BAB 9
BERBUKA puasa
sepi. Alaina tunduk melihat pada pinggan
yang masih tidak luak. Kerongkongnya
terasa kesat. Hatinya cuak dek pandangan
tajam Mikhail. Ingatkan sudah insaf tapi
sangkaannya meleset. Mikhail semakin
galak meneliti segenap inci wajahnya menjadikan Ala i na bagai cacing kepanasan.
Sudahnya, Alaina
memaksa dirinya menelan saki baki rezeki
yang tersisa. Biarpun hanya
sesenduk nasi, rasanya bagaikan sebelanga pula.
Semuanya kerana Mikhail.
Bibir Mikhail
menggariskan senyuman. Setenangnya Ala ina
berkata-kata, membidas setiap sikapnya yang tidak terkawal siang tadi, terselit
juga keresahan dan kekalutan pada wajah manis itu. Wajah semakin mendapat tempat dalam diri
Mikhail. Wajah yang membuatkan Mikhail
semakin mahu mendapatkan Ala i na
apatah lagi dengan sikapnya yang seringkali menolak Mikhail menjadikan
kejantanan Mikhail tercabar.
Dia menyuap nasi
ke mulut namun matanya tidak lepas merenung Ala i na.
Dahinya, lantas turun pada hidung yang sederhana mancung itu hingga
akhirnya terpaku lama pada bibir yang hampir menjadi mangsanya siang tadi. Kunyahan Mikhail terhenti. Kepalanya ligat bersoal jawab. Soalan yang tiada berjawapan sebenarnya.
‘Untuk apa Kau
utuskan dia, Ya Tuhan? Siapa dia? Apa yang menarik tentang dia? Mengapa wajah itu setenang air dikali? Mengapa tuturnya bisa membuatkan hati ini
lirih dan mengapa tiap tingkahnya mampu mengundang debar dalam hati, Ya
Tuhan? Kirimkan aku jawapan moga bisa
aku tentukan arah yang mahu aku melangkah,’ doa Mikhail tanpa sedar.
Sungguh dia
sendiri tidak menyangka. Bagaikan lahir
semula, dia mula menyebut nama Tuhan.
Mula sedar di mana dia berpijak kala ini. Matanya dialih pada mama dan Mali s a
yang sedang menjamu selera. Hasil air
tangan siapa, dia tidak tahu yang pasti lain benar dengan masakan mamanya.
“Siapa masak ni,
ma?” soal Mikhail memecahkan
hening.
Mikhail mahu
tahu biarpaun dia nampa k Ala i na di dapur siang tadi bersama
mamanya. Tapi, tidak mungkin masakan Ala i na. Mikhail terus mencari kelemahan Ala i na. Dia mahu tahu jika masih tergores sedikit
kelemahan dalam diri gadis yang nampa k
terlalu sempurna ini.
“Kenapa? Tak sedap?”
tanya Puan Maryam pula. Sengaja
menduga anak bujang itu.
“Tak adalah
Khail kata tak sedap, tapi lain benar masakan mama hari ni,” bantah Mikhail
bersama keluhan tipis.
Nasi disuap lagi
ke mulut. Sambal udang petai itu memang
menjadi kegemarannya sejak kecil. Hanya
mama dan Mali s a yang tahu namun biarpun berbeza daripada
masakan mamanya, sedap itu mampu membuka selera Mikhail.
“Erm… ingatkan
tak sedap,” sela Mali s a pula
bersama tawa halus. Dia terus tunduk
bila mata tajam Mikhail merenungnya.
“Kan abang dah cakap,
sedap je!” marah Mikhail sedikit. Gera m dengan
mimik wajah Mali s a yang
jelas mengusiknya.
“Kalau abang nak
tahu, itu Ala i na
yang masak. Sedap, kan ?
Dahlah, cantik… sopan… baik… menutup aurat, pakej bila pandai
masak. Boleh dah abang nak pinang buat
isteri ni,” usik Mali s a
sambil menyiku Ala i na
yang hanya tunduk sedari tadi.
Seteguk, dua
teguk dan seterusnya, barulah Ala i na
sedar dan pantas dia memandang Mikhail yang hanya tersengih sinis. Mikhail bangkit mengangkat pinggan yang sudah
licin tiada tersisa. Kala melalui Ala i na, tubuhnya
dibongkokkan sedikit mendekat pada sisi wajah gadis itu. Tangannya mencapai gela s
daripada tangan Ala ina lalu dia membawa
mulutnya meneguk air daripada tempat yang sama yang disentuh oleh mulut Ala i na tadi.
“I can feel it… your lip,” bisik Mikhail
pantas sebelum sempat Puan Maryam dan Mali s a
tersedar, dia terus berlalu ke dapur dengan sengih sumbing yang semakin
melebar. Puas hati dapat mengusik Ala i na setelah
berkali-kali dia tewas oleh gadis itu.
“Aba ng bisik apa tadi, Ala i ?”
soal Mali s a ingin
tahu. Daripada wajah Mikhail ,
Mali s a
tahu, Mikhail mengusik Ala ina tapi melihatkan
wajah merah Ala i na,
pastilah sesuatu yang
menjengkelkan.
‘Perahsia
sungguh Ala ina ni,’ desis hati kecil Mali s a. Payah benar hendak dia tahu apa yang terbuku
dalam hati dan tersorok di dalam minda Ala i na. Payah hendak ditebak. Mali s a
memandang mamanya yang sedang memerhati sedari tadi.
Puan Maryam
sendiri bingung dengan Mikhail.
Seketika, dia nampa k peru bahan dalam
diri Mikhail tapi setelah itu, langsung kembali pada sikap lama yang bagaikan
sudah sebati dalam dirinya.
“Apa abang kamu
bisik pada Alai tadi, Lisa?” Puan Maryam bertanya bila kelibat Ala i na menghilang di
balik dinding dapur.
Kali ini, Puan
Maryam diam. Benar setiap kata Mali s a
itu. Tiap kali pun, Mikhail bagaikan
hendak menerkam Ala i na. Bagaikan mahu ditelan Ala i na hidup-hidup. Entah apa yang berlalu petang tadi, dia tidak
tahu. Apa yang pasti, wajah Mikhail merah padam. Menahan marah atau malu, dia juga tidak
pasti. Namun seperkara, pastilah berkait
dengan Ala i na
hinggakan Mikhail kelu seribu bahasa.
‘Tahu takut!’ getus
hati Mikhail bila Ala i na
semakin menapak jauh dan dia cepat-cepat panggung kepala. Paip ditutup dan dia terus tenang berlalu
hendak naik ke biliknya. Tubuh yang
terasa lekit perlu disegarkan.
Dalam kepala
masih berdengung sindiran Ala i na
petang tadi. Sukar sungguh hendak dia
cernakan. Payah benar untuk
dihadam. Apakah hatinya kian hitam
hingga langsung tidak mampu menerima nasihat?
Mikhail tidak tahu. Yang dia tahu
hanya satu, Ala i na. Ya, Ala i na
mesti ditakluki. Apa cara
sekalipun.
“Basuhlah tangan
tu. Bersabun lagi. Saya tak ganggu,” ujar Mikhail bila
melihatkan Ala i na
semakin menjauh sedangkan tangannya masih belum bersih.
“Hari ini, awak
minum bekas mulut saya dan satu hari nanti, saya akan rasa bibir awak tu, Alai. Manis ke tawar!” ujar Mikhail agak keras.
Sengaja dia
bersuara dan berkata demikian demi menakutkan Ala i na.
Biarpun tubuh Ala i na
sedikit menggeletar namun wajah itu tenang juga. Tiada riak, tiada marah dan tiada senyum.
“Jika waktu itu,
takdir menolak saya menjadi yang halal untuk awak, usa h
dikatakan bibir, segalanya saya bagi awak rasa,” balas Ala i na tidak kalah biarpun dadanya hampir
pecah, rusuknya bagai hendak patah.
Padanya, Mikhail
sekadar mahu menduga. Mahu melihat
kelemahannya tapi tak mungkin dia zahirkan.
Apa yang terjadi, kekallah menjadi rahsia dia saja. Tiada siapa
yang layak mengetahuinya kerana Allah ada sebaik-baiknya pelindung
rahsia dan aibnya. Dia tak mungkin
gentar menghadapi dunia. Alaina tak
mungkin membiarkan dirinya ditunjal orang sesuka hati kerana dia juga punyai hak
untuk mengatur hidup sendiri.
Mikhail telan
liur. Huh, ingatkan dia menang kali ini
tapi ternyata dia tertewas juga.
Lembutmu benar-benar tak membawa erti kau mudah dijual beli, Ala i na. Desis hati Mikhail dan dia semakin yakin
dengan bisikan hatinya. Hanya
Ala ina.
Belum sempat dia
melangkah, matanya memandang Mikhail lagi.
Seperti petang tadi juga, bibirnya menggariskan senyuman malah lebih
manis dan lebih lebar daripada tadi.
“Waktu itu,
toksah dipaksa… toksah merayu, saya akan menyerah sendiri,” sambung Ala i na lalu dia rapati
sinki.
Kepala paip
diputar. Air menderu laju dan pinggan
yang ada dua biji itu dibasuhnya.
Pinggan dia dan Mikhail biarpun dia tahu lelaki itu sedang memerhati. Bibir
Ala ina senyum menyenget. Mikhail mahu mencabarnya tapi dia tidak lemah
setelah apa yang dia lalui. Kuatnya dia
berdiri hanya kerana peristiwa lalu. Tak
mungkin dia rebah dan tak mungkin ada airmata di pipi.
Setelah selesai
mencuci tangan, Ala i na
melangkah keluar membiarkan Mikhail yang
masih pegun memerhatikannya. Kehilangan
kata lagi lelaki itu.
“Ala i nak bersihkan diri
masuk bilik mak cik,” suruh Puan Maryam bila terlihat kelibat Ala ina
melintasi mereka.
“Ala i naik mandi kejap…
tunggu kami. Kita berjemaah, ya?” cadang Puan Maryam dan Ala i na hanya mengangguk bersetuju.
Kakinya diatur
cermat meniti anak tangga dan masih sempat matanya mengerling pada tubuh
Mikhail yang baru keluar daripada dapur.
‘Tuntunlah dia, Ya Allah. Bukan
untuk sesiapa malah untuk dirinya sendiri serta ibu dan adik perempuannya itu,’
doa Ala i na
berharap agar Mikhail berubah. Berubah demi
seorang ibu dan seorang adik perempuan yang dambakan seorang ketua keluarga
yang soleh.
Alaina bahagia
jika punyai ibu sebaik dan sesempurna Puan Maryam sedangkan dia punyai ibu
namun sayang, kewarasan ibu menghalang mereka bersama. Bibirnya diketap kuat. Beg galasnya dipeluk. Sebaik saja pintu bilik Puan Maryam ditutup
rapat, Ala i na
terduduk di belakang pintu menahan airmata agar tidak gugur.
**
MATA Mikhail
redup memandang Alaina di dalam telekung putih bersih itu. Pertama kali melihat selain mama dan Malisa
dibaluti telekung putih itu membuatkan mata Mikhail terpaku. Langsung terlupa akan teguran Alaina siang
tadi. Bagaikan jatuh ke bumi ego dan
sikap sinisnya. Tenggelam dan makin
karam dalam wajah Ala i na
yang bagaikan membawa tsunami dalam hatinya.
“Khail!” tegur Puan Maryam bila dia merasakan Mikhail
sudah tersampuk dek cinta. Cinta pada
Alaina yang entah bila hadir lantas hinggap kemas pada dahan hati anaknya
itu.
Mikhail tidak
berganjak. Wajahnya yang masih basah
dengan wudhuk itu berhadapan dengan Alaina.
Melihat segenap inci wajah Alaina hingga akhirnya jatuh pada bibir
Alaina yang merah basah. Langsung tidak
terkesan oleh telinganya akan suara Puan Maryam yang menyeru.
Teringat akan Ala ina yang menyentuh gela s miliknya tadi, serta-merta dada Mikhail
bergelodak. Matanya dipejam seketika
sebelum terbuntang semula.
“Abang!” tegur Malisa pula.
Malisa menjeling
Alaina yang hanya tenang menghampar sejadah untuk Mikhail. Sungguh Mikhail merasakan Alaina adalah
isterinya kini. Adakah ini rasa hidup
berkeluarga, Ya Tuhan? Inikah rasanya
hidup di sisi wanita solehah yang menjaga maruah diri dan suaminya, Ya
Allah? Hati Mikhail berbicara. Bagaikan tidak percaya hatinya bagaikan
sedang menangis hiba.
“Kita dah lewat
ni. Tak elok lengah-lengahkan solat,”
tegur Alaina pula setelah usai membetulkan sejadah buat lelaki itu bila Puan
Maryam meminta Mikhail menjadi imam.
Entahkan mampu
entahkan tidak, Alaina tidak mahu menghukum
kerana dia yakin… bila si ibu meminta, pastilah dia tahu tahap mana anak
lelakinya itu. Dia sebagai makmum, hanya
menurut dan bersyukur kerana diimamkan hari ini.
Mikhail
tersentak dengan teguran ketiga oleh gadis manis di depannya. Bercahayanya wajah Alaina membuatkan dia
hampir berlari ke kaki langit mencari sinar ehsan daripada yang Esa. Mikhail menggaru kepala yang tidak
gatal. Dia tersenyum penuh ikhlas. Tiada lagi senyuman sinis. Hanya senyuman jujur saja pada wajah tampa nnya.
“Dah lewat ni,
Khail,” ujar Puan Maryam mengingatkan Mikhail yang baru saja hendak menjejakkan
kaki di atas sejadah yang dibentangkan oleh Alaina.
“Baiklah, ma,”
balas Mikhail.
Rahangnya terasa
lenguh. Alaina punya pasallah ni! Bentak hati Mikhail. Akhirnya, takbir diangkat dan buat pertama
kalinya setelah berbelas tahun, dia mengimamkan ibu dan adiknya sendiri malah
juga wanita yang mungkin akan diangkat menjadi surinya nanti.
Dalam hatinya,
dia berasa malu pada diri. Seteruk
itukah dia kini? Bertahun-tahun dahinya
tidak menyentuh sejadah dan bila hari ini, saat dia terpaksa meratakan tubuhnya
dengan wudhuk akibat didesak mamanya, saat dia rela menapak ke atas sejadah
kerana terpujuk hati kerasnya dengan wajah mulus Ala i na, alunan bacaan dalam solatnya sumbang.
“Khail minta
maaf, ma,” pinta Mikhail lalu dia menarik tangan Puan Maryam dan kepalanya
tunduk, bibirnya mengucup tangan Puan Maryam syahdu. Dia berasa malu. Malu besar.
“Kenapa nak
minta maaf?” soal Puan Maryam
halus.
Telapak
tangannya dilabuhkan pada belakang kepala Mikhail. Mungkin Mikhail segan tapi setidak-tidaknya,
anak lelakinya itu mencuba. Cuba
untuk berubah ke jalan kebaikan dan ini adalah langkah yang bagus.
Bila kepala
Mikhail diangkat, benin g
mata tua Puan Maryam berair. Mikhail
yakin, mamanya bangga akan dirinya hari ini tapi dia tidaklah ikhlas
benar. Dia masih berasa ego dan
maruahnya tercabar di depan Ala i na. Semakin ketaralah lemahnya dia di mata Ala i na.
Jemari mereka
terlepas dan bila Mikhail menghulurkan tangan pada Ala i na, gadis itu menggeleng laju. Mikhail terlupa. Dia bukanlah sesiapa dan Ala i na juga sama. Seperti kata Ala ina
tadi, tiba masan ya Ala i na akan menyerah dan Mikhail bagaikan
sudah tidak sabar hendak menanti saat itu tiba.
Wajah Mikhail merah bila Ala i na
hanya tenang dan langsung tidak melatah.
Dia memandang Puan Maryam dan Mali s a
yang sedang tersenyum sumbing.
“Nam pa knya
abang tak boleh jadi imam untuk isteri dan anak-anak lagilah. Kena belajar lagi ni,” tegur Mali s a
berseloroh.
Mikhail
terngadah. “Lisa ni kan ?!”
Matanya dijegilkan pada Mali s a
memberi amaran agar adiknya itu jangan
terus bersuara.
Suka
menyakat. Sejak bila pun Mikhail tak
tahu yang pasti, dia nampa k Mali s a
sangat sukakan Ala ina tapi berapakah umur Ala i na? Nampak matang tapi rasanya lagi muda daripada
Mali s a.
“Betullah kata
adik kamu tu, Khail. Nak jadi suami tak
mudah. Banyak benda kamu kena belajar
dan mengajar. Banyak hal kamu perlu
tanggung nanti,” sokong Puan Maryam pula.
Alaina tersenyum
sinis. Benarkan katanya. Menjadi suami itu mudah namun hendak
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami
itu tidaklah semudah yang disangka.
Biarpun dia masih muda, cara arwah ayah sudah cukup mengajar Ala i na erti seorang
ketua keluarga.
“Err…” Mikhail kematian kata. Dia menjeling Ala i na yang sudah bangkit dari duduk dan
terus saja keluar menuju keluar bilik.
Mungkin mahu kembali ke bilik mamanya.
“Dahlah tu
pandang anak dara oran g,
Khail. Nak
tawan Alaina tu dengan ilmu agama. Bukan
dengan ilmu mengorat tak tentu hala kamu tu,” sindir Puan Maryam seraya
bangkit.
Sekali lagi
Mikhail terngadah. Terkena lagi batang
hidungnya. Bayangkan jika benar-benar
tumbukan padu, mahu patah hidung mancung miliknya itu.
“Siaplah. Kita pergi solat terawih,” sambung Puan
Maryam lantas dia berlalu juga.
Bila kelibat
mamanya hilang, Mikhail memandang Malisa yang sedang membuka telekung. Malisa yang perasan akan pandangan mata
abangnya itu memanggung kepala.
“Aba ng ni kenapa?” soal Mali s a
pelik. Aneh sungguh abang aku ni.
“Err… abang nak
tanya ni. Pasal Ala i na,” jawab Mikhail jujur. Tiada apa yang perlu dia selindungkan
daripada Mali s a. Tiba waktunya, pada Mali s a
juga dia akan mohon bantuan.
“Nak tanya
apa?”
Mikhail ketap
bibir. Banyak yang dia mahu tahu tentang
Ala ina tapi dia juga yakin, Mali s a
sendiri tidak tahu sangat tentang gadis misteri itu. Tapi, Mikhail tahu daripada mana asal Ala i na. Dia tahu gadis itu daripada Kampung Haji
Daim.
“Err… Ala i na tu umur
berapa? Nampak muda lagi dari Lisa
tu.”
“Adik?” Dahi Mikhail berkerut. Ingatkan anak. Si kecil yang hampir dilanggarnya tempoh hari
adalah adik pada Ala ina rupanya tapi tidak
terlalu mudakah Ala i na
tu?
“Muda sangat
tu? Tak belajar lagi ke?” giat Mikhail lagi.
Seingatnya dulu,
waktu dia seumur itu, dia masih ligat mengelek buku di universiti dan tak
kurang hebat juga memeluk pinggang mana-mana gadis yang mendampingi.
“Entahlah,
bang. Lisa pun kenal dia baru beberapa
hari dan Ustazah Fatima sendiri tak tahu apa
masalah dia. Yang Ustazah Fatima bagi
tahu, Ala i
tinggalkan kampung halaman dia untuk membela nasib Adiana,” jelas Mali s a
pada abangnya.
“Adiana?”
Mikhail
mengangguk beberapa kali tanda mengerti.
Waktu ini, teringat pada wjaah Adan.
Apa kaitan Alaina dengan Adan pulak?
Benarkah anak yatim piatu Ala i na
itu? Boleh jadi juga kerana dia memang
membawa adiknya lari. Ingat lagi akan
beg galas yang agak besar yang disandang oleh Ala i na tempoh hari.
“Jauh tu beza
dengan bang. Sepuluh tahun,” tukas
Mikhail.
“Umur bukan
penghalang, bang. Yang menjadi
penghalang sekarang, cukup ke ilmu abang nak jadi suami pada Ala ina
dan ayah pada anak-anak Ala i na. Itu je,” sela Mali s a
lantas dia juga bangkit. Dia mahu
memancing abangnya dengan berkata begitu.
Masakan tidak,
setiap lelaki mendambakan seorang isteri menjadi bidadari di sisi dan juga
putera-puteri menjadi khalifah di bumi menemani hari ayah dan bonda. Mikhail juga pasti begitu biarpun sikap
abangnya itu bagaikan lelaki hidung belang.
Melayani Mikhail
tak sudah nanti sedangkan dia mahu bersiap untuk berterawih bersama mama dan Ala i na. Bila kelibat Mali s a
hilang, Mikhail merebahkan tubuhnya.
Perutnya kekenyangan. Masakan
daripada air tangan Ala i na
memang memikat seleranya.
Tangan disilang
dibawah kepala. Mata itu lurus memandang
siling. Lirikan dan sindiran Ala i na hadir lagi. Berani sungguh gadis itu berkata-kata. Keberanian yang tidak pernah ditemuinya dalam
mana diri gadis-gadis yang pernah rebah di dalam pangkuannya. Namun dalam berani itu, dia tahu Ala ina cuba
mempertahankan diri. Cuba menjadi kuat di sebalik jasad
yang lemah itu.
~~> bersambung

Silap hari bulan berterawih dengan angan-angan jelah si Mikhail ni...
ReplyDeletesuka watak khail.hope berubah sikit demi sikit..
ReplyDeletetq kak rehan...lmenya mnunggu..heheh..padahal bru bpe hari..hehe..ske n3 kli ni...alai and khail...khail ni pun dok tnung ank dara org mcm nk mkn...ske tau...heeheh
ReplyDeletebest2.. suke watak nama mikhail.. hehe
ReplyDeletebest kak rehan..nk lagi..hehe
ReplyDeleteske2...hehe...jauh lg pjlanan ni kn..huhu...xsbr plak...
ReplyDeletemikhail <3 alaina....:)
tq kak rehan... sis x mo lar smbung jdiw novel..hukhukhuk.. :(... biar lar abes kat sini..
ReplyDeletekate nk abiskan dlm blm puase nie... plz...plz...
mmg tertunggu2 sambungan dari RM! suka la citer ni... silakan sambung ye tuan tanah yg budiman... (0_o)V
ReplyDeletejgn la novel kak rehan, seksa na tunggu.. :( tak hbis bulan pose pon takpe, janji bukan novel :((
ReplyDeletekarehan..saya still sokong khail-alai..saya suka kecoolan alai n saya suka angan-angan khail..da nmpk alai tu wife dia.hahaha
ReplyDeletetapi ada ayt yg pening sket, kna bca ulang bru faham
>>k<<
wahhhhh..... semakin menarik IAM.... garapan yg baik... terkesan bila baca..... masih byk lg liku2 yg perlu alaina hadapi.... alaina ni bagi i dia kadang dia kuat setegar karang...tp rapuh lemah kerana perasaan dia sendiri..apa yg terjadi menjadikan dia lebih kuat... moga alai mampu mengubah mikhail...tersentuh disebalik kenakalan khail ni.. apa2 pun. tahniah kerana n3 kali ni sungguh terkesan.... :-)
ReplyDeleteassalam, ramainya peminat khail-alai. tp kalau citer ni mmg hero-heroinnya khail-alai, tak betul la kata2 yg berbunyi "perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik n lelaki yg baik hanya utk perempuan yg baik". anyway, tak sabar nak tunggu sambgnnya. still sokong adan-alai. sweet je.
ReplyDeleteterbaek la RM. good job. saya suka cara RM mengupas dan menceritakan suasana atau scene yang berlaku. macam mana nak cakap eh?
ReplyDeletesenang cakap.....memang terbaeklah :)
Xkesah laa adan- alai kew khail-alai yg pnting cite nie epy ending n n3 cpt msk....
ReplyDeleteHehe....mmg terbaek karya RM....
wahhh...alai menajwab dgn jwpn yg spontan..suka watak alai ni, selembut2 dia ada ketegasan.
ReplyDeletetak tahulah.
ReplyDeleteterkadang cair dgn adan,..tp ada masa suka khail..
hehe...
parah dah hero kak rehan neh..
cool betul alai :)
ReplyDeletenampak tenang pada luaran si alai 2 tetapi di dalam hatinya tiada siapa yang dapat menebak dan menduga betapa baratnya dugaan yang terpaksa diharungi oleh gadis kecil itu...Mikhail mampukah kau menerima apa yang telah terjadi dalam hdup gadis itu jika suatu hari nanti segala kebenaran terbongkar jua.atau adakah kau sama seperti orang lain yang lebih rela menuding jari kearah Alai dan menyatakan bahawa mereka lah yang bersalah....
ReplyDelete(sah akau sengal merapu meraban kat sini...Rehan sowiii huhuhu)
Huish parah dah Mikhail ni, hahaha. Berbelah bahagi saya nak pilih Adan ke Mikhail untuk Alai ni. Hoho. Anyway, thanks kak Rehan. Selamat hari raya!
ReplyDeleteRM, pilihan hati kak tetap pd MIkhail. Hehehe...suka sgt watak Alai yg berjiwa kental namun masih terselit kesopanan yg sgt tinggi.
ReplyDeleteJgn la nnti kisah sadis keluarga Alai yg menjadi penentu utk segalanya...cepatlah novelkan RM, kak pasti beli...
amboi Khail, dah siap berangan bagai nampak, hehe. wahai cik penulis, abang Adan mane? huhu, rindu kat die. ^_^.
ReplyDeletenak alai-adan..
ReplyDelete'perempuan yg baik tmpatnya adalah disisi lelaki yg baik manakala lelaki yg baik adalah kurniaan bagi perempuan yg baik' bukanlah sekadar kata2 yg sering dicanangkan oleh manusia, malah ia adalah janji Allah yg sememangnya sudh trmktub di dalam AL Quran..
ReplyDeletemikhail mungkn seorng manusia yg jahil namun siapa tahu manusia yg jahil itu mmpu mngubah dirinya mnjadi sebaik Alaina ataupun jauh lebih baik drpd Alaina sndiri...
tika itu, kata2 trsebut telah mmbuktikan kesahihan sndiri....
walaupun bukan sekarng....tp suatu hari nnt tiada yg mustahil.....
apatah lg di dunia realiti ini....
hidayah Allah itu tidak mengenal siapa....
setuju..setuju..terbaiklah Rehan.
ReplyDeletebest la n3 ni kak rehan terbaik lah
ReplyDeletesuka sangat dgn watak alai betul2 membuai perasaan
harap2 khai berubah la...so sweet diorg ber2...