BAB 8
KELAS tambahan
untuk pelajar-pejabat PMR sudah berjaya ditamatkan untuk hari ini. Adan melepaskan lelah seketika di
mejanya. Nafas yang terasa semput angkara
turun naik, turun naik dari tingkat empat sekolah itu, dihela dalam-dalam.
Puas hati bila
melihatkan kesungguhan pelajar-pelajar tingkatan tiga kala dia mengajar
Matematik hari ini. Pantang tidak faham,
pantas saja mereka menyoal dan itulah yang membuatkan Adan berpuas hati,
menerima komunikasi daripada dua pihak dan tidak hanya dari dia sahaja.
Kertas jawapan
yang ada di depan mata, dibelek perlahan satu persatu. Bibirnya menggariskan senyuman. Rasa berpuas hati dengan jawapan
pelajar-pelajar yang bagaikan sudah bersedia bertempur dengan peperiksaan tidak
lama lagi.
Lehernya diusap
perlahan. Lenguh segala sendi. Matanya terpejam rapat. Dalam pada bahagia melihat pencapaian
pelajar, Adan juga gembira dengan pencapaian hatinya yang sudah tahu meminta
cinta.
“Alaina…” Adan bergumam sendiri.
Rindunya
menderu. Baru berpisah bagaikan bertahun
lamanya. Adakah ini yang dikatakan
anugerah? Adan tidak tahu. Setelah sekian lama dia mencuri pandang pada
gadis itu, Tuhan takdirkan dia menjadi pelindung untuk Alaina di dunia dan
biarlah sampai ke syurga.
Langkah Zuraida
pegun di muka pintu kala ternampak kelibat Adan. Dia memang menanti Adan kebetulan pula ada
yang meminta bantuannya untuk mengajar di kelas tambahan hari ini. Biarpun baru hari pertama dia di sini,
Zuraida akur hanya kerana Adan. Ada
perkara lama yang mahu dia ucapkan.
Perkara yang sepatutnya diungkap sebelum mereka keluar melangkah
daripada pagar kampus dulu lagi.
Zuraida
melangkah halus. Suasana hening. Yang kedengaran hanyalah hembusan penghawa
dingin dan juga derap tapak kasut Zuraida saja namun itu tidak mampu mencantas
wajah Alaina daripada minda Adan.
Bibir Adan terus
menguntum senyum tanpa dia sedari, ada mata yang memerhati bila Zuraida sudah
berada tepat di depannya. Mata Zuraida
redup merenung wajah bersih Adan.
‘Dia masih
begitu. Wajahnya masih memburu aku dalam
lena dan jaga dan hari ini, dia ada di depan mata,’ bisik hati Zuraida
bahagia. Dia dapat rasanya, Adan adalah
jodohnya. Jodoh yang telah Tuhan
berkati. Yang telah Tuhan aturkan.
“Ehem…” Zuraida
berdehem sekali bagi menyedarkan Adan yang nampak terlelap dalam senyuman.
Wajah Alaina
berlari meninggalkan benak Adan. Mata
Adan terbuka, tubuhnya tegap membetulkan duduk dan pantas, wajah Zuraida
terbias di depan mata. Dia tersenyum
malu. Tertangkap dengan Zuraida mungkin
akan senyuman dalam angannya itu.
“Eh, awak Zu…,”
tegur Adan sambil berdehem beberapa kali sambil tangan kasar itu ligat menyusun
kertas-kertas jawapan. ‘Esok sajalah
periksa semua ni,’ ujar hatinya.
“Ya, saya. Tak balik lagi ke?” tanya Zuraida pula sambil melabuhkan duduk di
depan Adan.
Tempat yang
menjadi persinggahannya selama dia diperlukan di sekolah ini.
Yang penting, di depan lelaki
yang dia suka. Lelaki yang telah
lama mencuri hatinya dan dia akan pastikan, tempat ini bertukar di dalam hati
Adan satu hari nanti.
“Eh… terbalik
dah ni. Patutnya saya tanya awak kenapa
tak balik lagi. Dah dekat pukul lima
ni.” Mata Adan menjeling pada jam di pergelangan tangan
kirinya. Kening terjongket sedikit pada
Zuraida.
Zuraida
senyum. Dia ketawa sedikit sambil
memandang wajah Adan yang dia perasan, pandangan mata Adan pantas beralih pada
kertas-kertas yang sudah bersusuk rapi di atas meja. Itulah yang istimewa tentang lelaki ini. Menjaga pandangan mata. Semakin terpaut hati Zuraida pada Adan.
“Saya ganti
Cikgu Siti tadi. Dia kata tak larat nak
buat kelas tambahan. Alang-alang saya
tak ada nak buat apa hari ni, saya gantikan,” ujar Zuraida lembut.
“Eh, biasa dia
suruh saya.” Dahi Adan berkerut. Hai Kak Siti.
Biasanya minta bantuan dia tapi hari ini lain pulak.
“Awak kan ada
kelas juga hari ini…,” sela Zuraida lagi.
Tawa halus itu masih lagi terbit dari bibirnya. Hatinya bergetar bila Adan mengedipkan
matanya sekali.
“Eh, betullah
tu. Lupa pulak saya,” balas Adan.
Biasanya saya
juga yang tolong, Zu. Saya jadikan dua
kelas menjadi satu jika Cikgu Siti minta tolong. Hati Adan berbicara sendiri namun biarlah dia
tidak menzahirkan. Bimbang Zuraida
berasa sedan pula.
Dia bukanlah
tidak mampu menilai pandangan Zuraida padanya namun dia tidak mampu
membalas. Jika dulu sewaktu di kampus,
dia juga tidak tertarik pada Zuraida, apatah lagi kini bila seluruh
pandangannya telah menjadi milik Alaina.
Mata Adan
melilau ke sekeliling. Yang tinggal
hanya mereka bertiga saja. Nampaknya,
cikgu-cikgu lain sudah beransur pulang.
Letih mengadakan kelas tambahan bulan puasa ni. Pelajar juga nampak lemah saja.
Tubuhnya
langsung diangkat. “Fuh… letih hari ni,
kan? Saya balik dululah. Nak singgah bazar Ramadhan kejap. Hidup bujang ni, mudah. Beli je dah siap,” gurau Adan sambil hendak
berlalu tanpa menanti Zuraida namun langkahnya mati. Namanya diseru lagi.
“Dhan, boleh
kita jalan sama? Saya pun dah nak balik
ni. Dah siap semua dah.”
Zuraida pandang
bangkit bila merasakan Adan cuba mengelak daripadanya. Dulu dia biarkan Adan pergi tanpa sempat dia
luahkan apa yang membeku di hati namun kali
ini, dia tekad. Peluang tidak
datang berkali-kali. Itulah yang bermain
dalam fikirannya.
Tidak dapat
tidak, Adan mengangguk. Tiada salah
untuk menemani Zuraida sama. Bukanlah
mereka di tempat tersorok. Mereka di
tempat umum. Suara pengawal keselamatan
yang sedang meronda juga jelas kedengaran sedang mengunci pintu kelas.
“Boleh-boleh. Jom kita,” pelawa Adan sopan.
Langkah Adan
terkedepan dan Zuraida sedikit di belakang.
Zuraida pelik, tidak pernah ada wanitakah yang mampu mencuri hati
Adan. Daripada apa yang Cikgu Siti
katakana, Adan masih bujang dan masih belum berpunya. Tiada gelaran kekasih pada sesiapa. Tiada pemilik hati. Terlalu memilihkah lelaki ini? Penat Zuraida
bertanya sendiri hinggakan dia menebalkan wajah hendak menggantikan Cikgu Siti
demi berbicara panjang dengan Adan.
Lantas, langkahnya dilebarkan.
Dia mahu seiring dengan Adan yang sedang tenang menapak dengan kedua-dua
belah tangannya ada di dalam poket.
“Dhan…,” seru
Zuraida bila dia sudah berjaya menyaingi langkah Adan.
“Erm…” Hanya itu
yang dibalas Adan kala mereka sedang meniti anak tangga untuk turun ke tingkat
paling bawah. Langsung tidak dijeling
Zuraida biarpun dengan ekor mata.
“Berapa lama
awak mengajar kat sini?”
“Dah hampir dua
tahun kot,” jawab Adan tenang. Dia
mengukir senyuman.
“Oh… saya tukar
sini sebab dekat dengan kampung saya.
Nak jaga mak saya. Kesian dia
tinggal sorang. Mujur dapat tukar dan
tak sangka awak mengajar dekat sini jugak,” terang Zuraida pada Adan.
Kepala Adan
bergerak beberapa kali mengiyakan kata-kata Zuraida. Bagus si emak, punyai anak seperti
Zuraida. Berbakti pada orang tua. Fikir Adan.
“Baguslah tu,
Zu. Berbakti pada orang tua sementara
mereka ada ni. Masa sihat. Masa sakit dah lain pulak,” sela Adan.
Zuraida
senyum. Adan juga dan langkah mereka
terus bersaing hinggalah ke anak tangga yang terakhir. Saat telapak kasut Adan memijak lantai di
tingkat paling bawah, dia memandang ZUraida.
“Okey, Zu. Jumpa lagi esok. Hati-hati bawa kereta. Selamat berbuka, ya?” ucap Adan sopan.
Dia terus
berpaling tanpa menanti Zuraida bersuara tapi sekali lagi langkahnya dimatikan
dengan suara Zuraida.
“Awak tinggal
dekat mana, Dhan?”
“Saya tinggal
dalam pagar sekolah ni,” jawab Adan mengusik.
Berkerut dahi
Zuraida dan Adan meledakkan tawa.
Semakin pelik Zuraida memandang Adan namun dia terkaku juga bila melihatkan
tawa yang jarang dapat dilihatnya dulu.
“Saya tinggal
dekat kuarters je, Zu. Biasalah,
bujang. Mudah dok kuarters. Tak payah nak
ulang-alik,” jelas Adan agar kerutan pada dahi Zuraida itu
berkurangan.
Bibir Zuraida
mengukir senyum. Fuh, dah pandai
bergurau Adan rupanya. Biasanya lelaki
yang tak pernah bergurau tapi sudah pandai bercanda ni, sedang dilamun
cinta. Itulah kata kawan-kawannya dulu
tapi kenapa Adan dikatakan masih bersendiri?
Dari sinar mata Adan, dia juga mula tersedar akan satu perkara. Hati Adan bagaikan sudah dimiliki tapi
siapakah? Kecewa pula rasa hati Zuraida
kala ini namun hendak mengalah, dia tidaklah sebegitu mudah.
“Oh… awak
ni. Ingatkan tinggal dalam pondok
pengawal,” seloroh Zuraida setelah dia berjaya mententeramkan hatinya.
Adan ketawa
kecil dan menggeleng. “Okeylah, Zu. Jumpa esok.
By the way, kampung awak kat mana?”
soal Adan ingin tahu.
“Kampung Haji
Daim,” jawab Zuraida ringkas.
Mata Adan bulat
demi mendengarkan jawapan daripada bibir Zuraida. Haji Daim?
Bukankah itu kampung Alaina dan boleh jadi juga, Zuraida kenal akan
gadis itu. Fikir Adan. Berdirinya sudah tidak kena. Langkahnya juga sudah terpasak ke bumi. Adan memandang bening mata Zuraida lagi
membuatkan wanita itu pelik dengan riak Adan yang nampak terperanjat.
“Memang awak
asal situ ke, Zu?” tanya Adan pohon
kepastian.
Bila Zuraida
mengangguk, bibirnya menguntum senyuman lebar.
Pencarian dan penyiasatan Adan bakal dipermudahkan. Doanya termakbul. Benarlah, doa pada bulan puasa ini akan
dikabulkan. Allah maha mendengar
pada hamba-Nya.
“Kenapa,
Dhan?” soal Zuraida ingin tahu.
“Err… tak ada
apa. Esok-esok kita sembang lagi,
ya? Dah lewat ni. Awak kena masak kot,” usik Adan cuba
melarikan diri dari soalan Zuraida.
Dia akan
bertanya tapi tidak saat ini. Soalannya
nanti akan berjela-jela dan berantai-rantai.
Saat itu, dia mahukan semua jawapan daripada Zuraida jika benar wanita
itu tahu sedikit sebanyak akan kisah Alaina dan Adiana yang membawa dua beradik
itu lari daripada kampung tersebut.
“Tapi…” Suara Zuraida mati bila Adan bersuara
lagi.
“Sampai masa
nanti, saya perlukan bantuan awak sikit.
Selamat berbuka, Zu. Hati-hati
memandu,” pesan Adan dan dia terus melangkah untuk pulang ke rumahnya sebelum
keluar ke bazaar Ramadhan bagi mencari juadah berbuka.
Zuraida
kelu. Apa masalah Adan ni? Nampak macam ada masalah besar je. Apa kena-mengena kampung aku dengan dia
pulak? Bisik hati Zuraida. Tak kanlah pemilik hati Adan orang kampung
aku pulak. Parah ni!
Akhirnya, dia
juga melangkah ke arah tempat letak kereta.
Dia perlu pulang segera. Jika
tidak pasti emaknya bising. Namun,
wanita itulah dihatinya selama ini.
Enjin proton Persona dihidupkan.
Mata Zuraida kalih seketika pada langkah Adan yang kian menjauh. Langsung tidak menoleh padanya membuatkan
Zuraida mengeluh sendiri. Tidak lama
setelah itu, dia terus menekan pedal minyak dan mula meninggalkan perkarangan
sekolah. Hatinya terasa sebu tiba-tiba.
Tiba di rumah,
Adan duduk di sofa melepaskan lelah.
Jemarinya ligat menekan papan kekunci telefon Samsung Galaxy S III
itu. Dia mahu menelefon Alaina. Dia mahu bertanya khabar gadis itu. Dia mahu
tahu, menu apakah yang bakal menjadi hidangan
buat Alaina dan yang lain berbuka hari ini. Yang selebihnya, dia mahu puaskan hatinya
sendiri yang Alaina dan Adiana selamat di sana.
Setelah beberapa
kali deringan, talian bersambut namun bukanlah suara Alaina yang menyapa
telinga tapi suara Ustazah Fatima.
“Assalamualaikum,
umi,” sapa Adan sopan. Bibirnya
tersenyum. Hatinya berdebar. Entah
mengapa, aura Alaina sedang membuatkan dia tak senang duduk.
“Waalaikummussalam,
Adan,” balas Ustazah Fatima pula. Dia senyum bila sudah tahu akan kehadiran
panggilan itu. Bukanlah untuknya tapi
untuk Alaina.
“Umi dengan baba
sihat?” tanya Adan lagi. Dia tidak mahu terus kepada nama Alaina. Masih ada rasa malu pada wanita itu.
“Sihat je. Mampu berpuasa lagi haa,” tukas Ustazah
Fatima lagi.
“Adan telefon ni
nak tanya umi dengan babah ke nak tanya Yana?
Ke nak tanya Alaina?” Ustazah
Fatima terus mengusik.
Adan terbatuk
kecil. Dia menjauhkan sedikit telefon
itu dan membetulkan kotak suaranya yang
tiba-tiba terasa tersangkut pada kerongkong.
Haih… umi ni tahu je apa yang aku nak.
“Eh umi ni. Sajalah tu usik Dhan, kan?” tanya Adan
buat-buat tak puas hati.
“Adan nak tanya
berbuka dengan apa hari ini? Kejap lagi
nak telefon abah dengan ibu pulak,” sambung Adan.
Ustazah Fatima
ketawa. Dia bukan tidak tahu tapi saja
hendak mengusik Adan. Tak dapat dia bayangkan
betapa merahnya wajah anak muda itu kala ini.
Tapi, Adan pasti kecewa kerana dia baru saja menerima panggilan daripada
Puan Maryam mengatakan Alaina akan berbuka di sana. Ustazah Fatima tidak kisah. Ada Adiana juga bagaikan Alaina ada sama
namun, bimbang benar hatinya dengan sikap anak lelaki Puan Maryam itu. Takut Alaina diapa-apakan.
“Err… Alai mana,
umi?” soal Adan akhirnya. Fuh, lega bila sudah mampu menyebut nama itu
pada Ustazah Fatima.
Bibir Ustazah
Fatima mati senyumannya. Hendak tidak
hendak, dia perlu memaklumkan Adan.
Bimbang nanti Adan berasa runsing.
“Alai tadi
dijemput oleh Malisa ke rumah Puan Maryam.
Umi baru kejap terima call Puan Maryam, dia ajak Alai berbuka dan
berterawih dengan dia,” jawab Ustazah Fatima sedikit teragak-agak.
Mata Adan
bulat. Sungguh sukar hendak
percaya. Biarpun bukan nama Mikhail yang
disebut, nama Puan Maryam sudah cukup memberitahu yang Alaina sedang berada di
rumah Mikhail. Hati lelakinya
resah.
“Umi
benarkan?” soal Adan pula. Dia tidak mahu cepat melatah kerana Alaina
bukanlah haknya. Jadi, dia tidak mampu
menyekat langkah Alaina jika umi sendiri mengizinkan.
“Umi
benarkan. Tak ada apalah. Puan Maryam dengan Malisa ada, kan?” pujuk Ustazah Fatima bila dia dapat rasakan
hati Adan yang keresahan.
Telinganya
tersapa dengan keluhan tipis Adan. Rasa
bersalah pula namun dia yakin, Alaina tahu menjaga diri. Gadis itu baik akhlaknya biarpun jarang
bercakap soal diri sendiri.
“Tak adalah
apalah, umi. Adan tanya je. Baguslah macam tu. Tak adalah dia tak ada kawan. Setidak-tidaknya, ada Malisa sebagai
kawan. Em… tak apalah, umi. Kirim salam babah. Nanti ada
masa, Adan berbuka dengan umi, ya?”
Suara Adan cerita. Dia mahu
memujuk hati gundahnya.
“Erm… baiklah,
Dhan. Nanti malam ni, umi minta Alai
telefon Adan…,” ujar Ustazah Fatima lagi berharap hati rajuk Adan itu terpujuk.
Adan ketawa.
“Susah-susah sangat, Adan hadiahkan Alai handphonelah nanti, Umi. Mudah nak bergayut kat mana-mana je Alai
pergi,” ucap Adan berjenaka.
Ustazah Fatima
ketawa. “Amboi anak teruna ni. Pinang dia, mudah berbicara dalam kelambu je
berdua,” usik Ustazah Fatima dan tawanya meletus.
Adan juga sama
dan talian sudahnya mati setelah Adan menghulurkan salam. Dia masih cuba mencerna kata-kata Ustazah Fatima
tadi. Tapi tidak lama bila dia pantas
bangkit dan berlalu ke biliknya.
Sepasang baju Melayu di capai dan dijinjit cermat. Dia perlu ke sana. Demi Alaina.
Tak betah jika tidak melihat dengan mata sendiri.
Ustazah Fatima
memandang gagang itu lama. Adan dah jatuh cinta. Fikirnya yakin tanpa dia sedar,
ada susuk tubuh suaminya di belakang.
“Kenapa, Ma?”
soal Ustaz Fadzil.
“Oh… Adan
telefon. Tanya khabar. Dia kirim salam,” beritahu Ustazah Fatima
pada suaminya yang sedang memimpin tangan kecil Adiana.
“Eh, Yana dengan
babah nak pergi mana?” Suara Ustazah
Fatima ceria melihatkan wajah comel itu bertudung.
“Yana nak ikut
babah ke bazaar Ramadhan,” jawab Adiana comel.
Dia memandang Ustaz Fadzil.
Langsung terlupa akan arwah ayah yang sudah pergi dan juga ibu yang
tiada di sisi.
“Abang keluar
kejap. Harap-harap Alai tak apa-apa kat
sana,” ujar Ustaz Fadzil pada isterinya.
Dia terdengar akan perbualan isterinya dan Adan tadi dan dia sudah bisa
menebak topik perbualan itu.
Ustazah Fatima terdiam
dan dia hanya menghantar langkah suaminya dan Adiana dengan mata yang
suram. Dia tahu, Ustaz Fadzil terdengar
akan perbualannya tadi dan hatinya mula
cuak bila dia nampak kurangnya keyakinan pada wajah suaminya itu bila dia
melepaskan Alaina berbuka bersama keluarga Puan Maryam.
**
“APA yang Khail
cakap pada Juana tadi?” Suara Puan
Maryam berdentum. Menggelegak hatinya
bila melihatkan wajah Alaina mendung dan bila suara Malisa mengadu.
“Khail cakap
apa? Dari tadi mama tanya sedangkan mama
dah tahu Khail cakap apa, kan?” Dia
menjeling Alaina yang sedang tunduk menyusun pinggan mangkuk di atas meja.
Setelah itu, dia
menjeling pula Malisa dengan sehabis daya.
Hati Mikhail baran sungguh dengan adiknya, Malisa. Tak boleh simpan rahsia. Tapi, dia puas hati bila Juana berlalu
akhirnya dan dia yakin, Juana tidak akan muncul lagi. Bibirnya menguntum senyum tanpa paksa. Kakinya diangkat ke atas meja kopi dan remote Astro ditekan lagi.
Matanya tak
lepas menjeling Alaina. Rancangannya
berjaya bila mamanya merayu-rayu meminta Alaina berbuka bersama mereka semua
setelah wajah itu sugul tak terpujuk.
Nampak hendak menolak tapi sudahnya, jatuh kepala Alaina bersetuju
apatah lagi setelah Puan Maryam nekad meminta izin daripada Ustazah Fatima.
“Tak baik abang
cakap macam tu pada Alai tadi,” tokok Malisa.
Kasihan sungguh dia bila wajah Alaina terkejut begitu sekali hingga
kehilangan kata.
“Eleh… abang
cakap yang betul apa?” sela Mikhail geram.
“Betul apa,
Khail. Cuba kami cakap dengan mama. Puasa-puasa ni kamu saja nak duga sabar mama,
kan? Apa salah Alai sampaikan kamu
jadikan dia bahan untuk kamu lepas daripada Juana tu?” soal Puan Maryam sinis dengan suara yang perlahan.
Matanya dijeling
sedikit pada pada Alaina yang sedang bersendiri keluar masuk dapur. Setelah itu dia memandang Malisa.
“Lisa pergi
tolong Alai. Pujuk dia sikit. Nampak sedih sungguh tu. Mama tak tahu nak pujuk macam mana dah,”
suruh Puan Maryam dan Malisa pantas bangkit.
“Abang jangan
buat silap untuk kali ni. Tolonglah!” rayu Malisa keras. Sempat lagi dia menjeling pada Mikhail
sebelum berlalu membantu Alaina.
“Khail cakap
dekat mama. Apa motif Khail cakap macam
tu pada Juana tadi dan jatuhkan air muka tetamu mama tu?” tekan Puan Maryam lagi dan kali ini dia sudah
duduk di sisi Mikhail. Tidak mahu
perbualan mereka didengari oleh Alaina.
Bimbang makin tercalar hati gadis ayu itu.
“Tak ada motif
mama. Khail cakap apa yang hati Khail
rasa. Salah ke?”
“Salah tu tak
tapi tak betul!” pangkas Puan
Maryam. Pening dia dengan Mikhail
ni. Entah apa yang dia mahukan daripada Alaina, Puan Maryam
tidak tahu.
“Apa yang Khail
nak katakan sebenarnya? Betul nak
jadikan Alaina tu…”
“Isteri. Khail nak dia jadi isteri Khail!” cantas
Mikhail sambil memandang mamanya serius.
“Isteri?” Terentang kerut pada dahi Puan Maryam. Dia memandang ke belakang lagi. nampak Alaina sedang ketawa dengan Malisa. Lengan Mikhail dicubit sikit.
“Kamu sedar tak
apa kamu cakap ni, Mikhail?!” soal Puan
Maryam geram. Padanya, dia hanya nampak
Mikhail mahu jadikan Alaina alat untuk dia melepaskan diri semata-mata. Tak pernah terjangkau oleh mindanya yang niat
Mikhail sejauh itu.
“Khail sedar dan
sebab tu Khail cakap, Khail cakap apa yang Khail rasa betul dan Khail nak Alai
jadi isteri Khail. Kenapa? Mama tak setuju?” Agak tegang nada Mikhail kala ini.
Dia dapat rasakan
yang mamanya akan membantah dan bila Puan Maryam menggeleng, benar telahannya.
“Khail tak
sesuai untuk Alai,” bisik Puan Maryam sayu.
Mudahnya Mikhail
menjauh daripada wanita yang lalu dan kini cuba menghimpit gadis baru pula dan
pedihnya bila gadis itu adalah Alaina yang terlalu lembut orangnya.
“La… mama yang
suruh Khail cari yang halal dan bila Khail dan jumpa yang Khail nak, mama
bantah pulak!” bentak Mikhail sambil
merengus panjang.
Tayangan National
Geoghraphic itu tidak mencuri minatnya. Dalam
kepalanya berdengung bantahan mamanya. Entah
macam mana wanita yang menjadi idaman mamanya, Mikhail tidak tahu. Payah hendak mencari menantu untuk Puan
Maryam ni. Bisik hati Mikhail.
“Memang mama
suruh Khail cari yang halal untuk Khail gauli dan Alaina memang mampu mencuri
kasih sayang mama tapi sayang bila anak lelaki mama tak layak untuk kasih dan
cinta seorang gadis seperti Alaina tu,” ujar Puan Maryam lagi berharap agar
Mikhail mengerti.
Bantahan itu adalah
untuk kebaikan Alaina. Dia tidak mahu
Alaina menderita kerana sikap liar Mikhail biarpun dia yakin Alaina mampu
bersabar dan membentuk Mikhail tapi dia tidak sudi jika setitis pun airmata
Alaina gugur kerana mereka sekeluarga.
“Mama nak kata
Khail tak layak?” soal Mikhail tidak
berpuas hati.
“Mama nak Khail
berubah,” jawab Puan Maryam sambil tersenyum dan dia menepuk bahu Mikhail
beberapa kali sebelum bangkit dan hendak berlalu ke dapur.
“Alai marahkan
abang ke?” soal Malisa lembut saat dia
dan Alaina sedang menyusun gelas di atas dulang.
Langkah Puan
Maryam pegun. Dia memasang telinga di balik dinding, mahu mendengar butir
bicara Alaina. Bicara yang mungkin dari
hati yang memungkinkan Mikhail mempunyai ruang dalam hidup gadis itu.
“Tak adalah,
Lisa. Saya tak marahkan sesiapa,” bantah
Alaina sambil tersenyum. Benar hatinya
terluka tapi hendak dizahirkan kesan itu, tidak mungkin sekali.
“Sungguh?” soal Malisa lagi.
Alaina
mengangguk. “Sungguhlah. Saya tak marah langsung. Sedih tu ada sikit,” seloroh Alaina dan dia
terus menggariskan senyuman pada Malisa yang sedang mengacau air.
Malisa
melepaskan sudu dan dia terus menghampiri Alaina. Bahu Alaina dipeluk kemas.
“Abang Khail
jatuh cinta pada awak, Alai,” bisik Malisa.
Dia kenal abangnya. Dia nampak
cinta dalam setiap renungan Mikhail biarpun dia sendiri yakin yang abangnya tidak sedar cinta atau
sebaliknya.
“Hah?” Mata Alaina bulat.
Malisa
angguk. “Hari pertama lagi kami jumpa
awak lagi, saya yakin dah tu. Boleh nampak
biarpun abang mungkin tak tahu dia sedang cintakan awak,” ujar Malisa
lagi.
Semakin menunduk
wajah Alaina. Tidak tahu apa yang mampu
dia katakan. Adakah dia juga sama. Mencintai Adan tapi tidak sedar. Tak mampu dia zahirkan tapi dia tenang kala
mendengar bicara Adan.
“Kalau kata
abang pinang awak?” duga Malisa bila
Alaina hanya diam.
“Malisa…,” seru
Alaina. Bibirnya tersenyum lagi. Tangan Malisa dipegang sedikit.
“Kami tak kenal
antara satu sama lain. Awak dan Puan
Maryam juga masih tak kenal siapa saya jadi jangan terlalu jauh menelah apa
yang ada di hati kami. Jodoh itu rahsia
Allah. Saya masih muda dan saya ada
tanggungjawab lain yang lebih penting daripada diri sendiri,” jawab
Alaina. Ya benar begitu. Adiana adalah amanah terpenting buatnya
kini.
“Adik awak, kan?” tanya Malisa dan Alaina mengangguk.
Mengeluh Malisa
sedikit. “Saya faham tu tapi jika benar
Abang Khail sukakan awak, saya harap awak boleh bagi peluang pada dia sebab
saya yakin, dia akan berubah menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa kerana
dia perlukan tangan yang memimpin. Saya harap
tangan itu adalah milik awak Alai,” ujar Malisa lagi. Jemari runcing Alaina disentuh seketika
sebelum dia kembali menyambung kerjanya.
Airmata Puan
Maryam menitis sedikit bila Alaina tidak membalas kata-kata Malisa. Dia memang berharap Alaina menjatuhkan kepala
tapi bila Alaina dia, dia harus akur kerana sememangnya Mikhail tidak layak
untuk Alaina.
Sudahnya, Puan
Maryam berlalu ke atas. Malisa juga bila
dia memberi alasan mahu menukar pakaian.
Masih ada kurang dari sejam waktu untuk berbuka dan segalanya sudah siap
dihidang. Hanya susuk tubuh Alaina saja
yang masih berdiri kaku di depan sinki melemparkan pandangannya ke arah tanaman
Puan Maryam yang segar.
Mikhail yang sedari tadi berada sendirian di depan
televisyen bangkit menuju ke dapur bila Malisa dan mamanya naik ke atas. Track bottomnya dibetulkan sedikit. Rambutnya dikuak ke belakang dan langkahnya
maju ke dapur lantas matanya terbias dengan susuk tubuh langsing Alaina yang
sedang membelakanginya.
Mikhail
menghembus nafas yang resah. Tidak tahu apakah yang tak kena dengan
dirinya. Benarkah apa yang dia tuturkan
pada Puan Maryam tadi? Mahu menjadikan
Alaina sebagai isteri sedangkan susur galur gadis itu tidak langsung dia
ketahui. Siapakah nama penuhnya, dari
manakah dia dan siapakah orang tuanya, Mikhail tidak tahu. Yang pasti, hatinya yang sekeping itu mahu
menakluki cinta gadis itu.
“Ehem…” Mikhail berdehem seketika bila dia sudah
berdiri tepat di sisi Alaina.
Huh, ingatkan
buat apa kat sinki. Berangan rupanya. Bisik hati Mikhail sambil menjeling pada
Alaina yang pantas menarik sebiji gelas bersih dan mencucinya.
“Eh, awak. Terkejut saya,” ujar Alaina cuba
menyembunyikan kecanggungannya kala ini.
Matanya
menjeling Mikhail sedikit. T-shirt putih yang membaluti tubuh
Mikhail jelas menampaknya susuk tubuh sasa lelaki itu lantas Alaina melarikan
pandangan dan beristighfar berkali-kali moga dia dilindungi.
“Pasal tadi tu…”
“Saya tak marah,”
cantas Alaina.
“That is not what I am trying to say,
Alai,” balas Mikhail juga pantas.
Dia geram bila
cakapnya dicantas hinggakan lari maksud penyampaiannya itu. Karang salah faham payah pulak.
Mata Alaina
terkebil-kebil memandang Mikhail. Habis tu
kau nak cakap apa? Bersoal jawab Alaina
dengan hatinya.
Mikhail tepuk
dahi. “Oh, sorry. Saya tahu awak tak
faham. Maksud saya, bukan itu yang saya
nak cakapkan tadi.”
Alaina mencebik
dalam diam. Eleh… ingat aku ni teruk
sangat ke? Bahasa Inggeris aku dapat ‘A’lah. Namun, dia hanya diam saja. Malas hendak melayan.
“Habis tu apa
yang awak nak cakap?” tanya Alaina.
“Saya nak cakap
pasal tadi tu saya serius. Saya maksudkan
bila saya katakan awak bakal tunang saya,” tekan Mikhail berharap agar renungan
membunuhnya itu mampu membuatkan hati Alaina cair.
Kata mama,
berdoa di bulan Ramadhan ni Tuhan akan perkenankan jadi dia tidak putus-putus
berdoa moga hati Alaina cair padanya seperti mana gadis-gadis yang pernah tewas
hanya dengan renungannya saja.
Alaina tidaklah
terkejut mana. Malisa sudah sampaikan
hal ini sebentar tadi. Kepala paip
dipulas. Kini, hanya hembusan nafas
resah Mikhail yang menyapa telinganya. Dia
memandang Mikhail buat kali pertama. Pandangan
bersulamkan senyum.
Mikhail telan
liur. Pertama kali Alaina tersenyum
padanya membuatkan dia yakin dengan kehendaknya itu. Alainalah orangnya. Tiada yang lain.
“Serius atau
tidak, hanya awak dan Allah yang tahu. Saya
ke sini hanya sebagai tetamu dan bukan untuk menjadi penghuni rumah ni untuk
selamanya di sisi awak,” ucap Alaina sopan dan penuh kiasan. Menolak kehendak Mikhail lembut hinggakan
lelaki itu terngadah.
“Awak tolak
saya?” soal Mikhail.
Alaina
menggeleng. “Saya tak tolak tapi hidup
saya telah saya serahkan pada Allah yang maha menentukan hala tuju saya. Hidup saya hanya ada satu laluan saja. Tiada persinggahan. Yang ada hanyalah destinasi akhir. Saya keluar dulu,” pinta Alaina lembut dan
bila dia mahu melangkah, tubuh Mikhail menghalang langkahnya.
“Saya tak pernah
ditolak Alaina…” ucapnya menahan geram dengan nada yang riak.
“Dan biarlah
saya jadi yang pertama menolak awak,” balas Alaina tenang. Dia tidaklah setenang mana namun berhadapan
dengan lelaki sebongkak Mikhail, dia perlu tenang. Seperti mana tenangnya Adan kala dia menolak
pertolongan lelaki itu pada awalnya.
“Jangan cabar
saya, Alai!” Mikhail memberi
amaran. Bila singa jantan berasa
diancam, amaran keras harus diberikan pada musuh di depan mata.
Alaina langsung
menggeleng. “Saya tak cabar
sesiapa. Tapi, saya mempertahankan diri.”
“Kenapa? Awak rasa saya tak boleh berubah? Tak boleh berhenti jadi womaniser?” sinis Mikhail
keras.
“Berubah atau
tidak, itu antara kita dengan Allah kerana Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak berusaha untuk mengubah
nasibnya. Benar satu perubahan itu
memerlukan pemimpin tapi saya bukanlah orangnya. Cuba awak pejam mata dan bayangkan wajah mama
awak dengan titisan airmata kerana awak.
Berubahlah kerana Allah dan wanita yang agung di dalam hidup awak iaitu
seorang ibu” jawab Alaina panjang lebar.
“Saya keluar
dulu.”
Kaki Alaina
melangkah ke arah lain bila Mikhail diam tidak berkutik. Bibirnya saja nampak bergetar tapi lidahnya
kelu. Mikhail tidak tahu apakah yang
mampu dia katakan saat ini. Tertewas
buat kali kedua dengan hujah Alaina.
Tapi, baru
setapak Alaina melangkah, lengannya dilelar oleh Mikhail agak kasar membuatkan
dia hampir terlentang ke belakang. Pantas
dia berpaling dan memandang mata Mikhail
yang sedang tajam merenungnya dengan rahang yang turun naik.
“Tak pernah ada
perempuan yang tak sudi bagi peluang pada saya, Alai,” beritahu Mikhail
lagi. Penuh makna yang mendalam. Dadanya turun naik menahan amarah dan
sabar yang mula menipis.
“Saya tak kata
tak bagi peluang pada awak. Peluang untuk
kita manusia dalam dunia ni terbentang luar.
Hanya pilih mana-mana saja peluang yang ada selagi kita bernafas. Peluang untuk berubah menjadi baik atau
sebaliknya. Itu terserah dan saya bukan
orang yang menyediakan peluang itu sebaliknya peluang itu datang daripada umur
yang telah Allah berikan buat kita, Mikhail,” jawab Alaina.
Ketenangan wajah
dan tutur kata Alaina benar-benar membuatkan jiwa lelaki Mikhail
memberontak. Rasa untuk menyentuh pipi
Alaina membuak-buak dalam diri dan akhirnya dia menarik lengan Alaina tanpa
sedar. Dia tahu Alaina tidak berganjak,
lantas… dia yang mendekat.
Hatinya kembali
bersorak-sarai bila langkah Alaina tidak berundur setapak pun. Lengannya yang juga ada di dalam genggaman
Mikhail tidak ditarik. Bagaikan rela
diri diperlakakukan begitu membuatkan Mikhail terfikir, wanita sama saja. Mendambakan kasih dan belaian lelaki. Bibirnya menyenget dengan senyuman. Kata-kata Alaina sebentar tadi ditelan angin lalu.
“Alai tak rasa
abang mampu jadi suami Alai ke?” bisik Mikhail bila dia semakin merapati Alaina
dan tangannya juga sudah beralih menggenggam lengan Alaina. Sengaja dia bersuara menggoda kerana dia tahu
Alaina pasti menyerah diri.
Bibir Alaina
menguntum senyum lagi bila tubuh Mikhail semakin menghampirinya. Kala ini, dia perlu bijak mengawal
suasana. Dia perlu menang namun bukan
dengan kekasaran biarpun dia sendiri marah bila Mikhail memegang lengannnya
biarpun masih berlapik dengan baju kurung.
“Awak dah
buktikan awak mampu atau tidak,” jawab Alaina masih cuba bermain tarik
tali.
Kening Mikhail
terjongket sebelah. “Abang tak buat apa
lagi dah cakap abang buktikan?” Mikhail
sengih nakal dan Alaina tidaklah naïf hendak menilai kata-kata berbaur
kenakalan itu.
“Awak dah
buktikan dengan memegang tangan saya. Tidakkah
seorang suami itu patut menjaga maruah isterinya dan seorang bakal suami itu
patut menjaga maruah bakal isterinya? Hrmm?” Kali ini, Alaina pula menjongketkan
kening. Mencabar jawapan Mikhail yang
nampak gamam.
“Ini…” Mata Alaina menjeling pada tangan Mikhail
yang masih teguh memegang lengannya.
“…ini bukan
calon suami yang baik sebab awak awal-awal cuba seret saya ke lembah dosa pada
bulan mulia ni. Mengurangkan pahala
puasa kita dan boleh jadi tiada pahala
yang tersisa. Ingatlah, awak… mudah
untuk menjadi seorang suami tapi jangan awak ambil mudah segala hal. Menjadi nakhoda agar semua penghuni kapal
berjaya sampai ke pintu syurga dengan selamat.
Itu tak mudah. Banyak pengorbanan
yang awak perlukan tapi jangan korbankan saya.
Tolong…,” rayu Alaina bertahan daripada gugurnya airmata yang sudah mula
menakungi kolam airmata. Dia sebak.
Ternyata,
hatinya menyebut nama Adan. Adan yang
menjadi penyuluh jalan buatnya biarpun jasad mereka jauh namun Allah telah
dekatkan hati mereka.
Mikhail kelu
lagi. Tangannya pantas terlepas daripada
terus mencengkam lengan Alaina. Melihat ke arah mata gadis itu,dia tidak tahu
daripada mana ketenangan Alaina datang
tapi, sungguh… dia sendiri hampir tewas dengan nafsu. Andai bibir mungil itu tidak bersuara,
pastilah sudah menjadi mangsa bibir sensual miliknya.
Liur ditelan
berkali-kali. Semakin kering anak tekak
yang sudah sedia kontang itu. Mikhail
tewas lagi. Tidak perlukan senjata
kerana Alaina tahu di mana lemahnya dia.
Barangkali, inilah yang mama katakan, aku tak layak untuk dia. Bisik hati Mikhail kesal.
~~> bersambung
Novel sulung saya, TERLERAI KASIH di pasaran. Pada yang belum dapatkan, jom dapatkan. Akan puas hati biarpun hangen je... Timekasih, layan, LIKE, komen n maaf atas kekurangan.


RM..mmg tabik spring ngan Alai..cool sunggoh.. klu org lain dah lama mengamok!! tbaekk RM..
ReplyDeletehohoh..hai kak su..sy nk tuggu reply komen la kak..thanks kak sudi drop by..hehe.. wish me luck.. luv yu
Deletebest!!! adan dtg la amik alai, kesian alai..
ReplyDeletebetol3 nanti skit jiwa lak alai klau slalu kna berhdpn gn mikail
Deletesuka, suka, SUKA!!!!!!! ayat2 yg power, mantap dan penuh makna. tabikla RM!
ReplyDeletebset... kak rehan mmg terbaik lah...
ReplyDelete-hanim-
ayat alaina memang power!!! padan muka khail, haha
ReplyDeletetapi nak alai dengan khail jugak sebab kesian zuraida yang minat adan :)
maner Adan? nak Alai ngan Adan...
ReplyDeleteRM, lamanya takde update. Rindu pada Alaina. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
ReplyDeleteZailda.
xnk... nk Alai dgn Khail gak... please, kk!!
ReplyDeletedalam maknenya ayat alaina..hehehe..tapi serius tak nak alai dgn adan..biarlah alai dengan mikail..mikail boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik untuk alaina..plezzz.. :)
ReplyDeleteknp asyk ingt adan je..huhu...touching khail tau...hehe...
ReplyDeletekekadang isteri solehah diutuskan pada suami yg jahil kerana kehadirannya mampu mengubah suaminya menjadi lebih baik dan sebagai ujian dari Allah SWT utk isteri menguji kesabaran dan kedalaman iman isterinya...Allah SWT sebaik2 perancang...
ReplyDeletekarya Rehan tidak pernah menghampakan.Semoga idea sentiasa melimpah-ruah...mencetuskan idea yang hebat.Aamiin...
~Bayu~
kak, bila khail nak berubah? tehee
ReplyDeleteSayang Kak Rehan...thanks sbb ada entry jugak.ingatkn lepas raya br ada. haih...rasa cam dlm hati Alai ada Adan & Mikail. cemana nih? Adan baik,sopan & bertanggungjawab tp mikail pun ada potensi utk berubah kalau ada Alai. nnt kalau diaorg dpt tau history Alai, agak2 boleh terima x? hihi suspen2. anyway selamat berpuasa k.rehan...keep writing.lebiu!
ReplyDeletealaa .. nak khail dgn alai .. please kak .. biarla zuraida ngan adan . :(
ReplyDeleteGila lah Alaina. Serious tabik sbb dia cool gila dan sangat spontaneous. Terdiam Mikhail dibuatnya. And saya suka Adan sbb dia nampak gentleman and comel. Hahahaha, anyway thanks kak Rehan. And nak tanya pasal STK. Agak-agak bila boleh baca STK lagi ni? :B
ReplyDeleteWah... betul2 a pleasant surprise... Ingatkan takder update sampai selepas Hari Raya.... Tapi kalau dpt update STK, fuuuhhhh.... lagi best..... Hint...hint... Haahaahaaa...
ReplyDeleteerk..nak request alai dgn khail dan malisa dan adan boleh ke?? best citer ni
ReplyDeleteNak alai gan adan....
ReplyDeleteCoz rse adan tntu leh time mase lalu alai.....
Best n nak agi kak RM.....
salam rehan....suka ngan khail! khail mungkin nakal, tapi jujur dan telus. berani! hidup pasti berwarna-warni punya teman sebegini....hehe....fun...macam naik roller coaster! kena pulak dgn alai yg lembut tapi tegas! Memanglah seronok...
ReplyDeleteKeep up your passion for writing...all the best!
mang the best... suka sgt ngan karya RM..
ReplyDeleteRM
ReplyDeletePrefer Alai n Adan tp tajuk novel ni Izinkan Aku Menangis. Perhaps bukan happy ending kut
Alai mmg dh mula suka Adan tp mungkin x end up dgn Adan atau sapa2 sbb Alai lbh pentingkan Adiana dr hidup Alai sendiri
skenya bila khail bhsekn diri abg dgn alai..huh nak khail dan alai....ske3
ReplyDeletebest! best! watak alaina kali ni lain sangaat! seorang yang sopan dan sangat cool! thank you kak ann! sambung lagi yop! mekasih! :D
ReplyDeleteRehan sy dh baca n beli Novel terlerai kasih
ReplyDeletemmng terbaik....tapi apa kata Rehan buat Novel
yang ringan seperti romantik komedi mcm Cerpen
KSC @ UD...
IDA
Dengan tenang dan berkhemah Alai menolak Mikail. Sungguh, sy terpegu dengan ketenangan yg ada dalam diri Alai. Dan Alai patut memilih Adan sebagai imamnya daripada Mikail.
ReplyDeleteRM, novel 'Terlerai Kasih' memang best, dh banyak kali sy baca tanpa jemu. Sedih bila mengingatkan kesengsaraan yang Fiah hadapi sebelum dan selepas perkahwinan dia dengan Ilham yg cemburu buta. Namun akhirnya mereka bersatu kembali.
TQ RM
ReplyDeleteDapat gak beraya dengan tenang
utk Khail, mungkin Alai bukan jodoh kamu
RM cpt2sambung jdkn novel taw..terseksa sungguh bc skit2 ni..hehe..
ReplyDeletekalu bole nak ngan khail..tapiii...adan lg baekk..heh..
ReplyDeleteyours..ctrain
hambek ko mikhail..... kan dah kena setepek dgn alai... apa2 pun wanita yg baik akan bersama lelaki yg baik, begitulah sebaliknya.... itulah janji-Nya. hopefully adan dan alai dpt bersama2, amin
ReplyDeletehebat lah kak rehan, blh wat watak alai dgn kata2 yg sungguh mendalam tuk kita seorg wanita
ReplyDeleteRM, terimakaseh utk n3 ini.MMg sgt2 suka, kak lagi suka sekiranyg ALAI-MIKHAIL...tp apa pun yg RM nukilkan..kak terimaaa.....selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin!
ReplyDelete(terlupa plak ) re: TK, mmg sejak awai2 kak dh dakap n abiskan 2 kali..mmg akan ulang baca lagi..teruskan lagi,harap semua cerpen, novel2 milik RM akan dibukukan jua....
ReplyDeletehai RM.... lama x dgr story RM. Best story ni tpi msih x leh wat tusan nk alai ngn sape cz detak2 hebt msih si alor n lum smpai ke pertengahan. TK mmg best. leh wat sape yg bc nangis. x nangis mungkin ati batu. tpi nk STK. bila nk update? trus berkarya. sy skong RM. love u!!!!
ReplyDeletehhmmm, pandai Alai psiko Khail ek, hehe, seruuu lah nama abang Adan, tolak Khail kat tepi, huhu, nak jugak ngan abang Adan.
ReplyDeletemoga Imam dan nakhoda Alai adalah Adan...sedey nye kalu bukan Adan...
ReplyDelete