Geng

Wednesday, February 01, 2012

Sini, Aku Payungkan Kau! 29

BAB 29

LAMBAIAN mak aku balas dengan senyuman setelah aku berjaya menolak kehendak mak untuk ke hospital menjemput Kak Shadirah pulang. Sudahnya, hanya mak, ayah dan Abang Rizqin saja yang ke sana. Aku pula, hanya menanti di rumah dengan penuh sabar untuk melihat putera pertama kakak dan abang iparku iaitu, Muhamad Rayyan.

Bila teringatkan pipi montel Rayyan, rasanya aku sudah tidak sabar hendak punyai anak sendiri. Anak-anak yang akan berbin dan berbintikan Yuzaimi Yusuff. Aku tersenyum sendiri. Malu pula bila punyai fikiran sedemikian tapi rasanya tidak salah kerana aku sudah nekad hendak menerima Zaim menjadi suamiku dalam masa terdekat ini. Tepat seperti yang telah aku janjikan, sesudah Zikri membuka mata biarpun keadaan dia masih belum sihat sepenuhnya.

Baru saja hendak melangkah ke dalam rumah setelah kereta Abang Rizqin hilang di simpang jalan, telefon bimbitku menjerit nyaring. Cepat-cepat aku seluk poket seluar trek yang aku pakai. Bibir ini menguntum senyum tanpa paksa.

“Rindu kau!!!!!!”

Aku menjauhkan telefon dari telinga. Bingit mendengarkan suara Yuza bertempik kuat. Mahu pecah gegendang telingaku.

“Wei, apa hal ni. Salam tidak, apa tidak terus nak jerit. Pekak aku karang,” marahku sekadar bergurau.

Aku dengar Yuza ketawa di hujung talian.

“Kalau kata dah pekak pun tak apa, Abang Zaim tetap nak kau juga.” Dia ketawa lagi.

Hish dia ni. Memang suka kenakan aku. Sudah pastilah dia telah mengetahui segala berita daripada mamanya atau daripada Zaim
sendiri.

“Banyaklah kau. Ni menyesak namanya. Kesian dekat telinga aku ni.” Aku sengaja mengusik dia dan dia terus tertawa.

“Apa khabar?” tanyku setelah tawanya reda.

Yuza berdehem beberapa kali sebelum menjawab.

“Aku sihat je. Sangat-sangat rindukan kau. Dan sangat-sangat tak sabar nak sambut kau datang ke rumah kami ni. Sangat-sangat tak sabar nak panggil kau kakak. Pendek kata semua nak sangatlah,” jawabnya sedikit terjerit.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng membayangkan wajah teruja Yuza kala ini. Aku yakin dia akan setia dengan mimik wajahnya itu.

“Bila sampai?”

“Dinihari tadi. Tidur kejap, terus telefon kau. Kau macam mana? Apa perkembangan? Rindu aku tak? Ke rindu abang aku je ni…”

Entah berapa soalan yang terpacul dari mulut Yuza yang perlu aku jawab. Dia memag tidak berubah. Masih agak gelojoh dan tidak sabar.

“Aku sihat je. Alhamdulillah… Perkembangan terbaru ialah, aku dah dapat sorang anak buah. Comel sangat. Nama dia Muhamad Rayyan bin Muhamad Rizqin dan ibunya adalah Shadirah binti Shauqi serta mak su dia yang cantik lagi baik bernama, Shadiqah binti Shauqi,” jawabku sengaja memuji diri mengusik Yuza.

“Waaa… dengkinya aku dengan kau, Iqa. Kau bila lagi nak bagi aku anak buah. Tak sabarlah jugak nak ada anak buah. Nak menunjuk dekat kau yang anak buah aku ada mak su yang cantik lagi baik macam aku ni,” balas dia pula sengaja memerli.

“Kau ni, kan….!” Aku menggeleng beberapa kali.

“Kalau nak sangat, aku ready je. Bila-bila masa. Suruh abang kau tu masuk pinang aku cepat-cepat sikit. Cepatlah aku bagi kau anak buah.”

Aku juga tidak tewas mengusik dan Yuza terjerit kuat.

“Mama…” Aku dengar dia menjerit kuat.
Entah apa lagi yang hendak dia katakan pada mamanya sedangkan aku sekadar bergurau saja.

“Eh, Yuza… aku gurau jelah. Janganlah cakap dekat mama kau pulak. Yuza…” panggilku tapi sayang bila aku rasakan suara Yuza makin menjauh di hujung talian.

“Apanya?”

Kali ini telingaku tersapa oleh suara mama Zaim. Lembut dan bernada risau.

“Iqa cakap dia suruh abang pinang dia cepat sikit. Nanti dia nak bagi anak buah dekat Yuza, ma…” Lancar saja suara Yuza memberitahu mamanya begitu.

Aku tepuk dahi. Aduhai, dia ni. Memang pantang bergurau. Semuanya dianggap serius jika gurauan itu daripadaku. Apa kau buat ni, Yuza. Aku dah malu ni. Hatiku mengeluh sendiri namun, ada rasa gembira sebenarnya yang bertamu di laman hati.

Puan Yuzana ketawa kuat. “Cakap pada Iqa, sabar dulu. Nanti berkurunglah dua orang dalam bilik jangan keluar.”
Saat mendengarkan jawapan daripada Puan Yuzana, wajah ini memerah dengan sendirinya. Menipis kulit muka apatah lagi dua beranak itu ketawa kuat.

“Kau dengar tak mama aku cakap apa tadi, Iqa?” Suara Yuza kembali jelas di telingaku.

“Sengetlah kau. Kesian aku. Mana nak letak muka aku ni nanti?” Aku meluahkan rasa geram.
Dia ketawa.

“Sembamkan dekat dada laki kau je nanti. Aku tengok abang aku tu tough je. Setakat nak sorok badan kecik kau tu, tak ada masalahlah,” jawab dia tidak puas mengusikku.

“Dahlah tu. Kalau kau usik aku lagi, tak nak kawan dah dengan kau.” Aku mengugut.

“Eh, tak tak…Tak nak usik dah Mrs. Zaim ni.” Dia ketawa mengekek.

Dalam pada tidak mahu mengusik tu, sempat lagi mengenakan aku. Entah bagaimana andai benar aku berada di bawah satu bumbung dengannnya nanti. Boleh riuh rasanya kami ni.

“Bila nak datang KL?” tanya Yuza sesudah tawanya reda.

“Err, tengoklah dulu. Nanti aku ingat nak mohon kerja dulu kat mana-mana. Sementara tunggu jawapan tu, aku nak tolong mak aku jaga kakak aku dulu bagi sihat. Nanti dah reda semua hal, aku pergilah KL. Kenapa, tak sabar dah nak jumpa aku?”

“Sangat tak sabar. Rindu sangat weh!” Yuza teruja.

Sebenarnya, aku juga sama. Terlalu rindukan dia. Rindukan tawa dan usikannya kerana dia lebih hebat daripada Dalyla dalam bersahabat. Membuatkan aku lupa yang aku pernah dicurangi dalam berteman.

Daripada cara dan keceriaan yang Yuzaini tunjukkan, rasanya dia masih belum mengetahui cerita tentang Annesa dan Zikri dan andai sampai ke pengetahuannya, aku yakin dia pasti tidak begini. Aku tidak tahu, apakah aku harus meluahkan pada dia sedangkan Zaim sendiri tidak memberitahunya.

Sudahnya aku diamkan saja. Biarlah Yuza tahu daripada Zaim dan andai dia mahukan kepastian, aku sendiri akan menceritakan pada dia.

“Err.. Yuza,” seruku perlahan.

“Zaim ada cerita apa-apa tak dekat kau?” tanyaku.

“Tak ada pun. Korang ni ada rahsia apa ni? Jangan cakap kau mengandung dulu Iqa. Aku sepak abang aku tu.” Suaranya curiga.

Aku tepuk dahi sekali lagi. “Astaghfirullah… kau ni Yuza. Mulut tu tak ada insuran ke apa? Sampai hati aku cakap macam tu, kan? Aku dengan abang kau tu waras lagi tau tak!” marahku.

Dia ketawa. “Aku saja usik. Bagi berderau sikit darah kau tu. Bagi cepat-cepat rasa nak kahwin dengan Abang Zaim.”

“Kau ni memang memanglah. Aku tanya tadi, ada ke tak?”

Dia diam seketika. “Emm, macam tak ada. Dia cuma cakap, kau dah cakap kau cintakan dia. Sejak aku sampai semalam, adalah lima puluh kali dah dia sebut dekat telinga aku ni. Tak cukup dia sebut, dah pergi pejabat dia SMS aku lagi. Dia 3G aku lagi. Telefon tak payah cakaplah,” ucap Yuza padaku.

Aku tertawa mengingatkan kelucuan Zaim. Sebaik saja kau katakan, aku cinta dia sifat cemburu dia juga kian terserlah. Namun, di sebalik cemburu itu, aku masih nampak sikap matangnya itu.

“Tak mudah aku untuk aku jatuh cinta pada dia, Yuza. Banyak yang aku belajar daripada dia. Aku pernah belajar bercinta, tapi Zaim yang ajar erti cinta. Aku pernah kecewa dan Zaim lah yang ajar aku merelakan kecewa tu. Kadang-kadang terdetik juga kat hati aku ni… kenapa Tuhan tak temukan je cinta aku dengan Zaim terus? Tak adalah aku terhimpit macam ni… tak adalah aku resah… tak adalah aku sedih… “

Suaraku tenggelam lagi. Ditelan sebak yang hadir tiba-tiba. Sebak memikirkan keadaan Zikri. Sebak memikirkan kedaaan Zaim dan keluarganya angkara Annesa dan pastilah aku yang menjadi penyebabnya.

Tanpa sedar, aku menangis. Niat hendak menyembunyikan segalanya daripada Yuza lebur begitu saja bila esakan halus mula menghiasi perbualan kami.

You both are hiding something from me, Iqa. My brother too. Apa yang dah jadi? Bila kau tanya abang aku tak cakap apa-apa tu, aku dapat rasa mesti ada sesuatu yang dah jadi, kan?” tebak Yuza.

Suaranya agak mendatar. Tiada lagi tawa. Tiada lagi usikan. Berubah sekelip mata. Ada risau, ada gundah. Ada resah dan ada airmata.

“Zikri…” Lidah ini kelu lagi.

Sukarnya Ya TUhan hendak ku sebut nama itu lagi. Berilah aku kekuatan untuk terus melangkah ke destinasi yang telah Engkau tetapkan buat hamba, Ya Allah. Doa hatiku sambil mencengkam dadaku erat.

“Zikri?” tanya Yuza pantas.

Aku angguk tanpa sedar biarpun perbualan kami sekarang di dalam talian.

“Zikri… dia sebelum ni koma, Yuza sebab kemalangan…” ujarku memulakan cerita.

Usah berahsia lagi. Aku mahu Yuza tahu. Aku mahu darah daging Zaim tahu akan berita ini. Aku mahu sokongan dia dan andai perlu, aku mahu pertolongan darinya.

“Koma? Sebab tu keluarga kau paksa kau balik dulu, macam tu?” duga dia.

“Aku memang tak tahu masa tu, Yuza. Aku sampai je, memang aku terkejut sangat. Masa tu, mujur aku ada Zaim. Kalau tak, aku yakin aku dah terikat dengan Zikri kembali. Tapi hari ni… Zikri dah sedar Yuza. Dia tagih cinta aku lagi sedangkan hati aku ini bukan milik aku dah. Aku kuat tapi aku tak tahu sekuat mana aku mampu bertahan nak lihat airmata orang tua, Yuza….” Luahku sebak.

Yuzaini mengeluh di hujung talian. Dia diam seketika sebelum bersuara.

“Kau kena kuat Iqa… sekuat cinta Abang Zaim pada kau. Sekuat dia tolak Annesa biarpun perempuan tu anak orang kaya, cantik, seksi. Tapi, dah terbukti cinta kau boleh menangi hati abang aku. Jadi aku mohon, kau kena paksa diri kau jadi kuat. Cukup-cukuplah jadi boneka Zikri. Dia pergi masa kau perlukan kau, dan dia datang bila kau sendiri dah ada payung yang cukup benar untuk memayungi kau. Aku ada, Iqa. Will always be,” balas dia lembut.

Aku senyum sendiri. Aku tahu aku bisa harapkan dia tatkala sukar. Sukar dalam membuat keputusan yang bakal melibakan ramai pihak. Tersilap percaturan, aku yang terluka sendiri. Zaim juga malah Zikri serta keluarga juga.
Namun, mendengarkan nama Annesa ditukas oleh Yuza, aku tahu dia tidak tahu siapakah Annesa itu padaku.

“Kau pernah kenal Annesa tu, Yuza?”

“Pernahlah sekali. Mama tunjuk gambar. Jumpa betul-betul belum la. Nama tu aku tahu la. Lagipun dia model sambilan, kan? Gambar dia ada je terselit-selit kat majalah kalau kau perasaan. Padan muka, aku pun tak suka kalau dia tu jadi kakak ipar aku. Gedik je. Tak sesuailah dengan Abang Zaim.” Yuza bersuara jelas menunjukkan yang dia benar-benar tidak sukakan Annesa.

“Kau tahu kan pasal syarikat keluarga kau tu?” tanyaku lambat-lambat.
Yuza ketawa kecil.

“Aku tahu, Iqa. Sebab tu aku balik awal sikit. Nak tolong Abang Zaim. Pelik kan manusia. Tak dapat apa yang nak dia balas kita macam ni…”

Aku ketap bibir menahan perasaan bila Yuza berbicara demikian. Ada rasa bersalah yang membelit hati.

“Aku rasa bersalah letak keluarga kau dalam situasi macam ni, Yuza…,” luahku jujur.

Nope, Iqa. Kau tak salah. Aku yakin dengan abang aku. Mama aku pun tak kisah. Nanti kita sama-sama bantu syarikat abang aku. Dia mampulah dan dia tahu apa yang dia buat seperti mana dia yakin dengan cinta dia padaku,” jawab Yuza cepat-cepat.

Namun, aku tetap tidak mampu menghela nafas lega. Aku bimbang Zaim kecundang keranaku. Aku bimbang dia tersungkur kerana cintanya padaku hingga tanpa sedar, titisan di pipiku kian bertali arus. Mengalir tanpa suara.

“Ehem…” Aku membetulkan suara sebelum menyambung. Tidak mahu Yuza berasa risau lagi.

“Yuza… Annesa tu sebenarnya bekas tunang Zikri, Yuza. Macam mana aku nak cakap pada Zikri yang Annesa tu pergi pada lelaki yang bakal jadi teman hidup aku?”

Biarpun payah, terluah juga hakikat ini pada dia. Aku mahu dia tahu. Biar dari mulutku sendiri. Bukan dari Zaim atau Puan Yuzana.

What? Annnesa Dato’ Anuar tu bekas tunang Zikri? Jangan bergurau dengan aku Iqa!” Suara Yuza berdentum.

“Aku tak tipu, Yuza. Aku pun tak tahu sebegini hebat perjalanan aku.”

Nafas Yuzaini mendesah di hujung talian. Aku tahu dia sedang buntu juga. Perkara yang tiba-tiba begini, aku sendiri tidak percaya pada mulanya tapi inilah hakikat.

“Abang Zaim tahu pasal ni?”

“Dia tahu…”

“Tapi, kenapa dia tak cakap dekat aku, ya?” Yuzaini mengeluh lagi dan aku diam seribu bahasa.

“Macam ni lah, Iqa. Hal dah lepas. Annesa bukan masalahnya. Biarlah dia. Dia tak boleh buat apa. Setakat bapak dia nak kenakan syarikat Abang Zaim, aku yakin abang aku tu bijak pandai nak uruskan. Jangan risau, Iqa. Satu je aku mohon lagi sekali. Tetapkan hati kau. Tu je. Jangan menderita lagi. Lima tahun sepatutnya dah cukupkan. Terlalu cukup,” ucap Yuza mengakhiri perbualan kami.

Membiarkan aku tergantung sendiri dalam masalah. Entah bila Zikri akan keluar daripada hospital. Tidak pernah aku bertanya pada mak dan jauh sekali Mak Nab.

Aku tidak mahu mereka bersandar padaku lagi. Mak ada bertanya, ada berkias beberapa kali tapi aku tetap buat tidak faham. Hati ini bukan milik Zikri lagi. Hati aku milik aku dan aku ingin kongsikan bersama Zaim.

***

LAMA aku termenung di atas pangkin di bawah pohon jambu yang sedang ranum di depan bendang yang luas terbentang. Penat melayan karenah Kak Shadirah yang agak mengada-ngada sikit.

Tapi, hatiku senang. Melihatkan wajah comel Rayyan dan senyuman lebar yang terukir di bibir Abang Rizqin serta wajah puas Kak Shadirah, aku bahagia. Bahagia menumpang kasih mereka kerana aku tahu, bahagia untukku terlalu sukar hendak ku gapai. Terlalu beronak jalan yang perlu aku lalu.

Kala ini, rinduku pada Zaim hadir lagi. Bukan tidak sudi menghubunginya, namun aku tahu dia terlalu sibuk menguruskan banyak urusan penting. Hatiku ini sudah menjadi amanatnya dan akan aku jaga sebaik mungkin. Andai tercemar, akan ku basuh dengan airmataku sendiri hinggakan kesan kotor itu pergi jauh.

Bila hadir Zaim, wajah pucat Zikri juga datang menyusul. Wajah pucat yang sugul. Wajah resah setelah aku meninggalkan dia dengan pelbagai persoalan tempoh hari, aku tahu dia menantiku. Usah diucap, aku dapat rasakan. Tapi, ada yang menghalang langkahku ke sana. Ada yang menahan.

“Iqa…”

Aku tersentak. Tidak sedar mak sudah duduk di sisiku.

“Semalam mak jumpa Mak Nab kat hospital masa nak jemput kakak balik. Kata dia, Zikri boleh keluar hospital hari ni…,” ucap mak perlahan.

Dia langsung tidak memandang ke arahku, sebaliknya dia tebarkan pandangannya ke arah bendang yang menghijau itu.
Dalam hati ini, aku sudah dapat menebak kiasan yang bermain di dalam minda mak. Aku tahu apa yang dia maksudkan di sebalik semua itu lantas aku menggariskan senyuman tipis buatnya dan menggeleng perlahan.

“Kalau kata mak nak minta Iqa jemput Zikri balik sama, Iqa tak sudi, mak.”

Mak mengeluh berat.

“Mak tak paksa kamu, Iqa. Tapi, Mak Nab tu merayu sangat minta tolong dengan kamu datang jemput Zikri balik. Kebetulan pulak Pak Zul pun kurang sihat sekarang ni. Dok ulang alik ke hospital je. Selama ni mak tak pernah juga paksa kamu melawat Zikri. Kalau kamu kata cukuplah sekali kamu melawat dia, mak tak boleh nak kata apa,” ujar mak perlahan. Dia diam kembali membuatkan perbualan kami diselangi hembusan bayu petang.

“Maafkan Iqa, mak…” pintaku bila merasakan diri ini sudah bersalah pada semua orang.

“Tak ada apa salah pun Iqa. Mak cuma kesiankan Zikri tu. Masa mak melawat dia, asyik nama kamu je dia sebut. Tak lepas. Masa lena pun mengigau sebut nama kamu, Iqa. Cuma satu mak nak tanya, Iqa nekad ke tak nak jumpa Zikri langsung lepas ni? Nekad ke nak lupakan kawan baik kamu sejak dari kecil?”

Soalan mak bagaikan tali yang menjerut leherku. Aku telan liur berkali-kali. Akal ini ligat berputar mencari jawapan yang aku sendiri mahukan. Tapi, nekadkah aku hendak melihat orang di sekelilingku terluka biarpun aku sendiri pernah terluka kerena mereka?

“Iqa… tak ada jawapan tu, mak,” jawabku di dalam suara yang kembali sebak dan airmata yang kembali bergenang di tubir mata.

“Mana boleh tak ada, Iqa. Kamu mesti ada jawapan tu. Mak tahu kamu dah mula cintakan Zaim dan kami semua suka. Cuma, tak boleh ke Iqa layan Zikri tu macam kawan Iqa. Bukan sehari Iqa kenal dia tapi dah bertahun. Kita bukan jauh, tengok dari rumah je dah nampak rumah Mak Nab. Sampai bila Iqa nak lari macam ni?”

“Iqa tak lari mak…”

“Dah tu kalau tak lari, Iqa kena hadapi,” cantas mak seraya berpaling ke arahku. Merenung ke dalam mataku yang sudah kabur pandangannya.

“Macam mana Iqa nak hadapi orang yang pernah Iqa suka, mak. Yang pernah jadi tunang Iqa dan akhirnya dia nak kembali pada Iqa setelah Iqa ada orang lain, mak?” tanyaku dengan suara yang bergetar hebat.

Sehebat hentakan di dalam dadaku kala ini.

Mak mengeluh berat. “Mak tak suruh Iqa pilih Zikri kalau Iqa tak nak. Mak nampak Zaim tu tak elok sangat dah dengan kamu. Tapi, layanlah dia sebagai kawan. Iqa belajar pandai, kamu mampu buat Zikri faham akan kedudukan kamu sekarang ni. Mak tak memaksa Iqa, cuma kalau boleh Iqa kesiankanlah dia sikit. Bagi dia semangat sebab kamu sendiri tahu sejak dari dulu, kamulah satu-satunya kawan yang dia ada,” ujar mak seraya bangkit setelah menepuk pehaku beberapa kali.

Aku tunduk merenung ke arah cincin pemberian Zaim padaku. Membiarkan mak berlalu begitu saja. Setelah hilang derap langkahnya, aku angkat wajahku. Memandang ke langit yang membiru, bertahan agar airmata ini tidak terus menjadi murah begini.

Ya Tuhan, Kau permudahkanlah jodoh hamba dengan Zaim. Setelah Kau titipkan cinta ini dalam hati hamba, biarlah hamba mencintainya kerana cinta hamba pada-Mu, Ya Allah.

Aku meraup wajahku berkali-kali. Memaksa airmataku kering biarpun tiada tanda hendak berhenti. Kenapa aku diduga lagi?

Lewat petang itu, usai mengangkat pakaian si kecil kakakku di ampaian di hujung serambi, mataku tertancap pada kereta Pak Zul yang menjalar di kawasan rumahnya. Aku membawa tubuhku berselindung di balik kain. Mengintai ke arah Zikri yang dipimpin oleh emaknya keluar daripada kereta.

Bila saja Mak Nab menutup pintu kereta, serentak itu Zikri berpaling ke arah rumahku. Bagaikan dia dapat rasa akan aku yang sedang berdiri di balik kain yang bergantungan.

Dup! Detak hatiku berlagu resah. Kali ini, aku terima kata-kata mak. Sampai bila harus aku mengelak daripada dia? Bagaimana lagi melainkan aku perlu berhadapan dengannya dan membuat dia faham akan hakikat tentang hati ini yang bukan lagi miliknya.

Melihatkan Zikri yang terkial-kial hendak berjalan dengan topang di kedua belah sisinya, ada rasa simpati datang menjengah. Tanpa sedar, bahuku ditepuk orang.

“Iqa buat apa?” tanya mak.

Dia menolak kain yang menjadi tempat persembunyianku dan kala itu, Zikri berpaling lagi melihat tepat ke arahku. Biarpun tidak sedekat mana, aku tahu mata itu tepat merenungku.

Tubuhnya kaku. Mata Mak Nab dan Pak Zul juga beralih ke arah aku dan mak. Pak Zul cuba membawa Zikri ke anak tangga dan Mak Nab mendekat pada mak yang sudah meniti anak tangga untuk turun ke tanah. Aku pula, masih terpaku di situ bila Zikri masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri tadi.

“Macam mana dah Zikri, Nab?” tanya mak mesra.

Mak Nab menjeling sekilas ke arahku dan tersenyum. Aku membalas senyuman itu seadanya sebelum mata ini ku lemparkan jauh pandanganku ke arah Zikri yang masih berdiri kaku biarpun Pak Zul cuba menarik dia masuk ke dalam rumah.

“Macam tu lah, Sai. Doctor kata tak ada apa dah tapi kena buat rawatan susulanlah. Kaki dia tu tak baik sepenuhnya lagi. Mujur tak patah riuh. Otak pun tak ada masalah. Kalau tak… aku tak tahulah macam mana dengan nasib aku sekeluarga, Sai.”

Aku dengar suara Mak Nab menjawab lemah. Dia menggeleng beberapa kali sebelum mengesat hujung matanya dengan lengan baju.

“Errr… Iqa masuk dulu mak… Mak Nab,” pintaku tiba-tiba.

Tidak betah direnung Zikri lalu aku bawa langkahku menuju ke bilik Kak Shadirah hendak menghantar pakaian anaknya. Tidak sanggup juga telinga ini terus mendengar rintihan dan pengaduan Mak Nab pada mak.

“Kakak… ni baju.” Aku letakkan baju Rayyan di atas katil kala itu Kak Shadirah sedang menyusukan bayinya.

“Siapa nak lipat?” tanya kakaku mengusik.

Aku bercekak pinggang. “Iqa basuh, jemur, angkat… kakak suruh Abang Riz la lipat pulak.”

Kakakku ketawa lepas. Langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku di luar sana sedangkan hatiku resah. Resah bila merasakan yang mak akan muncul membawa pesanan dan amanat.

“Abang Riz kena kerja la malam ni…”

Kak Shadirah buat muka raih simpati. Dia tidak terus memandangku sebaliknya dia belai rambut lebat anaknya sebelum menjeling ke arahku.

“Yalah… yalah… Iqa lipat lepas Maghrib karang,” ujarku mengalah.

Dia ketawa lagi. Tahu aku mengusik. Tawa kakakku mati bila mak muncul menyelak langsir.

“Ira nak makan ke?” tanya mak tenang. Dia menjeling ke arahku sekilas.

“Ira nak mandi dulu lepas bagi Rayyan nyusu ni. Nanti lepas mandilah, Ira makan,” jawab Kak Shadirah pulak.

“Emmm, tak apalah. Nanti panggil mak. Iqa, mari sini kejap nak.”

Mak terus saja keluar setelah mengajakku mengikutnya. Kak Shadirah memandangku. Dia jungkit keningnya. Pandangannya penuh kerutan. Dia curiga.

“Zikri dah balik ke?” tanya dia berbisik.

Aku pula hanya mengangguk memberikan jawapan.

“Jangan ikut lagi apa diorang cakap Iqa.”

Sempat dia berpesan sebelum aku berlalu keluar dan aku senyum saja kerana aku tahu, sukar hendak ku tolak segalanya bulat-bulat biarpun ada tekad dan semangat.

Aku lihat mak sudah duduk di sofa. Aku menapak perlahan ke arah dia dan terus saja melabuhkan duduk di hadapan mak.

“Ada apa mak?” tanyaku dalam pada cuba mendamaikan hati sendiri.

“Iqa cuba pergi jenguk kat jendela tu kejap.” Mak mengarahku tanpa nada.

Aku masih membatukan tubuh. Langsung tidak berniat hendak bangkit menuruti kehendak mak.

“Buat apa?” tanyaku sambil berpaling ke arah jendela yang sudah tertutup rapat.

“Iqa pergilah jenguk. Nanti Iqa tahulah kenapa.” Mak terus saja bangkit dan berlalu ke dapur. Riaknya keruh. Suaranya juga tenggelam timbul.

Tidak dapat tidak, aku bangkit juga berlalu ke arah jendela. Menolak selak jendela kayu itu dan terus menguak jendela itu sedikit dan saat ini, aku ternampak tubuh Zikri masih lagi terpaku tegak berdiri di tempat dia berdiri tadi.

Lama aku memerhatikan dia dari celah jendela ini. Melihat dia memandang ke arah rumahku tanpa ada mak atau ayahnya bersama. Aku renung ke langit yang mulai kelam tanda hari hendak hujan. Sebentar lagi, tirai malam akan berlabuh.

Setelah seketika, aku nampak Mak Nab turun memujuk Zikri tapi sayang, dia menolak tangan maknya lembut. Butir bicaranya tidak dapat aku baca, tapi aku tahu Zikri mahu tetap di situ dan pastilah menantiku.

Aku memegang kepalaku. Memicit kepala yang sakit tiba-tiba. Apa lagi yang tak kena dengan kau ni, Zikri. Kalau kata tak sihat, buatlah cara tak sihat. Hatiku mula membebel sendiri. Bila akhirnya, Mak Nab berlalu ke atas rumah, dia masih di situ.

“Iqa dah tengok kedegilan Zikri terhadap kamu, Iqa.”

Entah daripada mana, telingaku tersapa lagi dengan suara mak. Cepat-cepat aku rapatkan daun jendela, lalu aku menjauh dari situ.

“Iqa tak tahu, mak dan Iqa tak ada kaitan kalau dia tak nak masuk rumah pun.”
Baru saja hendak melangkah ke bilik, mak menahan langkahku.

“Hari dah hujan ni, Iqa. Kesian dekat dia. Iqa bukan tak tahu macam mana kerasnya hati budak tu.”

Benar kata mak. Saat ini, aku dengar rintik hujan yang mula menyentuh bumbung rumah. Rintik yang perlahan-lahan bertukar menjadi titisan kasar.

Tak boleh. Zikri bukan tanggungjawab aku. Aku tak boleh kalah lagi. Tak boleh! Kala ini, ada satu suara asing di dalam diriku. Membantah supaya aku biarkan saja Zikri dengan kedegilannya dan satu suara lagi, merayuku penuh simpati.

“Mak rasa, Zaim sendiri pernah cakap pada Iqa, kan… tolong dia sebagai kawan dan Zaim sendiri tak kisah, betul tak?” tanya mak perlahan.

Tanganku dilepaskan. Aku memandang mak dalam-dalam.

“Ikut Iqalah nak macam mana. Nak mengelak, atau nak hadapi. Iqa dah besar dan mak tak akan paksa Iqa macam dulu lagi.” Mak mengeluh kecil lantas dia berlalu ke belakang bila terdengar suara ayah memanggilnya.

Hati ini ternyata resah. Ada keliru bertamu. Sekali lagi, aku rapat ke pintu besar. Menarik daun pintu dan ternyata, Zikri masih di situ, berhujan tanpa ada tanda hendak berlalu ke rumah.

Angin semakin menderu bagaikan membawa bisikan syahdu yang penuh pilu tentang perasaan dan jiwa ini yang kisan resah. Rintik hujan semakin kasar dan garang memamah atap genting rumahku.

Tidak sanggup melihat dia begitu, aku cepat-cepat mencapai sekaki payung dan terus berlari ke arah Zikri yang sedang melihat ke arahku.

Langkah itu beranjak sedikit hendak mendekat padaku tapi bila aku berlari, dia pakukan langkahnya. Wajah itu basah. Pakaiannya juga.

“Kau gila ke apa? Baru keluar hospital kau nak sakit lagi?” tanyaku kasar.
Dia menggeleng.

“Habis tu kau nak mati kesejukan, macam tu?” Aku terus melengking. Zikri menggeleng lagi.

“Ziki nak jumpa Iqa. Kenapa payah sangat? Apa yang menghalang kita?”

“Tak ada apa yang menghalang, Ziki. Aku sibuk sikit dengan anak buah aku,” jawabku cuba menenangkan perasaan geram yang ada di dalam hati.

Dia tersenyum kelat.

“Ziki ingat Iqa nak jemput Ziki hari…”

“Dah lah, Ziki… jangan macam ni. Kesian dekat mak ayah kau tu.” Aku kerling ke arah Mak Nab yang ada di muka pintu.

“Jangan buat mereka risau lagi. Kalau kata tak sayang diri sendiri pun, tolonglah sayang mak dan ayah kau, Ziki. Nah, ambil payung ni…”

Aku hulurkan payung itu padanya tapi dia hanya diam membatu. Aku lebih rela membiarkan aku kebasahan waktu ini kerana dia lebih memerlukan.

Bila Zikri tidak mengambilnya, aku terus menarik tangan kanannya, lalu aku biarkan tangan itu memegang hulu payung dan aku ingin berlalu ke rumah di dalam hujan yang kian lebat. Namun, belum sempat aku berlalu, Zikri menarik lenganku.

“Jangan berhujan lagi Iqa… Sini, Ziki payungkan Iqa…” ujarnya separuh berbisik dan airmataku terus mengalir laju dilindungi titisan hujan demi mendengarkan ayat itu setelah sekian lama.

~~~> bersambung

Cik Penulis : Maaf baru siap. 3 hari saya cuba buat.. kesihatan kurang baik sikit.

48 comments:

  1. cian ziki...sebab keliru pada mulanya, bawa padah pada akhirnya. hmm

    ReplyDelete
  2. slm..cik writer, sy ske ngn sume karya awk..tp please la bg watak iqa kawin ngan zaim...walau sekejap pn x pe la...huhu...sian zaim,die baik sgt...

    ReplyDelete
  3. pas ni msti iqa jawab. "Tak payah payungkan aku, aku kalis air hujan" hehehe

    ReplyDelete
  4. alahai adik..don't tell me ..ika is going back to zikri..not again..after what he has done to her..!!kenapa mesti maknya memaksa..tidak sayangkah anaknya sendiri..kenapa melebihkan anak org sdgkan anak sendiri dibiarkan dilukai beribu ribu kali..?? cukup cukuplah..jgn dipaksa lagi iqa berada ditengah kemelut buatan zikri..sesungguhnya iqa sudah mempunyai jalanan hidup sendiri..biar dia yg menentukan..mengharap agar iqa keKL berkerja agar hatinya tidak merasa serba salah akan kehendak org tua zikri dan ibunya..biarlah pilihan nya zaim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..windu komen kak ida yang panjang2 dulu masa buat TK..serius rindu..huhu..sabar kak..kita nantikan ek..ade sikit lagi sebelum masuk klimaks..hehe..

      Delete
    2. betul saya setuju sangat...dengan pendapat akak ida

      Delete
  5. La... Rehan tak sihat ke? kesiannya... Dah sembuh betul ke tu?....

    N3 kali ni...ok..best...Harap teruskan menulis...saya suka semua tulisan Rehan best.

    Tak sabar nak tunggu Terlerai Kasih keluar...

    Chaiyo!!!!

    -ety.s

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang sihat sikit..tp ni dh beransur baik..ada fan pos ubat jauh dari gurun kedah sana..thanks to ayong sara..heheh..wish me ek..

      Delete
  6. alahai........iqa jadi serba tak kena sebak ziki lagi ni..aduhaii........

    mama izz

    ReplyDelete
  7. setuju dengan aria.atau mungkin gak iqa kata "aku dah ada payung baru"

    ReplyDelete
  8. iqa.... tetapkan hati, bulatkan tekad...kasihanilah diri sendiri dulu baru kasihankan org lain... bahagiakan diri dulu barulah bahagiakan org lain.... zikri kena belajar berkorban utk kebahagiaan iqa pula.... kalau benar dia syg dan cintakan iqa... dia kena lepaskan iqa pada yg lebih layak dari dirinya... dan kebahagiaan iqa adalah bersama zaim... tak mahulah cuma seketika.... maybe zikri boleh berpasangan ngan yuzaini.....

    cik writer... semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong pendapat IDA n AIDA.....klu iqa layan sgt krg yiki ingat iqa still love dia...asyik iqa je jadi mangsa keadaan....betul tu aida...mb yuzauni ngan ziki...ok juga tu.....

      Delete
    2. I sokong sama Aida n Aria. Biar iqa sedarkan zikri tu bahawa dah ada org lain yg memayungi diri ini dgn lebih tulus n ikhlas tanpa ada perasaan berdolak dalik lg. sbb zaim tahu akan kehendak hati sendiri berbanding zikri yg lepas kehilangan iqa baru dia sedar bertapa pentingnya iqa dlm hidup dia. semua tu dah terlambat. kisah yg lalu. zikri harus pulak berkorban utk iqa pulak klu dl iqa yg bnyk berkorban. giliran zikri pulak.

      Delete
  9. ermmm...hebat la kak rehan..tgh keliru nak pilih sape last skali ngan iqa neh..

    >>k<<

    ReplyDelete
  10. kesian semua org....
    iqa patut main peranan dgn lebih berani lagi...
    jln terbaik berterus terang dgn ziki... katakan yg hati memang dah ditetapkan utk zaim...namun ziki tetap menjadi kawan yg terbaik utk selamanya dunia dan akhirat. moga2x ziki & family dpt menerima hakikat yg antara iqa & ziki mmang takda jodoh... desakan keluarga harus diurusi dgn setenang2xnya..
    rehan.... get well soon... usop tengah tunggu... hehehehe...:)

    ReplyDelete
  11. Iqa...tetapkan hati tu untuk Zaim...tak semestinya cinta pertama akn berakhir dengan perkahwinan...cinta pertama jugak boleh jadi sahabat baek dan xsemestinya cinta kedua itu tak akn menggapai kebahagiaan....
    Mak Iqa ni buat org susah hati..hehe...anak org plak die nk lebih2..hihi...kadang2 pilihan emak pon mbawa bhgia gak...

    Rehan...suke ur story smpai emo2 dah ni..hehe...
    pape pon rehat2 dlu kasi kesihatan tu baek..rehat byk2...
    take care n stay healthy..

    >peminat setia Zaim< :)

    ReplyDelete
  12. i want zaim....x mo zikri..penulis...tolong lah..

    ReplyDelete
  13. aiyooo ... kenapa ati ni sedih tetiba .. sian kat ziki .. <~~~ x dpt nak decide yg mana satu. Dua-2 hensem kot ...

    ReplyDelete
  14. harap iqa kawin dgn zaiw. siki adalah cerita lamanya. harap pengakhiran cerita ini pun iqa bahagia dgn zaim.


    ila danish

    ReplyDelete
  15. Kesian dekat Iqa . Jangan la kembali pada Zikri . Kesian dekat Zaim . Zaim mesti kecewa gila nanti . Dah la Zaim tu baik sangat . Tolong la Iqa , pentingkan kebahagiaan diri sendiri dulu . Dulu , pengorbanan yg Iqa lakukan sia2 je . Zikri langsung tak hargai . Iqa kenala berani terus terang dekat Zikri yg dia dah ada Zaim . Jangan bagi Zikri harapan .

    *terlebih emo la pulak . Cite Kak Rehan memang selalu buat sy emo kalau part sedih2 ni . Tapi tetap best . Hihi . Sambung cepat2 eh Kak Rehan . :)

    ReplyDelete
  16. Alaa sudahlah tu Ziki, jgnlah nak paksa Iqa lagi kerana
    Iqa pun ada kehidupan dia sendiri. Terima jelah apa
    yg telah Iqa putuskan tak payah lagi menagih kasih pd
    Iqa lagi kerana dia pun sudah ada kekasih hati. Kalau
    betullah kasehkan Iqa lepaskanlah dia jgnlah memaksa Iqa
    menerima Ziki kerana terpaksa kerna cinta juga memerlukan pengorbanan sekiranya betul Ziki sayangkan Iqa kerna Ziki dh terlalu lambat menyedari yg kaseh Ziki utk Iqa sedangkan kerana Zikilah Iqa menderita membawa diri ke negara orang dan mak Iqa pun sudahlah memaksa Iqa terus menerima Ziki kerana kesiankan dia. Cubalah beri peluang dkt Iqa supaya dia sendiri yg membuat keputusan dalam hidup dia bukannya org lain yg menentukannya.
    RM nak Iqa dgn Zaim ye... kesian dgn Zaim dia terlalu baik untuk dilukakan. Biarlah Iqa dan Zaim akan dapat juga hidup bersama dn bahagia setelah begitu lama
    memendam perasaan dan Iqa telah lama juga menderita. pleeeease.

    ReplyDelete
  17. gila... memang ada hentakan perasaan nih..
    saya dah tahu penulis ni meletup..
    tapi baca komen2 pembaca semua..
    lagi meletup cerita nih!!!!
    kak an,, akak beruntung sbb dpt pembaca y sngat2 bagus.. hehe...

    aishh.. iqa mmg tengah tetapkan pendirian..
    sbb tu dia x layan zikri tuh..
    ati dia mmmg ada pd zaim.. sy tau.. sy pasti...

    ReplyDelete
  18. semua dah pakat2 bace n komen but saya baru ade masa untuk membaca nukilan penulis.

    iqa tetapkan hati. biarkan hati itu kepada zaim but even hati iqa itu milik zaim tetapi perasaan 2 still milik iqa. sebab 2 iqa sesekali keliru. hehehe

    ziki...mungkin tiada peluang untuk die but kite xtahu ape percaturan penulis untuk cite nie. kite sama2 nantikan.

    overall, ok la bab nie. memang betul2 main dengan perasaan. sedih 2 xboleh nak tulis la. tahniah kepada penulis. very gud job. even u sakit but semangat still kuat untuk menulis. just nak pesan skit, kalu sakit berhenti sebentar yea. please take care of urself 1st.

    ada la sedikit kesalahan ayat, but ok la. nati semasa manuskrip boleh dbetulkan. saya tunggu bab 30 yea. i'allah.

    lastly, saya semakin suka ngan cite ini. saya ucapkn selamat bjaya n alhamdulliah...tbaik untuk bab ini.

    ReplyDelete
  19. Gahhh. Let Zaim with Iqa. Iqa has been hurts too much. Sian dia. Tak suke dgn Zikri cos dia suke paksa. Suke Zaim. Please writer don't let Iqa with Zikri. Let her with Zaim. Pretty please?! :)

    ReplyDelete
  20. kak rehan update laa cpt... bila nk saksi mmg best tp sy suke lg citer nie,,, cpt2 update... luv ya kak rehan...

    ReplyDelete
  21. we want zaim... plzzzz, kalau betul zikri tak nak iqa berhujan biarlah zaim payungkan,,,,,cz zaim jer boleh buat iqa senyum semula, tak sabar nak tunggu iqa byr hutang zaim, cmne yerr masa tu.. apapun time kacih tuk penulis krn dah buat konflik yg baik... hopefully cpt dinovelkan (tak sabar bc byk kali pun still nangis :( )

    ReplyDelete
  22. Kehidupan memang beginikan. selalu tersepit didalam dua percaturan.But please Rehan make iqa choose Zaim kalu tidak tentu saya akn menangis berduka untuk Zaim yang baik, memahami.

    ReplyDelete
  23. Sukee..hebatnya cinta...ia tidak boleh dilihat..diramal mahu pun ditafsir..hanya yang menanggung merasa....Gud job writer...berpeganglah pada rasa dijiwa...

    ReplyDelete
  24. seriously kte keliru nak pilih sape..ziki ke zaim..tp plg kecian dkt iqa..4 sure la iqa lg lah keliru kan..kte paham perasaan 2..bertahun2 iqa cintakan ziki so perasaan 2 sukar nak padam..tp zaim 2 baik sgt2..x samapi hati pulak dah lukakan hati zaim..arggghhhh..x tw nak pilih yg mne..hehhe..cik writer which one ya cik iqa pilih?update la entry baru cepat2..x sabar nak tahu cerita terbaru..

    ReplyDelete
  25. we want zaim be iqa hero forever. he is really a gentlement. he never force iqa, he let iqa make a choice. he never complaining even his face harder bcoz of decision he make. he thw actual hero. i admire him a lot. plz ya kak rehan. zikri mmg benar2x tlewat utk smua ni wlau dia dah sedar siapa permata n kaca. xnk la smua ceta perempuan ja kena mngalah, biar lah kali ni iqa mjadi wanita yg teguh dgn pendirian n tak dpengaruhi oleh org ln.

    ReplyDelete
  26. kak rehan sies bez gler cter nie...bia la iqa ngan zaim...

    ReplyDelete
  27. terlalu berat rasanya perasaan iqa tersepit dengan perasaan sayangkan mak nak rasa bahgia utk diri sendiri tapi pilihan iqa tepat andai dia memilih zaim coz kerana zaimlah dia belajar mengenal cinta. iqa perlu kuat dan tetap pendirian sbb dia ada penyokong kuat yang akan menyokongnya dari pihak zaim mahupun pihaknya sendiri cuma dia perlu tetapkan hati dan pendiriannya agar tidak goyah dengan pujukan maknya ataupun dari family zikri.

    tahniah kak sbb berjaya membawa saya merasa berbagai perasaan bila membaca. naik sembab dah mata saya sbb terlalu menghayati jalan ceritanya yang best sangat!!!

    -hanim-

    ReplyDelete
  28. hope mmg kesudahan die dgn zaim...plezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  29. gud job rehan:-)hope pasni bukan mellowdrama lg but realiti(even dlm novel)....klu die stay ngn zikri for sure sy rse cm mymph nk m'bce n jst bce ending saje...

    ReplyDelete
  30. kak bila nak sambung citer ni tertunggu-tunggu sambungannya. dah lama stop citer ni..

    -hanim-

    ReplyDelete
  31. Tetiba benci giler kt si ziki...so selfish

    ReplyDelete
  32. Bila nak sambung? Tengah sedih ni, nak sangat-sangat dan sangat Iqa dengan Zaim. Sesuai. Not going back to Zikri. Kenapalah Zikri tue x mati je.. (MOde:Zalim benor ni)

    ReplyDelete
  33. Warrggghhhh..... Why so sad? Aduh.... di telan mati mak, diluah mati bapak.... Confused.....

    ReplyDelete
  34. Permudahkan hidup Iqa dengan Zaim. Cinta pertama tidak semestinya berakhir dengan satu perkahwinan. Jadikan cinta kedua Iqa ialah cinta terakhir untuk Iqa dan Zaim.

    Zikri, terimalah hakikat lain kali supaya cekap bertindak, hargai seseorang dengan mata hati, sekiranya terlepas izinkan Iqa bahagia dengan Zaim, Jangan di ikutkan dengan perasaan ingin memiliki.........

    TIA

    ReplyDelete
  35. Dah lah dalam TK dulu Fiah dengan Ilham BUKAN IZham jadi nie Iqa mesti dgn Zaim BUKAN Zikri.Nak jgk, nk jgk iqa + Zaim.

    ReplyDelete
  36. Tahniah Pn Rahan kerana telah berjaya jadikan emosi saya sedih, marah, suka, gerammmmmm, tension, serba salah dengan watak Iqa. entahlah apsel plak diri ku jadi mcm nie terlebih menjiwai kot....ahah

    ReplyDelete
  37. citer ni ada sambungan ke dak ni..? takka sampai sini je.. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  38. Harap bersabar RM tgh cari feel nk smbung citer nie tau. he he he

    Dah dah lah fikri trima aje lah hakikat yang dunia dah berubah. dulu Iqa suka kt hang , tak layan tup bla dah kehilangan sibuk merintih rayu, nak Iqa plak.

    Biarlah Iqa ngan Zaim, pleaseeeeeee.................

    Wafiah

    ReplyDelete
  39. asslamual'ailakum kak rehan,dgr kbr kka kurang sht ye,doa ratna kk cepat sembuh.....kesian kk rehan ,,wlaupun sakit tp tetap smngat tuk melanjutkan crite ni,terkdang ada juga kslahan dlm taip...maklum msa ne kk krang shat ,ratna kgum ...kk rehan, dgn cerita "KU PAYUNGKAN KAU" watak2 yg kk gbrkan disini sangat menyentuh hati,terutama heroin kt moga Iqa bs diberi ketabahan dlam menghadapi semua dugaan ini....to kk rehan moga sukses slalu...lve you kk rehan..

    ReplyDelete
  40. Maraton utk kali ke2 dh ni. bla ya nk ke versi cetak. tak sabar nk iqa ngan zaim. tp apsal ngan mak iqa tu, suka sngt paksa2. support la yg baik2 tuk iqa tu.

    ReplyDelete
  41. marathon bace...dah lame tak bace karya RM...........nak zaim...kite kena hargai dan terim aorg yang syk kite...bkn yg kite syg...walaupun zaim yang pertama tap insyaAllah dialah yang terakhir............

    ReplyDelete