BAB 21
PANGGILAN daripada Adan tadi benar-benar membuatkan dia resah. Kenapa Adan tiba-tiba mengajak dia
keluar? Pelik? Setelah dua minggu lebih Adan mendiamkan diri,
hari ini Adan menyatakan hasrat hendak menemuinya.
“Alai kenapa? Tak siap lagi?” Ustazah Fatima sedari tadi memerhatikan
Alaina. Nampak gelisah semacam. Macam ada
yang tak kena.
“Eh, umi. Alai
macam tak nak keluar pulak, umi. Ingat
nak tolong umi buat persiapan raya je,” jawab Alaina setelah canggungnya
reda. Dia senyum segaris dan duduk di
depan Ustazah Fatima.
“Eh… pergilah. Kan Abang Adan ajak
tu. Tadi, Alai
dah setuju. Kesian dia datang nanti Alai tak nak keluar pulak,” pujuk Ustazah Fatima.
Dia sendiri tidak tahu apakah niat Adan.
Katanya ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Alaina. Tidak pula dia bertanya apakah perkara itu. Rasa berat lidah namun dalam hatinya tak
sudah-sudah berdoa semoga semuanya adalah berita yang ind ah-indah belaka.
“Tapi…” Hati Ala ina
tidak tenang. Rasa bagai ada
sesuatu yang bakal berlaku.
“Tak ada apalah. Adan nak ajak Alai
beli baju raya tu,” pujuk Ustazah Fatima lagi cuba menenangkan wajah tenang
Alaina.
Jiwa Alaina resah. Dia yakin, Adan
masih belum tahu asal usulnya. Rahsia
yang tersimpan rapi dulunya kini telah menjadi sebahagian daripada rahsia Mikhail
pula. Berkongsi satu rasa yang aneh di
dalam hati. Dia tahu Mikhail mengambil
berat tapi dia tidak biasa begitu. Dia
takut Mikhail mengambil kesempatan di atas kelemahannya.
Namun, jika Mikhail sampaikan perkara itu pada Adan, masihkah ada perhatian
Adan buatnya dan Adiana. Wajah Adiana
yang sedang terbaring sambil membelek sebuah buku cerita kanak-kanak
dipandangnya. Polos saja. Barangkali
sudah tiba masanya dia berdikari. Tidak
lagi berada di bawah lindungan Ustazah Fatima, Ustaz Fadzil dan jauh sekali
Adan.
“Alai …”
Alaina tersentak. Panggilan Ustazah
Fatima membawa dia memandang wanita itu tepat.
Dia senyum dan menggeleng.
“Tak ada apa, umi,” bantah Alaina bila merasakan pandangan Ustazah Fatima
kian curiga. Dia senyum lagi sebelum menyambung.
“Erm… Alai pergilah. Takut nanti tak jumpa dah sebab…” Suara Alai meleret sedikit.
“Sebab?” Wajah Ustazah Fatima
semakin berkerut sana
sini. Pelik pula bicara Ala i na kali ini. Nampak ada sesuatu yang berat yang mahu
disampaikan. Usah dicakap hendak
meninggalkan dia, dia pasti tak mampu menerima.
Dia terlalu menyayangi kedua-dua anak di hadapannya kini. Tuhan tahu itu.
“Ala i ingat lepas raya ni Ala i nak pindah. Nak cari kerja yang sesuai dan jaga Yana
sendiri. Ala i dah tak nak menyusahkan umi, babah dan Aba ng Adan lagi.
Rasa macam dah terlalu lama menjadi beban pada umi dan babah.” Ala i na
senyum menyembunyikan resah.
Dia mahu lari dari semua oran g. Mahu lari dari Ada n dan juga Mikhail. Mahu lari menuju ke arah ibu yang sedang menanti. Lari membawa dia dan keluarganya jauh
daripada tempat ini. Jauh ke tempat yang
tiada sesiapa mengenali mereka melainkan Allah saja.
Seperti yang ditelah, Ustazah Fatima menggeleng menidakkan apa yang baru
didengari. Dia bagaikan tidak percaya. Anyaman ketupat di tangannya terlucut. Terlerai akhirnya anyaman yang masih tidak
sempurna itu. Terkejut sungguh dia. Sampai hati Ala i na berkata demikian.
“Kenapa cakap macam ni? Umi tak jaga
Ala i dengan Yana baik-baik ke sampai Ala i nak bawa adik jauh
dari umi dan babah?” Mata
Ustazah Fatima digenangi air jernih.
Hatinya terguris.
“Ala i
minta maaf, umi. Jangan cakap macam
tu. Umi dan babah dah beri segalanya
pada kami. Ala i
Cuma rasa dah sampai masan ya Ala i berdikari. Patutnya dari dulu lagi tapi Allah pinjamkan
umi, babah dan Aba ng Adan dulu jadi Ala i hargai. Hari ini, dah tiba masan ya
Ala i jaga
diri sendiri. Jaga Yana dan jaga ibu,” beritahu
Ala i na
bersungguh-sungguh.
Sudah tiba masan ya
dia pergi. Sudah tiba juga masan ya untuk dia
lepaskan segala apa yang dia simpan rapi sebelum ini. Perihak ibu, tentang arwah ayah dan juga
mengapa dia di sini.
“Ibu?” Soalan daripada celah bibir Ustazah
Fatima keluar sepatah. Biarpun dia sudah
tahu segalanya dari mulut Ada n, dia masih mahu Ala i na bercerita. Dia mahu tahu pahit getir itu dari sisi
seorang gadis semuda ini. Dia mahu Ala i na menangis di
ribaannya.
Dalam getar, suara Ala i na
berbicara membawa tangisan tersedu-sedan pada Ustazah Fatima dan tidak
padanya. Hatinya hiba namun tangisnya
tiada. Ala i na tidak mampu memaksa. Dia tidak mampu menangis. Bagaikan airmata itu tiada bersamanya. Tandus!
“Ya Tuhan… hebatnya dugaan yang kamu dua beradik lalui. Umi dah tahu.
Umi dah tahu semuanya, Ala i .”
Tubuh Alaina dipaut. Tangisan Ustazah
Fatima kian syahdu.
Helaan nafas dalam esakan itu kian menambah resah dalam hati Ala i na. Mana umi tahu? Daripada Mikhail ke? Argh… tidak mungkin. Dia yakin Mikhail tak akan mudah berbicara.
“Mana umi tahu?” tanya Ala i na curiga.
Pelukan pada tubuh Ala i na
kian kejap. Tiada suara dan
jawapan. Hanya esakan semata-mata.
“Mikhail tahu hal ni. Dia ke
bagitahu pada umi?” Kali ini, Ala i na
berterus-terang. Dia menjadi gera m jika benar
Mikhail yang membawa khabar ini.
“Umi tak tahu yang Mikhail tahu tapi umi dah lama tahu. Abang Adan kamu yang beritahu, umi dan dia tak nak umi tanya
kamu kerana dia cakap, perkara ini akan buat luka dalam hati Ala i makin dalam nanti,” akui Ustazah
Fatima.
“Ala i
marah?” Suara Ustazah Fatima membawa Ala i na kembali menatap
wajah wanita itu. Dia pantas menggeleng
menafikan.
“Tak, umi. Ala i tak marah. Tak ada sebab untuk Ala i marah,” jawab Ala ina
separuh berbisik.
“Adan dia ambil berat pada Alai . Dia terlalu risaukan Alai dan Yana . Ada n sukakan Ala i . Dia sayangkan Ala i lebih dari seorang guru sayangkan
pelajarnya. Lebih dari seorang abang
sayangkan adiknya kerana dia sayangkan Ala i
hingga dia mahu memperisterikan Ala i . Ala i tahu, kan ?”
Semakin dalam dan semakin tajam renungan Ustazah Fatima. Dia mahu Ala ina
mengerti yang Ada n tidaklah melakukan segalanya
itu demi sebab yang sia-sia dan dia tahu, kehadiran Ada n kali ini adalah untuk menyatakan hasrat
suci murni itu. Hanya tinggal keputusan Ala ina saja sama ada berpihak pada Ada n atau Mikhail. Boleh jadi juga tidak berpihak pada
sesiapa. Segalanya telah Tuhan
aturkan.
“Ala i tahu, umi tapi Ala i …”
“Malu? Segan dengan apa yang dah jadi
pada keluarga Ala i ? Erm…”
cantas Ustazah Fatima.
“Ala i na…
jika iman itu tak dapat diwarisi sama juga dengan semua ini. Allah tidak akan ubah nasib seseorang itu
mengubah nasibnya sendiri. Hari esok
bukan milik kita lagi, Ala i na. Hari esok ditentukan Tuhan dan kita hanya mampu menanti. Kita tak tahu adakah Ala i akan hidapi sakit yang sama atau
tidak. Kita juga tak tahu penderitaan
itu bakal menjadi milik kita selamanya atau tidak. Segala-galanya kita tak akan tahu, Ala i . Tapi…”
Bicara Ustazah Fatima sepi seketika.
Pipi Ala ina dipegang. Sejuk dan dingin tapi wajah itu langsung
tidak dinodai oleh airmata. Tetap kering
dan gersang.
“…Allah tahu. Dia telah rencanakan
sesuatu yang baik buat Ala i . Allah tak kejam dan Dia tak akan biarkan
selamanya hamba-hamba yang sabar diduga sebegini hebat. Jika ya Ala i
terduga, pastilah sesuai dengan kekuatan dan kesanggupan Ala i untuk menggalasnya dan ingatkan… Allah
sentiasa khabarkan berita gembira buat
hamba yang sabar,” sambung Ustazah Fatima memujuk.
Dia tidak mahu Ala i na
terus prejudis terhadap hidupnya sendiri.
Prejudis terhadap kebaikan Ada n
dan prejudis terhadap masa depan.
“Ala i tak nak Aba ng
Adan derita sebab Ala i ,
umi…” tolak Ala ina
lagi. Dia benar-benar tidak mahu lelaki
sebaik Ada n
menderita kerananya.
“Derita dan bahagia ni… semuanya anugerah Allah.”
Masing-masing terdiam. Ustaz Fadzil
tiba-tiba bersuara. Menapak
perlahan-lahan dan duduk di sisi Adiana dan menegur Adiana lembut bagaikan
tiada apa yang berlaku. Mulut berbicara tapi mata terpaku pada seraut
wajah polos Alaina yang sedang tersengih padanya.
“Puasa tak?” tanya Ustaz Fadzil
melupakan ketegangan antara isterinya dan Alaina.
Adiana angguk pantas. “Yana puasa tak tinggal, babah. Nanti boleh dapat baju raya, kan ?” Petah sungguh mulut comel itu berbicara.
Ustaz Fadzil senyum. “Mestilah
boleh. Nanti Abang Adan datang, ajak dia
dengan kakak pergi beli baju raya. Babah
hadiahkan baju raya untuk anak babah yang rajin puasa ni,” ujar Ustaz
Fadzil. Lebih menjurus pada Alaina
sebenarnya.
Pada dia, Adan atau Mikhail, dugaan tetap akan hadir buat Alaina jika itu
yang telah tertulis buat mereka. Hanya
keimanan, kematangan dan kesabaran sajalah yang mampu membantu mereka mengatasi
segalanya.
“Allah akan berikan derita dan bahagia ni pada sesiapa saja yang Dia rasa
berhak. Jika ada bahagia,
bersyukurlah. Jika derita juga
bersyukurlah kerana segalanya adalah demi kasih sayang Allah kerana kasih
sayangnya sentiasa mengatasi murka-Nya. Ala i siapa nak
menentukan hari esok? Patutnya
Ala i bersyukur sebab Ala i
ada kami yang sayangkan Ala i dan Yana . Ada dua oran g
lelaki lagi dok rebutkan hati anak gadis babah ni,” seloroh Ustaz Fadzil tanpa
sedar.
Dia tahu bila isterinya asyik bercerita.
Mikhail begitu dan Ada n
begini. Ala i na pula tidak berkata apa. Sepatah pun payah. Tidak tahulah siapa yang menjadi
pilihan. Mereka sudah berkeputusan, siapa
yang Ala i na
pilih, itulah yang mereka restui.
“Dengar tu apa babah cakap?” tegur
Ustazah Fatima bersama tawa halus. Airmatanya
diseka. Mujur juga suaminya mampu
menenangkan keadaan. Dia sendiri sudah
tidak tahu hendak memujuk Ala i na
bagaimana. Tegas dengan pendirian yang
tidak betul itu.
“Kalau kata Ala i
sukakan Ada n dan memang ada jodoh antara kamu,
Allah akan permudahkan jalan. Jika
dengan Mikhail pun, Ala i
redhalah. Tak nampa k baiknya hari ini, esok lusa akan
adalah. Cumanya, babah tak harap Ala i jual mahal sangat bila ada yang sudi menjaga Ala i dan Yana ,” nasihat
Ustaz Fadzil lagi.
Dia letih berada di tepi. Pada
mulanya dia biarkan saja isterinya memujuk Ala i na tapi gadis itu terlalu tegas
hinggakan dia perlu campur tangan.
“Mesti Abang Ada n
tak boleh nak terima…”
“Dia terimalah tu, baru dia nak datang hari ni,” pangkas Ustazah Fatima
pula. Mencantas kegelisahan Ala i na.
“ABA NG tahu Ala i
dah tahu semuanya, kan ?”
Bicara Adan mematikan sepi. Ala i na sedari tadi
diam. Adiana juga ralit dengan buku
cerita miliknya. Mengeja hingga bergema
satu kereta. Kuat, tapi itulah kan ak-kanak. Dia bahagia melihatkan Adiana begitu cepat
belajar. Dia bersyukur.
Pesanan yang dia terima daripada Ustazah Fatima tadi membawa gelisah dalam
diri tapi biarlah begitu. Biarlah jika Ala i na telah tahu segala
apa yang telah dia tahu.
“Ala i tak
nak cakap apa-apa pada abang?” pancing
Adan lagi. Tidak betah rasanya
membiarkan Ala i na
diam seribu bahasa.
“Tak ada apa yang Ala i
nak cakap. Apa yang Ala i perlu cakap, abang dah lama tahu,”
jawab Ala ina mendatar.
Hatinya tenang. Tiada debar dan
tiada resah. Dia sudah bersedia saat
menuruni tangga Nur Raudhah tadi. Dia
bersedia segalanya.
“Aba ng minta maaf,” pinta Ada n.
Dia yakin Ala i na
tidak selesa bila dia ketahui tentang semuanya.
“Aba ng tak
ada salah. Alai
yang salah. Dari awal patutnya Ala i beritahu pada abang apa yang menimpa Ala i tapi Ala i …” Tak sanggup meneruskan bicara, Ala i na diam mengetap
bibir.
Peristiwa pedih itu hadir lagi.
Sudahlah jatuh ditimpa tangga pula.
Langsung tiada prihatin daripada Mak cik Zakiah dan juga Kak Zuraida
saat itu. Dia sedih. Ibunya selalu disindir oleh Mak cik
Zakiah. Apa salah ibu dia tidak tahu. Kenapa mak cik bersikap demikian, dia juga
tidak dapat menduga.
“Mak cik Zakiah sihat, bang?”
“Kak Ida?”
Biarlah begitu. Segalanya telah
selesai. Ada n lega.
Biarlah Zuraida dan emaknya begitu.
Dia hanya mahu membina bahagia dengan Ala i na.
Yang paling dia perlukan hanya restu ibu Ala i na dan juga restu ibu dan abahnya. Yang lain dia akan abaikan saja.
“Raya pertama kita beraya rumah abang.
Ibu dan abah abang nak kenal Ala i . Raya kedua kita pergi lawat ibu Ala i dan raya ketiga abang hantar rombongan ke rumah umi
dan babah sebagai wakil oran g tua Ala i .” Ada n
tenang bersuara.
Adan tidak mahu berkias lagi. sudah
cukup sudah. Kini, dia mahu
berterus-terang. Biar jelas dan bersuluh
agar Ala i na
tidak sesat menapak ke arahnya nanti biarpun mereka berjauhan.
“Keluarga abang?”
“Kenapa abang senyum?” Ala i na pelik. Dia serius tapi Ada n senyum.
Dia resah tapi Ada n
tetap tenang.
“Aba ng senyum dengan soalan Ala i tu. Adakah itu bermaksud yang Ala i memang sukakan abang dan sudi nak jadi
isteri abang?” usik Ada n.
“Ibu dan abah insyaAllah okey,” jawab Ada n
sudahnya dan dia terus tersenyum hinggakan kereta terletak elok ditempat parkir
dan ketiga-tiga mereka turun berjalan beriringan menuju ke PKNS.
Kata-kata nasihat daripada Ustaz Fadzil terngiang-ngiang di dalam
kepala. Benar begitu. Dia siapa hendak menentukan hari esok? Setidak-tidaknya Ada n sudah tahu segalanya. Adan ikhlas dan Ada n benar-benar mahukannya. Memang Mikhail juga begitu, tapi budi Ada n terlalu banyak. Dia mahu membalasnya. Membalas secara ikhlas seperti mana yang
pernah Ada n
mohon.
“Jika mahu membalas budi abang, balas dengan kasih sayang dan cinta Ala i .”
Dia masih ingat sebaris ayat yang Ada n
tuturkan satu waktu dulu. Masih segar
dalam ingatannya dan Mikhail pula, dia bersyukur bila lelaki itu berubah. Berubah berjalan di atas landasan yang benar
dan dia berdoa semoga Mikhail menganggap dia dugaan semata-mata. Dugaan hati yang hadir untuk menduga keimanan
dan kewarasan seorang insan berfikir.
“Yang ni cantik, tak?” tanya Ada n pada Ala i na. Adiana yang ada bersama dipimpin kemas. Risau juga dalam pada oran g terlalu ramai dalam PKNS sekarang. Semua sibuk memilih persia pan
raya. Di saat-saat akhir.
“Cuba
jawab dengan suara, abang nak dengar,” pujuk Ada n
sedikit manja.
Sejak bersua, Ala i na
hanya menggeleng dan mengangguk. Berat
lidah sungguh kali ini setelah Ada n
nyatakan niat hendak menyuntingnya selepas hari raya nanti. Ada n tahu Ala ina malu tapi dia senang bila Ala i na diam dan tersenyum.
“Cantik tapi…” Harga dibelek dan
mata Ala i na
membulat. Mahalnya. Desis hati Ala i na.
Dia langsung memandang Ada n
dan menggeleng.
“Kenapa?” Giliran Adan pula melihat
harganya dan dia hanya jongketkan kening.
“Aba ng
mampu je. Andai untuk Ala i … usa h
kata jubah harga RM150 ni, bintang pun abang nak petik kalau boleh,” seloroh Ada n.
Dia lantas ketawa melihatkan wajah Ala i na
yang memerah. Jurujual itu juga sedang
melihat ke arah mereka dan tersenyum.
“Kita ambil yang ni dulu. Nak masuk
dalam ramai oran g
lagi ni. Kita cari baju Yana pulak. Lepas
tu hadiah untuk abah dan ibu abang.
Nanti, persalinan untuk majlis tunang nanti, kita serah je pada umi dan
babah je,” ujar Ada n
lagi sambil matanya ralit memandang ke arah jubah yang sedang dilipat itu.
“Eh… tunang?” Ala i na bingung seketika. Kenapa tunang?
“Yalah. Abang tak datang lepas raya
nanti saja-saja tau. Datang merisik
terus bertunang. Lagi cepat lagi elok
kita kahwin. Tak ada apa nak tunggu lagi
dah. Nanti kita jaga ibu dan Yana sama-sama dan jaga ibu dan abah abang sekali. Okey kan ?”
“Aba ng sudi jaga kami, kan ?”
Ala i na
mahukan jawapan.
Dia terus membayar harga jubah milik Ala i na
dan mereka terus menapak untuk mencari pakaian buat Adiana pula. Alaina hela nafas lega. Pergilah derita, pergilah Mikhail. Dia hanya
mahu bahagia. Bahagia bersama Ada n yang telah banyak
membantunya.
KAKINYA longlai melangkah.
Digagahkan juga untuk memastikan apa yang dilihatnya bukanlah mimpi tapi
pasti. Semangatnya kian lumpuh. Datangnya gadis itu bagaikan ribut dan
perginya kian meninggalkan bekas yang
tak mungkin hilang. Silap sungguh
percaturan hari yang dia pilih. Malisa
juga tidak mahu mengikut tapi dipaksanya juga.
Dia bersungguh hendak membelikan pakaian raya buat Ala i na dan Adiana. Tak lupa buat ibu Ala ina
biarpun dia tidak tahu saiz tubuh wanita kesayangan gadis yang dia cintai itu
tapi dia terus percayakan naluri hati.
Perlahan-lahan, Mikhail menapak lagi hinggalah dia berdiri tepat di depan
kedai di mana susuk tubuh Adiana , Ala ina dan Ada n berdiri tadi. Ala i na
senyum biarpun sesekali wajah itu kelat.
Senyuman yang tak pernah terukir padanya. Dia cemburu tapi ditahannya. Alaina bukan haknya. Jauh sekali isterinya.
“Ya, encik. Tengok jubah
cantik-cantik, encik,” ujar jurujual tadi.
Mikhail senyum kelat. Dia berpaling
dan memandang lagi pada lautan manusia. Bebayang Ala ina
tiada lagi. Hangut ditenggelami manusia
yang penuh sesak. Tapi, aura milik gadis
itu melekat bagaikan terbayang setiap bekas tapak yang ditinggalkan.
Mata Mikhail berpaling pada jurujual muda tersebut. Dia uk ir senyum dan dia perasan akan
mata dan wajah wanita itu bersinar. Dia
memang mampu menggoda biarpun hanya
dengan segaris senyuman kelat tapi tiada guna lagi bila egonya tersungkur di
kaki Ala i na. Tanpa ada tanda hendak dikutip oleh gadis itu
apatah lagi memujuknya.
“Tadi ada gadis beli jubah, saiz apa, ya?”
Mikhail tidak kisah. Niatnya
mesti diteruskan. Jubah itu pemberian Ada n dan yang ini adalah
pemberiannya. Terima atau tidak, itu hak
Ala i na tapi
dia tetap mahu memberi.
“Err…” Jurujual itu sedikit
gagap.
Dia pelik bila lelaki ini mahu membelikan pakaian buat teman wanita lelaki
yang lain. Tapi, apa ada hal. Janji bisnes jalan itu sudah lebih dari
bagus.
“Cik tadi tu ambil saiz S, encik.
Dia ambil yang corak lebih kurang macam ni.” Ramah jurujual itu bercerita.
Cantik. Itulah yang terdetik di
lubuk hati Mikhail. Memang cantik
pilihan Ada n dan memang sesuai dengan Ala i na.
“Hitam ya, dia beli tadi?” Kening
lebat Mikhail terangkat.
“Kalau macam tu, saya ambil warna putih ni saiz yang sama,” beritahu
Mikhail.
Cantik juga pilihan dia. Benang
keemasan itu melengkapkan rekaan. Tak
mampu dia bayangkan andai jubah putih bersih ini tersarung pada tubuh langsing Ala i na tapi dia kian
hampa. Dia tak mampu menatap wajah itu
lagi kerana Ada n kian menghampiri Ala ina dan biarlah ini menjadi hadiah yang pertama dan
terakhir sebagai tanda terima kasihnya kerana Ala i na telah banyak menyedarkan dia tentang
erti hidup.
Setelah bayaran dibuat, Mikhail berpaling dan Mali s a
muncul di depannya. Sebu hati melihat
kekecewaan abangnya. Dari jauh, dia
hanya memerhati. Betapa dia melarang,
Mikhail tetap mahu membelikan jubah itu pada Ala ina
biarpun Ada n
telah berbuat demikian terlebih dahulu.
“Aba ng
okey?” soal Mali s a. Rasa sedikit bodoh tapi dia sudah tidak tahu
apakah yang mampu memujuk abangnya saat ini.
Mata Mikhail memandang adiknya dan mengangguk sedikit. “Aba ng
akan okey. Tak okey pun abang tetap akan
okey sebab Ala i na
okey. Tak bahagia pun abang akan paksa
diri abang bahagia sebab Ala ina sedang
bahagia,” tekan Mikhail perlahan dan Mali s a
terus mengheret abangnya berlalu bersama langkah yang dibelit pilu.
~~> bersambung
Cik Penulis : Berdebar kan? hohoho.. Kita tunggu selanjutnya. Terima kasih atas sokongan semua. Maaf tak sempat balas komen satu persatu. Moga terhibur, komen dan maaf atas kekurangan. Sayang semua...
waaa sedihnya...nak alaina ngan mikhail...hehehehe
ReplyDeleteTaknak! Nak adan ngan alai jugak!
DeleteYES...!! Adan MESTI dgn ALAI... NO KHAIL..!!!
Deletemmg sedih... dah seronok alai ngan khail... last jadi gini... RM memag pandai memainkan perasaan kami... huhuhu
Deleteso sad, cian khail.. be strong k..?
ReplyDeleteto alaina, ingatlah "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216)
khail, Yakinlah...Cinta Itu Akan Indah Pada Akhirnya... thanks kk rehan..
sedih saya baca part khail.. huhu....
ya betul,saya setuju dengan komen di atas.
Deletehuaaa.. Sedihnya dengan keadaan khail. Akak, tak nak alai dengan adan. Nak dia dengan khail.. Huhu.. Dah bergenang air mata ni
ReplyDeleteSama la kita..seday juga menusuk kalbu..
DeleteNak khail huhu seday nih...
Sayu nye bila Khalil kata "Abang akan okey.Tak okey pun abang tetap akan okey sebab Alaina okey.Tak bahagia pun abang akan paksa diri abang bahagia kerana Alaina sedang bahagia"
ReplyDeletekesian Khail.. masa mula2 baca nak sangat Alai ngan Adan. lama2 rase nak Alai ngan Khail pulak.. adoi, IAM memang buat hati ni rase bedebar je.. tak sabar nak tunggu sambungan..
ReplyDeleteMana blh camtu ezara, kte kne blajar setia dari alai, alai ni jenis ingat orang yang berbudi dan setia... Sokong Adan hi hi
DeleteTak suka bila Alai pilih Adan biarpun Adan jauh lagi baikndari Khail. RM, awak buat kami tertanya2.
ReplyDeletesy pn xsuke!!..nk alai ngn khail..rs mcm xmo bc da klu alai kawen ngn adan...huhu
Deletenak nangis la baca.kesian mikhail.huhuhu.nak alaina dengan mikhail tak nak la adan.
ReplyDeletexleh terima alai dgn adan.. xtahu kenape.. huhu..
ReplyDeletenk suke adan tp, xleh ar.. please.. nk khail gak..
alai xnk khail, pass kt saye jer.. bleh..? hehe..
sian adan, saya nak dia dengan alai... teruskan ek RM
Deleterehan ooo rehan.... suka mcm nie tau... x suka la. hehehe. tp kita nak adan jgk.... pasti ada yg lebih baik untuk khai...
ReplyDeletedan ade yg lebih baik utk adan selain alai... huhu
Deleteoh..so touching....sedihnya dengar kata2 khail...nak Alai dengan Khail gak..tak nak Adan....Adan Syuh...syuh...pi main jauh-jauh...hehehe...
ReplyDeleteNak Alai dgn Khail. Agaknya nanti M.cik Zakiah burukkan Alai pada family Adan. Dapatlah Khail dgn Alai :)
ReplyDeletesis, nex entry la lagi :D
ReplyDeleteErm pasti ada sesuatu yang berlaku..
ReplyDeletesedih pulak ngan abg mika. huhuhu. takpe2. alaina dah cantik dan baik tapi ade lagi yang lagi cantik dan baik buat abg mika. hehehe
ReplyDeletegud job cik penulis. even dah lama tak baca karya kamu but macam tue lah. ade hapy dalam duka. ada lucu dalam dlm sedih. teruskan. ada sinar kejayaan untuk kamu.
(y)
apesal pilih khail...x best ....nakkkk adddddddddddddaaaaannnnnnnnnnnnnn jgakkkkkk
ReplyDeleteboleh x x nak komen..geram ngan alaina la..dia ni BIAS~~~!!!
ReplyDelete>>k<<
Dia belum sedar dr lena yg pjg.xde cas between both.neutral jer.klu ngan khail mcm cas negatif dan cas positif.
Deletebetul...kalau alai adan, mcm dua2 lembut, hambar..
Deletedgn khail, bru seronok mcm roller coaster
nk ngan khail..hihi..plzzzzzzzzzzz
ReplyDeletejangan RM! biarlah Alai n Adan...
Deletehaaaa nk khail jgkkkkk. kesian dia. :'(
Deleteandai jodoh itu hak adan sape kite untuk pertikai kan nye,n andai di sebalik nye bersyukur lah khail ALLAH telah berikan insan yg terbaik buat nye....sape bakal suami alai dah tertulis di loh mahfus...tk kan perpaling walau sedetik pun.
ReplyDeletexmahu bgini..tp klau dh takdir redha je la.
ReplyDeletekhail..bunga bukan sekuntum oke..biar je la alain nak dgn adan tuh..her choice, right?sian khail..tabahkan hatimu..
ReplyDeletesedeh dan terguris rsa hati bila dengar kata2 khai..npak sngt Khai dah berubah..sya suke sifat2 Khai mengalah tidak mendesak..klo bileh sya lebeh suke Khai & Alai..dri mula2 hingga saat ini sya tetap pileh Alai ngan Khai...sabarlah Khai mungkin ada hikmahnya selepas ini...:)
ReplyDeleteAlai jenis yang ingt budi orang, sebab tu dia pilih Adan yang banyak berbudi dengan dia... Sokong Adan! Khail kan senang dapat jodoh..
DeleteSAYA SOKONG ALAI PILIHH ADAN... TERUSKAN YE RM, JANGANLAH APAPE JADI DEKAT ADAN, PLEASE....
ReplyDeleteYes yes yes! Alai pilih Adan! Thanx RM!
ReplyDeleteKlu rm buat jodoh alai ngan adan dugaan dtg pd family adan plus ngan family alai sdri iaitu makcik zakiah yg xkn berdiam diri bila tahu anak dia suka adan jg.tanduk dah kuar pon.
ReplyDeleteSeksa la alai...
Klu rm buat jodoh alai ngan khail plak cabaran pd ex222222 khail.family khail ok jer, tu yg ptg...moral support and bahagia kasih syg yg
alai cari.
Che penulis ko telah membuat ayor mataku meleleha2...sodeh tul...biarlah Adan & Alai...huhuhu...SZ
ReplyDeleteadeh! dlu sy beria2 nak adan jd suami alai.tp.... tengk perubhn khail ni, rsa tergugat pulk. hihi apa2 pun adan tetap terbaik bt sementra ni . ;D
ReplyDeleteRM, part khail yg akhir tu sngguh terkesan ke hati...sila teruskan!! kata hati kak...alai lebih seswai utk khail...~aminah
ReplyDeleteWaarrrgghhh.... nangis dulu sbb sedih bagi pihak Mikhail tetapi tabah sungguh dia...
ReplyDeleteAmboi...amboi.... servis dah bertukar tangan kpd Adan pulak.... Romantik gak si Adan ni yer... hihihi....
Tak kisah ler sesiapa yg dpt Alai sbb yg pasti cuma sorang jer yg boleh jadi suami kpd Adan... No polyandry di dlm Islam... So sorang kena mengalah ler... Mikhail, sungguh gentleman sbb mengalah dlm keterpaksaan dan redha... I like....
kak rehan...x puas bace..nak lagikk..nak lagik..nak lagik...suspen
ReplyDeleteMenangis bila baca part Khail. Dia mengalah asalkan Alai happy. Gila sedeh. Okay jerr kalau Alain pilih Adan or Khail.. Kalau pilih Adan, biarlah kisah cinta Khail jadi sweet jug
ReplyDeleteKesianya mikhail....sedih...sedih...sedih. moga mikhsil tabah imannya.
ReplyDeleteBertabahlah khail.... lgpun alai nk terima adan bkn sbb cinta tp sbb thutang budi.nnti lama2 dia akan sedar tu kih kih kih.
ReplyDeletebetul betul betul...sy stuju dgn anda
DeleteSaya pun stuju dgn arzalif :)
DeleteSy terima ja siapa pun pilihan alai..cewah.. tp sebenarnya lg suka alai ngan khail..diorg mcm serasi. alai ngan adan cm kurang chemistry la.
ReplyDeleteSedihnya...sian khail...huhu b'tabah la ya khail
ReplyDeletenak Alai dgn Khail...biar la Adan dgn org lain tapi bukan Ida...
Rm...awat buat khail macam tu ..tak kesian ka dkt dia..tapi tak pa ..sedih dulu syok kemudian ,,,hehe
ReplyDeletetah la, mula2 tue mcm alai+adan, pastu alai+khail..... sekarang ni ngan sapa2 pun ok sbb kedua2nya mencintai dan dpt menerima sejarah keluarga alai. cuma makcik alai tue je yg tak settle2 lagi... as long alai happy saya ok je hehehe
ReplyDeleteRM, semuanye berebut2 adan/khail, lepaskan lah dua2nye...huhu2 oh tidakkkk, tetap mgharap nxt n3 suami x ku hadap.
ReplyDeletewuaaa..sedihh...nk khail jgak!!!!
ReplyDeletesdihnye..nk alai dgn khail jg..last 2 dia mcm redha tp dlm terpaksa..sian khail..ohh khail ku bertahan la ye..ada jodoh xkemana...huhu
ReplyDeletewuaa...sedihnya..nk alai ngn khail xnk adan...
ReplyDeletemacam ada sikit kesalahan ejaan...
ReplyDeleteutk part adan dan alai kuar...
tetiba ada nama mikhail...
jadi konfius sikit
errr, time tengok Alai bahagia pilih Adan, sayu pulak tengok Khail camtu, ape kate, saye masuk part pujuk Khail, hahahaha, tak boleh blah.,, nice n3 la k Rehan, banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ni, hehe
ReplyDeletealahai..cian nye khail
ReplyDeletepape pn BMW..hehe
alalalala sian nyer khail.... sedih bace part kahil..mula2 nak alai ngan adan...skang rase nk alai ngan khaill...biar laa adan ngan zuraida...ehehhe
ReplyDeletealaa kesiannya...walau tak suka adan tapi nak baca jugak
ReplyDeleteSedihnya khail...alai & adan mesti nanti ada conflict kan.. sbb smooth jea jln cerita nya.. parents adan tak tau lagi kan mak alai bunuh ayah dia.. ? nak la ada conflict skit (saje je dengki alai & adan.. nak alai & khail bebenonya.. hehe ). apa2 thanks RM..
ReplyDeletesabar la wahai hati.
ReplyDeletecam syok je alai ngan adan,.AA keke
ReplyDeletetpi xabes lgi ni dugaan alai ngan adan sbb makcik Z wujud lgi keke
ala, cedihnya. nak Alai and Khail. sob! sob! sob!
ReplyDeleteisk..isk...smpi tahap tu cinta khail...sedey plak..sob..sob...
ReplyDeleteAlaaa... naper Alai dgn Adan bukam Mikhail?? Jgn la wat cam nie... tak best tau... Sayang cik writer gak..
ReplyDeletesedihhhh.... tisu...tisu...saya nak alai ngan khail ...cian khail...bertahan ok mesti ada sinar cinta alai tuk khailkan rehan??
ReplyDeletecik rehan...buat alai dgn khail k...plsssss..:)
ReplyDeleteNk komen pada peminat si adan ni...adan ada 2 pilihan si zuraida ngan of course si alai..tp kan sian ngan khail dia cuma ada si alai je...mana adil camni..2 pompuan suka kt Adan...bg la sama rata sorang satu...alain ngan khail plssss...hahahaha
ReplyDeletesi adan ade 3 pilihan, adan dgn adik khail, malisa pun okeh hape.. sume baik2 plak tu.. xadil plak kt khail...
DeleteCerita bila dikarang memang begitu; lelaki dipilih yang mula-mulanya berperangai nakal tapi insaf dan jadi baik kemudiannya. Ramai yang suka calon sebegini jadi watak utama.
ReplyDeleteTapi realitinya bila calon lelaki orang beriman mudah nak didik isteri. Kalau orang yang baru nak berjinak dengan ugama balik ni, dia lebih mudah balik ke perangai asal dan biasanya dia sendirinya yang kena didik pulak oleh isteri solehah.
AMO
yup.. itu realitinyer.. tp, xde yg mustahil kn.. hakikatnye, semua org mampu berubah.. percayalah, org yg baru nk kenal ugama dgn niat n usaha, dia bleh didik dirinye iaitu mgubah haluan arah 180 darjah utk jd better drp org yg beriman.. sakit memang sakit, tp ganjarannyer lebih besar.. thanks kk rehan.. mnulis sambil bdakwah..
Deleteto khail, even though it's not really has anything to do with alaina at the moment, it makes you smile.
that's a good enough reason to be grateful...
Adan orangnya terlalu berhati-hati untuk menjaga semua hati...
ReplyDeleteMakhail seorang yang berterus terang untuk mengambil hati atau memberi pendapat.....
kenapa Zuraida buat Adan macam tu.... buat Adan semangkin benci kan.....
nak adan dgn alai... khail mungkin ada yg lebih baik menunggu dia... ntah2 zuraida... adan n alai sangat sesuai.. =DD
ReplyDelete
ReplyDeleteYe stuju sngatttt ngan idea sharifah nurhidayah, TQ my dear
So perkenalkan Alai ngan Adan,taraaaaaaa...hisk menyibuk plak aku nie , maaf Cik RM ye
Wafiah
sedihnya khail!!
ReplyDelete
ReplyDeleteHah baru betoi Alai ngan Adan, yes yes yes. Permudahkan lah jodoh mereka, eh eh buang tebiat plak aku nie.nilah padahnya bila kite menghayati watak dalam novel RM. baru Feeeelllll............ha ha ha
Farah
ReplyDeleteeh eh tahniah Cik RM buat diriku suspens.............he he
Mimies
ReplyDeleteApe kata Khail ngan Zuraidah plak
Salman
ReplyDeleteAlaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............
Adannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.................
haru betoi penangan novel RM, maaf saya lelaki pn tetiba tersenarai sebagai peminat RM jgak........
Ilham
YES..BIAR ALAI DGN ADAN..KHAIL G CARI PRMPUAN LAIN K..
ReplyDeletekak rehannn..sye tk tau nk pilih mneee... tp dsudut hatiku yg pling dlm(cewahh), kite nk adannnn.. klo sye jdik alai sye akn pilih adan jgk.. itu cara trbaek utk bls budi seseorg.. mmbls kaseh syg seseorg dgn kseh syg jgk... tp kalau sesuatu jdik dgn adan, adakah bgitu mudh alai menerima khail sdgkn hati dye dgn adan? huhuhu
ReplyDeletekak RM ske buat suspensss...
kalaulah sye jdik writer citer ni(cewahh), sye nk buat khail tlh lakukn sesuatu pngorbnn yg bsr utk Alai smpai alai rse trhutg budi..
(p/s: berangan je lbih ayt ats tu)
like alai tunang dengan adan <3 ;DD
ReplyDeleteoh no no no... not adam but khail ..i want khail ...please la RM
ReplyDeleteInsya Allah...... alai akan memilih khail. wp hatinya menyukai adan tp kehadiran khail pd hr raya kedua utk akan mendahului adan..... dan hasil solat istikharah yg dilakukan olehnya telah membuka pintu hati alai utk khail.
ReplyDeletekn RK?
nak khail ngan alai juga .. pls RM
ReplyDeleteNk adan dgn alai..
ReplyDeletemula2 nk blas budi kmdian benar2 cinta..kan alai kannn...hehe..byk je kes kawen sbb cinta tp bercerai jga..
::TR::
terima kasih atas sokongan semua.. maaf baru sempat balas emel.. semalam tido awal..hari ni gi buat gigi dan2. sakit kepala..haihh..tapi dh up 22..suspen kan..sikit je..takde apalah..maaf atas kekurangan dan terima kasih atas sokongan..
ReplyDeleteadan ataupun khail..apa pun yang terpilih atau dipilih itu yg akanmenjadi yang terbaek buat alaina... hohoho
nak aLai ngn khaiL ,
ReplyDeletepleasee !
*~*Meera Lyana*~*
hwaaaa..... sedih...... nk alai ngan khail..... hukuhkhukhukhuk T_____________T hah.. nnti mesti adan mati ke ap.. pastu alai kawin dgn khail.... hahah mcm kejam jer >_<
ReplyDelete-Song Hyun Sun-