Geng

Saturday, July 28, 2012

Izinkan Aku Menangis 5


BAB 5

PERTAMA Ramadhan bakal menjelma esok.  Malam ini, terawih pertama akan mereka jalani.  Alaina sudah bersiap.  Begitu juga dengan Adiana.  Biarpun masih kanak-kanak yang masih belum mencapai umur wajib, Alaina mahu adiknya itu tahu serba sedikit akan perkara wajib.  Dia mahu Adiana membiasakan diri di dalam telekung dan bersujud pada Allah. 
“Comelnya adik kakak ni…,” puji Alaina lantas dia mencubit pipi gebu Adiana.  Sejuk hati kakak tengok Adiana pakai telekung ni.  Bisik hati kecil Alaina.
Sengihan lebar Adiana telah  menghalau resah biarpun dia tahu, Ramadhan dan Syawal kali ini pastilah berasa janggal.  Dia akan membawa ibunya keluar daripada pusat tahanan orang-orang sakit jiwa itu.  Dia mahu menjaga ibunya sendiri. 
Ibu sabar… Alai kumpul duit dulu.  Kita cari rumah sewa dan Alai akan bawa ibu balik.  Kita tinggal sama-sama biarpun tanpa ayah.  Alaina yakin dengan kata hatinya.  Dia rindukan ibu.  Tapi, bayang-bayang ayah yang berlumuran darah juga menyentap hatinya.  Matanya dipejam rapat.  Begitu payah dia menghalau hingga akhirnya, teguran Ustazah Fatima menyentak kenangan.
“Alai dengan Yana dah siap?”  soal Ustazah Fatima lembut setelah dia menyelak langsir yang menutup pintu bilik dua beradik itu.
Alaina mengangguk. Dia lantas bangkit dan menarik tangan Adiana hendak keluar bersama dengan Ustazah Fatimah dan suaminya, Ustaz Fadzil ke sura berdekatan Nur Raudhah. 
Dia sendiri tidak menyangka, Ustazah Fatimah berkeputusan hendak tinggal di sini saja menemani mereka memandangkan Alaina berkeras tidak mahu tinggal di rumahnya yang agak jauh sedikit daripada rumah wakaf itu. 
“Terima kasih, umi,” ucap Alaina dalam perjalanan ke surau.
Ustazah Fatima berpaling pada Alaina.  “Kenapa terima kasih pulak?” 
Dia saja bertanya kerana dia sendiri telah punyai jawapan untuk itu.  Sejak dua hari sudah, tidak lepas ucapan itu daripada bibir Alaina.  Begitu juga Adiana.  Sungguh mereka anak yang baik tapi entah apa dugaan yang melanda, dia sendiri masih menanti khabar daripada Adan. 
“Sebab semuanya…”
Alaina sudah tidak tahu pertolongan yang manakah yang harus dia sebut kala ini.  Sudah terlalu banyak.  Tak termampu dia membalas.  Hinggakan bila dia menolak untuk tinggal bersama Ustazah Fatima, wanita itu pula yang sudi berpindah ke Nur Raudhah.  Katanya, mudah untuk dia adakan kuliah untuk kaum hawa sepanjang bulan puasa ini.
“Emm… itu tanggungjawab umi.  Kalau kata orang lain ditempat Alai pun, insyaAllah umi bantu.  Rezeki dan kudrat yang Allah bagi ni, tak ada gunanya jika kita tak berkongsi dengan orang lain yang juga memerlukan.  Betul tak?”  Kening Ustazah Fatima terjongket sedikit.
“Kamu dengan Yana tu baba pandang dan macam anak baba, Alai.  Pertemuan singkat ni baba tak harap berakhir macam tu je.  Selagi kami mampu jaga Alai dengan Yana, baba nak jaga.  Mungkin kami tak kaya tapi Alhamdulillah… cukuplah segalanya.”  Giliran Ustaz Fadzil pula berbicara. 
Pertama kali dia melihat Alaina dan Adiana baru semalam.  Sebelum ini hanya isterinya yang petah bercerita itu ini tentang dua beradik itu.  Benar kata Ustazah Fatima, pandangan pertama akan membuatkan hati ini berasa belas pada dua beradik itu.  Tidak tahu kenapa.  Hanya Allah yang punyai jawapannya.
“Terima kasih, baba,” ucap Alaina pada suami Ustazah Fatima itu. 
Dia menghela nafas lega lagi.  Bersyukur amat akan rezeki Ramadhan yang dia terima.  Hadiah telekung baru daripada pasangan suami isteri itu yang tersarung pada tubuhnya dan Adiana kini membuatkan dia yakin, kelam hidupnya kian berlalu.
Dari jauh, cahaya daripada surau berdekatan sudah terbias di mata mereka.  Indahnya malam bermula puasa ini, sukar hendak digambarkan dengan kata-kata.  Langit yang nampak bercahaya, udara yang nyaman dan langkah yang kian yakin untuk menempuh hari mendatang. 
Tak selamanya yang kelam itu kekal kelam dan tak selamanya derita itu kekal derita.  Pasti ada bahagia.  Pasti!  Itulah pesan Ustazah Fatima yang tersemat kemas di dalam hatinya dan Alaina melangkah lagi menghampiri pagar surau  yang ternganga lebar mengalu-alukan umat Nabi Muhamad hadir memeriahkan rumah Allah  itu.

**

JEMARI runcingnya sedari tadi menekan nombor pada Blackberry Bold 3 berwarna putih itu.  Tapi sayang bila panggilannya tidak juga bersambut.  Pesanan ringkas juga langsung tidak berbalas.  Juana menyumpah sendiri menahan geram.
“Mana Mikhail ni?  Janji nak keluar!  Dari tadi call tak berjawab!”  rungut Juana.  Bibirnya digigit lagi. 
Sekali lagi dia mahu mencuba dan ternyata, percubaannya kali ini berjaya.  Dia sudah mampu mendengar suara lelaki yang dia sayang itu di hujung talian. 
Where have you been, sayang?”  tanya Juana manja bila suara Mikhail menjawab lemah.
“Kenapa you call I banyak kali ni?  Sekali dah cukuplah.  Nanti I return call balik,” tegur Mikhail agak marah. 
Baru saja dia mencecah anak tangga hendak ke bilik, telinganya menangkap deringan telefon yang tak putus-putus deringannya.  Bimbang ada hal kecemasan urusan kerja, dia berlari pantas.  Sudahlah tubuh letih setelah pulang daripada masjid tadi. 
“You pergi mana?  Lemah je suara you?”  soal Juana lagi dan kali ini lebih manja.  Dia mahukan Mikhail.  Dia rindukan kehadiran lelaki itu di depan kondo miliknya. 
“I baru balik dari masjid…,” jawab Mikhail meleretkan suaranya. 
What?  Masjid?”  Suara Juana sedikit terjerit.  Sudahnya dia ketawa terbahak-bahak.  Bagaikan tidak percaya dengan apa yang Mikhail utarakan tadi. 
Biar betul Khail ni ke masjid?  Tak pernah-pernah sebelum ni mamat ni ke masjid?  Kena bomoh ke apa?  Soal Juana sendiri.  Hendak dia ajukan pada Mikhail, dia langsung tidak berani.  Bimbang dijerkah oleh lelaki itu.
“Apa yang lucu sangat, Juan?”  soal Mikhail geram.  Payah betul perempuan bukan Melayu ni.  Pergi masjid pun pelik ke? 
“Tak adalah lucu, sayang tapi tak pernah-pernah I dengar you sebut perkataan masjid tu.  You kenapa ke sana malam ni?”  Tawa Juana masih tersisa. 
Sungguh dia rasa mahu gelak terbahak-bahak mengenangkan jawapan Mikhail tadi.  Boleh pulak dia ke masjid.  Buang tabiat ke apa?
“I baru balik terawihlah, Juan.  Esokkan dah mula puasa.  Itulah you, I suruh you masuk Islam you tak nak!”  tekan Mikhail sengaja mengenakan Juana.
Dia pernah bertanya pada perempuan Kristian Sabah itu, sanggupkan meninggalkan agamanya untuk bersama Mikhail.  Lambat saja Juana menjawab dan biarpun pada akhirnya Juana mengangguk, Mikhail sudah tahu yang Juana tidak akan. 
Mikhail juga punyai impian.  Dia lelaki normal.  Benar dia jahat tapi dia juga sentiada angan-angankan perempuan yang baik untuk menjadi isteri dan ibu pada anak-anaknya cumanya masa untuk dia bergembira dengan Juana masih belum tamat.  Dia mahu berseronok sepuas-puasnya tapi kata-kata mamanya sebentar tadi terngiang-ngiang lagi.
“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, Khail!”  Itulah pesan Puan Maryam padanya.  Rasanya bukan pesanan tapi lebih pada sindiran dan dia tahu itu. 
Kan I dah pernah cakap, I sudi but not now,” jawab Juana lembut. 
Dia cukup tidak suka bila Mikhail membangkitkan isu itu.  Mummy dan daddynya pastilah tidak menghalang kerana ada juga seorang dua ahli keluarganya memeluk Islam tapi dia rimas melihat cara mereka berpakaian.  Segalanya terlarang dan perlu dijaga.  Hinggakan seurat rambut pun sukar hendak nampak. 
“I tak kisah, Juan… you tak ada, I cari lain,” sinis Mikhail lagi.  Dia terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. 
Ditilik tubuh sasanya sekilas.  Sudah bertahun dia tidak mengenakan baju Melayu dan malam ini, atas desakan Puan Maryam dan pujukan Malisa, dia menyarungkannya untuk ke masjid menunaikan terawih pertama sebanyak 21 rakaat.  Rasa mahu bengkok kakiknya. 
“You jangan nak ugut I, ya sayang.  I bukan apa, you sendiri pun tak betul hidup dengan agama you then you nak didik I macam mana?”  soal Juana lembut tanpa dia sedar yang Mikhail sudah merah padam mukanya.
“Apa you cakap, Juan?”  Nafas Mikhail berubah kasar.
“Berani you sindir I, ya?  Sejak bila?”  Bertubi-tubi Mikhail membentak.
Juana telan liur.  Dia jauhkan sedikit telefon dari telinga dan dia memandang Blackberry itu dengan mata yang bulat. Juana tepuk dahi.  Mampus aku.  Macam mana boleh terlepas cakap ni?  Kesalnya Juana, payah  hendak dia gambarkan dengan kata-kata.
Nope, sayang.  I am sorry.  I tak sengaja.  I tak maksudkan macam tu.  I sudi apa-apa saja untuk you.”  Juana cuba memujuk Mikhail tapi sayang bila lelaki itu sudah memutuskan talian.
Rancangannya rosak.  Baru hendak mengajak Mikhail menemaninya menonton wayang di Pavilion tapi sudahnya, Mikhail diamkan saja panggilannya.  Huh, bodohnya kau Juana, sinis Juana pada dirinya sendiri.
Blackberry dicampak ke katil dan dia terus menggapai beg tangan dan kunci kereta.  Tanpa Mikhail, dia masih punyai ramai teman. 
Mikhail menghela nafas.  Pedih telinganya dengan kata-kata Juana tadi.  Biarpun lembut dan menggoda seperti biasa tapi ayat itu mampu membuatkan telinganya berdarah. 
“Celaka punya perempuan!”  tekan Mikhail geram. 
Dia bangkit dari pembaringan.  Baju Melayu itu ditarik daripada tubuh dan saat itu, sekeping kertas jatuh daripada poket.  Mikhail mengutip kad tersebut dan mencampakkan pakaiannya ke lantai.  Ditiliknya lama kad pemberian mamanya itu.  Tertera jelas nombor telefon rumah Nur Raudhah tempat mamanya belajar. 
“Nak call ke tak nak?  Mama suruh call tanya ustazah sudi tak ajar aku.  Aku bukan nak belajar pun,” gumam Mikhail sambil menatap sepuluh digit nombor tersebut.
Lama dia memerhatikannya sampaikan dia sudah mampu menghafalnya.  Nama Ustazah Fatima langsung tidak menggamit rasa hendak menekan nombor tersebut tapi satu nama lain yang tidak pernah disebut mamanya itulah yang menguatkan rasa hendak mendail terus nombor yang tertera.
Samsung Galaxy S III dicapai.  Dia mahu mendengar suara itu seperti mana lembutnya suara itu menyapa mamanya beberapa hari sudah.  Dia mahu dengar suara gadis itu sekali lagi.  Suara yang berbeza pada pertama kali dia mendengarnya. 
Mikhail telan liur kala teringatkan bibir merah milik Alaina.  Lama-lama dia menggeleng dan meraup wajahnya.  Apa kena dengan aku ni?  Soal Mikhail serba tak kena.  Setelah dia yakin dengan apa yang dia mahu lakukan, dia terus mendail nombor itu.  Mikhail nekad.  Sepatah pun jadi.  Itulah kata hatinya.

**

BIBIR Alaina mengukir senyuman tipis.  Dia berasa lega kala suara itu menyapa telinganya.  Mahu saja dia ketawa tapi dia menahan rasa hati.  Dia masih ada silu.  Ada tingkah dan santun  yang perlu dia pelihara. 
“Assalamualaikum, abang,” sapa Alaina lembut.  Lembut yang tidak dibuat-buat.  Kelembutan yang sememangnya sudah sebati dalam dirinya sebagai gadis timur. 
Waalaikummussalam… Alai dah balik terawih?  Berapa rakaat?”  tanya Adan di hujung talian usai menjawab salam Alaina.  Pertama kali memanggil Alai, dia harus akui, ada rindu dalam diri yang sudah pandai menyelinap dan bersembunyi di dasar hati. 
Adan seronok kala mendengar Ustazah Fatima memanggil Alaina dengan gelaran Alai.  Kedengaran unik kerana nama wanita itu sendiri sudah terlalu unik dan cantik.  Seunik dan secantik orangnya.
“Tadi lagi.  Alhamdulillah hari ni penuh.  Dua puluh tiga.  Yana jelah berapa rakaat je dia ikut.  Lepas tu merengek letih,” adu Alaina pada Adan. 
Dia sendiri tidak tahu, mengapa dengan Adan dia mampu berbicara begitu.  Buat pertama kalinya dia berbual mesra dengan lelaki.  Jika tidak, dia pasti akan mengelak melainkan ada hal-hal yang terlalu penting saja. 
“Syukur dengan nikmat Allah.  Sahur nanti makan apa?”
“Emm… tak pasti lagi, bang.  Umi dengan baba insyaallah akan tinggal di sini sepanjang puasa ni.  Nak temankan kami sementara kami masih di sini.”  Alai berkata jujur. 
Benar begitu kerana dia tidak pernah terlintas  hendak tinggal di situ buat selama-lamanya.  Barangkali, setelah hari raya nanti, Alaina akan membawa adiknya berlalu.  Buat sementara ini, biarlah dia menemani Ustazah Fatima.  Jasa yang mereka taburkan tidak mampu dibalas.  Dia hanya mampu menemani kesunyian uminya saja. 
Alai nak ke mana?  Masih dengan tekad nak kerja sendiri nanti?”  Adan menyoal resah. 
Sungguh dia tidak menyangka yang Alaina tetap bertegas hendak berlalu dari Nur Raudhah satu hari nanti.  Satu hari yang boleh jadi esok dan boleh jadi juga lusa.  Adan  tak tahu namun apa yang pasti, jika Alaina pergi… mampukah dia harungi hidupnya seperti biasa lagi tanpa puteri di hati? 
Alai tekad, bang.  Alai nak berdiri atas kaki sendiri,” tegas Alaina lembut. 
Adan akan menghalang tapi lelaki itu tak mungkin memaksa.  Dia tahu itu.  Sedikit sebanyak, dia sudah tahu sikap dan cara Adan melayani kaum hawa.  Cuma bezanya, dengan dia terlebih sedikit.  Itupun dia ketahui daripada bibir Ustazah Fatima yang suka berseloroh berkenaan Adan dengannya. 
“Emm… tak apalah.  Yang tu sampai masa nanti, kita bincang balik,”  ujar Adan menutup tajuk yang dia tak sudi nak bincangkan buat masa ini. 
Perjalanan Alaina dan Adiana sangat perit pada pandangan matanya.  Andai tidak, tak mungkin Alaina tidak pernah menitiskan airmata biarpun sekali setakat ini biarpun dada itu bermukim sebu.  Kukuh sungguh tembok airmata gadis itu.  Gagah sungguh semangatnya menempuh hidup. 
Tidaklah dia berharap Alaina mengalirkan airmata.  Tapi, tidakkah Allah telah menghadiahkan wanita itu dengan airmata  yang menjadi tanda kekuatannya juga?  Tidakkah Allah menjadikan wanita itu dengan airmata?  Lembut namun cukup gagah untuk menopang dunia.  Tapi, ternyata Alaina berbeza.  Ustazah Fatima juga berkata demikian.  Tidak pernah sekali dia melihat Alaina menangis. 
“Buat masa ni, Alai dok dengan umi dan baba.  Abang dah mula mengajar macam biasalah esok pagi.  Pertama puasa, pergi mengajar… mesti agak mencabar tapi tak apalah.  Itu kira jihad juga tu.  Melangkah dari rumah dengan niat baik, insyaAllah, Allah lindungi kita,” sambung Adan lagi.
Perbualan sepi seketika.  Hanya helaan nafas masing-masing yang menyapa telinga.  Adan masih tidak percaya dengan siapa dia kini.  Sungguh dia tidak menyangka yang dia temui keberanian hendak mendail nombor di rumah itu.  Ustazah Fatimalah  yang memberi sokongan dan dia akhirnya temui keyakinan.  Tidak salah.  Sekadar bertanya khabar.
Alaina pula masih diam.  Ada beberapa perkara yang dia mahu cakapkan.  Mahu bertanya dan mencari jawapan.  Dia mahu tahu, apakah yang Adan bualkan dengan Ustazah Fatima dan dia mahu bertanya perihal Mikhail.  Lelaki yang lantang mengherdiknya beberapa hari sudah.
Alai nak cakap apa-apa ke?”  soal Adan bila dia yakin, nafas resah Alaina itu menyatakan dia mahu bersoal atau barangkali memberitahu tentang sesuatu. 
“Eh, tak ada apalah, bang.  Dah lewat ni.  Umi dengan baba pun dah masuk tidur.  Esok nak bangkit awal.  Umi ajak solat sunat syukur sambut Ramadhan,” dalih Alaina. 
Huh, tak sangka Abang Adan boleh rasa aku nak tanya soalan.  Bisik hati Alaina lega.  Buatnya Adan berada di depannya, Alaina pasti kejung.  Pasti tidak berdarah jika Adan menelah begitu. 
“Hah?  Solat sunat syukur sambut Ramadhan?”  tanya Adan sekadar mahu menduga.
Terbersit hatinya dengan sebaris ayat itu.  Bibir merahnya mekar dengan senyuman.  Bahagianya dia andai benar Ramadhan yang dimaksudkan itu adalah dia.  Namun, bulan Ramadhan juga adalah lebih baik daripada seribu bulan.  Itu janji Allah.
“Kenapa?”  soal Alaina ringkas. 
Rasanya tiada apa yang pelik dengan niat itu.  Baik niatnya.  Menyambut bulan mulia ini penuh syukur dan nyatakan rasa syukur itu dengan bersujud pada Allah yang Maha Agung. 
“Tak ada apa.  Tapi, harap Alai pun bersyukur terima Nur Ramadhan dalam hidup Alai biarpun tak sampai ke hati lagi,” ujar Adan berkias. 
Wajahnya terasa hangat.  Mujur saja tidak berhadapan dengan Alaina waktu ini.  Jadi, dia semakin berani berkata begitu.  Jika Alaina di depan mata, pasti tidak terluah.
“Eh abang ni… ke situ pulak.  Tapi, yang pasti abang hadir bawa cahaya dalam hidup kami dua beradik saat kami melintasi jalan yang gelap gelita,” balas Alaina ikhlas dari lubuk hatinya. 
Dia juga begitu.  Mujur tiada Adan jadi dia berani meluahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya beberapa hari sudah. 
Tanpa dia tahu, ada bisikan lain yang menyapa peluput telinga.  Ada kata-kata indah yang berdengung dalam kepalanya dan yang pasti semuanya itu punyai cahaya.  Nama dan wajah Mikhail hilang.  Dia tidak mahu peduli lelaki itu lagi sedangkan dia tahu, dia pasti akan lebih kerap bertemu memandangkan Puan Maryam dan Malisa akan ke sini lagi nanti. 
“Kita sama-sama tunaikan solat sunat.  Mengerjakan yang wajib dan melakukan yang sunat selagi mampu dengan seluruh keikhlasan.  Sepuluh pertama Ramadhan ni, moga-moga kita mendapat keberkatan dalam setiap detik hari-harinya.  Biarlah kita beramal bagaikan hari ini merupakan hari terakhir untuk kita dan…”  Kata-kata Adan terhenti.  Dia menghela nafas dalam-dalam. 
Adan tahu, Alaina sedang kusyuk mendengar dan dia juga sudah temui keberanian untuk berkata demikian.
“… dan insyaAllah, tahun-tahun akan datang, abang imamkan Alai pulak,” sambung Adan dan talian terus mati. 
Alaina gamam.  Dia sedikit keliru dengan kata-kata Adan.  Gagang telefon dipandangnya lama.  Apa maksud Abang Adan ni?  dah lah tak beri salam.  Alaina merungut bila dia tidak tahu yang Adan sedang menahan malu  yang hebat.  Tidak pernah dia melakukan kerja-kerja mengayat perempuan ni.  Tapi dengan Alaina, dia terasa mahu jadikan gadis itu sah di sisinya dan berharap moga doanya termakbul di bulan mulia ini.
‘Sah kau gila, Adan,’ sinis Adan pada dirinya sendiri. 
Telefon bimbit dia letak di meja tepi katilnya.  Lalu dia rebahkan tubuh yang sedikit penat.  Agendanya terlalu padat esok.  Ada perkara yang mahhu selesaikan.  Ada rahsia yang mahu dia uraikan. 
Lindungi dia, Ya Allah.  Moga sentiasa berada di dalam barakah-Mu.  Moga sentiasa berada di bawah lembayung kebesaran-Mu.  Kerana dia adalah wanita yang lemah dan izinkan aku menjadi lelaki  yang gagah bagi melindungi dia.  Hati Adan berbisik sendiri dan tanpa sedar, matanya terlelap di dalam alunan zikrullah. 
Kaki Alaina melangkah melalui bilik Ustazah Fatima setelah gagang telefon diletakkan.  Baru saja hendak menolak pintu yang menempatkan mereka beberapa hari ini, suara Ustazah Fatima menyeru lembut.  Wanita itu terjengul di muka pintu dan menyanggul rambutnya yang sudah putih sedikit. 
“Siapa telefon Alai?”  soal Ustazah Fatima lembut. 
Dia sudah tahu Adan yang menghubungi Alaina.  Dari awal tadi, Adan sudah menghantar SMS padanya, menyatakan Adan meminta izin untuk berbicara dengan Alaina seketika. 
Abang Adan, umi,” jawab Alaina sedikit cuak.  Bimbang menyapa hati.  Takut Ustazah Fatima memarahi. 
“Oh… tak apalah.  Dia saja nak tanya khabar la tu, kot,” sela Ustazah Fatima sambil terus memandang Alaina. 
Alaina mengangguk mengiyakan kata-kata Ustazah Fatima.  “Alai masuk tidur dulu, umi.  Assalamualaikum.”
Waalaikummussalam,” balas Ustazah Fatima. 
Dia terharu dengan anugerah Allah kali ini.  Bagaikan bulan jatuh ke riba bila dia menerima kehadiran Alaina dan Adiana.  Allah masih sayangkan dia lalu mengirimkan dua orang anak untuk Ustazah Fatima dan suaminya.  Biarpun tidak lahir dari benih mereka, dia berasa dekat dengan Alaina dan Adiana.  Apatah lagi, kebaikan dan sopan santunnya Alaina itu sudah menambat jiwanya erat.  Tak mampu Ustazah Fatima bayangkan jika Alaina berlalu nanti.  Pastilah menitis airmatanya merelakan kepergiaan Alaina. 
Baru saja Ustazah Fatima berpaling dan hendak masuk kembali ke bilik, telefon sekali lagi berdering.  Dia pantas mengangkat gagang dan bila dilekapkan ke telinga, suara lelaki menyapa. 

**

MIKHAIL membentak hebat.  Hampir saja dia mencampakkan telefonnya ke dinding.  Biar pecah berderai bagi melahirkan rasa geram yang tidak terhingga.  Sedari tadi, tak sudah-sudah talian itu tak dapat ditembusi.  Ada saja halangan.  Talian sibuklah, tak berjawablah.  Apa masalah ni?
Rambutnya diramas kuat.  “Payah betul nak telefon perempuan ni!”  bebel dia sendiri.
Jari kasarnya sekali lagi menekan nombor tersebut dan beberapa kali percubaan lagi, dia akhirnya berjaya tembusi talian. 
“Assalamualaikum… siapa, ya?”  tanya seseorang dan dia yakin, itu adalah suara Ustazah Fatima.
Jika suara Alaina, pastilah darahnya menyirap kini.  Suara itu merdu dan lembut.  Terasa tergantung kakinya ke udara bila mengingatkan suara Alaina berbicara dengan mamanya semalam. 
“Err… boleh saya cakap dengan Alaina?”  Suara Mikhail sedikit gugup tadi.  Sudahlah salam Ustazah Fatima tidak berjawab. 
Mahu kena tazkirah je ni.  Nak telefon anak orang tapi perangai macam anak setan, kutuk Mikhail pada dirinya sendiri.  Ah, lantakkan sudah.  Janji aku dapat dengar suara Alaina kejap. 
“Emm.. dah tengah malam ni.  Alaina dah tidur.  Baru saja dia masuk tidur lepas sembang dengan Abang Adan dia tadi,” beritahu Ustazah Fatima. 
Ustazah Fatima tidak tahu siapakah si pemanggil itu.  Jarang ada yang membuat panggilan ke rumah Nur Raudhah melainkan orang daripada Jabatan Agama, kaum wanita yang mahu bertanya jadual pembelajaran dan Adan merupakan satu-satunya lelaki yang selalu menghubunginya di sini.  Pelik ni, fikir Ustazah Fatima. 
“Siapa telefon dia?” Mikhail sedaya upaya cuba mengawal suaranya. 
Terkejutnya bukan kepalang kala Ustazah Fatima menuturkan sebaris nama itu.  Sejak bila perempuan tu kenal lelaki tu?  Dah lama ke?  Ada hubungan istimewa ke?  Mikhail tidak mampu lari dari berfikir demikian.  Dia mahu tahu.  Dia mahukan jawapan. 
“Ustazah… siapa telefon dia?”  soal Mikhail lagi dan kali ini sedikit marah. 
Giginya dikacip kuat.  Jika Adan ada di depannya sekarang, pasti sudah menjadi sasaran buku limanya wajah bersih Adan itu.
Adan telefon Alai tadi,” jawab Ustazah Fatima tidak selesa. 
Siapalah lelaki ni mencari Alaina? Tak kanlah abang Alaina pulak sedangkan mereka tu dua beradik saja.   Mengeluh juga hati Ustazah Fatima. 
Mikhail berasa hangat di dalam dadanya.  Rasa nak pecah dada menahan marah.  Padanlah aku telefon berjuta kali engage je.  Ada mamat lain potong lain rupanya.  Mikhail marah di dalam hati.  Haih… tak boleh jadi ni.
“Emm… tak apalah.  Saya telefon kemudian.  Assalamualaikum,” ucap Mikhail dalam marah.  Talian mati. 
Ustazah Fatima terpinga-pinga.  Dia memandang bilik Alaina yang sudah tertutup rapat pintunya.  Risau pulak umi dengan kamu ni, Alaina.  Desis hati Ustazah Fatima.  Rasa tidak tenang kini hatinya memikirkan Alaina setelah panggilan itu.
Mikhail mencampakkan telefonnya ke katil.  Remote control dicapai.  Suhu penghawa dingin diturunkan lagi.  Hatinya benar-benar terbakar.  Tak mampu dia bersabar jika nama Adan sentiasa menyemakkan kepalanya.  Dia tidak mahu tahu siapakah Adan pada Alaina.  Yang pasti dia mahu tahu siapa Alaina.
Wajah ayu itu semakin memburu jaganya.  Suara mendayu itu semakin memburu lenanya.  Mikhail tak mampu tinggal diam lagi.  Dia perlu dapatkan Alaina biarpun untuk memuaskan kehendaknya yang tidak pernah tewas dalam mencairkan hati wanita. 

~~> bersambung 

34 comments:

  1. Alamak adan dh masuk jarum hbsla peluang khail huhu. Kena cpt2 btindak karang ada yg gigit jari hihi

    ReplyDelete
  2. go go mika..go & get alai..make her yours..

    ReplyDelete
  3. eh bagus lah adhan dah masuk jarum...itulah yang sebaik-baik nya...harap2 RM pasangkan alai dengan adan mesti sweet...

    ReplyDelete
  4. boleh tak kalau saya buat assumption..yang dua-dua takkan dapat alaina..hehe

    ReplyDelete
  5. rasa macam ending cerita alai dengan khail. Bukan dengan Adan.. tehee

    ReplyDelete
  6. nk dngn mikhail juga.hihihi

    ReplyDelete
  7. x mo..x bley..dengan Adan lah baru padan..

    ReplyDelete
  8. Aduhai... Akak Rehan ni tukar gambar Adan jadik same2 rock ngan Mikail... Comel lagi gambar Adan yg dulu tuh kut... heheheh~ Ape2 pun, saye tetap berharap Adan la yang akan menjadi imam Alai. Alai leh membuka jalan pada perubahan Mika, tapi biarlah dia di bwah lindungan Adan. Mika leh jadi imam seorg perempuan lain di masa hadapan.

    ReplyDelete
  9. bagi mikail insaf dulu, berubah total baik baru sepadan dengan alai

    ReplyDelete
  10. isk mikhail ni.. pe hal plak nk marah2 kat adan?mcm diorg kenal je.. br 2kali jumpa kot..

    ReplyDelete
  11. Saya suka cerita ni, tapi saya tak suka Mikhail. Maybe kak Rehan and ramai pembaca yg nak kan Mikhail as the hero. But based on these few early chapter, saya tak berkenan dgn Mikhail, kuat membentak. Hihi Adan lebih sesuai utk jaga Alai. Sorry, but this is just my perception. Anyway, goodluck kak Rehan! :)

    ReplyDelete
  12. aish adan tu bia ngn malisa..alai lak ngn khail..

    ReplyDelete
  13. RM,tak kisah la RM nk letak Alai ngan Adan or Khail. Tp kak sgt2 gumbira andaikata Alai dipadankan dgn Khail..hehehe..nk tgk Khail berubah ke arah kebaikan..selepas bertemu dgn Alai...apa2 pun..kak sukkkee n sokong RM...tima kaseh!

    ReplyDelete
  14. Good RH konflik dah mula,pada akak BMW lh RH.Best Men Win.pandai2 lh En Mikhail tu mengayat Cik Alaina kita.tk sabar dh ne........he he he cepat smbg ye dek.thank

    ReplyDelete
  15. kak RM .. nak alai ngan khail . so khail blh berubah .. hihi

    ReplyDelete
  16. minta2 alai dgn mikail....cepat publish en3 baru ye RM

    ReplyDelete
  17. saya pun syak dua-dua tak dapat alai. kot dia mati sama masa ending. sapa tau? penulis je tau. hehehe.

    kadang-kadang saya terpengaruh dgn gambar utk watak diorang ni. khail tu entah pelakon mana pun saya tau. saya kurang gemar ashraf muslim. fazura pun saya tak suka sangat. so saya lebih suka pikir ending yg entah ape-ape. kehkeh.

    adoi, statement buat ade yg bengang ni. huhu. ampun maap kalau ade yg marah. ^_^

    ReplyDelete
  18. ermmm...ska alai ngan khail..hope sgt khail dpt brubah..
    brula leh brsaing ngan adan...
    arap2 hepy ending alai ngan khail....
    thanks RM upload cite nie...sntiasa skong RM...luv u..hehehe

    ReplyDelete
  19. pada saya ,saya lebih suka kalau alaina ngn adan.. sbb adan tahu nak kawal batasnya cam ner..ayat pun still berkias2 lagi..x sampai mnganggu hati.. khail pun not bad..but jika jodoh die bkn ngn alaina,kena lah redha..hehe.x pe la,mne2 hero pun xpe..time kasih kakak RM sbb upload citer nie..suka ngn watak perempuan yg tabah.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp biasanya kalau hero mesti spesies mikhail r kan? hehe.
      tp dlm cite ni mmg dua2 sy suka. lebih2 lg time baca mikhail marah2 tu,.sengih smpy telinga! haha.

      Delete
  20. nak dgn khail...baru lah thrill tgk perkembangan dorg camner. hehe

    ReplyDelete
  21. kalau khail dgn alai n adan dgn malisa cm bosan la RM, dh byk sgt cite cmtu..expected ending..bg la yg unexpected ckit..klau khail dgn alai cm mmg dh expect dr awl ni pn..just my opinion :)

    ReplyDelete
  22. kk rehan, nk khail dgn alai gak.. bru ade feel nk bace... hehe...

    ReplyDelete
  23. wah wah wahhhh! go mikaa! I sokong you! kekekeke. good job kak ann! sambung lagi ye! ;)

    ReplyDelete
  24. waaa....i sokong khail la karehan. adan baik sgt la. kalo adan jdi hero mcm perfect sgt watak adan. da la baik warak, ada karekter org tua suka. umi, mama khail pun suka dan. ksian kat khail nnt.putih mata je la

    >>k<<

    ReplyDelete
  25. kak su pon suka ngan watak mikhail.. hehe.. watak hero mmg camtu..nti2 mesti cair n sweet jer..RM next n3 please....

    ReplyDelete
  26. RM, saya jadi bias bila dah diletak gambar di atas tu. Kalu tanpa gambar, rase2 nya suka gak kalu Khail jadi hero. Tp bila tengok gambar dia macam ala-pompuan gitu rasa tak sesuai betul. Lagi sesuai Adan. Tapi kalu gambar Adan tak diletak; mungkin blh vote for Khail psl biasa ler hero kena perangai mcm nakal dulu baru insaf kemudian. Tp bila taruk Adan yg rupa baru ni, rase nya Adan la pulak sesuai jd hero. Mcm mane ni...
    Gambar Alai dh ok sgt dh tapi since kat luar sana dia ada ceritanya tersendiri, jd tak leh nk hayati watak Alai ni. So in conclusion; better RM tak yah taruk gambar dulu wat masa ni.

    AMO

    ReplyDelete
  27. xnak...xnak...nak ngn khail gak...... :)

    ReplyDelete
  28. Best crite ni! Hopefully Alai akan jadi lebih tabah....pasal Adan & Mikail tu saya setuju dgn Norihan Best man win! Tapi kalau Alai dgn Adan mmg sesuai sgt tapi mcm too perfect la. Kalau dgn Mikhail tu mcm adventure la ckit sbb watak dia yg SBRB (sombong, bongkak, riak, berlagak) tu yg jadikan crite ni lebih menarik....lagipun Allah kan maha adil & mengetahui...kadang2 dia tak bagi apa yg kita mahu tapi dia bagi apa yg kita perlu.....anyway Good luck utk next n3 ya Rehan!

    ReplyDelete
  29. rehan, sue memang kurang gemar fazura dgn asyraf muslim, so xdapat nak membayangkan alai dlm pic fazura ni..ekeke..pic mikhail ni pun camlembut jer plk, tp sue suka watak hero nakal2 n jahat dulu..so, vote khail la..but, adan pun okey jer.

    ReplyDelete
  30. wahaha adan ni pandai berkias2...
    WC suke adan ngn khail... adan nampak matang. khail pulak nampak nakal tp mst dia berubah nanti en...

    ReplyDelete
  31. ceh jahat pnya budak khail ni..dah niat nk dptkan Alai ni..kang ade je dia gn cara y xbaik nk dptkan Alai ni..hm nti msti si Khail insaf ni kan..tp mgkin lmbt sikit la NUR dtg hehe

    ReplyDelete
  32. x suke dgn mikhail... hopefully adan dgn alai... they such a sweet couple..

    ReplyDelete