BAB 27
TIDAK sudah-sudah aku menggeleng bila mak dan ayah merayu aku ke hospital melihat Zikri. Aku tahu mak kecewa dan ayah juga bila Pak Zul berlalu dengan linangan airmata menerima kedegilanku.
Puan Yuzana dan Zaim hanya diam memerhatikanku yang hanya menjadi patung bernyawa di tengah-tengah rumah ini. Kak Shadirah aku lihat sudah mengalirkan airmata.
“Ira, pergi masuk berehat, nak,” arah ayah pada dia bila tangisannya itu sudah bertukar menjadi esakan yang tinggi.
Kakakku diam saja tanpa mempedulikan arahan ayah.
“Ira pergi masuk berehat. Nanti ayah telefon Rizqin suruh balik temankan Ira. Dah, pergi masuk sana,” tekan ayah lagi membuatkan Kak Shadirah mengangkat tubuhnya berlalu ke bilik.
Kala dia melaluiku, langkahnya pegun seketika. Airmata yang merembes itu dia seka berkali-kali.
“Kakak tak nak Iqa berkorban lagi biar apa pun yang terjadi,” bisik dia lalu dia melangkah membawa perutnya yang membusung itu menghilang di sebalik daun pintu biliknya.
“Shadiqah!!” seru ayah keras.
Aku tersentak lalu mata ini terus memandang ayah dan mak serta yang lain silih berganti. Zaim lebih-lebih lagi.
“Iqa kenapa jadi macam ni? Tak sudi sangat ke nak melawat Zikri? Kot dibuatnya dia memang pendek umur, Iqa tentu-tentu dah boleh nak jumpa dia lagi. Pergilah, nak… sementara masih ada masa ni,” nasihat ayah sambil menggeleng kepalanya berkali-kali.
Aku tahu dia kesal akan sikapku tapi aku juga tidak mampu melangkah ke sana apatah lagi hendak menerima pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku di depan mata.
“Iqa bukan tak sudi ayah. Tapi, kalau kata Iqa pergi pun, sama je. Iqa tak mampu nak buat apa-apa pun.” Aku menolak lembut.
Sedaya upaya aku tahan airmataku daripada gugur di depan Zaim dan mamanya. Baru saja hendakku senyum, mengapa Zikri tidak pernah sudah mahu membuat airmataku menitis?
“Setidak-tidaknya Iqa penuhi permintaan Zikri nak jumpa Iqa. Iqa pasti ke Iqa tak menyesal kalau kata Iqa tak dapat jumpa Zikri dah?” Giliran mak pula menyoalku.
Aku menggeleng tanda tidak sudi.
“Iqa dah lama biasa hidup tanpa dia mak. Dah terlalu lama. Jangan paksa Iqa, mak,” rayuku berharap pada pengertian mak yang aku benar-benar tidak mahu melawat Zikri biar apa pun yang terjadi.
Mereka masing-masing tunduk. Aku lihat ayah dan mak memicit kepala yang sakit barangkali. Puan Yuzana diam menerima berita ini. Zaim pula sejak daripada tadi merenungku tidak putus-putus hinggakan aku terpaksa melarikan pandanganku setelah mengetahui apakah makna di sebalik renungan itu.
“Betul Iqa tak nak pergi ni?” tanya ayah buat ke sekian kalinya.
Aku menggeleng dan ayah tersenyum nipis lalu mengangguk dan bangkit berlalu ke dalam.
“Abang masuk solat Asar dulu. Nanti kita sama-sama melawat Zikri, Sai.” Ayah bangkit.
Dia berhenti seketika di sebelah Zaim dan aku lihat ayah membisikkan sesuatu di telinga Zaim dan lelaki yang aku ingin cinta itu mengangguk sekali sambil tersenyum.
Ayah menepuk bahu Zaim dan dia terus berlalu menghilang di balik pintu dapur.
Mak melepaskan keluhan lantas dia juga berlalu.
“Tak apalah dah Iqa tak nak pergi. Iqa temankan Kak Shadirah dan mama Zaim kat rumah. Mak dengan ayah pergi sekejap je,” beritahu mak padaku dan aku diam tidak memberikan tindak balas.
“Kakak pergi kejap ya, Zana,” ucap mak bila dia beralih memandang Puan Yuzana.
Mama Zaim bangkit mengikut jejak mak namun sebelum itu, dia singgah di sisiku.
“Mama yakin Iqa boleh buat keputusan yang betul,” ucapya lembut lalu telapak tangan itu aku rasa menggenggam bahuku.
Setelah mereka semua berlalu, hanya tinggal aku dan Zaim saja di ruang tamu. Dia bangkit dan menggamit aku mengikut langkahnya. Dia berlalu ke serambi pada mulanya sedangkan aku hanya terpaku di sisi pintu memerhatikan dia yang sedang enak menikmati bayu petang.
“Shadiqah…,” panggilnya lembut.
Mata itu memanggil aku mendekatinya lalu aku menggeleng dan berlalu menuruni anak tangga batu berwarna hijau tua itu, lalu aku bawa tubuhku menghala ke tepi rumah. Duduk di pangkin yang pernah menjadi tempat bermain aku dan Zikri dulu. Pangkin yang menghadap sawah bendang yang menghijau di bawah pohon jambu air.
Saat terakhir aku dan Zikri di sini, jambu itu berbuah ranum. Merahnya dari kejauhan sudah mampu terbias oleh kornea. Hari ini juga tetap ranum tapi kenapa sudah tidak mampu menceriakan mata ini tatkala memandangnya?
“Sayang…” panggil Zaim entah bila dia duduk melabuhkan duduk di sisiku.
Aku tidak berpaling malah menjeling juga tidak. Aku tahu apa yang bakal terbit dari bibirnya. Aku yakin akan apa yang hati ini tahu. Aku pasti yang ayah telah meminta dia memujukku menjenguk Zikri.
“Iqa tahu Zaim nak pujuk Iqa ke hospital melawat Zikri, but sorry to say, I just can’t!” tekanku dengan nafas yang mula tidak menentu.
“Sayangku Shadiqah…” Suara Zaim terus lembut memanggilku. Malah lebih mesra dan lebih mendayu.
Aku tahan hati yang sakit dengan sikap tenangnya itu. Sesekali, ketenangan pada wajahnya terus merobek hatiku biarpun pada hakikatnya akulah yang bakal merobek hati tulusnya itu. Aku sakit melihat dia begitu. Aku mahu dia berkata tidak. Aku mahu dia menghalang pemergiaanku. Aku mahu menjadi miliknya dan dia menjadi milikku. Tanpa ada Zikri.
“Zaim bukan nak pujuk Iqa.” Dia berdalih.
“Habis tu?” tanyaku pantas. Wajahnya aku jeling.
“Cantik jelingan tu. Simpan untuk Zaim je tau,” gurau dia.
“Zaim, tolonglah!” marahku.
Sudah tidak dapat menerima gurauan lagi rasanya di waktu genting begini. Zikri berperang dengan maut dan aku nekad tidak mahu menjenguknya.
Dia ketawa. “Zaim cakap betul. Pertama kali lihat Iqa dulu memang diakui Iqa cantik. Bertambah cantik dengan lesung pipit Iqa dan mata yang penuh rahsia tu. Tapi, kenapa bila rahsia tu Zaim singkap, mata tu semakin pudar?”
Aku telan liur menerima pertanyaannya.
“Apa maksud Zaim?”
“Sayang…” Zaim bangkit dan menghampiri birai bendang. Dia duduk mencangkung lalu berpaling separuh ke arahku.
“Zaim yakin yang perasaan Iqa masih ada pada Zikri. Mungkin tak banyak tapi tetap ada, kan? Dulu, Zaim nampak mata Iqa penuh dengan rahsia. Lama Zaim berfikir, andai Tuhan tu temukan kita lagi, Zaim nak singkap rahsia tu. Rupanya benar. Ada rahsia. Rahsia sebuah cinta,” ucap Zaim selepas seketika.
Aku diam melihat ke arah dia tanpa ada rasa hendak mengalihkan anak mataku sedikit pun.
“Kenapa Iqa terlalu mengelak untuk bertemu Zikri? Atau Iqa masih cintakan dia dan tak sanggup nak tengok dia macam tu? Takut nanti Iqa akan tinggalkan Zaim?”
Aku menggeleng pantas. Hati ini benar-benar yakin, tiada lagi berdegup demi Zikri. Degupan jantung ini ada dan hidup kembali kerana Zaim satu-satunya setelah mati angkara Zikri.
“Kenapa Zaim cakap macam tu? Zaim tak percayakan cinta Iqa pada Zaim? Tak percayakan yang Iqa benar-benar dah lupakan dia dan dah mula cintakan Zaim?”
Nafasku mengah. Suaraku bergetar menahan rasa sebu yang mula hadir menyapa hati. Sampai hati, Zaim! Sampai hati!
Dia menggeleng menidakkan telahanku.
“Zaim sangat yakin dengan cinta kita sebab cinta kita pada Tuhan kita lebih hebat, kan? Jadi, bila kita mencintai Tuhan kita lebih dari cinta sesama kita, Zaim jadi yakin yang Iqa memang cintakan Zaim. Tapi, kenapa Iqa nak lari dari kenyataan? Zikri sakit. Iqa betul ke tak sudi nak jumpa dia lagi sampai bila-bila?” tanya dia padaku.
Aku diam tidak berkutik. Rasanya, ada benar telahan Zaim. Aku sedang lari dari hakikat tapi hakikat itu sudah lama berkubur bila Zaim hadir.
“Iqa bukan lari dari kenyataan sebab Iqa dah lama lempar jauh perasaan Iqa pada dia, awak!” tegasku berharap yang Zaim tidak lagi terkeliru akan cinta ini untuknya.
“Jangan salah faham akan apa yang Zaim katakan tadi, Iqa. Lari dari kenyataan ni, macam Iqa sekarang. Mengelak dan terus mengelek sedangkan kita boleh hadapinya sama-sama. Iqa ada Zaim jadi untuk apa Iqa takut? Iqa kena leraikan sendiri kekusutan ini. Andai tiada cinta lagi pada Zikri, pergi tengok dia. Katakan hakikat. InsyaAllah dia akan faham dan semua orang pun pasti akan faham,” pujuk dia lembut.
“Tapi, macam mana Iqa nak buat dia faham?”
Zaim ketawa kecil. Dia bangkit dan terus membawa tubuhnya berdiri tegak di hadapanku. Agak dekat hinggakan aku dapat kesan turun naik dada bidang itu menghela nafas.
“Sebab tu, Zaim nak mohon Iqa pergi hospital dekat ayah dan mak. Kesian dekat keluarga dia, Iqa. Pergi sebagai kawan lama. Pergi sebab menghormati permintaan orang tua. Tak salah, kan? Iqa lebih kenal mereka semua daripada Zaim. Jangan kerana sebab Iqa takut, Iqa terus berlari padahal Zaim ada di sisi menemani.”
Aku akhirnya mengangguk setelah agak lama memikirkan cadangan Zaim. Sudahnya, aku termakan pujukannya. Pandai dia memujuk psikologiku agar merelakan diri menziarah Zikri.
“Tapi…” Aku telan liur seketika bila Zaim tersenyum padaku.
“Tapi, kita kena kahwin dulu baru Iqa nak melawat dia?” tanya dia bersenda.
Aku jegilkan mata dan Zaim ketawa kecil sambil menekup mulutnya.
“Nak kahwin tapi Zaim kena temankan Iqa dulu.” Aku meminta separuh merayu.
Zaim mengangguk. “Zaim ada and will always be!” ujarnya meyakinkanku.
***
Airmata Mak Nab mengalir tidak henti-henti tatkala aku tiba di hospital petang itu. Pak Zul juga termenung bersandar pada dinding di luar bilik pesakit yang menempatkan Zikri.
Mama Zaim tinggal di rumah bersama Kak Shadirah. Hanya aku, mak, ayah dan Zaim saja datang ke sini akhirnya, mengalah menerima rayuan Pak Zul dan juga Zaim sendiri.
“Sabar, Nab,” pujuk mak pada mak Zikri.
Jangan kata hendak reda, malah makin lirih pula tangisannya.
“Aku ada anak sorang tu je, Sai. Apa-apa terjadi pada Zikri, macam mana dengan kami, Sai?”
“Sabarlah, Nab. Kita doakan Zikri lepasi kritikal ni,” pujuk Pak Zul pada isterinya.
Aku lihat ayah diam. Zaim juga sama. Dia diam sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Jauh di sudut hatiku, aku tahu dia tidak putus berdoa buat Zikri. Aku juga begitu. Tidak dapat berkata apa lagi.
Bila mata kami bersabung pandang, Zaim tersenyum melalui mata kuyunya. Menghantar sedikit kekuatan buatku andai berlaku apa-apa pada Zikri dan aku juga tidak pasti, bersediakah aku untuk itu?
“Apa yang terjadi sebenarnya, Zul?” tanya ayah pada Pak Zul setelah suasana senyap seketika.
Pak Zul mengeluh. “Pihak hospital telefon tadi. Masa tu kami tak ada kat hospital pun. Bila kami sampai, dia kata Zikri dah sedar...”
Jantungku tersentap seketika mendengarkan berita itu.
“...kami bersyukur sangat, Qi. Tapi, baru aku nak telefon kau sekeluarga, jururawat tu cakap, Zikri tak stabil balik. Ya Allah...” Pak Zul mengeluh berat.
Dia meraup wajahnya beberapa kali. Ayah terus menyapa bahu Pak Zul.
“Sabarlah, Zul. Kita semua doakan Zikri selamat, ya?”
Pak Zul mengangguk.
Suasana kembali sepi. Yang kedengaran hanyalah tapak kasut dan suara-suara jururawat yang lalu lalang.
Selepas seketika, seorang doktor separuh umur dan dua orang jururawat keluar dari balik daun pintu. Pak Zul dan Mak Nab cepat-cepat mendapatkan mereka. Aku masih kaku. Mak mendekat pada ayah dan Zaim menghampiriku.
“Macam mana, doktor?” tanya Pak Zul.
DOktor tersenyum tersenyum tenang. Ada peluh kecil yang merenik di dahinya. Dia menyapa tangan Pak Zul.
“Alhamdulillah, bang. Semuanya selamat tapi dia masih lemah. Abang dan kakak...” Doktor tersebut memandang mak dan ayah Zikri silih berganti.
“... boleh jenguk dia tapi dia tanya seseorang. Kalau kata dia ada, saya minta dia ikut sama masuk jenguk pesakit,” ujar doktor berkenaan.
“Siapa?” tanya Mak Nab pantas.
“Err, nama apa dah tadi?” Doktor itu bertanya pada jururawat yang pernah menganggap aku sebagai isteri Zikri.
“Cik Iqa, kan?” tanya dia padaku dan aku mengangguk lambat-lambat.
“Oh, Iqa... Shadiqah,” ulang doktor itu membuatkan semua mata tertumpu padaku.
Aku telan liur dan sekali lagi aku mengerling ke arah Zaim. Dia tetap tersenyum padaku tanpa aku tahu apakah yang harus aku lakukan kala ini.
“Pergilah jenguk dia... mungkin dia nantikan Iqa,” ucap Zaim berbisik.
Aku menggeleng. “Iqa tak nak,” bantahku pula. Cukuplah hanya Zaim yang mendengar suaraku.
“Sayang...jangan macam ni. Dia kawan lama Iqa, kan? Zaim tunggu Iqa kat sini,” balas dia meyakinkanku agar menapak ke dalam bilik.
“Iqa, pergi jenguk Zikri kejap, nak,” pinta ayah padaku.
Aku sekali lagi memandang Zaim. Dia tersenyum dan mengangguk.
Aku akhirnya melangkah bersama Mak Nab dan Pak Zul ke dalam bilik meninggalkan Zaim bersama mak dan ayah di luar.
Bila aku tiba di sisi katil Zikri, tiada lagi bantuan pernafasan di wajahnya. Tiada lagi wayar yang berselirat sana sini. Helaan nafasnya juga agak tenang biarpun sesekali aku dapat lihat, dia bagaikan tidak cukup udara.
“Ziki...,” panggil Mak Nab dan Pak Zul hampir serentak.
“Bangun, nak. Buka mata, tengok siapa ada ni,” ujar Mak Nab separuh berbisik di dalam sendu yang masih bersisa.
“Iqa...” Aku dengar Mak Nab menyeru namaku.
Bila aku lihat, dia menggamit aku mendekati Zikri. Aku terus memaksa kaki ini melangkah mendekati mereka. Kala ini, mata Zikri kelihatan berkedip-kedip. Perlahan-lahan, dia buka mata dan ibu dan ayahnya menjauh bagaikan memberi peluang untuk aku bersama dengan Zikri kala ini sedangkan aku tidak mahu bersendirian dengan lelaki yang sudah bertahun mata ini tidak bersua dengannya.
“Sha..diqah...”
Lemah suara Zikri menyeru namaku. Aku angguk sekali. Kelopak mata terasa suam tiba-tiba.
“Iqa...” seru dia lagi dan kali ini aku lihat airmatanya mengalir dari juring mata.
“Ya, aku ni Ziki.”
Tangannya terangkat. Terketar-ketar hendak menyentuh jemariku. Aku biarkan saja pada mulanya, namun bila melihatkan dia begitu bersungguh-sungguh hendak menyapa jemariku, aku dekatkan sedikit lantas Zikri memaut jemariku dan menggenggamnya dengan kudrat yang tidak seberapa.
“Jangan tinggalkan Ziki, Iqa. Kenapa Iqa datang lepas tu Iqa pergi? Iqa tahu tak, Ziki cintakan Iqa.”
Pautan tangan Zikri aku rentap agak kasar. Mudah saja terkulai memandangkan dia masih lemah. Aku tentang matanya tidak berkelip dengan airmata yang kembali menodai pipi.
“Ziki cinta Iqa,” akui dia buat ke sekian kalinya dan kala ini, aku terdengar derap tapak kasut di belakangku.
Bila aku berpaling, ternyata Zaim sedang memandangku.
“Zaim… Iqa.. Iqa…” Suaraku tersekat-sekat.
Zaim tersenyum tenang. Dia melangkah ke arahku dengan senyuman yang tidak pernah lekang daripada bibirnya yang kemerahan itu.
“Tak payah explain. Zaim tak salah faham,” bisiknya saat dia berdiri tepat di sisiku namun mata itu tetap merenung ke arah wajah pucat Zikri.
“Assalamualaikum, Zikri.” Dia menyapa Zikri lembut.
Bibir Zikri bergetar menjawab salam. Mata itu layu merenung aku dan Zaim silih berganti.
“Ada perubahan tak?” tanya Zaim mesra sebelum sempat jawapan salam itu terzahir dari bibir Zikri yang pucat.
Zikri mengangguk lemah. Aku pula, berdiri di antara dua orang lelaki. Seorang yang pernah aku cinta dan seorang lagi yang aku mahu cinta. Keduanya berbeza. Keduanya tidak serupa. Hanya aku yang sama namun perasaan langsung berbeza.
“Err.. si..siapa ni, Iqa?” tanya Zikri.
Tiada lagi gelaran nama Shaq padaku. Hanyalah Iqa semata-mata. Nama yang sememangnya aku mahu dia sebut satu waktu dulu. Nama yang terlalu istimewa padaku. Nama yang hanya ditukas oleh mereka yang benar-benar ikhlas untuk menjadi ahli keluargaku.
Zaim pertama kali dulu, memanggilku begitu. Betapa hebat aku melarang, dia tetap tegar dengan pendiriannya hingga akhirnya, aku sudah tidak biasa andai tidak mendengar suara Ziam menyeru aku.
Aku memaksa diriku mengukir senyum buat Zikri. Kemudian aku memandang Zaim sekilas.
“Saya kawan…”
“Tunang aku... Zaim!” pangkasku pantas sebelum sempat Zaim bersuara.
Aku tahu dia masih mahu menjaga hati Zikri yang terlantar sakti dan baru saja tersedar setelah berminggu-minggu tidak sedarkan diri. Tapi, seperti nasihatnya di awal tadi, kekeliruan ini perlu dipulihkan. Kekusutan ini perlu dileraikan.
Memang aku tidak sanggup melihat Zikri yang sudah beriak keruh dengan nafas yang mula tidak teratur tapi aku perlu butakan mata ini. Aku harus pekakkan telinga untuk menerima semua ini. Destinasiku adalah Zaim. Zaim saja.
“Tu… tu..nang, Iqa?” tanya Zikri dengan nafas semput.
Aku tidak mengangguk kala ini bila Zaim melarang tatkala nafas Zikri semakin semput.
“Zikri, are you okay?” tanya Zaim risau setelah dia duduk di birai katil.
Aku masih lagi berdiri kaku melihat mereka berdua. Nafas Zikri semakin sesak. Alunan nafas itu semakin lemah.
“Iqa, panggil doktor. Dia tak okey ni,” arah Zaim cemas.
Aku sudah tidak mampu melangkah sebenarnya memikirkan kelancaran lidahku bersuara mengakui hubunganku dengan Zaim biarpun kami masih belum lagi terikat antara satu sama lain.
“Iqa, panggil doktor sayang… Zikri semput dah ni,” tekan Zaim lagi.
Nafas Zikri rasanya bagai hendak terputus. Mata itu bulat memandangku dengan titisan air jernih yang mengalir laju di hujung matanya.
“I.. Iqa…,’ serunya lemah.
Aku lihat dia menggenggam erat bahu Zaim bagaikan hendak menerkam ke arahku. Titisan airmataku juga laju menodai pipi melihatkan dia begitu. Aku takut.
Zaim bangkit melepaskan pautan Zikri. Pertama kali, lelaki itu memegang kedua belah bahuku lalu dicengkam kuat.
“Wake up, sayang… jangan macam ni. Pergi panggil doktor cepat!” arah dia lagi sebelum dia kembali melihat keadaan Zikri.
Tersentak dengan sergahan Zaim, aku terus melangkah keluar tapi belum sempat aku melepasi pintu, seorang doktor sudah tiba. Tubuhku di tolak ke tepi oleh seorang jururawat. Zaim juga menjauh daripada katil pesakit dan tangisan Mak Nab kembali bergema di telingaku.
“Ya Tuhan, apa dah berlaku ni?” tanyaku pada diri sendiri sambil meraup wajah.
Zaim menarik tangaku keluar daripada bilik itu bila bergema suara doktor itu mengarahkan kami keluar.
Mak memandang ke arahku setelah daun pintu tertutup rapat.
“Apa yang dah jadi tadi, Iqa?” tanya mak risau.
Aku menggeleng. “Iqa cakap… Iqa…”
“Iqa cakap apa pada Zikri?” tanya ayah pula.
“Err, saya tercakap pada Zikri yang kami dah bertunang, pak cik… mak cik…,” jawab Zaim pantas bagi pihakku.
Sekali lagi memayungiku daripada dimarahi mereka semua kerana menyebabkan keadaan Zikri semakin tidak stabil. Setiap kali, bersama Zaim. Aku terlindung dari dihujani keperitan.
Mak diam tanpa riak. Ayah juga sama. Hanya Mak Nab terus menghamburkan tangis di sisi suaminya. Aku telan liur berkali-kali. Merenung mata Zaim, berbicara bahasa hati dengannya.
“Sudah lama Iqa payungkan orang lain, jadi biarkan saya payungi Iqa pula sekarang dan selagi Iqa inginkannya,” gumamnya.
Aku menangis lagi. Tidak ku paksa, tapi ianya mengalir begitu saja melihatkan kesungguhan Zaim.
“Mak Nab ada Zikri je, Iqa. Mak Nab mohon pada Iqa… jangan buat Zikri macam ni biarpun dia pernah tolak Iqa. Dia keliru masa tu, Iqa,’ ucap Mak Nab tiba-tiba.
Mak dan ayah memandang aku dan Zaim.
“Betul tu, Iqa. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan tapi Pak Zul harap Iqa dapat tolong Zikri pulih. Pak Zul yakin, Zaim pun tak keberatan, kan?”
Lelaki di sisi aku ini mengangguk menerima kata-kata Pak Zul tanpa dia tahu yang aku sendiri tidak sanggup.
Mengapa terlalu luhur hati dan budimu, Zaim? Andai waktu ini bisa diundur, aku mahu cinta pertamaku menjadi milikmu namun bila Tuhan titipkan cinta kedua buatmu, aku yakin, cinta kedua ini lebih hebat daripada cinta pertama yang dipandang sepi.
Tapi, Iqa tak boleh nak jadi boneka lagi, Zaim, bisik hatiku semoga Zaim mampu mendengarnya.
Tanpa mampu aku bersuara, mereka semua juga gumam tanpa bicara. Sesekali esakan Mak Nab menerjah gegendang telingaku membuatkan aku dihimpit rasa bersalah. Bersalah kerana berkata demikian. Bersalah kerana terlalu gopoh.
Aku menekup telapak tanganku ke wajah bertahan daripada gugurnya airmata ini tatkala aku dengar pintu dibuka dan wajah doktor dan jururawat itu tersenyum pada kami semua.
Mereka bangkit dan hanya aku yang masih duduk bersandar pada dinding. Rasanya, sudah tiada daya hendak berdiri. Sudah tiada daya hendak melangkah menemui Zikri lagi.
“Macam mana doktor?” Suara Pak Zul cemas.
Doktor itu menggeleng dan tersenyum. “Jangan risau, bang. Dia terkejut je tu. Kita biar dulu pesakit berehat. Tapi, saya harap… Cik…”
Doktor itu memandangku membuatkan aku tegak berdiri.
“Saya harap Cik Iqa boleh masuk dan temani dia buat seketika. Bagi semangat moga dia cepat pulih. Cepat boleh berjalan seperti sedia kala. Dia dah sihat, tapi kalau jiwa tak sihat, payah jugak,” ucap doktor itu lagi lantas dia berlalu setelah bersalaman dengan Pak Zul, ayah dan Zaim.
Sekali lagi, aku tersepit di tengah-tengah. Hendak ku luah sebenarnya tapi aku pasti aku tidak boleh. Sudahnya, aku gagahkan kaki melangkah ke arah pintu bilik pesakit setelah melihatkan mata-mata yang penuh mengharap.
“Zaim ada… sentiasa ada,” ucap Zaim separuh berbisik sebelum aku masuk ke dalam.
Daun pintu tertutup rapat. Aku lihat Zikri sedang mengalirkan airmata buat pertama kalinya di dalam hidupku.
“Ziki…,” panggilku perlahan bila aku labuhkan duduk di sisinya. Dia berpaling lemah dengan mata yang basah.
“Ke.. kenapa Iqa?” tanya dia gagap.
“Iqa.. ti.. ti..pu Ziki, kan?”
Aku menggeleng tidak, mengangguk jauh sekali. Aku sudah tidak mahu melihat dia seperti tadi lagi. Ada baiknya, aku terus memberi semangat pada dia, agar dia kuat dan aku mampu meninggalkan dia tanpa rasa terbeban lagi kerana Zaim sedang menantiku.
“Kenapa Iqa tipu?” soal dia lagi.
“Tak… kau tak sihat lagi Ziki. Jangan fikir bukan-bukan, ya? Tidurlah. Rehat. Aku temankan,” selaku setelah nafas ini agak teratur.
“Ziki tak nak tidur. Ziki tak nak Iqa tinggalkan Ziki lagi macam lima tahun dulu. Ziki nak tengok Iqa. Ziki rindukan Iqa. Rindu sangat,” ucapnya penuh emosi.
Mata ini aku pejam serapat mungkin menyorok anak mataku dari terus dipanah matanya. Selepas aku buka mataku, telapak tangan itu sekali lagi singgah menyapa belakang tanganku.
“Tak…” Aku menggeleng.
“Aku ada. Semua orang ada. Tak ada siapa yang akan tinggalkan siapa. Jangan risau. Rehatlah,” pujukku lagi.
Mata itu hampir tertutup tapi, cepat-cepat dia bulatkan semula matanya mencari pandanganku.
“Terlalu banyak benda yang Ziki nak kongsi dengan Iqa. Terlalu banyak perkara yang terjadi bila Iqa tak ada. Betapa hebat Ziki cari payung baru, Ziki tak pernah jumpa payung sehebat Iqa. Setulus hati Iqa,” ujarnya lagi.
Aku angguk kecil. “Sekarang tak hujan. Bukan musim hujan. Kau tak perlukan payung lagi.”
Aku nampak bunga tawa pada bening mata Zikri. Tapi, tawa itu mati mungkin saja terbunuh oleh rasa sakit pada tubuhnya yang masih lemah.
“Ziki nak cakap sesuatu boleh?” tanya dia perlahan.
Aku angguk memberikan jawapan.
“Bila Iqa tak ada…”
“Syhhh…” Aku memangkas sambil menarik tanganku dari pegangannya.
“Jangan cakap soal yang lepas. Kalau nak cakap juga tunggu sihat betul-betul dulu. Nanti kita sembang panjang, ya?” Aku memujuk pantas.
Tidak sudi hendak mendengar perkara lampau yang telah lama berlalu. Aku tidak mahu dia mengungkit peristiwa antara dia dan Annesa. Aku tidak mahu tahu akan cerita itu. Dia diam dan mengangguk.
“Iqa temankan Ziki. Nanti Ziki cepat sembuh, Ziki nak kahwin dengan Iqa,” beritahu Zikri bersungguh-sungguh di dalam suara yang serak dan airmata yang kembali mengalir di juring matanya.
~~~ bersambung
Cik Penulis : Arghh... maaf kalau tak best kali ni..jiwa saya kacau lah..tepek (tepuk dahi sendiri)..

si iqa tu ikut perasaan btolla bertindak. hurm.. citer ni makin berkonflik. konflik berat sgt blh jadi stres
ReplyDeletearghhhhhh...nape blh jd mcm ni plak??? nak iqa dgn zaim gak...akak,sesak nafas sy bace n3 kali ni....
ReplyDeletehuhuhu...sian lak iqa tersepit..
ReplyDeletesdih sgt...xdpt bygkn kalo diri sendiri berada di situ...dilema..
apapun best sgt..
thanks akak...=)
zikri baru sedar yang dia cintakan iqa lepas iqa tinggalkan dia so kalau iqa tak tinggalkan dia,zikri tak sedar lah ? kak rehan,,asal konflik sangat ni..? serious tak boleh bayangkan kalau berada kat tempat iqa..:( anyways,akan tetap sokong kak rehan :)
ReplyDelete~A~
aduhai..nape konflik ek..entah la..nape k rehan jadik gini ek..lost la plk hari ni..awal2 dh elok dh taip2..sowi2..nnt k rehan edit semula dlm manuskrip..
DeleteKak Rehan , nak Zaim .
ReplyDeleteTak nak Zikri . . .
kak, geram sya dh nie...napa ziki tu kak buat jht jiwa mcm tu...napa zikri tu nk seksa iqa lg..biarlah iqa dgn cinta bru, klupun zikri tu hero, x semsetinya dpt sama dgn heroin..(sory, teremosi je)
ReplyDeletebut kak, thanx sbb dh buat cita yg baik
terang2an si ziki masih x matang.. nak iqa payungkan dia sentiasa, sedarlah awak tu lelaki sepatutnya melindungi perempuan! iqa jgn confuse antara rasa cinta dan simpati, please...jgn korbankan diri demi seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri...
ReplyDeleteRehan, x nak lah konflik berat sangat, nanti boleh stess pulak baca cerita awak ni.
ReplyDeleteapa jadi pun biar la zikri sedar yg iqa dah tak dapat nak payungkan dia lagi...
ReplyDeletesometime someone need to learn reality...
btul ckp iqa...sampai ble nak jadi boneka org lain...
sobs2 sangt sedih..nk iqa dngn ziki aje la...huhuhu
ReplyDeletehaila akak rahan ku syg....
ReplyDeletenape la suke wat citer y hero nye suke bola ngn hati pompuan...
tensen sye...
nk pk syg kt zaim, cinta lama kt ziki...
nk pk prasan iqa lgi...
adus...skit kple...
ape2 pon xsbr 4 the next n3...
dah tak tau nak cakap ape.... speechless...
ReplyDeletekak rm, rin tunggu dengan redha apa nak jadi lepas nih jadi la.. bhahhahhaa...
ReplyDeletesian ngan zikri . tpi zaim pun kesian gak . kalau la pempuan boleh kaweng dua annn~ #gilo#
*teringat kt lagu di sana menunggu di sini menanti <<~~ dah lupe dah tajut dia by ukays .. ha ha hs
mak n ayah zikri ni pun 1, anak tgh tenat tu patut baca la yassin ke apa ke...ni x, sibuk duk suruh org yg xdak hubungan yg sah temankan ank dia... n bila zikri dh sedar pegi la buat sujud syukur... dok merayu si iqa teman ank dia x sudah2... tgh2 sakit tu x payah la pikir nak kawen ke apa ke zikri oi... tunggu la sihat sikit... asal zikri tu x hilang ingatan je terus kan senang...hehehe 'ter' emo pulak... :)
ReplyDeletebetul2 jue...sokong2....x abis2 merayu2...yg jd mangsa iqa.....semua rasa ada ni...x tau nk kata apa lg...
Deletegeram tul!!!! ziki tak harus diberi peluang. peluang untuknya sudah tertutup. kenapa mesti zaim begitu??? bagilah zaim watak yang selfish sikit!! hiss...
ReplyDeletebetul tu geram ,,,sakit hati pun ada...nape le family zikri n iqa x nak faham ...iqa pegang kata2 kakak iqa...walau apa pun jgn berkorban sekali lg......rehan jgn pisahkn iqa n zaim...plsssssss
Deletetidakkk... kak rehan please2... jgn bg peluang langsung dekat zikri.... iqa deserve someone better.... not that loser...
ReplyDeletesakit hati bc ishhh...geram betul la jgn bg zikri kawin dgn iqa..
ReplyDeleterehan ....dr awal baca debar2 je.....x nak le iqa ngan zikri......nak ngan zaim juga....konflik ni......sampai nk baca pun mcm takut je.....kawenkn cepat2 zaim n iqa ...pastu klu nk tlg jaga zikri ..jaga sama2 ngan zaim.....ngada2 betul zikri ni....
ReplyDeletebetul tu kawinkan jer iqa ngan zaim masa mama zaim ada kat kg nie...plz....
ReplyDeleteaku tak suka zikiiiiiiiiiiiiiii!!!!! dah lah tu!..bagilah pulang pada iqa bersama zaim.
ReplyDeleteHonestly..kasihan sgt dgn zikri. Kalaulah sblm balik Malaysia hari tu iqa x terima cinta zaim, tentu saat ini iqa lah yg paling bahagia.
ReplyDeleteBuat je lah agar zikri tu pasrah. Mengharap iqa pun dh takde maknanya. Iqa nmpk berkeras sgt tak mahukn zikri..
Zikri..org taknak dh lah..x perlulah terhegeh2..menyampah pulak dgn iqa.. At least iqa perlu sedar, penantian lima thn dia dulu tu bkn sia2.. Let go je lah iqa tu..dia dh cinta sgt dgn zaim, biarkn je.. Bosan!!!!!
ReplyDeletepatut menyampah dekat mak iqa n family zikri..x abih2 memaksa iqa... klu tgk blk ms iqa study dgn zikri, iqa ni dia cari time dia perlukan pertolongan je.. klu x hampeh... mmg patut la iqa tolak dia sekarang ni...
Deleteaduhaiiiiiiiiiiiiiiiii...ziki kena la terima kenyataan...jadi jantan sejati wehhh...jangan jadi jantan lembek wehhhhh... iqa jangan sesekali ubah fikiran...zaim berhak dapat yang terbaik dari iqa...
ReplyDeleteRehan..kalau ending dia iqa dgn zaim..better you tukar tajuk.. Tajuk tu x sesuai utk iqa dan zaim.. It should be "sini..sy payungkn awk"
ReplyDeletelembik btul la Zikri ni... Dah tlntar skit mcm tu pun dah x ingat lain dah msih dik ingat Iqa, Iqa. Ingatlah kat mak dia sma yg duk jga dia dri kecik smpai dewasa.Lebih Afdal ingat Allah dan musabah diri tu...
ReplyDeletealangkah bagus jika ketenangan zaim dpt dipinjamkan sekejap buat iqa...
ReplyDeletekalaulah keredhaan yg dimiliki dihati iqa dpt dipindahkah kehati ziki dan keluarga2xnya.... maka kekusutan dpt dihuraikan..
janji org tua telah lama tertunai.. mengapa masih diungkit lagi..
yg lebih kesian Cik Rehan sendiri.. hehehe... mesti stress nak siapkan manuskrip ni kan????.
takpalah Rehan.. buatlah ikut kata hati... cepat2x lah suruh adik zaim balik, selamatkan keadaan. suruh jer dia masuk jarum.... mesti ziki fall in luv lagi sekali... so semua dah ada pasangan masing2x.. annesa hantar pergi jauh.. hahahah..
Kedua ibu bapa Ziki masih lagi mengharapkan Iqa kawen
ReplyDeletedgn Ziki. sudah-sudahlah tu berilah peluang Iqa memilih
cara hidup dia sendiri. Biarlah dia buat pilihan kerana
keikhlasan hati Iqa sendiri bukannya didesak dan dipaksa
oleh org lain kerana Iqa pun ingin hidup bahagia. Salute
lah dgn Zaim yg begitu memahami keadaan Iqa. Lelaki
beginilah yg bagus dpt memayungi Iqa bukan sebaliknya.
alahai kka rehan jd bertambah galau n brserabut juga ke?dgn cerita yg dialami Iqa konplik memusingkan kepala,tp the best jg bc cerita ini perasaan,geram,sedih,marah ,haru, mjdi satu....harap2 konplik yg harap Iqa ni terselesaikan baik.....hendaknya si zikki menyadari akhirnya merelakan Iqa dan Zaim berbahagia.....sampai pernikahan...HAPPY ENDING ^_^
ReplyDelete