Geng

Saturday, September 15, 2012

Izinkan Aku Menangis 13


BAB 13

KETUKAN bertalu-talu pada daun pintu membuatkan Puan Maryam membuka pintu itu agak kasar.   Hampir hilang sabar dia melayan karenah Mikhail yang dirasakan semakin mencabarnya sebagai seorang ibu.  Diberi betis, mahu peha pula. 

“Apa Khail ni?”  marah Puan Maryam sambil mengetap gigi.  Mujur saja dia masih dibaluti telekung dan masih lagi berwudhuk setelah pulang dari terawih tadi. 
Melihatkan wajah Mikhail, geram sungguh.  Entah puasa entahkan tidak.  Tidak balik berbuka dan langsung menolak bila ajak berterawih.  Alasan lapuknya adalah penat tapi benar tubuh Mikhail nampak longlai saat anak bujang itu melangkah ke dalam rumah.  Pakaiannya juga sedikit berbau. 
Mikhail sengih.  “Khail dah buat keputusan!”  tegas Mikhail tiba-tiba. 
“Keputusan apa?”  Bingung kepala Puan Maryam memikirkan apa yang dimaksudkan Mikhail.  Tak sudah-sudah cuba membawa malapetaka di dalam kepala si ibu.
Bibir Mikhail melebar dengan senyuman.  Dia sudah yakin dengan apa yang hatinya bisikkan.  Apatah lagi bila Malisa juga menyokong seratus peratus malah meminta dia bertindak serta-merta, Mikhail semakin yakin kehendaknya pasti tercapai.  Hanya perlukan bantuan mamanya saja. 
Puan Maryam merenung susuk tubuh sasa anak lelakinya.  Dari atas ke bawah dan begitulah sebaliknya.  Nampak sopan dalam kain pelikat dan baju Melayu serta fesyen rambut terpacak  yang tak pernah hendak jatuh rapat pada kulit kepala.  Tegak berdiri.  Sejuk juga hatinya tapi dia masih bimbang dengan perubahan Mikhail.  Risau perubahan itu bukanlah kerana Allah semata-mata tapi adalah kerana Alaina. 
“Khail nak apa ni?  Keputusan apa?”  gesa Puan Maryam sekali lagi sambil masuk ke biliknya semula. 
Dia duduk kembali di atas sejadah dan menggapai kitab tafsirnya.  Daripada melayan Mikhail, lebih baik dia membaca tafsir.  Ada juga pahala daripada menahan rasa marah pada anak bertuah itu.
“Mama,” seru Mikhail sambil melabuhkan duduk di birai katil mamanya.  Tidak jauh dari sisi Puan Maryam  yang sedang membaca tafsir. 
“Erm…”  Pendek saja sahutan Puan Maryam tanpa langsung memandang Mikhail.
“Pinangkan Alai untuk Khail,” jawab Mikhail senafas.  Penuh yakin dan penuh kesungguhan. 
Hampir saja kitab tafsir tersebut terlepas daripada tangan Puan Maryam.  Dia pantas memandang Mikhail dengan renungan yang tidak percaya yang anaknya itu sanggup meminta dia melakukan perkara sedemikian.
“Kamu mengigau ke apa, Mikhail?”  soal Puan Maryam geram.
Mikhail menggeleng laju.  Dia yakin.  Langsung tidak bergurau.  Di sebalik kehendak lelakinya yang kain bergelora bila mengingatkan susuk tubuh dan lenggok langkah Alaina yang tersorok itu, dia benar-benar mahu terokainya. 
Namun, dia mahu mengangkat Alaina menjadi wanita ulung dalam hidupnya.  Menjadi ibu pada putera-puterinya nanti.  Mamanya tidak tahu tapi Mikhail yakin akan kehendak hatinya. 
“Kalau setakat nak rosakkan dia tak payah!”  bantah Puan Maryam marah.  Mikhail merengus. 
“Rosakkan apa, ma?  Kalau nak rosakkan, Khail heret je Alai tu pergi mana-mana hotel.  Dalam kereta pun boleh kalau setakat nak rasa tubuh dia tapi ini Khail minta mama pinangkan dia.  Nak jadikan dia isteri Khail dan menantu mama!”  bentak Mikhail pula. 
Nafasnya sesak.  Entah apa mamanya fikir, dia memang tidak tahu.  Sampai hati mama berkata begitu.  Jahat sangatkah aku ni?  Bisik hati Mikhail.  Sejahat-jahat aku, tidak pernah sekali aku rosakkan mana-mana wanita biarpun ramai  yang tersua-sua.  Dia tidak akan menyentuh sesesuatu yang dia tidak suka dan dia tidak akan menyentuh seseorang yang dia tidak cinta. 
Tubuh Puan Maryam hampir kekejangan mendengarkan ayat  yang terluncur laju dari celah bibir Mikhail.  Berani sungguh anaknya itu punyai niat sedemikian. 
“Mama tak setuju.  Mama tak akan pinangkan dia untuk kamu!”  tegas Puan Maryam dan dia bangkit membuka telekungnya.  Kitab tafsir diletak cermat di dalam rak buku.  Tiada gunanya lagi dia membaca semua itu saat ini.  Mikhail menguasai segala fikiran dan hatinya. 
Mikhail bingkas bangun.  Dia tidak puas hati.  Niatnya murni.  Tulus dan suci.  Kenapa mama mencurigai?  Dia pelik.
“Kenapa, ma?  Buruk sangat ke anak mama ni?”  tanya Mikhail sambil menepuk dadanya kuat. 
Saat ini dia hampir menangis.  Geram sungguh dengan mamanya tapi dia lebih lagi geram pada Alaina yang mampu membuatkan dia hampir menitiskan airmata saat mama pertama kalinya menolak kehendak murninya itu. 
Malisa yang muncul di ambang pintu hanya diam mendekat pada Puan Maryam.  Digosoknya belakang Puan Maryam dan dibisikkan sesuatu.
“Abang benar-benar cintakan Alai, ma,” gumam Malisa pada telinga Puan Maryam.  Sedih hatinya. Lirih jiwanya saat Mikhail meluahkan rahsia hati tanpa dia paksa. 
Kemudian, Puan Maryam kembali memandang Mikhail.  Renungannya tajam menikam.  Semudah itu anaknya mengucapkan cinta.
“Khail cintakan Alai?”  tanya Puan Maryam tenang.
Tanpa bertangguh, Mikhail mengangguk.  Jika bukan kerana cinta, mengapa wajah Alaina yang terbayang di mata.  Kenapa kehendaknya untuk memiliki Alaina semakin membakar jiwa. 
“Dan Khail tahu tak berapa Alaina cintakan Tuhannya?  Khail tahu tak betapa Alai cintakan adiknya, Yana dan tahu tak yang Alaina itu adalah gadis yang telah lalui jerih payahnya sendiri?”  soal Puan Maryam mahu menyedarkan Mikhail akan cinta Tuhan adalah segalanya. 
Dia tidak mahu, Mikhail berubah hanya kerana Alaina.  Berubahlah kerana Allah, Tuhanmu hidup dan mati wahai anakku.  Pedih hati Puan Maryam saat ini.  Nampak benar perubahan Mikhail tidaklah  ikhlas. 
“Khail tahu, ma dan Khail nampak semua tu.  Selama ni mama nak sangat Khail berubah dan bila Khail dah jumpa penanda arah, kenapa mama tak benarkan?  Tak layak ke Khail pada Alai?”  Lirih saja suara Mikhail. 
Puan Maryam menggeleng.  Dia sudah menitiskan airmatanya di bahu Malisa.  Sedih dengan permintaan anak lelakinya itu sedangkan itulah yang dia impikan selama ini.  Dia yakin, hati Alaina langsung tiada ruang untuk Mikhail.  Dia bimbang Mikhail kecewa dan akan terus merubah langsung kehidupan anaknya itu yang sudah sedia teruk.
“Khail bimbang Khail akan sakitkan Alai nanti sedangkan dia anak yatim,” ujar Puan Maryam separuh berbisik.
Mikhail mengangkat tubuhnya.  Dia menghampiri Puan Maryam dan memeluk mama dan adik perempuannya itu.  Erat dan sangat erat.  Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini dia rasa sarat bahunya dengan dosa.  Tidak mampu menjadi anak yang baik untuk arwah papanya, buat mamanya yang masih lagi sihat dan juga buat Malisa.  Bagaikan tidak layak hendak menjadi wali pada Malisa nanti. 
“Khail buktikan, ma.  Khail buktikan Khail berubah kerana Allah biarpun Khail tak mampu nafikan yang kehadiran Alaina telah membawa sesuatu yang asing dalam diri Khail.  Pinangkan dia untuk Khail, ma.  Khail rayu,” pinta Mikhail sepenuh hati. 
Alai tak cintakan, Khail!’  Mahu saja Puan Maryam zahirkan itu tapi dia tidak mampu.  Sebagai ibu, dia tidak mahu melihat anaknya terus hanyut.  Jika benar janji Mikhail begitu, dia sudi melamar Alaina biarpun dia yakin yang pinangan itu bakal ditolak. 
“Khail tak akan sakiti Alaina.  Khail janji, demi Allah!”  tekan Mikhail lagi meyakinkan Puan Maryam dan Malisa. 
Lambat-lambat, Puan Maryam mengangguk bersama titisan airmata  yang hanya dimengerti oleh hatinya sendiri sebagai seorang ibu dan wanita.  Malisa diam.  Tak sangka, begini sekali kehendak Mikhail terhadap Alaina. 

**

MALISA menekur pandangannya ke arah rumput yang menghijau.  Kemas dirawat oleh mamanya sendiri.  Dia diam saja duduk dilaman Dalam kepalanya hanya wajah Mikhail hadir.  Satu-satunya abang yang dia ada dan bakal walinya nanti. 
Ternyata abangnya bersungguh-sungguh.  .  Dan, tidak disangka juga, mama akhirnya menurut kehendak abangnya itu.  Akur dengan kehendak Mikhail.  Akur dengan kemahuan abangnya yang tiba-tiba itu.  Apalah yang ada dalam fikiran Mikhail kala ini, dia benar-benar ingin salami.  Payah sungguh untuk dia mengerti hati dan jiwa seorang lelaki biarpun abangnya sendiri.  Barangkali kerana dia juga tidak pernah punyai teman hati selama ini membuatkan fikiran menerawang mengingat kembali pengakuan Mikhail padanya.
“Abang cintakan Alai, Lisa,” akui Mikhail padanya beberapa hari lepas dan setelah itu langsung diluahkan pada Puan Maryam. 
Malisa memandang abangnya dalam-dalam.  Bagai tidak percaya akan ungkapan cinta yang terbit daripada bibir buaya tembaga seperti abangnya. 
“Abang biar betul?!”  soal Malisa agak kuat. 
“Percaya atau tidak, abang memang jatuh cinta.  Abang sedar dan yakin bila dia balik ikut Adan malam tu.  Abang tak boleh tengok Alai berlalu dengan lelaki lain,” tegas Mikhail tanpa silu lagi.  Direndahkan egonya.  Dicampak ke laut sikap buayanya itu demi Alaina. 
Malisa terdiam.  Dia berfikir sejenak.  Ego abangnya kian tercalar kerana kejadian beberapa hari sudah. 
“Abang rasa tercabar ke apa ni, sampai berani mengaku cinta semata-mata nak dapatkan Alaina?”  tebak Malisa.  Sedikit sinis.
“Nak kata tercabar, abang akuinya ada jugak sikit tapi selebihnya abang tak boleh tengok Alaina bersama lelaki lain,” jawab Mikhail.  Suaranya padam seketika.  Dia meraup wajahnya berkali-kali. 
“Tak pernah abang rasa macam ni pada mana-mana wanita selama abang hidup 29 tahun ni, Lisa.  Abang rasa nak heret je Alai bila dia berlalu dengan lelaki lain.  Hati abang rasa terbakar,” sambung Mikhail lagi dengan wajah yang nampak gundah pada fikiran Malisa.
“Dia bukan kepunyaan abang pun.  Alai berhak pilih sesiapa saja untuk temankan hidup dia,” giat Malisa lagi. 
Dia hanya  ingin melihat kesungguhan abangnya dalam berkata-kata.  Jangan sekadar bicara kosong yang tidak punyai apa-apa nilai untuk ditilik dan ditelan biarpun dia tahu yang Alai nampaknya lebih memilih Adan daripada Mikhail. 
“Dan abang akan jadikan dia hak abang tak lama lagi!”  tegas Mikhail dengan mata yang semakin tajam merenung Malisa.  Bagai helang yang sedang mencari mangsanya dari udara. 
Malisa ketawa sinis.  “Abang ingat Alaina tu anak patung yang abang boleh beli dekat Empire ke dekat Subang Parade ke, dekat Pavilion ke, sampai nak jadikan dia hak abang ikut suka kehendak hati abang je?”  tegur Malisa lebih sinis. 
Dia nampak wajah abangnya yang bagaikan terbakar.  Rahang Mikhail turun naik.  Kecut juga hati Malisa tapi dia perlu tenang.  Majalah di tangannya dibelek lagi.  Dia mahu tahu sejauh mana cintanya Mikhail pada Alaina. 
“Abang akan lakukan apa saja untuk Alai kalau dia terima abang!”  tegas Mikhail lagi.
“Janji manusia ni tak pasti, bang.  Bila-bila masa boleh berubah apatah lagi janji kita yang iman tak seberapa ni…”
“Abang janji kerana Allah.  Sumpah!”  tekan Mikhail mencantas suara Malisa membuatkan gadis itu gamam sendiri.  Berani sungguh abangnya menyebut nama Tuhan. 
“Jangan sumpah macam ni, bang.  Takut abang tak tertunai nanti,” nasihat Malisa bersahaja. 
Mahu saja dia sebutkan barisan nama koleksi wanita yang di sekeliling Mikhail termasuk Juana.  Di mana dia mahu campak mereka semua?  Bagaimana Mikhail  mahu melindungi Alaina jika gadis polos itu diserang lagi seperti sebelumnya oleh wanita miang seperti Juana? 
Mendengarkan kisah hidup Alaina yang masih sangat kabur daripada Ustazah Fatima, Malisa yakin Alaina perlukan seseorang  yang mampu melindunginya.  Yang mampu mengasihinya dalam sakit dan sihatnya.  Tapi, layakkah Mikhail sedangkan dia telah nampak kesungguhan dan kebaikan Adan melayani Alaina dan Adiana.  
Nope…” Mikhail menggeleng. 
“Abang akan berubah kerana Tuhan dan Alai akan jadi lilin buat abang.  Abang  yakin.  Lisa tolong abang yakinkan mama,  ya?”  pujuk Mikhail sambil memegang kedua-dua belah tangan adiknya itu membuatkan Malisa tiada pilihan lain. 
“Mengelamun nampak?” 
Malisa tersentak.  Teguran Mikhail membuatkan dia kembali ke realiti.  Ingatan pada luahan hati abangnya itu berlalu pergi.  Luahan yang mampu meraih jiwanya dan membuatkan dia menyokong kehendak Mikhail di depan mama mereka.  
“Eh, abang.  Nak pergi mana?”  tanya Malisa ramah. 
Dia gariskan senyuman melihatkan Mikhail yang segak mengenakan dockers krim dan juga baju T Polo berwarna hitam pekat dan ada nombor satu di bahagian lengan baju tersebut. 
Abang nak pergi mana hari ni?  Awal bersiap?”  tanya Malisa bagaikan tidak percaya. 
Mikhail senyum.  Hujung minggu begini, Mikhail tidak lagi seperti dulu.  Bangkitnya saat matahari hampir terbenam kembali.  Malam minggunya pula tiba di muka pintu rumah saat matahari sudah munculkan diri.  Dia kini mahu berubah.  Sungguh!  Sedikit demi sedikit.  Tak mampu untuk berubah mendadak.  Ini pun jenuh dia bertahan agar tidak tergoda dengan ajakan kawan-kawannya.
“Eh, awal apa.  Dah nak tengah hari ni.  Abang baru sudah solat Dhuha dengan mama.  Nak keluar kejap.  Nak cari barang sikit,” jawab Mikhail tenang. 
Dia labuhkan duduk di sisi Malisa seketika dan mengerling ke arah adiknya itu.  Bila Malisa membalas kerlingan itu, nampak bahagia dalam pandangan adiknya itu.  Sayang sungguh Malisa pada Alaina.  Ternyata pilihannya tepat.  Hanya menanti Puan Maryam suarakan pada Alaina dan juga Ustazah Fatima saja.  Tapi, kala melihat bening mata dan senyuman manis Malisa, kata-kata sindiran adiknya itu terngiang-ngiang di dalam kepala. 
Dia mahukan Alaina menjadi lilin buat dirinya.  Menyuluh jalan yang kelam.  Membantu dia menebas segala semak samun yang menghalang laluannya ke arah redha Allah. 
Memang Alaina tu lilin.  Menerangi orang lain tapi abang tahu tak lilin ni akan membakar diri demi memberi cahaya pada orang lain dan Lisa tak nak abang Lisa biarkan Alaina terbakar sendiri dengan apa yang abang nak kan ini,” ujar Malisa penuh makna kala itu. 
Mikhail telan liur.  Nasihat yang penuh maksud yang tersirat.  Dia mengeluh kecil.  Terlupa sebentar yang di sisinya kini ada Malisa.
Abang kenapa?”  soal Malisa kala melihat Mikhail mengeluh. 
Pelik dengan abangnya.  Mama sudah setuju untuk menyunting Alaina nanti tapi ada lagi keluhan.  Belum lagi bersua dengan Adan, pastilah Mikhail kembali ke perangai lama.  Menjadi seorang perengus. 
Mendengar pada soalan Malisa, Mikhail hanya menggeleng.  Apa lagi yang dia mampu katakan bila dia benar-benar jatuh hati pada Alaina.  Tanpa apa-apa tindakan dan Alaina sendiri dan dalam sekelip mata hatinya menjadi begitu.  Semakin dingin layanan Alaina, semakin hangat membara rasa cinta Mikhail.  Semakin hebat keinginannya dan semakin sukar untuk ditolak. 
“Doakan abang, ya Lisa,” pinta Mikhail pada adiknya. 
Malisa senyum dan mengangguk.  “InsyaAllah… niat yang baik disertakan dengan usaha, Allah akan bantu,” ujar Malisa cuba menenangkan hati abangnya yang jelas gundah.  Jelas terpancar pada riak matanya. 
Mikhail angguk dan menggariskan senyuman tipis.  Matanya tertancap pada telapak tangan dan jari-jemari kasarnya sendiri.  Tangan yang telah banyak berbuat dosa.  Memeluk dan mengelus ramai wajah dan tubuh wanita yang mendampinginya.  Terfikir juga dia, layakkah untuk tangan ini memegang tangan Alaina? 
Abang nak pergi mana ni sebenarnya?”  Soalan Malisa menghalau nama Alaina buat seketika tapi tidak lama bila nama itu hadir lagi dalam kepala Mikhail.
Dia sengih dan langsung bangkit.  Belakang seluarnya disapu sedikit dan dia terus menapak tanpa menjawab soalan Malisa membuatkan adiknya itu terjerit lagi.
Abang ni.  Lisa tanyalah!” 
Mikhail berpaling seketika.  “Nak beli barang sikit.  Kan dah cakap tadi,” jawabnya lantas berlalu ke arah Mitsubishi Evo itu dan terus berlalu pergi dengan senyuman.  Senyuman dalam keresahan kerana dia yakin, jalannya untuk menggapai Alaina tidak mudah. 

**

DIA sabar menanti kemunculan si gadis.  Dia sanggup menanti biarpun beribu tahun lagi jika diizinkan Tuhan.  Adan sudah tidak mampu menahan langkahnya untuk menemui Alaina setelah seminggu dia bertahan dan memendam sendiri kisah perit itu. 
Kali kedua dia pergi ke kedai Haji Hassan, gambaran yang diberikan semakin jelas.  Terasa kejam layanan keluarga itu kepada Alaina hinggakan dia tidak sanggup hendak menemui wanita separuh umur yang dipanggil Mak cik Zakiah itu.   
Pada ibunya juga masih belum diceritakan latar belakang Alaina.  Tidaklah berat lidah atau hati tapi tidak tahu di manakah mahu dia mulakan.  Teringat perbualan dengan ibu dan abahnya sebelum keluar dari rumah hendak ke Nur Raudhah tadi.  Penuh makna yang dia sendiri bingung untuk mengerti.
“Bila Adan nak bawa Alaina jumpa kami?”  soal Puan Rohani pada Adan.  Encik Razak yang ada di sisi hanya diam memerhati saat itu.
Adan angkat kepala dari menghadap hidangan sahur.  Terasa kesat saja kala makanan itu melalu kerongkongnya.  Dia senyum pada kedua ibu dan abahnya.
“InsyaAllah tak lama lagi.  Bagi Adan selesaikan beberapa perkara dulu, ya?  Nak-nak bulan puasa ni.  Lgipun, pelajar-pelajar nak periksa nanti.  Tunggu dah reda semua, baru Adan bawa Alai datang jumpa ibu dan abah,” jawab Adan sopan.
Puan Rohani dan Encik Razak tersenyum dan mengangguk. 
“Kalau boleh… dah Adan berkenan eloklah kita percepatkan.  Perkara baik tak elok kita lengahkan.  Muda ke tua budak Alaina tu tak menjadi masalah,” ujar ibunya. 
“Yang pasti dia dari keluarga yang baik keturunannya.  Bukan ke Nabi menganjurkan kita mencari calon isteri itu berdasarkan agamanya, keturunannya, hartanya dan rupanya.  Tak cantik, tak kaya tak apalah.  Janji ada agamanya untuk mendidik anak-anak Adan nanti,” tokok abahnya pula membuatkan Adan tersenyum kelat. 
Adan yakin, dia mampu menerima Alaina seadanya.  Ibu dan ayahnya juga mampu menerima Alaina biarpun anak itu yatim piatu tapi dia sendiri perlu berterus-terang terlebih dahulu tentang keadaan sebenar Alaina pada keluarganya agar tiada perselisihan faham di kemudian hati. 
Tapi, Adan mahu berbicara dengan Alaina dulu.  Sudikah Alaina menerima dirinya yang serba-serbi kekurangan?  Jika ya, dia tak akan menanti untuk menjadikan Alaina isterinya.  Kewangan dia juga sudah stabil.  Dia mampu membela Alaina dan Adiana dengan pendapaannya. 
“InsyaAllah, ibu… abah… Allah akan beri apa yang Adan perlukan dan bukan apa  yang Adan inginkan,” jawab Adan penuh makna. 
Adan mengeluh kecil melepaskan lelah.  Wajahnya ditekup pada stereng lama dalam mengingati perbualan dengan ibu dan abahnya itu tanpa sedar, ada tangan halus yang sedang mengetuk cermin kereta. 
Cepat-cepat Adan angkat kepala dan melihat ke arah dua susuk tubuh yang dikenalinya.  Cantik dan sopan saja penampilan Alaina.  Adiana juga begitu.  Nampak sihat dan bertenaga kedua-duanya.  Tidaklah seperti pertama kali mereka bersua. 
Dia membuka pintu kereta dan membiarkan Alaina duduk di bahagian belakang sedangkan Adiana diberikan tempat duduk di sebelahnya.  Dia lebih senang begitu.   Di bulan mulia ini, dia mahu menjaga segalanya.  Keluar bertiga itu lebih selamat biarpun mereka hanya akan menuju ke tempat umum.  Ada hadiah yang mahu dibelikan untuk Alaina nanti. 
Ustazah Fatima juga mula menapak turun dari rumah dan menuju ke arah kereta milik Adan.  Salam dihulurkan dan Adan menjawab bersulam senyuman.
“Dah siap ke?”  soal Ustazah Fatima. 
Adan angguk.  Alaina tersenyum dan Adiana melonjak kegirangan. 
Adan nanti hantar Alai balik sebelum Asar, ya umi,” ujar Adan dan Ustazah Fatima hanya mengangguk. 
“Hati-hati, ya Alai,” pesan Ustazah Fatima. 
Setelah cermin dinaikkan, Adan menekan pedal minyak dan terus meluncur laju dari Sungai Buloh menuju ke Kuala Lumpur.  Dia mahu membawa Alaina dan Adiana kenal akan kota raya yang sentiasa sibuk dengan pelbagai ragam manusia.  Nak-nak bazaar-bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.  Semestinya meriah. 

**

MATA Alaina bulat.  Adiana juga.  Pertama kali menjejakkan kaki ke kota raya biarpun kampungnya dulu tidaklah jauh mana tapi peluang itu bukanlah untuk dia.  Seringkali kawan-kawan mengajak namun dia terpaksa menolak atas pelbagai alasan. 
“Meriahnya.  Macam esok dah nak raya,” ucap Alaina teruja. 
Adan senyum.  “Kan?  Inilah masyarakat kita.  Hari pertama puasa, penuh masjid.  Hari akhir-akhir puasa, penuh kedai-kedai pakaian dan bazaar pulak.  Masjid langsung kosong.  Mujur abang mengajar jauh kat Sungai Besar sana.  Tak adalah nak merewang ke KL je tiap-tiap minggu,” sahut Adan pula.
Mereka terus melangkah dan melangkah.  Sesekali Alaina mengelak bahunya dari dilanggar orang.  Rasa rimas sungguh.  Tak pernah datang pun tak rugi apa-apa.  Buat tak selesa ada.  Itulah kata hatinya.  Dengan lautan manusia begini, memang sukar hendak memilih barang.  Tapi, seronok juga melihat pelbagai sikap manusia. 
“Kita jalan depan sikit.  Kita ke Capsquare.  Abang ada barang nak hadiahkan pada Alai ni,” ajak Adan sambil menyapa Adiana ke dalam gendongannya.  Bimbang terlepas dari  dari tangan Alaian, boleh hilang nanti.
“Kat mana tu, abang?  Jauh lagi ke?”  Tak tahan rasanya hendak melepasi orang-orang ini. 
Adan sengih dan menggeleng.  “Tak jauh dah.  Sikit lagi.  Tepi Semua House je.  Kita jalan sikit lagi, ya?  Nak bawa kereta sampai sana takut jammed pulak.  Kaki Alai okey lagi kan nak menapak?”  tanya Adan mengusik.
Alaina membulatkan matanya.  Dia lepaskan tawa halus.  “Abang kenakan Alai ya?” soal Alaina pula membuatkan Adan pula ketawa.
“Saja.  Muka ketat sangat.  Senyum sikit, ya,” suruh Adan.  Dia senang melihat Alaina tersenyum setelah apa yang diketahuinya tentang sejarah hidup gadis itu. 
Dia tidak mahu Alaina menangis sementara dia masih belum menikahi gadis itu.  Adan mahu Alai menangis di dadanya,  di ribanya.  Agar dia bisa mengusap kepala gadis itu dan menujuknya di dalam pelukan yang hangat dengan kasih sayang yang diredhai Allah. 
Kaki mereka terus melangkah hingga akhirnya tiba di Capsquare.  Mata Alaina melilau sekeliling.  Kemudian, dia memandang Adan lagi. 
“Kita buat apa kat sini, bang?”  soal dia.
“Kita nak beli hadiah Alai la.  Kat sini tak ramai orang.  Selesa nak memilih,” jawab Adan membawa dahi Alaina berkerut hebat.
“Hadiah apa, ya?”  tanya Alaina lagi.  Polos seperti biasa. 
Adalah.  Untuk kemudahan Alai dan kemudahan abang jugak nanti,” jawab Adan berahsia dan kakinya terus melangkah ke salah sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis gadjet canggih. 
Abang jangan cakap nak belikan Alai…”
“Ya… abang nak hadiahkan Alai handphone satu.  Senang apa-apa hal, Alai boleh terus SMS abang dan abang boleh terus call Alai.  Tak kacau telefon rumah umi dah,” cantas Adan. 
Melopong Alaina seketika.  Tidak sangka dia mampu memegang telefon canggih.  Tidak pernah terfikir dalam hidupnya.  Hendak mencari sesuap nasi pun sukar, apatah lagi hendak memiliki barangan sebegini. 
Alai tak tahu nak cakap apa dah,” sela Alaina dengan penuh rasa terharu.
Adan senyum.  “Tak payah kata apa. Cukuplah dengan ucapan Alhamdulillah… syukuri nikmat Allah bagi pada abang dan abang kongsikan dengan Alai,” ujar Adan pantas.  Matanya dikedipkan sekali dan hati Alaina kian terpaut. 
Alai pergi duduk dekat sana dulu, bagi abang pilih ya.  Penat dah tu Yana.  Dah siap nanti abang pergi situ,” suruh Adan sambil menunjuk ke arah bangku yang ada di balik tiang. 
Terdiam lagi Alaina saat ini.  Dia bukanlah tidak sudi hendak menerima hadiah pemberian Adan.  Lebih-lebih lagi lelaki itu kian mendekat di hatinya setelah arwah ayah tapi dia segan.  Sudah banyak dia terhutang budi pada Adan.  Tak mampu dia membalasnya nanti.
Alai tak boleh nak terima, bang.”  Perlahan-lahan Alaina menggeleng. 
“Kenapa pulak?  Ini untuk kemudahan kita bersama.  Ada hal kecemasan ke, apa ke,” pujuk Adan lagi mahu berkompromi.
Alai takut nanti…”
Alai…”  Adan menyeru pantas.  Menyekat suara resah Alaina. 
“…abang memberi dan hanya memberi.  Tanpa mengharapkan balasan.  Jika Alai nak balas, dengan satu perkara je.  Letak abang dalam hati Alai,” sambung Adan penuh makna.  Menyatakan sekali lagi maksud tersirat tentang perasaannya pada Alaina. 
Alaina ketap bibir.  Berdebar dadanya bila Adan bersuara penuh makna begitu.  Dia mahu membalasnya tapi sejarah lalu menyekat segala yang mahu diluahkan lantas dia benamkan saja bersama lipatan sejarah yang mahu dia jadikan sempadan. 
Alai terima, ya?” pujuk Adan lagi.  Perlahan-lahan Alaina mengangguk bila Adan terus memujuk. 
“Tapi, yang biasa-biasa je, bang.  Jangan canggih-canggih.  Alai bukan nak guna apa pun.  Tunggu panggilan abang jelah nanti,” ujar Alaina diluar sedar dia sedang berbicara mengenai kisah di dalam hatinya yang tersembunyi rapi daripada mana-mana pandangan hati lelaki.  Biarlah hanya dia dan Tuhan saja mengetahui. 
Adan kedipkan matanya sekali.  “Beli macam abang ni, boleh tengok rupa,” usik Adan sambil menunjukkan Samsung Galaxy S II miliknya. 
Cepat-cepat Alaina menggeleng dan Adan terus ketawa geli hati.  Suka sungguh dia mengusik Alaina.  Sesekali wajah tenang itu akan turut gelabah. 
‘Moga tawa itu tetap ada di wajahmu biarpun hanya sedikit tersisa satu hari nanti,’ ujar hati Adan.  Bahagia dia melihat senyuman Alaina. 
Sedang ralit Adan memilih telefon yang sesuai untuk kegunaan Alaina, ada seorang lelaki  yang juga hadir di sisinya.  Bila Adan berpaling, ternyata wajah itu dikenalinya.  

~~> bersambung

29 comments:

  1. Adakah Mikhail yg muncul itu? Adakah Mikail juga nak menghadiahkan hp kpd Alai? Amboi, bertuah sungguh Alai ni....

    Hatiku pulak yg berdebar2 bila Mikail berhajat nak meminang Alai... Plslah, jgn ler Mikail ends up wz Alai... Kesian Alai, cukuplah dia menanggung cabaran hidup yg getir di usia yg masih muda ini... Biarkanlah dia bahagia dgn Adan...

    ReplyDelete
  2. :: jengok blog hijo nih sambil ngadap TV layan Taking Lives :: saperlah jodoh Alai dihujung jari cik penulis ni yek? :: saper plak yg mintak izin nak menangis tu? ::

    ReplyDelete
  3. confirm Mikhail.....sat lagi berangin la khail lepas ni ka Alai...adussss...kecian Alai nanti

    ReplyDelete
  4. mikhail kah itu? nak adan n alai.....

    hairiah

    ReplyDelete
  5. mikhail ke? hmmm bertmbh pns ler hati 2...
    ~saza~

    ReplyDelete
  6. vote for Adan,.tlg cik writer jgn jodohkn Alai ngan Khail keke

    ReplyDelete
  7. nk khail n alai,plizz cik writer yea!..

    ReplyDelete
  8. berani jamin 100pratus ending khai ngn alai..hehe..

    ReplyDelete
  9. ★★khai ♥ alai★★

    ReplyDelete
  10. tolong ....khail dan alai la ...

    ReplyDelete
  11. Mikhail & Alai. Hopefully itu la endingnya & Adan ngan Malisa :)

    ReplyDelete
  12. saya pun suka kalau khail dgn alai...



    mis faliq

    ReplyDelete
  13. Mesti mikhail.. Adoii, mkin xsbr nk tau sape yg alai pilih

    ReplyDelete
  14. khai ngn alai pleaseeee...........

    ReplyDelete
  15. okais... khail dah muncul. hahah!

    ReplyDelete
  16. ksiannya kat khail kalo end alai-adan...smemangnya khail memerlukan alai untuk menuju ke Allah.
    undi alai-khail

    p/s:byak kesalahan:
    kian jadi kain
    ada satu ayt sptutnya mama, tapi tertulis khail:mama bimbang khail akan sakitkan alai nanti......

    >>k<<

    ReplyDelete
  17. alai n khail bru mntao...

    ReplyDelete
  18. rooting for adan n alai !
    adan is so sweet !
    semoga hati alai tertawan ngan sikap tolak ansur adan <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 x suka la mikhail 2...
      he's too much...
      sian alai nanti...
      hope alai gn adan la nanti...

      Delete
  19. ayoo, Mikhail muncul, makin panas hati la tu tengok adan ngan alai, sian khail

    ReplyDelete
  20. huh..byk betul pancaroba nak eppi nih..isk..isk..

    ReplyDelete
  21. selayaknya adan & alai.. kerana adan lebih matang dalam menyelami jiwa lampau alaina.. ini tidak bererti khail tidak layak untuk alai namum banyak perbezaan antara mereka.. walau perbezaan itu boleh diperbaiki tapi saya merasakan yang ADAN LEBIH LAYAK & TERBAIK BUAT ALAINA...

    ReplyDelete
  22. alai ngan adan jela , dorg nampak lebih sepadan. mikhail nanti kak rehan kasi yg laen jela ye. bule plak mcm tu ye. kuikui.

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  23. tak suka mikail..sokong adan pls RM taknak alai dgn khail haha -,- apa2pun mmang best

    ReplyDelete