BAB 20
SUDAH
dua minggu Alaina mendiamkan diri daripada panggilan Mikhail. Langsung tidak dijawabnya. Dia tekadkan hati. Dia mahu lari sejauhnya daripada
Mikhail. Ke mana saja. Janji tiada lelaki itu. Adan juga sudah dua minggu menyepikan
diri. Terlalu sibuk dengan aktiviti di
sekolah memandangkan pelajar-pelajar akan menduduki ujian PMR selepas hari raya
nanti. Itupun Adan hanya menghubunginya
melalui pesanan ringkas saja.
Alaina
sendiri tidak mahu mengganggu Adan.
Setiap pesanan yang diterima, dia balas dengan baik. Hanya pesanan Mikhail dipandang sepi namun
hendak dibuang daripada memori terasa berat pula jarinya.
‘Macam
mana Khail boleh tahu? Adakah Abang Adan
juga tahu dan sebab itulah dia sengaja mengelak dengan alasan sibuk?’ Hati Alaina kian curiga. Setabah mana pun dia, buruk itu tetap
ada. Prejudisnya dia bagaikan tiada
bertepi.
‘Ya
Tuhan… aku tak tahu sejauh mana penerimaan Khail dan sejauh mana dia tahu akan
cerita ini dan jika ya Abang Adan juga tahu, masihkah ada kasih untuk
kami?’
Alaina
meraup wajahnya berkali-kali. Airmata
yang mahu menitis, ditahan sekuat hati.
Dihalang keras agar tidak menodai pipinya.
Tet…
tet…
Dia
tersentak. Matanya memandang telefon
yang ada di atas meja. Lalu dia bangkti
dan menggapai telefon tersebut. Terus
saja ditekan mahu melihat pesanan daripada siapa. Khail!
Seru hati Alaina.
Kenapa buat saya mcm ni?
I care about u. I do!
Alaina
diam. Jemarinya terasa lemah hendak
membalas lalu dia biarkan saja. Baru
hendak diletakkan kembali telefon itu di atas meja, pesanan kedua pula masuk.
Sy tau Alai xkan balas sms sy, jd sy mohon… tolong jwb
panggilan sy. Untuk kali
je, Alai … tolong…
Tak
sempat dia berbuat apa-apa, panggilan daripada Mikhail masuk. Mungkin benar untuk kali ini jadi biarlah dia
beri sedikit ruang untuk Mikhail berbicara.
Dia juga mahu tahu dari mana dan sejauh mana Mikhail tahu
mengenainya.
“Ya,
saya…,” jawab Alaina bila Mikhail menjawab salam.
“Ya,
saya tahu Alai . Saya cam suara Alai . Jangankan suara, malah bayang Alai pun saya akan cam,” balas Mikhail tenang.
Sungguh
dia tidak menjangka. Begini
akhirnya. Niatnya ikhlas sekadar mahu
membantu pada yang memerlukan dan dia tahu Alaina perlukannya. Dia yakin.
Dari pandangan dan lirikan mata Alaina, gadis itu mendambakan kasih cuma
dia tidak pasti, kasih milik dia atau milik Adan.
“Apa
awak nak cakap? Saya dengar ni?” Tidak betah rasanya membiarkan talian
sepi. Apa yang Mikhail mahu katakan
sekarang, dia sudi mendengarnya.
“Maaf,
Alai… saya siasat tentang Alai tanpa
kebenaran. Tiada niat lain. Saya hanya mahu tahu di mana ibu Alai . Sungguh saya
bersimpati dan saya hendak menolong,” ujar Mikhail separuh merayu.
Kerja
pejabat satu apa pun tidak disentuhnya lagi.
Fail menimbun. Tapak projek
langsung tidak dijenguk. Dua minggu dia cuba menghubungi
Alaina tapi gadis itu mendiamkan diri.
Sengaja mengelak daripada dia.
Pertemuan dua minggu sudah benar-benar manis. Indah sungguh. Tapi, bertukar tragedi pula.
Pada
mama dan Malisa telah diceritakan segalanya.
Mama terkejut, Malisa melopong tapi mama juga mahu menerima Alaina. Sakit atau tidak, keturunan atau tidak
semuanya telah ditakdirkan dan Allah tidak menjadikan semua itu sia-sia. Itulah pesan mama padanya.
Mikhail
redha. Dia pasrah. Dia bersyukur bila mama menerima bersama
tangisan. Tangisan kesyukuran. Tangisan simpati dan tangisan sayang. Tiada yang menghalang, hanya hati gadis itu
yang degil.
“Apa
lagi yang Khail tahu tentang Alai ?” Alaina cuba berdiplomasi.
Dia
tidak mahu melatah lagi. Cukuplah sekali
dia menyentuh Mikhail tanpa dia sedar.
Cukuplah sekali nafas mereka saling menyapa. Dia malu dalam kesedihan.
“Segalanya. Di mana bermula dan mengapa Alai
di sini hari ini. Macam mana saya hampir
terlanggar Alai dulu dan semuanya. Saya tahu apa yang kini menyebabkan Alai sebegini dingin.
Sebegini teguh dan tabah. Saya
tahu semuanya, Alai dan saya…”
“Kenapa?” Alaina mencantas. Dia dapat rasakan Mikhail mula memandang hina
padanya.
“Rasa
jijik dengan orang seperti Alai ? Sebab ibu bunuh ayah dan ibu kini dekat
hospital gila?” Betapa dia cuba bertahan,
suaranya meninggi juga.
Mikhail
meraup wajah. Telefon bimbitnya
digenggam kemas. Hatinya tersiat dengan
tuduhan Alaina. Rambutnya dicekam kuat. Sakit kulit kepala sakit lagi hatinya kini.
“Astaghfirullah,
Alaina… Kenapa Alai nak tuduh saya macam tu?
Saya, mama dan Malisa semua terima kekurangan Alaina. Benar keluarga Alai macam tu tapi tak ada
beri kesan apa-apa pada saya,” bantah Mikhail cuba menyakinkan Alaina yang jelas
paranoid dengan apa yang telah dia ketahui.
“Tidak
sekali pun saya fikir macam tu. Saya
siasat sebab saya nak bantu. Susah
sangat ke Alai nak faham?!” Mikhail juga.
Membentak akhirnya. Sudahlah dia
tidaklah sesabar mana. Ini dicabar oleh
Alaina pula. Rasa mahu saja dia ke Nur
Raudhah dan mengheret gadis itu keluar.
“Alai
bakal merosakkan keturunan orang kalau Alai
berkahwin, Khai,” ujar Alaina dengan suara yang bergetar. Dia teringatkan lamaran tak rasmi Adan. Teringat juga akan luahan hati Mikhail.
“Alai siapa nak tentukan rosak atau tidak keturunan
tu? Allah tak kejam Alai . Dia hanya beri yang terbaik untuk kita. Hari esok kita tak tahu lagi apa akan jadi, Alai . Tak ada
masalah dengan sakit ibu Alai tu pada
saya. Pada keluarga saya!” tekan Mikhail.
Dia
bingkas bangun dan menapak pada cermin tingkap.
Menyaksikan panorama bandaraya yang sentiasa sibuk. Dia mahu meraung tapi ditahan. Mujur pintu biliknya sudah awal-awal
dikunci. Dia tidak mahu mengamuk
pada yang tidak bersalah hanya kerana
orang lain.
“Tapi,
masalah pada Alai ,” balas Alaina kembali
tenang.
“Masalah
sebab di hati Alai ada Adan, kan ?” tebak Mikhail.
Suaranya
tidaklah jelas. Dia sedang menahan
pedih. Matanya dipejam rapat. Rasanya kali ini, biarlah dia pekak. Tidak sudi dia hendak mendengar jawapan
Alaina tapi dia perlu. Dia harus
mendengar jawapan gadis itu demi kebahagiaan semua.
Alaina
terdiam. Mikhail tidak tahu. Dia sukakan Adan. Memang dia sukakan Adan. Terlalu banyak sebab untuk dia sukakan
Adan. Tapi, dia juga tidak mampu. Pada Mikhail pula, Alaina rasa sesuatu yang
aneh. Dia tidak tahu. Bukan suka jauh sekali cinta. Tapi, rasa itu semakin pelik dari hari ke
hari. Rasa ingin menjauh dan dijauhi
saja. Alaina yakin itu.
“Saya
tak mampu nak suka sesiapa,” jawab Alaina tenang.
Nafasnya
dihela panjang. Jawapan sudah
ditemui. Biarlah Mikhail begitu dan dia
begini. Entah bagaimana pula dengan
Adan, Alaina kian sangsi.
Mikhail
kecewa. Jawapan selamat Alaina membuatkan
dia juga yakin, Alaina juga tak akan memilih dia. Alaina terlalu merendah diri.
“Sayang…
saya tak mampu paksa Alai . Jika dulu, sekali petik berduyun wanita nak kan saya. Sampai ada yang offer tubuh diorang. Berpuluh hati saya lukakan, berpuluh hati
saya permainkan. Pada saya, hati wanita
selain mama dan Malisa adalah barang dagangan.
Mungkin kerana itulah Allah turunkan kifarah pada saya hari ini bila
wanita yang yang kejar, yang saya cinta, yang saya mahu
jadikan isteri dan ibu pada anak-anak saya langsung tidak memandang saya. Saya terima, Alai . Saya terima tapi tidak beerti saya tewas,”
beritahu Mikhail panjang lebar.
Sebelum
talian dimatikan, Alaina tersapa akan esakan halus Mikhail. Mikhail menangis! Alaina berbicara dengan hatinya. Benarkah yang aku dengar? Lelaki yang pernah mengherdik aku dulu
menangis kerana nasib diri ini?
Dia
merenung lagi skrin telefon. Tidak lama
kemudian, satu pesanan ringkas masuk ke dalam memori telefonnya.
Tolong sy sesuatu… sila jaga diri. Jgn terlalu prejudis dgn hidup. Sy akan
sentiasa ada jika Alai
perlukan bantuan.
Pesanan
Mikhail ini dipandang dan dibaca berkali-kali.
Mikhail selalu begitu. Berterima
kasih jika dia selamat. Merayu-rayu
padanya agar dia pandai menjaga diri.
Alaina terduduk. Bukanlah dia
tidak hargai perhatian Mikhail tapi cukuplah Adan padanya. Itupun rasanya tidaklah mampu dia bertahan
lama.
Mikhail
menitiskan airmata lagi. telefonnya
dicampak ke dinding. Hancur
berkecai. Biarpun mama telah memberitahu
akan meminang Alaina raya kedua nanti, kata-kata dan bantahan Alaina
benar-benar menyakitkan.
‘Jika
ini dugaan-Mu, balasan-Mu… kuatkanlah hati aku.
Jika benar cinta ini untuk dia, Kau teguhkan semangatku hanya kerana
dia…’ Syahdu… terlalu syahdu kata hati Mikhail
berbisik memanjatkan doa.
NEKAD. Itulah
yang ada dalam hati Adan. Dia
memang nekad. Kerana itulah dia
mengambil cuti tambahan pula esok merupakan hari cuti. Ada
perkara yang mahu dia bincangkan dengan ibu dan abahnya. Penolakan atau penerimaan, Adan yakin ibu dan
ayahnya akan menjaga kebahagiaanya.
“Tiba-tiba
cuti. Tak pernah-pernah Adan cuti.” Puan Rohani bersuara lalu dia duduk di
sebelah suaminya, Razak.
“Hrm…
Adan ada hal nak bincang dengan ibu dan abah sikit.” Bibir Adan mengukir senyum.
Usai
berjemaah Asar tadi mereka sekeluarga duduk di ruang tamu. Sekadar bersembang kosong sebelum Puan Rohani
masuk ke dapur menyediakan hidangan berbuka.
“Wah…
ibu dah dapat kesan dah ni. Kita nak
dapat menantu ni, abahnya,” usik Puan Rohani lagi.
Encik
Razak hanya ketawa. Buku tafsir di
tangannya dibelek lagi. Cermin mata
dibetulkan sedikit sebelum matanya terhala pada anak bujang tunggalnya itu. Betapa mereka berusaha, hanya Adan seoranglah
permata hati. Rezeki bukan untuk
mereka. Pada Adanlah mereka berharap
untuk hari tua nanti. Tidaklah
diharapkan wang ringgit, namun hanya perhatian semata-mata.
“Betul
ke ibu cakap tu, Dan?” Encik Razak
mahukan kesahihan daripada empunya diri.
Adan
tunduk dan ketawa halus. Pelik. Bulan-bulan puasa bincang hal
peminangan. Tapi, apa salahnya. Perkara baik elok dipercepatkan.
“Betul,
bah… ibu. Ni yang Adan nak bincang ni,”
ujar Adan mengiyakan.
Semakin
lebar senyuman pada bibir Puan Rohani dan Encik Razak. Melihatkan pada Adan, dia yakin Adan sedang
berbahagia. Tiada apa yang lebih penting
daripada melihat anak sendiri mendapatkan isteri yang baik.
“Dengan
Alaina tu ke?” soal Puan Rohani bagai
tidak sabar. Cerita tentang Alaina
banyak didengar daripada bibir Ustazah Fatima.
Segalanya baik. Tak sabar hendak
bersua rasanya.
Adan
angguk. “InsyaAllah kalau ibu dan abah
izinkan,” ucap Adan rendah diri.
Pada
dia, restu ibu dan abah adalah segalanya.
Dia mahu hidup dengan Alaina secara aman dan direstui. Restu orang tua adalah yang utama. Doa ibu doa yang mujarab.
“Erm…
kalau macam tu, kami tak ada masalah pun.
Bila nak pergi meminang? Dah
kenal betul siapa keluarga dia?”
Soalan
Encik Razak membuatkan Adan resah. Dia
kenal segalanya tentang keluarga Alaina kini.
Perkara inilah yang dia mahu bincangkan dengan kedua-dua ibu dan
abahnya. Perkara ini juga yang menjadi
kerisauan Ustazah Fatima dan Ustaz Fadil.
“Ingatnya
lepas raya ni, bah. Dalam raya kedua
tapi rasanya, ada perkara yang abah dan ibu perlu tahu sebelum tu.” Adan buat muka tenang sedangkan dalam dada
bagai hendak patah tulang temulang.
Kitab
tafsir tadi diletakkan di atas meja kopi.
Wajah isteri dijeling seketika dan mereka sama-sama memandang Adan
semua. Nampak serius dan penting saja. Risau pula Encik Razak dan Puan Rohani.
“Apanya,
Dan?” Si ibu menyoal tidak sedap
hati. Sisi tudungnya dibetulkan sedikit
bila terasa ada anak rambut yang melambai.
“Err…
pasal Alaina ni. Dia dulu bekas pelajar
sekolah Adan. Umur baru 19 tahun tapi
ibu dan abah mesti percaya, dia dah boleh jadi seorang isteri,” beritahu Adan
memulakan cerita.
Puan
Rohani ketawa. “Alah… baru apa. Dah boleh kahwin tu. Ibu dulu umur 19 tahun dah beranakkan kamu,
Dan. Itu ke yang Dan nak bincangkan?”
Adan
pantas menggeleng. “Err… pasal keluarga
dia, bu tapi rasanya tak memberi kesan pada sesiapa pun.”
Wajah
Encik Razak dan Puan Rohani bertukar cuak.
Dari cara Adan dan ayat yang dituturkan, mereka yakin sesuatu pernah
terjadi pada Alaina. Jika dia lari dari
ayah yang jahat, mereka bertanggungjawab hendak menjaganya. Tiada masalah. Jangan dikatakan seorang bekas pelacur atau
penagih dadah sudah.
“Kenapa
dengan keluarga dia?” Masing-masing
tenang menanti soalan Encik Razak terjawab.
Adan
bangkit dan berjalan ke arah pintu luncur yang sedia terbuka lebar. Dia menyilang tangan ke dada dan bersandar
pada dinding.
“Ibu
dia ada di hospital bahagia, abah.”
Bagaikan
petir di hari yang terang dalam diri
pasangan suami isteri itu, mereka berpandangan sesama sendiri.
“Sungguh
ke, Dan?” Puan Rohani bagai tidak
percaya.
“Sungguh,
bu.” Jawab Adan seraya berpaling. Wajahnya sedikit mendung.
“Ya
Tuhan…” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Puan Rohani lagi.
Masing-masing
kini diam. Lama-lama Encik Razak
bersuara juga.
“Tak
apalah. Apa nak buat dah nasib dia. Ayah dia kat mana?”
“Ayah
dia dah meninggal, bah.” Mudah saja jawapan Adan.
Dia
mahu keluarganya tahu akan sebab musabab tapi biarlah. Maruah dan airmuka orang yang sudah pergi dan
juga keluarganya yang masih hidup perlu juga dijaga.
“Tak
apalah kalau macam tu… dah jodoh kamu.
Kita percepatkan jelah. Senang
dia tinggal dengan kamu, jaga makan pakai kamu,” sambung Puan Rohani pula.
Hati
dia tidaklah lega. Bagai ada sesuatu
yang masih belum diberitahu oleh Adan padanya.
Dia tahu kerana dia ibu. Adan
tidak pernah berbohong. Biarpun
berselindung, mata Adan berbicara kebenaran.
Namun, hendak bertanya, dia mahu kala Adan sendiri.
“Erm…
ibu masuk dapur dululah. Nak
masak.” Puan Rohani angkat tubuh dan
berlalu dengan seribu satu pertanyaan.
“Duduk,
Dan,” suruh Encik Razak.
Adan
hanya menurut. Dia diam lagi melihat
pada ibunya yang sedang menapak ke dapur.
Bila hilang kelibat itu di balik dinding, barulah Adan memandang abahnya
pula.
“Dan
satu-satunya anak kami. Soal jodoh ni
memang urusan Allah tapi kami berharap yang terbaik buat Adan. Bahagia Adan, bahagialah kami. Kalau boleh, tak ada ibu bapa yang nak
anaknya menderita atau bersedih. Jadi,
kalau Adan rasa Alaina adalah pilihan yang tepat dan tak mendatangkan mudarat,
kami restui,” beritahu Encik Razak.
Dia
nampak Adan gelisah. Tapi, dia tidak
mahu cepat menelah. Adan angguk.
“Ya,
bah. insyaAllah.” Ringkas saja jawapan Adan. Dia tak tahu hendak mulakan dari mana kisah
ibu dan ayah Alaina. Pada dia, yang
sudah itu sudah. Yang terjadi telah
terjadi. Yang di depan hari inilah yang
perlu dicorakkan sebaik mungkin.
Teringat
pula pada pertemuan dia dan Zuraida.
Menangis-nangis Zuraida meminta maaf padanya. Kesal sungguh. Dia faham.
Zakiah adalah ibu pada Zuraida dan seperti juga dia, tidak rela jika ibu
dan ayahnya diumpat orang. Jika mampu,
apa yang buruk tentang ibu ayah, biarlah menjadi urusan mereka dengan
Tuhan. Kita sebagai seorang anak, hanya
mampu menegur dengan baik dan selebihnya berdoa saja.
Mata
Zuraida juga bulat bila dia katakan yang Alaina ada di bawah jagaannya. Mata bulat itu merah menahan tangis bila dia
nyatakan niatnya hendak menyunting Alaina.
Dia tahu Zuraida kecewa tapi biarlah kecewa sekarang daripada terus
berharap padanya.
“Adan
ada apa-apa nak beritahu abah ke?”
Adan
tersentak. Matanya terkebil-kebil. Hilang wajah Zuraida kini berganti dengan
wajah abahnya pula.
“Banyak
hal yang dah berlalu, bah. Pada Adan,
yang terjadi tu apa nak buat. Dah
ditakdirkan. Yang penting hari esok
bagaimana kita mahu mencorakkannya,” jawab Adan penuh kiasan. Bibirnya mengukir senyum.
Encik
Razak bangkit dan menepuk bahu anak lelakinya itu. Dia tahu Adan resah dan dia berharap, apa
yang dibimbangkan itu tidaklah terlalu hebat kesannya pada mereka sekeluarga
nanti.
“Abah
nak naik atas kejap. Nak mandi. Nak keluar pergi bazar? Nak ikut?”
ajak Encik Razak.
Adan
mengangguk memberikan jawapan dan Encik Razak terus berlalu naik ke atas.
SAKIT
kepala Zakiah melihatkan anak perempuannya itu termenung. Balik dari sekolah tadi, begitulah. Sudahlah beberapa hari ini Zakiah bagaikan
bercakap dengan tunggul. Rasa mahu
diketuk kepala Zuraida dengan senduk
yang sedang dipegangnya kini.
“Ida!” panggil Zakiah tapi Zuraida hanya membatu.
Tangan
membelek buku tapi Zakiah tahu, fikiran entak di mana. Apa kena dengan Ida ni? Bebel hati Zakiah.
“Ida!” Sekali lagi panggilannya tidak bersahut.
“Zuraida!!!” Kali ini, bergema seluruh rumah. Barulah Zuraida berpaling. Buku di tangannya jatuh dan dia memandang
tajam emaknya.
“Kenapa,
mak? Terkejut Ida,” keluh Zuraida
bernada tidak puas hati.
“Panggilah
pelan-pelan,” sambung Zuraida lagi.
Hampir terlompat dia bila dipanggil begitu. Kuat sungguh.
Zakiah
menapak pantas ke arah anaknya. Bibirnya
dikacip geram. Budak nak kena luku. Berkali orang panggil tak menyahut. Ini dikata kita pulak. Zakiah memang tidak puas hati.
“Eh,
Ida… mak dah panggil kamu berkali-kali dah.
Yang kamu termenung sana-sini kenapa?”
Rasa mahu ditunjal saja tubuh budak ni.
Zuraida
yang tersedar kesilapan diri hanya diam menunduk. Dia sedar, dia leka beberapa hari ini. Fikirannya melayang. Beberapa hari lagi hari raya dan minggu ini
juga sekolah telah bercuti. Adan
pastilah nekad mengingat Alaina menjadi suri di hati. Rasa bersalah dia pada Adan menggunung tinggi. Biarpun ditarah, tak mudah untuk rata.
“Kamu
ni angau sungguhlah, Ida. Ingatkan
apa? Adan?” tebak Zakiah.
Dari
cara anaknya, dia tahu Zuraida sukakan Adan.
Tapi dah tahap teruk angau Zuraida ni.
Tapi, kalau benar Zuraida angaukan Ada n,
dia berbesar hati hendak menyatukan mereka.
Zakiah
labuhkan duduk di depan Zuraida. Matanya
tunak merenung anak gadisnya yang satu itu.
Satu-satunya anak yang dia ada setelah arwah suaminya meninggal dunia
kala Zuraida masih lagi seorang kan ak-kanak. Mengingatkan hal yang lalu, hatinya masih
sakit. Ada lelaki yang berjanji dengan menjaga dia
namun sayang bila janji itu tidak ditepati lantas dia dinikahkan.
Setelah
kematian suaminya, dia masih berharap lelaki yang berjanji itu kembali
padanya. Menjaga dia dan Zuraida tapi
sayang, lelaki itu kembali dengan membawa seorang isteri. Hatinya walang dan hari ini, dia tidak mahu
anaknya melalui perkara yang sama. Jika
benar Zuraida sukakan Ada n
dan juga sebaliknya, Zakiah mahu Zuraida bahagia.
“Mak
ni… ke situ pulak? Tak ada apalah,
mak. Kami kawan je,” jawab Zuraida
sedikit berselindung.
Si
emak ketawa halus. Bukannya dia tidak
pernah muda. Setiap pandangan Zuraida
bagaikan renungan resah oran g
bercinta. Resah merindu.
“Tak
payah nak nafikan, Ida. Mak pernah
muda. Mak tahu kamu tu sukakan Ada n. Kalau kata Ada n tak ada sesiapa lagi, suruhlah dia masuk
pinang kamu. Mak restui.” Kemain seronok Zakiah berkata-kata tanpa dia
tahu, hakikat yang bakal dikatakan oleh Zuraida nanti pasti menggores luka
lama.
“Sungguhlah,
mak. Kami kawan je. Dari dulu pun Ada n tu tak pernah anggap Ida lebih. Kami kawan je,” tekan Zuraida lagi.
Kening
Zakiah berkerut. “Dari dulu? Maksud kamu?”
“Err…” Zuraida telan liur.
Dia
terlepas kata tapi tiada apa yang mahu disorokkan lagi. Hanya satu perkara yang perlu kekal menjadi
rahsia iaitu, di hati Ada n ada Ala i na.
Jika tidak, semakin bengkak hati emaknya nanti.
“Sebenarnya,
kami pernah kenal dekat universiti dulu tapi tak adalah rapat. Sekarang pun tak rapat mana. Biasa-biasa je, mak.”
Entah
kali ke berapa sudah Zuraida mengatakan dia dan Ada n langsung tidak terbias oleh hubungan
istimewa. Sungguh, terlalu biasa. Apatah
lagi selepas dia membohongi Ada n
pastilah hubungan itu juga cair biarpun sebagai kawan.
“Hah!” Peha Zuraida ditepuk. Entah bila emaknya mendekat, Zuraida tidak
perasan.
“Lagi
mudah dah kenal lama. Kamu kenal
keluarga dia siapa? Mak ayah dia
siapa?” Zakiah teruja.
Zuraida
menggeleng. “Ida tak pernah kenal. Tapi, yang Ida tahu dari kawan-kawan dulu,
keluarga Ada n
bukan sembarangan. Bukan kerana kaya
harta saja tapi budi dan agama. Dia tu
jenis tak pandang perempuan, mak.
Kecuali perempuan yang dia suka dan itu pun Ida rasa dia tak akan
pandang sebegitu mudah. Pasti dia akan
jadikan isteri terus.” Semakin tenggelam
timbul suara Zuraida. Hatinya sebak.
“Saya
maafkan awak, Zu. Saya faham situasi
awak. Setiap anak mahukan yang terbaik
untuk airmuka ibu dan bapanya. Saya
faham kerana saya sendiri tak akan sanggup jika ibu dan abah saya diumpat keji oran g. Lagi, saya ingat nak pinang Ala i na untuk jadi isteri saya. Harap awak boleh mendoakan kami, ya?”
Zuraida
sedih. Hatinya lirih merayu cinta Ada n. Dia cintakan Ada n.
Bukan saja hari ini tapi sudah lama.
Adan tidak nampa k atau sekadar buat tidak
nampa k, dia
tidak tahu. Adan tidak memberi harapan
sedikit pun tapi dia yang berlebih berharap.
Kini, ternyata dia dan Ada n
tidak berjodoh. Tanpa sedar, airmatanya
menitis.
“Eh,
Ida… kamu kenapa?” Zakiah cuak. Tiba-tiba saja Zuraida begini.
Tanpa
jawapan, tubuh emaknya dipaut. Zuraida
menangis teresak-esak. Dia kesal menipu Ada n. Kesal tidak menghalang dan menolong Ala i na dan Adiana
dulu. Dia terlalu takut pada emaknya dan
kini, impaknya menghempap dirinya sendiri.
“Ada n tak pernah cintakan Ida, mak dan Ida bersalah bohong
pada dia tentang Ala i na,”
rengek Zuraida. Dalam tak sedar, dia
menyebut nama keramat itu lagi membuatkan darah emaknya terus menyirap.
“Siapa
kamu cakap? Ala i na?”
tanya Zakiah melengking. Tubuh anaknya
ditolak agar mata mereka bertatapan tapi Zuraida hanya menunduk. Tersalah sebut lagi.
“Huh,
tak habis-habis budak tu nak susa hkan
kita. Dulu mak dia susa hkan
mak dan kini anak dia pulak nak susa hkan
anak mak. Habis tu kamu cakap apa?”
Zuraida
diam lagi. Tiada apa yang mampu dia
katakan bila Ada n
bertanya. Hanya maaf yang mampu dia
pinta jika Ada n
sudi memberi.
“Kamu
cakap yang Ala i
tu anak sepupu, mak? Macam tu?”
Zuraida
angguk.
“Kenapa
kamu tak cerdik sangat nak mengaku?”
herdik Zakiah. Impiannya terasa
lebur hendak bermenantukan Ada n.
“Apa
lagi yang Ida nak sorokkan, mak?”
ngongoi Zuraida.
“Dia
tak tahu semuanya? Dia yang tanya Ida
kenapa Ida bohong. Ida malu, mak. Ida malu dengan dia.” Tangis Zuraida semakin meninggi.
Hati
Zakiah berasa belas. Tak pernah Zuraida
begini. Anak ini anak yang taat. Dia mahukan yang terbaik. Dia faham perit hati Zuraida namun ada
sesuatu yang mengggusarkan.
“Kat
mana Ala i
sekarang?”
“Ada n…” Hanya itu yang mampu dijawab. Suaranya tersekat dek sendu.
Zakiah
bingkas bangun. Dia mengerti kini. Boleh jadi juga Adan sedang jatuh cinta pada
anak perempuan gila itu. Sudah dia
tebak. Sejarah berulang kembali. Andai dulu dia merasa, kini anaknya
pula. Nasib mengatakan mereka sentiasa
di bawah tapi dia mahu anaknya bahagia dan dia akan lakukan apa saja.
“Dah…
kamu jangan nangis. Nak berbuka dah
kejap lagi. Pergi mandi dulu. Mak nak sambung masak. Jangan fikir sangat,” ujar Zakiah mudah
sedangkan dalam kepalanya terus merangka sesuatu.
Anak
perempuan gila yang tak sedar diri itu mahu merampas bahagia anaknya pula dan
dia tak akan benarkan. Barangkali Adan
masih tidak tahu dari mana asal usul Ala i na
dan apakah yang terjadi dalam keluarganya.
Zakiah
bergegas ke bilik. Keratan akhbar
tempatan itu ditarik keluar dengan cermat.
Masih elok terletak di bawah alma ri
kainnya. Jelas terbentang wajah arwah
Ahmad dan Anida. Hanya wajah Ala i na dua beradik saja
tiada dalam laporan itu. Bibirnya
menyenget dengan senyuman.
~~> bersambung
Kesian kat Mikhail kena reject secara halus... tapi dia semakin matang dan tabah mengharungi rejection drp Alai....
ReplyDeleteAdan pula tak beritau bhw mak Alai yg membunuh bapanya... Ini boleh menimbulkan isu kelak....
Jahatnya si Zakiah tu, tak abis2 nak mengenakan si Alai... Alai, brace yourself, makcik puaka kamu nak mengaibkan dan memdera kamu buat sekian kalinya... Adakah Adan atau Mikhail yg akan menjadi knight-in-shining-armour utk Alai? Suspense ni.... jeng..jeng..jeng...
manusia belajar dari kesilapan..khail jgk tapi hati Alai sukar nk duga..so kita nantikan apa akan jadi.. adan menjaga maruah Alai..air mukanya dari aib..so dia mesti nak kan yg terbaek buat Alai n pemeli dia kan..hohoho. pasal zakiah tu plk..nnt kita kenakan dia cukup2..hahaha (gelak jahat)
Deleteawat la mak zuraida jadi macam ni .. tapi tak pa khail ada ...cepat la khail ooi kawin ngan alai ..
ReplyDeletedia kan ada dendam lama ngn pemeli Alai..cer teka napa zakiah jg gitu..hohoho..
Deletezakiah jd camtu sbb cemburu n marah kt ayah alai .....dia suke kt ayah alai tp tgk2 balik bawa isteri...tu salah satu dendam dia ...
Deletesian pulak ngan khail,terkecewa ngan penolakan alai!namun kena pasrah jodoh dn ajal tk sape pun leh tafsir kn melain kan ALLAH SWT.n ape lah pulak perancangan jahat mk cik alai tu,utk memisah kan adan n alai!!!
ReplyDeletetakpe..biasa org kecewa ni dia akan bgkit dari kegagalan.. kita nantikan apa nk jadi plk pasni ye..
DeleteStement cik RM ni banyak memberi peluang yg cerah bg peminat Khail.....cayalah.memang tidak menghampakan peminat Khail ni...
Deletedah jatuh cinta dgn mikhail..sy berharap sangat alai plih khail..
ReplyDeletealamak..jatuh cinta ek..kutip2..hahaha..thanks.. sapa pun pilihan alai pasti yg terbaik.
DeleteADAN LAH
Deleteadan... khail...?
ReplyDeletesusah neh.
haha
susah ye..sila jgn pilih..tggu je ending dia..hehe
Deletenak khail! tak mau adan.. huhu
ReplyDeleteeh mane leh..kena suka dua2 la..haha
Deleteape la plan si zakiah tu???
ReplyDeleteapa ek..mesti gi cerita buruk2 psl alaina tu..
DeleteKesian dgn Khail...Sungguh sangat...
ReplyDeletealaa dia kan romeo dulu..biar dia plk rasa atty..baru dia tau langit tu kt kaki atau bumi kt atas kepala..hehe
DeleteMmg dier remeo dulu..tp kan semua manusia buat salah & berhak terima peluang ke 2..(ala bolehla Rehan..Nak Khail & Alai jugak..)
DeleteInsya Allah...... Alaina akan pilih Khail.
ReplyDeleteTeruskn sambungannya yer RM.I
yakin ek.. hehe.. kita sama2 tggu ek..
DeleteRM, mohon yg selanjutnya! terima kaseh! ~ Aminah
ReplyDeletesabar kak..n thanks to yu too
Deletealhamdulillah....bnyak prubahan mikhail dh lakukan....cian cinta ikhlas dia ditolak alai...tp knpa adan tk nk crta smuanya ttg alai kpd fmly dia...mcm mikhail, dia crta tnpa selindung stu pun dr mak n adik dia...habis la nnt makcik puaka tu tntu canag crta yg di tmbh,tolak, darab n bhgi pd fmly adan...hope time tu mikhail tiba menjd plindung alai...
ReplyDeleteadan ada sebab tu napa dia buat gitu..takpe.. khail belajar dari kejatuhan nnt..hohoho..
DeleteKesian gila dgn Khail.. Gila.. Menangis Khail dibuatnya. Allaaaaaa.. Nak Khail dgn Alai. :')'
ReplyDeletesian dia ek..bukan pdan muka ke..hahah.. takde hal la..relaks2 ek..
DeleteADANNNNNNNNNNNN
Deletenk khail dgn alai....sabar je khail dgn alai 2 kn..huhu
ReplyDeletemestilah sabar..dia pernah marah alai..cukuplah sekali..hehe
DeleteAdan lebih sesuai dgn alaina sebab dia sgt sabar & tenang compare to Mikhail yg cepat baran & perengus. Alaina perlukan suami yg tenang sebagai pelindung. Ilmu agama Adan juga akan membantu Adan & alaina mendapat kebahagiaan.
ReplyDeleteKesianlah nanti kalau Alaina kawin dgn mikhail, nanti dia kena serang dgn Juana & p'puan lain yg pernah jadi girlfriends Mikhail. Adan, record dia bersih, so Alaina tak payah risau kena serang
to khail, When it is obvious that the goals cannot be reached, don’t adjust the goals, adjust the action steps.. and the action plan.. so, ganbatte!!!
ReplyDeletealaina, kdg2 ALLAH jauh kn kite dr something utk kite menilai perasaan itu.. bukn menafikan.. fikir2.. jgn awal2 buat spekulasi..
Khail& Alaina <3 Forever Love
ReplyDeleteRM saya nak teka ...mesti mak adan tak mau kat alai bila makcik alai tunjuk paper tu kan mak adan ..dan penyelamatnya adalah MIKHAIL saya yang handsome tu..he he MIKHAIL SAYA TU
ReplyDeleteADANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
Deletekarehannn~~~huwaaaaaaa..kesian kat khail..bgi la khail ngan alai..saya pasti dlm hati alai ada nma khail, cuma dibiaskan dengan kebaikan adan je...betulkna karehan??kan kan kan?
ReplyDeleteadannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Deletekak rehan nak jg kelanjutannya.....ye?
ReplyDeletehuhu, jhatnya pompuan tu...
ReplyDeletenvl ni akan ada dkt psaran x writer?
apa2 pon best
Nak khail dgn alai ples.
ReplyDeleteADANNNNNN
Deletenak Adan, Adan tak ada nak belasah org or baling2 talipon. Mikhail mudah sgt naik angin.
ReplyDeleteknp adan x nak bgtaw semua kt mak dia??tgk mikhail....berterus terang ngn mak dia,kn senang =)
ReplyDeleteorang yang hatinya busuk, dia takkan senang bila orang lain bahagia. eeeiiii, lumrah kehidupan, hope alaina bisa dapatkan kebahagiaan yang diimpikan,
ReplyDeletex habis2 dengan hasad dengki...
ReplyDeletekesian khail
bgus nya khail..
ReplyDeleteadan npe xbtrs trg smp abis... abis lah msti alai tluka lg
kak... thx utk n3.. mmg slalu mnati cite nie..
kak, best :) saya suka Mikhail hehe -lyn_intanazlleyna
ReplyDeleteantara khail ngan adan sama saja....lelaki yang mencintai alai setulus hati.... so sekarang sapa yg ada di hati alai? adan atau khail..... tapikan hero pilihan hati saya tetap yang satu tue syed ahmad budriz hehehe... layan je RM hihik...
ReplyDeleteSaya rasa Mikhail lagi ikhlas terhadap Adan. Ya, aib org tak baik diceritakan, tambahan ada yang telah pergi mengadap Ilahi. Tapi sebagai anak Adan harus berterus terang mengenai keluarga Alaina. Kelak kalau isu ini timbul, sekurang-kurangnya Alai ada keluarga mertua selain daripada Adan untuk membela nasib dia.Tambahan pula dengan adanya makcik Zakiah yg memang tak puas hati dengan Alai, saya yakin, mesti dia akan membuat onar suatu hari nanti.
ReplyDelete
ReplyDeleteHah.... Adan dah criter hal sebenar pasal Aliana kat parents dia, so Khail bla lg nk bagi tau mama dia plak. nkn tau jgak respon mama dia.
Alai jgn lupe buat solat istikharah ye (ooppss Alai yg kena buat ke RM yg kena buat, ooppss) tapi..............klu ngan Adan , saya setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu bangatttttttttttttttt
he he he he
Wafiah