapak tangannya membersihkan sisa salji yang ada.

“Dulu saya jumpa awak, pun awak pegang skecth book. Sekarang pun sama. Apa yang awak lukis sebenarnya,ya?” Dia memeluk tubuhnya dengan anak mata yang masih memandang ke arahku.

“Apa saja yang saya suka,” jawabku lembut.

“Termasuk ini?” Yuzaimi mengangkat sekeping kertas yang menjadi milikku.

Wajah Zikri yang belum siap sempurna itu terbias di korneaku. Mataku bulat. Dadaku berdetak hebat.

“Dah berapa banyak potret dia awak lukis?” tanya dia tenang.

Aku menggeleng. “Pulangkan lukisan tu. Itu saya punya.”

Aku masih cuba bertenang. Kaki ini secara tidak sedar menghampiri dia. Bila saja kami sudah agak dekat, aku cuba capai lukisan itu namun ketinggian Yuzaimi benar-benar tidak tersaing oleh tanganku.

“Jawab soalan saya dulu,” pinta dia separuh merayu.

“Entah.” Aku jungkit bahu. “Saya pun tak tahu dah berapa banyak saya lukis gambar dia.”

Renungan Yuzaimi sedikit kuncup. Renungan itu juga sedikit pudar tapi tidak lama bila dia kembali melebarkan senyumannya.

“Mungkin dia satu-satunya bukan ahli keluarga awak yang boleh panggil awak Iqa?” tebak dia lagi.

Kali ini, aku tidak tahu apakah yang harus aku katakan sebagai jawapan pada soalan itu. Impian dan harapan memang di situ tapi hendak meluahkan rasanya tidak berdaya. Zikri bukan milikku. Dia tidak tercipta untukku. Impian itu pasti tinggal impian selamanya dan harapan itu juga pastilah akan kekal menjadi harapan saja. Tiada kenyataan.

“Tak la. Dia kawan baik saya je. Kawan dari kecil,” jawabku menidakkan hakikat hati.

Yuzaimi lantas menghulurkan kertas putih itu kepadaku. Aku pantas menyambar dan terus ku selit di dalam buku lakaran milikku itu.

“Kawan baik yang kekal di hati, dirindui, dicinta dan disayangi, macam tu?”

Aku menggeleng pantas. Aku perlu berlalu. Andai berlama-lama di sini, pastilah Yuzaimi dapat menebak segala yang ada di dalam hatiku ini dan aku tidak mahu begitu. Rahsia ini adalah hartaku yang paling bernilai. Yuza juga tidak tahu sepenuhnya cerita.

“Err, tak apalah, awak. Kita pun baru kenal. Tak elok untuk saya rapat sangat dengan awak. Saya minta diri dulu,” pintaku sejurus kemudian.

“Dah lima tahun kita kenal, saya rasa dah cukup lama,” jerit dia pula.

“Salah kenyataan awak tu. Bukan lima tahun kita kenal tapi kita pernah jumpa lima tahun lalu dan itu tak membawa apa-apa makna pada saya,” jawabku lalu aku terus saja berlalu.

“Tapi, ada maknanya pada saya pada pertemuan kedua kita ni, Iqa,” jerit dia pula.

Kanak-kanak tadi sudah beralih pandang ke arahku. Mereka tersenyum tapi aku sudah tidak mampu membalas. Rasa kaku senyuman ini. Waktu ini, aku benar-benar merindui masa lalu. Masa lalu bersama Zikri. Aku rindui gelak tawanya. Kehadiran Yuzaimi benar-benar membawa ingatanku pada Zikri semakin menebal.

Pelik, sesungguhnya pelik. Mengapa hari ini rindu pada Zikri membuak-buak? Mengapa kala ini, rasa cinta yang tidak pernah hilang itu kembali utuh membelit hati?

“Shadiqah!!” Aku dengar suara Yuzaimi memanggilku.
Semakin kuat suara itu, semakin laju langkahku melewati timbunan sajli di sepanjang Princess Road ini.

“Shadiqah, tunggu dulu,” jerit dia lagi.
Pada asalnya, aku hanya melangkah dengan laju hingga akhirnya aku terus berlari menyusuri jalan ini menuju ke Walley Range untuk pulang ke bilik sewa.

Tiba di bilik, aku lihat Yuzaini sedang lena di atas katil kami. Tubuh itu aku rapati dan aku gugah sekuat hati.

“Yuza, bangun! Bangun!” kejutku agak kasar.

Gadis itu bangkit dengan mata yang terpisat-pisat. Dia menggenyeh matanya berkali-kali sebelum dia memandang ke arahku yang sedang duduk di birai katil. Waktu ini, rasanya aku sudah tidak mampu membendung airmataku yang sedang meniti di kelopak mata.

“Kau bukan keluar dengan abang kau ke?” tanyaku bila dia sudah duduk di sisiku.

“Keluar kejap je. Dia belikan aku mocha secawan, lepas tu dia suruh aku balik,” jawab Yuzaini.

Aku angguk. “Oh, ya ke. Tak apalah. Kau tidurlah dulu. Dah nak waktu solat ni. Aku nak mandi,” beritahuku pada dia.

“Emm, yalah. Tapi, kau ni macam kena kejar dek hantu je ni.”

Aku mengukir senyum sebelum telapak tanganku singgah ke wajah lalu aku raup wajahku berkali-kali. Nafas ku hela tenang agar lebih teratur.

“Tak adalah. Sejuk kat luar tu. Aku berlari la balik bilik,” dalihku tapi Yuzaini tetap merenungku dengan pandangan yang tidak percaya

Aku buka selendang yang membelit kepala. Tuala di belakang pintu, aku capai lalu aku sangkut ke leher.

“Beli apa dekat Trafford Mart?”

“Sketch book,” jawabku ringkas seraya melangkah ke bilik air.

Yuzaini mengeluh berat. Langkah ku pegun sebelum sempat aku melangkah ke bilik air.

“Dalam lima tahun ni aku rasa ada dalam 100 buah dah sketch book kau beli dan semuanya ada gambar mamat tu. Apa nak jadi ni, Shaq? Berapa buah sketch book lagi kau nak beli untuk kau lukis gambar dia?”

“Apa maksud kau, Yuza?”

“Itulah maksud aku. Dah nak hampir lima tahun ….” Yuzaini menunjukkan sebelah tangannya padaku.

“… aku tengok kau macam ni. Bibir kau senyum, tapi tangan kau dok lukis je wajah laki orang tu. Hati kau tak rasa sakit ke, Shaq?” tanya dia lagi.

Aku ketap bibir. Pertama kali Yuzaini mempertikaikan tindakanku. Andai dulu, dia hanya berkias-kias begitu saja. Menasihati dalam kelembutan tapi hari ini berlainan benar.

“Aku selesa je selama ni, Yuza sebab itulah satu-satunya perkara yang boleh buat aku bahagia,” jawabku lemah.

Sememangnya aku semakin lemah dengan semua ini. Menerima kehadiran Yuzaimi yang mengejut dan bagaikan hendak menjentik semula ketenanganku setelah lima tahun berlalu dan membawa bersama wajah Zikri di hadapanku. Aku benar-benar dihambat perasaan sendiri. Dikejar rindu pada Zikri, dihambat resah melihatkan wajah Yuzaimi.

“Kau bahagia di atas penderitaan sendiri, macam tu?” tanya dia lemah. Yuzaini mengeluh lagi.

“Entahlah, Shaq. Payah aku nak tebak perasaan kau selama kita kenal ni. Tapi, sebagai kawan aku rasa sakit bila lihat kau macam ni,” luah Yuzaini.

Wajahnya aku pandang lama. “Kenapa baru sekarang kau nak bangkitkan pasal hal ni?”

“Sebab sikit masa lagi, kita akan balik ke Malaysia, Shaq. Kita akan jumpa keluarga kita dan kau akan jumpa Zikri,” jawab dia sambil tersenyum tipis.

“Aku boleh hadapi, Yuza. Kau jangan risaukan aku, ya?” Aku memujuknya lembut.

“Aku tak risaukan kau, Shaq tapi aku risaukan perasaan kau. Aku harap perasaan kau tu kuat nak lihat lelaki yang kau cintai selama ini sudah bergelar suami,” nasihat temanku ini lagi.

“Tak ada apalah. Aku okey je. Selama lima tahun aku mampu lalui hidup tanpa dia, sihat waafiat je,” selaku berseloroh. Tawaku pula tidak bersambut oleh Yuza.

“Memanglah mampu hidup tanpa dia sebab kau hidup bertemankan wajah dia saban masa,” sinis Yuzaini lalu dia kembali rebahkan tubuh lalu ditariknya selimut tebal itu menutupi seluruh tubuh.

Hampir terduduk aku kala ini mendengarkan kata-kata dia. Aku tahu dia cuba membuatkan aku lupa pada Zikri, dan aku juga mahukan begitu. Tapi, aku tidak mampu. Taktala aku mahu melupakannya, perasaan ini menghalang keras. Kala aku ingin buka pintu hatiku, melepaskan Zikri pergi dan membenarkan orang lain mengetuknya, pintu hatiku langsung tidak mahu terbuka. Malah rapat pula tertutup.
***
KELUAR saja daripada bilik air, aku lihat Yuzaini tiada di katil. Bila aku hampir ke pintu dan menjenguk ke bawah dari bilikku di tingkat satu, aku ternampak dia berada bersama abangnya di sebuah bangku.

Aku belitkan tuala pada rambutku. Langsir dari jenis kain kapas Inggeris ini, aku selak sedikit hendak melihat Yuzaini bersama abangnya.

Lama aku memerhatikan mereka dan tanpa aku sedar, Yuzaimi mendongak dan kala itu mata kami tepat beradu. Aku terpaku pada seraut wajahnya itu. Dia juga begitu. Langsung bangkit tanpa menghiraukan adiknya di sebelah. Bila Yuzaini mendongak sama, aku cepat-cepat menutup langsir itu dan terus berlalu ke katil.

Ya Tuhan, apakah benar yang aku rasakan ini? Adakah benar apa yang aku duga ini? Dan andai benar, kau tetapkanlah hatiku. Aku tidak mahu ia berubah biarpun beribu tahun berlalu. Aku meraup wajah dan serentak itu, wajah Yuzaini tersembul di muka pintu.
Renungannya lain macam. Bila dia rapatkan daun pintu, dia menghampiriku lalu dilabuhkan duduknya dekat padaku.

“Kenapa pandang aku macam tu?” tanyaku pada dia.

“Abang aku jumpa kau tadi, kan?”

Aku angguk mendengarkan soalannya. Andai Yuzaimi sendiri berterus terang, tiada guna hendakku sorokkan kebenaran.

“Kau tak cakap pun,” sela dia.

“Nak cakap apa? Tak ada apa yang penting pun.” Aku ketawa halus. Tangan ini ligat mengelap rambutku yang masih basah.

“Siapa cakap tak penting? Penting, Shaq. Terlalu penting!” tekan Yuzaini dengan wajah yang bersungguh-sungguh.

“Apa yang penting?” tanyaku pula.

~~~> bersambung

Mungkin kerana sekali cinta, Shadiqah tetap cinta tanpa dia sedar, mungkin cinta yang lain juga lebih hebat dari cinta dia pada Zikri...

27 comments:

  1. kite nk shaq ngn zaim...
    cite ni msti konflik kn..nk2 time shaq dh blk msia...mntk2 zikri xsmpn perasaan kt shaq...xsbr nk bce n3 baru..

    ReplyDelete
  2. Jangan biarkan kelukaan semalam merampas kebahagiaan hari esok.... ayat yg aku pinjam buat azimat. memang susah nak lupakan cinta pertama tapi mungkin bukan dia jodoh yg tuhan tetapkan untuk kita... salah iqa utk terus kenangkan ziki padahal ziki hanya anggap dia sebagai kawan je. kepulangan nanti akan lebih menyakitka... terima je zaim tu..

    ReplyDelete
  3. Biar Yuzaimi payungkan Shadiqah pulak eh...please

    ReplyDelete
  4. ni konflik cinta 3 segi ke? urm...

    ReplyDelete
  5. Kesian shaq tak leh lupa zikri tu .
    Harap zaim boleh buat dia bahagia pas ni .
    Hehe . Thanks kak Rehan . Best sangat . :)

    [syaza_nadiah]

    ReplyDelete
  6. nice n3 RM,best sangt2x tu jk yg bleh sye kata...next n3 please..

    ReplyDelete
  7. lepaskan lah.....
    jgn trlalu mnmyeksa diri....:(

    ReplyDelete
  8. aaaiii shaq..shaq...nak kata bodoh kan tapi belajo sampai oberc..udah2 la tuh..tak berbaloi2 duk ingat ke zikri tuh...buang masa buang air mata..move on la shaq..yuzaimi tu 1000 kali lagi bagus dr zikri tuh..

    ReplyDelete
  9. rafika dewi jahrulJanuary 9, 2012 at 3:11 PM

    salam RM...
    mungkin iqa da terlanjur mencintai ziki pasal tue dye x bole terima org lain...mcm kita kalo kita da terlanjur mencintai seseorang jarang kita dpt lupakan yg lama....(btul x)...
    walaupun kita da berjumpa dgn org lain tapi cinta yg pertama memang sukar kita nk lupa kan...yg ada cuma cinta yg terakhir sama ada bersama si dye yg kita cintai @ seseorang yg mengantikan masa silam cinta pertama...
    jangan terlalu mencintai seseorang nanti kelak kita akn merasa yg amat sakit sekali.....
    panjang lak fika membebel..pape pun sape jew pilihan iqa sama ada ziki @ zaim dua punya kelebihan masing-masing...(minta2 dye still ngan ziki hehe)terima kasih bg fika baca lagi satu cite yg bessttt.... p\s nak lagi.....nk lagi hehe :)

    ReplyDelete
  10. setuju ngan kak nora.... lupakan cinta lama n terima cinta baru yg 1000x lebih baik..... dicintai lebih baik dari mencintai.... Zaim adalah anugerah dari-NYA... yg boleh mengubat luka dan kecewa dihati...kematangannya boleh memayungi hidupmu wahai Shadiqah.... dengarlah nasihat akak ni....jgn berdegil lagi...kang akak pulas telinga tu...

    ReplyDelete
  11. wah apa yg penting tu rasa x sabar nak tau ni...RM nak lg plez....

    ReplyDelete
  12. alahai sambung lg, buat la pjg sikit n3 lps ni ye....

    ReplyDelete
  13. maaf mgkin bab ni pendek sikit..10pages je..betul tu shaq patut lupakan zikri kan..zaim dpn mata.kalo sy pon sy plik zaim..hehe..ada rezeki kita jumpa bab 19 plk..n nantikan PENTINGnya yg penting tu..hehe..

    ReplyDelete
  14. ah...RM cepat sikit PENTING tu yer..
    mmg best lah, sampai salji pun di makan...
    anak sapa lah tu....

    mama izz

    ReplyDelete
  15. saya suka kalau shaq terima saja slam cinta dari zaim. lupakan je zikri. zikri ada kisah silamnya walaupun sukar utk melupakan kerana cinta pertama. ape pun, mungkin Allah dah utuskan zaim utk shaq. mudah2an shaq boelh menerima zaim dan melupakan zikri.

    ila danish

    ReplyDelete
  16. i like tis word: mungkin cinta lain lebih hebat dr cinta pertama. mungkin kehadiran zaim lebih hebat penangan cintanya klu tak kenapa syaq harus rasa tergugat kenapa harus rasa yg zaim akan rebut tempat ziki??? hmmp.... pd Syaq tak perlu la mlihat pd perkara yg lepas lgpun mmg terang-terang ziki dah tolak perasaan awk sharusnya awk let it go n find ur own happiness. dgn hanya tkenang ziki pun takkan merubah apapun lgpun ziki pun bakal jd milik org. apasalahnya awk mulakan hidup baru n lepaskan ja perasaan lama. klu dulu awk yg tpaksa payungi ziki skrg biarlah abg zaim pulak yg payungi awk. hehehe... go zaim tackle ja syaq tu. takpun p ja masuk meminang terus. jgn tunggu lama2x.

    ReplyDelete
  17. mula2 sy baca cite ni, sy vote 4 zikri...then bile dah lama2 sy vote for zaim lak...haha...shaq, lupekan kisah lalu, build a new life, ok...

    ReplyDelete
  18. salam Rm, shaq is in denial.. new love has come in full force! zaim, don't ever give up to win shaq's heart!

    ReplyDelete
  19. setuju ngan kawan2....syaq patut lupakn zikri...kata redha tp mcm x..belajar lpskn rasa cinta pada zikri....cinta pertama mmg hebat tp sape tahu cinta kedua lagi hebat....lps ni tgk cmne zaim nak buat syaq lupakn zikri...zaim bantu syaq utk lupakn cintanya pada zikir dan cuba buka hati utk trm cinta baru...lbh baik menerima org yg mencintai kita dr kita mencintai sbb klu dia cintakn kita....pasti dia akan menjaga hati kita...Insya Allah....apa yg penting tu ye?

    ReplyDelete
  20. Yes....Rehan bg Shaq kat Yuzaimi.....

    ReplyDelete
  21. 5 tahun, sepatutnya selepas solat Shaq minta pada ALLAH supaya diberikan ketenangan untuk melupakan Zikri tapi ialah Shaq yang tak mahu berbuat begitu... Rela menyiksa diri sendiri demi cinta pertama yang telah pasti ditolak bulat2...

    kata orang mungkin Shaq ini dalam kriteria "bodoh sombong?" sebab Yuzaini telah mengingatkan dia selama 60 bulan... tapi dia masih ingin duduk dengan kenangan lalu..

    ReplyDelete
  22. klu shaq trs trma zaim, xdela conflik lg dlm SAPK. rentetan conflik tu membtkan SAPK lg best, lg menyentuh hati. Congrats, citer ni sgt best sgt2. cm ad sedikit kesalahan ejaan dlm post2 SAPK, hrp RM dpt perbaiki, tkt nt ianya blh merosakkan nilai citer ni. nway, mmg best...

    ReplyDelete
  23. kak rehan...ksian shaq..menyentuh hati la n3 neh~

    >>k<<

    ReplyDelete
  24. ermm ntah ler. bagi saya cinta yang hadir secara perlahan2 akan lebih diingati dari cinta yang kita mahukan kehadirannya. Macam shaq sayang pada zikri tu pasal rasa sayang tu datang perlahan2 dalam tempoh perkenalan. Kasih sayang yang macam tu dipupuk di baja dengan baja yang kesannya adalah lebih panjang tempohnya. Macam cinta ekspress atau cinta yang bila pandang jatuh cinta nie.. cintanya ada kasih sayang tapi kekuatan perlu dipupuk perlahan2. itu yang ada pada cinta shaq kepada zikri kasih sayang yang dipupuk perlahan dan dari sayang jatuhnya cinta. Susah nak lupe. ditambah pulak cinta pertama lagi laa kuat ingatannya. tapi cinta itu boleh dubuang tapi perasaan sayang dan ingatan itu akan tetap diingatan walaupun kita sudah ada penggantinya.. tu yang saya pasti

    ReplyDelete
  25. lebih baik pilih untuk dicintai daripada mencintai..harap harap iqa boleh teruskan hidup with or without zikri and zaim pun okay jugak dengan iqa ! :D

    ReplyDelete
  26. udah udahla shaq..nak bergantung pada cinta lama yg tak kemana tu..5 tahun adalah jangkamasa yg lama..kalo asyik mengingati..mana mungkin bisa dilupai..aduhai..macam nak kasi takzirah pjg pjg kat shaq..org tu dah berbahgia ngan pilihan hatinya..kenapa nak meruntuhkan ikatan tunangan zikri tu..ada sizaim..tu..cuba berikan diri tu..ruang untuk mencintai org lain..

    ReplyDelete
  27. RM, postkan gambar Yuzaimi berpakaian lebih formal boleh tak? ala-ala businessman yang macho.. baru lebih ummmph!

    ReplyDelete