BAB 10
PEDAL minyak ditekan
lagi. Rasanya sudah lama dia memandu
tapi kenapa jauh benar Nur Raudhah kini.
Baru saja selesai berbuka dan berjemaah Maghrib dengan ibu dan abahnya, Ada n terus keluar hendak
ke Nur Raudhah. Risaunya pada Ala i na hanya Tuhan yang
tahu.
“Ada n
nak jumpa Ala i na
tu ke?” Itulah soalan ibunya saat
menghantar Ada n
tadi. Anak itu nampa k segak berbaju melayu lengkap.
“Hati-hati,” pesan
ibunya bila Ada n
mengangguk.
Perjalanan daripada
rumahnya di Petaling Jaya sudahnya berakhir juga di Sungai Buloh. Dia mahu menunaikan Isyak dan terawih
bersama-sama dengan mereka. Biarlah dia
terpaksa memandu jauh untuk pulang ke Sungai Besar nanti, Ada n
rela demi melihatkan Ala i na
dan Adiana baik-baik saja.
“Assalamualaikum,” ucap Ada n sambil menghulurkan
salam pada Ustaz Fadzil.
“Sihat, babah?” tanya Ada n
lagi.
Ustaz Fadzil mengangguk
dan menepuk bahu Ada n. “Dari mana?
Tak mengajar ke?”
“Mengajar tapi saja
datang jenguk sini alang-alang balik jenguk ibu dengan abah,” jelas Ada n.
Ustaz Fadzil mengangguk
saja. Adiana mendekat pada Ada n. Dia cam wajah itu. Wajah yang telah membantu dia dan kakaknya.
“Aba ng, nak salam,” pinta Adiana comel.
“Puasa tak hari
ni?” soal Ada n.
Adiana mengangguk. “Nan ti dapat
duit raya tak?”
Huh, cerdik sungguh Yana ni. macam
kakak dia jugak agaknya. Orang tanya
puasa dia tanya duit raya. Hati Adan
ketawa tapi dia pantas mengangguk. Tidak
mahu mengecewakan hati kan ak-kanak
ini.
“Tapi, Yana
kena ingat… puasa kita kerana Allah.
Bukan kerana duit raya tau tapi duit raya tu nanti abang kasi sebagai
tanda kemenangan pada akhir puasa nanti,” ujar Ada n memujuk.
“Kenapa menang?” soal Adiana pula.
“Menanglah kerana kita
mampu menewaskan rasa hendak makan, rasa nak marah dan macam-macam rasa
lagi. Jadi, hari raya itu adalah hari
kemenangan untuk kita,” beritahu Ada n lagi
entahkan mampu difahami oleh Adiana atau tidak, Ada n tidak pasti tapi biarlah anak kecil itu
tahu serba sedikit daripada sekarang.
“Maknanya nanti kalau
Yana puasa penuh, Yana menanglah ya?”
“Ala i mana, umi?” soal Ada n
bila kelibat Ustazah Fatima mendekat.
“Alai berbuka dekat
rumah Puan Maryam. Katanya lepas terawih
baru dia balik sini. Malisa hantarkan
nanti,” jawab Ustazah Fatima tanpa syak.
Wajah Adan berubah.
Ingatkan dah balik. Tak sangka
berbuka di sana. Tidaklah dia bersangka
buruk pada Puan Maryam dan Malisa tapi hatinya tidak mampu menerima nama
Mikhail. Resah sungguh. Bimbang Alaina diapa-apakan. Benar di bulan mulia ini, syaitan dan iblis
dibelenggu tapi sisa hitam yang tertinggal dalam diri manusia itu sendiri yang
bakal menjadikan manusia itu berupa syaitan dan iblis.
“Err… umi benarkan
ke?”
Ustazah Fatima
mengangguk. “Dah Puan Maryam merayu-rayu. Biarlah Alai berkawan dengan Malisa…”
“Adan tak risaukan
Malisa, umi tapi…” Adan memangkas
kata-kata Ustazah Fatima pada asalnya tapi dia juga kehilangan kata. Terpasung lidah pada lelangit. Tak mampu mengungkap kata.
“Tapi?” Ustaz Fadzil bertanya spontan. Dia juga nampak kerisauan dalam diri Adan. Risaukan Alaina.
“Tapi…” Keluhan tipis terbit dari celah bibir
Adan. Masih tidak punyai kekuatan
rupanya dia hendak menzahirkan apa yang ada di dalam hati.
Mata Ustazah Fatima
dipandang seketika sebelum turun pada wajah Alaina yang sedang membaiki
telekung yang ada pada tubuhnya. Pipi
Adiana dicuit sedikit bagi menyembunyikan resah.
“Adan nak cakap Adan
risaukan anak lelaki Puan Maryam, Si Mikhail tu?” tebak Ustazah Fatima.
Adan diam. Mengiayakan tidak, menafikan juga jauh sekali
bila telahan itu tepat bidikannya. Rasa
bersalah pula kerana punyai pemikiran negative begitu. Terlalu prejudis pada Mikhail sedangkan dia
sendiri baru saja berkenalan dengan Mikhail.
“Kalau betul Adan
risaukan Alai, pergilah jemput dia balik.
Babah pun risau jugak. Rasanya
Alai pun tak selesa tu,” tambah Ustaz Fadzil menyokong Adan.
Wajah Adan
terangkat. Dia memandang kedua-dua umi
dan babahnya. Macam tidak percaya dia
mendapat sokongan Ustaz Fadzil. Ustazah
Fatima pula tersenyum dan mengangguk.
“Tapi, lepas terawih
la. Nak masuk Isyak dah ni. Kita solat dulu. Jom,” ajak Ustaz Fadzil lantas dia memaut
bahu Adan lembut membiarkan isterinya memimpin tangan kecil Adiana.
Langkah demi langkah
menuju ke jalan yang benar. Menuju ke
rumah Allah. Mahu mengabdikan diri dan
membuktikan kasih dan kecintaan pada Sang Pencipta. Bibir Adan senyum tapi tidak lama bila Ustaz
Fadzil bersuara.
“Kalau kata Adan rasa
bertanggungjawab pada dia, jadikan dia berada dibawah tanggungjawab Adan yang
sebenar-benarnya,” ucap Ustaz Fadzil.
Adan merenung sisi wajah
babahnya itu seketika sebelum berpaling pada Ustazah Fatima yang rancak melayan
sembang dengan Adiana.
“Mahu ke dia,
babah?” Risau juga hati Adan melihatkan kedinginan sikap Alaina.
“Lagipun, Adan masih tak
tahu sebab dia jadi macam ni. Sampai
berhenti sekolah dan lari dari kampung dia,” tambah Adan lagi.
“Adan… kita terima
seseorang ni bukan bersebab. Kita terima
dia kerana dia adalah amanah Allah sebab segala yang terjadi ini adalah atas
percaturan Allah. Jika Adan yakin yang
hati Adan tu memang mendambakan kasih dan belaian Alaina, jadikan dia yang
halal untuk Adan. Jaga dia, jaga
orang-orang yang dia sayang.
Banyak-banyak berdoa, insyaAllah akan dipermudahkan,” ulas Ustaz
Fadzil.
“Erm… Adan tak yakin
Alai nak terima Adan, bah.” Kepalanya
digeleng sedikit. Senyumnya menyenget.
“Kenapa pulak?”
“Sebab dia sendiri tak
kenal Adan biarpun Adan kenal dia,” jelas Adan.
“Tak kenal dulu, tapi
sekarang dah kenal kira baguslah tu.
Babah dengan umi dulu, malam pertama tu baru kenal, Adan. Kiranya Adan lagi bertuah la dari babah dapat
tengok dulu bakal isteri, cacat ke tidak, baik ke tidak akhlaknya. Satu bonus tu tapi yang haram tetap
haram. Pandangan mata, pergaulan harus
dijaga. Itu yang pasti,” nasihat Ustaz
Fadzil tenang. Bibirnya menguntum
senyum. Bahu Adan ditepuk beberapa kali.
“Solat istikharah. Adalah tu penyelesaian. Kalau Adan boleh menjaga Alai dengan Yana dengan baik dan niat
tu dah betul, pasang sikit usaha… babah
yakin Alai pasti dapat rasa apa yang hati Adan rasa,” tambah Ustaz Fadzil lagi
membuatkan Adan mengukir senyum yang tak
lekang dari bibir.
Adan bersyukur dan
hatinya kini lapang. Dia yakin, Allah
pasti melindungi Alaina bersama Mikhail dan dia juga yakin, Mikhail tidaklah
sejahil itu hendak melakukan sesuatu yang buruk pada gadis kesayangannya itu.
Langkah mereka semakin
mendekat. Saat tiba di anak tangga
masjid, azan Isyak berkumandang melaungkan kebesaran Allah yang Maha Esa. Langit cerah bagai merahmati perjalanan umat
Islam menunaikan terawih dan kala takbir diangkat, hati yang kusyuk mula mengadap Pencipta, berbicara
dengan Allah yang Satu.
Usai berterawih, Adan
terus saja memandu menuju ke Kota Damansara.
Alamat yang diberikan oleh Ustazah Fatima diset di dalam sistem
GPSnya. Mudah perjalanan. Songkok di atas kepala, dibuka. Rambut yang sedikit kemek, dilurut dengan
jari. Hatinya berdebar setelah hampir
tiba di tempat tujuan.
Hingga akhirnya bila
kereta berhenti tepat di depan rumah Puan Maryam, sepertinya tiada
berpenghuni. Adan memberi salam agak
kuat tapi bila salam kedua dihulurkan, ada suara yang menjawab dari
belakang.
“Eh, Adan, kan?” tanya Malisa terkejut.
Sungguh tidak disangka,
lelaki ini muncul di depan rumahnya kini.
Dia saja berlari pulang ke rumah kerana perutnya meragam dan
meninggalkan mama dan abangnya serta Alaina di belakang.
“Eh, Lisa. Saya datang jemput Alai,” beritahu Adan
jujur. Dia senyum. Sungguh cantik kala wanita berhijab lebih-lebih
lagi dibaluti telekung.
“Er… Alai dengan mama
dan abang kat belakang. Saya masuk dulu,
ya? Kejap lagi ada sampai la tu. Slow
sangat diorang jalan,” sela Malisa cuba bertahan. Perutnya semakin memulas dan dia terus
berlalu membuka pagar kala Adan mengangguk.
Haih… buat malu je kau
Lisa. Bisik hati Malisa sendiri. Tak sempat nak sembang dengan Adan tapi dia
mula terkesan yang Mikhail bakal punyai pesaing yang hebat dan sengit. Jenuhlah abang nak pikat hati Alai, bisik
hatinya lagi.
Adan tenang
menanti. Tubuhnya disandarkan pada
kereta. Huh, macam tak mengajar je esok kau Adan. Boleh cari anak dara orang malam-malam puasa
ni. Sinis dia pada diri sendiri tapi
seperti pesan Ustaz Fadzil, dia mahu menjadi pelindung buat Alaina untuk seumur
hidup. Dia tunduk ke jalan. Bibirnya mengalunkan zikrullah dan matanya
terpejam sedikit.
Langkah Mikhail
perlahan. Dia memandang Alaina dan
mamanya silih berganti. Peluk yang
membasahi baju melayunya menjadi semakin hangat.
“Siapa tu?” soal Mikhail dengan kening yang terangkat
tinggi.
Puan Maryam mengecilkan
pandangan matanya. Dia cuba mengamati
susuk tubuh lelaki yang sedang bersandar pada kereta di depan pagar
rumahnya.
“Entahlah, Khail. Bukan kawan Khail ke?”
Mikhail menggeleng. Bila dia memandang Alaina, bibir Alaina
tersenyum manis. Bukan senyuman yang
dibuat-buat namun senyuman yang bisa menggetarkan hati lelaki. Senyuman pada wajah mulus itu nampak polos dan
jujur. Senyuman menggambarkan bahagia
senyuman membawa berita gembira.
“Adan tu, mak cik,” ujar
Alaina setelah dia benar-benar yakin, Adan sedang menanti mereka di depan rumah
Puan Maryam.
“Adan?” soal Puan Maryam.
Alaina mengangguk. “Anak angkat umi,” tukas Alaina ceria. Mengingatkan Puan Maryam yang bagai terlupa. Langkahnya dipercepatkan tanpa mempedulikan
Mikhail yang nampak marah.
Hati Mikhail menahan
sabar. Ada je dia ni nak potong line.
Pandai-pandai datang rumah aku, kenapa?
Rungut hati Mikhail lagi. Entah
macam mana dia harus mendekatkan dirinya dengan Alaina jika ada saja yang
menjadi tembok besar Cina ni.
Adan panggung kepala bila
dia merasakan ada bayangan manusia menghampiri.
Tubuhnya ditegakkan. Matanya
terarah tepat di hadapan dan ternyata, Mikhail, Alaina dan Puan Maryam sedang
menghampiri.
“Assalamualaikum,” sapa
Adan sambil menghulurkan salam pada Mikhail.
Lambat-lambat Mikhail
sambut huluran tangan Adan dan matanya menjeling Alaina yang nampak sedang
tersenyum.
“Waalaikummussalam,”
jawab mereka hampir serentak.
“Abang datang dengan
siapa?” soal Alaina ramah. Baru saja hatinya berbisik nama Adan siang
tadi dan ternyata, Allah telah membawa Adan di depannya kini.
“Abang datang
sorang. Nak jemput Alai balik ke Nur
Raudhah,” jawab Adan ramah.
“Eh, kenapa susah-susah
datang? Aku boleh hantar dia apa,”
sampuk Mikhail tidak puas hati.
Dia baru saja bercadang
hendak menghantar Alaina. Waktu itu
nanti, bolehlah dia berterus-terang akan niatnya itu. Tidak kirahlah lurus atau bengkok, yang lahir
dari hati perlu dizahirkan.
“Abang hantarkan Alai,
ya?” cadang Mikhail. Berubah mesra secara sengaja hendak
membuatkan Adan marah.
Hati Adan ketawa. Dia senyum dan menggeleng sedikit. Dasyat sungguh Mikhail ni. Ingat hari pertama mereka bersua, bagaikan
keluar api daripada mulut Mikhail memaki hamun Alaina, tapi hari ini lain. Bagai membaca puisi cinta pula.
Alaina menggeleng
beberapa kali dan dia berpaling pada Puan Maryam yang sedari tadi menjadi
pemerhati.
“Alai balik dengan Abang
Adan, mak cik. Tak payah susahkan Malisa
atau Mikhail. Ada umur, kita jumpa lagi,
ya?” ujar Alaina.
Puan Maryam sudah tidak
mampu berkata apa. Peluang untuk Mikhail
semakin tipis malah mungkin tiada langsung melainkan bila Allah berkata jadi,
maka jadilah. Telapak tangannya naik
menyentuh pipi Alaina.
“Baliklah. Kirim salam dengan Ustazah Fatima. Terima kasih sudi datang rumah dan teman mak
cik hari ni, ya?”
Sebak rasanya dada Puan
Maryam hendak melepaskan Alaina pergi.
Jatuhnya kasih pada Alaina hanya Allah yang tahu. Wajah Alaina yang dibaluti tudung itu
tersenyum. Dia tunduk mengucup jemari
Puan Maryam dan terus saja berlalu ke sisi Adan. Bila Adan berlalu ke sebelah pemandu, Alaina
juga mahu masuk ke dalam kereta tapi hujung tudungnya ditarik oleh
Mikhail.
Pandangan Alaina
tajam. Kali ini, dia cuba merentap namun
genggaman Mikhail ternyata lebih kemas
daripada siang tadi membuatkan dia cuak.
Alaina berharap moga Adan datang membantu dan sungguh, bila Adan menapak
ke arah mereka berdua, Mikhail melucutkan tangannya.
“Kenapa payah sangat
Alai nak panggil abang ‘abang’ sedangkan Alai mampu panggil Adan abang?” soal Mikhail berbaur cemburu.
Dia getik mendengar
Alaina memanggil Adan sedangkan dia juga jauh lebih tua daripada gadis
itu.
“Sebab saya hormatkan
dia,” jawab Alaina perlahan. Tak jadi
Adan hendak bertindak.
“Dan awak tak hormatkan
saya?” duga Mikhail mengetap bibir. Perempuan ni, mahu saja aku diamkan mulut dia
tu. Hatinya mendongkol geram.
“Orang yang tak tahu nak
hormatkan orang lain, pada saya tak
layak dihormati. Tak mengapa tak
nak hormatkan saya pun tapi hormatlah pada bulan puasa ni. Ingatlah, Allah melihat, malaikat
mencatit. Saya, awak… kita hanya mencari
dosa saja hari ni, kan?” soal Alaina
sinis.
Dia menggariskan
senyuman dan terus saja dia masuk ke dalam perut kereta Adan. Adan yang kelu, hanya mampu berlalu
meninggalkan Mikhail yang sedang merah padam wajahnya. Sesungguhnya, keyakinan Adan pada Alaina
tidak silap, gadis itu tahu membawa diri.
Bila kereta meluncur
laju, Alaina memandang Mikhail yang
sedang meramas rambutnya dari dalam cermin sisi. Adan dikerlingnya. Tenang saja memandu tapi untuk apa Adan ke
mari sejauh ini? Untuk diakah? Alaina cuak tapi hatinya ketawa bahagia.
Mikhail hampir
terduduk. Sabarnya rabak. ‘Kenapa sakitnya hati kala dia berpaling, Ya
Allah? Mengapa sakitnya dada bila dia
tidak memandang aku, Ya Tuhan?’ Hati Mikhail bersedih. Tercabarnya dia, mengapa Alaina tidak tahu?
**
STERENG dihentak
kuat. ‘Padanlah kau dah tak nak
aku. Langsung tak pedulikan aku. Rupanya kau memang dengan perempuan kampung
tu!’
Juana membebel
sendiri. Setelah dia dihalau Mikhail
siang tadi, dia tekad hendak melihat sekali lagi apakah yang sebenarnya
tersembunyi antara Mikhail dan Alaina.
Ternyata Mikhail membohonginya.
Alaina sudah berpunya. Dia pasti,
lelaki yang berkereta Toyota Vios itu adalah teman lelaki Alaina dan dia kenal
dengan Mikhail. Pastilah hajatnya hendak
memiliki Alaina tidak kesampaian hingga dia yang menjadi mangsa.
Sampai hati Mikhail
sedangkan selama ini, Juana langsung tidak berkira jika Mikhail berkepit
sana-sini. Tapi, tidak pernah sekalipun
Mikhail menghalau dia jauh-jauh tapi kini, kerana Alaina dia harus
berlalu. Diherdik bagaikan anjing
kurap. Sakit hatinya dan dia akan
pastikan hati Mikhail juga sakit.
Kaki Juana terus menekan
pedal minyak. Honda Jazz itu terus
meluncur laju menuju ke Lebuhraya Damansara-Puchong hendak menuju ke
Hartamas. Hati yang panas perlu
disejukkan. Jiwanya yang sunyi perlu
diisi dan sesiapa saja bisa menjadi mangsa pujuk rayu Juana. Persetankan Mikhail. Balasan pasti tiba. Bibir merah Juana tersenyum jahat. Dia akan pastikan itu.
Mikhail pula yang baru
saja masuk ke bilik terus merebahkan tubuh ke katil. Dugaan apakah yang Tuhan hantarkan
untuknya? Kenapa hatinya sakit melihat
Alaina pergi bersama Adan. Kenapa?
Kepalanya semak. Rambutnya diramas berkali-kali. Sakit otaknya. Payahnya hendak menghalau nama Alaina. Lirikan, sinis dan kata-kata Alaina melekat
kejap di hati dan mindanya.
“Apa kurangnya aku,
Alai?” Mikhail bertanya sendiri atau dia
sedang menerima hukum karma kini.
Jatuh cintakah dia? Jika benar cinta, begini peritkah kala tidak
bersambut malah dipandang sepi bagaikan cintanya tiada harga. Mata Mikhail terpejam.
“Jika takdir menolak
saya menjadi yang halal untuk awak, masa tu jangan kata bibir… segalanya awak
boleh rasa, Mikhail!”
Kata-kata berbaur
sindiran dari celah bibir mungil Alaina itu terngiang-ngiang di dalam kepala.
“Ya… aku akan jadikan
kau yang halal di sisi aku, Alai,” gumam
Mikhail yakin.
Matanya dibuka.
Siling putih dipandang. Dia akan
cuba berubah untuk meraih cinta Alaina. Dia
mahu buktikan yang dia hebat. Sehebat Adan. Dia mahu Alaina memandangnya persis memandang
Adan atau hanya memandang dia seorang saja.
Pada Mikhail, renungan dan lirikan Alaina hanyalah miliknya~~> bersambung

go Khail...! fighting!!! thanks kk..
ReplyDeletealai dgn siapa???
ReplyDeletemikail r adan ???
:(
alahai..sejuk hati dengan adan ..sweetnyer adan..cool jer :)
ReplyDeletemikhail vs alaina tu mcm cas -ve & +ve but adan & alai =.
ReplyDeleteExactly!
DeleteKesian plak kat si Mikhail tu..
ReplyDeleteRM kak su suka la ayat ni: "jadikan yang halal" sweet jer bunyi dia.. Chaiyok2 Mikhail..kak su yakin Mikhail akan berubah..."___"
siapa yang bakal menangis nih????
ReplyDeleteKhail jangan bagi peluang kat Adan.. cepat Khail
ReplyDeleteWah, makin lame makin besttttt..
ReplyDeleteasik2 tertunggu n3 seterusnye..
tiap2 hr msti bkak page nie.
Keep making the best story ;)
baiknya adan..nk adan..berubahlah mikhail..
ReplyDeletebestnya..suka sy baca.. =)
ReplyDeleteAdan & Alai..pleaseee..
ReplyDeletectrain..
thanks RM for the n3...
ReplyDeletethe story is getting interesting...khail or adan??
apa2pn RM, suka sgt dgn citer2 awk...
-lani-
pedasnya kena sindir...sentap kot...erghhh...berdebar dh ni...kak rehan klo boleh msknlh n3 byk skit..nnt sy nk baleq kolej x dpt nk belek bloq lg dah...pleassssss...
ReplyDeleteRM, ini kalau buat pool antara alai & adan atau alai & mikail, agak2 sapa yang menjadi pilihan pembaca?
ReplyDeleteRM, terimakaseh utk n3 ini..sangat2 dihargai!!!
ReplyDeleteCik Penulis, suka bangat! terima kaseh utk n3 sblm pulang beraya nikh. Mikhail boleh berubah, asas mmg ada cuma mungkin terpeleot sedikit dlm mengejar duniawi....amin!!!
ReplyDeleteSaya confuse lah. Berbelah bahagi nak Alai dgn Adan ke Mikhail. Hihi. Tp please, kalau dengan Adan sekalipun, Mikhail must have to berubah! :) Go go kak Rehan!
ReplyDeletesuke2 kt adan...usaha ckit adan yek?
ReplyDeletenak pilih adan blh tak..huhu
ReplyDeleterasanye mcm khail lar tp mcm byk plk rintangannye...adoiii saspen lar plk...
ReplyDeletealai dgn mikhail....pleaseeeeeee.......khail cpt2 brubh, tawan hati alai cpt2...hehe
ReplyDeletenak alai dgn adan..tlg la jgn hampekan hrpn sy RM..(emo)
ReplyDeleteSuperb entry... tapi masih nak Adan dgn Alai. Sbb Adan dpt menggembirakan hidup Alai dan memberi ketenangan dan stabiliti di dlm hubungan yg halal... Selama ini, Alai sentiasa di selubungi kesedihan dan cabaran.. Biarkanlah Alai mengharungi hidup yg akan dtg di dalam kebahagiaan pula..
ReplyDeleteJika Alai hidup dgn Mikhail, terlalu byk cabaran mendtg, dgn keperibadian Mikhail yg byk ribut taufan monsoon yg tak menentu akan mendtgkan berbagai masalah yg pelbagai...
But I'm still waiting for Rehan's direction of the storyline....
pro alai-khail here..karehan, nak 2 ni la..mcm comel jerk khail dngn prgai devilnya vs alaia yang cool tapi berbisa tu...hakhakhak
ReplyDeletealamak , pening lar plak nak pilih mikhail ke adan. adehhh. tapi nak adan boleh tak kak rehan. ehehehee :)
ReplyDelete#Murni Tan
ntah ler tp rase klau ikut slalu cite novel hero memang cam perangai mikail cam alai ngan mikail jer...pandangan saye ler..best cite nie sambung lagi yer RM
ReplyDeletehope khail berubah, tp bkan sb alaina, tp sb Allah..masa tu sebelah mata pun khail x pndang alai...ki3..merajuk lah konon si khail ni ye..time tu alai lak terkejut dgn perubahan dan penampilan khail.
ReplyDeletesetuju dgn komen awak... khail please lar bawak diri, belajar agame k, ape k... mesti Alaina terasa kehilangan... buat comeback.. time khail dh berubah, lg excited nk thu cmne perasaan Alaina thadap die ea.. time tu khail pun buat xthu jer.. haha... rasenyer story nie xkn excited tanpa khail ye tk..? sori kk rehan.. ni bayangan saye jer. maaf zahir & batin..
DeleteRM, tak kira sama ada Adan atau Khail. Itu terpulang kepada penulis yang akan mengolahnya.
ReplyDeleteSy percaya dgn gerak hati menyatakan Alai akan menjadi milik Adan dan pada masa itu w/pun Khail sudah berubah tp hati Alai tetap pada Adan. (Fuh, mcm sy pulak yg menulis cite nih- heheheeeee...)
Thanks for this n3, Selamat Menyambut Hari Lebaran. Maaf dipinta jika komen yg sy berikan pada RM ada menyinggung atau terasa dihati. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.
go khail.....hope khail ngan alaina..hehhe
ReplyDeletekalau jadik drama ni best ni hisssh x sabar n3 seterusnya... best la rehan ni... pandai je dia...( bukan nak bodek haa. dengan tulus ikhlas..)
ReplyDeletehmmm... RM saya suka sangat n3 ni... ada kata-kata yang memberikan kesan pada saya... first, bila ustaz fazdil bagitau Adan... "kita terima seseorang ni bukan bersebab. kita terima dia kerana dia adalah amanah Allah. sebab segala yang terjadi itu adalah atas percaturan Allah.".. "jadikan dia yang halal untuk Adan. jaga dia, jaga orang-orang yang dia sayang."...
ReplyDeletedan lagi satu, saya suka kata-kata Alaina pada Khail.." orang yang tak tahu nak hormatkan orang lain, pada saya,tak layak dihormati"..
nak alai dgn adan... diorg mmg padan... klo khail, gandingkanlh die dgn org len.... x sggup nk tgk adan kecewa klo alai pilih khail... :(
ReplyDeleteBEST MAN WIN,namun jodoh tetap ketentuan nye.go on Mikail niat yang iklas di izin kan ALLAH S.A.W.try ur best Adan...tapi advantage to u mr Adan.menarik lah suke akak............cepat sambung ye RM.
ReplyDeleteberusha la khail tok dptkn alai.... padanan yg sepadan seorang lelaki kasanova, krg didikan agama dgn wanita yg segalanya perfect... mesti khail akan berubah ke arah kebaikan... hope khail & alai disatukan... pasal adan calon yg sesuai dgn dia lisa...hope dowg ni blh digandingkan....
ReplyDeletelbh suka alai ngn adan..khail tu..xkn sbb alai je nk brubah..brubahla kerana allah..huhu
ReplyDeleteSalam Kak Rehan, saya betul2 nak ucapkan tahniah pada Kak Rehan untuk mini novel ini. Bahasa yang digunakan Alaina, sejuk mata saya membaca, hati pun jadi damai. Banyak pengajaran, terselit hikmah. Tambah pula dengan gaya Adan yang juga manis perangainya, walaupun adalah sikit2 yang tak berapa betul ie pergi jemput Alaina seorg tanpa berteman (bila berdua, yang ketiganya..jengjengjeng~). Saye pernah komen dalam bab 3, di mana saya berharap biarlah Adan yang bersama dengan Alaina, bersama2 mencari redha Illahi. Mikhail perlu berubah untuk dirinya sendiri, kalaupun memerlukan bimbingan, biarlah lelaki lain yang membimbingnya, jangan jadikan wanita alasan(+korban) untuk berubah. Lagi pula clichenya plot hero berubah sebab heroin baik ni kan? Kadang2 tu, penat bila membaca/menonton. Masa gembira, tak kisah perempuan mana, tapi untuk dijadikan suri, dipilihnya wanita elok2. Sebab kata nak jadi isteri/ibu anak2 dia. Makanya, wanita sahaja yg sibuk menjaga diri, sedangkan lelaki... ermmm. Apatah lagi bila wanita selalu dipandang rendah, dengan gelaran2 yang menyakitkan telinga, jika tidak berkahwin sedang usia semakin meningkat, berlainan dengan lelaki yang kononnya semakin berusia, semakin tinggi status. Tak pernah pula sy dgr anak teruna tua, atau anak teruna lanjut usia. Huhuhu~
ReplyDeletehuhu! chaiyokkk! aja fighting khail! :D
ReplyDeletethank you kak rehan! ;)
kak rehan,,cepatlah sambung mini novel ni sampai habis.. huwaa,,, x sabar sgt nk tggu ending dia....mesti last nnt alai dgn khail kn??? tp,, sy nk dia dgn adan...adan tu baik sgt la,, x sampai hati tgk dia sedih klu last nnt alai dpt dkt khail...
ReplyDeletesaya sokong adan tapi mintak-mintaklah mikhail tu berubah dan bertemu jodoh yang baik
ReplyDeletehuwaaaaaaaaaaaaaaaa bile na smbung nih huhuhu..
ReplyDeletebab 11 bila nk post rm?
ReplyDelete