LANGKAH kaki
Zuraida maju ke arah Ada n. Usai menamatkan kelas kedua hari ini, dia
benar-benar lelah. Melayani
pelajar-pelajar memerlukan sabar yang tinggi.
Bukanlah sedikit tabah yang perlu dipertaruhkan. Inilah harga untuk menjadi seorang pendidik
demi anak bangsa. Amanah yang telah ibu
pertiwi sandarkan pada bahu para mendidik agar anak bangsa mampu menjadi
pemimpin dan menjadi cahaya menerangi kemajuan Negara.
Dari jauh, dia
melihat Ada n
sedang membelek sebuah fail. Berkerut
dahi Zuraida. Tak pasti pula fail
apa. Yang pasti fail itu memang menarik
minat Ada n
hinggakan lelaki yang segak bergaya itu begitu kusyuk menelitinya. Dia terus menapak dan bila dia sudah labuhkan
duduk di depan Ada n,
Zuraida menegur lembut.
“Ralit nampa k?”
“Agaklah,” jawab
Ada n.
“Baru habis
kelas ke?” Ada n kerling jam di pergelangan
tangannya. Dalam lima belas minit saja
lagi hendak menghampiri waktu pulang.
“A’ah,” jawab
Zuraida seraya meletakkan buku yang dikelekkan di atas meja. Dia memandang Ada n yang kembali membelek fail putih
tersebut.
“Apa tu?” Rasa ingin tahu membuatkan Zuraida terus
menyoal.
“Fail peribadi
bekas pelajar sekolah ni,” jawab Ada n kembali
menundukkan wajahnya dan menatap penuh minat butir-butir peribadi milik Ala i na yang padanya
tidak lengkap.
Hanya ada nama
ibu, ayah, adik-beradik, tarikh lahir dan juga alamat rumah sewa yang terrnyata
dihuni oleh orang lain. Tiada pula
tercatit saudara-mara yang lain menyebabkan pencarian Adan sedikit sukar. Alamat juga bukanlah di Kampung Haji Daim sana . Tapi, dia yakin Ala i na memang dari sana bila mengingatkan
kejadian tak terduga itu.
“Siapa?” tanya Zuraida ingin tahu.
Setahu dia, Ala i na juga pernah
belajar di sini. Jika dia belek rekod
keputusan peperiksaan bulanan atau juga peperiksaan penggal, nama Ala i na pasti menduduki
senarai nama sepuluh pelajar terbaik keputusannya.
Teringat pula
pada anak sepupu maknya itu. Entah di
manalah Ala i na
membawa Adiana memperjudikan nasib mereka?
Rasa ringan lidah hendak bertanya pada Ada n
tapi rasanya tak ramai tahu mengenai Ala ina
mengenangkan sikap Ala i na
yang pendiam dan suka menyendiri itu.
“Emm… seorang bekas
pelajar. Yang kini dekat dalam hati saya,”
jawab Ada n
berterus-terang.
Mudah begitu
agar Zuraida tidak terus memandangnya dengan penuh pengharapan sedangkan dia
tidaklah mampu memberikan apa yang telah dia berikan buat Ala i na.
Selamanya akan kekal Ala i na
di dalam hati. Biarlah dia bawa sampai
mati.
Berubah terus
riak muka ceria Zuraida. Sangkanya Adan
masih tidak punyai sesiapa tapi bila Ada n
memberitahu demikian, mahu luruh jantungnya.
Tersentap. Tidak dapat tidak, dia
hanya mengukir senyum. Terlambatkah dia? Kesal pula bila tidak berterus terang pada Ada n dari dulu lagi.
Bibir tipis
Zuraida tersenyum pahit. Jemarinya menggeletar
menyapa buku latihan pelajar yang tersusun di atas mejanya.
“Waa menarik
bunyinya tu, Adan,” usik Zuraida sekadar menutup rasa hatinya yang kian
resah. Jodohnya dengan Adan kian
menjauh.
Buat ke sekian
kalinya, Adan mengangkat pandangan matanya lantas bersabung dengan anak mata
Zuraida yang nampak suram dan kelam. Hati
lelaki Adan sudah terlalu matang hendak menilai renungan wanita padanya. Dia tahu tapi apalah yang mampu dia katakan. Sudahnya, Adan membiarkan saja pandangan
Zuraida itu. Dalam kepalanya hanya ada
wajah Alaina.
“Menarik ya?” tukas Adan pula. Kemudian dia ketawa.
“Memang menarik,
Zu. Pelajar ni istimewa sikit. Pandai pun ya tapi sayang dah berhenti
sekolah.” Adan menggeleng kepala. Sedih pula bila dia tidak mampu memujuk
Alaina agar meneruskan persekolahan.
“Kalau pandai
kenapa berhenti?”
“Masalah keluarga
barangkali. Itu yang saya sedang siasat
ni sebab sebelum ni pelajar ni pendiam sangat.
Peribadi dia dalam rekod pun tak penuh.
Saya pun dulu tak adalah bercakap dengan dia. Tak pernah pun. Tapi, bila dia berhenti ni, rasa terpanggil
pula nak tahu apa masalah dia. Sayang,
kan?” ujar Adan panjang lebar bersama
wajah yang terpamer jelas riak kesal.
Zuraida
mengangguk. Tak tahu hendak menunjukkan
reaksi macam mana lagi. Dalam hatinya,
dia seperti sudah mampu menerka siapakah yang dimaksudkan oleh cikgu muda
ini. Namun, dia tidak mahu cepat
menelah. Lantas dia perkemaskan hatinya
mengatakan yang telahannya meleset. Segalanya
tidak tepat. Alaina dan Adan? Sesuatu yang tidak mungkin dengan peribadi
Alaina dan sikap Adan sendiri tapi dia terlupa, dengan kuasa Sang Pencipta yang maha mengatur segala percaturan di dalam
dunia ini.
“Sedihnya…
kenapa sampai nak berhenti sekolah? Kan boleh
minta biasiswa ke?” tokok Zuraida
menyokong kenyataan akhir Adan.
“Itulah, Zu…
lepas dia berhenti saya ada cakap kita mohon biasiswa. Cumanya saya pun pelik. Kenapa sebelum ni dia tak dapat biasiswa,
ya? Pelik sungguh!” tekan Adan sedikti tidak puas hati.
Kepala ligat
memikirkan sebab musabab yang membuatkan nama Alaina tersingkir daripada
menerima bantuan biasiswa sedangkan dia adalah pelajar yang pandai. Langsung dia tak punyai jawapan.
“Saya pun tak
tahu, Dan. Tapi kan…” Suara Zuraida terhenti.
Dia memandang
Adan lagi dan kali ini penuh minat. Apa yang
mahu dia katakan ini dia mahu Adan anggapnya sebagai satu gurauan dan dia
berharap agar gelengan dan penafian Adan yang menjadi jawapan untuknya nanti.
“… tadi awak
kata dia dekat dengan hati awak, kenapa awak tak bantu dia je?” Jelas nada suara mengusik itu terlontar dari
celah bibir Zuraida. Dia senyum lagi.
Adan tidak terus
menjawab. Sebaliknya dia tutup fail
peribadi milik Alaina itu dan diletakkan di bawah timbunan buku rujukan
miliknya di sisi kiri meja. Mahu dihantar
kepada Bahagian Pentadbiran Sekolah esoknya.
Jenuh merayu kakak-kakak pentadbiran untuk fail itu. Mujur juga dapat. Terasa sedikit bersuluh jalan yang
kelam.
Jemari Adan
bersilang sesama sendiri lalu dia bawa belakang tangannya menongkat dagu
merenung Zuraida yang nampak sangat mahu memancing rahsia hatinya.
“Saya dah offer bukan sekali, Zu. Berkali-kali tapi dia tetap menolak. Katanya, segalanya dah terlambat. Hidup dia hanya untuk adik dia je. Nak tembus hati dia pun payah. Zu ada petua ke nak tembusi hati wanita ni?” tanya Adan pula.
Mudah jika dia
berterus-terang saja dengan Zuraida dan jangan dibiarkan wanita ini terus
berharap padanya.
Hati Zuraida
bagai hendak meletup. Tak sangka jawapan
yang dia harapkan jauh menyimpang daripada jawapan Adan. Namun, hendak terus mempamerkan kecewa, dia
tidak sudi lantas dia terus tersenyum dan masih mahu mengusik Adan dengan
persoalan yang lebih menyakitkan hatinya andai jawapan Adan tidaklah
seperti yang dia sangkakan.
“Dia nak awak
offer jadi isteri awak kot?” Bergetar
hujung jari Zuraida kala ini. cepat-cepat dia sorok tangannya di bawah
meja. Berpeluh telapak tangan itu.
Adan
ketawa. Tak semena-mena. Rasa geli hati pula bila Zuraida bertanya
demikian. Macam tak percaya usikan
itu. Lambat-lambat Adan mengangguk.
“Saya dah pinang
dia. Hanya tunggu jawapan dan dia sedia
je,” jawab Adan lembut.
Saat ini, kepala
Zuraida jatuh ke bawah menekur ke jemari di atas ribaannya sendiri bersama
tubir mata yang kain terasa sarat.
‘Ya, Tuhan…
sungguh semakin jauh kami berdua. Jika dulu,
aku berapa dekat dengannya biarpun kami jauh tapi hari ini, bila Kau dekatkan
kami ternyata Kau telah jauhkan hati
kami,’ bisik hati Zuraida lirih.
Dia tahan
airmata agar tidak menitis. Namun,
kenyataan Adan tentang pelajar yang lebih pentingkan adiknya itu menyambar
ingatan pada Alaina. Dia tahu Alaina
terlalu sayangkan Adiana. Rasa hendak membelek fail peribadi itu semakin
menghentak jiwa.
Setelah dia
pastikan yang tiada lagi air jernih itu menari-nari di atas birai mata, Zuraida
angkat kepala memandang Adan yang hanya diam memandangnya.
“Awak okey ke?” Adan berasa risau.
Zuraida
menggeleng pantas. “Saya okey je. Tapi, kan… boleh saya tahu siapa nama pelajar
tu?”
Sudah tidak
mampu rasanya dia menahan rasa ingin mengetahui nama pelajar yang dimaksudkan
oleh Adan. Sekaligus menjadi wanita yang
berjaya menakluki hati Adan dan menewaskannya tanpa perlu bertanding.
Adan senyum lagi
dan menggeleng. “Awak tunggu kad kahwin
kami. Nanti bolehlah awak tahu nama dia
siapa,” usik Adan lantas dia bangkit dengan senang hati.
Fail peribadi
Alaina itu dibiarkan saja. Padanya,
Zuraida bukanlah seorang yang suka menceroboh hak peribadi orang lain. Dia yakin itu. Dari sisi wajah seorang guru yang berdedikasi,
amanah adalah satu sikap yang amat
penting.
“Err… awak nak
pergi mana?” Zuraida angkat tubuhnya
juga bila Adan sudah bersedia hentak berlalu.
Tali leher yang
baru dirungkaikan, Adan letak di dalam poket seluarnya sebelum dia membuka
butang pada hujung lengan kemeja dan menyinsing lengan kemeja biru gelapnya itu
sampai ke siku.
“Saya nak ke
surau kejap. Dah dekat pukul 2 petang
ni. Kejap lagi nak balik. Sebelum tu, saya singgah solat kejap. Jumpa lagi, Zu,” jawab Adan tenang dan dia
terus berlalu keluar daripada pejabat guru meninggalkan Zuraida yang masih
memerhatikan belakang tubuhnya.
Hilang saja kelibat
Adan dari pandangan matanya, Zuraida mula tidak betah duduk. Dia labuhkan punggung di atas kerusi dan
matanya mencerlung tajam kepada fail yang ditindih oleh buku rujukan itu. Ringan saja jarinya hendak menggapai fail
tersebut. Tidaklah dia mahu membelek
segala isinya. Dia hanya mahu melihat
pemilik fail itu saja.
“Ya Allah…
berdosanya aku kalau baca semua tu. Mesti
Adan marah,” bisik Zuraida sendiri.
Dia berpaling
dan mengilas ke sekeliling. Bimbang jika ada sesiapa waktu ini tapi ternyata
tiada siapa yang berada di sekitarnya.
“Nak tengok nama
je. Bukan nak belek isi dalam,” pujuk
Zuraida pada hatinya sendiri. Menghalau rasa
bersalah itu.
Bila dia
dekatkan jarinya pada fail itu, tangannya terhenti. ‘Astaghfirullah. Bulan puasa ni. Apa aku buat?’ Hati bersihnya mula sedari akan kekhilafan
diri yang hanya mengundang dosa mudah lalu dia kembali duduk tegak.
Kehendak menghentak
namun akal waras melarang. Yang salah
tetap salah malah dia mungkin akan
kecewa jika Adan membencinya atau mungkin juga dia akan lebih kecewa setelah
mengetahui nama perempuan itu.
Sudahnya, tak
jadi dia mahu melihat nama itu. Zuraida
terus menyusun buku-buku di atas mejanya dan sudah bersiap untuk pulang
memandangkan dia tidak terlibat dengan kelas tambahan pada petang ini. Adan juga begitu.
Baru saja dia
mahu angkat tubuh, Cikgu Siti datang menghampiri. Mereka bertukar senyuman. Cikgu Siti duduk dan melepaskan lelah
sedikit.
“Akak tak sihat
ke?” soal Zuraida melihatkan wajah Cikgu
Siti yang sedikit pucat.
Cikgu Siti
menggeleng. “Sihat je tapi penat
sikit. Anak akak demam. Tak tidur malam dok jaga dia. Itu yang semput ni. Nak-nak petang ni ada kelas tambahan
lagi. Nak minta tolong Adan, dia ada hal
pulak petang ni. Biarlah… dah selalu
sangat dia gantikan akak. Biar dia
keluar dating ke apa ke,” ujar Cikgu Siti
yang sudah menyandarkan belakangnya pada kerusi. Matanya sedikit terpejam. Lelah sungguh.
Hati Zuraida
terjentik akan sesuatu. Baru saja
keinginannya itu pergi tapi kini hadir lagi.
Bibirnya tersenyum. Pasti Cikgu
Siti tahu sesuatu tentang Adan dan pelajar tersebut. Desis hati Zuraida.
Tak jadi dia
melangkah keluar. Lantas, dia labuhkan
duduk sekali lagi dan menatap Cikgu Siti.
Kesian pula melihatkan Cikgu Siti.
Rasa mahu dihulurkan bantuan saja tapi dia mahu tahu siapakah
pelajar yang sudah berhenti itu. Boleh jadi juga Alaina kerana sejak dia
mengajar di sini, langsung tidak terbias akan susuk tubuh dan wajah mulus
Alaina atau boleh jadi juga Alaina tidak hadir ke sekolah.
“Teruk ke demam
anak akak tu?” tanya Zuraida memulakan
bicara.
“Teruklah
jugak. Tapi semalam dah bawa pergi
klinik. Cumanya dia tak tidur
malamlah. Merengek. Ini yang akak rasa bengong je kepala ni. Tak tidur malam tadi,” jawab Cikgu Siti
sedikit mengeluh.
“Kalau macam tu,
Zu ganti pun tak apa kelas tambahan akak tu kalau akak sudilah,” tawar Zuraida
pada Cikgu Siti.
Tubuh Cikgu Siti
serta-merta membulat. Dia pandang
Zuraida bagaikan tidak percaya yang wanita ini sudi menghulurkan bantuan.
“Eh, sungguh ke?” soal dia tidak percaya dan bila Zuraida
mengangguk barulah dia hela nafas lega namun dia tetap menggeleng menolak
pelawaan Zuraida. Padanya, dia hanya
selesa bersama Adan. Lagipun tidak mahu
menyusahkan orang dengan tanggungjawabnya.
“La akak ni… Zu
nak bantu dia tak nak pulak,” keluh Zuraida.
“Tapi, kan kak…
nak tanyalah. Ada tak pelajar yang baru berhenti
dari sekolah ni?” soal Zuraida mula memancing Cikgu Siti.
Wajah Cikgu Siti
berkerut. “Pelajar berhenti? Eh, macam tak ada pun,” jawab Cikgu
siti.
Pelik Zuraida. Katanya Adan bekas pelajar tapi pelik bila
Cikgu Siti tidak mengetahuinya atau boleh jadi Cikgu Siti terlupa dan dia mahu
bertanya sekali lagi.
“Akak lupa
kot. Adan kata ada,” giat Zuraida lagi.
Lama Cikgu Siti
diam sebelum dia menggeleng akhirnya. Mempertahankan
jawapannya yang memang tiada pelajar yang berhenti bari-baru ini.
“Emm… tak
apalah, kak. Tapi betul ni tak nak Zu
ganti?” Zuraida ubah topik.
Cikgu Siti menggeleng. Dia masih lagi ligat memikirkan siapakah yang
dimaksudkan oleh Adan. Siapa yang
berhenti? Sungguh dia terlupa.
“Kalau macam tu,
Zu balik dululah, ya? Selamat berbuka
kak petang nanti,” ucap Zuraida mesra dan terus saja melangkah.
Cikgu Siti
memandang Zuraida yang sedang berlalu dalam pada masih memikirkan jawapan pada
soalan Zuraida.
‘Kalau kata Adan
cakap ada, bermakna ada. Tapi siapa?’ Hati Cikgu Siti berbicara sendiri. Lama dia berfikir hinggakan kelibat Zuraida
hampir menghilang di balik pintu barulah dia temui jawapannya.
“Zu!!!” laung Cikgu Siti setelah dia bangkit secara
mengejut. Hilang rasa mengantuknya
setelah dia temui jawapannya.
Zuraida berhenti
melangkah dan berpaling. “Apa, kak?” tanya dia lagi.
“Ada-ada. Ada yang berhenti,” jawab Cikgu Siti
membuatkan sinar mata Zuraida agak bersinar.
Dia melangkah kembali menghampiri Cikgu Siti.
“Siapa?” soal Zuraida penuh minat.
“Alaina,” jawab
Cikgu Siti sepatah yang telah berjaya membuatkan hati Zuraida patah riuk.
Telahannya benar
dan langsung tidak tersasar. Segalanya mungkin. Dan kemungkinan itu semakin menjadi kenyataan
lalu dia berlari keluar. Jika benar apa
dikata, pastilah Adan akan ke rumahnya. Pasti!
**
SELESAI
menunaikan fardu Zohor tadi, Adan terus memandu ke Kampung Haji Daim. Dia nekad.
Biarpun tiada alamat dari kampung itu yang tertera di dalam fail
peribadi Alaina, dia yakin Alaina pernah menghuni kampung tersebut.
‘Apa yang payah…
tanya orang jelah nanti,’ pujuk hatinya optimis.
Sementara menunggu
petang, dia mahu mencari Alaina dan mahu tahu apakah yang telah menimpa gadis
itu. Tragis amatkah kisah hidup Alaina?
Pedal minyak
ditekan seadanya. Keretanya bergerak tidaklah
selaju mana melalui jalan kampung hinggalah Adan memasuki kawasan kampung dan
melalui sebuah kedai runcit. Keretanya dihentikan
dan dia menapak tenang ke arah kedai runcit tersebut. Jelas tertera nama Kedai Runcit Haji
Hassan. Salam dia hulurkan dan tangannya
ringat menjabat tanya tuan kedai.
“Encik ni siapa?”
soal Haji Hassan itu pada Adan.
Pertama kali dia
melihat wajah itu. Langsung tidak
diendahkan riuhnya Zakiah dan Nek Bibah yang memang menjadi pelanggan tetap di
kedai runcitnya. Membawa dan menyebar berita sekali. Sungguh dia kesal.
“Nama saya
Ramadan, pak cik. Cikgu dari sekolah
Kampung Haji Atan sana. Nak tanya pak
cik sikit, kot-kotlah pak cik tahu pasal pelajar saya ni,” tanya Adan
telus.
Zakiah
terkedu. Sekolah tempat di mana Zuraida
mengajar yang disebut lelaki muda itu menarik minatnya. Tercantas bicaranya bersama Nek Bibah. Tiada lagi nama Anida yang terbit dari
bibirnya. Nama kedua-dua orang anak
Anida juga ditelannya sendiri. Tidak terluah. Telinganya mula dipasang untuk mengintip
perbualan Haji Hassan dengan pemuda itu.
Sekali terpandang
akan Adan, Zakiah jatuh suka. Sejuk matanya
merenung wajah Adan. Saat ini, wajah
anaknya juga hadir. Indah jika mereka
digandingkan tapi siapakah orang muda ini, Zakiah mahu tahu.
“Oh… siapa nama
dia, ya?” soal Haji Hassan ramah.
“Nama dia
Alaina. Rasanya dia dari kampung ni tapi
saya tak pasti pula alamat rumah dia macam mana,” jawab Adan separuh berbisik
namun jelas untuk membuatkan tubuh Zakiah tersentak. Dia kaku.
Haji Hassan
menjeling pada Zakiah dan tersenyum sini namun Zakiah hanya dia membelek bawang
merah sedari tadi. Hampir lunyai bawang
aku, marah hati Haji Hassan. Dia memandang
Adan dan keluar daripada kaunter bayarannya lalu menarik Adan menapak keluar
kedai. Sedikit jauh daripada
Zakiah.
Sedih mengingatkan
kisah Alaina namun hendak menolong, sudah terlambat bila Alaina sudah pergi
dari kampung itu dan tidak dapat dikesan lagi.
Kejam sungguh Zakiah angkara dendam lama. Dendam yang bagaikan menolak aturan Tuhan.
“Pak cik kenal
ke?” Adan sudah tidak mampu bersabar
bila riak muka Haji Hassan menunjukkan yang dia tahu akan sebaris nama unik
itu.
Bila Haji Hassan
mengangguk, Adan semakin melebarkan senyum biarpun detak hatinya sudah lain
macam. Penyiasatannya semakin hampir ke
penghujung. Syukur bila Allah
permudahkan jalan buatnya.
“Dia memang
budak kampung ni. Dalam beberapa tahun
ni keluarga dia berpindah balik ke sini tapi dia dah tak ada kat kampung ni
lagi dah,” jawab Haji Hassan tanpa mengetahui yang dia sedang berbicara dengan
penyelamat Alaina dan Adiana.
“Dia kenapa lari
dari kampung ni, pak cik? Dan kenapa dia
berhenti sekolah?” Adan terus menggiat
Haji Hassan.
Tidak terus
menjawab, Haji Hassan terus saja menyapa bahu Adan dan menepuknya sedikit. Bibir tua itu menggariskan senyuman.
“Lepas ayah dia
meninggal dan ibu dia dihantar ke hospital gila, dia bawa adik dia lari. Mungkin sebab tu kot dia berhenti sekolah.”
Jawapan Haji
Hassan bagaikan halilintar membelah bumi hati Adan. Hujan lebat beserta guruh mula menyimbah lama
hatinya. Bergetar seluruh badan setelah
hakikat itu dia temui. Bagaikan tidak
percaya dengan apa yang telinganya dengar saat ini.
Ada beberapa
perkara yang masih bermain dalam fikirannya.
Terumata sekali tentang kejadian yang didengarinya daripada orang
sekeliling dan juga daripada radio tempatan tempoh hari di saat dia temui
Alaina pertama kalinya itu. Tapi, tak
mungkin! Bantah hati Adan tidak mahu
menerima hakikat sebegini teruk nasib Alaina.
“Ayah dia
meninggal? Kemalangan ke?” Adan masih
mahu menanti jawapan yang lain daripada Haji Hassan.
Haji Hassan
mengangguk. “Emm… kemalangan
barangkali. Mungkin Anida tak sengaja
tertikam arwah Ahmad masa tu. Entahlah,
nak. Pak cik pun tak pasti apa yang
sebenarnya terjadi masa tu Cuma apa yang
pasti, Anida ada di hospital gila masa ni dan Alaina tak dapat dikesan,” jelas
Haji Hassan penuh rasa sebal.
Lutut Adan
longlai. Hampir saja dia terduduk andai
dia tidak memaut bahu Haji Hassan saat itu.
Hatinya tertoreh kejam. Rasa pedih
tersiat akan apa yang diterima oleh telinganya.
“Betul ke, pak
cik?” soal Adan meminta kepastian lagi.
Kali ini, Haji
Hassan diam. Menggeleng tidak, mengangguk tidak. Apa yang pasti, dia tahu Zakiah sedang
mendengar dan dia juga yakin, Alaina ada hubungan istimewa dengan cikgu tampan
ini.
“Kalau kamu nak
tahu cerita sebenar dan mungkin nak tahu di mana Alaina, kamu pergilah ke rumah
saudara dia. Lalu sini…” Jari Haji Hassan lurus menunjuk ke jalan
bertar itu.
“…terus je lepas
tu jumpa selekoh. Betul-betul dekat
selekoh tu ada rumah warna kuning. Yang itulah
rumah saudara Alaina. Rumah sepupu arwah
ayah dia,” sambung Haji Hassan.
Rasa kasihan
lagi melihatkan Adan yang hampir rebah tadi.
Tubir mata lelaki itu juga nampak berkaca-kaca menunjukkan hati jantan
itu tersentuh dengan kisah tragis itu. Bahu
Adan ditepuk lagi. Baru saja dia mahu
berpaling memanggil Zakiah, wanita itu sudah pantas berlalu keluar daripada
kedai.
Zakiah berdebar. Tak kan Zuraida tak tahu akan cikgu ini? Tapi, boleh jadi kerana anaknya itu juga
masih baru bertukar ke situ. Terkejut bukan
kepalang bila lelaki muda setampan Ramadan itu mencari Alaina. Benarkah cikgu anak sepupunya itu atau ada
hubungan yang lain? Dia terus melangkah
tanpa menoleh lagi. Dia mahu cepat tiba
di rumah dan dia yakin, Zuraida juga pasti akan tiba sebentar lagi.
Haji Hassan
tersenyum sinis pada Zakiah yang sedang melangkah laju. Dalam hatinya mahu saja dipanggil Zakiah dan
dipertemukan dengan Adan. Dia sendiri
tidak tahu apa yang membuatkan Zakiah begitu benci dengan Anida dan kini
melarat pada anak-anak Anida pula sedangkan layanan Anida pada Zakiah tidak
ubah seperti melayan kakak sendiri.
“Kenapa, pak
cik?” tanya Adan bila dia terkesan akan
senyuman Haji Hassan.
“Tak ada apalah,
nak. Kamu pergilah ke sana. Mesti ada tuan rumah tu,” suruh Haji
Hassan.
Adan
angguk. “Terima kasih, pak cik. Terima kasih banyak-banyak,” ucap Adan lalu
dia paut tangan tua itu sekali lagi sebelum berlalu ke arah kereta yang sudah
sedia hidup enjinnya itu.
Adan terus
berlalu menuju tapi dia tidak menuju ke arah yang telah dimaklumkan oleh Haji
Hassan tadi kerana dia telah mampu untuk menebaknya sendiri. Pastilah Alaina diumpat dikeji. Ternyata, berita yang didengari dia dulu
adalah tentang Alaina. Suara parau
pemandu bas dulu yang bercerita tentang perkara ini kembali berdengung di dalam
kepalanya dan tubuh basah Alaina dan wajah murung gadis itu saat itu kembali
menari di ruangan mata membuatkan airmatanya jatuh setitis.
‘Tabahlah,
Alai. Abang ada untuk Alai,’ bisik hati
Adan bersama tangis yang tidak berkesudahan.
Stereng kereta
dipulas menuju ke jalan besar. Dia tidak
sudi hendak melihat saudara yang dimaksudkan oleh Haji Hassan tadi kerana
dia yakin, Alaina berlalu adalah kerana
mereka.
Baru saja dia
mahu keluar ke jalan besar, sebuah Proton Persona masuk ke jalan yang
sama. Fikiran Adan buntu. Rasa mahu digapai tubuh Alaina dan dipeluknya
erat-erat bagi menenangkan hati gadis itu.
Rasa mahu dipaksa Alaina menangis mengenangkan bebenan yang ada dalam
diri Alaina kini tapi dia tidak mampu.
Syari’at membataskan dan agama melarang sebelum tiba masanya.
Zuraida terkesan
akan kereta Toyota Vios milik Adan yang baru saja berselisih dengannya tapi
tapi ternyata, pandangan Adan langsung tidak ke kiri atau ke kanan. Wajah itu nampak berkerut membuatkan Zuraida
dipagut bimbang. Adakah Adan sudah temui
kisah Alaina? Dia tidak tahu.
~~> bersambung

wpun x suka kat mak cik zakiah tu tp hrp dia buat sst bg zuraida ngan adan. so mikhail xde la pesaing hehehehe.
ReplyDeletebest!! adan adan! ai lebiu <3
ReplyDeleteKesian alaina, besar dugaan die, sedih jek baca cter ni
ReplyDeleteok.. x tau nk ckp ape.. speechless.. tp cite nie mmg tbaek.. sngt mberi kesan mse tgh bace.. myentuh jiwa... :) keep it up kak RM..
ReplyDeletekesian plak kt adan tp best jgk dgn mikail....macammana ni???
ReplyDeleterndu khail....xde pn cte psal dia n3 kali ni..huhu..
ReplyDeletemikhail <3 alaina....hehehe
mana khail? nak khail.. huhu
ReplyDeletewaa... tolonglah biar Adan dgn Alai!! suka giler dgn Adan. tak nak mikail!
ReplyDeleteMikael xde pom,,,
ReplyDeletekesian alaina...sedey baca cite nie...sob sob sob
ReplyDeletewalaupun adan baik tp kite lebih ske mikhail sbb kite rs ade sesuatu yang ada pada Mikhail yang x ade pada Adan sesuatu yang sangat2 diperlukan oleh Alai....apa2 pon terpulang padu la RM ahahahha
ReplyDeleteAdan banyak berkorban demi alaina...
ReplyDeletesedihhh
kalau kita di tempat Alaina, tak tahulah macam mana ya?
ReplyDeleteBaiknya Adan... next entry please!!!
ReplyDeleteNk alai dgn adan bulehhhh...
ReplyDeleteslalu sgtlah hero mula2 jaht lpas tu jadi baik..
hehehe
walau apa pon mesti dengan mikhail bukan adan, tolongg
ReplyDeletehmm...mmg ramai yg ske hero ala2 bad boy mcm mikael tu..tp sye ttp ske adan hehe..:) hope alai ngan adan jugak..n_n
ReplyDeletehope mikhail dgn alai :)
ReplyDeletenak adan dgn alaina... nk adan dgn alaina... pleassee kak RM.. kali ni buat yg 'ppuan bek utk laki bek'... bkn 'ppuan baek utk laki yg sdg brubh bek'... klo alai dgn mikahil, dh slalu sgt kluar dkt novel2 len.. lps tu yg laki bek redha jeee... nk adann..
ReplyDeletebtol3!..setuju..dh bnyak sgt cter pempuan baik ngan hero cmtu..
Deletesokong adan 110%..
ReplyDeleteakak lgu ape nie??? sayu je denga
ReplyDeletesaya sokong khail...mikhail bukan bad boy yang mcam novel biasa. agama Islam meresap ke jiwanya melalui Alaina. bukan Alaina penyebab perubahan berlaku terhadap Mikhail.
ReplyDeleteHarap2 ler si Adan akan berjodohan dgn Alai.... Jgn lah dgn si Mikhail.... But anything can happen... the story could twist to the other direction pulak... Sabar jer laa tunggu next entry.... Cepat2 pls...pls...pls....
ReplyDeletenak adaaaannnn ngan alai .
ReplyDeleteakak RM , please , make it true .
rasa adan yang paling dekat dengan alai.
yang paling memahami alai .
Nak Alai n Mikhail
ReplyDeletemntk2lh alaina ngan mikail.....walaupn sekeras2 hti manusia akan lembut juga akhirnya....sekeras2 besi akan melentur juga jikalau dikenakan ngan api yang membakar....alaina ada kuasa untuk semua itu....tp berterima kasih gk kt adan kerana telh menyelmtkn gadis itu.....he2
ReplyDeleteinilah cerita sangat menarik peminatnya....n rasa ingin tau berbuah -buah bagai mana kesdhnya cerita...kk REHAN the best..apalg byk peminat pembaca pro and kntra mgenai tiga hero kita ini...siapa jodohnya tentu kak rehanlah yg megetahuinya...yg terpenting akhir ceritanye nanti HAPPY ENDING ye kk Alai,Mikail,Adan bahagia.....love uo kk rehan..:>
ReplyDeletesedihnya cerita alai nie , bile lar pelangai nak muncul untuk dia. tapi tatau yg mane satu jadi pilihan alai. adan ke mikhail.
ReplyDelete#Murni Tan