BAB 7
MITSUBHI itu
dimatikan enjinnya setelah berhenti tepat di porch. Alaina melilau
sekeling memerhatikan kawasan rumah yang nampak bersih dan indah. Tidak lama setelah itu, dia memandang
Mikhail.
“Dah sampai
ke?” soal Alaina polos.
“Habis tu buat
apa kita nak berhenti kat sini kalau tak sampai lagi?” Mikhail tersenyum sinis.
Alaina ketap
bibir. ‘Orang tanya sebab tak tahu.’ Getus hatinya sendiri. Baru saja hendak menyoal lanjut, Mikhail
sudah terlebih dahulu menolak pintu kereta dan melangkah keluar daripada perut
kereta. Dia hanya mampu memandang dan
saat sedang terkial-kial hendak menolak pintu, Mikhail terlebih dahulu membuka
pintu kereta dan mempersilakan Alaina keluar.
“Silakan Cik
Alaina,” ujar Mikhail sopan. Tubuhnya
sedikit membongkok bagaikan memberi penghormatan buat Alaina.
Dengan rasa
segan, Alaina keluar juga bila Mikhail terus melebarkan pintu. Penuh kesopanan dan tertib. Bimbang kain kurungnya terselak kala dia
melabuhkan kaki pada lantai simen itu.
Mata Mikhail
mula meliar. Dia tunduk melarikan wajah
namun mata itu tidaklah menjaga pandangan.
Sebaliknya, dia tertangkap akan kaki Alaina dari paras buku lali ke
bawah itu. Putih bersih langsung tidak
tercela. Dalam diam, Mikhail menelan
liur berkali-kali.
Dadanya terasa
sesak. Rusuknya bagaikan hendak patah
bila keinginan aneh itu bergendang di dalam dada. Pertama kali begitu. Bersama wanita lain sebelum ini, biarpun
sampai menampakkan lurah, dia hanya
senyum saja biarpun matanya liar memerhati.
Tapi, dengan Alaina satu nafsu yang Allah kurniakan itu bagaikan
memberontak biarpun hanya kaki Alaina yang dia tatap. Mujur saja sembilan lagi akalnya berjaya
memujuk. Jika tidak, tidak tahu apakah
yang bakal berlaku pada gadis ini nanti.
“Mana Puan
Maryam dengan Malisa?” soal Alaina bila
saja dia sudah berdiri tegak.
Pintu
dirapatkan. Mikhail tidak menjawab
sebaliknya dia terus memerhatikan alis Alaina yang tidaklah selentik mana. Nampak lurus saja tapi indah menghiasi
sepasang mata bundar dan redup itu. Mikhail
berpeluk tubuh. Dia terlupa barangkali
tujuan asalnya membawa Alaina ke sini.
Semakin berkerut
wajah Alaina bila mata Mikhail tak lepas meratah setiap inci wajahnya. Sesekali dia terkesan juga akan mata tajam
Mikhail mengerling dia dari atas ke bawah.
Tanpa sedar, Alaina menarik kakinya berselindung di bawah kain
kurung.
Bibir Mikhail
menguntum senyum. Tercuit hatinya dengan
telatah gadis ini. pemalu sungguh dan
hatinya kian memberontak hendak menawan tembok malu Alaina. Dia mahu singkap segala yang ada di sebalik
apa yang menutup Alaina.
‘Argh… apa dah
jadi dengan aku ni? Kenapa kehendak ini
semakin menghentak?’ Suara hati Mikhail
kian berbisik sendiri. Semakin hari, dia
semakin sedar, kerana Alaina hatinya sudah pandai berbicara sendiri. Sudah reti merasa rindu. Semakin payah menahan nafsu.
“Puasa bukan
saja untuk kita menahan lapar dan dahaga tapi sebaliknya, puasa mendidik kita
untuk menjaga segalanya termasuk pandangan
mata…” Alaina bersuara bila
merasakan Mikhail sudah tenggelam dalam renungan sendiri.
Alaina mula
berasa tidak selesa. Pandangan Mikhail
bagaikan telus menembusinya. Dia tidak
ke sini untuk menjadi tatapan mata helang itu.
Dia ke sini untuk berkongsi ilmu.
Menyambung silaturrahim dan menyebarkan kasih sayang. Hampir saja kesabaran Alaina tercabar. Menipis saja rasa sabar dalam dirinya.
Mata Mikhail
terus terpaku pada Alaina. Dia tersentak
mendengar patah bicara gadis itu yang ternyata sedang menyindirnya. Namun dalam hati, dia gembira bila Alaina
tahu akan diri yang direnung. Dia mahu
Alaina membaca kehendak dalam hatinya.
“… dan janganlah
kita berpuasa namun pada akhir hari, ternyata puasa kita adalah sia-sia. Tiada apa yang kita dapat melainkan lapar dan
dahaga saja,” bidas Alaina lagi dan dia terus menapak ke arah pintu bila
mendengarkan daun pintu dibuka seseorang.
Mata Puan Maryam
terpaku pada seraut wajah cantik di depannya.
Nampak semakin cantik pula.
Berseri-seri. Padanlah dia
mendengar deruman enjin kereta Mikhail sewaktu sedang mengaji tadi. Ternyata benar. Jadi, ke mana Malisa? Bukan menjemput Alaina ke? Kenapa mesti Alaina bersama Mikhail?
“Assalamualaikum,
mak cik,” sapa Alaina lembut.
Jemari yang
dihulurkan oleh Puan Maryam, disambut penuh santun lantas dia tunduk
mengucupnya seketika. Telapak tangan
Puan Maryam mengusap kepala Alaina namun matanya tajam merenung Mikhail.
‘Apa Khail buat
ni?’ Puan Maryam bersoal bisu. Dia mengeluh di dalam hati. Geram dengan sikap Mikhail. Ingatkan dia yang cepat, rupa-rupanya Mikhail
lebih lagi pantas.
“Waalaikummussalam,
Alai .
Sihat ke?” soal Puan Maryam pula
sambil memandang Mikhail yang sedang menapak ke arahnya. Dia bagaikan dapat menghidu rancangan anak
lelakinya itu.
“Sihat, mak
cik. Dengar kata mak cik tak
sihat?” Ala i na bersuara ramah.
Itulah yang
dikatakan oleh Mikhail tadi dan dengan keizinan Ustazah Fatima ,
dia berdiri di sini. Di rumah keluarga
Mikhail. Lelaki yang membuatkan Ala i na berasa janggal.
“Beberapa hari
ni, memang mak cik tak sihat. Sakit
hati!” jawab Puan Maryam berkias. Kiasan yang ditujukan khas buat Mikhail.
“Sakit
hati?” Sempat Ala ina
menjeling pada Mikhail seketika. Namun,
dia langsung tak mampu menangkap maksud tersirat di sebalik apa yang Puan
Maryam katakan itu.
“Eh, tak
adalah. Sakit kepala sikit. Biasalah dah tua-tua ni. Kebetulan hari ni panas sungguh. Tapi ni… dah jumpa Ala i,
mak cik dah sihat dah,” ujar Puan Maryam lagi bila melihatkan wajah Ala ina berkerut sana
sini.
“Kan saya dah cakap. Mama saya memang tak sihat.” Mikhail menyampuk sebelum mamanya
berlebih-lebih mengenakan dia pula.
Dia tak mahu
Alaina dihidangkan dengan sikap yang tidak elok yang ada dalam dirinya. Apa yang pernah terjadi antara dia dan
Alaina, masih mampu dibaiki. Masih mampu
dipulihkan. Jadi, yang sudah sedia buruk
itu, usah ditambah menjadi lebih teruk.
“Err… ya,” jawab
Alaina.
Dia melarikan
lagi wajahnya di balik tubuh Puan Maryam.
Dia benci bila dirinya diperhatikan.
Mahu saja dia bertanya pada Mikhail, apakah yang lelaki itu cari pada
dirinya. Bola mata Mikhail semakin tajam
dan menikam.
“Emm… tak apalah
Alai . Alai masuk, ya.
Mak cik nak tunggu Lisa kejap.
Tadi, dia keluar. Risau pulak tak
balik-balik ni,” suruh Puan Maryam berdrama.
Dia sudah dapat
menangkap lakonan antara Malisa dan Mikhail kerana dia seorang ibu. Sekilas sikap anak-anak, sudah mampu dia
tebak.
“Errr… tak apa
ke?” Alaina terasa berat hati hendak melangkah sendiri. Dia tidak biasa di dalam rumah sebesar
ini.
Bila dia
menjenguk, ternyata segalanya serba serbi lengkap. Kemas dan teratur. Dulu, rumah sewa mereka sekeluarga hanya ada
dua bilik saja. Dapur juga sempit dan
ruang tamu hanya beralasankan tikar getah saja.
“Tak apa…” Puan Maryam memujuk. “Tunggu mak cik kat dalam. Nanti Mlisa balik kita belajar sama-sama,”
sambung Puan Maryam lagi.
Kali ini, tidak
dapat tidak… Alaina mengangguk dan terus melangkah masuk ke dalam rumah lot
sederhana besar ini bila Puan Maryam menyuruh.
Dia terus melangkah menuju ke ruang tamu. Ada
satu set sofa berwarna krim di situ.
Pada mulanya dia mahu bersila di atas permaidani saja, namun bila
difikirkan tiada salah andai dia labuhkan duduk di atas sofa.
Matanya terus
melilau dan hatinya mengucapkan syukur.
Syukur kerana dia masih punyai harta yang telah ibu bapanya amanahkan
iaitu, Adiana. Biarpun tidak pernah
berdiam di dalam rumah sebegini, rumah sewa mereka dulu adalah syurga pada
Alaina. Di situlah dia belajar erti
kasih sayang, pengorbanan dan erti rasa syukur yang tidak terhingga.
Daun pintu
ditarik sedikit. Mata Puan Maryam
mencerlung pada Mikhail. ‘Puasa-puasa ni
kamu tak sudah-sudah nak buat hal, Khail!’
Hati Puan Maryam cuba
bertahan daripada marah.
“Kenapa Ala i
boleh ada dengan Khail?” Itulah soalan
pertama Puan Maryam. Soalan yang
disimpan sedari tadi.
Mikhail
tersenyum dan memeluk bahu mamanya. “Kan mama suruh Lisa
pergi jemput dia. Ala ng-alang
Khail lalu sana , Khail singgah kejap,” jawab
Mikhail masih cuba
berdalih dengan mamanya.
“Khail jangan
nak tipu mama. Khail lalu sana ke atau Khail memang pergi sana ?”
sindir Puan Maryam.
Bukan Puan
Maryam tidak tahu hati Mikhail. Setiap
bahasa tubuh anak bujangnya itu menggambarkan Ala i na.
Cuma dia tidak pasti, cintakah atau sebaliknya?
Tawa Mikhail
berhamburan. Dia mengusap bahu mamanya
sedikit sebelum melepaskan dan melabuhkan duduk di atas kerusi batu yang sedia
ada di porch itu.
“Kenapa mama
cakap macam tu?”
“Kamu jangan
tipu mama, Khail. Kamu boleh bohong oran g lain tapi tidak
mama. Mana Lisa?” Puan Maryam teringatkan Mali s a
yang tidak jadi menjemput Ala i na
namun entah ke mana anak gadisnya itu pergi.
“Lisa keluar shopping,” jawah Mikhail tenang. Matanya ditebarkan ke seluruh laman. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama
mama dan Mali s a di
laman ini.
“Hai… banyak
duit dia,” sela Puan Maryam tidak puas hati.
Setahunya, gaji Mali s a
tidaklah besar mana. Biarpun punyai
pelajaran namun terlalu sukar hendak dapatkan peluang pekerjaan sekarang. Lagipun , Mali s a
seorang yang berjimat cermat. Tak
mungkin dia sewenangnya keluar berbelanja.
“Khail bank-in kan duit untuk dia tadi. Upah,” akui Mikhail penuh makna. Dia tersengih saja.
Kala Mali s a
menghubunginya tadi, memaklumkan yang dia akan menjemput Ala i na, Mikhail beria-ia menghalang. Mujur juga Mali s a
mengerti biarpun dengan rasa berat hati.
“Oh… dah upah
pulak. Jadi memang Khail sengajalah
pergi sana ? Apa niat Khail pada Ala i na tu?
Dia budak baik, Khail. Dari
lirikan mata kamu tu… bahasa tubuh kamu… mama dah tahu dah,” teka Puan Maryam
kerana memang itulah yang hati tuanya bisikkan.
Kepala Mikhail
terteleng sedikit pada mamanya. “Apa
maksud mama dah tahu tu?”
Mengeluh Puan
Maryam dengan pertanyaan polos anaknya itu.
Soalan yang buat-buat tak bersalah.
Soalan yang bagaikan Mikhail tidak mengerti apa-apa.
“Kamu faham apa
yang mama nak cakapkan ni, Khail,” sela Puan Maryam memberikan jawapan yang
tergantung.
Mikhail hanya
memandang mamanya saja. Tidak mampu
berkata apa lagi setelah Puan Maryam menebak dengan tepat apa yang sedang
berlegar di dalam kepalanya.
“Sudahlah, kamu
tak kerja ke hari ni? Kalau kata kamu
ada kerja, petang nanti mama suruh Lisa hantarkan Alaina,” ujar Puan Maryam
lantas Puan Maryam hendak berlalu ke dalam rumah.
Sudah tidak
mampu melayani Mikhail yang kerap berdalih sejak akhir-akhir ini. Sikap Mikhail juga sudah nampak pelik. Jarang dia pulang tengah hari, tapi hari ini
lain pula.
“Mama…”
Baru saja Puan
Maryam menolak daun pintu, Mikhail bersuara menyeru namanya. Tubuh itu pegun dan Puan Maryam berpaling
pada anak lelakinya yang sedang berdiri tegak dan sedang melipat lengan
kemejanya sampai ke siku.
“Erm…” Kening
Puan Maryam terjongket.
“Khail ingat
Khail nak…” Bicara Mikhail mati.
Lidahnya
kelu. Sungguh dia tak tahu bagaimanakah
dia perlu luahkan pada mamanya agar wanita itu tidak terkejut. Tapi benar.
Dia sudah tidak mampu
“Nak apa?” soal Puan Maryam bila melihatkan Mikhail
terdiam.
Aneh
sungguh. Pertama kali Mikhail bagaikan
kehilangan kata. Andai sebelum ini,
lantang bersuara. Andai Puan Maryam
menegur, ada saja jawabnya yang terang terentang membantah biarpun dalam
kelembutan.
“Khail nak apa?
Nak makan? Tak puasa?” bidas Puan Maryam biarpun dia yakin Mikhail
sedang berpuasa namun solatkah dia?
Itulah yang membuatkan jiwa Puan Maryam gundah.
“Eh mama ni…
sampai hati sindir Khail macam tu. Khail
nak benda lainlah,” bantah Mikhail sedikit keras. Dia merengus sedikit tanda protes pada
mamanya.
“Habis tu Khail
nak apa?”
Jiwa lelaki
Mikhail mendesak dan terus mendesak.
Antara kepuasannya dan kehendak hati yang berbisik syahdu itu, dia
semakin keliru. Apa yang Mikhail tahu,
dia mahukan Ala i na.
‘Atas dasar apa
aku mahukan dia, Ya Tuhan?’ Resahnya hati Mikhail, sukar hendak dia gambarkan
namun terkesan akan mata Puan Maryam akan keresahannya Mikhail itu.
“Khail jangan
cakap yang Khail…” Kata-kata Puan Maryam
mati. Dia mencerlung pandang pada
Mikhail. Memberi amaran awal-awal lagi.
Bagaikan
mengerti apa yang bermain di dalam minda Puan Maryam, Mikhail membalas renungan
mamanya. Dia tahu, dari riak wajah dan
sinar mata mamanya yang kian pudar itu, ternyata mamanya tidak setuju akan
niatnya itu.
“Kalau Khail
kata betul?” duga Mikhail tenang. Dia sudah bersedia menerima apa-apa saja
hamburan daripada mamanya itu.
“Jangan ada niat
macam tu sikit pun kalau Khail tak berubah,” ujar Puan Maryam tegas memberi
amaran. Dia berpaling hendak berlalu
namun langkah itu terhenti dan dia memandang Mikhail sekali lagi.
“Mama dah agak
yang niat Khail tak elok bila Ala i
ada dengan Khail. Sebelum ada niat nak
jaga anak dara oran g,
tolong jaga diri sendiri dulu. Sebelum
ada niat hendak didik isteri, tolong didik diri dulu!” tekan Puan Maryam tegas lantas dia masuk ke
dalam rumah dan daun pintu itu dihempas sedikit.
Tergamak Mikhail
punyai niat sebegitu? Sungguh tak mampu
dijana oleh akalnya. Puan Maryam yakin
Mikhail jatuh cinta pandang pertama pada Ala i na
tapi dia juga yakin, cinta Mikhail itu bertunjangkan nafsu semata-mata dan Puan
Maryam tidak mahu begitu.
Kasihan pada
anak gadis yang polos ini. Langsung
tidak mengerti apa-apa agaknya. Hatinya
berbisik lagi. Dia mahu Ala i na hadir dalam
keluarganya. Puan Maryam mahu Ala ina menjadi pemandu arah untuk Mikhail tapi sungguh
dia berasa belas jika Mikhail mahukan Ala i na
atas dasar yang dia sendiri tidak sanggup hendak memikirkannya.
“Huh… payah
sungguh!” Mikhail melahirkan rasa kesal
sendiri bila mamanya berlalu ke dalam rumah.
Dia meraup
wajahnya berkali-kali. Berusaha menahan
rasa. Rasa yang datang dari pelbagai
arah. Rasa yang semakin sukar untuk dia
tundukkan. Malas hendak pulang ke tapak
projek, dia terus membuka kasut dan masuk ke dalam rumah.
“Jom kita naik
atas,” ajak Puan Maryam lembut. Dia
menjeling ke belakang sedikit dan terus saja dia terbias akan susuk tubuh
Mikhail yang sedang membuka butang kemeja.
“Err… Mali s a
mana?” tanya Ala ina
cuba
berbahasa.
Dia gugup kala
matanya terkesan akan dada bidang Mikhail yang sedikit terdedah kala lelaki itu
melalui hadapannya untuk ke anak tangga.
“Kejap lagi Lisa
balik. Kita naik atas dulu. Nak ajak Alai minum bulan puasa, kan ?” seloroh Puan Maryam bila dia terkesan akan
riak wajah Alaina yang jelas berubah. Bahu
Alaina dipaut mesra.
Langkah Alaina
terasa songsang bila mana Mikhail mula melucutkan pakaiannya daripada tubuh dan
digenggam kemas lantas menapak ke atas memintas langkah Puan Maryam dan
Alaina.
‘Dia ni tak
menjaga aurat langsung,’ bisik hati Alaina sambil menundukkan pandangan ke
bawah.
Langkah Mikhail
tenang. Namun hatinya membentak. Mama bagaikan tidak menyokong pula. Bukankah sesuatu perubahan itu harus bermula
dengan memilih orang-orang yang baik
menjadi teman? Argh… mama sengaja! Marah hati Mikhail.
Dia terus
menapak langkau dua anak tangga dan bila tiba di tengah-tengahnya, suara Puan
Maryam menghentikan langkah.
“Khail tak kerja
ke?”
“Hari ni half-day. Khail ada dekat site daripada pagi. Tubuh dah letih. Nak rehat kejap,” jawab Mikhail tanpa
berpaling sebaliknya dia kembali melangkah dan terus hilang di balik pintu
biliknya.
Berdentum juga
pintu kala Mikhail menutupnya. Jelas
mempamerkan tanda tidak puas hati dan protes pada kata-kata mamanya tadi.
Dahi Alaina
berkerut. Rasa tidak sedap hati pula
berada di bawah satu bumbung dengan Mikhail.
Dia memandang Puan Maryam yang turut sama mengerling ke arahnya.
“Err… dia marah Alai ke sini ke, mak cik?” Alaina menyoal resah.
Jika benar
Mikhail tidak suka dia ke sini, dia mahu segera berlalu. Tapi, jika benar tidak suka, kenapa harus
Mikhail hadir ke rumah Nur Raudha dan membawanya ke sini. Tapi, pasti kerana arahan Puan Maryam dan
jika bukan, dia yakin Mikhail tak akan sudi memandang dia.
“Mana ada.” Puan Maryam menggeleng menafikan.
“Khail tu memang
macam tu. Tapi, jaranglah tengok dia
marah-marah. Penatla tu. Hari pertama puasa kan .
Biarkan dia. Alai
buka puasa kat sini, ya?” cadang Puan
Maryam mahu mengalihkan tumpuan akal Alaina pada Mikhail.
“Err… tak boleh,
mak cik. Alai kesian umi dengan Yana je dekat rumah sana .
Lagipun, tak dapat kebenaran umi macam risau pulak. Apa kata umi nanti,” tolak Alaina lembut.
Dia sebenarnya
segan. Baru kali pertama menjejakkan
kaki ke sini dan pastilah akan makan semeja dengan Mikhail. Alaina tidak suka renungan mata Mikhail. Andai diikutkan hati yang geram, mahu saja
dia cucuk mata tajam itu. Yang paling
penting, pertama Ramadhan ini dia mahu meluangkan masa bersama Adiana. Dulu juga begitu, sekeluarga bersama dan
kini, biarpun hanya ada Adiana, dia berlebih-lebih mahu bersama adiknya itu.
“Nanti mak cik
telefon umi bagi tahu, ya?” pujuk Puan
Maryam lagi.
Alaina tersenyum
dan menggeleng. “Mungkin lain kali sebab
Alai nak teman Yana berbuka. Hari ni kali pertama dia belajar puasa,”
beritahu Alaina dan kali ini Puan Maryam hanya mampu memandang dengan anggukan
saja bila Alaina bagaikan berkeras.
Tak apalah. Ramadhan masih jauh namun sempatkan dia
membawa Mikhail kembali ke landasan yang sepatutnya. Itulah yang menjadi persoalan.
Puan Maryam memandang mata redup Alaina dan mengukir senyum lagi.
“Jomlah kita
naik. Kebetulan mak cik tengah mengaji
tadi. Alang-alang Alai
dah sampai ni, kita sama-sama belajarlah,” ajak Puan Maryam dan mereka
sama-sama menapak ke atas menuju ke bilik Puan Maryam yang hanya bersebelahan
dengan bilik Mikhail saja.
Mikhail terus
menghempaskan tubuhnya ke katil.
Penghawa dingin yang dipasang bagaikan tidak mampu memberi kenyamanan
lagi. Jiwa lelakinya bergolak. Entah mengapa, lenggok langkah Alaina
menyerang mindanya.
Kemulusan wajah
Alaina dan sindiran pedas Alaina padanya benar-benar berbekas di minda. Tidak pernah lagi ada wanita yang berani
menyindirnya selain mama dan Malisa.
Kini, Alaina adalah orang yang pertama dan dia juga mahu jadi yang
pertama dan terakhir untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan yang satu itu.
Dalam pada
memasang angan, telefon bimbitnya berdering kuat membuatkan Mikhail
tersentak. Dia menggapainya dan tertera
nama Malisa pada skrin.
“Ya, dik?” sahut Mikhail lembut. Dia senyum.
Pastilah Malisa akan memarahinya nanti
kerana memotong jalan adiknya.
“Lisa dah boleh
balik belum?” Malisa merengus
sedikit.
Abang Khail ni
macam-macamlah. Kot ya dah jatuh cinta,
jangan suruh aku keluar tak balik-balik!
Marah Malisa di dalam hati. Dia
juga terkejut bila Mikhail mengatakan dia akan menjemput Alaina dan dia yang
terpaksa membuang masa di mana-mana demi rancangan pelik abangnya itu.
Sampai ke sudah
dia menanti Mikhail menelefonnya tapi sudahnya, dia yang menghubungi abangnya
itu bila Mikhail berpesan agar tidak pulang selagi tidak diberi isyarat.
“Lisa dah bosan
kat luar ni,” tambah Malisa lagi.
Mikhail
ketawa. “Kan abang dah bagi duit. Lisa pergilah bazar Ramadhan ke. Rancangan abang tak menjadi lagi ni. Itulah, siapa suruh tak kerja hari ni. Kan
dah bosan,” sinis Mikhail.
Malisa memang
begitu. Suka bercuti dengan alasan
menemani mama yang sunyi. Bila Mikhail
melarang, Malisa pasti mengungkit agar meminta dia mencari seorang kakak ipar
membuatkan Mikhail mati kutu dulu, tapi tidak kini. Calonnya sudah ada dan dia sedang berusaha
mendapatkan calon itu dengan apa cara sekalipun.
“Aba ng ni…” Mali s a
merengus panjang.
Pelik sungguh
Mikhail sejak bersua empat mata dengan Ala i na
ini. Abangnya itu bagaikan sudah menjadi
oran g
lain. Pagi tadi juga, cepat saja bila
dia mengejut Mikhail bangkit untuk bersahur.
Sekali ketukan, Mikhail sudah menyahut.
Jika tidak, hampir roboh pintu itu, belum tentu Mikhail mahu bangkit
dari lena.
“Dah jatuh cinta
ke?” tebak Mali s a
bila abangnya dia.
Mikhail ketawa
di hujung talian. Matanya memandang
tepat pada siling kapur yang berukir ind ah. Wajah
Ala ina terdampar di situ. Wajah malu-malu dan wajah yang berkerut sana sini bila dia
memerhatikan gadis itu.
“Kenapa cakap
macam tu pulak?” Mikhail cuba
bermain tarik tali lagi dengan Mali s a. Dia tiba-tiba rasa segan untuk mengaku.
“Eleh… abang tu
abang Lisa. Bohong kalau kata Lisa tak
tahu cara pandangan abang pada sorang perempuan. Masa abang pandang awek abang nama Juan tu,
lain sangat dengan cara abang pandang Ala ina,”
luah Mali s a yakin.
Malisa bukanlah
tidak pernah bertemu Mikhail berkepit dengan Juana dan nama gadis Kristian
itupun, Mikhail sendiri yang beritahu padanya dengan syarat, perkara itu
dirahsiakan daripada Puan Maryam.
“Lain, ya? Macam mana tu?” duga Mikhail lagi. Dia juga mahukan jawapan untuk segala
persoalan yang bermain di mindanya sejak akhir-akhir ini. Mudah-mudahan Mali s a
mampu memberikan jawapan.
“Ala h… perasaan
abang. Abang tafsirlah sendiri. Kenapa nak Lisa cerita pulak. Lisa hanya nampa k
tapi abang merasa tapi ingat, bang… rasa tu dengan hati yang bersih bukan
dengan tangan atau mata abang,” sinis Mali s a
lalu dia matikan talian.
Malas hendak
berbicara dengan Mikhail lagi. Makin banyak
soalan yang akan berjawab dengan soalan nanti.
Sudahnya talian dimatikan dan Malisa.
‘Macam-macam hal
abang ni. Kalau betul abang sukakan dia,
Lisa harap abang berubah.’ Itulah
pesanan yang sempat dihantar oleh Malisa dan dia terus melangkah menyurusi kaki
lima pasaraya
mengintai apa-apa saja yang boleh dibeli untuk membuang waktu bila Mikhail
mengarahkan begitu.
Nafas Mikhail
beralun tenang. SMS yang dia terima
daripada Mali s a
benar-benar membuatkan dia yakin yang dia memang mampu memilik Ala i na. Dia tahu, Mali s a
pasti membantu. Wajah itu tersenyum lagi
namun tidak lama bila telefonnya menjerit lagi sekali dan bila dia menatap nama
yang muncul, Mikhail merengus lantas dicampaknya telefon itu ke atas permaidani
setelah dia mematikannya.
Mata Mikhail
kian layu dan layu bila mana bayang-bayang Ala i na bagai memimpin dia menyurusi satu
perjalanan yang jauh penuh dengan cahaya dan keindahan lalu dia merapatkan
kelopak matanya dalam senyuman.
**
MALISA akhirnya
membuat keputusan hendak pulang ke rumah.
Letih sudah kakinya melangkah tanpa arah dan tujuan. Sudahnya, wang pemberian Mikhail tidak
langsung digunakan. Biarlah abangnya hendak
berkata apa, dia benar-benar letih.
Hari pertama
puasa yang benar-benar mencabar kesabaran angkara rancangan gila Mikhail. Baru saja Malisa hendak membuka pintu pagar,
dia didatangi oleh seseorang yang amat dia kenali. Wajahnya berkerut seribu membuatkan Malisa
yakin, pasti ada masalah yang akan timbul.
“Mana abang
you?” soal Juana keras.
Hati Juana sakit
bila dia menelefon Mikhail namun tidak bersambut malah setelah dia cuba
berkali-kali ternyata talian sudah dimatikan langsung. Mati dalam erti kata yang sebenarnya hingga
tak mampu dihubungi lagi.
Akhirnya, dia
nekad ke mari dan kebetulan juga wajah Malisa muncul dulu di depannya. Juana sudah tidak mampu bersabar bila Mikhail
bagaikan mahu melarikan diri dari dia.
“Abang
Khail?” soal Malisa polos.
“Habis tu? You ada berapa orang abang?” sinis Juana pula.
Bibirnya mencebik
geram. Juana bukan tidak tahu yang
Mikhail hanya ada mama dan seorang adik perempuan saja. Adik perempuan yang selalu dibanggakan oleh
Mikhail. Adik perempuan yang katanya
lebih cantik daripada dia sendiri malah dari mana-mana gadis pun.
Geram sungguh
dengan wajah selamba milik Malisa ni.
Mahu saja dia tampar wajah putih bersih itu. Wajah seiras Mikhail. Andai si abang tampan,
pastilah si adik juga jelita. Itulah yang
membuatkan hati Juana rasa geram sungguh.
Ada dengki dalam hati dengan wajah Malisa.
Malisa tersengih
melihatkan bibir herot Juana. Teman wanita
abangnya yang agak lama bertahan. Andai sebelum
ni, pastilah dicampak setelah puas dipakai.
Mata Malisa dihalakan ke dalam rumah.
Sepi saja. Namun kereta Mikhail
tersadai di porch menandakan abangnya itu sudah pulang dan pastilah ada gadis
ayu bersamanya.
“Tak tahulah
abang ada ke tak ada,” ujar Malisa setelah dia mendapat akal.
‘Tak pasal-pasal
aku menipu bulan-bulan puasa ni,’ getus hati Malisa kesal. Semuanya kerana Mikhail. Huh…
“Heh… tu kereta
dia tersadai tu!” herdik Juana
geram. Matanya bulat. Kereta depan mata tapi masih ada hati nak
menipu aku budak ni. Hatinya mendongkol
geram. Abang dan adik sama je.
“Memanglah ada
keretanya. Saya kan baru sampai rumah
ni, awak dah serang. Mana saya tahu ada
tak orang dalam rumah. Entah-entah abang out-station. Kenapa? Abang Khail tak bagi tahu awak ke, Juan?” soal
Malisa lagi. Sengaja dia hendak
membuatkan hati Juana membara.
Melihatkan tubuh
yang terdedah sana sini itu benar-benar membuatkan matanya hampir buta. Meluat sungguh! Tapi, mujur bukan Islam namun dia tetap tidak
suka bila Juana sibuk bergesel dengan Mikhail.
Juana
menggenggan cluth di tangannya dengan
kemas. Hatinya semakin membara dek
Malisa. Kurang ajar sungguh. Rasa mahu ditunjal sahaja kepala Malisa yang
hanya separa bahunya ini. Tak padan
dengan pendek. Cemuh juana dalam hati.
“Kalau dia
bagitahu, tak adalah aku terpacak di sini cari dia macam orang gila!”
Malisa ketawa
halus. “Kenapa tak tekan loceng? Mama saya ada kat rumah ni haa…,” sela Malisa
kerana dia tahu, Juana tak mungkin berani muncul di depan Puan Maryam.
“I nak cari
Mikhail, bukan mama you all!” bentak Juana semakin kuat.
“Kalau nak cari
Abang Khail, kena cari mama dululah sebab sekarang mama dah tambat abang,” ujar
Malisa berlapik.
Benar begitu. Dia yakin yang Mikhail sudah tertambat kaki
tangannya dengan Alaina. Dia yakin itu
dan kerana itulah, dibiarkan saja wanita yang jenis tersua-sua seperti Juana
ini terkapai-kapai sendiri menyebabkan Juana berani muncul di depan pagar
rumahnya.
Usai membaca
tafsir bersama-sama dengan Puan Maryam, Alaina tersenyum lega. Ada sedikit pelajaran yang mampu dia kongsi hari ini. Erti dan makna sebenar berpuasa pada seorang
yang bertaqwa.
Melihatkan wajah
Puan Maryam, dia nampak wajah Anida, ibunya yang sedang terkurung di hospital
mental. Entah apa ibu makan hari di sana
sedangkan dia di sini punyai rezeki yang enak-enak saja. Lirih hatinya kala ini. Hampir saja menitis airmata namun cepat saja
genangan jernih itu kering bila Puan Maryam bersuara.
“Dah masuk Asar
ni. Manalah Malisa ni. Mak cik nak ke bilik air kejap. Kalau Alaina nak balik, kita tunggu Malisa
dulu, ya. Boleh dia hantarkan,” beritahu
Puan Maryam lantas dia berlalu ke bilik air bila Alaina mengangguk.
Telinga Alaina
menangkap bunyi air yang jatuh ke sinki namun tidak lama bila telinganya sekali
lagi menangkap akan suara wanita di bawah.
Dia pantas bangkit setelah melihat rehal lalu diletakkan di atas
katil.
Kakinya maju ke pintu
luncur bilik Puan Maryam dan matanya bulat bila melihatkan Malisa sedang
bertekak dengan seorang wanita. Bila
diamati, jantung Alaina berdegup kencang.
“Teman wanita
Mikhail!” Gumam Alaina sendiri. Tiada nama yang mampu disebut melainkan kaitan
wanita tersebut dan Mikhail saja.
Mata Alaina
beralih pada pintu bilik air yang masih menderu airnya di dalam. Barangkali, Puan Maryam sedang
berwudhuk. Tanpa menanti, dia melangkah
laju menuruni anak tangga menuju ke pintu besar. Rasanya, pagar itu tidaklah berkunci tapi
kenapa Malisa masih tidak masuk?
“Assalamualaikum,”
sapa Alaina bila dia sudah berada dekat pada pagar yang tinggi melepasi
kepalanya itu.
Suara Malisa
padam. Suara Juana juga. Mata kedua-duanya memandang raut Alaina yang
jelas pelik dan berkerut sana sini.
“Alai,” seru
Malisa gembira. Benar seperti
jangkaannya. Alaina ada di dalam
rumah.
“Err… ya. Malisa dari mana dan cik ni…” Tidak jadi Alaina meneruskan kata bila mata
Juana pula yang tajam merenungnya.
“Kau perempuan
hari tu, kan?” Jari telunjuk Juana lurus
pada Alaina. Juana terkejut bila
akhirnya dia cam akan wajah Alaina. Berbeza
sungguh. Nampak cantik pula dia
sekarang. Tapi, kenapa dia ada di rumah
Mikhail?
Tekak yang sedia
kering semakin kering. Alaina
gugup. Rasanya, hari ini adalah hari
yang agak terduga. Bertemu dengan
Mikhail pada awalnya dan kini, bersua mata pula dengan kekasih Mikhail.
“Perempuan hari
tu?” soal Malisa pelik. Pada dia, inilah pertama kali Juana bertemu
dengan Alaina tapi tidak tahu pula jika mereka pernah bertemu sebelum ini.
“Alai pernah
jumpa dia ke?” soal Malisa lagi.
Lambat-lambat
Alaina mengangguk. Dia agak takut mahu
menentang pandangan Juana kala ini. Matanya
menekur ke bawah bila Malisa membuka pintu pagar.
“Kat mana?” Suara Malisa sedikit berbisik. Hatinya menebak sendiri. Pastilah kala Juana bersama abangnya.
“Err… “ Alaina gagap bila tiba-tiba Mikhail muncul di
sisinya.
Mikhail sedari
tadi tersedar bila ada suara yang bising di bawah. Sungguh dia tak sangka Malisa sedang bertekak
dengan Malisa. Pada mulanya, dia yakin
yang Malisa mampu menguruskan Juana tapi bila tiba-tiba saja, Alaina muncul,
dia takut Alaina diapa-apakan lalu dia pantas menyarungkan kemeja yang dibutang
senget benget lalu berlari turun ke pagar.
“You buat apa
kat rumah I, Juan?” soal Mikhail bersama
mata yang dikerling pada Alaina yang sudah membawa tubuhnya ke belakang
Malisa.
Dia tahu Alaina
kecut. Nampak tegas pada mula-mula
pertemuan tapi Mikhail mula yakin, Alaina mendambakan kasih, mengharapkan
sayang.
“I’m looking for you, babe? You pergi mana? I call
tak jawab?” tanya Juana dengan suara
menggoda dan tubuh yang sedikit meliuk lintuk.
Getik Mikhail
memandannya. Lumrah lelaki. Berganti yang baru, haruslah yang lama itu
dicampak ke tepi. Malisa juga mula
menayangkan wajah meluat. Geli melihat
perilaku tidak sopan Juana. Mujur juga
jiran tetangga tiada.
“I ada site visit hari ni. Tiba-tiba mama I call nak jumpa bakal menantu dia.
I pergi jemput my fiancée to be
kejap lepas tu I malas nak masuk kerja dah.
Kira half-daylah hari ni,”
jawab Mikhail tenang.
Mata Juana
bulat. Wajah Malisa pegun. Hanya Alaina yang tenang tanpa dapat dia
kesan apa-apa dibalik kata-kata Mikhail
yang memaksudkan dirinya.
“Fiancee to be? Siapa?
Perempuan ni?” tanya Juana dengan
suara yang masih mampu dia kawal.
Airmuka sendiri juga
perlu dia jaga. Biarpun hati bergelodak
menahan marah, dia masih perlu bersabar agar tidak memalukan dirinya sendiri.
Kala ini,
barulah mata Alaina bulat. Dia memandang
Mikhail dan Malisa silih berganti. Mengerti
dengan keadaan terkejut Alaina, Malisa lantas memaut jemari Alaina kemas. Berharap agar Alaina diam saja buat masa
sekarang.
“Tak… saya bukan…”
Tak sempat Alaina menafikan, Mikhail sudah bersuara lagi.
“Abang tak
sangka, Juan datang serang Alai kat rumah abang. Tak apalah.
Abang minta maaf atas semua ni. Kalau
Alai nak balik, abang hantar lewat sikit.
Abang nak mandi dulu,” ucap Mikhail berubah langsung.
Malisa tersenyum
kelat. Tak mampu dia bayangkan perasaan
Alaina kala ini namun jika Alaina menjadi kakak iparnya, dia pasti gembira.
Bibir Alaina
bergetar. Sekarang ini, dia bagaikan
mengerti akan tujuan Mikhail mengajaknya ke sini. Hanya untuk dijadikan bahan semata-mata. Lantas hatinya berganti dengan wajah Adan
yang membawa sinar bagi menutup wajah Mikhail yang membawa suram.
~~> bersambung
Cik Penulis : Maaf sgt blog sunyi dan sepi. Serius kena writers block dan ni baru nak pulih..huhu. pada yang order n beli Kerana Sekali Cinta hard copy tu.. printing dah mula. apa2 pun pas raya baru leh ngePOS ek. Harap bersabar. Kualiti dijamin. Pada yang berminat masih boleh order. Boleh emel ke inurwafiah@yahoo.com (sempat promot) Lastly... layan komen n maaf atas kekurangan.

xpe2..asal de n3 br..hehe
ReplyDeleterindu mikhail...huhu
ReplyDeleteAlahhh Adan dah ader lak dlm hati si Alai ni..
ReplyDeleteX MO nak Mikhail gak..
moga khdiran alai mbawa sinar keinsafan pd mikail..
ReplyDeletesokong alai dengan khail..
ReplyDeletenak alai-khail
ReplyDeletesangat rindukan mereka. blog hijau da jadi blog wajib bukak hari2 tgg n3.
tq karehan
Sentap ko juan,.sian alai hehe
ReplyDeletex ssabar dengan entry seterusnya... jeng-jeng-jeng..
ReplyDeletejadik ye mikhail dengan alaina ye... dhan x pe. dgn malisa la..... please
memang semuanya menarik, banyak betul idea rehan ye, terus maju dlm berkarya
ReplyDeletesentap mak nyah kalo Alai ni ngan Adan...walaupun Adan 2 baik tp Abang mikhail pon leyh berubah jadi baik what....
ReplyDeletehahahahaha... dapat pun sambungannya..
ReplyDeletealoh, aloh. alai dah salah paham ke?
ReplyDeleteabg trusss...hahaha
ReplyDeletekhail kna brubh klu nk khwn dgn alai..yeahh alai dgn khail tau...hehe
ReplyDeletehahaahahahahaha! terbaekklah kak ann! siap ada nama mummy tu! ^^ suka, suka! :D gilalah khail..! advance tuh! tetiba rasa nak jadi alai pulak.. ehh? kekekeke :D
ReplyDeletethank you kak ann! :D
Crita kali ni lain skit dr sebelum ni..tp gud job k.rehan..
ReplyDeletekompem alai ngan abg khail ngeh3
ReplyDeleteNak alai dgn khail.. Bagilah adan dgn malisa.. Pls pls pls *buat muka comel*
ReplyDeleteaduhai alai,rebutan 2 jejaka. manakah yang menjadi pilihan??
ReplyDeleteSeronok baca n3 ni...nak lagi & jgn bg kami readers ni tgu lama2 tau...
ReplyDeletealai sweet..hope dgn khail..malisa dgn adan la, baru cun!
ReplyDeletecik ann sp hero dlm ni..khail ke adan? xtau nk plih y mn satu ni hehehee....
ReplyDeleteAdan ok..khail pun ok..cm khail tu nakal jek..biasa la org muda kan..mn tau kut Khail berubah jd baik dgn adenya bimbingan Alai kan..
rehan..wat poll antara adan dan khail..hehehe...
ReplyDelete-saye ctrain
hah apeer?
ReplyDeleteMikhail nak Alai jd tunang dia......cian Alai dpt Mikhail tu.....oh tidakkkkkkk...........
Ezzah
rehan .... terbaik lah rindu nak baca ...moga mikhail kuat semangat dia nak berubah kerana ALLAH walau ada batu loncatan ke arah kebaikan.. moga ada cahaya dan sinar buat mikhail...^_^
ReplyDeletenk Khail ngan Alai gak..
ReplyDeleteAlai tu ingat Khail gunakn die... salah faham jer tu..
hope Khail bleh jelaskan kt Alai..
Nampaknya Khail dh mula nak masuk jarum cinta kat Alai. Hopefuly Alai buat pilihan yg terbaik, dn sure Adan yg sememangnya patut jadi pilihan hati Alai.
ReplyDeletehaih, Khail dah pasang angan nak kahwin ngan Alai, sian abang Adan, jangan berpaling dari abang Adan ye Alai, hehe.
ReplyDeletesanggup tingal keje bab nk baca cerpen RM semata2 huhuhuu
ReplyDeleteSesuka hati ja Mikhail ni.alai, sila larikan diri cepat2 dr Khail. Menakutkan saj
ReplyDeletetapi rasa2nya khail ngan adan tak kot ngan alai sbb alai kan dah janji nak jaga mak dia bila dah kuar dr host. tp kan klu alai ngan khail pon ok gak...
ReplyDeleteSokong khail dgn alai. Everyday jengok blog ni intai2 n3 baru. Cpt2 post next chapter kak rehan :)plizzz
ReplyDelete