BAB 22
SESAK nafasku saat ini. Andai diikutkan hati, mahu saja aku heret Zaim dan meminta dia membawa aku lari jauh dari sini. Dia hanya duduk berpeluk tubuh sedari tadi. Langsung diam tidak berkutik.
Bila aku menjeling dia, seperti biasa, dia mengedipkan mata redupnya itu sekali. Bagaikan menghantar sesuatu luahan yang aku sendiri sukar untuk mengerti. Bahasa hati yang sangat sukar hendak ku telah kala ini.
“Mak Nab tak sangka saat-saat akhir macam ni, Annesa sanggup batalkan pernikahan mereka,” beritahu Mak Nab dalam esakan.
Entah kali ke berapa aku dengar Mak Nab mengulang kata-kata itu. Naik pedih telingaku mendengarnya.
“Iqa tak tahu nak cakap apa, Mak Nab.” Aku pandang mak yang sedang memandangku penuh sayu.
“Memang dari awal Mak Nab tak berkenan dengan dia. Dah pulak tu, jadi model pulak. Dedah sana sini. Mak Nab memang suruh Zikri putuskan hubungan mereka, tapi Zikri yakin yang dia mampu ubah Annesa semula. Sedangkan hakikatnya, tak macam tu, Iqa,” luah mak Zikri lagi.
Kepalaku mula menyengat. Sungguh aku tidak sangka, begini sekali sambutan yang mak berikan sempena kepulanganku setelah lima tahun tidak bersua. Terasa sungguh hatiku dengan tindakan mak buat kali kedua ini. Andai dulu, aku masih mampu terima bila mak tunangkan aku dengan Zikri secara paksa, begitu juga tatkala Zikri meminta sebuah perpisahan tanpa mencuba tapi hari ini, adakah penderitaan itu milikku lagi? Aku mengeluh kecil.
“Iqa tak sangka Annesa jadi model. Tapi, apa sebenarnya yang membuatkan dia nak batalkan pernikahan dengan Zikri, Mak Nab… Pak Zul?” Aku mahu tahu hujung pangkalnya.
Biarpun cintaku beralih arah, namun sayangku pada dia tetap bersisa. Di mana pun aku, bersama siapa pun aku, di dalam hati ini, Zikri tetap hidup sebagai teman yang berkongsi segalanya sejak dari dulu.
Aku mahu hadiahkan dia dengan lukisan yang telah aku siapkan bertahun ini kerana aku mahu gantikan hiasan wajah lain melalui hasil jemari seni ini. Telapak tanganku, aku renung lama. Silau mataku terpanah kilauan cincin yang Zaim hadiahkan semalam. Cincin yang aku hias di jari manisku dengan rela hati.
“Annesa katanya dah suka orang lain. Yang lebih setaraf dengan dia. Bila jadi macam ni, Zikri marah sangat. Berhari dia mengeluh menyesal sebab putuskan pertunangan dengan Iqa dulu. Berhari-hari dia sebut nama Iqa hinggakan satu hari tu bila dia kata nak ke Kuantan jumpa Annesa, Mak Nab dah larang tapi dia degil juga. Dia nak cakap depan mata Annesa yang Iqa berjuta kali lebih baik dari Annesa tapi tak lama lepas tu, Mak Nab dapat panggilan dari hospital. Mak Nab sedih, Iqa,” adu Mak Nab lirih.
Aku pandang ke siling hospital yang putih bersih. Kosong bagaikan perasaan dan hatiku kala ini. Menghalang airmata dari mengalir bagaikan satu waktu dulu tatkala Zikri merayuku memujuk emaknya menerima Annesa.
Bibirku bergetar hebat. Ayahku memaut bahu Zaim dan aku lihat Zaim hanya mengukir senyum pada ayah. Ayah Zikri hanya diam mengurut janggutnya melihat ke arah anak tunggalnya yang terbaring kaku di atas katil. Berbalut sana sini.
Mata ini tidak sanggup melihat Zikri. Ada pedih yang menggores hati, ada luka lama yang hampir berdarah kembali.
“Terima kasih Iqa sudi balik jenguk Zikri,” ucap Pak Zul pula yang sedari tadi mendiamkan diri.
Aku angkat mataku mencari mata Pak Zul. Mata tua itu nampak suram. Ada genangan jernih pada bening matanya dan aku hadiahkan sekuntum senyum buat dia seraya mengangguk.
“Tapi, Iqa pun tak boleh nak buat apa, Pak Zul… Mak Nab kalau kata Zikri masih tak mahu sedarkan diri. Iqa memang tak dapat nak membantu.” Sesudah menuturkan itu, aku kembali menekur ke lantai.
Telapak tangan mak singgah di bahuku. Diusapnya perlahan namun sudah tidak mampu memberikan ketenangan buat diri ini.
“Belum cuba belum tahu, Iqa,” ucap mak berbisik. Aku menggeleng perlahan-lahan.
“Iqa tak nak cuba mak sebab Iqa tak penat mencuba,” jawabku dengan suara yang bergetar hebat melawan sebak.
“Tolonglah Mak Nab, Iqa. Zikrilah satu-satunya anak kami. Kalau Iqa tak bantu, siapa lagi yang Mak Nah nak harapkan.” Tubuh Mak Nab hampir padaku. Aku bangkit sedikit menjauh.
Aku takut. Takut andai aku lemah dengan rayuan wanita separuh umur ini. Aku pejam mata serapat mungkin. Aku ketap bibir sekuat hati. Sakitnya hati ini bila menerima paksaan mereka sekali lagi. Mungkin tidak dinyatakan secara langsung, tapi aku tahu mak bakal memaksaku dan Mak Nab juga tidak akan puas merayu sedangkan dia…..
Aku berpaling pada Zaim yang masih berada di sisi ayah. Aku berjanji pada diri hentak mencintai dia yang mencintaiku. Sudah ku buang jauh dia yang aku cintai namun cintaku tidak pernah berbalas selama ini.
Zaim tunduk membisu. Aku pejam mata sekali lagi. Hati ini terus menyeru namanya penuh kasih sayang seperti nama yang pernah dia minta padaku.
Zaim…. Zaim… selamatkan, Iqa. Iqa dah tak mampu berdiri di sini lagi. Desis hati kecilku lirih dan bila aku memandang dia dengan mata yang berkaca-kaca, Zaim sedang merenungku jua.
“Tolonglah kami, Iqa,” rayu Mak Nab lagi dan kali ini, dia sudah memeluk tubuhku dari belakang.
Semakin kuat esakannya, semakin erat pelukannya. Aku meraba perutku mencari tangan Mak Nab. Sehebat mana aku bertahan, akhirnya airmata ini menitis juga.
“Maafkan Iqa, Mak Nab. Iqa tak mampu. Iqa bukan doktor atau jururawat untuk Zikri. Dulu, Iqa dah berikan segala kebahagiaan Iqa buat dia dan bila Iqa nak bahagia, kenapa mesti nak rampas kebahagiaan Iqa yang hanya sedikit ni?” tanyaku dengan esakan halus.
“Zikri memang sayangkan Iqa selama ni. Dia cuma keliru dengan perasan sendiri..”
“Tapi, Iqa dah tak keliru dengan perasaan Iqa,” pangkasku agak tegas lalu aku leraikan pautan Mak Nab dari tubuhku.
Tubuh mak aku rapati lalu aku berlutut di depannya. Jemarinya aku paut lama. Aku kucup sepuas hatiku.
“Maafkan Iqa, mak. Kalau ini sebab ni mak suruh Iqa balik, Iqa tak boleh nak terima, mak,” ucapku pada mak dengan gelengan yang tidak henti-henti.
“Tapi, Zikri berkali-kali merayu pada mak minta Iqa balik sebelum ni. Dia berkali-kali merayu pada mak untuk alamat Iqa kat sana. Mak memang tak nak bagi Iqa tapi bila dia benar-benar merayu, mak terpaksa. Sehari sebelum dia kemalangan, dia datang lagi jumpa mak. Dia menyesal kirimkan kad undangan tu pada Iqa. Mungkin Iqa tak nampak macam mana Zikri merayu mak masa tu tapi rasanya mesti Iqa dapat bayang sehingga mak paksa Iqa balik,” beritahu mak padaku.
Namun, aku masih tidak dapat menerima semuanya. Jauh di sudut hatiku, aku mahu menjaga Zikri, tapi aku mahu menjaga hatiku terlebih dahulu. Hati Zaim yang telah aku terima huluran kasihnya biarpun tidak secara langsung.
“Dia datang pada Iqa lepas dia kecewa, mak. Kat mana hak Iqa untuk bahagia andai dia hanya anggap Iqa ni peneman resah dia je? Sedangkan masa senangnya Iqa dibuang jauh, mak?” tanyaku bernada sebak.
Aku langsung tidak terkilan andai Mak Nab dan Pak Zul menyalahkanku, namun aku benar-benar kecewa bila mak tidak sudah hendak memaksaku sejak dari dulu lagi.
“Jangan cakap macam tu, nak. Zikri sayangkan Iqa,” tokok Mak Nab pula. Aku tetap menggeleng.
“Iqa juga sayangkan dia Mak Nab, tapi jangan paksa Iqa untuk cinta dia lagi.”
Makin hebat tangisan Mak Nab mengisi ruang bilik pesakit yang terbaring di atas katil itu adalah sekujur tubuh lelaki yang pernah aku cintai.
“Iqa….” Aku dengar suara Pak Zul menyeru namaku.
“Kalau kata Iqa tak nak terima dia, kami tak paksa tapi sekali je, Iqa pandanglah Zikri ni, Iqa. Pak Zul tahu, dia sedang nanti Iqa balik. Mudah-mudahan dengan kehadiran Iqa, dia cepat sedar.” Pak Zul cuba memancingku melihat pada wajah Zikri tapi aku tidak mahu.
Bila aku menggeleng lagi, mak memegang kedua belah pipiku. Aku rapatkan telapak tanganku menyapa belakang tangan mak. Merenung ke dalam anak matanya agar mengerti akan hatiku yang kian bergelodak. Kian bergelora angkara mereka semua.
Masih panas telapak kakiku menjejaki bumi Malaysia, tapi ini yang telah menjadi santapanku.
“Pandanglah Zikri seketika, Iqa,” pujuk mak merayu.
“Tolonglah, mak. Jangan paksa Iqa buat kali kedua macam dulu,” rayuku bersama linangan airmata.
Sebolehnya aku cuba bertenang. cuba bertahan. Aku pandang mak seketika seraya mengangkat tubuhku bangkit. Mata itu merah menahan tangis. Aku pandang pula wajah ayah dan ayah mengangguk tanpa aku tahu apakah makna anggukan itu.
Melihatkan airmata mak menitis dan mendengarkan esakan Mak Nab semakin keras, aku pantas berlalu menarik tangan Zaim bersamaku bila ayah bagaikan memberi restu buat aku dan Zaim pergi dari terus berada bersama Zikri yang terbaring kaku.
***
HEMBUSAN bayu di tengah-tengah bendang ini agak hangat menyapa wajahku. Biarpun awal pagi tadi, gerimis menyiram namun kala ini, panasnya menukar segala kedinginan dan keselesaan itu.
Menghalau pergi kenikmatan cinta Zaim di hatiku dengan paksa dan tanpa aku rela. Baru saja aku ingin rasa dicintai apatah lagi bila hati sudi menerima cinta dia, begini sudahnya dugaan yang tiba.
Tiada lagi kedamaian hembusan bayu yang mampu aku nikmati setelah aku kembali kepada cinta yang menanti. Hilang pergi kelembutan sapaan pelukan bonda pada tubuhku. Apa yang mampu aku tolak? Apa yang mampu elak? Rasanya, aku berada di jalan mati. Berdiri di akhir jalan yang tiada persimpangan biarpun Zaim masih setia di sisiku. Hanya perlu melangkah atau berundur mengalah.
Telingaku ini menangkap keluhan Zaim. Pertama kali melihatkan wajah itu sedikit kusut. Selama ini dia tenang sentiasa. Dia meraup rambutnya berkali-kali.
“Kenapa macam ni, Iqa? Saya ingatkan hubungan dia dan Iqa biasa je. Tapi, rupanya Iqa dan dia pernah bertunang.”
“Jangan salah faham, Zaim. Iqa bertunang bukan kehendak Iqa biarpun Iqa cintakan dia waktu tu. Zaim dah dengar segalanya dan pastinya Zaim tahu menilai, kan?” tanya pula.
Zaim mengangguk. “Terlalu besar pengorbanan yang telah Iqa hulurkan buat mereka. Andai sekali lagi, mereka menuntut pengorbanan Iqa, apa yang Iqa nak buat?”
Mendengarkan soalan dari celah bibir Zaim, aku menjadi kelu. Penat otakku mencerna jawapan tapi jawapan langsung tidak aku temui.
“Mesti Iqa keliru kala ini, kan?” Aku mengangguk lagi menjawab pertanyaan Zaim.
“Shadiqah yang Yuzaimi cintai….” Seru dia lembut.
Dia tarik mafela kepunyaan yang masih tergantung di leherku sejak semalam mamaksa aku memandang wajahnya.
“Saya cintai kamu untuk melihat kamu bahagia. Saya menanti Iqa andai benar Iqa adalah untuk saya. Kala ini, saya yakin yang hati Iqa tu Iqa nak hadiahkan pada saya tapi sekeping hati yang rapuh tu masih lagi milik Iqa selagi saya tak menerima ijab kabul. Jadi, waktu ni Iqa keliru. Bila keliru, hati tak boleh jadi milik kita, sayang. Ada baiknya Iqa serahkan segalanya soal hati pada Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu itu,” ucap Zaim tenang.
Aku tidak mampu memandang rautnya waktu ini. Aku tidak mahu mengalirkan airmata di hadapannya lagi. Aku mahu mengalirkan airmata seperti mana yang dia pinta. Di saat aku sah untuk dia sentuh. Di saat aku sah untuk dia seka airmata di pipi ini.
Bibirku bergetar hebat. Mata ini lama memandang kebiruan langit yang cerah namun tidak langsung mampu menerangkan hidupku yang kian kelam. Sebolehnya aku membendung airmata ini agar tidak gugur. Aku tidak mahu Zaim terseksa keranaku kerana aku sendiri sedar, betapa terseksanya hati melihatkan orang kita cintai terluka dan mengalirkan airmata.
“Seperti mana Dia membalikkan hati Iqa sudi menerima dan cuba mencintai saya, insyaAllah, Dia akan tuntun hati dan akal Iqa agar menemui keputusan yang terbaik buat semua. Pada saya, Iqa terpenting dan pada Iqa saya tahu keluarga adalah segalanya. Sebelum Iqa dimiliki oleh lelaki yang bergelar suami, Iqa hak mak dan ayah Iqa. Permintaan mereka selagi tidak melanggar hukum agama dan syarak, Iqa wajib patuhi,” tekan Zaim kali ini agak tegas.
Bagaikan memaksa aku menatap wajahnya. Bagaikan memaksa aku mengerti maksud yang tersirat di sebaliknya dan memaksa aku menjadi mangsa buat ke sekian kali.
“Iqa nak balik Manchester. Yuza ada kat sana. Saya dah janji nak konvo dengan dia.” Aku mengubah topik perbualan. Zaim mengeluh kasar.
“Jangan lari lagi dari masalah seperti mana Iqa lari lima tahun dulu. Kali ini, Iqa kena hadapai. Bersama saya biarpun pengakhiran kisah ni, bukan saya yang akan ada di sisi Iqa," luah Zaim membuatkan aku merenung matanya tidak berkelip.
Aku ketap gigi kuat hinggakan rahangku turun naik menahan marah pada diri sendiri. Marah pada Zaim sebenarnya. Semudah itu dia berbicara setelah dia mengetuk jendela hatiku yang kini sudah terkuak untuknya.
“Iqa tak nak dia, Zaim. Iqa nak dan sedang belajar cintai awak. Iqa nak jadi seseorang yang halal pada awak,” ucapku beremosi.
“Alhamdulillah, Iqa. Akhirnya Iqa akui cinta itu. Tapi, yakinlah cinta Tuhan pada kita lebih hebat dan Dia tahu apa yang terbaik buat Iqa. Baliklah. Mak dan ayah Iqa pasti sedang nanti Iqa. Ini hari pertama saya di sini.
Jangan biar saya lalui perkara pahit pertama kali jejak kaki ke rumah mertua saya, ya?” pinta dia berseloroh.
Bibir itu mekar dengan senyuman. Senyuman yang pernah berjaya membuatkan resah hatiku menjauh pergi. Senyuman seorang pelindung sewaktu memayungiku. Senyuman seseorang yang sangat mencintaiku.
“Balik, ya?” ajak dia dan aku hanya mampu menjatuhkan dagu dan menggeleng saja kala ini andai aku tidak mahu.
“Iqa tahu tak?” tanya dia tiba-tiba sewaktu kami sama-sama berjalan menyusuri batas bendang. Aku memandang dia dan menggeleng.
“Saya cukup berdebar saat Iqa pegang tangan saya kali pertama dan kali kedua. Hentakan di dada ni…” Zaim menepuk dadanya beberapa kali.
“…rasa macam nak runtuh jantung.” Dia menghamburkan tawa.
Wajahku berkerut. Rasa malu mula menjalar naik ke wajah. Bukan aku sengaja waktu itu. Segalanya adalah tindakan di luar sedar.
“Iqa minta maaf,” pintaku penuh kekesalan.
“Don’t be. Saya tahu Iqa tak sengaja.” Dia menggeleng.
“Saya tahu, Iqa tak sengaja. Tapi, alang-alang Iqa dah sentuh kulit saya, Iqa tak bolehlah tinggalkan saya lagi. Nanti siapalah yang sudi nak dekat lelaki yang dah bersentuh kulit dengan wanita lain,” sambungnya sambil meneruskan tawa lagi.
Aku tepuk dahi. Resah hati sedikit lega bila mendengar gurauan dari bibir Zaim. Rasanya, hendak saja aku cubit lengan sasa itu sekarang tapi syariat masih membataskan.
“Iqa sentuh tak sengaja. Ala, tak kurang pun kan,” selaku sinis.
“Eh, mana boleh. Saya tak pernah bersentuhan dengan mana-mana wanita pun selain mama dan Yuza. saya memang menjaga diri untuk wanita yang mampu membawa debar dalam hati saya dan yang penting, hati dia juga berdebar seia dengan saya,” jawab Zaim padaku.
Berkias penuh makna kata-katanya itu. Aku yakin bila dia berkata begitu. Tengoklah saja sewaktu bersamaku. Sentiasa mempunyai jarak.
“Kita mohon pada Tuhan, moga Tuhan izinkan saya sentuh kulit Iqa dengan sengaja satu hari nanti. Mungkin payah, tapi kita akan terus menongkah bersama, kan?” Zaim mengjungkitkan kening lebatnya.
Aku ketawa kecil. Malu bila berkata demikian. Terasa hangat seluruh tubuhku dan pastinya naik ke wajah.
“You are blushing, Shadiqah,” tegur Zaim.
Aku menggeleng pantas. “Mana ada?”
“Eh ada tu tapi tak apa. Nanti kita adalah, ya. Sekarang ni Iqa kena balik rumah. Nanti dia fikir saya bawa lari Iqa pulak padahal anak dara dia yang tarik tangan saya tadi,” usik Zaim lagi.
Aku angguk berkali-kali. “Temankan Iqa,” pintaku.
Zaim mengedipkan matanya dan itu sudah cukup memberikan jawapan padaku yang dia pasti sentiasa ada bersamaku.
“Selamanya?” tanyaku lagi.
“Selagi Allah mengizinkan,” jawab dia memberikan jawapan mati yang membuatkan aku tidak mampu menyangkalnya lagi
Aku mengangguk sedikit dan kami sama-sama menapak untuk pulang ke rumah. Sudah agak lama kami berdua duduk di tengah bendang ini melihat beberapa orang petani mengusahakan bendang yang sedang menghijau.
Mak dan ayah juga pastilah sudah ada di rumah. Aku tidak tahu apakah reaksi mereka nanti. Lebih-lebih mak kerana aku tahu ayah pasti akan menyokong tindakanku. Biar apa yang berlaku, aku teguhkan hati ini. Bukan hendak menolak kehendak mak tapi, aku tidak mahu mencipta dosa yang berterusan bila hatiku tidak ikhlas menerima kehendak mereka.
Baru sahaja kami berdua melepasti kepala batas, telefon bimbit Zaim menjerit nyaring. Dia tenang menarik telefon bimbitnya daripada poket jeans. Langkah mati bila matanya menatap skrin telefon itu. Aku juga berhenti melangkah sedikit jauh dari dia.
“Iqa, tunggu kejap, ya?” pinta dia dan aku mengangguk.
“Ya, saya Zaim.” Aku dengar dia menyebut namanya.
“Saya tak kerja beberapa hari ni. Saya cuti kecemasan. Ada apa hal ya cari saya kat pejabat?”
Dia bertanya pada si pemanggil. Rasanya pastilah urusan kerja. Kasihan pula pada dia. Demiku sanggup mengetepikan tugas sedangkan Yuza pernah memberitahu, Zaim adalah yang sangat kuat bekerja. Seluruh hidupnya hanya untuk keluarga dan tugas sahaja dan bila bersamaku, dia pula menjadi payung buatku. Betapa hati ini tersentuh dengan caranya.
“Oh, awak ke? Mama saya bagi ke nombor telefon ni?” tanya dia lagi.
Kali ini, aku rasa lain macam pula. Entah mengapa hatiku kuat mengatakan si pemanggil itu bukanlah berkaitan kerja atau mungkin juga adalah insan yang mama dia ingin kenalkan itu.
“I told my mum everythings already. Nothing to be suspiciuos. Leave me cause I have no intention to know you instead of my wife to be,” ujar Zaim tenang.
Matanya merenungku yang beriak pelik. Dia tersenyum dan melemparkan flying kiss padaku. Mataku bulat. Semakin berani dia. Di dalam sikapnya yang benar-benar matang dna menjaga adat itu, ada juga nakal yang terselit. Bila aku jegilkan mata, dia membuat muka polos.
“Cinta saya hanya satu. Tak jumpa pun, tak apa sebab saya tak mampu nak bahagikan cinta saya. Thanks for calling. Nanti saya call my mum. Don’t worry.”
Zaim terus menjauhkan telefon bimbitnya dari cuping telinga lalu dia masukkan semula telefon tersebut ke dalam poket lalu dia menapak tenang ke arahku.
“Siapa?” Aku bertanya ingin tahu. Ada rasa cemburu sebenarnya.
Pertama kali mempunyai perasaan seperti ini, rasa indah juga namun agak sakit andai jawapan yang tidak seperti yang kita harapkan.
“Cemburu?” tanya dia. Aku diam tidak menjawab biarpun dengan anggukan atau gelengan.
“Jangan cemburu, Iqa kalau betul Iqa nak cemburu. Andai Iqa percayakan saya, Iqa tak boleh nak cemburu,” ucapnya.
Kami sama-sama melangkah bila Zaim mempersilakan langkahku mendahului langkah.
“Iqa tak cemburu.” Aku menidakkan kenyataan. “Tapi, boleh Iqa tahu siapa?”
Zaim senyum. “Perempuan yang mama nak kenalkan pada saya. Dia pergi pejabat cari saya tapi saya tak ada. Mama pun, tak sabar nak tengok bakal menantu dia. Tapi, janganlah bagi nombor telefon saya dekat perempuan macam tu,” rungut dia sambil menggeleng kesal.
“Mama awak nak yang terbaik untuk awak. Iqa risau sama ada Iqa sempat atau tidak berjumpa mama awak nanti, Zaim.” Aku meluahkan rasa resah di hati.
Apatah lagi dengan kehendak mak, rayuan Mak Nab dan kali ini ditambah pula dengan kehendak mama Zaim yang mungkin tidak mampu kami halang.
“Mama tahu saya macam mana, Iqa. Sempat atau tidak, itu bukan urusan kita dah. Kita selesaikan dulu urusan kita kat sini. Lepas tu saya minta izin keluarga Iqa nak bawa Iqa ke rumah saya. Mama menanti tu. Pasal perempuan tu, biarkanlah dia. Saya tak pernah jumpa dia. Tengok gambar sekali je tapi tak ada debar,” beritahu dia tenang.
“Dan Shadiqah adalah yang terbaik untuk saya,” sambung dia tanpa memandang ke arahku.
Namun, bibir itu tetap mengulum senyum biarpun aku nampak resah di balik bening matanya itu. Dia tenang melangkah mendahuluiku dengan penuh keyakinan. Tubuh tegap itu benar-benar memberi keyakinan akan kasihnya padaku. Setiap tuturnya mampu memberi semangat baru pada jiwaku yang kian luntur warnanya.
Kami tiba di depan rumah mak waktu itu, mak dan ayah serta Kak Shadirah dan suaminya Abang Rizqin duduk di serambi.
“Assalamualaikum, semua.” Zaim sopan menghulurkan salam pada keluargaku.
Aku tunduk. Tidak sanggup hendak menatap mata mak setelah aku tanpa sedar berlari keluar daripada hospital bersama Zaim. Lebih parah, berani mengheret tangan anak bujang orang di depan keluarga Zikri. Aku tahu mak kecewa denganku, tapi aku juga kecewa dengan keputusan mereka tentang hidupku.
“Waalaikummussalam,” jawab mereka hampir serentak.
Ayah bangkit menyalami Zaim. Dia menarik bahu Zaim dan membawa lelaki itu duduk di sebelahnya bersebelahan juga dengan Abang Rizqin. Aku melangkah lemah dan melabuhkan duduk di sebelah Kak Shadirah. Masih tidak sanggup menerima panahan mata mak yang sembab.
“Iqa ke mana tadi?” tanya ayah padaku. Bagaikan tiada apa yang berlaku.
“Err, Iqa bawa saya tengok bendang, pak cik. Maklumlah saya ni tak ada kampung. Jarang boleh tengok keindahan macam ni.” Pantas saja Zaim menjawab bagi pihakku.
“Lama abang tak jumpa, Iqa. Tak dapat nak tunai janji bagi Iqa lima orang anak buah. Nak dapat sorang pun payah, kan yang?” Abang Rizqin senyum padaku sebelumdia menjeling kepada isterinya. Kak Shadirah tersenyum malu.
Waktu ini, aku tidak tahu hendak mengukir senyum atau tidak. Zaim dan ayah tersengih-sengih bersembang sesama sendiri. Abang Rizqin juga. Kak Shadirah hanya diam mengusap perutnya yang membusung. Hanya mak yang tunduk menekur ke lantai membuatkan aku dihambat rasa bersalah pula kali ini.
“Macam mana kat sana lima tahun ni, okey?” tanya abang iparku cuba memancing aku bertutur agaknya.
“Err, alhamdulillah, abang. Iqa ada kawan-kawan yang baik kat sana,” jawabku lancar. Dia mengangguk.
“Tak sempatlah Iqa konvokesyen, ya nak?” tanya ayah pula.
Dia menjeling mak sekali. Aku tahu ayah agak tidak berpuas hati pada mak kala ini, tapi sikap tenang ayah seringkali mampu menyembunyikan rasa tidak puas hati itu. Rasanya, inilah resepi kebahagiaan mak dan ayah selama ini. Ayah sangat bertolak ansur orangnya namun siapa sangka, mungkin nanti bila si penyabar tercabar, mampu terbalik dunia.
“Begitulah nampaknya, yah. Tapi, tak apa. Janji dapat keputusan yang baik pun dah syukur sangat dah,” balasku lembut. Ayah senyum.
“Zaim dah lama kenal Iqa?” Ayah tiba-tiba beralih pada Zaim pula.
Lelaki itu nampak agak terkejut namun cepat-cepat dia kawal riaknya itu. Kak Shadirah menyikuku tapi aku tetap duduk menanti kata-kata yang bakal terbit dari celah bibir Zaim kala ini. Langsung tiada minat hendak senyum di tengah bagai masalah sebegini.
“Lima tahun lepas, pak cik. Masa mula-mula saya jumpa dia tu, kami transit dekat Amsterdam. Tapi, jumpa balik lima tahun setelah tu dekat Manchester sebab saya kerja ulang alik ke luar negara macam tu jelah,” jawab Zaim tenang kemudian dia tunduk memainkan jemarinya sendiri.
“Emm, dah nak Zohor dah ni. Zaim pergilah mandi dulu, berehat kejap. Nanti kita berjemaah. Baru sampai je dah macam-macam jadi, kan?” Ayah jungkit kening. Zaim ketawa kecil.
“Eh, saya sekejap je ni, pak cik…mak cik…” Dia memandang mak dan ayah silih berganti kemudiannya padaku dan Kak Shadirah pula.
“Saya hantar Iqa je kebetulan dia tiba awal pagi tadi, risau jugak biarkan dia sendiri kat airport tu. Saya ni sebetulnya sehelari sepinggang je, pak cik. Lepas solat Zohor ni, saya berniat nak balik Kuala Lumpur dah,” ucap dia lembut.
Ayah dan Abang Rizqin ketawa. Aku dan Kak Shadirah berpandangan sesama sendiri. Entah apa yang lucunya.
“Itulah, Riz. Orang kalau dah sayang ni, memang macam ni. Sanggup tunggu awal-awal pagi, lepas tu terbang lagi balik hantar sampai depan rumah. Kat tangan keluarga haa. Sehelai sepinggang lagi tu sebab tak nyempat nak jemput orang yang disayang neh,” gurau ayah sambil menepuk bahu Zaim dan bangkit masuk ke dalam dengan sisa tawanya.
Zaim memandangku dengan wajah yang memerah menahan malu. Aku telan liur bila ayah berkata demikian. Aku tahu, ayah sudah dapat menebak hubunganku dengan Zaim tapi bila aku kalih pada mak, bibir itu langsung tidak menggariskan senyuman.
“Err, tak apa, Zaim. Zaim boleh pakai abang punya. Yang, ambil kain dengan t-shirt bagi Zaim, ya. Abang mandi dulu. Jom, Zaim, kita masuk,” ajak Abang Rizqin pula.
Zaim angkat tubuhnya. Jaket kulitnya itu, dicapai oleh Abang Rizqin lalu abang iparku itu menghulurkan padaku tanpa aku tahu tujuannya. Aku bangit dan menyambut jaket milik Zaim dan dia menarik Zaim masuk ke dalam rumah. Kak Shadirah pula berlalu ke bilik.
Kala ini, hanya aku dan mak di sini. Aku telan liur berkali-kali. Tidak tahu, apakah yang mampu aku ucapkan pada mak atas keterlanjuranku tadi. Aku tahu, mak malu pada keluarga Zikri tapi, aku tidak sengaja begitu. Tanpa dirancang, aku tarik Zaim pergi bersamaku. Aku tidak sanggup hendak terus menerimaa paksaan mereka sebenarnya.
“Macam mana Iqa sanggup buat mak macam ni?”
Akhirnya, terluncur jua soalan itu daripada celah bibir mak. Aku tebarkan pandangan jauh ke tengah laman rumah. Bila aku memandang ke kiri, rumah Zikri tersergam sunyi sepi. Khemah itu sangat mengerikanku.
Aku hela nafas panjang mencari kekuatan untuk berbicara dengan mak waktu ini. Biarlah tiada sesiapa kerana aku benar-benar mahu mak selami hati dan jiwaku saat ini.
“Maafkan Iqa, mak. Iqa tak sengaja,” pintaku lembut.
Aku nampak mak menggeleng kesal dari ekor mataku. Dia meraup wajah tuanya berkali-kali dan aku terus memegang erat jaket milik Zaim, bagaikan memeluk tubuh sasa itu meminta sedikit kekuatan untuk terus berdiri.
“Kenapa Iqa sanggup lari dengan Zaim macam tu depan Mak Nab dan Pak Zul? Iqa tahu tak betapa kecewanya mereka dan mak dengan sikap Iqa sekarang ni?”
Kata-kata mak kali ini bagaikan belati yang menujah hatiku dengan kejam. Dulu juga, aku menjadi mangsa bila Zikri putuskan pertunangan kami dan hari ini, aku juga mangsa bila Annesa membatalkan pernikahannya dengan Zikri hanya kerana seorang lelaki lain.
“Ampunkan Iqa, mak. Tadi tu, Iqa memang tak dapat nak duduk situ lagi. Bukan niat Iqa tak nak pandang Zikri yang terlantar, tapi Iqa tak mampu. Mata Iqa ni memang tak boleh nak pandang dia dah mak,” luahku jujur.
“Mak suruh Iqa pandang dia sebab nak Iqa tahu, yang dia menyesal sebab buat Iqa macam tu dulu. Dia memang nanti Iqa balik. Mak Nab dan Pak Zul tak pernah puas berharap yang Iqa lah jadi menantu dia.”
“Jangan berharap, mak. Dulu Iqa yang pujuk mereka terima pilihan Zikri tapi hari ini, Iqa tak nak sesiapa pujuk Iqa terima Zikri. Jangan, mak. Iqa takut Iqa tak ikhlas nanti.”
Mak mengeluh berat. “Atau sebab Zaim Iqa tak sudi nak terima Zikri, macam tu?”
“Kalau Iqa kata ya, Iqa tak tahu mak nak percaya atau tak tapi memanglah itu hakikatnya, mak. Mak tak pernah tahu. Lima tahun Iqa kat sana merindui Zikri dan bila tiba kad jemputan tu, Iqa rasa Iqa terlalu bodoh untuk jangka waktu tu. Yuzaimi lah orang yang dah sedarkan Iqa dari kebodohan ni. Mungkin cinta ini pada dia belum sepenuhnya tapi Iqa nak cinta dia. Mak cakaplah dengan Mak Nab dan Pak Zul, Iqa sayangkan Zikri tapi sayang ini dah bertukar kepada sayang seorang kawan lama, mak,” beritahuku pada mak.
Sudah penat aku berselindung. Zikri terlantar di sana bukan keranaku dan Zaim teguh berdiri di sini, semata-mata keranaku. Tak mungkin aku sanggup menghancurkan harapan dia biarpun aku tahu, dia mampu menerima andai aku terpaksa memilih.
“Mak suka Zaim pertama kali mak lihat wajah dia. Tapi, tak kasihankah Iqa pada Zikri, nak? Waktu ni dia sangat-sangat perlukan Iqa,” pujuk mak lagi dengan suara yang bersulam esakan kecil.
“Tapi, Iqa tak perlukan dia, mak. Iqa boleh hidup sendiri. Iqa tak mampu nak lahirkan perasaan yang ikhlas lagi pada dia. Jangan biarkan Iqa jadi pelakon pada keluarga Mak Nab dan Pak Zul, mak sebab Iqa tak pandai berlakon,” rayuku lirih.
Aku seret lututku mendekat pada mak lalu aku labuhkan telapak tanganku pada kedua belah tangannya. Mata ini menyoroti mata tua mak yang berair.
“Tolonglah jangan paksa Iqa lagi kali ni, mak,” pintaku entah kali ke berapa.
“Restui Iqa dan Zaim.” Aku merayu sambil menyembamkan wajahku ke riba mak.
Waktu ini aku rasa mak memegang cincin di jari manisku. Aku tidak mampu melihat mak lalu aku biarkan saja dia memicit cincin di jari manisku. Biarlah dia hendak berkata apa, aku tak mungkin menanggalkan cincin itu.
“Mak tahu ini cincin Zaim, kan? Tapi, kalau kata mak tak restui Iqa dan Zaim, Iqa pastinya tak nak jadi anak yang derhaka, kan?”
Persoalan mak membawa aku merenung dia dengan wajah yang berkerut seribu. Mata ini berair. Jemariku menggeletar
memandang mak dengan riak yang tidak percaya dan bila aku kalih ke kiri, wajah Zaim tersenyum
~~> bersambung.
Konflik ini pasti membuatkan pembaca marah pada saya, tapi tanpa konflik, apalah makna sesebuah cerita, kan. Nantikan sambungannya..

mak die ni...tolonglah restu iqa ngn zaim..iqa dah byk payungkn zikri, tp zikri skali pun x prnah payungkn iqa, skrg ni zaim yg payungkn iqa..biarlah die bhagia..
ReplyDeletebestttttt :) siapakah hero citer nie sebenarnya??? jeng333...saya nak zaim tapi rasa mcm zikri jer hero nya
ReplyDeletenak iqa ngan zaim ....plezzz......zikri tu x malu...dh kena tinggal..baru terhegeh2 kt iqa..heh
ReplyDeletemakin tertekan ak bc citer ni..:D
ReplyDeleteentah apa la mak iqa ni buat org sakit ati je...biasenya mak x akn bg anknya disakiti, ni dia still nak kenenkan lg dgn si zikri 2...
ReplyDeleteakak setuju ngan pandangan awak tu..apa kata kita takzirah sikit mak dia tu.. tak ingat ke..mak iqa betapa zikri dgn lancangnya nak diputuskan hubungan nya dengan iqa yg bertunang tu..tak malu betui mak nab tu..sudah sudah lah menyeksa anaknya..tu..apakata ayah iqa suruh zaim kawen aja ngan anaknya..jadi mak dia dan keluarga zikri tak kacau lagi dah..biaqla iqa mencari kebahgiannya..mcm iqa cakap..dia dah penat..ngan zikri..kenapa mak dia nak anak dia menderita..susah susah..suruh adik dia kawen ngan zikri..abis citer..
Deletealahai dik..plot da cantik..masa iqa kat hospital tu..bila dia menegaskan bahawa dia tak cinta zikri lagi..kenapa mak dia nak paksa juga iqa ngan zikri..sedangkan mak dia tahu zikri telah menghancur lumatkan perasaan iqa..apa sebenarnya emak iqa nak.. sedangkan zaim tu baik orgnya..rasa macam nak bagi takzirah pulak kat mak dia yg keras dan berhati batu..sudah sudahlah menyusahkan anak sendiri..alahai minta minta ayah iqa campurtangan dalam hal ini..akak still nak zaim..pls rehan..tak bestlah kalo selalu konflik..emaknya iqa tak sayang anak dia ke..dah berapa kali iqa merayu kat mak dia..mak dia memaksa juga..geram giler akak kat maknya si iqa ni..
ReplyDeletesy dlm kekeliruan...haha,,
ReplyDeleteaduyai la punnn.
ReplyDeletearghhh!!! RM.. sedih2.. huhuhu.. betape tulusnye hati zaim tu.. mintak2 la zaim sanggup tunggu iqa walau dlm ape jua keadaan skalipun.. janda ke.. janda berank dua ke..
ReplyDeleteaku tak faham betullah dgn mak iqa ni. tak nak tgk anak dia happy, nak jugak tgk anaknya derita. paksalah pulak tu terima zikri. geramnya!!
ReplyDeleteila danish
RM,tolong jngn pisahkan iqa gngn zaim..x nak kt zikri pleasee..huhuhu
ReplyDeletegrm btl r ngan mak iqa ni...suka2 dia jer nk paksa iqa ni terima balik si ziki tu..ziki tu pom satu lps kena tinggal br sdr yg dia pom suka kt iqa ni...tp sorry ziki...dh trlmbt ok...iqa dah ada zaim pom...yg sgt2 baik..hehehe..suka zaim sgt2..hrp2 nnti mmg jodoh iqa nga zaim la...
ReplyDeleteishhh~knpe mak de ni mcm xphm bhse je..xyah lah nk pakse2 ank de sndr cmtu skali..ckup2la dulu de pnh paksa shaq tu btunang ngn zikri tu..ishhhhhh~~*suke agknye de tgk ank de sndr menderita...haishhhh~
ReplyDeleteKak Rehan , pleaseeee nak Zaim yg jadi hero .
ReplyDeleteKesian dekat Iqa . Dia dah puas sedih dulu .
Mak dia ni kejam betol la . Tak pentingkan kebahagiaan anak .
Zikri dulu tu bukan hargai Iqa pon .
Bila dah tade Annesa baru nak kat Iqa .
Dia tak penah payungkan Iqa pon .
Tengok mcm Zaim tu . Macho . Leh jadi pelindung .
Nak Zaim jadi hero . Nak Zaim jadi hero . Hee
Tapi kalau Iqa ikut ckp mak dia tu , meh bagi sy Zaim .
Susah tau nak dapat laki mcm tu . Hehe .
Anyway , sangat best ! Suka cita ni gila2 .
Sambung cepat2 lagi tau . :)
[syaza_nadiah]
persoalan terjawab sudah......Ya Allah rupanya Zikri kemalangan dan tak sedarkan diri....dan amat simpati dengan apa yang dihadapi oleh iqa terutamanya dengan kehendak mak iqa....
ReplyDeletezikri, kenapalah buta mata hatimu, setelah perkahwinanmu batal pd saat akhir, baru kau menyesal dan ingat pada iqa.....
selfish betul mak bapak zikri tu...mak iqa pun tak kan nakdera peasaan anak je...suka zaim kerana tak desak. best la rehan....ari2 tunggu n3.
ReplyDelete-ety.s
eei...ape nie..mak ika ni mmg nk kena....its time for ika to get her own happiness...with ZAIM..and not zikri... takkan la da lupe..mcmmne si zikri tuh tolak ika mcm org yg xde harga diri...as a mom..she should lebih phm ape yg ika alami skrg nie..
ReplyDeletehe he ... best la kak. biarlah konflik tu makin memuncak sbb kalau mendatar mesti bosan kan ? kalau betul mak x restui perhubungan zaim n shadiqah, x boleh nak cakap apa dah ... tpi dngan hasil tangan rm semua boleh jadi ~ he he
ReplyDeleteRM jika x ada konflik maknanya cerita itu kurang perasa;
ReplyDeleteIqa tetapkan hati bahawa kisah dengan Zikri telah pun
berakhir, Zaimlah yang patut dihargai...
dan Iqa bukan taruhan, atau pun pilihan kedua..
Zikri patut sedar itu; masa senang2 dengan Aneesa
masa sukar dia beraleh kepada Iqa..
jika tidak begitu kenapa dia sanggup hantar kad kepada Iqa, pastilah dlm. 5 tahun dia boleh tahu hatinya kepada siapa... sesekali saya fikir Zikri ini macam lalang, dia menjadi tegak kerana ada sokongan ibu & bapanya juga mak Iqa
kak rehan nape akak saje je bg ktrg rase cam nak luruh jantung bace novel ni.....eeeeee geramnye ngn mak ika ni!!!! akak pleazela wat ika ngn zaim..hehehe..*kena bodek writer ni*
ReplyDeletenak ika ngan zaim pleaseeee........hehehe.....
ReplyDeletesedih la...kesian iqa..
ReplyDeletejgn lh mak ika psah kn ika dgn zaim...biar lh ika bhgia dgn zaim
ReplyDeleteSebenarnya kan..dlm dunia ni ada ramai zikri..dan ada ramai iqa..zikri sebenarnya x bersalah..cuma keliru oleh butanya perasaan..iqa juga x bersalah..cuma tersepit oleh masa dan keadaan..dan sebenarnya mereka lah org yg paling kasihan sekali..dan realiti itu sgt pedih...
ReplyDeletetahniah pd RM...apa2pn yg akak angnkan psti RM dh ada prncngnnya yg trsndiri,maka akak mnerima dgn seadanya...apa yg akak blh katakn bhw sbg seorng ibu kita xspatutnya mngunakn kuasa kita spenuhnya..pndgn ank2 amt pnting utk mmbina sebuah kluarga yg harmoni...sbg ibu akak rs akak xsnggup mlihat ank akak dianaya,akak inginkn kbhagian yg kami beri ank jgk dpt mnerima dr suami nya..klw dilihat pd pnceritaan ini zikri hnya mmerlukan iqa bila annessa brpaling tadah..sdgkn ms2 bhagianya lgsung tiada ingtnnya pd iqa...apakh org sprti ini dpt mmberi spenuh kbhagian pd iqa...berbalik pd ibu iqa,apkh pristiwa ptus tunag blum mnjadi iktibar pd dirinya???
ReplyDeleteapa2pn tahniah buat rm yg tlh mghasilkan satu cerita yg boleh buat pmbaca brperang dgn prasaan...
zaim~~~~~~~~~
ReplyDelete!______________________!
sedih ...nape seorg ibu sanggup buat camtu....klu trm sbb kasihan takkn ke mne hubungan tu....silap2 iqa tu jadi mayat hidup lak..cukup2 le buat iqa mcm tu......bila x suke ..jeling pun x..dah mcm ni..tahu pula cari....takkn sbb nak tutup malu iqa terpaksa berkorban...bukn iqa je terluka ...zaim pun ...pun.....zaim tu pakej lengkap ...agama pun ada.....klu iqa trm zikri dah mcm cite kawen paksa lak....mangsa keadaan....mmg restu ibu tu pentig tp kuasa wali kn kt tgn seorg bapa..skrg ni rasanya mak iqa je yg dok paksa iqa trm zikri ...yg lain ok je....nape le lbh pentingkn n nak jaga hati org lain sdgkn hati anak sendiri nak lukakn...aish2 x faham ngn mak iqa....klu x tersentuh lg ngan rayuan iqa x tau le..... cik writer jgn dilukai lg hati iqa ...nak ngan zaim..moga iqa ttp ngn pendiriannya utk bersama zaim....ayah iqa pun kene mainkn peranan.....makin risau ni nk baca n3 strsnya.....
ReplyDeleteadoii...pandai betul kak rehan memanipulasikan perasaan pembaca. berkahwin dgn pilihan keluarga bukanlah jaminan untuk tidak menjadi anak derhaka. nampak macam tipikal cerita melayu yang selalu saya tengok dan baca kalau shadiqah kawin dgn zikri atas desakan keluarga.kalau bole biarla yg lain drpd yg biasa.whatever it is your are the writer. you deserve to create your own story ;D'
ReplyDeleteAdoh sakitnye dapat mak macam ni....tak sayang anak ke ???
ReplyDeleteTapi RM jangan kata minah yg mak Zaim nak kenenkan kat Zaim tu Annesa ya...tak sanggup akak.. adoh nak lagi RM.
zikri:)
ReplyDeletezaim..<3
ReplyDeleteJangan pisahkan...
ReplyDeleteIqa dan Zaim
Tuhan tolonglah...
Zaim sayang Iqa,
biarkan mereka kekal bersama
di dalam suka dan duka.... :D
hehehe, lagu untuk pasangan secocok,
Iqa ngan Zaim
ah, sedihnya. harap iqa dgn zaim..
ReplyDeleteaduh......sakit jantung aku.kembang kuncup hati aku baca semua ni.....apa2 pun aku tetap suka ZAIM.
ReplyDeletebest..mmg best...
ReplyDeleteakhirnya iqa berani luahkan apa yg dia rasa...
oh mak..tolonglah restui iqa dan zaim..
jgn la bunuh rasa hati iqa...
x profesional btolla mak iqa ni. dah org x suka tu x suka la... x faham2 lagi ke? bukan iqa je x suka zikri, pembaca pun ramai x suka dia. nak lagi suruh iqa balik ngan zikri. nak nangis ni...
ReplyDeletegembira akhirnya iqa buka jg pintu hatinya utk zaim.
ReplyDeletetp kenapa mak iqa pl begitu...tak nampak kah betapa anaknya menderita bertahun hanya kerna zikri.kata mahu yg terbaik utk anak2 tp memaksa anak mcm ni boleh anak bahagia ker.harap mak iqa terbuka terima iqa bersama zaim.
wah! smue nak zaim. msti pas nie sape2 yang nama zaim jual mahal la. nak wanita yang sebijak shaq je. study smpai ke Manchester 2. hehehe
ReplyDeletesusah nak gtau. ziki or zaim. kalu ikutkan tgh hot skrg nie mmg la zaim pilihannya. tapi kita xbagi pun peluang kat ziki. just ingat smue buat silap. mungkin ziki dah tbiasa ika ada di sisi hinggakan just anggap hanyalah seorang teman sahaja. tapi pernah ke ika luahkan perasaan ziki? ok, xkan timba nak cari perigi but kalu hati dah suke just say it.
rehan makhtar! gud job. baguslah. nak puji ayat mmg bunga2 lah. wah! saya semakin meminati anda. lastly tbaik n alhamdulliah. amin....
p/s: next n3 please...
napa wat cita mak dia mcm tu...hish...mak shaq ni mcm x syg anak je...kata nk yg terbaik
ReplyDeletesgt bengang
ReplyDeletemak iqa ni sakit mental ke?? bengang btl...br je ank die nk rs bahagia dok sibuk paksa2 utk terima ziki tu?? nk shaq ngn zaim 2gether...pdn muka ziki
ReplyDeletespeechless
ReplyDeletex sangka cite ni sampai jadi cmnie rumit
x kn mk iqa nk pksa iqa trima ziki lak?
iqa,kuatkn semangat tabahkn hati !!