Thursday, January 12, 2012

Sini, Aku Payungkan Kau! 20

BAB 20

YUZA sedari tadi terbaring saja dengan membelek buku-buku untuk persediaan peperiksaan beberapa hari saja lagi. Sesekali rungutan kecil dia itu membuatkan aku tersenyum sendiri.

“Arrghh, geramnya aku. Kenapa aku tak dapat buat imbangan duga ni, Shaq?” Suara dia kuat lalu dia bangkit duduk dan meramas rambutnya.

“Apa aku belajar ni? Ini basic je ni. Aduhai, apa kena ni?” Dia terus merungut.

Twiesties yang ada di sisinya dia capai, lalu dia sumbat ke mulutnya. Mataku bulat melihat dia menyumbat makanan ringan itu ke mulutnya sampai penuh. Waktu ini, aku nampak Zaim yang sedang memakan salji.

Andai difikirkan, wajah mereka agak iras. Bezanya raut Zaim maskulin dihiasi kumis tipis dan janggut yang telah dikemas rapi. Kata-kata dan luahannya terngiang-ngiang di telingaku. Kali kedua berperang dengan perasaan lelaki, aku hampir tewas sebenarnya. Andai dulu dengan Iwan, lelaki itu tidakla sematang mana. Pernah mengugutku juga. Pernah menolak keputusanku tatkala aku tidak menerima cinta dia.

Waktu ini, wajah Dalyla juga hadir silih berganti. Iwan juga sepi tanpa khabar. Tatkala memikirkan sebarang andaian, rasanya ada kemungkinan mereka berdua kini sudah berbaik atau mungkin juga sudah lebih daripada seorang kawan dan kerana itu juga Iwan langsung melupakanku jua akhirnya. Syukur pada Tuhan andai benar begitu.

Aku menggariskan senyuman bila mengingatkan insan-insan ini. Biarpun mereka tidak merinduiku, aku tidak pernah putus hendak mengutuskan doakan pada mereka agar mereka bahagia.

Hari ini rasanya, doa Dyla benar-benar termakbul mungkin. Doa yang mahukan aku miliki seluruh kedukaan di dalam hidup ini. Doa yang meminta agar kebahagiaan itu tidak lekat dalam hatiku.

Benar begitu agaknya tatkala mataku beralih pada kad yang terselit di celah sketch book itu. Sketch book yang Zaim pulangkan padaku beberapa hari sudah. Setelah dia berlalu, tiada lagi khabar dia. Hentak bertanya ada Yuza, rasanya tidak mungkin.

“Hai, Shaq… senyum sorang-sorang nampak?”
Suara Yuza menegur membawa aku memandang dia. Mati senyumanku sebentar tadi bila Yuza memandangku penuh syak.

“Aku senyum sebab lucu dengan kau,” selaku berdalih.

“Kan benda tu dah lama kau belajar, kenapa pulak sekarang aku tengok macam blur je?”
Yuza tersengih sumbing. Dia terus mengetatkan ikatan pada rambutnya. Tubuh langsing itu bangkit dan terus mendekat padaku yang sedang berda di depan meja belajar.

“Iqa…,” seru dia sambil melabuhkan tangannya di atas bahuku.

“Iqa?” Aku jungkit kening.

“Abang Zaim pesan kat aku jangan panggil kau Shaq, tak sesuai dan aku baru perasan. Patutlah kau kalau pandang orang macam nak makan orang je sebab nama pun macam shark. Shark ni jerung tau, bukan nama kau so kita tukarlah panggil Iqa,” jawab dia.

“Mengada!” Aku cubit lengannya kuat. Yuza mengaduh.

“Bila Zaim pesan macam tu?” tanyaku pada dia sambil jemariku terus menulis beberapa nota untuk peperiksaan kertas pertama esok hari.

“Semalam,” jawab Yuza.

“Semalam?” soalku pula.

Ada rasa tidak senang di dalam hati. Bila masa Zaim datang sini? Ingatkan dah balik Malaysia dah sebab tak muncul-muncul? Dan Si Yuza ni tak keluar pun semalam. Gerutuku sendiri.

Yuza tersenyum simpul. Dia tidak terus menjawab sebaliknya dia mencuit-cuit buku-buku milikku yang kemas tersusun. Sengaja disepahkan buku itu. Aku cuba menepuk tangannya dan Yuza ketawa kecil bila telapak tanganku tersasar dari sasaran.

“Abang aku telefon je. Dia wish good luck kat kita,” jawab Yuza lagi.

“Dia cakap tu je ke?” tanyaku seadanya sedangkan entah mengapa hati ini beria benar hendak tahu tentang lelaki itu.
Ada rasa bersalah sebenarnya bila dia berlalu beberapa hari sudah meninggalkanku sendiri membuatkan aku jenuh berfikir akan kekhilafan yang telah aku lakukan selama bertahun-tahun ini.

“Habis tu kau nak dia cakap apa?” Yuza jungkit kening.

“Tak ada apalah. Aku ingatkan dia dah balik Malaysia,” ujarku pula.
Yuza duduk di sisiku. Kedua tangannya di bawa ke atas meja dan menongkat dagu merenung wajahku yang sedang menatap buku di depan mata.

“Dia tak balik lagi. Padahal kerja dah siap. Bila aku tanya kenapa, dia jawab dia ada tertinggal benda kat sini. Jadi sebelum benda tu jadi dia punya, dia tak nak balik.”

Kata-kata Yuza membawa aku memandangnya. Dia jungkit kedua belah keningnya berkali-kali padaku.

“Apa yang dia tertinggal tu?” tanyaku buat-buat tidak tahu.

“Nak jawapan jujur ke, nak jawapan wayang?”

Aku hadiahkan satu jelingan tajam buat Yuza. Geram sungguh dengan perempuan ini. Dia dan abangnya juga sama. Terlalu berterus terang ada masanya dan ada kalanya terbelit otakku hendak mencerna soalannya itu.

“Ikut suka kau lah. Tak ada jawapan pun tak apa,” gumamku sedikit keras. Yuza ketawa.

“Yang wayang punya, dia kata ada tugas lagi sikit….” Yuza meleretkan kata-kata sebelum dia berhenti di situ.

“Yang betulnya?”

“Yang betulnya dia tak sampai hati nak tinggal kau.”

Jawapan Yuza sudah dapat ku tebak. Sudah dapat ku agak. Pastilah Zaim bersanggah lama di sini keranaku. Bila begini, rasanya dia bagaikan mendesak pula tapi dia punyai hak untuk berpindah ke sini sekalipun. Manchester bukan kepunyaanku. Dia bebas berada di mana-mana namun untuk aku jemput dia bersanggah dan bersemayam di hati ini pula, agak sukar.

Kenapa baru kini aku diburu rasa seperti ini? Mengapa tidak dulu? Benar aku merindui Zikri, namun aku bahagia begitu tapi bila hadirnya Yuzaimi, kebahagian dan kenikmatan erti rindu itu bagaikan bertukar makna.

Adakah benar rinduku ini hanya menyeksa diri? Adakah sungguh cintaku pada Zikri memakan diriku sendiri? Ya Tuhan, bantulah aku. Usahlah kau titipkan rasa cinta di hatiku pada sesama hamba-Mu lebih dari cintaku pada-Mu, Ya Allah, bisik hatiku

“Itu dah salah. Sepatutnya dia tak sampai hati nak tinggalkan adik dia ni,” ucapku menyembunyikan resah. Aku cubit pipi Yuza sedikit. Teman baikku ini tersengih penuh makna.

“Itulah. Aku dah cakap. Memang aku kalah pada kau. Cepat je kau duduki carta teratas dalam hati abang aku tu. Rasanya calon yang mama aku kenalkan pun dia tolak mentah-mentah tanpa kenal rupa pun lagi. Memang betullah abang aku tu deeply in love with you, friend.” Yuza ketawa kecil. Bahuku diusap lagi.

“Yuza, kau dengar sini.” Aku melepaskan batang pen dari tangan. Buku tebal itu aku tolak ke tepi. Kerusi ini pula aku palingkan ke arah Yuza membawa tubuh kami berhadapan.

“Aku dan Zaim baru kenal dan hati aku setakat ni mengatakan tidak pada dia. Seperti mana kau nak, aku dah cakap yang dia tak dapat apa-apa sebab cintai aku. Nothing, nil, zero! Aku berharap dia mengerti dan kau juga harus mengerti, Yuza.”

Yuza mengeluh berat. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Aku tahu dia sukar hendak menerima kata-kataku tapi bukankah dia juga yang berkata begitu. Keputusan di tanganku dan Zaim juga memberitahu, hati aku adalah milikku kerana setelah pertemuan dengan Zaim tempoh hari, aku perlahan-lahan cuba menarik hatiku dari terus berlari ke arah Zikri dengan edaya kudrat yang ada.

“Aku boleh terima dan Abang Zaim juga boleh terima, Iqa. Cuma satu aku harap dan abang aku juga harap, lepaskan diri kau dari belenggu Zikri. Kad tu dah buktikan segalanya, kan?” tanya Yuza. Wajah ceria tadi suram.

Aku ketawa kecil. Memang sukar hendak aku halau perasaan ini. Terlalu payah. Mereka memandang, tapi aku yang menggalas dan bertahan agar tidak rebeh bahuku memggalas rindu pada dia yang tidak sudi.

Kad jemputan Zikri, aku kerling sekilas. Benar kata Yuza, benar kata Zaim. Dah tiba masanya, aku bahagiakan hati dan hidup sendiri. Sudah terlalu lama aku hanyut dalam perasaanku. Membuang waktu begitu saja hinggakan aku tidak sedar zaman remajaku berlalu dengan meniti nama Zikri sedangkan lelaki itu bukan untukku.

“Aku berterima kasih pada kau dan juga Zaim. Aku sedang mencuba dan akan terus mencuba melupakan dia. Lupakan cinta aku pada dia sebab dia akan kekal menjadi sahabatku aku sampai bila-bila. Tapi, aku tak mampu nak cuba terima Zaim. Itu hakikat yang kau dan Zaim kena tahu,” luahku lembut.

Yuza mengangguk. “Abang Zaim pun tak memaksa, kan?”

Aku menggeleng menjawab pertanyaan Yuza perihal abangnya. Memang Zaim tidak pernah memaksa. Dia hanya menyatakan kebenaran cinta pandang pertamanya padaku. Malah cinta pandang pertama setelah kali kedua bertemu. Bibirku menguntum senyum mengingatkan dia.

“Senyum sorang-sorang lagi ingatkan abang aku ke?” usik Yuza.

Aku pantas mengangguk. Sudah penat menyembunyikan hakikat. Dulu juga aku sembunyikan segalanya. Hampir lima tahun berlalu, aku sembunyikan segalanya jua tapi hari ni, aku mahu menjadi diri sendiri. Mahu ceria dan menikmati kehidupan yang telah Tuhan tetapkan. Biarpun tanpa Zikri, aku mampu berdiri dulu dan hari ni dan esok juga pasti begitu. Aku harus kukuh.

“Kata tak suka tapi senyum.” Yuza bersuara tidak puas hati.

“Senyum ni sebab aku teringatkan kata-kata Zaim. Andai aku perlukan dia, aku boleh seru dia dengan hati yang penuh kasih sayang.” Aku ketawa kecil.

“Kasih sayang? Maksudnya cinta?”

“Ya cinta!” Aku mengiyakan. Wajah Yuza nampak terperanjat.

“Tapi, cinta pada seorang sahabat. Cinta aku pada Zikri hebat katanya, tapi bagi dia pula, cinta dia pada aku lagi hebat.”

“Dah tu apa yang kau rasa?”

Aku berpaling melemparkan pandanganku ke luar jendela. Salju yang memutih beransur hilang. Adakah cintaku pada Zikri juga kian berlalu pergi? Sesungguhnya benar aku katakana, hati ini tidak lagi aku letakkan menjadi milikku. Aku kembalikan hati ini kepada Allah agar dia menuntun hati ini menyintai-Nya lebih dari segalanya.

“Aku pula, tidak mahu cintaku sesama manusia lebih hebat cintaku pada Tuhan yang Esa,” jawabku tenang.

Yuza kelu. Dia tunduk beralah dalam menentang pandanganku. Aku juga mahu dia tahu akan kesediaanku untuk membuka pintu hatiku demi merelakan perasaan ini pergi dan aku akan tutup kembali pintu hatiku kerana di sana, biarlah aku anyam cintaku pada Allah yang maha besar.

“Tak apalah…” Yuza hela nafas pendek. Dia bangkti dan menepuk kedua belah tangannya.

“Janji kau sedia nak lepaskan Zikri pergi dari hati kau tu. Nak tutup ke nak mangga terus pun, tak apa dah. Janji kau bahagia. Sesungguhnya cinta Allah tu yang paling hebat tapi aku tetap rasa abang aku betul. Cinta dia pada kau lagi hebat dari cinta kau pada Zikri,” ucap Yuza lalu dia berlalu.

Kali ini, giliran aku pula terkedu. Dia semenangnya sayang pada Zaim dan waktu ini, aku mula merindui Kak Shadirah. Entah apa khabarnya dan aku telah tetapkan hati, kepulanganku nanti pastilah setelah Zikri selamat dinikahkan dengan Annesa. Aku kuat hadapinya mereka. Itu janjiku pada diri sendiri.

Bila Yuza berlalu ke bilik air. Aku terus kembali fokus pada pelajaranku. Peperiksaan yang bakal membawa hala tujuku nanti. Hala tuju yang membawa aku kembali pada keluarga biarpun tanpa sesiapa di hati ini.

Aku tewas dalam cinta tapi aku berjaya dalam cita-cita dan ini sudah cukup padaku. Tuhan maha adil. Dia pasti telah mengatur perjalanan hidupku agar lebih baik di kemudian hati.

Aku senyum sendiri tatkala mengenangkan sumpah seranah Yuza padaku. Sumpah dan maki hamun Dalyla juga tidak pernah hilang dari ingatan dan begitu juga dengan herdikan Annesa satu waktu dulu. Kekal terukir di dada memori untuk aku jadikan pedoman pada hari mendatang agar tidak tersilap membuat keputusan.

Bosan mengulangkaji, aku akhirnya menarik sketch book yang baru aku beli dari Trafford Mart tempoh hari. Aku selak helaian kedua terus kerana pada helaian pertama, ada wajah Zikri di situ. Rasa takut masih bersisa. Tak mungkin aku mampu buang begitu saja.

“Saya harap satu hari nanti awak boleh tukar wajah yang ada dalam lukisan awak tu!”

Kata-kata Zaim menerjah gegendang telingaku. Aku larikan mata pensel dan aku biarkan mata pensel itu menari-nari mengikut alunan jemariku. Bila hampir lupa, aku pejam mata erat. Wajah itu hadir lagi.

Zaim…. seru hatiku tanpa sedar dan akhirnya tersedar bila telefon bimbit milik Yuza berbunyi sekali menandakan ada pesanan masuk. Aku mengeluh kasar. Tersentap jua aku tatkala hati ini menyeru nama Zaim. Debar di hati lain macam rasanya.
Waktu ini, aku amat berharap agar aku tidaklah menyeru nama itu penuh dengan kasih sayang. Tidak mahu dia hadir seperti kata-katanya itu kerana ini pastilah akan menjadi satu kebetulan yang sangat meralatkan jiwa

Pensel itu aku campak ke hujung meja. Lukisan itu aku tutup pantas. Aku bangkit dan berjalan mundar mandir. Resah memikirkan hati sendiri. Ya Tuhan… seruku. Entah apa yang memujukku, aku bawa langkahku ke arah jendela bila kata hati ini berkata ya dan bila aku hampir dan melontarkan pandanganku ke bawah, ternyata lelaki itu di situ.

“Subhaballah. Adalah ini kebetulan atau suratan, Ya Tuhanku,” gumamku sendiri.
***
“ASSALAMUALAIKUM,” hulurku agak perlahan. Namun, sudah cukup untuk menyapa peluput telinganya.

“Waalaikummussalam.” Seperti biasa, dia bangkit menyambut kehadiranku.

Aku mengulum sennyuman tipis buat dia. “Ingat dah balik Malaysia.”

“Belum lagi.” Dia menggeleng.

“Oh..” Hanya sepatah itu yang mampu aku luahkan waktu ini. Rasanya kelu lidah ini. Lidah sudah terpasung padu pada lelangit.

“Ingatkan Yuza tadi.” Dia membuka bicara setelah aku hanya diam melihat ke sekeliling.

“Yuza mandi,” jawabku ringkas. Zaim mengangguk.

“Patutlah saya SMS tak berbalas,” keluhnya lebih pada dirinya sendiri.
Aku membawa tubuhku duduk di bangku yang sama. Bila aku labuhkan duduk, Zaim juga duduk di hujung bangku itu.

“Tapi, macam mana awak tahu saya tunggu Yuza kat sini?” Dia jenguk ke jendela yang sudah tertutup rapat.

Aku mengerutkan dahi. Rasanya tadi tingkap itu luas terkuak tapi sudah tertutup rapat pula dan pastilah ini angkara Yuza.
Kerana saya yang seru kehadiran awak, Zaim. Jawab hatiku. Hendak aku luahkan rasanya itu adalah perkara yang mustahil. Aku tahu ini adalah kebetulan semata-mata namun, Tuhan bagaikan mahu membuka jalan buatku hanya kaki ini saja yang masih tidak mampu aku angkat menuju ke arah jalan yang terbentang kerana ku masih belum temui destinasiku lagi.

“Saya nampak dari atas tadi. Kebetulan Yuza mandi, saya turun dulu.”
Zaim mengangguk. Berbeza pula dia hari ini. Beberapa hari sudah begitu petah berbicara tapi hari ini, kelu seribu bahasa.

“Err, kenapa diam?” tanyaku pada dia.

“Saya dah luahkan apa yang perlu saya luahkan pada awak, Iqa,” jawab dia pula.

“Tak kan itu saja awak nak cakap pada saya seumur hidup ni?” Aku menduga dia yang nampak agak resah kala ini.

“Awak nak hidup dengan saya seumur hidup awak ke?”

Aku telan liur. Akhirnya soalan itu kembali memakan diri. “Err, tak la.” Pantas aku menidakkannya.

“Maksud saya tadi, kalau kata kita jumpa tahun-tahun akan datang, awak dah tak ada apalah nak cakap dengan saya, ya?” tanyaku menyorok hakikat.

Zaim berdehem beberapa kali. Mafela hijau lembut yang membelit lehernya itu, dia kemaskan. Aku raba leherku, tiada mafela seperti biasa. Terlalu pantas langkah kaki ini hendak menemui dia hinggakan terlupa hendak memakainya. Sarung tangan juga tiada. Bila Zaim begitu, baru aku tersedar yang jemariku kesejukan. Perlahan-lahan aku tarik tanganku masuk ke dalam baju panas.

Dia ketawa. “Lupa nak pakai sarung tangan?” Dia jungkit kening dan aku hanya tersenyum pada hujung bibir saja.

“Jawab soalan saya.” Aku sedikit mendesak.

“Memang saya akan cakapkan perkara yang sama seumur hidup ni pada awak jika benar awak adalah untuk saya. Saya akan cakap yang saya cintakan awak setiap hari hinggakan awak rasa rupanya cinta awak tu tak hebat mana. Saya akan cakap yang saya sayangkan awak, sampaikan awak lupa benarkah awak pernah terluka dan saya akan cakap saya rindui awak, sampaikan awak tak sanggup berjauhan daripada saya.” Suaranya tenang menuturkan ayat yang panjang lebar itu.

Aku terkedu. Perasaanku terhenyak kerana hati ini dijentik oleh sesuatu rasa namun mengapa terlalu sukar hendakku tafsirkan rasa ini?

Wajah tenang Zaim aku pandang seketika. Bila dia membalas pandanganku, aku terpaksa melarikan anak mata ini. Takut andai tikaman mata itu terus tajam menerobos anak mata ini lalu tertusuk ke tepat hati.

“Orang kata, mata ini adalah pintu hati. Awak percaya tak, Iqa?” tanya Zaim padaku.

Wajah Zaim aku pandang seketika. Aku menggeleng tanda tidak tahu atau tidak percaya, aku sendiri tidak pasti dan aku kembali merenung ke arah laman yang sudah tidak lagi memutih.

“Saya pun tak tahu dan tak percaya. Tapi, hari ni saya percaya,” sela dia.

Aku berpaling lagi padanya. “Kenapa pulak macam tu?”

“Sebab ada awak saya tahu sejauh mana kebenarannya.”

“Saya?” Aku luruskan jari telunjukku ke wajah sendiri.

Zaim angguk. “Bila saya renung mata awak kejap je, awak mesti nak alihkan mata awak ke tempat lain. Rasanya dalam masa kita bertemu ni, dan juga pada pertama kali hampir lima tahun sudah tu pun, awak tak pernah pandang saya lebih dari beberapa saat. Saya yakin awak takut renungan ni masuk ke hati awak, kan?” tanya Zaim tenang,

Yakin sahaja kata-katannya itu. Aku telan liur berkali-kali bila merasakan dia punyai deria ke enam. Mampu membaca fikiranku dan apa yang aku rasakan kala ini. Tapi, aku tak mungkin mampu hendak mengakuinya lalu aku geleng kepala.
Zaim menggariskan senyuman tapi riak itu langsung tidak menggambarkan kekecewaaan dengan gelenganku tadi.

You action can deny it, but your shining eyes, will not tell lies, am I true, Iqa?” Zaim tepat menelah hakikat. Kening lebat itu terjungkit lagi.

Kali ini, liur yang aku telan terasa kelat namun bila melepasi tekak, ada sedikit rasa manisnya. Aku mengerutkan wajah. Pelik pula. Tapi, degupan hati ini masih beralun tenang. Tidak mengganas dibadai rasa cinta. Mungkin juga bukan cinta atau aku sebenarnya tidak tahu apakah cinta itu yang sebenarnya.

“Saya betul, kan?” tanya dia lagi.

Aku hanya memandang dia beberapa ketika tapi tindakan tetap sama. Hanya gelengan menjadi jawapan. Kali ini, Zaim mengeluh kecil.

“Saya terima jawapan awak tu dengan hati yang terbuka dan bila awak rasa awak pula nak terima telahan saya, ingat pesan saya. Pejamkan mata, seru saya dengan hati yang penuh kasih sayang,” ucapnya langsung tidak berkecil hati.

Hatiku sudah semakin degil, Zaim. Betapa aku melarang, mengapa hati masih mahu menyeru namamu tanpa aku suruh malah aku menghalang pula tapi hati ini tidak lagi menerima arahanku, desis hatiku.

“Berapa lama awak sanggup tunggu saya, Zaim?” tanyaku tiba-tiba. Ringan pula lidah ini menyoal.
Wajah bersih itu melebarkan senyum. Duduknya tegak. Silang kakinya dijatuhkan lalu kedua telapak tangannya bertaut sesama sendiri. Nampak penuh keyakinan.

“Jangan tanya saya soalan tu sebab saya dah bagi jawapannya pada awak. Bila awak berlalu, saya tak akan kekal menanti awak di sini,” balas dia tegas.

Aku terpempan sendiri. Wajahku berkerut lagi menerima jawapan itu. Ternyata, dia juga tidak ikhlas dengan rasa cintanya padaku. Aku ukir senyuman sinis.

“Memang saya dah agak yang….”

“Yang saya hanya menghitung hari hendak menjadikan awak wanita yang halal di sisi saya,” pangkas dia pantas.
Aku melopong. Tangan yang sedari tadi tersorok di dalam baju, keluar dengan sendirinya. Waktu ini, aku nampak tulip yang sedang mekar. Aku terbias oleh bunga lili yang berkembang.

“Err… se…secepat ni… a… awak punya fi…fikiran?” tanyaku gagap.
Zaim mengangguk. “Saya hanya ada satu jawapan je. Kerana cinta saya pada Tuhan saya lebih hebat dari cinta saya pada awak, Iqa. Jadi saya tak nak menjadi jalan awak terus hanyut dalam cinta yang belum pasti menjadi milik kita secara azali. Cukuplah sekadar awak dan saya tidak leka menikmati cinta yang hanya pinjaman sahaja,” jawab Zaim tenang.

“Tapi, saya tak pernah fikir sejauh ni, Zaim,” bantahku dengan suara yang masih jelas kecanggungannya.

“Memang tak fikir jauh lagi sebab saya tak nak awak fikir sekarang. Fikirkan masa awak mendarat di Malaysia nanti,” ujar Zaim memberi keputusan mati padaku.

Dia bangkit dan seperti menjadi kebiasaannya, dia menepuk seluarnya sedikit dan mafela berwarna hijau muda itu dia longgarkan dari lehernya.

“Saya nak bertolak dah malam nanti. Datang ni nak jumpa adik saya sebenarnya tapi syukur, alhamdulllah, amiin sebab dapat bonus biarpun gaji pokok tak dapat,” ucapnya berkias.

Zaim mengisyaratkan aku bangkit dan aku bagaikan terpukau akan keindahan tutur katanya, mengangkat tubuhku tanpa dipaksa.

“Pertama kali saya ingin mohon pada awak ni, Iqa. Awak sudi tunaikan tak?” Matanya terus menjilat wajahku. Perlahan-lahan aku angguk.

“Andai saya mampu.”

“Izinkan saya bantu awak terima segalanya dengan rela hati dan tanpa keluhan,” rayu dia.

Aku memandang dia tanpa riak. Sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Sesungguhnya aku benar-benar tewas pada kata-katanya sedangkan dulu, aku kerap tewas dengan rayuan Zikri.

Zaim menapak mendekat padaku. Mafela itu dia renung dan renungan itu naik mula singgah ke wajahku. Bila dia sudah hampir dan jarak kami yang dipisahkan dengan selangkah saja lagi, Zaim menghentikan langkahnya.

“Dah ready nak balik Malaysia nanti?” tanya dia. Aku angguk.

“Saya tunggu awak kat tanah kita sendiri.” Zaim langsung membelitkan mafela hijau itu ke leherku.

Tanpa mampu aku halang, tanpa mampu aku tolak, aku terima tindakannya itu dengan hati yang tenang. Waktu ini, pintu hatiku tidaklah mahu terkuak namun ada sesuatu yang sedang cuba menguaknya.

Kala ini, ku rasakan dunia terlalu sepi. Hanya wajah Zaim di mataku. Tiada juga riuh rendah suara yang lain. Sunyi sesepi hati yang pernah aku miliki selama ini. Namun, sepi kali ini ku rasakan terlalu hening. Sukar hendak ku gambarkan dengan kata-kata.

“Saya tahu awak teruja nak jumpa saya sampai tak sempat pakai benda ni. Cuaca masih sejuk. Bibir dah jadi ungu. Jaga diri, exam baik-baik. Datang dengan kekecewaan tapi pulang bawa kejayaan tapi tak perlu bawa cinta sebab cinta awak ni….” Dia menepuk dadanya sendiri selepas mengemaskan lilitan di leherku.

“… akan tunggu awak di Malaysia. Jadi, awak balik bawa ijazah je untuk keluarga, ya?” Zaim jungkit kening.

Tanpa sedar, aku mengangguk. Menjadi bisu penangan kata-kata Zaim. Benar akhirnya, bila Allah menterbalikkan hati itu, baru kita sedar yang cinta dia yang mencintai kita lebih hebat dari cinta kita pada orang yang kita cinta. Tapi, aku tetap yakin yang cinta pada Zikri kian berlalu namun cinta pada Zaim tidak semudah itu hendak bercambah dalam laman hatiku.

“Moga satu nanti, cinta kita sama-sama hebat menyintai Tuhan kita, Iqa dan kali kedua saya katakan, saya cinta awak,” ujarnya separuh berbisik.

“Sa… saya…. “ Nafasku mengah. Jasadnya terasa lelah biarpun aku hanya terpaku berdiri di sini kerana jantung ini semakin kuat menghentak dada.

“Abang Zaim!!”
Kami sama-sama tersentak bila suara Yuza kuat menjerit nama Zaim.

~~~> bersambung

Adakala kita sendiri tidak sedar, apakah rasa di dalam hati itu benar-benar cinta atau tidak kerana hati ini bukan milik kita sepenuhnya. Maaf atas kekurangan karya saya. Akan cuba lebih baik lagi.

28 comments:

  1. bangga org first yg komen...nk lg.....
    -aniscute-

    ReplyDelete
  2. wahhh..akhirnya iqa dh mula suka kt zaim..best la en3 kali ni..x sbr nk tggu iqa balik m'sia..

    ReplyDelete
  3. bosan dengan cerita yang asyik macam ni. kembangkan plot awak. asyik cerita didalam rumah. pasal buku sketch. yuza. zaim. kurangkan adegan-adegan yang berulang. bosan....

    anyway! good try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju ngan pendapat nih... si iqa asyik dgn keluh kesah bepanjangan.. agk bosan part ni sbb asyik diceritaka byak kali.. stp bab ada rasanya.. move on to other plot..
      tpi suka part zaim.. n saya tetap suka crite nih..

      -rhn-

      Delete
  4. Terbaek la Kak Rehan !
    Best2 . Suka sangat .
    Nak Zaim yg jadi hero .
    Zaim baik . Tak nak Zikri yg hero . Hee~

    [syaza_nadiah]

    ReplyDelete
  5. sy t'paku kak bila dgr kata2 zaim..xt'kate..ibaratkn sy tu adlh iqa..akak the besstttt!! xsabar tgu jdi novel..

    ReplyDelete
  6. perkembangan yg positif..zaim mampu merawat hati shaq..

    Mama Izz

    ReplyDelete
  7. suke2 n3 ni....sabarnya zaim .....sedikit sebyk dah terbuka hati iqa kn.....cmne usha zaim kt msia nnt....x sabar ni...sambung lagi...

    ReplyDelete
  8. mantap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    akak followwwwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. sangat bagus.. harapnya cinta zaim mampu mengubat luka iqa. yg nyata cinta selepas kawin amat manis. mesti sweet kalau zaim & iqa bercinta lepas kawin.

    ReplyDelete
  10. aduhhh... alangkah bahagianya iqa... teruskan usaha zaim, pikat hati iqa... (^_^)

    ~~~Aisy~~~

    ReplyDelete
  11. zaim.terbaik punya..iqa cpt ar balik ke tanah air..

    ReplyDelete
  12. suka dgn mainan bahasa yang cukup berbunga2 dan terbuai seketika perasaan bila membacanya. buat hati terasa seolah-olah dekat dgn Iqa dan Zaim. good job Rehan. suka penulisan awak- kak zaiton

    ReplyDelete
  13. Memang best.....xsabar tunggu setiap bab....

    ReplyDelete
  14. bestnye...mntk2 la mereka bersama t bila iqa dah blk malaysia... :)

    ReplyDelete
  15. Jgn di layan sngat prasaan tu Shaq. Buang masa je duk igat pasal Zikri...

    ReplyDelete
  16. menjadi busan apabila ika asyik ingatkan zikri. .

    ReplyDelete
  17. dah tiba masanya shaq belajar menerima zaim dan lupakankan terus zikri. bila dok asyik ingat zikri je..jln cerita jadi bosan nak dibaca....asyik itu je, tak ada keje lain...nampak sangat shaq bodoh dgn perasaan sendiri. lihat ape yg dah zikri lakukan. masih nak sakitkan hati shaq, hantar kad kahwin pada shaq. sebenarnya zikri nak bagitahu kat shaq bahawa dlm hatinya hanya ada anne, tiada shaq. shaq je yg bodoh.

    ReplyDelete
  18. Semuga Iqa dapat menerima Zaim dan terus lupakan cintanya
    pada Zikri. Biarlah pula pabila Zikri jumpa Iqa, baru dia sedar yg Iqa yg dicintainya selama ini tetapi telah terlambat kerana Iqa telahpun beri cintanya pada org yg betul-betul ikhlas menyintai Iqa iaitu Zaim yg tidak pernah kenal putus asa... Kali ini sekiranya Iqa betul
    menyintai Zaim jgnlah berpatah balik teruskan saja dn
    tidak lagi mengingati cinta yg lama pada Zikri lagi dn
    biarlah Zaim adalah org yg betul dia ikhlas yg dicintainya yg akan membawa kebahagiaan yg telah sekian
    lama hidup Iqa menderita kerana cinta yg tak kesampaian.
    cepat sambung ye...dh tak sabar nk tunggu.

    ReplyDelete
  19. Bosan... asyik berulang2 pasal Shaq duk terkenangkan Zikri. Ples... olah cita ni bagi mnarik sikit...

    ReplyDelete
  20. akhirnya Iqa buka hati untuk Zaim..

    (saya skip baca part Iqa asyik ingat Zaim, memang agak membosankan... sokong ulasan di atas; ialah dah 5 tahun masih juga ditakuk lama... asyik2 lukis gambar Zikri yang memang tak pernah ingat Iqa...)

    dan cik penulis, bila dibukukan nanti kisah ini; boleh dijadikan panduan part mana yang boleh dipotong/diedit..

    moga terus berjaya, sebab anda memang penulis hebat!

    ReplyDelete
  21. wow!!! zaim the best la. mcintai Allah lebih tinggi dr darjat manusia. klu kt bcinta utk ke jln Allah nescaya kebahagiaan akan mengiringi kt. berbanding ziki yg mngejar cinta dunia yg bteras nafsu n tentunya cinta dia xbwk ke mn. so iqa u should choose the guy who will lead ur way to Allah direction. mmg jatuh hatilah dgn zaim ni habis, mn i nk cr org spt ni???ahaks... ;D

    ReplyDelete
  22. kak rehan tolongla buat watak hero cte ni zaim...hati ni xlarat dah tgk kecewa2 bnyk sgt...pleaze..tp cte akak ni mmg terbaikla..huhu..suke2..

    ReplyDelete
  23. rm sy dh jtuh cinta gile2 kt zaim..hadoi!!! plzz...jtuh cinta golek2 ni..teharu gile..nk nanges bile die ckp sy cinta awk..mcm sy yg rase..hahaaa...gud job kak rm!!

    ReplyDelete
  24. Setuju dgn pendpt yg lain. Bosan dgn shaq yg asyik ingat zikri. Shaq mcm tak boleh terima takdir jer yg zikri tu x cinta dia. Kalau boleh jadi kan watak shaq lebih tegas. Tak nak lah terhegeh2 camtu.

    ReplyDelete
  25. itu lah sifat buruk manusia yng Allah jadikan, satu daripadanya ialah tak pernah cukup dan tak pernah hargai nikmat yng Allah bagi.

    moga cerita diatas menjadikan aku seorang yng bersyukur

    -seripagi-

    ReplyDelete
  26. zaim, muncullah dalam mimpi saya mlm nanti huuhuuu
    CINTA.......

    -chah husain-

    ReplyDelete
  27. terlalu menarik kata2 cinta zaim untuk iqa...manisnya terasa klu kita mencintai org yang kita cinta berlandaskan cinta kita pada Dia...


    -hanim-

    ReplyDelete