BAB 19
CERMIN di depanku, aku renung semahunya. Setelah lima tahun aku bertahan, airmata ini berjaya merobohkan tembok mataku hingga pecah akhirnya. Biarpun jenuh aku membasuh wajahku dengan air, namun kesan airmata ini tetap bersisa. Tetap tidak mahu kering. Tetap menghiasi wajahku.
“Ya Tuhan, mengapa aku diduga sebegini?” Aku meraup wajah.
Suara Yuza terngiang-ngiang di telingaku. Pedih di ulu hati. Sayu di lubuk jiwa dan parah membadai rasa.
Iqa rindu Ziki. Tak pernah adakah rasa rindu itu selama ini dalam hatimu Zikri? Tak pernahkah terlintas bisikan rinduku yang menyapa jendela hatimu selama ini? Tidak rindukan kau pada aku, Zikri? Di mana khabarmu selama ini sedangkan aku rindu kamu tatkala nafas ku hela. Bisik hatiku pedih.
Airmata mengalir lagi. Melihatkan wajahku di dalam pantulan cermin, rasanya wajah itu sedang mengejek diriku. Sedang mengetawakan kekalahanku selama ini. Kalah kerana merindui Zikri, kalah kerana tewas oleh perasaan sendiri.
“Pentingnya kebahagiaan kau tu di mata aku, Shaq! Terlalu penting setelah aku lihat senyuman plastik pada wajah kau tu, Shadiqah!” bentak Yuza padaku semalam.
Aku terpaku sendiri kala itu. Tidak mampu berbuat apa sedangkan di dalam diri ini beralun dihambat pilu.
“Apa maksud kau, Yuza?” soalku tidak puas hati.
“Berapa kali kau nak tanya soalan macam tu, Shaq? Apa maksud aku dan jawapan aku adalah sama, itulah maksud aku. Berapa lama kau nak jahanamkan kebahagiaan kau semata-mata jantan macam tu? Tak pernah hargai kasih kau?” tekan dia tegas.
Pertama kali melihat Yuza menghamburkan rasa tidak puas hatinya perihalku dan Zikri, membuatkan aku tidak mampu berkata apa. Hanya liur saja aku telan berkali-kali.
“Jangan pandang aku macam kau tak salahlah, Shaq. Kau salah. Kau salah pada diri sendiri. It’s been almost five years, Shadiqah. Kau rindui pada yang tak sudi. Kau ingati pada yang tak nak ingatkan kau. Kawan-kawan kau tu kawan semata-mata dan mereka bukan sahabat! Berapa lama kau kenal Zikri pun, itu tak memungkinkan kau kenal dia sepenuhnya, Shaq.” Yuza telan liur. Dia berjalan menuju ke meja belajarku.
“Ni….” Dia angkat kertas lukisan milikku.
“… aku benci dah tengok kau kelek benda ni ke hulu hilir. Dari musim berganti musim, kau tetap macam tu. Musim panas, makin membara rindu kau pada Zikri, musim luruh kasih kau tak pernah gugur pun, musim bunga makin mekar mewangilah cinta tak berbalas kau tu pada dia dan musim sejuk macam ni, kau beku kaku pertahankan hati kau tu!” marah Yuza berterus.
“Aku… aku…” Ayatku mati di situ bila Yuza sudah bercekak pinggang.
“Kau apa? Kau apa?” Dia jegilkan matanya.
“Kau nak cakap kau tak boleh nak halang cinta kau tu? Tak boleh nak buang? Macam tu?”
Aku menggeleng perlahan. “Kau tak lalu apa aku lalu, Yuza. Kau tak tahu betapa aku cuba lupakan dia tapi aku tak mampu. Aku tak mampu nak halang wajah dia dari singgah dalam memori aku ni.” Aku tekan sisi kepalaku geram.
Pandangan mataku kabur. Wajah Yuza juga sudah tidak jelas di mataku. Yang jelas hanyalah lukisan yang Yuza angkat tinggi lalu dia campak ke bawah melalui tingkap yang terbuka lebar.
“Nak lupa macam mana kalau saban masa kau dok lukis gambar dia je,” sinis dia.
Mataku bulat. Langkah kakiku terketar-ketar mendekat ke jendela yang terkuak itu. Mataku kaku melihat buku lakaran yang Yuza campak ke bawah.
“Kenapa buat aku macam ni hari ni, Yuza?” tanyaku lemah dengan suara yang jelas getarannya.
“Sebab aku nak kau sedar yang kau tu bodoh. Dah banyak bazirkan masa. Dulu aku kenal kau masa tu umur kita 21 tahun dan sekarang ni kita dah 26 tahun, Shaq. Selama tu aku nampak kebodohan kau dalam cinta. Aku yang tak pernah bercinta ni pun tak sebodoh kau tentang cinta!” herdik dia lagi.
Aku pandang wajah Yuza dengan mata yang berair. Bibir ini aku ketap sekuat hati menahan lidah dari terus memarahinya.
“Aku tak sangka kau sanggup cakap aku macam ni?” Aku menggeleng kesal.
“Aku tak cakap kau je, Shaq. Dekat Abang Zaim pun aku dah cakap tadi. Aku cakap dia bodoh sebab jatuh cinta pandang pertama lima tahun sudah dan jatuh cinta pandang pertama lagi selepas lima tahun kemudiaannya pada orang yang sama dan lebih bodoh abang aku tu sebab jatuh cinta pada orang yang setia pada perasaan sendiri,” ucap dia tenang lalu dia menapak ke pintu.
Aku terkedu dengan kenyataan Yuzaini. Kala ini, apa lagi yang harus aku katakan. Benar seperti yang ku telah. Zaim menaruh hati padaku bukan saja hari ni malah pertama kali dia merenungku dulu.
Bila dia menarik dan membelit mafela ke lehernya, langkah itu pegun seketika lalu dia berpaling semula padaku.
“Sebab tu aku kata penting, Shaq. Terlalu penting bila kau bodoh kejar lelaki yang tak suka kau dan Abang Zaim bakal jadi bodoh bila kejar kau yang tak akan sudi sukakan dia,” ujar Yuza tenang lantas dia melepasi ambang pintu.
Berdentum pintu itu dihempasnya membuatkan aku tersentak dari ingatan pada dia semalam. Aku beristighfar bila mana mata ini tidak sudah-sudah hendak mengalirkan airmata. Bunyi pintu ditutup membuatkan aku kembali ke alam nyata.
Tiada wajah mengejek, tiada suara amukan Yuza padaku. Wajah Zikri dan Zaim juga pergi meninggalkan benakku namun ku tahu, itu hanya untuk seketika cuma.
“Assalamualaikum…”
Aku dengar suara Yuza memberi salam. Cepat-cepat aku membersihkan muka sekali lagi dan terus mencapai tuala lalu keluar daripada bilik air.
“Waalaikummussalam,” jawabku lembut.
Sekuntum senyum aku hadiahkan buat dia yang sedang menanggalkan baju panas dari tubuhnya. Sekeping surat berwarna kuning keperangan ada di tangannya.
“Awal balik? Tak jadi lagi study group ke?” tanyaku lagi.
Yuza tidak terus menjawab, sebaliknya dia merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Mata itu terpejam.
“Payah betul nak study dengan orang ni. Janji kemain tapi tak datang. Geram aku,” luah dia diakhiri dengan dengusan yang agak kasar.
Aku ketawa kecil. Mungkin juga kami sebilik, namun Yuzaini adalah pelajar jurusan akauntansi. Tidak sepertiku.
“Ala, study week pun dah nak tamat dah ha. Nak final dah pun. Study kat bilik jelah,” pujukku.
Yuza bangkit. Dia meramas rambutnya yang separa bahu itu. Wajah itu masam. Bibir itu terkumat kamit marah.
“Kau tak apalah, Shaq. Pandai. Aku ni, aduhai. Kalau sama kursus kan senang.” Dia mengeluh lagi.
“Tapi, semalam kau cakap aku bodoh,” selaku sedikit berkecil hati mengenangkan kelantangan lidahnya bertutur hanya kerana perasaan abangnya padaku.
Matanya terus menghala padaku. Wajah itu beriak salah. Dia bangkit lalu mendekat padaku yang sedang bersandar pada tingkap. Merenung tempat jatuhnya buku lukisan kepunyaanku itu yang sudah pun menjadi sampah barangkali. Atau paling tidak telah dikutip oleh kanak-kanak yang bermain sajli atau juga tertimbus sajli yang memutih dan masih menebal.
“Pasal semalam tu aku minta maaf, Shaq. Aku tak bermaksud macam tu sebenarnya. Aku tahu kau bijak dalam pelajaran dan bakal berjaya dengan keputusan kau nanti. Tapi, aku memang agak kecewa bila sampai sekarang kau masih mengharap pada yang tak sudi,” ucap Yuza dengan suara yang perlahan. Hampir berbisik namun masih jelas di telingaku.
Wajahnya aku kerling sekilas sebelum aku kembali tebarkan pandanganku ke arah kedamaian dan kedinginan mata yang memandang. Kala aku terlihat kanak-kanak bermain salji lalu mereka menyuakan salji putih itu ke bibir, aku tergambarkan Zaim.
Lelaki yang nampak matang dan bergaya penampilannya namun sikap kebudak-budakan itu masih terselit dalam dirinya. Aku yang bertahun melalui hujan salji ini tidak pernah sekalipun meletakkan salji itu ke bibir tapi dia, menikmatinya bagaikan gula-gula kapas.
Tanpa sedar bibirku tersenyum nipis tapi tidak lama bila tangan Yuza melingkari bahuku. Bila aku kalih pada dia, bening mata itu nampak sedikit berair. Aku lebarkan senyuman sekali lagi.
“Kenapa?” soalku.
Yuza menggeleng. “Maafkan aku, Shaq. Aku tak sengaja semalam tu.”
“Tak ada apalah, Yuza. Mungkin ada benarnya dalam kata-kata kau tu tapi hati aku ini, hanya aku yang tahu. Dulu aku yakin dengan keputusan hati tapi setelah apa yang kau luahkan semalam, saat ini aku serahkan sepenuh hati aku pada Tuhan yang maha tahu,” balasku dengan anak mata yang ku tebarkan kembali ke tengah laman yang memutih.
“Aku pun tak tahu kenapa aku boleh cakap macam tu semalam?” Dia bertanya lebih pada diri sendiri.
Aku membalikkan tubuh menghadap dia semula. Bahunya aku tepuk lembut. Menyatakan yang aku benar-benar tidak berkecil hati. Aku telah melupakan segalanya. Aku tahu dia marah kerana menyayangiku dan aku tahu juga dia menjadi demikian kerana abangnya.
“Mesti kau rasa ralat sebab abang kau sukakan aku, kan?” tebakku penuh hati-hati.
Yuza angkat wajah. Mata itu tepat merenung anak mataku. Bibirnya nampak bergetar namun hakikat yang ingin diluahkan ditelan sendiri bila dia diam, kelu tanpa suara.
“Jangan risau pasal tu, Yuza. Aku tahu kau tak sudi aku dicintai abang kau dan jangan risau kerana aku tak akan benarkan dia cintakan aku biarpun betapa hebatnya cinta dia tu.”
Dia menggeleng. “Jangan salah faham, Shaq.” Dia menidakkan hakikat yang sudah jelas tergambar di balik wajahnya.
“Aku tak bermaksud macam tu. Aku lagi suka kalau Abang Zaim suka kau sebab aku dah lama kenal kau dan tahu siapa kau. Aku bangga bila abang aku tu suka pada seorang wanita yang terlalu setia selama ini tapi sayang bila kesetiaan dia tu milik orang lain. Aku tak nak abang aku lalu penyeksaan yang sama yang telah aku lihat dengan mata kepala aku sendiri dalam lima tahun ni,” ujarnya lembut.
Aku tidak mampu membalas. Rasanya inilah pertama kali Yuza bersikap serius setelah melibatkan darah daging sendiri. Aku ingin memberi peluang pada dia agar dia meluahkan segala yang membekam di dalam hatinya. Biarlah ianya bermula dan berakhir di sisi sementara perkara ini masih terlalu baru.
“Aku kagum dengan kesetiaan kau. Tapi, kesetiaan kau tu bukan pada yang sepatutnya. Abang Zaim tu tak muda lagi, Shaq. Dia dah 31 tahun. Mama aku kemain carikan jodoh untuk dia tapi semuanya dia tolak. Dia terlalu pentingkan kerjayanya. Ke sana ke mari dengan tugas yang digalas. Tapi, aku terkejut dan memang payah nak percaya bila dia akui yang dia jatuh cinta pada kau.” Yuza ketawa kecil sambil menggeleng kepalanya.
“Aku tak minta semua ni berlaku pada Zaim, Yuza.”
“Memang kita semua tak minta semua ni. Aku takut kau makin terseksa sebab cinta abang aku pada kau. Sebelum dia luahkan sendiri pada kau, ada baiknya aku cakap terus apa yang dia rasa pada kau, Shaq. Dan, aku juga tak nak abang aku terseksa. Aku tak nak kau dan Abang Zaim terseksa kerana cinta masing-masing,” beritahu Yuza di sulami keluhan kecil.
“Kau cakap jelah pada dia, aku bukan tercipta untuk dia….”
“Dan rasa aku, dah tiba masanya kau terima hakikat yang Zikri bukan juga tercipta untuk kau,” cantas Yuza sambil meletakkan sampul surat yang aku lihat tadi di telapak tanganku.
Terketar-ketar jemariku melihatkan tulisan bertinta tangan itu bercap Malaysia. Mata ini berat dibasahi airmata. Aku sudah dapat menebak apakah yang Yuza maksudkan tadi.
“Bi… bila kau dapat ni?” tanyaku gagap namun mata ini terus merenung tajam sekeping kad yang kini menjadi tatapanku.
Indahnya terukir dua nama itu di mataku. Namun, hati ini perit hendak menatapnya. Nafasku sesak. Andai sepatah lagi aku berkata, airmata ini pastilah berjejeran menuruni pipi.
“Kat bawah tadi dan ini adalah hakikat dan kebenaran yang kau setia pada yang tak sudi. Jangan seksa diri lagi. Abang Zaim ada kat bawah. Dia nak jumpa kau sebelum balik Malaysia sehari dua lagi.”
Terkejut dengan kata-kata Yuza, airmataku mengalir jua akhirnya. Hatiku diduga lagi. Menerima dua berita serentak di dalam sesuatu masa benar-benar membuatkan aku lelah dihambat rasa kecewa dan keliru.
“Buat apa dia nak jumpa aku?” tanyaku dengan airmata yang berlinangan.
“Entah…” Yuza jungkit bahu.
“Aku dah cakap kau tak akan sudi nak jumpa dia tapi abang aku tu lain macam sikit tekad dia. Cuba kau jenguk, mesti dia ada kat bawah.” Yuza menjeling ke arah jendela.
Aku mengerutkan wajah. Rasanya tadi tiada sesiapa kat situ. Tapi kali ini, bila aku menjenguk ternyata Zaim ada di situ. Tunduk memegang sesuatu di tangannya yang membuatkan aku ingin saja berlari turun ke bawah.
“Aku harap kau tak ceritakan tentang Zikri pada dia, Yuza.”
Yuza menggeleng. “Aku tak bodoh nak buat abang aku sendiri sakit, Shaq. Kalau betul kau tak nak, lebih baik kau sendiri cakap pada dia. Jangan biar dia lalu apa yang telah kau lalu selama ni. Dah cukup aku lihat salah seorang orang yang aku sayang menderita dan aku tak mampu nak lihat seorang lagi turut menderita,” ucapnya lalu dia tepuk bahuku perlahan-lahan dan berlalu ke bilik air.
Seelok saja Yuza merapatkan daun pintu bilik air, aku terduduk di sisi jendela menatap kad undangan ke majlis pernikahan Zikri dan Annesa tiga minggu lagi. Aku lelah begini. Mengapa keluargaku tidak menjaga amanah? Entah berjuta kali aku berpesan agar dirahsiakan alamatku di sini tapi akhirnya sampai juga sebuah kad daripada Zikri.
Kad yang merobek segala jiwa dan hati ini. Membawa aku kembali mengalirkan airmata dan kehadiran Zaim juga membuatkan ingatanku berlari pada Iwan. Seorang teman yang juga pernah menyintaiku namun aku tolak dia juga. Entah mampu entahkan tidak aku menolak Zaim dengan baik agar dia mengerti kedudukanku.
“Shaq, please…” Yuza tiba-tiba terjengul dari bilik air.
“Go down and have a talk with my brother. Let him know. Just let him know he will got nothing from you dan percayalah, dia boleh terima,” sambung Yuza dengan penuh merayu.
Aku angguk lambat-lambat dan Yuza kembali menutup pintu bilik air. Aku bangkit mencapai selendang lalu aku belit ala kadar saja. Mafela hitam itu aku belit ke leher dan baju panas itu sarung ke tubuh. Kad itu aku selit di dalam poket dan aku terus berlalu keluar daripada bilik.
Andai dulu aku mampu membiarkan Iwan melepaskan perasaannya padaku, hari ini aku juga mampu hendak membuatkan Zaim melepaskan perasaannya padaku sementara masih belum terlambat. Aku tahu sakitnya kecewa dan benar kata Yuza, aku harus melarang orang lain melalui apa yang pernah dan sedang aku lalui.
Setibanya aku dibawah, kesejukan sudah agak berkurangan kerana musim bunga bakal tiba. Matahari juga sudah bisa dilihat biarpun sajlu masih memutih. Kini, bebayang juga sudah wujud mengekori langkahku.
“Assalamualaikum,” sapaku pada Zaim yang sedang tunduk menguis salji dengan kakinya.
Dia pantas bangkit dan merenung tepat ke wajahku. “Waalaikummussalam,” jawab dia tenang.
“Duduk?” pelawa dia dan dia sapu kesan salji di atas bangku kayu itu dan aku terus saja melabuhkan duduk. Dia juga begitu.
Dia merendahkan tubuhnya ke hadapan. Jemari kasar itu bersulam sesama sendiri. Mata itu tepat terarah ke depan.
Aku jeling sisi wajahnya. Tenang saja wajah yang dihiasi hidung mancung dan seulas bibir yang cukup sensual itu serta sempurna dengan redupnya pandangan mata itu.
“Kenapa renung saya?” tanya dia padaku tiba-tiba.
Aku yang baru sahaja tersedar terus berdehem beberapa kali. Tidak tahu hendak berkata apa waktu ini.
Zaim ketawa kecil. “Saya tahu awak dah tahu semuanya daripada Yuza, kan?”
Aku mengangguk kecil.
“Awak tahu kenapa saya nak jumpa awak?” tanya dia lagi.
Aku diam seketika sebelum menjawab. Zaim tegakkan tubuhnya dan terus disandarkan pada bangku. Aku lihat jemari itu sedikit terketar-ketar. Bibir kemerahan dia itu sedikit pucat dan berwarna ungu.
“Kalau tentang perasaan awak pada saya, jujur saya cakap saya tak boleh terima. Saya tahu sakitnya berharap pada yang tak sudi sebab tu saya lebih memilih untuk berterus terang,” ujarku akhirnya.
Kali ini, tawa Zaim agak kuat. “Iqa.. Iqa…Awak memang terlalu jujur dengan perasaan awak. Terlalu jujur menyeksa hati dan perasaan sendiri.”
Aku terngadah. Wajah itu aku tatap dalam-dalam. Zaim menggariskan senyuman padaku. Nampak terlalu polos wajah ini di mataku.
“Saya sikit pun tak nak bercerita tentang perasaan kala ini. Pada saya cukuplah awak tahu apa yang saya rasa waktu pertama kali saya lihat awak dan juga pertama kali saya lihat awak selepas lima tahun ni. Saya tak memaksa, Iqa. Saya cuma nak pulangkan ini.”
Zaim menghulurkan buku lukisan yang Yuza campak ke bawah semalam. Jemariku terketar-ketar hendak menyambutnya tatkala suara Yuza berdengung memarahiku.
“Err, buku ni…” Suaraku mati di situ. Tidak dapat bertanya lanjut.
“Buku ni saya kutip semalam. Saya dengar dan saya faham dengan jelas apa yang awak beritahu adik saya semalam. Saya tahu awak tak mungkin biarkan saya menderita tapi tolong. Tolong ambil masa untuk kenali saya untuk beberapa waktu. Andai kata saya tak mampu mengubah hala tuju hati awak tu pada saya, saya akan biarkan awak pergi tanpa perlu rasa bersalah dan tak perlu awak risau saya yang akan terluka. Kalau awak kembali, awak ditakdirkan untuk saya dan kalau awak teruskan langkah, saya tak akan kekal menanti awak di sini.” Dia mengedipkan matanya sekali.
“Saya dah tak tahu nak cakap apa, Zaim,” ucapku lirih.
“Awak tak perlu cakap apa-apa, Iqa. Buat masa sekarang, fokus pada exam. Sikit je lagi. Lepas tu kita sambung lagi pasal ni. Saya cuma nak pulangkan buku lukisan awak tu je dan saya harap satu hari nanti, awak boleh gantikan wajah yang awak lukis tu pulak, ya?” Zaim ketawa kecil dengan gurauannya sendiri.
Aku senyum terpaksa. Dalam hatiku menjawab hiba. Andai mampu aku tukarkan wajah itu di dalam lukisan ini, mampukah aku menukar ganti wajah ini di laman hatiku ini? Zaim tidak tahu dan tak akan pernah tahu akan kepedihan ini. Yuza juga tidak tahu. Dia hanya memandang namun aku yang menggalas beban perasaan ini.
“Tak mungkin saya mampu, Zaim,” ujarku perlahan dengan senyuman sinis pada diri sendiri.
“Siapa kita nak cakap mampu ke tidak, Shadiqah? Entah-entah awak yang tak pernah mencuba tak?” duga dia. Aku melepaskan keluhan kecil.
“Bukan macam tu tapi hati saya ni…” Suaraku mati bila Zaim memangkas.
“Hati awak, milik awak. Hati saya milik saya tapi nak hadiahkan pada awak. Bila-bila awak nak terima, saya akan bagi tapi bila awak nekad menolak, saya akan bawa hati saya untuk yang sudi,” ujarnya lembut. Malah lebih lembut dari tadi.
Aku pandang mata Zaim yang redup merenungku. Sesungguhnya dia berbeza dengan Zikri. Terlalu besar jurangnya.
“Rasanya awak bawa jelah hati awak tu pada yang sudi sebab awak tak tahu betapa peritnya menanti sesuatu yang tak pasti.” Aku lembut menolaknya dengan penuh kiasan.
“Saya lelaki yang tak kenal erti putus asa, Iqa. Jatuh cinta pandang pertama ni rupanya sangat indah. Saya maksudkan dulu bila saya kata saya nak anak-anak saya ada lesung pipit macam awak. Jangan terus menolak. Lagipun, ini dah buktikan segalanya, kan?”
Mataku bulat bila Zaim meletakkan kad undangan daripada Zikri tu di atas pehaku. Entah bagaimana kad itu berada di tangannya. Mungkin juga tercicir daripada poketku.
“Err, ini…, awak …saya….” Aku sekali lagi kehilangan kata-kata. Wajah ini rasanya merah dan kaku.
Namun, senyuman Zaim tetap begitu. Tetap tenang dan indah. Tetap sama bagai waktu dulu. Dia menguak rambutnya ke belakang.
“Kad tu pasti membuatkan awak terseksa, kan? Dan sementara awak nak hilangkan seksa awak tu, saya temankan, nak?” pelawa dia.
Aku menggeleng. “Selama mana awak nak teman saya, Zaim?”
“Sehingga awak bayar semula hutang dua cawan kopi tu pada saya dengan buatan sendiri, di dalam rumah sendiri yang hanya ada saya dan awak,” jawab dia pantas. Wajah itu serius kali ini.
“Naik bilik ni, mohon pada Allah. Moga keputusan yang awak buat kali ini tidak silap seperti mana keputusan awak bertahun dulu. Saya benar-benar berharap awak dapat tukar wajah yang menghiasi lukisan awak tu. Walaupun bukan saya tapi mungkin juga orang lain.”
Zaim bangkit dan menyapu belakang seluarnya. Kot labuh berwarna hitam pekat itu dibetulkan sedikit. Aku juga turut bangkit. Kala ini, aku hanya berdiri separa dagu Zaim sahaja.
“Nak hadir ke? Rasanya masa tu awak dah balik Malaysia, kan?” tanya dia tenang. Kening lebat itu terjungkit sedikit.
Aku pula jungkit bahu tanda tidak tahu. “Tak berani,” jawabku ringkas.
“Kenapa?”
“Takut nak tengok dia naik pelamin padahal semua ni memang dah lama saya tahu.”
Zaim ketawa. “Nak saya temankan?” duga dia.
Mata kami bersabung dan Zaim mengedipkan matanya sekali. Aku tersenyum nipis. Lega sebenarnya bila dia memahami kehendak hatiku dan sekembalinya aku ke Malaysia nanti, aku tak mungkin mahu bersua dengannya walau dengan apa cara sekalipun.
“Saya boleh hadapi sendiri kot.” Sudahnya aku menggeleng menolak pelawaannya.
“Tapi, saya rasa awak tak boleh,” bantah Zaim.
“Sebab?”
“Sebabnya kat sini…” Zaim melekapkan telapak tangannya ke dada bidangnya. Ditepuknya beberapa kali.
“…masih ada dia. Melainkan awak gantikan dengan orang lain. Macam saya cakap, mungkin bukan saya tapi setidak-tidaknya orang lain yang mampu buat lupakan perasaan tu.”
Lama aku diam memikirkan kata-kata Zaim yang jelas ada kebenarannya cumanya buat masa ini, sukar untuk aku melakukannya. Terlalu sukar.
“Okeylah. Kalau tak sudi, saya tak paksa.” Zaim bersuara akhirnya. Aku pandang wajah dia lagi.
“Terima kasih sudi dengar tentang perasaan saya pada awak sebab saya tak nak jumpa awak selepas lima tahun pulak untuk kali ketiga. Masa tu saya dah tua. Tak terima tak apa. Saya cuma katakan kebenaran. Hakikat yang cinta ini adalah untuk awak, Iqa. Lagipun, esok lusa saya nak balik Malaysia dah. Kerja saya kat sini dah selesai. Awak pun perlu belajar. Jangan fikir sangat tentang saya, tentang dia dan tentang apa-apa saja yang menyakitkan hati. Bila awak rasa perlukan saya, pejam mata dan sebut nama saya dengan hati yang penuh kasih sayang,” gurau dia lalu dia ketawa kecil.
Lega hatiku mendengarkan penerimaan Zaim yang aku tolak salam cintanya mentah-mentah. Entah benar entahkan tidak keputusanku kali ini tapi rasa, aku menghampiri kesilapan sekali lagi.
Kala ini, hanya pada Tuhan aku bermohon dan berserah. Zikri sememangnya bukan untukku dan Zaim juga aku tidak tahu, adakah benar Allah titipkan kehadirannya untuk menuntun aku melupakan Zikri atau sekadar persinggahan yang bakal pergi tatkala tiba waktunya, aku sesungguhnya tidak tahu.
“Kalau kata saya tak seru nama awak dengan kasih sayang, awak tak adalah?” tanyaku bergurau cuba meredakan resah di hati.
Zaim menggeleng. “Memang tak adalah sebab saya wujud dalam hati yang menyintai saya biarpun hanya sebagai sahabat,” ucapnya separuh berbisik.
Waktu ini, pandangan mata kami bertaut lagi. Anak mataku terpaku lama pada wajah cerah bersih ini. Waktu bagaikan terhenti tapi yang membuatkan aku pilu, bayangan Zikri hadir di balik renungannya itu. Melambai-lambai padaku agar kembali padanya. Membawa bisikan rindu menyapa peluput telinga.
Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan. Tidak sanggup lagi melihat wajah itu dan mendengar suaranya yang tidak ubah seperti sembilu yang tertusuk ke hati.
“Kenapa?” tanya Zaim pelik.
“Saya tak boleh!” Aku meraup wajah berkali-kali.
“Nampak dia dalam diri saya? Macam tu?” tebak Zaim.
Aku kelu. Mengangguk tidak, menggeleng juga jauh sekali.
“Jangan dicari pada yang serupa, Iqa sebab Tuhan menjadikan manusia semuanya berbeza. Saya bukan dia kerana saya cintakan Iqa dan dia bukan saya kerana dia tak pernah cintakan Iqa sedangkan saya pula terlalu dahagakan cinta Iqa selepas pertemuan bertahun dulu.” Suara Zaim berbaur kecewa.
“Sebab tu saya tak nak awak jumpa saya lagi, Zaim. Saya tak sanggup nak buat orang lain seksa sebab saya. Lebih-lebih lagi awak adalah abang kepada kawan baik saya. Saya tak sanggup.” Aku menggeleng berkali-kali.
“Syhhh…” Zaim meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya sendiri.
“Saya menyintai awak bukan untuk buat awak seksa, Iqa. Just be yourself. Be true to your heart, to your life. You deserve better than him and perhaps better than me either. Saya luahkan apa saya rasa je. Mungkin terlalu awal tapi lebih baik saya cepat, kan?” tanya Zaim sambil mengjungkitkan keningnya.
Lambat-lambat aku mengangguk. Memang begitu. Lebih baik dia meluahkan isi hatinya secepat mungkin andai berpeluang namun aku, hanya mampu memendam rasa hati ini pada Zikri bertahun-tahun lamanya hinggakan hubungan kami karam di badai ombak di lautan hati bila dia tahu akan cinta yang aku suburkan untuknya.
Bagiku, lambat atau tidak perasaan ini hanya satu. Tak mungkin aku bahagikan, tak mudah aku tukar aku ganti. Zikri melekat di sabubari biarpun dia tidak bersamaku dan Zaim hanya terbias di mata kasar kerana aku tidak mahu dia menggantikan tempat Zikri di dalam hatiku biarpun begitu payah aku memujuk hati ini agar membiarkan rasa ini pergi.
“Shadiqah binti Shauqi,” seru Zaim tiba-tiba.
Aku tergamam. Sudah lama rasanya tidak mendengarkan nama penuhku itu diseru orang.
Teman-teman dan pensyarah di sini juga menggelarkan aku Shaq. Biarpun aku melarang, Zaim tetap memanggilku Iqa dan aku sudah malas hendak menafikan semuanya. Apalah ada pada nama? Shaq atau Iqa aku tetap orang yang sama. Hatiku yang satu dan tak mungkin menjadi dua.
“Saya suka nama awak. Shadiqah bermaksud jujur, benar dan ternyata awak memang jujur orangnya. Jujur meluahkan apa yang ada di dalam hati awak. Jujur menjadi diri sendiri di depan saya, jujur menolak cinta saya tanpa awak rasai kehebatan cinta saya ni. Adakah awak rasa cinta awak pada dia terlalu jujur dan hebat, Iqa?” Pertanyaan Zaim membuatkan aku keliru.
“Kenapa awak tanya macam tu?” tanyaku tidak faham.
“Jawab dulu soalan saya,” pinta dia lembut.
Aku melarikan mataku dari dia sekali lagi. Aku labuhkan duduk sekali lagi di atas kerusi kayu ini. Zaim menyilang kedua tangannya ke tubuh. Membawa tubuhnya menghadapku lagi.
Biarpun ketara aku melarikan mataku dari matanya, dia lebih hebat memburu hinggakan aku sudah tidak tahu di manakah harus aku pakukan pandangan ini andai dia bagaikan mahu aku merenungnya saja.
“Please, Iqa. Jawab soalan saya,” rayu dia buat ke sekian kali.
“Memang saya yakin cinta saya pada Zikri kuat dan hebat. Puas hati?”
Keras saja suaraku menjawab soalannya itu bila aku rasakan dia bagaikan mendesak untuk sebuah jawapan yang telah jelas padanya pada fikiranku.
Zaim ketawa halus. Dia kemudiannya menggosok kedua belah telapak tangannya lalu dia menekup mulut mencari kehangatan di dalam nafasnya.
“Saya pun rasa benar yang cinta awak pada siapa tadi? Zikri nama dia?” Zaim mencebirkan bibirnya sedikit dengan senyuman sinis.
Aku ketap bibir. Tidak sedar lidah ini lancing saja menyebut nama Zikri sedangkan aku sebenarnya tidak mahu Zaim tahu akan sepotong nama yang menghuni hatiku selama ini.
“Pasal tadi tu…” Dia kembali menyambung kata.
“….saya yakin juga yang cinta awak pada Zikri tu hebat hinggakan boleh buat awak tak sedar yang cinta orang lain bagi awak lagi hebat dari tu,” sambung dia dengan suara yang cukup beralun mendayu.
Wajahku berkerut. Rasanya hampir saja kening ini bertaut di tengah. Aku terhenyak dengan kata-kata Zaim. Bagaikan ada benarnya. Dulu Iwan dan kini dia. Adakah benar cinta mereka lebih hebat daripada cintaku, Ya Tuhan?
Zaim duduk mencangkung di depanku. Sekali lagi, dia mengaut sedikit salji memutih itu lalu disuakan ke arahku. Aku hanya mampu memandang.
“Musim bunga bakal tiba, Iqa. Dan musim salji ini akan berlalu. Tengok ni, salji ni akan cair bila-bila masa dari sekarang dan matahari juga….” Dia mendongak ke langit yang terang.
“… semakin menyinar. Andai dulu cinta awak kaku di sini, biar saya wangikan dengan musim bunga cinta saya dan andai semalam awak berkata yang saya tidak mampu menjadi bayang awak kerana tiada mentari, hari ini mentari juga muncul membuatkan saya mampu menjadi bayang untuk awak, Iqa,” ucap dia lalu dia bangkit dan melemparkan salji di tangannya itu ke udara.
“Tengok….” Zaim menunjuk ke langit.
“Saya lepaskan perasaan saya bebas agar awak tahu tentangnya seperti mana saya lempar salji ini berterbangan di udara dan macam ni lah cinta saya, Iqa. Lebih hebat dari cinta awak pada dia,” tuturnya lalu dia berpaling dan berlalu tanpa pamitan.
~~~> bersambung
Tatkala hadir cinta baru cuba mengetuk pintu hati, tak mudah juga untuk kita usir cinta lama itu berlalu pergi

makin best la citer ni...
ReplyDeletealahaaaaaii kak rm...best sgt cite ni!!ksiannye zaim..bace ni sml lyn lagu jiwang..nk nages jeee teigt dri sndri...hadoi...superb kak!!
ReplyDeletejust to let u know best cte ni..
ReplyDeletethumbs up!!
omg..saya suka cara kat rehan tulis cerita.Zaim is the best :)
ReplyDeletecool gler zaim...
ReplyDeletealahai...jatuh ati trus kt zaim..shaq!!! tolonglah try dlu bercinta ngn zaim..buang masa jek suka kt zikri tu..
ReplyDeleteTq RM kesian kat zaim, iqa pls Lupakan si zikri tu...bukak hati terima abg zaim...
ReplyDeleteyesss...lelaki macam zaim la yang lebih layak dapat cinta iqa...tapi iqa ni hanyut ngan perasaan masih tak sedar2...gasak la ko iqa tua kertu gitu ajek la jawabnye duk angaukan si ziki tu yang langsung tak berbaloi2 tuh... hishh emo la plak haku kat iqa nih..
ReplyDeleteIqa rela menganiaya diri sendiri kerana Zikri..
ReplyDeletesedangkan Zikri akan berbahagia dengan Aneesa;
agaknya begini kehidupan seorang perempuan
masih menanti perkara yang memang pasti tidak menjadi..
Iqa.. tepuk dada tanya hati, berbaluikah 5 tahun menghabiskan masa dengan sia-sia kerana seorang Zikri?
Berubahlah dan terima kenyataan... ruang di depan dan cinta lain masih ada ...
hai dua beradik ..ciba nk bgnkn iqa dr lenanya...mmg bkn snng nk lupak cinta pertama tp sejauh mne iqa dah cuba terima n lupakn klu still lukis wajah zikri...klu mcm tu takkn mampu lupakan...apa yg zaim n adiknya katakn pada iqa benar....zaim cuba jg kn walau cntanya ditolak...nampak yg cintanya mmg hebat,...hope zaim akan temankn iqa masa majlis zikri....klu iqa berterusam mcm tu family dia pun akan dpt agak yg dia still x lupakn zikri....bukankah cinta itu melepaskn demi melihat org yg disayangi bahagia...cukup2 dera hati n perasaan sendiri...dah tiba masa utk bhgikan diri sendiri iqa...n3 ni mmg sedih ...
ReplyDeleteZaim3, =)
ReplyDeletewah zaim ni. i like ur words. iqa buta kan mata dia pd rasa cinta dia bt seseorg yg tak sudi. Lupakah bahawa cinta kpd Allah lebih hebat n lebih agung. jikalau dia meninginkan sesuatu perkara terjadi smua tu mampu terjadi. dia juga mampu menterbalikan perasaan hati manusia. jgn mendabit dada dgn rasa cinta yg ada kerana belum setanding dgn Dia yg maha berkuasa. bersyukur la apa yg ada n terima la manusia yg tahu menghargai kita. jgn dia dah hilang baru tercari-cari. jgn cuba cari yg serupa kerana manusia ini berbeza. so terima la pasangan kt seadanya dia. semoga cinta zaim mampu memekarkan rasa cinta iqa pd dia umpama musim bunga yg terus memekarkan kuntuman2x bunga. ;D hehehe... sy pun nk metaforakan ayat2x wlau tak sehebat RM. ;D
ReplyDeletevote for zaim n iqa. left shaq n ziki at the back yea. mls dah nk dgr nama malaung yg tak tau hargai syaq biar la dia pd yg sudi.;D
alahai..macam akak nak ketuk ketuk kepala iqa tu.. marah ..geram..pada iqa membuak buak.. cuba sembahyang istiharah..wajah sape yg dia nampak..
ReplyDeletezikri dah nak kawen..apa yg diharapkan lagi pada perhubungan itu..
cuba buat post mortem keatas diri sendiri..kasihnya adakah kerana persahabatan atau memang cinta..itu pernah hadir atau dia mmg menganggap zikri tu seperti abangnya walaupun umur mereka sama....berilah diri sendiri untuk melupakan zikri dan cuba berkawan ngan zaim dulu..lihat bagaimana..
ksian kat Iqa..hope Zaim tabah menghadapi Iqa tu~ Giler hebat sakit di hati Iqa tu~
ReplyDelete>>k<<
Sangat suka ngan Zaim .
ReplyDeleteDia baik , tak memaksa .
Harap Zaim boleh buat Shaq lupa Zikri .
Geram la ngan Shaq tu kadang2 .
Dia mcm tak nak cuba suka org lain .
Kesian kat Zaim . Huhu~
Anyway , cite ni sangat best ! :)
[syaza_nadiah]
Jangan kenangkan cinta lama. Mungkin cinta baru lebih hebat dari cinta lama... Hidup terus kehadapan bukan ke belakang. Tinggalkan cinta lama, walaupun sukar nak di lupakan.
ReplyDeleteYA ALLAH.........AKU JATUH CINTA LAGI PADANYA. BEST RM. BEST SANGAT-SANGAT.
ReplyDeletenaik menyampah plak dgn si shaq ni....muahahahah
ReplyDeletebest sngt akak...tp sakit hati pulak kat shaq 2, org x nak kat dia x pyh la duk ingt lagi...akak, t buat la shaq cinta gila kat zaim...baru best..hehehhe..
ReplyDeleterasanya nak je aku pergi cakap ka iqa dan ketuk2 sikit kepala iqa agar sedar dar lena. iqa tu dah terlalu lena......sibuk dok ingat zikri yg memang tak ingat dia langsung bahkan tak pernah menghargai iqa selama ini. harap sangat iqa sedar dan terima zaim . jangan terlalu menjadi bodoh mengingati org yg tak sudi. bagi saya iqa terlalu bodoh dgn perasaannya pada zukri....
ReplyDeleteila danish
iqa please lupakan zikri,dan bina la hidup baru bersama orng baru...zaim,awak mmang hebat,jngn putus asa untuk mrbut cinta iqa...zhayo2x :)
ReplyDeletehati pmpuan memg tu... pyah nk lupa klau dh cinta sepnuh hati. Asyik duk ingat jantan tu je. walau jntan tu dah ada awek lain yg lebih hot dari dia. si Shaq pun jnis pmpuan macam ni le... Degil sungguh nk juga kat Zikri tu... apa jnis pmpuan pun aku x tau... bwak2 sedar lah Shaq...
ReplyDeleteada ke pmpuan mcm Shaq ni? asyik duk ingat org yg x nak kat dia. Pulak tu asyik duk lukis wajah Zikri je? Agak2 le RM olah watak Shaq tu... Jangan jatuhkan maruah perempuan. Nmpak sgat Shaq gila kt Zikri...
ReplyDeleteshaq ni terlalu taksub dgn cinta pada ziki, patutnya dia buat sembahyang istihara' dan sembahyang hajat byk2 utk lupakan ziki tu. Kalau dia tak sanggup cuba membuka hati pada yg lain smpi bila pun dia masih dlm dunia dia yg sentiasa dibayangi ziki...buang masa dan umur aje ingatkan ziki tu... cuba buka pintu hati utk zaim...rasenya kita perlu hargai org yg mencintai kita drp org yg sgt kita cintai sbb org yg mencintai kita akan snggup buat apa saja untuk membahagiakan kita tp org yg kita sgt cintai belum tentu sanggup buat sesuatu yang blh membahagiakan kita....Bankit dan bangun drp mimpi dan tidur yg panjang shaq....plesss!!!!
ReplyDeletetak sanggup lg tengok iqa perbodohkan dirinya...tolong bg dia sedar n terima cinta zaim...
ReplyDeletekak rehann ! makin suka dengan cerita ni !! And untuk shaq again ! Tak boleh ke cuba lupakan zikri tu..susah sangat ke ? payah sangat ke ? ni yang buat angin ni..umur dah 26 and dah cukup umur dah untuk kahwin..and cinta depan mata a.k.a. cinta zaim tak dihargai..c'mon lah shaq,orang cakap lebih baik pilih orang yang mencintai diri kita daripada orang yang kita cinta..harap shaq sedar and mula untuk lupakan zikri..at least try lah and of course nak shaq bahagia :)
ReplyDelete~A~
semakin best!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletegempak!!!!!!!!!!!!!
Betul2 saya setuju dengan aisy dan eyta. kak rehan bagilah peluang zaim bercinta dan bahagia dengan shaq... biar pi lah si zikri tu.... bosan dengan lelaki macam tu... shaq tolong jangan tunggu zik lagi... zaim ada... nak tengok dia bahagia dengan zaim kak rehan...
ReplyDeletesalam rehan..
ReplyDeletesaya suka follow cerita nie. Tapi nie pandangan ikhlas saya sebagai reader. Saya kalau baca novel yang watak2 dia bawak diri pegi luar negara kan.. yang paling saya suka ialah saya akan banyak belajar pasal tempat yang dia pegi. Suasana kat sana, kehidupan diorang, apa yang best kat sana dan macam2. jadi saya rasa saya dapat banyak input2 dan terasa macam watak utama tu jugak pasal dapat berjalan dinegeri orang walaupun hanya melalui pembacaan.
Tapi dalam cerita nie saya tak dapat rasa saya dinegeri orang pasal tak dapat input2 yang menarik pasal tempat tu. Macam shaq dia pegi kat manchester kan, jadi skit2 masuk laa life hidup orang saya.. contoh simple... ada jiran orang malaysia yang dah duk lama kat sana kadang2 kasi diorang lauk2 malaysia pasal tahu diorang nie student dari malaysia. ataupun shaq dengan yuza pegi library atau uni sama2. Jadi ada study group atau discussion yang bila tengah2 bincang buat shaq flashback hubungan dia dengan zikri. Ataupun si yuza nie duk cerita pasal classmate dia yang giler/fanatik bola pasal duk kat manchester. Lebih kurang laa. Jadi macam ada bahan tambahan pemanis rasa laa dalam cerita.
rehan.. nie pandangan peribadi aje tau. Jangan mare yer
haha..i hope ziki and zaim is the same person.
ReplyDelete