KITAB suci itu
dibelek cermat. Wajah yang masih basah
dengan wudhuk itu diraup beberapa kali.
Di mana harus dia mulakan. Di
mana harus dia akhiri. Mikhail
buntu. Ada rasa kesal yang mengetuk pintu hati. Dia pernah kenal akan huruf-huruf pada dada
Al-Quran tapi mengapa kini dia bagaikan
lupa segalanya. Merangkak-rangkak hendak
mengeja jauh sekali hendak membacanya dengan lancar.
“Abang perlu
bantuan ke?” tanya Malisa bila dia
sedari tadi melihat abangnya termenung sendiri di dalam bilik solat ini. Risau pula Malisa.
Pantas Mikhail
berpaling dan memandang Mali s a lalu
tersenyum kelat. Hendak difikirkan malu,
usa h dikata tapi andai tidak
pada Mali s a, pada
siapa lagi mahu dia mengadu. Mikhail
mengangguk sudahnya.
“Ajar abang
sikit,” pinta Mikhail sedikit merayu.
Dikerlingnya sedikit antara Mali s a
dan Al-Quran Nur Karrim itu. Langsung
tidak berganjak dari sejadah usa i
Asar tadi.
Jiwa dan hati
kecil Mali s a berasa
mahu menangis. Melihatkan sedikit demi
sedikit peru bahan abangnya
menjadikan Mali s a berasa
kerdil dengan kuasa yang Esa.
Perlahan-lahan dia mengangguk seraya menapak mendekat pada Mikhail.
“Aba ng tak ingat langsung
ke? Bukan ke dulu abang pandai, kan ?” soal Mali s a
ingin tahu lantas dia labuhkan duduk di depan Mikhail. Menatap keindahan uk iran ayat-ayat suci Allah yang
merupakah khazanah dari syurga itu.
“Aba ng… ingat-ingat lupa,”
jawab Mikhail sedikit gagap. Sungguh dia
ingat-ingat lupa. Tidak yakin hendak
menyebut mengikut bari s
yang tertera. Bimbang tersalah pula
sebutannya lantas membawa maksud yang menyimpang.
“Lisa ada… Lisa
akan bantu abang disamping memperbetulkan sebutan Lisa juga. Kalau yang kita sendiri kurang yakin tu,
nanti kita tanya mama, ya?” pujuk Mali s a
tapi Mikhail pantas menggeleng.
“Aba ng tak nak mama tahu…”
“Aba ng…,” cantas Mali s a
meleretkan suaranya.
“… perkara baik
macam ni kenapa pulak tak nak tanya mama?
Mesti mama gembira bila abang macam ni?
Dah lama mama nantikan saat ini.
Saat abang kembali menjadi Ahmad Mikhail… anak lelaki mama dan abang
Lisa,” sogok Mali s a
lagi. Sogokan ke arah kebaikan.
Kepala Mikhail
jatuh menekur ke arah setiap uk iran
ayat yang ada. Menggumam sedikit demi
sedikit namun terhenti dan dia memandang Mali s a.
“Aba ng jahat sangat ke,
Lisa? Segala pemberian abang ni tak
layak untuk diterima ke? Taubat abang ni
tak laku ke?” soal Mikhail lirih.
Entah mengapa,
tiba-tiba saja dia teringatkan peristiwa seminggu sudah. Peristiwa di mana pemberiannya ditolak oleh Ala i na
mentah-mentah. Rasa mahu menangis
menahan malu pada Ada n
yang memandang dari kejauhan. Rasa mahu
meraung bila dia mendapat tahu perkara itu dilihat oleh sepasang mata galak
Juana. Rasa terhina sungguh.
“Kenapa abang
tiba-tiba tanya soalan tu?” Pelik Mali s a
dibuatnya. Tiba-tiba saja bertukar
arah.
Mikhail menggeleng. “Aba ng
tak tahu tapi abang nak jawapan dari Lisa.
Betul ke abang macam tu?” Kali
ini sedikit mendesak pula suara Mikhail.
“Jahat atau
tidak, Khail sepatutnya boleh nilai diri sendiri.”
Tanpa sedar,
Puan Maryam sedang mendekati mereka berdua.
Malisa melangut wajah memandang mamanya yang sedang menghampiri lalu
duduk di antara mereka berdua. Mikhail
terdiam namun dia hanya mampu menden gar
saja.
Sudah tiba masan ya, dia bahagiakan
hati wanita ini. Sayang perlu
dibuktikan. Kasih perlu dikotakan. Puan Maryam ibu. Kunci syurga buatnya jika dia menjaga solat,
puasa dan juga taat pada ibunya.
“Kalau Khail
rasa Khail jahat, berubah menjadi baik.
Laku atau tidak taubat itu, hanya Khail yang mampu berikan jawapan dan
hanyalah Tuhan yang satu itu yang akan menilai.
Jika Khail bersungguh-sungguh, Allah tahu. Jika Khail benar, Allah nampa k dan saat itu, bila Khail berikan
sesuatu dengan hati yang ikhlas,
pemberian itu akan diterima,” sambung Puan Maryam lagi.
Dia tahu,
Mikhail memaksudkan Ala i na. Dia ternampak bungkusan telefon bimbit yang
baru dibeli oleh Mikhail. Hendak
dikatakan untuk Mali s a,
beberapa bulan sudah, telefon Mali s a baru
berganti bila Mikhail membeli yang baru untuk adik perempuannya itu.
Bila
mengingatkan murungnya wajah Mikhail saat pulang ke rumah minggu sudah, Puan
Maryam sudah dapat mengagak apakah yang
terjadi. Risikan telah dihantar. Mikhail tidak tahu. Biarlah menjadi kejutan buat Mikhail tamat
satu Syawal nanti. Dia akan pinangkan
mengikut kehendak anak bujangnya itu.
Andai itu yang terbaik. Namun,
jika tanpa izin-Nya, segala yang dirancang pasti tidak menjadi. Apa saja keputusan Alaina, Puan Maryam tidak
sudah-sudah berdoa moga Mikhail menerima dengan bulat hati. Moga tidak terpesong lagi dari landasan yang
benar.
“Tapi kenapa dia
tolak pemberian Khail, mama? Khail
ikhlas berikan. Khail tak harapkan
balasan!” Mikhail sedikit membentak. Kelopak matanya sedikit basah lantas dia
tunduk melarikan pandangan. Tidak mahu
terkesan oleh adik dan mamanya.
Mengerti dengan
kekalutan di dalam jiwa Mikhail antara keinginan, pengorbanan dan cinta, Puan
Maryam mendekat dan Malisa bangkit duduk di birai katil milik abangnya
itu. Lengan Puan Maryam membelit bahu
sasa anaknya. Dicengkam sedikit bagaikan
memberi sedikit kekuatan untuk Mikhail terus berdepan dengan hakikat. Hakikat dirinya diduga oleh Tuhan melalui
Alaina. Diduga nafsu dan kesabaran
melalui Alaina.
“Khail rasa
Khail ikhlas?” soal Puan Maryam sedikit
curiga.
Mikhail tidak
menjawab. Sebaliknya dia mengangguk saja
memberikan jawapan buat mamanya. Mama
juga tidak yakin dengan aku. Tidak
nampak dan tidak dapat rasa akan keikhlasan aku! Hatinya kian lirih. Sampai hati mama.
“Kalau Khail
yakin Khail ikhlas, yakinlah juga satu hari nanti dia yang Khail maksudkan itu
akan rasa keikhlasan Khail.” Sengaja
Puan Maryam menyebut dia. Dia itu adalah
Alaina. Dia yang mampu membuatkan lelaki
ini tunduk begini.
“Khail sayangkan
dia, ma,” akui Mikhail tanpa silu lagi.
Dia mahu luahkan pada Alaina. Dia
mahu satu dunia tahu akan rasa hatinya ini tapi tanpa sempat dia menyebarkan
rasa di hati, tercantas sudah oleh si gadis.
Pelukan pada
bahu Mikhail kian erat. Berair birai
mata Puan Maryam. Dia memandang Malisa
yang sedang menahan sebak. Matanya
dikedipkan sekali lalu airmatanya laju menitis.
‘Ini anak
mama. Ini abang Malisa. Dia kembali pada kita.’ Itulah yang diucapkan pada Malisa. Tanpa suara.
Hanya mata yang berbicara.
“Mama tahu…
sayanglah dia Khail. Dia matang sebelum
tiba waktunya. Mama juga sukakan
dia. Biarpun tak pasti dari mana asal
usulnya, bila Allah hadirkan dia dekat dengan hati kita, pasti ada sesuatu yang
baik tentang dia. Jika benar dia yatim
piatu, kita dapat pahala untuk menyayanginya.
Menyayangi adiknya. Niat Khail
dah betul. Nak jaga dia dan adik
dia. Tetapkan niat, nak. Jika jodoh Khail adalah dia, Allah akan
permudahkan jalan,” pujuk Puan Maryam lagi.
Saat airmata
Mikhail mahu menitis, dia pantas mengesat birai matanya. Dalam kepalanya mengiyakan kata-kata Puan
Maryam. Tapi, Alaina ada ibu cuma dia
tidak tahu di manakah ibu pada gadis itu?
Alaina memang matang. Langsung
tidak dapat merasakan yang gadis itu baru berusia 19 tahun. Baru hendak kenal hidup. Peristiwa apakah yang membawa Alaina menjadi
sebegitu tenang dan matang? Perkara
apakah yang menjadikan wajah itu nampak tandus tanpa airmata, gersang tanpa
senyuman?
“Jika Allah
dekatkan dia dan menjadikan dia yang halal buat Khail… Khail akan jaga dia seperti
menjaga diri sendiri, ma. Jaga semua
orang yang dia sayang,” janji Mikhail separuh berbisik lalu dia tunduk mengucup
tangan mamanya.
Terlalu banyak
salah pada wanita ini. Biarpun tidak
pernah sekali pun dia meninggikan suara
tapi arahan dan kehendak mamanya kerap kali diperlekehkan dan dipandang sepi. Cukuplah hidupnya terlalu bebas di
sana-sini. Menderita dia hanya kerana
begini. Pedih hatinya bila Allah hanya
menguji dia sebegini. Belum lagi dibakar
api neraka dia sudah merasa pedih.
“Mama yakin,
sama ada Khail ada jodoh atau tidak dengan Alaina… Allah telah tetapkan yang
terbaik buat semua. Khail kena usaha dan
berdoa je. Selebihnya, Khail
tawakal. Ambil kesempatan bulan mulia ni
untuk terus bermohon. Allah tak akan
biarkan doa yang tulus itu sia-sia. Jika
Tuhan tidak tunaikan, bermakna dia sedang merencanakan yang lebih baik buat
Khail,” tekan Puan Maryam meyakinkan Mikhail yang janji Allah pasti. Tiada yang pasti melainkan sepastinya sebuah
janji.
**
HARI ni barulah
Ustazah Fatima temui kekuatan untuk
menelefon Adan. Dia tahu Adan sibuk
dengan pelajar-pelajarnya. Jika tidak,
pastilah Adan balik ke sini menjenguk orang tua dan juga Alaina serta
Adiana. Niat hendak bertanya secara
empat mata tidak kesampaian. Sabarnya
sudah tiada tersisa lagi.
“Adan
sihat?” soal Ustazah Fatima usai
menjawab salam Adan.
“Sihat,
umi. Kenapa tiba-tiba umi telefon? Terkejut Dan.
Ada yang tak kena ke? Alai tak
sihat ke? Ke yana?” Bertubi-tubi soalan Adan. Risau sungguh dia. Jarang sekali Ustazah Fatima menghubunginya
di hari-hari persekolahan begini. Sedang
elok saja dia sudah tamatkan kelasnya.
“Eh, kamu ni…
umi ada hal lain nak tanyalah. Tak ada
sesiapa sakit. Alhamdulillah semua
sihat-sihat. Aminn…” Ustazah Fatima ketawa halus. Tawa agar Adan tidak berasa gundah dan
risau. Biarpun hatinya semakin dicatuk
bimbang menghitung waktu yang berlalu ini.
“La… umi
ni. Risau Dan,” luah Adan lega. Dia ketawa juga. Geli hati mengingatkan sikapnya yang ketara bila berkaitan dengan
Alaina.
“Tapi, apa yang
umi nak tanya tu?” soal Adan lagi.
“Err… pasal
Alai. Adan dah tahu?” Ustazah Fatima masih cuba bertapis. Dia masih berkias.
“Maksud,
umi?” Dada Adan berdetak hebat. Dia melilau ke sekeliling. Tiada orang lantas dia labuhkan duduk di
sebuah bangku di tepi padang sekolah, berdekatan dengan Taman Sains.
“Apa yang umi
nak cakap pada Adan sebenarnya?” Sekali
lagi Adan menyoal bila Ustazah Fatima hanya diam.
Nafas dihela
dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan sedangkan Adan sabar menanti
patah bicaranya.
“Alai ada
terlepas cakap pada umi yang ibu dia…”
Sungguh. Suaranya terhenti
disekat sebak. Tak sanggup untuk terus
berkata-kata. Tak sampai hati
mengucapkan perkataan GILA itu sendiri.
“Ibu dia kurang
siuman?” tebak Adan sedikit resah.
Bila Ustazah
Fatima hanya diam, giliran Adan pula melepaskan lelah. Akhirnya, terluah tanpa sedar dari celah
bibir Alaina dan dia yakin sebab musababnya masih menjadi rahsia. Alaina tidak mudah mengungkap kata. Lebih-lebih lagi tentang dirinya jadi tidak
mungkin dia luahkan segalanya.
“Adan baru dapat
tahu dalam seminggu lepas, umi. Adan ke
kampung dia. Ada sorang pak cik beritahu
pada Adan dan minta Adan ke rumah saudara Alai tapi Adan tak sanggup lepas tahu
segalanya. Memang Alai bawa Yana lari
dari kampung tu, umi lepas berlaku satu peristiwa yang tragis dalam hidup dia. Adan tak tahu macam mana nak cakap pada
umi. Tak tahu nak mulakan dari mana?” beritahu Adan jujur. Tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan. Dia juga berniat hendak memberitahu pada
Ustazah Fatima tapi waktunya belum tiba hingga akhirnya, Ustazah Fatima dapat
tahu juga.
“Apa yang
sebenarnya menimpa Alai ni, Adan?” soal
Ustazah Fatima sedikit menggesa.
Adan telan
liur. Talian sepi seketika. Kedengaran hanya esakan halus Ustazah Fatima
saja menyapa peluput telinganya.
Beratnya lidah hendak berbicara tapi bila terus didesak, Adan meluahkan
kata hingga cerita itu berakhir, hanya esakan Ustazah Fatima yang mengakhiri perbualan mereka berdua hari
tu.
Tubuh Zuraida
tegak berdiri di belakang Adan sedari tadi.
Bila saja dia terdengar nama Alaina disebut-sebut dan juga kisah pedih
itu diungkit oleh Adan, dia pegun. Adan
tidak tahu siapakah dia pada Alaina dan Adiana.
Adan tidak tahu siapakah yang menghalau dan mengherdik Alaina hingga
gadis itu lari menjauh. Adan tidak tahu,
rumah siapakah yang dimaksudkan oleh Haji Hassan. Segalanya Adan tidak tahu dan entah harus
bagaimana Zuraida mahu akui segalanya.
Dia bimbang Adan menjauh. Lebih
menakutkan bila Adan menyalahkannya.
Perlahan-lahan
Zuraida meneruskan langkah menghampiri tempat duduknya. Melihatkan Adan yang sedang menekup muka ke
meja membuatkan jiwa Zuraida diruntun sayu.
Begini sekali kasihnya Adan pada Alaina.
Bertuahnya gadis itu. Itulah yang
dibisikkan hatinya. Bagaikan terlupa
kehidupan bagaimanakah yang dilalui oleh Alaina kebencian emaknya sendiri.
“Dan…” Zuraida menyeru.
Mendengarkan ada
suara menegur, Adan pantas angkat kepala dan meraup wajahnya sekali bagi
menghalau resah. Dia ukir senyum.
“Eh, awak Zu…
dah habis kelas?”
Zuraida
mengangguk. “Tapi, ada lagi satu sebelum
balik ni,” beritahu Zuraida lembut.
Adan angguk
saja. Dia kehilangan kata. Fikiran dan jiwanya lebih memusat kepada
perbualannya dengan Ustazah Fatima. Dia
tahu, semakin jatuh sayang Ustazah Fatima pada dua beradik itu sepertimana
dia. Semakin ada rasa hendak melindungi
Alaina.
“Kalau Adan
benar-benar ingin nikahi Alaina, terus-terang tentang dia pada keluarga
Adan. Umi tak nak satu hari nanti,
setelah Alaina berasa hendak bahagia, ada yang pertikaikan asal-usul gadis
itu!”
Keras saja
pesanan terakhir Ustazah Fatima padanya tadi.
Pesanan yang sedikit mengganggu-gugat tenangnya. Terbayang senyuman ayah dan emak. Terngiang-ngiang pesanan orang tuanya tempoh
hati dan berdengung pula tangisan Ustazah Fatima. Mata pula dibayangi oleh tawa tipis
Alaina. Oleh raut tenang Alaina. Apakah ujian ini, Ya Tuhan? Adan menggeleng. Terlupa akan Zuraida yang memerhatikannya
itu.
Rasanya, dia
perlu bertemu dengan saudara Alaina di Kampung Haji Daim itu untuk mendapatkan
berita yang lebih tepat. Barangkali
berita yang mampu buatkan Alaina gembira setelah lelah dihambat duka.
“Awak kenapa,
Dan?” Risau Zuraida dibuatnya. Nampak pucat wajah Adan.
“Eh…” Terpinga-pinga Adan bila Zuraida
menegur. Tapi dia cepat-cepat bertenang
bila mula teringatkan sesuatu.
“Eh.. Zu!” Tubuh Adan tegak. Matanya tunak merenung Zuraida.
“Kenapa,
Dan? Awak tak sihat ke?”
“Saya sihat tapi
kan… saya baru teringat. Awak memang
asal dekat Kampung Haji Daim tu, kan?
Boleh tak saya tanya sesuatu?”
Jantung Zuraida
kembali bekerja keras. Peluh kecil mula
merenik di dahi. Akhirnya, Adan mula
menyoal dan dia harus mencerna jawapan sebaik-baiknya.
“Err.. ya ya,”
jawab Zuraida gugup. Dia ukir senyuman
tipis.
“Kalau macam tu,
mesti awak kenal dengan bekas pelajar sekolah ni, kan? Nur Alaina nama dia. Nur Alaina binti Ahmad. Awak ada dengar cerita tak pasal keluarga budak
ni?” Bersungguh-sungguh Adan
menyoal. Dia mahu Zuraida membantunya
jika Zuraida kenal akan Alaina.
Zuraida
bingung. Hendak dijatuhkan kepala terasa
tidak mampu. Hendak menggeleng rasa
terpaku. Dia telan liur berkali-kali. Lama dia berfikir akhirnya dia mampu namun
hanya gelengan yang menjadi jawapan membuatkan Adan mengeluh kecil.
“Maaflah,
Dan. Awak kan tahu saya dah lama
tinggalkan kampung tu. Kan saya baru
balik ke Semenanjung,” ujar Zuraida sedikit ketawa.
“Tapi, kenapa
dengan budak tu? Kak Siti ada cakap pada
saya dia berhenti sedangkan dia antara pelajar yang pandai di sekolah ni.” Pandai Zuraida memancing Adan bercerita. Biarpun terkesan rasa bersalah dalam diri,
Zuraida tidak mahu mempetaruhkan kebahagiaan dia dan emaknya kerana
Alaina. Dia tidak sanggup.
“Dia ada masalah
keluarga, Zu. Dia berhenti sekolah sebab
terpaksa dan saya bersyukur bila Allah temukan saya dan dia saat dia
memerlukan,” jawab Adan tersenyum kelat.
Kelatnya
senyuman Adan, pahit lagi liur yang ditelan oleh Zuraida. Ternyata Alaina ada bersama lelaki ini
sekarang. Ternyata Alaina ada di dalam
hati Adan malah di sisinya juga. Menolak
dia semakin jauh dan menjauh.
“Dia ada dengan
awak ke sekarang? Tinggal dengan
awak?” duga Zuraida tanpa lapik
lagi. Cemburu melanda diri. Dia rasa hendak meraung.
Adan ketawa dan
menggeleng. “Eh tak adalah macam
tu. Dia tinggal dengan umi saya
sekarang. Nantilah, saya nak suruh dia
sambung sekolah balik. Dia pandai. Rugi je.
Cuma itulah, kisah hidup dia tragis sikit. Kesian sungguh saya. Tak tahu nak bantu macam mana lagi. Kalau kata awak tahu kisah dia, boleh saya
minta awak temankan saya ke rumah saudara dia dekat kampung awak tu…”
“Maaf, Dan. Saya tak kenal siapa dia. Saya tak dapat bantu awak. Err… saya nak ke bilik air kejap.” Zuraida mencantas dengan suara yang
terketar-ketar. Dia langsung bangkit
membuatkan Adan terpinga-pinga sendiri.
**
HATI MIKHAIL
berdetak tak sudah. Sungguh tidak
disangka, pelawaannya diterima tanpa apa-apa soalan. Semakin lebar senyuman Mikhail. Tidak betah duduk dibuatnya. Bersandar pada kereta tak kena, duduk di
dalam kereta lagi tak kena dan segalanya serba tak kena.
Mujur mama
meyakinkannya. Andai tidak dia sendiri
tidak berani mempelawa gadis itu keluar bersamanya malam ini itupun bila mama
hanya tersenyum bila dia mengatakan hendak ‘ponteng’ terawih untuk malam itu
saja. Mungkin Ala ina
berat hati namun, bila dinyatakan persetujuan pastilah tiada paksaan pada
fikiran Mikhail.
Tidak lama
setelah itu, dia mula ternampak kelibat Ala i na
yang sedang meniti anak tangga. Turun
mahu mendekatinya. Mikhail berdiri
tegak. Rambutnya diraup sedikit. Rambu yang sudah sedia terpacak itu dipegang
bagi menyembunyikan resah. Bagai
menghadapi cinta pandang pertama, Mikhail mula tersenyum sendiri memerhatikan
lenggok langkah Ala i na
yang sopan.
Berbaju kurung
kain kapas, bercorak bunga-bunga kecil berona merah berlatarkan warna hitam dan
dipadankan pula dengan selendang berwarna merah juga menampakkan Ala i na seorang gadis
timur yang sempurna. Matang!
“Assalamualaikum,”
sapa Ala i na
kala dia sudah berdiri tepat di depan Mikhail.
Dia uk ir
senyum sedikit. Dia tidak mahu keluar
tapi bila umi mengizinkan, dia relakan hati apatah lagi Mikhail bagaikan
mengharap amat. Pelik pula dengan
umi. Kenapa begini? Mikhail pun satu. Mujur saja dia tidak puasa. Tidaklah rugi sunat terawihnya.
“Waal aikummussalam,” jawab Mikhail sedikit gugup.
Tenangnya wajah Ala i na sukar dia
gambarkan dengan kata-kata. Memandang Ala ina
membuatkan dia hanyut sendiri lalu dia larikan matanya sesekali. Sindiran
Ala ina dulu masih kejap berbekas
di hati dan minda. Tak akan dia lupa
sinis Ala i na
kala itu mahu dia menjaga pandangan.
“Nak pergi
mana?” soal Alaina dingin. Dia takut
sebenarnya. Igauan beberapa hari sudah
menerjah minda biarpun dia berusaha melupakan.
Melihatkan wajah
Mikhail mengundang debar di dalam hati secara tiba-tiba setelah diserang mimpi
sebegitu. Apatah lagi bila wajah itu
nampak bersih saja kini biarpun rambut Mikhail sudah agak panjang mencecah
leher. Langsung tak kemas macam Abang
Adan. Cemik Alaina di dalam hati.
“Kita pergi
makan,” cadang Mikhail tapi Alaina menggeleng.
“Kan baru lepas
berbuka.” Mendatar sahaja suara gadis
itu menolak cadangan Mikhail.
“Eh, yalah. Baru lepas berbuka.” Mikhail garu kepala. Padahal kala berbuka tadi, dia hanya minum
segelas air dan sebiji kurma saja. Langsung
tiada selera hendak menelan nasi setelah pelawaannya diterima. Dia teruja.
“Tapi… Alai
puasa ke hari ni?” Sengaja Mikhail
menyoal begitu. Dia benar-benar teringin
hendak melihat wajah itu berkerut.
“Eh, mesti
pu…” Bibir Alaina terkatup rapat. Tak jadi dia hendak meneruskan kata. Berbohong pula nanti. Lalu dia cepat-cepat ubah topik perbualan dan
Mikhail ketawa kerana dia sedar, gadis di depannya kini sedang bercuti.
“Kita naik rumah
jelah. Umi dengan babah ada,” ajak
Alaina dan sedia hendak berlalu namun cepat-cepat dihalang oleh Mikhail.
“Err… kita
keluar kejap. Saya ada perkara nak tanya
Alai.”
“Cakap dalam
rumah pun boleh. Boleh duduk, ada kipas
dan boleh minum air,” usik Alaina sambil mencemik.
Mikhail
senyum. Pandai juga bergurau dia
ni. Ingatkan tak tahu erti ketawa. Biarpun Alaina mencemik, nampak gadis itu
menahan bunga tawa dari terbit pada hujung bibirnya.
“Tak
apalah. Lepas raya nanti saya datang
jumpa umi dan babah Alai, ya?”
Mereka
berpandangan seketika sebelum Alaina mengangguk. Pintu kereta dibuka dan dan Mikhail
mempersilakan Alaina masuk lalu pintu itu dirapatkan semula. Bibirnya tak lepas dari senyuman. Entah apalah angin Alaina hari ini hinggakan gadis itu sedikit ramah
dengannya. Jika tidak, tak ubah seperti
ketulan aisberg di kutub utara.
“Dah
ready?” soal Mikhail bila dia menarik
tali pinggang keledar untuk Alaina.
Terkejut bukan
kepalang gadis itu dengan perlakuan Mikhail.
Tersentak dia bila tubuh mereka agak hampir. Mikhail senyum selamba tapi Alaina masam
mencuka.
“Err… ready apa?” tanya Alaina.
“Nak
geraklah? Atau Alai dah ready untuk saya hantar rombongan pinang
Alai?” usik Mikhail membuatkan Alaina
telan liur sendiri.
Serta-merta
mimpinya hadir lagi. Bukanlah bermimpi
akan ular tapi bermimpi akan naga berapi.
Mikhail ibarat naga padanya.
Pertemuan pertama dulu tak mungkin dia lupa.
“Emm…
cepatlah. Cepat pergi cepat balik!”
tekan Alaina sedikit tegas. Geram
sungguh dia kali ini. Terkena akhirnya
dia dengan Mikhail. Mikhail senyum
saja. Puas hati juga bila mampu mengusik
Alaina. Jika tidak, hanya dia yang pedih
telinga.
“Apa yang awak
nak tanya saya, Khail?” soal Alaina bila
kereta sedang meluncur laju tanpa destinasi yang Mikhail maklumkan
padanya.
Mata Mikhail
memandang Alaina sekilas. Dia tenang
memandu pada kelajuan yang selamat.
Menyelurusi bandaraya pada malam hari ini agak menenangkan. Sudah lama dia tidak begini. Pulang dari pejabat, dia banyak habiskan masa
membaiki kelemahan diri bersama mama dan Malisa. Bila sesekali keluar dan yang tersayang ada
di sisi, dia rasakan bagai anugerah pula.
“Perihal diri
Alai. Adik Alai… ayah dan ibu Alai. Segalanya tentang Alai,” jawab Mikhail
tenang.
Saat ini,
semilir angin dari celah cermin kereta yang terbuka sedikit itu bagaikan taufan
membadai wajah Alaina. Dia terasa
bahang. Alaina tidak mahu orang tahu
akan salasilahnya. Dia tidaklah malu
tapi dia belum bersedia.
“Kenapa nak
tahu?”
“Sebab saya
ambil berat tentang Alai. Ada perkara
saya nak tahu saya tanya terus pada Alai,” tukas Mikhail.
Alaina
diam. Nafasnya kian memberat. Dipandang sisi wajah Mikhail yang tidak
lekang dari senyuman. Kenapa Tuhan
menghantar Mikhail padanya? Apakah
hikmah di sebalik semua ini, Ya Tuhan?
“Saya tak ada
ayah. Adik saya sorang tu je… yang awak
hampir langgar kami dulu tu,” jawab Alaina separuh sinis.
Mikhail ketap
bibir. Rasa bersalah hadir lagi. Silap dia kerana terlalu lantang
berbicara. Silap dia kerana terlalu
mengikut amarah. Sepatutnya dia
bimbangkan kedua-dua mereka. Bertanya
khabar tapi sebaliknya pula.
“Tentang hal tu,
saya minta maaf, Alai. Saya akui silap
saya. Buta hati dan kaburnya akal waktu
tu,” ucap Mikhail tulus. Lahir dari
lubuk hatinya yang paling dalam.
Memaksudkan sesungguh-sungguhnya kata-kata maaf itu buat Alaina.
“Saya dah lama
maaf,” jawab Alaina pula. Dia malas
hendak berdendam. Sudah letih hidup
tiada ketenangan.
“Tapi soalan
saya tadi…” Bicara Mikhail mati.
Dia mahu Alaina terus menyambung jawapan.
“Saya masih ada
ibu…”
“Mana ibu
Alai?” Cepat saja Mikhail memintas.
Jiwa Alaina mula
berperang sesama sendiri. Selepas hari
raya, dia akan ke sana bersua dengan ibu.
Dia mahu merayu agar ibu dibebaskan.
Dia akan keluar dari rumah Nur Raudhah.
Dia akan bela nasib mereka sekeluarga dengan kudrat sendiri.
Namun, bila
Mikhail menyoal, dia bagaikan mahu menangis.
Rindunya pada ibu, rindu juga pada arwah ayah. Pedihnya mendengar hinaan Mak cik Zakiah,
lirihnya kala Kak Zuraida tidak langsung membantunya.
“Rasanya… awak
kena hantar saya balik sekarang, Khail.
Lain kali kalau kata awak nak jumpa saya, bawalah sekali mama awak atau
Malisa dan lebih baik kita berada di Nur Raudhah je,” tutur Alaina kembali
dingin. Pandangannya dihala keluar
melihat ke arah malam yang agak hening.
“Tapi,
kan…” Tak jadi Mikhail bersuara bila dia
mula rasakan dia sudah mendesak gadis itu.
Padanya, pasti
ada sesuatu yang terjadi pada Alaina.
Pasti! Kerana padanya, setiap
pengalaman itu akan mematangkan dan dia yakin, Alaina lali dalam tangisan kerana
itu wajah itu tenang dan mendamaikan namun di lubuk hati, siapalah yang mampu
menduga. Hanya Alaina dan Tuhan saja
yang mengetahui.
“Kalau macam tu,
saya hantar Alai balik, ya. Nanti Alai dah ready nak cerita, call je
saya. Dah ada handphone, kan?” Mikhail
cuba berjenaka.
Alaina baru
terfikir. Dia tidak pernah menyimpan
nombor telefon Mikhail di dalam telefon bimbitnya. Tidak pernah terlintas untuk berbuat
demikian.
“Alai ada simpan
nombor telefon saya tak?”
Alaina
menggeleng saja dan Mikhail hanya mampu tersenyum menahan rasa sebu yang menggigit pangkal hati. Mereka diam.
Tiada lagi kata-kata yang terluah.
Pertemuan yang diharapkan oleh
Mikhail agar dapat dia mengorek kisah hati gadis itu tidak kesampaian namun dia
tak mungkin berputus ada. Dia tahu
Alaina daripada kampung mana. Tidak sukar
baginya. Hanya perlukan sedikit usaha
saja.
Kereta Mikhail
akhirnya berhenti di depan Nur Raudhah.
Alaina cepat-cepat membuka tali pinggang keladar dan terus saja keluar namun
Mikhail pantas menguncinya semula.
“Kenapa?” tanya Alaina.
“Terima kasih
kerana jumpa saya.”
“Sama-sama,”
balas Alaina tanpa memandang wajah Mikhail.
Dia terasa gugup pula. Bila Mikhail
membuka kunci kereta, dia terus memboloskan diri keluar dari perut kereta
Mikhail dan nafas lega dilepaskan.
“Alai…” Mikhail menyeru lemah. Dia perlu jadi muka tak malu lagi kali ini.
“Boleh saya
dapatkan nombor Alai?”
“Rasanya tak perlu kot…” Alaina menggeleng dan tersenyum.
“Okey kalau
macam tu…” Senyuman Mikhail lain
macam. Dia nampak telefon itu di tangan
Alaina. Langkahnya kian mendekat dan
tidak semena-mena, telefon bimbit itu bertukar tangan.
Mata Mikhail semakin redup memandang raut Ala ina yang nampa k
terperanjat dengan tingkahnya yang dia sendiri tidak menduga, dia sebegini
berani bertindak demikian dalam menghadapi gadis merpati seperti Ala i na. Benar
Ala ina bagaikan merpati
putih. Lembut, suci dan bersih. Langsung tidak ternoda. Tidaklah jinak namun ada di tangan tapi bila
mahu dipegang, terbang menjauh.
Jemari Mikhail
ligat menari di atas skrin telefon bimbit kepunyaan Ala i na.
Jenuh memujuk dan meminta-minta hingga akhirnya dia merampas tanpa Ala i na sedar kala gadis
itu ralit membelek telefon bimbit tersebut.
Puas hatinya.
“Okey dah…” Mikhail kembali menghulurkan telefon bimbit
itu pada Ala i na. Lambat-lambat Ala i na menyambutnya
dengan hujung jari.
“Aba ng dah savekan
nombor telefon abang untuk Ala i ,”
beritahu Mikhai. “Dah abang dah buat
panggilan rindu ke nombor abang sendiri,” sambungnya lagi sengaja mengusik
Alaina lagi dengan membiasakan dirinya sebegitu mesra.
Mikhail senyum
dan mengangguk. “Memang Ala i
tak minta. Sebab
Ala i dah ada nombor abang, kan ?
Nak tunggu Ala i
simpan dalam telefon rasanya tak kot.
Jadi, mudahnya abang simpankan untuk Ala i .
Nanti Ala i tinggal telefon abang je. Mudah, kan ?”
Senang saja
Mikhail menuturkan kata. Dengan Ala ina
dia tidak mahu bersikap seperti pertama kali gadis itu diherdiknya. Dia tidak mahu pertemuan mereka yang
biasa-biasa saja ini menjadi tegang.
Biarlah dikatakan dia tayang lawak bodoh. Setidak-tidaknya, tiada nasihat berbaur sinis
dari bibir mungil gadis itu.
“Saya tak minta
awak buat macam ni pun,” selar Ala i na
sedikit. Apa lagi masalah dia ni. Ala i na
pantas membelek telefonnya. Baru hendak
dicari nama Mikhail, lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
“Memanglah Ala i
tak minta tapi abang rela hati nak buat.
Lagipun, tak hari ni… esok lusa Ala i
kena simpan nombor abang dalam telefon Ala i
dan nama abang dalam hati Ala i ,”
gurau Mikhail mahu memancing senyum Ala ina. Tapi sayang, bila gadis ini benar-benar lokek
dengan senyuman padanya.
Hendak kembali
mencuka, Mikhail tidak sudi. Lantas, dia
paksa dirinya tersenyum saja. Gagal
pertama kalinya ini membuatkan dia semakin yakin untuk menghampiri Ala i na. Jika dulu mudah memiliki, biarlah kali ini
kekal di hati biarpun terlalu payah untuk dia takluki.
“Tapi, Ala i tak payah cari
huruf M tau… Ala i
kena cari huruf A. Atas sekali rasanya
dah dapat cari nombor telefon abang,” sambung Mikhail lagi.
Semakin berkerut
dahi Ala i na
dibuatnya. Lama-lama ,
Ala i na
tersenyum segarit. Tipis dan bersahaja
namun cukup untuk membuatkan mata redup Mikhail membulat. Jelas di matanya senyuman Ala ina
disinari cahaya lampu Kalimantan yang
terpasang di serambi rumah Nur Raudhah.
“Saya dah tak
tahu nak cakap apa. Dah lewat ni,
baliklah,” suruh Ala i na.
Mikhail
mengerling pada jam dipergelangan tangan kirinya. Baru menginjak ke jam 9.00 malam. Dia tiba tadi dalam jam 8.30 malam dan kini
sudah kembali terpacak di depan rumah.
Jenuh menghalang tapi Ala i na
terus menggesa untuk dihantar pulang membuatkan Mikhail tidak punyai
pilihan. Baru saja Ala i na hendak berpaling, Mikhail menyeru.
“Ala i jangan telefon
abang lepas jam 11.00 malam tau kalau tak ada hal penting,” ujar Mikhail
tenang. Dia sengaja kenakan Ala i na.
Kali ini,
terentang kerut di dahi Ala i na. Apa masalah dia ni? Siapa yang bagi nombor telefon pada
siapa? Dia tidak tersua-sua. Mikhail yang terhegeh-hegeh. Tapi dia pula mendapat pesanan penaja.
“Kenapa saya
pulak?”
“Sebab abang nak
tidur lena. Nak mimpikan pimpin Ala i ke syurga,” jawab
Mikhail lalu dia masuk ke peru t
kereta membuatkan Ala ina sekali lagi
pegun.
...bersambung
...bersambung
Cinta suda berputik>>>>
ReplyDeleteMakin menarik! Hopefully Mikhail akan betul2 berubah.....good luck ye!
ReplyDeleteWatak zuraida tu kn best klu x mcm selalu. Nape mesti bohong?klu ckp benar plot susah nk garap ke?sooner or later adan akan tahu juga...hmmm
ReplyDeleteAmboi... romantiknya..... Tapi tak lut pd Alai, dia kalis perasaan jiwang... Hmm.... drp jln cerita ni, mcm Mikhail akan berjodohan dgn Alai jer.... Tapi kesian kat Adan pulak... Warrrgghhh...
ReplyDeleteMungkinkah Adan akan berjodohan dgn Zuraidah pulak... Segalanya berkemungkinan....
thanks RM for the n3...best!!
ReplyDeletenk alai ngan adan..... xmau la ngan mikhail...
ReplyDeleterase cm alai anggap adan as abang pun ade gak.. as pelindung lar..
ReplyDeletewah!! bgus khail nie.. alai pun dh mula terima..
hope khail gi kg alai, n gali kisah silam alai..
khail!! fighting!!!
waaaa...best best best..alai khail..love you karehan..
ReplyDeleteSokong Khail dgn Alai. Tq 4 the n3 Kak Rehan. Nk n3 STK jugak (tamaknye...hehehe...)
ReplyDeletehehe best nyer, sweet jer.
ReplyDeletealohh , nak alai dengan adan. khail kene tahu yg kdg kdg tuhan beri apa yg kite perlu , bukan apa yg kita mahu. cewahh. heh.
ReplyDelete#Murni Tan
ReplyDeleteoh tidakkkkkk..................
Khail kena berubah kerana ALLAH s.w.t bukan kerna ALAI tau, bertaubat mesti ikhlas nie tidak , hishh....
ngapelah perempuan yang baik spt Alai mesti mengharungi liku-liku hidup spt ini hu hu hu...............
wafiah
AlaiKhail Forever <3
ReplyDeleteRasanya macam best gak kalau Khail dgn Alai, Adan dgn Malisa.... lg baik dr Zuraida...
ReplyDeleteTak sabar betul nak baca sikit2 camnih... terus publish novel ajelah Rehan....;)
ok juga klu mcm tu....ingatkn zuraida ni ok..x mcm mak dia....sama juga...nape x trs trg je bila adan tanya......x sesuai adan ngan zuraida....
Deleteeiiii ........ xxxxxx nakkkk lah alaina & khail ...boring ....
ReplyDelete* x yah remove komen nie
khail dgn alai..adan dgn malisa..
ReplyDeleteGood choice la.instead of zuraida yg hipokrit...blahhhhhhh
DeleteRM suka buat saya menangis! Anyway, best entry kali ni. Memang Khail perlu berubah kerana Allah, tapi kadang2 kita perlukan 'sesuatu' untuk mendorong dan melorong kita ke arah itu.
ReplyDeletebetul2..adakalanya Allah hadirkn sesuatu atau seseorg utk buat kita insaf atau sedar......Hidayah Allah dtg dlm byk cara...
Deletemula2 bce ngs...huhu...tp dh last senyum sorg2...
ReplyDeleterehan makthar mmg terbaik....syg sis sgt2...
khail n alai tau...:)
mcm mencabar n ssh je lalui utk adan miliki alai....apa2 pun mcm kata umi..adan kene trs trg sape alaina kt mak n ayahnya.....klu adan x de jodoh nagn alai..jgn pula dijodohkn ngn zuraida....hipokrit...nnt sian kt adan...
ReplyDeleteHaisyyy rse cam xsuke je khail nak ngorat alai,. Pe2 pon jodoh alai di tgn cik writer keke
ReplyDeleteTpi nk alai ngan adan gk keke
zuraida mmg hipokrit, adan sian dgn gundah gulananya, mikhail insaf + caring ttg alai = sweeeeeeetnya.....
ReplyDelete~saza~
ohohoho...chayok3!!!!khai jgn berputus asa...kalo dah mmg jodoh hang kuat ngan alai dan Allah mengizinkannya maka dia tetap akan jadi milik hang...sama ada lambat atau cepat sj bezanya hahahhaha
ReplyDeleteRM..timakasey utk n3yg sgt2 ditunggu2 ini...~aminah
ReplyDeletesayu sekali baca entri ni...
ReplyDeleteserius menitis air mata...
tapi part2 last buat saya bukan setakat tersenyum malah tersengih baca...
anyway kak...tahniah kerana berjaya menghidupkan pelbagai emosi pembaca untuk entri ni
watak adan dah kurang menonjol...haha. khail the best!
ReplyDeleteRehan, plot cite ni semakin menarik.
ReplyDeleteAlai diambang dilema antara Adan dan Mikhail siapa yang patut dia pilih. Jika pilih Adan, sudah tentu dia akan bahagia. Tp mampukah Parent's Adan terima kisah hidup dan Ibu Alai yang kurang siuman itu.
Tp kalau dia pilih Mikhail rasanya Puan Maryam amat berbesar hati. Dan mungkin juga nasibnya, Yana dan Ibunya lebih terbela lagi dgn kedudukan Mikhail yang kukuh.
Nampaknya Alai kena buat pilihan yang betul. Antara kebahagian diri-sendri ataupun keluarganya. Rasa-rasanyer Alai akan pilih siapa ye? hummmm...x sabar nk tggu n3 seterusnya.
hiks ....hiks...harunya baca crte ne jd ingin menangis pulak...he...he...snang juga khail uda berubah...tp ia hrslah ikhlas krn Allah bkn krn Alai...ea kadang kadang2 kejahilaan diri tu...terpanggil oleh sesuatu kebaikan hati yg ikhlas....sebab seorang tu tak slamanya jahat kecuali tertutup mata hati dari hidayah Allah swt..
ReplyDeletehahahaahaha! syokkk! go khail go! :D
ReplyDeletesuker dgn dua-dua hero ni. tp... bila kaji2 balik, rasanya alaina sesuai dgn mikhail sbb character mikhail ni sgt kuat. adan ni mcm lembut sgt. ...... hehehe...
ReplyDeleteRM boleh x nak mtak tukar muzik???muzik ni seram lah....
ReplyDeletenak alai dengan abang adan... plzzzz kak RM
ReplyDeleteNak alai ngan khail gak..baru ngam and ada chemistry. Comel pulak cara khail tackle alai.. Senyum sendiri bila baca citer ni. Teringat kisah dulu masa cik abang nak tackle kita. Same tactic.. Yang savekN pon number tu..
ReplyDeleteyup..Rehan suka buat sy menangis...
ReplyDeletetp mmg menarik jln citernya
nak jana pendapatan? Klik sini: http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=13000
ReplyDelete