BAB 11
PERJALANAN sepi. Biarpun sudah sepuluh minit berlalu, langsung
tiada perkataan yang terbit dari celah bibir
Alaina mahupun Adan. Alaina diam
mencerna kejadian yang baru saja terjadi.
Diam mencari makna yang lebih mendalam akan kata-kata dan sikap Mikhail
yang tiba-tiba berubah.
Pada fikiran Alaina, dia
hanya ingat Mikhail yang pertama kali
mengherdiknya dan hanya wajah Juana yang semakin kuat menghimpit sisi
wajah Mikhail dalam bayangannya.
Kemunculan Adan yang tiba-tiba juga benar-benar membuatkan dia mampu
menghela nafas lega. Sungguh lega.
‘Tak tahu apa bakal
terjadi kalau Mikhail memaksa aku bermalam di rumah tu. Kenapa mesti Mikhail bertindak macam tu?’
bisik hati Alaina. Dia mula kecut
memikirkan wajah lelaki itu. Nampak saja
baik dalam baju Melayu dan songkok di kepala tapi perangainya memang menakutkan
Ala i na. Mata
Ala ina bagaikan ternampak saja
tanduk yang tumbuh pada kepala Mikhail.
Haih… dia kecut.
Adan menjeling Alaina
sesekali. Bibirnya menguntum
senyum. Entah apalah yang bermain dalam
fikiran gadis ini, dia tidak tahu. Dia
semakin dekat dengan Ala i na
tapi hakikatnya mereka masih terlalu jauh.
Ada n tidak mahu Ala i na berasa dia mahu menuntut pembalasan
di atas kebaikan yang telah ditaburkan.
Dia ikhlas. Dia jujur kerana
Allah. Dalam hati Ada n,
bimbang juga jika Ala i na
punyai fikiran yang bukan-bukan tentang dirinya dengan apa yang telah
terjadi..
‘Dah jadi tukang sibuk
pulak aku ni,’ desis hati Ada n bila mengingatkan peristiwa selama dia bersua dengan Ala i na dan juga Mikhail
ini. Namun bibirnya tidak dapat tidak,
hanya mengukir senyum.
“Ala i pandang apa kat luar tu?” soal Ada n
memecahkan kesepian malam.
Ralit sangat dia melihat
Ala i na
merenung ke luar cermin kereta. Bagaikan
ada yang menarik sedangkan malam kian gela p
gelita.
“Eh…” Riak
Ala ina sedikit terkejut.
Dia memandang Ada n yang menjeling ke
arah dia seketika dan membalas senyuman tipis lelaki itu. Kemudian
Ala ina menggeleng.
“Tak ada apalah. Saja je tengok keindahan alam,” jawabnya
sopan.
“Malam-malam ni tak nampa k apa. Ala i
pandang apa. Daripada
Ala i pandang luar sana ,
baik Ala i
pandang muka abang,” seloroh Ada n. Dia senyum dan kembali merenung jalan raya
yang kian lengang.
“Eh, ada pulak suruh oran g pandang dia. Mana boleh.
Tak menjaga pandangan nanti.
Dahlah abang tu datang sorang je.
Boleh mendatangkan fitnah, tahu tak?”
cemik Ala i na
menyembunyikan resah di hati.
Dia tidak selesa bila Ada n bergurau
demikian. Tidak selesa bila jantungnya
bagai hendak putus dari tangkai. Bagai
hendak tercabut.
“Eh, yalah, kan . Mana boleh main suruh-suruh renung oran g. Zina mata nanti kalau lebih-lebih,” sela Ada n mengiyakan kata-kata Ala i na.
Dia mengangguk
perlahan-lahan. Dalam hatinya ketawa
mengenangkan Ala i na
yang sudah agak lain sedikit. Sudah mula
berubah mesra sedikit demi sedikit. Pada
Adan, cukuplah setakat itu. Cukuplah
jika Ala i na
sudah berani untuk bersenda dengan dia.
Jika tidak, Ala i na
tidak ubah bagaikan puteri salju saja.
Dingin dan terlalu sukar untuk ditelah apakah yang bermain dalam fikiran
gadis itu.
Yang selebihnya, Ada n akan terokai kala
mereka sah bergelar suami isteri nanti. Ada n akan belajar segalanya tentang Ala ina
setelah Ala i na
diangkat menjadi isterinya nanti. Dia
akan memberikan cinta dan rindu hanya pada Ala i na.
Bersama-sama mencari jalan menuju ke jannah.
“Lagi satu, abang minta
maaf datang sendiri. InsyaAllah Allah
ada melindungi kita dan malaikat pasti ada memerhatikan kita selagi kita
ingatkan Allah dan para malaikatnya,” tambah Ada n penuh rasa bersalah. Silap dia juga bila datang sendiri menjemput Ala i na. Terlupa untuk membawa teman.
Pada dia memang
darurat. Dengan sikap Mikhail dan
kesedihan yang bertamu pada mata suram Puan Maryam dan juga kebaikan Mali s a
memang merupakan darurat untuk dia kembali ke rumah Nur Raudhah. Dia tak mungkin betah berada dekat dengan
Mikhail. Bukan tidak kasihan pada Puan
Maryam dan Mali s a tapi
Mikhail menyekat segalanya.
“Terima kasih, ya,” ucap
Ada n.
Pemanduan diteruskan
lagi dan Ala ina sesekali menjeling juga pada Ada n. Entah apa yang membawa Ada n ke sini hari ni. Hari ini pasti dia kepenatan mengajar tapi
boleh pulak dia ke mari. Lidahnya mula
ringan hendak menyoal. Melihatkan pada Ada n, dia yakin Ada n
menyukainya namun sejauh mana suka itu, dia tidak tahu kerana Ala i na yakin, jika bukan dia dilanda
musibah, wanita lain juga Adan pasti menolong.
“Err… abang,” seru Ala i na perlahan.
“Erm…” Ada n
hanya menyahut tanpa berpaling. Dia tahu
Ala i na sedang
memandang sisi wajahnya namun dia harus fokus pada pemanduan.
“Ala i nak tanya apa-apa ke?” Pantas Adan menyoal bila Ala i na bagaikan kehilangan kata.
“Erk… err… Ala i cuma nak tahu, kenapa abang boleh datang jemput Ala i malam ni?” Teragak-agak juga Ala i na hendak menyoal. Bimbang Adan berkecil hati. Bimbang Adan berfikir yang dia tidak
menghargai penat lelah Ada n
datang menjemputnya.
“Tak ada apalah. Abang memang balik berbuka dengan keluarga
abang. Hari ni kan hari pertama puasa. Lepas tu bersolat dengan babah dan umi. Bila umi kata Ala i ke rumah Puan Maryam, abang kata nak
jemput. Umi izinkan. Itu yang abang datang ni,”jawab Ada n menyembunyikan
rahsia hatinya.
‘Abang sebenarnya risaukan Ala i bersama Mikhail. Bukanlah tidak percayakan Ala i tapi abang tidak percayakan diri
sendiri. Abang tak mampu tipu diri abang
yang abang terlalu risaukan Ala i . Nak luruh jantung abang bila umi katakan yang
Ala i bersama
Mikhail.’ Hati Adan menyambung lirih.
Benar begitu. Dia tidaklah menipu
tapi dia malu. Dia sesungguhnya risau.
“Atau abang risaukan Ala i ?” usik Ala i na.
“Uhuk… uhuk…” Ada n
terbatuk kecil. Dia berdehem beberapa
kali sebelum bersuara. Matanya sempat
menjeling Ala i na
yang tersenyum tipis. Huh, sempat dia
kenakan aku.
“Kalau abang kata abang
risaukan Ala i ?” duga Ada n
pula. Hah, nak sangat kenakan
abang. Aba ng
kenakan Ala i
pulak.
“Ala i … Ala i …
pandai jaga diri.” Itulah jawapan yang
terlintas pada fikiran Ala i na
sekarang. Lega bila dia mampu mengelak
daripada usikan Ada n
yang bisa menggugurkan hati.
“Aba ng
tahu Ala i pandai jaga diri, tapi satu hari
nanti abang nak jaga Ala i dengan Yana . Abang nak Ala i jaga makan pakai
abang. Boleh?” Kening Adan terjongket tinggi saat dia
mengerling pada Ala ina yang nampa k terlalu ayu di matanya.
Cahaya yang terbias pada
wajah Ala i na
saat itu benar-benar menambahkan keindahan pada seraut wajah tanda keagungan
Allah itu. Lantas, cepat-cepat Ada n berpaling pada jalan
raya.
“Erk… maksud
abang?” tanya Ala i na buat-buat tidak mengerti.
“Aba ng
yakin Ala i sudah cukup bijak dan matang untuk
mengerti apa yang abang maksudkan,” tukas Ada n
masih cuba
menyembunyikan rahsia hatinya.
Saat ini, airmata Ala ina mula bergen ang. Entah bila dia mampu membawa Adiana bersua
dengan emaknya. Entah bila dia mampu
menjaga emaknya sendiri dan tidak lagi membiarkan emak terkurung kesepian di
hospital jiwa itu.
“Lepas abang hantar Ala i ke Nur Raudhah,
abang terus nak balik Sungai Besar.
Mungkin hujung minggu baru abang datang balik kot. Lagipun, tadi ada cikgu baru masuk. Dok depan abang pulak tu dalam bilik guru,”
tutur Ada n cuba mengalihkan topik
perbualan.
Adan mengeluh
sikit. Kononnya kurang selesa bila
Zuraida duduk berhadapan dengannya.
Memang itulah saja tempat yang kosong.
Memang satu kebetulan pada pandangan mata Ada n.
Bila teringatkan perbualannya dengan Zuraida, dia semakin yakin mahu
meminta Zuraida membantu dia menyiasat tentang Ala ina
tapi mampukah Zuraida menjaga aib Ala ina jika
benar apa yang dia mahu tahu selama ini
adalah sesuatu yang Ala i na
tidak mahu sesiapa ketahui?
“Eh… baguslah ada kawan
baru.” Ala i na bersuara tenang namun dalam hatinya dia merindui alam persekolahan. Sungguh tiada rezekinya. Apakan daya.
“Perempuanlah, sayang…,”
sela Ada n tanpa sengaja dia membiasakan Ala i na sayang.
“Erk… apa abang
cakap? Sa…”
“Ala mak.
Minta maaf. Lidah abang
tergelincir la pulak,” pangkas Ada n. Merah wajahnya kala ini. Menebal kulit mukanya. Mujur kelam.
Andai terang benderang, memang dia tak tahu mana harus disorok
wajahnya.
“Err… apa Ala i cakap tadi? Bagus ya?”
Ada n menyoal Ala i na kembali sekadar mahu menyembunyikan
rasa canggung itu.
“Emm… betullah tu. Bagus je.
Tapi perempuan. Abang kurang
selesa sikit dengan cikgu perempuan lain melainkan Cikgu Siti. Tapi, Zu pun okey jugak oran gnya.
Kawan lama abang masa dekat UPSI dulu,” beritahu Ada n
tanpa Ala i na
menyoal.
Alaina mengangguk
sedikit. “Emm… okeylah tu. Boleh jumpa kawan lama, kan ?”
“Ala i rindukan sekolah?” usul Ada n.
“Ala i rindukan sekolah?” Sekali lagi Ada n menyoal dan kali ini sedikit keras.
“Ala i
rindu kan ? Masuk sekolah balik,” pujuk Ada n.
“Kalau sebab duit Ala i tak mampu, abang
ada untuk tanggung segalanya.” Cepat
saja Ada n
mencantas. Dia tidak gemar sebenarnya
bila Ala ina memberi alasan tentang wang
ringgit.
“Ala i tak nak susa hkan
abang. Lagipun ,
Ala i dah tak
boleh nak terima pelajaran.” Ala i na terus
beralasan. Cuba menguatkan pendirian sendiri
yang agak goyah.
Ilmu. Siapalah yang tidak mahu. Siapalah yang mahu hidup dalam kejahilan
tanpa setitis ilmu. Apatah lagi dia yang
telah dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Hanya ilmulah yang bakal menjamin masa depan
dia dan Adiana nanti tapi ternyata rezeki bukan untuknya. Namun, dia yakin Allah sedang merancang
sesuatu yang lebih baik daripada ini untuk dia dan Adiana.
“Ala i
bohong abang kata tak boleh nak terima pelajaran, kan ?”
tebak Ada n. Nada yang sungguh tidak puas hati.
“Maaf.” Hanya itulah yang mampu Ala ina
ucapkan bila Ada n
sendiri sudah mampu menilai antara kebenaran dan pembohongan.
“Kalau kata duit, abang
dapat bantu. Berapalah sangat untuk
tanggung Ala i
sekolah. Tak nak sekolah kat sana , kita daftar sekolah
lain. Yang penting Ala i kena sekolah.”
“Ala i tak nak susa hkan
abang,” dalih Ala ina. Tidak selesa pula bila isu persekolahannya
diperbesarkan. Padahal perbualan mereka
tadi adalah tentang guru baru di sekolah itu.
Sudahnya beralih arah pula.
“Tak ada yang sudah
untuk abang, Ala i …”
“Tapi ,
Ala i bukan
sesiapa pada abang. Alai
takut tak mampu nak balas jasa abang nanti,” tolak Ala ina
lagi.
Dia memang tahu akan
rasa hati Ada n
padanya tapi dia tidaklah yakin
sepenuhnya. Tidak mahu juga terus
bergantung harap dan memakan budi yang Ada n taburkan. Risau juga dia.
“Jangan balas jasa
abang. Kalau
Ala i rasa abang bukan sesiapa pada Ala i, abang sudi nak jadikan Ala i seseorang dalam hidup abang. Dalam hati abang,” tukas Ada n penuh yakin.
“Err… tapi Ala i …” Bicara
Ala ina mati. Tidak tahu apa yang harus dia katakan saat
ini.
“Tak ada tapi. Yang ada hanya sudi atau tidak je,” sambung Ada n. Dia kedipkan matanya sekali pada Ala i na dan pedal minyak
terus ditekan. Dia memperlajukan
kenderaan. Sudah agak lewat. Tidak mahu Ustazah Fatima bimbang.
‘Tak perlu Ala i menjawab abang
sekarang. Saat
Ala i terbuka hati, kala Ala i sudi, hadirlah dalam hidup abang. Melengkapkan rusuk kiri abang yang
hilang. Menjadi isteri dan menjadi ibu
pada putera puteri abang nanti,’ bisik hati Ada n lapang.
Memang lapang setelah dia mampu zahirkan kasih dan cintanya pada Alai na.
**
PINTU luncur ditolak
kuat. Hatinya membara. Tak boleh jadi macam ni. Mikhail memang sudah tidak sedap duduk. Berdiri apatah lagi. Serba serbi tidak kena. Baju Melayu yang sudah agak lencun disimbah
peluh, ditanggalkan rakus. Membiarkan
tubuh sasanya dijamah angin malam.
Panasnya hati. Sungguh dia tidak
mampu mententeramkan jiwa lelakinya kini.
Keinginannya bergelodak.
Baringnya tidak mampu
merehatkan minda. Duduknya juga langsung
tidak mampu menghalau bayangan Ala i na. Berdirinya kini juga menambahkan semak dalam
kepala. Semua Ala ina ,
Ala ina dan Ala i na.
Bila sesekali nama Ada n
menyapa, hatinya bagai dihiris belati.
“Kenapa Ala i
buat aku macam ni?” Mikhail nyata tidak
puas hati bila Ala ina lebih memilih untuk
kembali bersama Ada n.
Tidakkah dia sudah
berjanji untuk menghantar Ala i na dengan
selamat? Payah sangatkah perempuan itu
hendak mempercayainya?
Ketukan pada daun pintu
membuatkan Mikhail berpaling. Tanpa
sempat bersuara, wajah Mali s a
terjengul di muka pintu. Tanpa dipelawa,
terus saja tubuh langsing adiknya itu melepasi ambang pintu.
Mikhail menarik pintu
luncur. Merapatkannya semula. Baju-T yang ada terdampar di atas katil, dia
capai lantas disarungkan ke tubuh.
“Emm… kenapa Lisa datang
ni?” tanya Mikhail mendatar. Sudahlah mood
tak ada ni. Jangan kata Mali s a
mahu tazkirahkan dia sudah. Dijelingnya Mali s a
seketika sebelum dia labuhkan duduk di birai katil.
“Hai… datang jenguk abang
sendiri pun tak boleh?” sinis Mali s a. Bukan dia tidak tahu. Mama telah bercerita padanya tentang apa yang
terjadi tadi.
Pastilah kedatangan Ada n membuatkan abangnya itu
terus menahan bara di dalam hati. Dia bukan
tidak kenal Mikhail. Tidak mahu kalah
dalam apa-apa saja dan nampa knya, Mikhail bakal
kalah angkara Ala i na.
“Lisa tu bukan
boleh. Kalau masuk bilik abang ni,
adalah tu nak tazkirahkan abang tu,”
cemik Mikhail.
“Ya ke?” cemik Mikhail. Dia tahu, Mali s a mahu menyebut nama Ala i na.
“Lisa nak tahu pasal Ala ina kan ?” duga Mikhail tepat bila Mali s a
mengangguk.
“Aba ng serius dengan dia?” Tidak mahu berdalih lagi, Mali s a
telus menyoal.
“Kenapa? Nampak tak serius? Tak ikhlas?”
“Lisa nampak abang
ikhlas dan serius tapi sejauh mana. Atau
abang rasa tercabar je sebab Alai tu jinak-jinak merpati? Tapi, pada Lisa Alai tu bukan jinak merpati
malah dia tu bagaikan puteri sajli. Berbeza
sungguh dengan teman-teman wanita abang yang lepas-lepas tu. Nak-nak Si Juana tu,” sindir Malisa pada
Mikhail.
Merengus dibuatnya
lelaki itu. “Lisa boleh tak jangan
sindir abang?”
Malisa hanya buat tidak
reti. Sebaliknya dia mengutip baju
Melayu abangnya yang terdampar di atas lantai dan menyangkutkan pada belakang
pintu.
“Kalau abang betul nak
ALaina tu, cepat-cepat sebelum kena sambar.
Abang memang patut ada seseorang jaga pakai abang. Baju semua main campak merata-rata je. Dan satu lagi, mama tak tahu lagi pasal Juana
datang rumah kita. Harap sangat abang
dapat tinggalkan perempuan tu dan segala yang buruk kalau betul abang nak
Alaina tu!” tekan Malisa penuh makna
lantas dia berlalu keluar tanpa sempat Mikhail berkata apa-apa.
Jenuh Malisa berdalih
dengan mamanya. Tak pasti sama ada Puan
Maryam nampak atau tidak peristiwa mereka bertekak dengan Juana siang
tadi. Mikhail yang hanya gamam mendengarkan
kata-kata adiknya itu, tidak mampu berbuat apa.
Segalanya telah berubah sejak mereka kenali Alaina. Mama juga semakin sinis. Begitu juga dengan Malisa. Semua orang suka menyindirnya. Semua orang hanya nampak sikapnya yang suka
main-mainkan perasaan wanita tanpa ada sesiapa pun tahu yang dia benar-benar
mahukan Alaina.
Alaina juga tidak
tahu. Lantaran itu, Alaina nekad
mengikut jejak Adan daripada mempercayai dirinya biarpun untuk sekelumit. Hina benar dia di mata Alaina. Entah apa yang patut dia lakukan. Perlukah memaksa mama meminang Alaina? Jika benar Alaina menerima, dia bersyukur
tapi jika ditolak, mampukah egonya terima?
“Siapa kau Alaina? Siapa kau yang mampu membuatkan hati aku
goyah?” Mikhail bersoal jawab sendiri.
Dalam pada ralit melayan
rasa sendiri, telefon bimbitnya menjerit nyaring. Dengan rasa malas, Mikhail bangkit menuju ke
arah meja kerjanya. Dahinya berkerut. Nombor Telekom. Bukan dari mana-mana telefon bimbit. Fikirnya, pastilah teman-teman
barangkali. Malas hendak dijawab, dia
biarkan saja hingga akhirnya deringan itu mati sendiri.
Bila dia mahu kembali
merebahkan tubuh di atas katil, telefon itu sekali lagi berdering.
“Malaun mana pulak ni?!” marah Mikhail.
Samsung Galaxy itu dia
capai rakus. Jari telunjuknya pantas
menari membuka kekunci telefon. Baru saja
dia mahu memarahi si pemanggil, lidahnya kelu.
Liurnya ditelan berkali-kali kala salam dihulurkan.
“Assalamualaikum.” Gemersik sungguh suara itu berbisik.
“Waa… wa…
alaikummussalam,” jawab Mikhail sedikit tergagap-gagap.
“Maaf telefon masa
ni. Saya cuma nak maklumkan, saya dah
selamat sampai rumah. Tadi telefon mak
cik tapi tak dapat. Nak telefon Malisa,
nombor Malisa saya tak ada. Yang ada
nombor awak je. Nanti minta tolong
beritahu mak cik, ya. Takut dia bimbang,”
ujar Alaina di hujung talian.
Setelah dia bersiap
hendak merehatkan tubuh tadi, teringat pula akan Puan Maryam. Adan juga segera bertolak balik ke Sungai
Besar dan dia harus memaklumkan Puan Maryam.
Lantas, dia menelefon Mikhail setelah panggilan untuk Puan Maryam tiada
bersambut.
Mikhail kelu. Sungguh tidak percaya yang Alaina sanggup
menelefonnya hanya kerana itu.
“Err… ya… ya. Nanti saya maklumkan mama,” jawab Mikhail.
“Erm… terima kasih. Kalau macam tu, saya letak telefon dulu, ya?” pinta Alaina sopan.
Baru saja dia jauhkan
gagang telefon daripada cuping telinganya, dia terdengar suara Mikhail
menjerit. Tak jadi, Alaina memutuskan
talian. Sebaliknya, dia kembali
melekapkan gagang itu ke telinga.
“Ada apa lagi ya?” tanya Alaina.
“Err… terima kasih balik
sampai rumah dengan selamat. Terima kasih
sudi bagi tahu saya yang Alai dah selamat sampai rumah. Terima kasih temankan mama saya hari ni,”
ucap Mikhail tiba-tiba.
Dia sendiri tidak tahu
kenapa ringan mulutnya berkata demikian.
Entah daripada mana ayat itu wujud.
Apa yang pasti, datangnya begitu saja.
Menyapa kepala lantas terlahir oleh
lidah.
Alaina senyum
sendiri. Mikhail ini padanya, masih
mampu diselamatkan tapi bukanlah dia yang akan menjadi penyelamat Mikhail. Hidupnya juga terumbang ambing. Hanya doa yang mampu dia utuskan untuk Mikhail.
“Sama-sama,” balas
Alaina.
Tersentuh juga hatinya
bila Mikhail mengucapkan terima kasih hanya kerana dia selamat tiba di
rumah. Bersama Adan, dia pasti
selamat. Namun, jika bersama Mikhail,
dia ada keraguan.
“Kalau macam tu, saya
letak telefon dulu, ya? Kirim salam
dengan Puan Maryam dan Malisa. Maaf untuk
hari ni,” ucap Alaina dan sekali lagi Mikhail menghalang dia memutuskan talian.
Peluang ini harus
diambil sebaik mungkin. Itulah yang
sedang berlegar dalam fikiran Mikhail.
“Err… Alai. Saya nak minta tolong sikit,” ucap Mikhail
memancing perbualan dengan Alaina.
“Ya, apa dia?”
Kepala Mikhail mula
mencerna ayat. Entah apa yang harus dia
jawab. Segalanya spontan saja. Lama dia diam dan akhirnya, dia ada satu
akal. Pertanyaan yang mampu membuatkan airmukanya
tercalar pada pandangan Alaina.
“Sebelum tidur ni, boleh
tak Alai ajar saya nak niat puasa?”
Tebal kulit muka Mikhail saat ini.
Dia bukanlah tidak reti, tapi sengaja hendak melihat keikhlasan Alaina
dalam menolongnya. Lagipun, dia masih
mahu berbicara dengan Alaina.
“Eh, habis tu semalam
siapa ajarkan?” soal Alaina agak
pelik. Mikhail ni mesti menipu kata tak
reti niat. Alaina sudah dapat mengagak
tapi dilayankan saja.
“Mama ajar. Hari ni dah ingat-ingat lupa,” sela Mikhail
sambil menahan tawa. Lega sikit sakit di
hati. Hilang wajah Adan dan juga dia
sudah lupakan sindiran Alaina tadi bila gadis itu menuturkan kata maaf.
“Emm…” Alaina mula membaca sebaris niat dan diikuti
oleh Mikhail. Hanya sekali saja, Mikhail
sudah mampu menyebutnya dengan lancar.
“Maksudnya?” soal Mikhail lagi.
“Maksudnya, sahaja aku
berpuasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini, kerana Allah Ta’ala,” beritahu
Alaina tanpa banyak soal.
Mikhail ketawa. Semakin terjatuh hatinya pada Alaina. Langsung tidak dipersoalkan segala apa yang dia tanyakan.
“Dah niat, kan? Dah boleh tidur. Ambil wudhuk dulu. Moga lena dalam ketenangan,” ujar Alaina
lantas kali ini dia nekad memutuskan talian biarpun Mikhail masih cuba
menghalang.
Alaina diam seketika
sebelum masuk ke dalam bilik. Adiana
sudah tidur pulas. Penat barangkali bila pertama kali belajar berpuasa. Ustazah Fatima dan Ustaz Fadzil juga
sama. Dia juga mahu merehatkan badan
setelah hari yang dilaluinya hari ini agak mencabar.
Mikhail tersenyum
memandang telefon bimbitnya. Bagai bulan
jatuh ke riba. Dalam pada dia menyeru
nama ALaina, gadis itu bagaikan hadir menyerah diri biarpun hanya mahu
menyampaikan pesan.
Tubuhnya kembali
dihempas ke tilam. Baru saja dia hendak
melayan lena, pesanan Alaina terngiang-ngiang.
Pantas dia bangkit menuju ke bilik air.
Paip dibuka dan dia pantas meratakan wudhuk pada seluruh tubuhnya. Hilang segala panas. Matanya kian terpejam. Terima kasih Alai, sudi sejukkan hati panas
aku! Desis hati Mikhail.
Alaina yang baru saja
merebahkan tubuhnya di sisi Adiana, terus saja memeluk tubuh kecil itu. Ingatannya melepasi Mikhail lantas beralih
pada Adan dan akhirnya melekap lama pada seraut wajah yang amat dia
sayangi.
‘Alai tak mampu terima
sesiapa dalam hidup Alai, bu. Demi ibu
demi Yana, Alai korbankan segalanya,’ bisik Alaina lalu dia pejamkan
matanya. Berharap agar hidupnya mampu
menjadi setabah mungkin demi mereka yang
dia sayang.
~~> bersambung
Cik Penulis : Maaf dah lama cuti. Bila cuti nak mula balik memang agak sukar... hohoho. .layan komen dan maaf atas kekurangan. Perjalanan IAM masih panjang. Moga tidak terhalang di tengah jalan dan menemui titik akhir... hoohoho.. Salam lebaran ya. Maaf zahir batin...

mang terbaik...
ReplyDeleteuiksss... hikmah iron baju melayu encik husband utk jamuan raya ofis dia rupanya nak boley baca smbgn IAM ...
ReplyDeleteWaa.... siapalah yg berjaya menjadi jodoh bagi Alaina? Harapanku adalah Adan...tetapi.... who knowslah kan? hahaha....
ReplyDeleteMikhail pun ok gak cuma dia mcm diamond in the rough, kena gilap sampai cahaya kegermilapannya terserlah.... Menyiksakan lagi kehidupan Alai yg mmg sediakala dlm kesedihan....
mikhail dah gilakan alaina...hmmm best tp adan mcmana pula. serabut betul hi..hi..
ReplyDelete~saza~
xpe cuti lama2...skill xlari. kehkeh
ReplyDeletenak alai dengan mikhail please...tak suka adan sebab muka dia mcm ashraf muslim.
ReplyDeletekhail khail khail khail khail..nak khail ngan ali jugakkkk...karehan karehan karehan, bleh ya?
ReplyDeletehai guys..thanks sudi singgah.. waaa..tak menahan nk khail ek..miehehe.. tak sabar nk tamatkan IAM... nk tgk sapa yg mtk izin menangis tu dan kenapa..hohohoho..thanks atas komen n sudi membaca..sgt2 hargai ya...sayang kamu
ReplyDeleteRM,tima kaseh utk n3 ini...sgt2 dihargai! Kak pasti RM dh ada plot IAM ni..kak suka Khail -Alai. tak sabar tunggu endingnya. RM, mohon bukukan citer ni ya..kak nk beli, terima kaseh...n kak pasti peminat2 RM lain pun teruja nk beli....
ReplyDeletecam cian gak kat Mikhail...jauh sngt ketinggalan nye kalu nk compare ngan Adan.hanya percaya pd jodoh tu dh ketentuan sejak azali!ilang dah rindu akak kat novel ne dek...
ReplyDeletesapa lah yg alai bkal pilih... ke2 dua nya ok... tp kalo ikut saya mgkn saya plih khail..
ReplyDeletenk alai dngn mikhail....hihihi
ReplyDeletefuhhhhh...lepas rindu kite kat Alai....Mikhail...Chayok3!!!Ganbatte!!!Himnajah!!!!Fighting!!!hahahahha
ReplyDeletehehe..suke la... lama tunggu ni.. thanks RM
ReplyDeleteBest...
DeleteMikhail memang betul - betul dah jatuh cinta dekat Alaina...
Apa jawapan yang Alai bagi untuk lamaran Adan????#^_^
Salam Rehan. Thanks for the new post, dah lama tunggu ni.
ReplyDeleteThanks kak Rehan. Saya tak boleh decide nak siapa. Hahahaha anyway IAM memang best! Tapi still, saya nak STK! Please please please
ReplyDeleteaik alai xkn dua2 nak kot hihihi. sila pilih mikhail ye alai. skrg ni maybe wajah adan tp x lama lg insyaAllah akan BERTUKAR ke Mikhail lak kih kih. tp mesti agak mncabar utk mikhail ni buat alai jth cinta kat dia. hrp jgn dia gn taktik kotor udahla hihi. sila jgn mrh ye cik penulis.
ReplyDeletebest.. hai siapa la pilihan hati alaina...
ReplyDeletehope dpt hbiskn lam blog? hihi
ReplyDeleteBest!!
ReplyDeletehope alaina ngan adan..sbb insya-Allah,adan je ley time kekurangan yg alaina ada bsama kisah silam alaina..hehe..
ReplyDeleteTerbaik... seperti selalu.
ReplyDeleteThanks for new n3! Teruskan ye.. x sabar nak tunggu abis. Adan or Mikhail? Mulut mcm nak sebut Adan tapi dalam hati ada wajah Mikhail....Alai pls make the best decision ok..... be strong..Insya Allah dpt jodoh yg baik
ReplyDeleteterima kasih kerana mengupdate....
ReplyDeleteharap sgt Alai pilih mikhail....
nk alai dgn khail...plizzzzzzzz....nk alai dgn khail jg...blh ye sis...hehehe
ReplyDeleteakhirnya ada juga n3 ni... hehehhe.. rehan, best ler... semoga alai spt jodoh yg baik sbb perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya. .
ReplyDeletetak sbr nk tunggu n3 seterusnya..♡♥♡♥
-Ika Hatika-
Sukaaaa sangatt entry kali ni.
ReplyDeleteSuka sangat Alai-Adan. Sweeettt jep.
Kak Rehan, Alai stick dengan Adan la yee. :))
Banyak kali ulang baca dah.. :))
senangnya membaca IAM kali ini the best kka rehan,...siapa ya pilihan Alai...Mikhail atau Adan? Alai dalm diam snang Adan bgtu jga Adan tp klulah jodoh mrka tak kmana....
ReplyDeletenak alai dgn khail...... best sgt
ReplyDelete