BAB 18
SABAR Mikhail
sedikit tipis. Letih menanti. Dia pantang jika ada yang berjanji namun
terlambat pula. Sudahnya dia membayar
upah. Kalau buat kerja percuma tak apa
juga. Mikhail mundar mandir di lobby Menara Sime Darby. Waktu tengah hari yang sepatutnya diisi dengan kelas agama
anjuran pejabatnya kala ini terlepas begitu saja. Jika dia tahu orang upahannya itu terlambat,
lebih baik dia masuk dulu ke kelas Ustaz Aman tu.
Telefon bimbit
dikeluarkan dari poket slack
hitamnya. Tali leher dirungkai
sedikit. Rimas menahan perasaan marah
ni. Setelah letih berdiri, dia kemudiannya
Mikhail duduk di depan reception. Bertenggek di situ.
Baru sahaja dia
hendak buat panggilan, ada yang menyapa dari belakang dan kala dia berpaling,
lelaki muda itu berdiri tegak dengan wajah yang dibasahi peluh dan nafas yang
mengah.
“Hah Mat, kenapa
lambat?” herdik Mikhail tajam dan keras. Penumbuk digenggam. Jika bukan di tempat umum, ada yang tersungkur menerima
tumbukannya.
“Maaf, bos. Jammed
tadi. Ada kemalangan dekat Jalan
Mahameru. Itu yang sampai lambat
ni. Nak cari parking satu hal lagi,” adu lelaki itu sedikit kecut.
Bukan Mat tidak
kenal Mikhail. Perengus orangnya tapi
dia dapat rasakan, herdikan Mikhail sudah tidak berbisa mana. Jelingan Mikhail biarpun masih tajam tidaklah
mampu menghiris lagi. Apatah lagi
setelah menerima arahan untuk menyiasat tentang seorang wanita gila. Itu lagilah pelik bila hendak
difikirkan.
“Erm… macam
mana?” soal Mikhail kembali tenang.
Terngiang-ngiang
suara Alaina menasihatinya. Dia juga
bersungguh-sungguh berjanji dengan berubah.
Berjanji dengan Allah dan diri sendiri demi wanita-wanita yang dia
sayangi.
“Dah dapat
bos. Perempuan yang bos nak cari tu ada
dekat Tanjung Rambutan sekarang bos,” beritahu Mat pada Mikhail.
Mata Mikhail
semakin tajam. Hampir saja tubuhnya
terangkat. Silang panggungnya
terlepas. Duduknya menegak. Nafasnya sesak.
“Kau… kau biar
be…betul, Mat?” Dia masih tidak percaya
dengan kata-kata Mat. Boleh jadi Mat
tersalah orang.
“Betul
bos.” Telahan Mikhail meleset bila Mat
bersungguh-sungguh mengangguk.
“Saya dah pergi
dekat Kampung Haji Daim yang bos cakap
tu. Dari situ dengar-dengar cerita orang
kampung tentang perempuan nama Alaina tu.
Nama ibu dia Anida dan sekarang Anida tu ada di hospital bahagia,” tekan
Mat lagi. Dia tidak akan silap. Berkali-kali dia menyiasat.
Di sebuah kedai
runcit hari tu juga mahu bertanya tapi dibatalkan niatnya bila ternampak dua
orang lelaki sedang rancak berborak.
Mujur juga ada yang lain yang boleh dijadikan rujukan.
“Tapi, saya
pelik... bos nak buat apa dengan perempuan gila tu?” Tiba-tiba Mat ingin tahu. Selama dia kenal Mikhail ini jarang melihat
Mikhail sasau begini.
“Aku tak percaya
Mat. Susah aku nak percaya semua ni,”
keluh Mikhail tanpa mempedulikan soalan Mat.
“Percaya atau
tidak, itu hakikat bos. Saya dah
dapatkan nama penuh Anida dan anak-anak dia.
Kalau bos free, saya boleh
bawa bos ke Tanjung Rambutan. Bos boleh
tengok dengan mata kepala sendiri. Lagi
satu bos… errr…”
Mat
teragak-agak. Perlukah dia memberitahu
Mikhail akan peristiwa itu? Bimbang pula
jika Mikhail membuat onar di tengah-tengah lobby ni. Tapi, melihatkan keadaan Mikhail yang jelas
terentang kerutan pada wajahnya sana-sini, Mat percaya dia perlu luahkan bila
perempuan-perempuan ini bagaikan penting dalam hidup Mikhail.
“Saya harap bos
tak terkejut,” sambung Mat berharap moga Mikhail bersedia.
Mikhail
mengangguk lemah. Pada dia, tiada apa
lagi yang lebih mengejutkan daripada mendapat berita tentang keadaan ibu Alaina
yang kurang siuman. Sungguh dia tak
terjangkau oleh akal warasnya hingga begini sekali nasib gadis kesayangannya
itu. Dia tunduk menekur ke marmar yang berwarna kelabu itu. Cantik coraknya, berkilat dan dia nampak tawa
Alaina dari dalamnya. Tawa yang tidak
lama bila Alaina kembali tunduk namun tiada tangisan.
Siku ditongkat
di atas peha. Jari-jemarinya dibiarkan
bersulam sesama sendiri. Dia berusaha
mententeramkan dirinya. Memujuk sabar
hatinya moga tidak terus berlari pada Alaina.
Dia tidak mahu gadis itu berasa pelik dan berasa hak peribadi yang mahu dirahsiakan itu diceroboh.
“Err… dari apa yang saya dapat tahu, Anida tu bunuh suami
dia, Ahmad. Lepas tu kedua-dua anak
perempuan dia, Alaina dan Adiana hilang dari kampung tu lepas Anida masuk ke
hospital gila tu, bos,” beritahu Mat takut-takut.
Kali ini,
Mikhail tidak mampu lagi menahan diri.
Tubuh sasanya terangkat sendiri.
Wajah Mat direnung bagai mahu ditelan Mat hidup-hidup. Terkejutnya bukan kepalang. Ingatkan keadaan ibu Alaina itu sudah cukup
mengejutkan tapi peristiwa lain lebih menakutkan.
Tubuh sasa
Mikhail menggeletar. Dadanya berombak
kencang. Tanpa sedar, dia dirasuk
lagi. Sabarnya koyak. Kolar baju Mat dicekaknya kuat. Terangkat kaki lelaki itu memandangkan Mat
tidaklah setinggi mana. Ada mata yang
mula memandang namun Mikhail tidak hairan.
“Kau cakap ni
semua tak betul, Mat?” desak
Mikhail. Berharap agar ini omokan Mat
semata-mata. Kelopak matanya kian terasa
panas. Argh… air matanya hampir tumpah.
“Err… be…betul,
bos. Perkara ni memang betul. Saya berani potong jari, bos,” akui Mat.
Terlepas
cengkaman pada kolar baju Mat dan Mikhail terduduk lemah di atas sofa. Mata yang memandang langsung tidak membawa
dia pada akal warasnya. Hatinya
tersiat. Rasa mahu dipeluk gadis itu
sekarang juga. Ya Tuhan, Kau kuatkanlah
aku menerima dia seadanya dia dan yakinkanlah hatinya yang aku tulus untuk
berkongsi hati dengannya, doa hati Mikhail.
Tanpa sedar, airmatanya menitis setitis.
‘Alai perlukan
Khail. Alai perlukan orang yang mampu
terima baik buruk Alai. Alai perlukan
bahu untuk bersandar. Sudikah Khail pinjamkan
bahu Khail buat Alai lepaskan lelah seketika dan untuk Alai lepaskan tangis
untuk kali ini saja…’
Suara Alaina bagaikan
berbisik di peluput telinganya, Mikhail kian resah. Dia tidak hiraukan lagi Mat yang memandangnya pelik. Gugurnya airmatanya setitis tadi adalah
titisan kekesalan. Betapa Alaina terduga
tapi gadis itu tetap kuat dan sentiasa teguh berdiri dan menapak perlahan-lahan
di landasan takdir. Tapi dia, ada segalanya. Selesa dan mampu untuk beribat dan berbuat
amal namun mengapa dia begitu dulu? Dan
dia ingin tahu, bagaimanakah Alaina membesar dan bagaimanakah Alaina saat
menghadapi kejadian menakutkan itu?
Mikhail bangkit
pantas. Tidak mahu berlengah. Dia menarik dompet dari poket seluarnya dan
mengeluarkan empat keping not RM50 dan dihulurkan buat Mat.
“Eh, apa ni
bos? Kan bos dah bagi upah?” Mat menolak lembut. Pelik dengan Mikhail. Berapa kali nak bagi upah.
“Ambillah,
Mat. Aku ikhlas. Buat apa yang patut dengan duit ni. Terima kasih tolong aku.”
Mikhail terus
berlalu pergi dengan pantas menuju ke luar bangunan tanpa menghiraukan lagi Mat
yang terkebil-kebil memerhatikannya.
Pertama kali Mikhail mengucapkan terima kasih. Segalanya pertama kali membuatkan Mat
terduduk seketika. Tapi, dia tidak mahu
ambil pusing. Tugasnya selesai dan
cukuplah di situ hingga Mikhail meminta pertolongan lagi. Kali ini langsung tidak berbentuk arahan tapi
lebih pada memohon pertolongan.
Mikhail berlari
anak. Telefon di tangan ditekan mendail
nombor receptionist pejabatnya.
“I ada hal urgent nak settle. You cakap pada bos,
I tak balik office dah petang
ni. Esok pun mungkin I cuti,” beritahu
Mikhail setelah talian bersambung.
Tanpa menanti
balasan, talian dimatikan dan dia terus berlari laju menuju ke arah keretanya
dan terus saja dia menekan pedal minyak bila enjin dihidupkan. Arah tujuannya hanya satu, Alaina.
“Khail datang,
Alai… Khail datang pada Alai,” gumam Mikhail dan kelajuan kereta ditambah.
**
KERETA
dihentikan tepat di depan Nur Raudhah.
Tertanya-tanya juga dia dulu, kenapa rumah ini diberikan nama Nur
Raudhah? Tapi hari ini, dia telah
tahu. Nur Raudhah adalah sempena makan
Rasullullah s.a.w. Bersemadinya kekasih
Allah di situ. Semulia-mulia manusia dan
sesempurnanya kejadian. Nabi yang terlalu menyayangi umatnya hingga
ke akhir nafas masih bimbang akan umat yang kian jauh dari Tuhan sehari ke
sehari. Lalu, bibir Mikhail mengucapkan
selawat ke atas Rasul junjungan, keluarga dan juga para sahabat baginda.
Hari ini, wanita
kesayangannya juga ada di Nur Raudhah ini.
Nur Raudhah sepi nampaknya. Pintu
terkunci rapat. Dia hendak memberi salam
tapi dia yakin rumah itu tiada berpenghuni lalu Mikhail menekan dada telefon
bimbitnya.
Alai
dekat mana?
Mikhail menekan SEND.
Tidak lama setelah itu, Alaina membalas.
Terubat juga lelah Mikhail bila Alaina sudi memberi tindak balas biarpun
agak lambat.
Alai
keluar beli barang dgn umi.
Kenapa?”
Mikhail senyum
lagi. Sudah ada kemajuan. Alaina tidak hanya menjawab malah
mengemukakan soalan juga.
Sy
ada di Nur Raudhah. Lambat lagi ke
balik?
Pantas… ALaina
membalas.
Buat
apa kat sana? Kami baru sampai. Kalau ada hal penting, bagitahu jelah.
Mikhail menarik
nafas lama-lama. Dia mahu menanti. Dia mahu melihat wajah Alaina saat ini.
Penting
tapi Alai lagi penting. No hal, I can
wait. Tolong jaga diri.
Mikhail
menghantar pesanan terakhir itu dan terus saja masuk ke perut kereta dan
berlalu dari perkarangan rumah tersebut.
Dia perlu menunaikan Zohor memandangkan waktu Asar juga menghampiri.
Dia tiba di
sebuah stesyen minyak Petronas. Dia memarkirkan kenderaan dan terus menuju ke
surau. Sepi dan hening saja. Kemas dan tersusun. Lengan kemeja di sinsing, seluar dilipat
hingga ke atas buku lali dan dia langsung membasahkan jemarinya dengan air paip.
Bismillah
dilafazkan dengan perasan sebak.
Terhenyak sungguh dia kali ini. Lantas
membawa dia kembali pada jalan untuk mencari Tuhan. Wudhuk diratakan penuh tertib bagai membasuh
segala dosa yang pernah dipalit pada
segenap inci susuk tubuhnya.
Jasad yang hanya
pinjaman ini mahu dibersihkan. Geselan
dan elusan ghairah setiap wanita yang didampingi bagaikan melekat tak mahu
hilang. Saat air wudhuk menyentuh
wajahnya, airmata Mikhail mengalir laju.
Terlalu leka dia di dalam nasib yang terlalu beruntung sedangkan orang
lain terkial-kial hendak meneruskan hidup.
Saat air wudhuk
menyentuh dari hujung jari hingga ke atas siku, Mikhail mahu membuang segala
palit noda saat lengan itu dipaut dan memaut gadis yang haram untuknya. Bila air itu dibawa menyentuh kepalanya,
Mikhail berdoa moga Tuhan memberi sedikit nur untuk dia agar tidak kembali
sesat. Kerana di situlah nyawa akan
berakhir dan roh dikeluarkan dari jasad.
Bila dia membasuh telinga, dia berharap moga telinga itu terus mampu
mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan ilmu
yang bermakna serta mampu mendengar celoteh dan keluhan Alaina
nanti. Bila dia mencuci kakinya, dia
bermohon moga Tuhan mengemudi kaki itu ke arah kebaikan bukan lagi ke tempat
maksiat seperti mana sebelum ini dia berada.
Sejadah
dihampar. Takbir diangkat dan Mikhail
penuh kusyuk berbicara dengan Tuhan akan kekesalan diri. Syukur dibawa seorang gadis yang membawa nur
dalam hatinya yang kelam. Hingga salam
diberikan, airmata Mikhail mengalir lagi.
Dia duduk di atas sejadah berteleku meminta keampunan. Tidak kira di mana, dia tetap berbumbungkan
langit Tuhan dan berpijak di bumi Tuhan.
“Ya Tuhan… tidak
mampu aku nafikan kerana Kau lebih mengetahui.
Kerana dia hadir, aku kembali mencari-Mu. Kerana dia hadir, aku kembali kenal ayat
suci-Mu dan kerana dia hadir aku kembali sujud pada-Mu setelah sekian lama aku
leka dalam keindahan dunia yang Kau pinjamkan buat aku seketika. Engkau tahu isi hati ini. Engkau rencanakan
yang terindah buat kami. Jika Alaina
adalah keindahan yang telah Engkau catatkan untuk aku, permudahkanlah,” doa
Mikhail dalam esak tangis yang tertahan hingga akhirnya dia tersentak bila
bahunya ditepuk seseorang.
Mikhail
berpaling dan wajahnya jelas
terperanjat. Ustaz Amar?!
“Eh, ustaz buat
apa kat sini?” soal Mikhail sedikit
segan. Sisa airmata disapu pantas. Malunya masih ada bila tertangkap dia sedang
menitiskan airmata.
Ustaz Amar
senyum. Dia kenal Mikhail. Seorang jurutera yang berkaliber tapi dia
juga tahu Mikhail dulu jauh dengan Tuhan.
Hidupnya terlalu besar sana-sini.
Tidak pernah nama Mikhail naik bila dia dijemput mengadakan
kuliah-kuliah agama di pejabat lelaki itu.
“Saya singgah
nak solat Asar. Tak lama dah nak masuk
waktu. Lepas tu nak jemput anak dekat
sekolah. Alang-alang singgah isi minyak,
solat terus kat sini jelah,” jawab Ustaz Amar.
“Err… patutlah
tak nampak Encik Khail hari ni kat surau.
Ada kat sini rupanya.” Ustaz Amar
senyum. Sejak bermula Ramadan tahun ini,
wajah Mikhail juga muncul di dalam kelasnya tapi hari ini, Mikhail lesap. Ada dia bertanya pada yang lain adakah
Mikhail ke tapak projek tapi katanya tidak.
Tup-tup bersua di sini.
“Saya nak jumpa
orang kejap, ustaz,” jawab Mikhail tenang.
“Tadi, apa yang
kusyuk sangat tu? Nampak terbeban
sungguh bahu ni…” Bahu Mikhail ditepuk lembut bila dia sudah labuhkan duduk.
“…kalau sudi nak
kongsi moga-moga ringan beban, saya sudi Encik Khail,” pelawa ustaz muda itu
lagi.
Mikhail
tunduk. Memang itu niatnya hari ini tapi
berita yang diterima mengejutkan hingga membawa dia di sini.
“Saya orang
berdosa, ustaz…”
“Dan
bertaubatlah selagi Tuhan beri kesempatan,” sahut Ustaz Amar cepat-cepat. Tenang dan mendamaikan suara itu. Persis memujuk namun penuh ketegasan.
“Tuhan terima
ke, ustaz?”
“Terima atau
tidak, bukan urusan kita, Encik Khail.
Saya ni pun, entahkan Allah terima atau tidak amalan saya. Tapi, yang pasti saya dah lalukan penuh
ikhlas. Orang tak boleh nak nilai taubat
dan amal kita diterima ke tidak, Encik Khail… hanya Allah. Dan ini…”
Telapak tangan Ustaz Amar menyentuh dada Mikhai. Tepat di bahagian kiri.
“… kena
ikhlas. Niat kena betul dan insyaAllah,
Tuhan akan tunjukkan jalan. Tuhan dah
bagi tahu, bertaubatlah, merayulah, menangislah… kerana Dia suka akan
hamba-hamba-Nya yang kembali mencari-Nya untuk sebuah pengampunan. Ingatlah Encik Khail… kasih sayang Allah
mengatasi murka-Nya tapi janganlah sampai matahari terbit dari barat, saat itu
taubat dah tak berguna. Hidup kita di
muka bumi ini akan mejadi sia-sia. Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3, Encik
Khail… yang membawa maksud apakah kita ni merasakan kita dibiarkan saja
mengakui yang diri sudah beriman padahal kita tak pernah diuji dan sesungguhnya
Allah telah menguji orang-orang sebelum kita, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan juga yang berdusta. Jika kita benar, Allah akan pandu kita ke
jalan yang benar. Apa yang pernah terjadi itu, anggap sajalah
sebagai dugaan untuk menetapkan keimanan diri Encik Khail. Bersyukurlah kerana Encik Khail masih ada dalam
pandangan kasih Allah,” ujar Ustaz Amar panjang lebar.
Mikhail tunduk lagi. Kelopak matanya
memberat dan airmatanya mengalir laju.
Kekesalan membaluti diri. Mujur
dibalut sesal terlebih dahulu sebelum jasadnya dibaluti kafan. Dia memang bersyukur. Alhamdulillah, Ya Tuhanku…
“Hari ini sudah
masuk sepuluh pertengahan Ramadan. Sesungguhnya, 10 pertama Ramadan itu adalah keberkatan,
10 pertengahannya pula adalah keampunan, 10 akhir Ramadan adalah kemerdekaan
dan akhirnya adalah taqwa. Mampukah kita
meraih keberkatan? Yang pasti adalah
keampunan bagi hamba yang meminta demi kasih sayang Pencipta pada
hamba-Nya. Pilihlah untuk merdeka
daripada noda dan dosa biarpun terlalu getir untuk kita tergolong dalam
hamba-Nya yang bertaqwa, Encik Khail,” nasihat Ustaz Amar lagi.
Azan berkumandang dari telefon bimbit Ustaz Amar. Suasana sepi seketika membiarkan alunan azan
itu bergema. Setelah itu, doa azan
dibaca dan diaminkan. Ustaz Amar angkat
tubuh dan Mikhail mengikut. Sebelum
iqamat dibaca, Ustaz Amar berpaling.
“Besar sungguh pahala gadis itu dapat bila mampu merubah kita yang lalai
ini menjadi lebih tekun mencari redha Allah, kan Encik Khail?” ucap Ustaz Amar
bersama senyuman.
Dia yakin dan dia tahu. Jelas
tergambar di wajah Mikhail. Tak usah berbicara,
dia mengerti bahasa tubuh dan riak muka Mikhail.
“Err… kenapa ustaz cakap macam tu?”
Mikhail pelik.
“Saya lelaki, Encik Khail. Pernah
muda, pernah liar. Pernah sesat tapi
alhamdulillah, isteri saya sekarang ni
yang bimbang saya kembali hingga di sini saya hari ni berkongsi ilmu
yang Allah bagi,” tukas Ustaz Amar lalu iqamat dibacakan.
**
WAJAH Ustazah Fatima dipandang.
Ustaz Fadzil juga ada bersama duduk di serambi Nur Raudhah.
“Saya nak minta izin bawa Alai berbuka dengan mama, ustazah… ustaz,” pohon
Mikhail lembut.
Wajah Ustazah Fatima sedikit berkerut.
Suaminya tenang. Pada dia, selagi
Alaina mampu menjaga diri, tidak salah.
Bukannya Mikhail membawa Alaina ke tempat yang bukan-bukan. Apatah lagi, Mikhail sudah mahu menghantar peminangan
lepas raya nanti.
“Umi kena tanya Alai dulu,” jawab Ustazah Fatima. Dia sudah terbiasa membiasakan dirinya umi
dengan anak muda seperti Mikhail.
Mikhail mengangguk dan membiarkan Ustazah Fatima masuk ke dalam rumah
sedangkan dia terus bersembang dengan Ustaz Fadzil.
“Kita orang lelaki ni, memang kena jadi pelindung wanita kerana mereka kaum
yang lemah. Mereka adalah amanah Allah
buat kita. Betul tak, Khail?” Sengaja Ustaz Fadzil menyoal demikian. Dia mahu
mendengar jawapan Mikhail. Sudah
nampak lain benar budak ini sekarang.
Bisik hati Ustaz Fadzil. Wajahnya
kian jernih.
“Erm… betul tu, ustaz. Cuma
kadang-kadang saya yakin, kekuatan saya ni adalah berpunca daripada wanita
juga. Rasa tak larat nak menapak sendiri
dalam keadaan diri hina-dina ni, ustaz.
Adanya wanita seperti mama, adik saya Malisa…”
“Dan Alaina?” duga Ustaz Fadzil.
Mikhail tersentak. Mati senyumannya
tapi lambat-lambat senyuman itu kembali terukir dan dia mengangguk beberapa
kali.
“Alaina… dan juga Adiana,” sambung Mikhail.
Dia perlu akuinya. Itulah salah
satu punca dia menjadi begini.
“Alhamdulillah kalau ada rasa macam tu.
InsyaAllah kalau Allah izinkan, segalanya akan dipermudahkan,” ujar
Ustaz Fadzil menamatkan perbualan bila Alaina sedang menapak ke arah mereka.
“Mama awak nak jumpa saya ke?” soal
Alaina bila dia duduk di belakang Ustaz Fadzil.
Mikhail senyum dan menggeleng.
Senyum Khail… senyumlah demi dia.
Usah kau tambah perit hatinya.
“Saya nak jumpa Alai tapi biarlah bertemankan mama dan Malisa. Lebih sopan, kan?”
Alaina diam. Dia memandang Ustazah
Fatima dan wanita itu tersenyum saja.
Ustaz Fadzil juga. Akhirnya,
Alaina akur. Dia bimbang jika Mikhail
tidak berganjak dari Nur Raudhah tanpa dia tahu, Mikhail tidak lagi seperti
dulu. Dia bagai dilahirkan semula. Dia mahu mencorak hidupnya semula.
Setelah bersiap, Mikhail terus memandu membawa ALaina pulang ke rumah. Dia tahu mama dan Malisa rindukan
Alaina. Sesekali terdengar mereka
menyebut nama Alaina di dalam rumah itu membuatkan Mikhail yakin tindakannya
kali ini. Malam nanti, dia mahu
berterus-terang pada Alaina tentang apa yang telah dia ketahui. Dia mahu Alaina tahu yang dia mengambil
berat.
Sepanjang perjalanan sepi saja.
Alaina diam dalam keresahan. Dia
pernah berjanji untuk tidak ke rumah lelaki itu lagi tapi entah kenapa, ringan
saja kepalanya mengangguk. Begitu juga
dengan kaki yang melangkah. Mikhail
setia melayani hati. Semakin dekat Allah
bawa dia pada Alaina, semakin dia mencintai gadis itu. Cinta kerana Allah dan bukan cinta kerana
nafsu semata-mata seperti mana dia mendambakan Alaina pada awalnya dulu.
Kereta masuk ke perkarangan rumah kala itu jam sudah menginjak ke angka
7.20 malam. Beberapa minit lagi azan
akan berkumandang. Mikhail mempelawa
Alaina masuk dan hadirnya Alaina akan menjadi kejutan buat mama dan Malisa.
“Assalamualaikum, ma?” sapa Mikhail
lalu memeluk mamanya yang sedang menghidangkan makanan.
“Eh, Khail ni. Terkejut mama. Waalaikummussalam. Lambat balik hari ni?” tanya Puan Maryam. Dia baru saja siap memasak. Malisa juga pulang lambat hari ini. tambahan pula anak gadisnya sedang bercuti,
jadi Malisa nampak lebih penat.
“Khail bawa tetamu. Sebab tu lambat
sikit,” beritahu Mikhail.
Pelukan terlerai. Pantas Puan Maryam
berpaling memandang anak lelakinya itu.
“La… kenapa tak bagitahu awal-awal.
Mama tak masak lebih pun. Lauk
pun ala kadar je ni,” bebel Puan Maryam sedikit tidak puas hati.
“Tak apa, mak cik. Alai makan sikit
je. Air dengan kurma pun dah
cukup.” Alaina bersuara.
Dari tadi dia melihat kemesraan Mikhail dan Puan Maryam membawa rindu yang menggedu pada ibunya. Sabar ibu, sikit masa lagi. pujuk Alaina pada dirinya sendiri.
Puan Maryam terdiam. Matanya terkebil-kebil
memandang Alaina yang kini tegak berdiri di hadapannya. Entah apa lagi yang Mikhail lakukan sampaikan
Alaina terpacak di sini. Ditipu lagi
kah? Atau pun dipaksa? Dan paling teruk diugut?
“Ya Allah… Alai!!!” jerit Puan
Maryam tanpa mempedulikan Mikhail yang sedang ketawa kecil.
“Alai datang dengan siapa?”
“Dengan Khail,” jawab Alaina ringkas.
Puan Maryam berpaling memandang Mikhail setelah pelukan pada tubuh Alaina
dilepaskan. Matanya tajam.
“Khail paksa Alai? Ugut dia macam
tu?” tebak Puan Maryam tapi Mikhail hanya ketawa.
“Mana ada, ma. Khail ke Nur Raudhah
dan Khail pinta izin dengan Ustaz dan Ustazah dan Alai datang sini…”
“Dengan rela hati Alai, mak cik. Jangan
risau,” sambung Alaina menamatkan ayat Mikhail.
Hati Mikhail berbunga. Satu hari
nanti, Alai akan rela hati untuk terus tinggal di sini. Berkongsi segalanya dengan dia.
“Harap satu hari nanti pun, Alai dengan rela hari untuk tinggal bersama
kami, kan ma?” seloroh Mikhail namun dia
benar-benar memaksudkannya.
Alaina terbatuk. Dia jegilkan
matanya pada Mikhail. Awak ni nak
bergurau tak agak-agak! Marah hati
Alaina. Mahu saja dia luku kepala
Mikhail. Suka mengusik dia di depan Puan
Maryam. Wajah Alaina memerah.
“InsyaAllah, jika ada rezeki kita,” tambah Puan Maryam menyokong gurauan
Mikhail.
“Eh… dah nak berbuka ni. Malisa
cuti. Biarlah dia. Nanti Alai naik buat kejutan,” beritahu Puan
Maryam lalu dia menarik tangan Alaina duduk di sisinya.
Mikhail juga mengambil tempat sedikit jauh dari Alaina. Dia pandang kerusi kosong di sebelahnya. Kosong sekarang tapi akan menjadi tempat
duduk rutin Alaina nanti.
“Nanti, Alai kena duduk sini tau.”
Bibir Mikhail terjuih pada kerusi yang kosong itu.
Alaina membulatkan mata. Dia cuba
memberi amaran pada Mikhail. Jangan mulakan
lagi!
“Err…” Dia kelu.
Puan Maryam ketawa. Alaina
juga. Mikhail senyum biarpun dalam hati
menangis hiba bila mengingatkan apa yang terjadi pada Alaina.
... bersambung
Jenguk sini : RAUDHAH (MAKAM RASULULLAH S.A.W)
Wah, Khail dengan Alai.. Vote! Adan ? Adan dah baik..Biarlah dia cari orang lain pulak. Zu tu ke...
ReplyDeleteYa betul. I sokong 110%. Biarlah Alai n Mikail
DeleteAdan biarlah dengan Malisa, si adik Khail tuu,,pon boleh jugak kan?
Deletex nak lah anonymus ...biar lah adan dgn alaina
Deletetak kisahlah sapa2 janji dpt jaga alai dan yana
Deletebetul tu... sokong 200% alai & khail, then adan & lisa... adan mesti boleh terima.. kan mak bah adan nak dari keturunan baik2... peace...
Deletebest.......suka bab ni kak....
ReplyDeleteakak tbaik lah n3 nie...
ReplyDeletesdih bla tgok kail...
moga2 jodoh kail dgn alai...
waaa...ksian kat Mikhail..betapa kuatnya cinta dia kepada Alaina kerana Allah..turut terasa kesakitan yang dialami Alaina shgga mampu reflek diri sendiri.
ReplyDelete>>k<<
He..He...He...Suka2 dgn perubahan Khail....yap vote for Khail & Alai.....
ReplyDeleteSedihlah rehan.. menitik nitik air mata ni... tetiba rindu sangat utk bersolat di raudhah lg... Ya Allah, berikanlah peluang utk ku berkunjung lg ke sana... tak puas rasanya....semoga hidup kita semua diredai Allah.. ♡♥♡♥
ReplyDeletehuhuhuu...dah kompius nak sokong adan ka khail. dua2 saya suka. aci dak kalau mula2 dgn adan pastu adan mati, alai dgn khail. hahahaha...gila kejam nak matikan org.
ReplyDeleteKejamnya...
Deletetamak sebenarnya. :-)
DeleteKhail dah berubah, Alai dah boleh berbual dgn khail perkembangan yg sungguh baik.. Next entry please...
ReplyDeleteTerkesan dihati..mau didik hati utk jadi org yang lebih positif...insyaallah...
ReplyDeletesubanallah....hati nie sgt2 tersentuhhh dan terusikkk
ReplyDeletealamak.... dah keliru nak pilih pasangan yg mana satu => Alai + Adan ATAU Alai + Khail?
ReplyDeleteBila baca segment Adan, hati berat memilih Alai + Adan...
Bila baca part Mikhail, hati berubah pulak, berat memilih Alai + Khail....
Tu lah penangan IAM.... Hahaha.....
mula-mula baca cerita ni nak alai ngan adan...tapi skrg ni baiklah alai ngan khail
ReplyDeleteRM, tak tau nk ckp apa lagi, betul2 terharu dgn ep ni,sungguh meninggalkan kesan dalammm jiwaaa..boleh request? HOpe RM bley novelkan, kak mmg nk beli walaupun tak tau ending mcm mana lg kisahnya....terima kaseh! ~ Aminah
ReplyDeleteWah wah alai hampir menyerah nmpka hihihi. Mujur khail bole terima situasi alai, xde la mslh nnti. Adan sila pilih malisa ye kih kih
ReplyDeleteRM...best. Menyentuh hati dan kalbu. Juga mengingatkan diri tentang iman & takwa kita sendiri. Apapun, nak Alai dengan Khail jugak. Macam have a feeling that parents Adan tak kan restui niat Adan je....hmmmm, RM..betul ke?
ReplyDeletewa... tak tau mana satu pasangan alai... adan atau mikail.. dua2 beria2 nak buat alai sebagai isteri.. dua2nya da keistimewaan yang tertentu... ish susah nak pilih ni...
ReplyDeletenak lagi..
suke part "senyum khail.. senyumlah demi dia.. usah kau tambah perit hatinya" sayu jer rase.. khail betul2 dh berubah... andai kata alai sedar yg khail dh tahu pasal ibu.. ape reaksi alai ea.
ReplyDeleteaaaaa xtau nk pilih sape,.stress2
ReplyDeletesokong dua2 la sng ek keke,. pe2 pon tahniah to cik writer sbb garapan ayat y sgt mnyentuh smua organ dlman sy keke
owh3 my khail dah berubah sikit demi sikit ke arah yang lebih baik....Alai bertabah la yeh....
ReplyDeleteKalu sy jadi Alai, tak tahu nak pilih yang mana.
ReplyDeleteDikanan ada Adan yang menanti dan Dikiri pula ada Mikhail pula yang menunggu. Silap-silap tak dipilih kedua-duanya pun. Lebih rela hidup bersama Ibu dan adik.
Alai, Alai semoga hatimu bijak memilih yang mana satu untuk dijadikan Imammu kelak.
Syukur lah Khail dah berubah. Terase pulak bac IAM ni. Hohoho
ReplyDeleteALLAH SWT sentiasa terima hamba yg iklas akan taubat nye.untung nye khail sempat ALLAH buka kn pintu hati utk menyembah dn bertaubat kepada nye biar pun perantara nya alaina...betapa besar nye kuasa cinta andai tk berlandas kan nafsu,pasti ALLAH redha n hidayah yg khail rase nikmat nye.betapa indah nye anugerah ALLAH SWT.andai alaina bukan jodoh khail!!!akan berubah ke khail???rase cam tk rela,andai khail kembali cam dulu g dek...........
ReplyDeletehmmm...x fhm lah ...cerita semua klise...yg baik mesti dpt yg x baik (then jd baik)...x best lah kalau alai dgn khail (dh biase sgt watak mcm nie)
ReplyDeleteTak pernah bercita2 dibukukan?
ReplyDeletekhail khail khail ....kalau alai tak jatuh cinta dgn khail lagi tak tau la nak buat macam mana lagi
ReplyDeletebestnye..... teruskan usha khail..... hope adan jumpa yg lebih baik.... lisa pn ok jgk ngan adan kn...
ReplyDeletebest nyee..mengalir air mata bace...sedihhh....khail ikhlas terima alai seada nyee..hope khail ngan alai...adan biar laa ngan yg lbh baikk...huhuhu
ReplyDeleteemmm...pepagi dh ujan kt blog ijau nih...huwaaa...terbaek rm..sob..sob...
ReplyDeletebest..best...best bercampur2 perasaan kali nie... sedih...suke...teruja.... mintak2 khail ngan alai bersatu...aminnnn
ReplyDeleteDulu takut juga Kak Sue nak baca cerita ni .... sebab tajuk dan bab pertama sahaja dah buat kak sue sedih dan air mata mesti melilih.... tu yang kadang-kadang ja baca.... lama-lama ok..... akan Follow seterusnya...
ReplyDeletesgt best... nak lg...
ReplyDeletentahlah frust jgak klu Alai ngan Khail, hu hu hu
ReplyDeletewafiah
huhu....dh pening nak pilih sape
ReplyDeletenk Alai ngan Adan tp nk jgk Alai ngan Khail..huhu
ReplyDeleteSuper duper like dgn "ikatan" mikhail-alaina....
ReplyDeletekekurangan yg ada pada khail akn dilengkapkan olh alaina and vice versa....barula ada kesempurnaan..saling melengkapi....hehehhe...
thumbs up to RH....
serius nangis bace n3 nie..
ReplyDeletesedih sgt..
suke part Khail ambil wudhuk..
congratz RM..
sgt menyentuh hati & perasaan..