Geng

Thursday, January 26, 2012

Sini, Aku Payungkan Kau! 28

BAB 28

BIBIRKU menguntum senyum membalas kata-kata Zikri. Kahwin? Satu perkataan yang tiada maknanya lagi antara kami berdua. Perkataan yang menjadi igauan ngeri buatku setelah aku tarik cincin yang Mak Nab berikan agar tertanggal dari jari manisku setelah Zikri mahukan begitu.

Aku pernah berharap cincin itu kekal di jari manisku dulu tapi hari ini, segalanya telah berganti. Segalanya dengan rela hati dan tanpa paksaan. Aku tidak pernah memaksa diriku mencintai Zaim, namun dia terlalu hebat meraih cintaku hinggakan hati aku kini, bukan lagi milikku.

“Zikri… awak tu kan baru baik. Jangan banyak fikir sangat,” ucapku lembut sambil membetulkan selimutnya.
Dia menggeleng lemah.

“Ziki dah lama nantikan Iqa. Terlalu lama. Ziki tahu Iqa datang jenguk Ziki dan Ziki sedih bila Iqa pergi dan tak kembali lagi lepas tu…”

“Ziki…,” seruku panjang, mencantas suaranya.

“Kan aku dah datang ni. Yang penting sekarang, kau tu. Kena sihat. Kena bangkit semula demi Mak Nab… Pak Zul… Mereka dah lama tunggu tunggu kau sedar. Mereka sangatlah sayangkan kau, tau tak?” tanyaku lembut.

Benar begitu. Mak Nab dan Pak Zul terlalu sayangkan Zikri hinggakan sanggup merayuku menerima anak lelakinya buat kali kedua biarpun aku hebat menolak kehendak mereka.

“Dan demi Iqa,” sambung dia membuatkan aku terkejut sendiri.

Namun, cepat-cepat aku kawal rasa terperanjat ini agar tidak jelas pada mata Zikri. Aku tidak mahu dia berfikir yang bukan-bukan kala ini memandangkan kata-kata tadi hampir saja membuatkan dia tenat.

“Ya, demi semua orang. Kita kan kawan…”
Sengaja aku ucapkan perkataan itu agar Zikri sedar, di mana aku pada dia dan juga sebaliknya.

“Kita kawan… selamanya kawan. Dan Ziki nak jadikan Iqa lebih daripada seorang kawan nanti. Lebih daripada seorang kekasih,” beritahunya dengan suara yang tidak selancar mana.

“Jangan fikir dulu soal ni, boleh?” Aku jungkit kening pada dia.
Zikri diam. Bagaikan berkecil hati.

“Kau kena sihat dulu. Itu yang penting. Sihat untuk orang tua kau. Aku ni dah jatuh nombor last sekali pun tak apa,” sambungku bila dia tidak memberikan kata balas.
Sudahnya, aku pun turut mendiamkan diri menguis-nguis cadar berwarna putih bersih itu. Tidak tahu hendak berkata apa setelah sekian lama tidak berbicara dengan lelaki ini. Segan rasanya bila dia membiasakan diriku Iqa dan dirinya Ziki.

Rasa kekok benar. Hendak ku tegur, bimbang andai memudaratkan dia. Keadaan pesakit perlu juga aku fikirkan. Mungkin juga perlu beralah namun, beralah itu tak mungkin aku kalah. Pesanan Kak Shadirah kuat berdengung di dalam kepalaku.
Iqa akan pastikan Iqa bahagia, kak. Iqa akan bahagia, bisik hatiku berjanji pada diri sendiri dan kakakku yang seorang itu.

“Iqa…”
Aku angkat wajahku bila mendengar namaku diseru. Wajah pucat Zikri aku pandang seadanya.

“Emm…”

“Macam mana lima tahun tanpa Ziki kat tempat orang?” tanya dia.

Aku ketawa kecil. Teringat pula pada Yuzaini. Entah apalah khabar dia? Rasanya, mengikut apa yang Puan Yuzana beritahuku, dia akan kembali tidak lama lagi selepas menghadiri majlis konvokesyen sedangkan aku tercampak di sini kerana orang tua.

“Okey je. Seronok je. Tak ada masalah,” jawabku.

Wajah Zikri berkerut sedikit. “Tak rindu Ziki?”

“Kita rindu pada yang sudi, kan? Kita tak boleh rindu pada yang tak sudi apatah orang tu dah berpunya,” selaku.

Tanpa ada niat hendak menyindir dia pada asalnya. Cuma, bila terlanjur berbicara, aku mahu Zikri mengerti akan apa yang hendak aku sampai pada dia biarpun tidak secara terang-terangan.

“Siapa cakap Ziki tak sudi? Ziki sentiasa rindu Iqa. Setiap masa!” ucapnya agak keras.

Aku terdiam. Tuduhan dan kata-kata Annesa hadir lagi menyelubungi benak ini. Jika benar begini, Annesa di pihak yang benar. Tapi, masih terlalu jauh hendak ku capai kebenarannya.

“Setiap masa dalam lima tahun ni?” Aku cuba mengerok rahsia di sebaliknya.
Zikri mengangguk dan aku melepaskan keluhan yang terlalu berat. Bermakna, Annesa tidak berdusta.

“Cakap pada Annesa juga yang kau rindukan aku?” Tanpa dapat bertahan, aku bertanya juga. Aku sebut juga nama itu biarpun mungkin Zikri tidak mahu mendengarnya.

“Iqa jangan sebut nama dia. Ziki tak sudi nak dengar.”

“Kau kena dengar. Kena dengar…,” pintaku lembut.

“Dia curang dengan Ziki, Iqa. Dia ada lelaki lain,” ucapnya geram.

“Tapi, kau juga cakap yang kau selalu sebut nama aku depan dia, Ziki. Semua perempuan pun akan bertindak macam Annesa kalau macam ni. Aku sendiri pun mungkin akan lebih teruk dari tu.”

Sengaja aku membela Annesa agar dia terus nyatakan kebenaran.

“Dia curang, Iqa. Ziki paksa diri Ziki terima dia bila Iqa pergi tinggalkan Ziki sendiri dulu. Masa tu, Ziki tahu Iqa lah orangnya. Bukan Annesa. Tapi, bila Ziki cakap pada mak, mak marah. Kami dah bertunang dan nak tak nak, Ziki terus paksa diri terima dia. Rindu pada Iqa sentiasa ada dan terucap, namun dalam hati ini je. Ziki tak pernah zahirkan pada Annesa walau sepatah ayat pun biarpun dia kerap bertanya pasal Iqa,” luah dia lembut.

Hampir terhenyak aku mendengarkan kenyataan yang Zikri utarakan. Namun, tidakku tahu sejauh mana kebenaran di dalam butir bicara itu. Masih terlalu awal. Rasanya, aku tidak lagi mengenali Zikri ini. Dia adalah Zikri yang lain, bukan Zikri teman baikku dulu. Dia benar-benar berbeza dan lemah. Wajah itu tetap tampan, namun genangan air jernih pada tubir matanya menjadikan dia lemah di mataku.

“Dan, aku terima kad jemputan kau dengan Annesa sebagai tanda rindu ka utu, Ziki,” sinisku mengingatkan dia tentang kad jemputan yang pernah tiba di depan rumah sewaku dulu.

Dia telan liur berkali-kali. Wajah itu keruh dan semakin keruh.

“Itulah kesilapan kedua terbodoh yang pernah Ziki lakukan pada Iqa.”

“Kedua?” tanyaku menjungkit kening.

Dia angguk sekali. “Pertama kali sebab paksa Iqa putuskan pertunangan kita sedangkan Ziki tahu Iqa sangat cintakan Ziki masa tu.”
Masa itu? Dan, masa itu sudah lama berlalu, Zikri! Tegas hatiku berkali-kali. Rasa ingin saja aku zahirkan pada dia tapi aku tahan hati buat seketika. Masih belum tiba masanya. Biarpun Annesa memfitnah, namun aku tahu, Zikri juga bersalah dalam hal ini.

“Jangan ungkit lagi perkara lepas, Ziki. Benda dah lama berlalu. Dah bukan jodoh kita. Kita pun masing-masing redha, kan?”

Zikri pantas menggeleng. “Jodoh memang untuk kita, Iqa. Hanya Shadiqah dan Zikri!”

Aku tersenyum tipis. “Kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Yang penting sekarang, kau kena sihat dulu. Itu yang utama. Banyak-banyakkan bersyukur bila Tuhan beri peluang kedua ni. Aku tak nak tahu, macam mana kau kemalangan, apa yang dah jadi selama aku tak ada ni. Yang penting hari ini dan esok. Semoga lebih baik dari sebelumnya,” ucapku memujuk.

Dia membisu lagi merenungku. Dulu dia juga selalu merenungku. Selalu terpaku lama pada wajahku tapi tanpa sinar kasih sayang dari dalam matanya. Hanya renungan semata-mata tapi hari ini, renungan itu penuh dengan benih-benih sayang yang sedang bercambah lalu tumbuh menjadi cinta. Cinta pada aku. Cinta yang telah aku lupakan.

“Ziki cintakan Iqa,” luah dia tiba-tiba.

Aku telan liur berkail-kali. Cuba mencari ayat sebagai jawapan kepada pengakuan dia itu.

“Ziki cintakan Iqa,” ucapnya lagi dan aku hanya membalas dengan sekuntum senyum.

“Sihat cepat. Aku balik dulu. Bagi peluang dekat mak ayah kau pulak, ya?”

Usai berbicara, aku lantas bangkit hendak berlalu bila Zikri menarik tanganku. Jari kasar itu sedang elok saja melekat pada sebentuk cincin belah rotan pemberian Zaim. Mata itu merenungku penuh tanda tanya.

“Iqa…” Kata-kata Zikri ditelannya sendiri. Tiada soalan, tiada juga jawapan.

Aku menarik tanganku daripada genggamannya. “Aku balik dulu. Nanti, aku suruh mak ayah kau masuk temankan kau. Esok-esok kami datang lagi.”

Aku terus saja berlalu meninggalkan Zikri yang beriak penuh dengan tanda tanya. Daun pintu aku rapatkan dan semua yang ada berdiri mendekatiku. Hanya Zaim yang masih bersandar pada dinding, agak menjauh daripadaku.

Macam mana sayang? Aku tahu, itulah yang Zaim bisikkan padaku dan hati ini terus menjawab, Iqa okey! Bahasa cinta kami, hanya kami yang mengerti. Orang lain, tidak mungkin.

“Macam mana Zikri, Iqa?” tanya ayah lembut.

Aku pandang wajah mereka silih berganti lantas tersenyum.

“Dia dah okey. Lebih baik kalau Mak Nab dan Pak Zul masuk temankan dia. Dia dah stabil sangat dah tu. Dah boleh bercakap tapi masih lemah lagi la,’ beritahuku sopan.

Mak Nab dan Pak Zul mengangguk serentak. “Terima kasih Iqa,” ucap mereka dan terus saja mereka berlalu ke dalam setelah bersalaman dengan ibu bapaku.

“Okey dah ke, Zikri tu?” tanya mak pula. Dia menjuihkan bibirnya ke pintu bilik pesakit.

Aku mengangguk. “Dah sangat okey, mak,” jawabku penuh makna.

“Ha, dah okey marilah kita balik. Esok-esok pulak kita melawat dia. Biar mak ayah dia teman dulu. Kita bukan siapa-siapa pun. Tetamu kat rumah tu tinggal sorang-sorang. Zaim pun…” Ayah berpaling pada Zaim.

“… penat dah tu. Macam-macam hal jadi sejak hari pertama datang sini lagi,” sinis ayah entah pada siapa.
Zaim tersengih macam biasa menerima kata-kata ayah. Aku terus saja melangkah membontoti ayah dan Zaim menarik mak yang masih terpaku melihat ke arah bilik itu.

Risau pula dengan mak. Aku tidak mahu andai dia berubah fikiran lagi. Dia sudah menyuakan tanganku untuk digapai oleh Zaim dan aku tak mungkin menarik semula tanganku dan membiarkan Zaim terkapar-kapar sendiri.

***

AKU tolak tubuh Kak Shadirah supaya duduk di atas kerusi bila dia tidak sudah-sudah hendak menolong aku di dapur tengah hari itu. Sudahlah perut itu membusung benar. Risau juga andai apa-apa terjadi nanti.

“Bagilah kakak tolong,” rayu dia.

“Tak boleh!” tegasku sambil menggeleng keras.

“Ala, kakak tolong cepat sikit.” Dia masih cuba merayuku dan aku tetap menggeleng.

“Kalau kakak tolong lagi lambat. Orang nak makan tengah hari dah ni. Nanti Zaim dengan mama dia nak balik dah. Tak pasal-pasal mak bising nanti lepas dia balik dari hospital. Kakak nak dengar mak membebel ke?”

Dia cepat-cepat menggeleng. “Tak nak sebab kakak dah dengar Iqa membebel ni,” usik dia. Aku mencebik dan dia ketawa.

Akhirnya, Kak Shadirah menerima arahanku dan duduk di atas kerusi di meja makan. Aku ketawa kecil lalu aku kalih ikan kembong yang aku bakar di atas dapur arang.

“Iqa..” panggil Kak Shadirah sedang aku ralit mengipas-ngipas asap agar keluar rumah.

“Emm..”

“Kalau kakak nak tahu macam mana Iqa boleh kenal Zaim, boleh tak?”

Aku letak besi pemanggang itu kembali di atas dapur bila mendengarkan Kak Shadirah bertanya begitu. Bila aku melihat dia, dia tersenyum nakal.

“Kakak dah tahu pasal apa? Pertemuan pertama kami? Ke pertemuan kedua?”

Aku bangkit lalu bersandar pada kabinet dapur. Memeluk tubuh dan merenung dia.

“Eh, ada pertemuan pertama kedua ke? Pelik ni.” Dia garu kepala.

“Haa… kakak jangan tak tahu. Kami ni ada dua pertemuan pertama. Pelik tapi benar,” jawabku berjenaka.

“Okey, dua-dua kakak nak tahu.”

“Emm…” Aku matikan suara di situ.

Masih lagi jelas setiap pertemuan aku dan Zaim yang telah takdir aturkan dengan cara yang sangat tak mampu kami jangka. Pertemuan yang dingin namun akhirnya hangat bila musim berubah dan akan kekal hangat biarpun musim bergantik lagi.

“Pertama kali dia tegur Iqa masa dekat airport. Itu pertama kali. Dia berikan secawan kopi dan bila Iqa nak bayar, dia kata lain kali. Percaturan hidup ini terlalu hebat hinggakan kami ada pertemuan kedua setelah lima tahun. Kebetulan Iqa satu bilik dan berkawan rapat dengan adik dia, Yuzaini,” beritahuku pada Kak Shadirah.

Matanya bulat. “La, ingatkan Iqa dah lama kenal?” tanya dia tidak percaya.

“Memang dah lama kenal. Dah lima tahun, cumanya kami masing-masing tahu yang kami ni wujud. Bila setelah lima tahun kemudiaannya kami baru sedar, kami untuk satu sama lain,” sambungku lagi.

Kak Shadirah ketawa kecil. “Tak sangka, kan?”

“Sangat tak sangka. Pertemuan kedua pun dia ikat Iqa dengan hutang lagi. Hutang pertama belum bayar, dah berhutang lagi.”

Aku menggeleng kecil mengingatkan hutang dua cawan kopi pada Zaim yang masih belum berbayar. Rasa terlalu mahal harganya bila dia meminta kopi buatan sendiri, di dalam rumah sendiri yang hanya ada dia dan aku saja yang menghuni mahligai itu nanti.

Terlalu dalam maknanya. Terlalu jauh maksudnya membuatkan aku berfikir berkali-kali untuk menolak lelaki itu mentah-mentah dari hidupku.

“Eh, Iqa terima dia sebab berhutang ke? Apa Iqa buat ni?” Kak Shadirah bangkit dan membawa langkahnya maju ke arahku.

“Ya Tuhan, kakak pun dah macam mak dah. Cepat sangat menelah. Cuba tanya dulu, hutang apa?” tegurku agar keras.

Baru saja hendak berpaling, wajah Zaim muncul di muka pintu dapur bersama Abang Rizqin. Dia tersenyum lebar dan aku rasa, dia telah terdengar akan perbualan aku dan Kak Shadirah sebentar tadi.

“Err..” Lidah ku kelu.

Kak Shadirah terus saja mendapatkan suaminya lalu dicium tangan itu penuh hormat. Abang Rizqin mencuit lengan Zaim dan terus saja dia menarik tangan isterinya naik ke atas. Menuntun Kak Shadirah mendaki anak tangan penuh hati-hati.

“Abang bagi can.”

Sempat lagi Abang Rizqin bersuara pada aku dan Zaim.

“Err, tadi tu cerita pasal apa?” tanya dia bila aku duduk mencangkung di depan dapur arang. Membelek-belek ikan yang mungkin sudah masak.

“Tak ada apa. Eh, dari mana ni?” tanyaku cepat-cepat mengubah tajuk perbualan.

Zaim mendengus kecil. “Lari soalan, ya?”

“Tak la. Iqa tanya sungguh ni, Abang Riz bawak jalan-jalan ke mana?” tanyaku sekali lagi.

“Tak ada ke mana. Hal orang lelaki,” jawab dia.

Aku mencebik. “Sejak bila pandai berahsia?”

“Sejak cintakan Iqa,” jawab dia pantas.

Aku terkedu. Mata kami terus bersabung pandang.

“Biar apa pun terjadi, Iqa kena kuat,” bisiknya dan aku mengangguk perlahan-lahan mengerti dengan maksudnya.

Aku terus saja angkat tubuh dengan membawa pemanggang itu lalu aku letakkan di dalam sebiji pinggan yang telah aku sediakan di atas meja.
Zaim mendekat dan dia mengambil pemanggang itu daripadaku. Bila aku melihat dia, dia hanya tersenyum tanpa memandang ke wajahku.

“Seronok, kan?” tanya dia membuatkan aku tersentak kerana terlalu asyik merenung sisi wajahnya.

“Err, apa yang seronok?”

“Seronok keadaan macam ni. Zaim balik kerja, Iqa sediakan makan tengah hari, makan malam. Kot Iqa tak menang tangan, Zaim tolong,” jawabnya.

Aku tersenyum malu. “Em, masa satu dua lauk je, mesti sempat. Tinggal Zaim balik cuci tangan dan makan je nanti,” selorohku pula.
Zaim menggeleng kecil.

“Nanti dah ada anak-anak, mesti tak sempat, kan? Masa tu mesti nak Zaim tolong juga, betul tak?” Dia angkat keningnya padaku sebelum kembali meletakkan ikan bakar tadi di dalam pinggan.

Ada rasa malu menyelinap dalam diri bila Zaim bercerita tentang ini. Terlalu jauh perjalanan kami rasanya. Tanpa sedar, hari ini, saat ini… cintaku sepenuhnya buat dia. Tak usah belajar kerana Zaim sendiri terlalu hebat mengajar aku tentang cinta hinggakan akalku menerima lalu mencerna dan membawa erti cinta itu berdiam di hati.

“Zaim untung Iqa pandai masak,” ucapnya lagi.

Sekali lagi aku tersentak dan kali ini, terus saja membuahkan tawa pada Zaim. Tawa yang menghalau jauh wajah dan rayuan Zikri padaku. Membawa jauh luahan kata cinta Zikri buatku.

“Ketawakan Iqa kenapa?” tanyaku buat-buat merajuk.

“Zaim suka bila Iqa marah. Nampak jujur je wajah ni.”

“Dah tu, nanti dah kahwin, hari-hari lah Zaim nak suruh Iqa marah, macam tu?” tanyaku sambil mencebik.

Dia menggeleng. “Dah kahwin nanti lain ceritanya, sayang. Dah kahwin nanti Zaim akan pastikan tak ada airmata dan rasa serba salah lagi dalam diri Iqa selagi Zaim bernafas di muka bumi ini,” akui dia.

Terlalu ikhlas menerjah pendengaranku. Lambat-lambat aku angguk mengiyakan kata-katanya. Dalam hati ini, tidak putus aku berdoa agar Tuhan merahmati kami. Biar dibadai dugaan dan halangan untuk kami kecapi bahagia, aku mahu tabah untuk dia. Aku mahu kuat hanya kerana dia. Dia yang telah Tuhan titipkan untuk mengubati hati ini setelah sekian lama.

“Zaim dah nak balik hari ini. Masih banyak lagi kerja tak selesai. Hal dengan Dato’ Anuar kena selesaikan cepat-cepat. Nanti makin rumit pulak,” luah dia.
Dato’ Anuar? Aku terpijak dengan nama itu. Rasanya itu nama daddy Annesa dan apa kaitannya dengan Zaim dan kerjanya.

“Err, Dato’Anuar tu kan daddy Anne…”
Belum sempat aku menyebut nama itu hingga akhirnya, Zikri mengangguk.

“Syarikat arwah abah mendapat sokongan penuh daripada dia sejak dulu. Bila dah agak kukuh, dan arwah abah pergi… Zaim buat keputusan dan bertatih sendiri dan mama izinkan. Cuma, saham keluarga Annesa masih ada dalam company kami tu. Sukar nak singkirkan. Tambah pula lepas mama tolak Annesa bagi pihak Zaim, cuba Iqa bayangkan macam mana perasaan mereka?”

Kata-kata Zaim membuatkan aku terdiam sendiri. Serta-merta kata-kata Puan Yuzana hadir berlegar di dalam minda. Setiap kejayaan itu menagih pengorbanan dan boleh jadi inilah pengorbanan yang telah mereka lakukan untukku.

“Zaim jangan cakap yang syarikat Zaim sekarang…”
Sekali lagi Zaim mengangguk mencantas telahanku.

“Agak teruk sebab dia sangat berpengaruh. Dia ugut nak beli semua saham tapi, rasanya, hak mama, Zaim dan Yuza dalam syarikat tu masih mengatasi hak dia biarpun syarikat kami syarikat tidak sehebat dia dan Zaim yakin, kita mampu selesaikan. Rezeki dari Tuhan, kan?”
Dia jungkit kening padaku. Penuh ketenangan pada air wajahnya. Jernih dan tenang bagaikan air di kali.

“Iqa tak sangka macam ni sekali kesannya, Zaim.”
Aku mula diserang rasa bersalah. Bersalah dalam segalanya bila bersama Zaim. Sentiasa menyusahkan dia dan kini mengheret sama keluarganya dalam masalah ini.

“Iqa tak salah pun. Kalau kata tak ada Iqa, Zaim tetap akan tolak Annesa. Zaim yakin dengan kemampuan Zaim. Zaim boleh bertatih sendiri. Zaim kan dah lama jadi perunding arkitek,” ucapnya yakin.

Arkitek. Itulah status Zaim di dalam syarikat arwah abahnya. Syarikat perunding senibina yang agak hebat pada mataku kerana mampu bekerjasama dengan projek-projek besar kerajaan dan swasta yang lain.

Hakikat ini baru saja aku tahu beberapa hari lepas. Sedikit demi sedikit, kisah hidup dan hati kami tersingkap untuk kami mengerti akan diri masing-masing.

“Iqa minta maaf sebab dah buat keluarga Zaim terheret dalam masalah macam ni,” ucapku telus. Hampir saja airmataku menitis waktu ini.

“Sayang… you do nothing wrong. Jangan minta maaf kalau tak buat salah. Nanti Zaim pula yang serba salah. Nak maafkan Iqa atas kesalahan apa. Cuma satu Zaim minta, doakan Zaim selesaikan hal syarikat secepat mungkin, lepas tu kita kahwin. Kalau Iqa rasa kita perlu kahwin segera, tak ada kenduri dulu pun Zaim setuju. Bantu Zaim naikkan semula syarikat kita nanti. Bantu Zaim jaga mama, bantu Zaim untuk ada zuriat sendiri dan moga ada lesung pipit pada pipi anak-anak kita nanti,” ucapnya cukup syahdu di pendengaran telingaku.

Tanpa ku pinta, air jernih yang sedari dari meniti di tubir mata, mengalir juga mendengarkan bicara dia. Aku tersentuh dan aku terima dia lalu aku mengangguk.

“InsyaAllah, jodoh kita kuat. Tapi, Iqa sendiri kena kuat. Buat masa sekarang, Iqa boleh bantu Zikri. Sebab bila dah kahwin nanti, Zaim tak nak Iqa sebut nama dia lagi dah,” ujarnya berbaur cemburu.

Aku ketawa dalam tangisan kecil. “Zaim cemburu, ya?”
Dia diam dan mengangguk.

“Zaim berhak cemburu, kan? Zaim manusia biasa. Bila wanita yang kita cinta, yang bakal jadi isteri kita tiba-tiba diusik oleh lelaki lain biarpun pada hujung jari, Zaim tak boleh cakap Zaim tak cemburu. Bila lelaki lain katakan cinta pada perempuan yang Zaim cinta, hati lelaki ni marah. Tapi, Zaim tak boleh nak ikut kata hati sebab Zaim belum berhak ke atas Iqa. Jaga diri nanti, ingat cinta Zaim. Jangan berpaling jauh sebab Zaim tak mungkin tunggu Iqa bila Iqa pergi.”

Suara Zaim terhenti di telan serak. Aku tahu dia sedang menahan sebak bila berkata demikian. Aku tahu dia mula risau hendak meninggalkanku di sini. Langsung berbeza pada pertama kalinya. Ketenangan di wajahnya sedikit tercalar kerana Zikri akhirnya.

“Satu je Iqa mohon, percayakan Iqa,” ujarku memberi keyakinan pada dia.
Zaim menjatuhkan kepalanya sekali menerima permintaanku sebelum dia memandang aku kembali dengan anak mata yang sedikit merah menahan tangis.

“Zaim tunggu Iqa bayar hutang Iqa pada Zaim nanti. Lambat atau cepat, itu urusan Tuhan, tapi Zaim nak kita cuba sedaya upaya,” bisiknya lagi.

Aku ketap bibir. Menghantar jawapan dalam diam pada dia. Agar dia mengerti yang aku benar-benar jatuh cinta pada dia. Cinta yang tak pernah aku rasakan sewaktu bersama Zikri. Cinta yang terlalu indah.

Zikri mengajar aku tentang cinta namun Zaim lah yang mengajar aku erti sebuah cinta. Cinta yang menuntut sebuah perngorbanan yang sukar terjangkau dek akal. Cinta berlandaskan agama, cinta yang membiarkan orang yang cintai pergi mencari cintanya sendiri dan aku pernah begitu, membiarkan Zikri pergi mencari cintanya tapi sayang, bila dia berpatah semula, cinta Zaim sudah singgah memberi salam.

***

“IQA cintakan Zaim,” bisikku pada Zaim sewaktu dia mahu memboloskan diri ke dalam perut kereta usai Zohor seminggu sudah.

Itulah ayat terakhir yang aku ucapkan pada dia. Membuatkan senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Hinggakan Puan Yuzana juga pelik melihat ke arah anak bujangnya itu.

“Nanti mama kembali bawa rombongan,” dan inilah ayat terakhir Puan Yuzana sewaktu memelukku kala itu.

Hari ini, aku rindu. Rindu pada dia. Rindu yang bisa membuatkan aku senyum sendiri. Angau dalam cinta Zaim.

Aku sedang duduk di atas katil sedang menatap skrin computer ribaku, hendak menghantar permohonan kerja di beberapa buah syarikat di Kuala Lumpur bila Kak Shadirah datang dengan wajah yang mengeringai.

“Iqa…” Dia memanggilku dengan suara yang lemah.
Wajah itu berkerut menahan sakit. Aku cepat-cepat bangkit setelah meletakkan computer ribaku itu di atas almari solek.

“Eh, kakak dah nak bersalin ke?” tanyaku risau. Dia angguk dan aku terus saja berlari ke luar memanggil mak, ayah dan Abang Rizqin yang sedang minum petang di serambi.

“Mak, abang, ayah… kakak sakit perut,” beritahuku dengan nafas mengah.

“La, mana dia?” tanya mak resah.

Mereka segera bangkit dan terus saja berlari ke arah Kak Shadirah yang sedang menahan sakit di muka pintu bilikku. Waktu ini, aku lihat ada air yang tumpah di atas lantai di depan bilikku.

“Eh, Riz… cepat-cepat. Air ketuban dah pecah ni,” laung mak pada Abang Rizqin.
Abang iparku itu segera mencempung tubuh isterinya lalu perlahan-lahan dia menapak ke pintu.

“Iqa pergi ikut kakak. Nanti mak dan ayah datang. Mak bawa beg kakak nanti. Iqa pergi dulu,” arah mak.

Tanpa banyak soal, aku terus saja masuk ke dalam bilik, mencapai selendang lalu aku belit ala kadar saja. Terus aku berlari mendapatkan Kak Shadirah yang sudah berada di dalam perut kereta suaminya dan Abang Rizqin terus meluncur laju.

Kami tiba di hospital kemudiannya dan Kak Shadirah terus saja ditolak masuk ke labour room. Aku tahu Abang Rizqin risau dan aku juga. Riaknya nampak cemas. Tidak henti-henti bibir itu terkumat kamit membaca sesuatu.

Aku bangkit mendekat kepada dia. “Sabar, bang. Tak ada apa tu. insyaAllah nanti semuanya selamat.”

Dia memandang aku dan tersenyum segaris. “Mudah-mudahan.”

Suasana diam hingga akhirnya seorang jururawat keluar bersama senyuman.

“Tahniah, encik. Baby boy. Nanti kita tolak isteri encik masuk post-natal ward, ya. Encik boleh melawat kat sana,” beritahu dia dan aku serta Abang Rizqin langsung mengucapkan syukur.

Baru saja aku hendak melangkah, telefon bimbitku menjerit nyaring. Ya Tuhan, dah la dalam hospital. Lupa nak tukar mode, bebelku pada diri sendiri.

“Eh, bang. Abang jalan dulu, Iqa jawab call Zaim kejap,” beritahuku pada Abang Rizqin.

Dia tidak melangkah ke depan sebaliknya dia hadir dekat denganku. Menatap wajahku lama buat pertama kalinya.

“Iqa… abang ikhlas cakap, Zaim yang terbaik buat Iqa. Tapi, jika takdir tak memihak pada Iqa dan Zaim, abang yakin Zaim mahupun Iqa sendiri redha menerimanya. Jika dah tertulis Iqa dengan Zikri, kami tetap doakan yang terbaik. Cumanya, abang dengan kakak Iqa tu, nak sangat tengok Iqa dengan Zaim,” ucapnya tanpa aku sangka.

“Err… apa maksud abang?”

“Abang tak ada maksud. Cumanya, masa keluar dengan Zaim minggu lepas, dia memang yang terbaik yang telah Tuhan hantar buat Iqa. Tu je abang nak cakap.” Dia melepaskan keluhan.

“Jawablah telefon tu. Nanti lama pulak Zaim tunggu. Abang tunggu Iqa kat wad sana, ya?”

Abang Rizqin melebarkan sengihan lantas berlalu. Lambat-lambat aku membalas senyumannya dan terus aku jawab panggilan tersebut.

“Iqa kat hospital,” jawabku bila Zaim bertanya.

Dia diam seketika. “Iqa melawat dia ke?” tanya dia perlahan.

Mahu saja aku menghamburkan tawa bila Zaim kini sudah pandai cemburu.

“Taklah. Kakak dah bersalin. Anak lelaki,” jawabku ceria.

“Ya Allah, syukur semuanya selamat,” ucap dia sambil tertawa.

“Sejak bila pandai cemburu ni?” tanyaku mengusik.

“Err, sejak… sejak... Iqa cakap cintakan Zaim,” akui dia lambat-lambat.

“La, boleh pulak macam tu? Nak Iqa tarik balik ke?”

“Eh tak nak.” Cepat saja dia membantah.

“Nak tarik boleh, tarik Zaim dalam pelukan Iqa nanti. Peluk kemas-kemas jangan bagi lepas.” Dia ketawa kecil di hujung talian.

Aku ketap bibir dan menggariskan senyuman tipis biarpun dia tidak tahu tapi aku mahu dia tahu, hati aku ini sentiasa menerima kehadiran dia bersama senyuman. Malu sebenarnya bila Zaim mengusik begitu.

“Tak apa, Zaim tak marah Iqa melawat Zikri. Zaim percayakan Iqa. Cuma nak cakap, Zaim ada sikit kejutan buat Iqa,” beritahunya mengakhiri perbualan kami yang singkat kala itu bila aku ternampak kelibat mak dan ayah masuk di pintu utama hospital.

Kejutan? Aku akan sabar menanti.

~~> bersambung

Cik Penulis : Teaser kat page tersasar masuk bab seterusnya. Punyala menaip meraban dah panjang. So cut off then sambung next chapter pulak.. Maaf atas kekurangan.. nanti saya tampal balik ek..

29 comments:

  1. LOVE it..hahaha
    ramai org support iqa n zaim...
    rasanya zikri bole dpt hint kot..hehehe

    ReplyDelete
  2. best sesangat.... pandai kak rehan menulis... suke 200xxx

    ReplyDelete
  3. suka la kak...
    wah zaim dh pndai cemburu yer...
    hehhe...
    thanks akak..

    ReplyDelete
  4. so sweet zaim dan iqa..zaim cpt hantar rombongn yeaaa.

    ReplyDelete
  5. Best2 . Nak lagi~

    ReplyDelete
  6. allo ziki . awat buat kesilapan mcm tu ... haish.


    The other side =====>> tpi jodoh x siapa yg tau .. eheherr.. Zaim suweet ... harap sngt dpt laki yg suka tengok rin marah-2 manja .. eheher >_<

    Cemburu banyak-2 pon x hape ...

    ReplyDelete
  7. suka laa kak .. hope pas nie xde lagi masalah yg merumitkan

    ReplyDelete
  8. hati perlu tetap menidakkan permintaan zikri yg tak masuk akal tu..iqa..zaim adalah destinasi yg paling baik buat iqa..biaq lah sahaja zaim yg memayungkan..iqa..dan biaqla zikri mencari bahgianya sendiri..

    ReplyDelete
  9. Jyeah! Zaim and Iqa. No no no Zikri. :P

    ReplyDelete
  10. RM, bijak btul bermain plot.. pas ni jgn kasi next konflik cepat sgt, bagi lah bunga2 dlm hati berkembangan skejap sebelum ribut melanda lagi..

    ReplyDelete
  11. rehan.. thanks for new n3...
    n3 kali ni lebih tenang kan??.
    takdalah tekanan perasaan sngt.. kan. hahaha... :)
    apa maksud abg rizqin "jika takdir tak memihak kpd iqa & zaim, abg yakin iqa mahupun zaim redha".. mcm ada sesuatu..,, takut betul ni... :(
    apalah agaknya kejutan tu ya.. jng2x yuzaini dah balik..
    iqa dah bagi hint kat ziki.. reti ke dia??.. moga2x ziki akan redha dgn takdir seterusnya...

    ReplyDelete
  12. terbaik....he he he harap harap lepas nie tiada lg keraguan dhati iqa. Kejutan? oh no tak sabar rasanya nak tahu apakah kejutan itu

    ReplyDelete
  13. a song from iqa to zaim
    (for this entry.. dont know what will happen in future)

    Sepanjang Hidup - Maher Zain

    Aku bersyukur kau di sini kasih
    Di kalbuku mengiringi
    Dan padamu ingin ku sampaikan

    Kau cahaya hati
    Dulu ku palingkan diri dari cinta
    Hingga kau hadir ubah segalanya
    Oh inilah janjiku kepadamu

    [*]
    Sepanjang hidup bersamamu
    Kesetiaanku tulus untukmu
    Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

    [**]
    Sepanjang hidup seiring waktu
    Aku bersyukur atas hadirmu
    Kini dan selamanya aku milikmu

    Yakini hatiku kau anugerah Sang Maha Rahim
    Semoga Allah berkahi kita
    Kekasih penguat jiwaku

    Berdoa kau dan aku di Jannah
    Ku temukan kekuatanku di sisimu
    Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
    Oh inilah janjiku kepadamu

    Ulang [*][**]

    Yakini hatiku bersamamu ku sadari inilah cinta
    Tiada ragu dengarkanlah
    Kidung cintaku yang abadi

    Ulang [*][**]

    ReplyDelete
  14. iqa cinta zaim....hrpnya suma fhm..nk pula zikri tu

    ReplyDelete
  15. Cik Writer, tlgla jgn bagi si Iqa ni dgn Zikri....Nak dgn Zaim gak....Tolong ye....

    ReplyDelete
  16. nak zaim gak...hehhe..

    ReplyDelete
  17. semuga Iqa tetap jodohnya dgn Zaim ye RM. Tiada peluang
    lgi utk Ziki menagih kaseh kerana dia telah mensia-siakan
    peluang yg diberi kpd Ziki dulu, jadi Ziki redhalh
    dgn ape yg telah ditentukan Allah..sekiranya betul cintakan Iqa biarlah Iqa hidup bersama dgn Zaim.
    Mencintai bukannya memilikki.

    ReplyDelete
  18. Hishhhh...zikri, kenapalah baru skrg kau bgtau yg kau cintakan iqa, dah terlambat...apapun jodoh itu ditangan Tuhan.......

    ReplyDelete
  19. best sgt2...apa kejutan dr zaim tu...biar jodoh iqa n zaim b'pjgn..

    ReplyDelete
  20. salam....suka sgt dgn zaim...masih ada lg ke llaki spertinya? hrp iqa n zaim sentiasa bersama walau rintangan n halangan mendatang...nk cri suami sperti zaim la...huhhu...:)

    ReplyDelete
  21. zikri pun dah sedar..
    so, bolehlah zaim n iqa dinikahkan... :)

    kejutan? agaknya famili zaim merisik, bertunang
    dan nikah dalam satu masa, 3 in 1

    cik penulis, ada typing error kat atas tu..
    nak taip zaim, tertaip zikri; boleh diperbetulkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ke iqa dah dikira bertunang..sbb mmama zaim kn dah minang ...cuma x buat majlis je.....kn ada minta tarikh nak nikahkn dia org....so buat je 3 in 1...senang ...kita org pun x perlu pening2 fikir....psl iqa n zaim.....

      Delete
  22. br hilang sikit lelah di hati bila bc n3 ni, wpun cik penulis nk bg suspen kat pembaca tp harap sgt2 zaim n iqa akan bsatu x kira apa jua rintangan... cepatlah siapkan novel ni cik penulis, x sbr tgu kesudahan diorg ni. 'penat' minda bteka-teki hehehe-kak zaiton

    ReplyDelete
  23. shadiqah yang bercinta,saya pulak yang terasa getarnya..hehe..
    rm nie suka buat kejutan ye!
    banyak sangat hint ,buat saya tak senang hati
    harap2 kekal lah shadiqah dengan yuzaimi..

    ReplyDelete
  24. speechless...da xtau nk kasi brp bntang....infinity..:)))

    ReplyDelete
  25. Best sangat RM. Love U. Love Iqa & love Zaim too.

    ReplyDelete
  26. akak...!!! best nyer...
    rugi sbb ketinggalan bnyak bab...
    dulu sy mmg support ziki..
    tp bila bc tang zaim..
    sy rasa dia tu mmg terbaek lah..
    superb punya hero..
    shadiqah,, x payah nk sibuk payungkan ziki dah..
    sbb ada owg y mampu payungkan kau untuk seumur idup..
    love zaim n iqa!!

    ReplyDelete
  27. best sngt citer ni,kalau blh nk citer ni ending dngn zaim kawin jgk ngan iqa

    ReplyDelete