Geng

Wednesday, October 03, 2012

Izinkan Aku Menangis 23


BAB 23

TAKBIR bersahut-sahutan.  Hari raya pertama, Alaina buat pertama kalinya bersua dengan ibu dan abah Adan.  Berdebar jantungnya namun diusahakan agar hatinya tenang dan tingkahnya tidak sumbang. 
Senyum mereka mesra menyambut Alaina datang.  Layanan mereka juga baik membuatkan Alaina semakin yakin akan pilihannya.  Biar tidak sepenuhnya dia mencintai Adan, dia akan pupuk lagi.  Tak mudah untuk dia menerima lelaki tapi bila dipujuk, tak mustahil  untuk dia mencuba. 

“Cantiknya Alaina ni,” puji Puan Rohani saat mereka berdua ada di dapur menyiapkan  hidangan. 
Alaina hanya tersenyum malu.  Tidak biasa dipuji.  Melihatkan pada dirinya, entah apalah yang membuatkan Puan Rohani memuji.  Pakaiannya biasa saja.  Hanya sepasang baju kurung yang Ustazah Fatima hadiahkan.  Jubah pemberian Adan pula masih kemas tersimpan. 
Tidak tahu kenapa, berat sungguh hati hendak menyarungkan pakaian itu.  Lantas dia niatkan untuk memakaikan pada hari raya kedua nanti memandangkan keluarga Adan akan ke rumah umi dan babah pada hari raya ketiga. 
“Tak ada apalah, mak cik.  Biasa je ni.  Baju ni hadiah daripada  umi dengan babah,” sela Alaina merendah diri.  
Alhamdulillah.  Dia tetap merasa pakaian baru.  Malah berlebih pula rezekinya untuk tahun ni dan Adianalah yang paling gembira.  Alaina menjenguk ke luar.  Melihat ke arah Adiana yang tersenyum setelah mendapat duit raya daripada Adan dan abahnya.  Tiada apa yang mampu dia gambarkan saat ini melainkan merasakan nikmat Allah yang tak terhingga. 
Apakah lagi yang mampu membuatkan dia tersenyum melainkan  melihat kegembiraan Adiana.  Amanah yang telah arwah ayah letak dibahu dia sepenuhnya dan indahnya hari ini jika ibu ada bersama namun Alaina tidak mampu begitu. 
“Adan kata Alai masih ada ibu?  Ibu kat mana?” 
Alaina tersentak.  Pertanyaan Puan Rohani membawa dia kembali menatap wajah wanita separuh umur itu.  Dadanya berdebar.  Dia tertanya-tanya sendiri.  Tidakkah Abang Adan bercerita semuanya tentang dia dan keluarganya?  Jika benar, mengapa masih ada soalan daripada Puan Rohani untuknya. 
Senyuman digariskan.  Nafas dihela.  Akal warasnya mencerna jawapan.  Seperti yang pernah dia tahu, barangkali beginilah kaum ibu berbual mesra dengan bakal menantu.  Soalan yang biasa ditanya.  Apatah lagi Adan hanyalah anak tunggal dan tiap-tiap ibu pastilah mahukan yang terbaik buat anak mereka. 
“Err… ibu tak sihat, mak cik.”
Tingkah Puan Rohani terhenti.  Dia  memandang Alaina pantas.  Tak jadi hendak menyendukan kuah kacang ke dalam mangkuk.
“Adan tak cakap pun ibu Alai tak sihat?  Dia sakit apa?  Kat hospital mana?  Kalau macam tu, nanti kita pergi melawat dia sama-sama,  ya?”  Bertubi-tubi soalan dan ayat pernyataan yang terbit dari bibir Puan Rohani. 
Nampak jelas di mata Alaina betapa risaunya Puan Rohani akan apa yang baru saja diketahuinya itu. 
“Err… ibu dia…”  Alaina gagap. 
“Teruk ke sakit dia?”  Puan Rohani sudah tidak sabar. 
Alaina tunduk menekur ke marmar putih bersih ini.  Dia tidak sanggup hendak menyebut sakit ibu.  Terasa bagaikan mengaibkan ibu pula.
“Ibu ada dekat hospital Tanjung Rambutan, mak cik.  Mental ibu tak sihat,” jawab Alaina perlahan dan senduk di tangan Puan Rohani terlepas ke dalam lantai. 
“Err… kenapa boleh jadi macam tu?”  soal Puan Rohani lagi.
Kala ini, Alaina dapat melihat akan sifat keibuan yang ada dalam diri Puan Rohani.  Dia dapat rasakan Puan Rohani rela menerima dia seadanya dia menjadi sebahagian daripada keluarga bahagia ini.  Alaina ukir senyuman tipis pada Puan Rohani yang mendung wajahnya.  Murung dan nampak amat sedih. 
“Ibu memang tak sihat.  Dia memang ada penyakit tu tapi satu hari tu penyakit dia macam agak teruk.  Itu yang dia bawa ke sana,” beritahu Alaina jujur.
Tiada apa lagi yang mahu dia rahsiakan.  Sebuah perkahwinan besar maknanya.  Jika dia Adan menikahinya bermakna dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga Adan dan orang tua Adan juga adalah orang tuanya.  Dia mahu bermula dengan jelas dan yakin.  Alaina tidak mampu menerima jika satu hari nanti, perkara ini menjadi persoalan.  Jika benar jodoh dia bersama Adan, Allah  pasti membantu dia menapak ke arah pintu jodoh itu. 
“Keturunan?” 
Alaina angguk menjawab soalan Puan Rohani dan sekali lagi, Alaina melihat mata Puan Rohani terbuntang.
“Astaghfirullah.  Kenapa Adan tak cakap pada ibu sebelum ni?” keluh Puan Rohani. 
“Tak baik kita canangkan aib orang kan, bu?  Sebab itulah Adan tak nak cerita.  Pada Adan yang berlalu tu biarlah.  Yang penting hari esok.  Asalkan kami bahagia, Adan berharap ibu mendoakan kami sentiasa.”  Entah dari mana, Adan muncul pula. 
Bersandar pada bingkai pintu dapur dan memandang kedua-dua wanita yang ada di depannya kini. 
Mendengarkan kata-kata Adan, Puan Rohani terdiam.  Alaina sendiri tidak tahu apakah yang bermain dalam minda dan hati Puan Rohani kini namun dia  yakin, Puan Rohani mampu menerima dia seperti mana Adan bersungguh mahukannya.  Puan Rohani bangkit dan menyapa tubuh Alaina kemas ke dalam pelukan. 
“Tak apalah, Alaina.  Kita doakan moga-moga ibu Alaina cepat sihat, ya?”  pujuk Puan Rohani dan Alaina membalas pelukan itu kemas.  Rindunya dia pada ibu.  Rindu sesungguhnya rindu dan hati Alaina menangis lagi.  Bagai takdir indah itu kian menjauh. 



DAUN pintu ditolak dari luar.  Terbang segala ingatan pada hari raya pertama dua hari sudah.  Peristiwa di rumah keluarga Adan.  Dia lega dapat bercerita pada Puan Rohani biarpun tidak sepenuhnya. 
Wajah Ustazah Fatima muncul.  Begitu juga Malisa.  Alaina senyum.  Syukur bila Malisa sudi hadir biarpun dia tidak memilih Mikhail.  Bimbang  juga jika ada dendam di hati Malisa dan Puan Maryam. 
“Tahniah, Alai,” bisik Malisa dan dia duduk di sisi Alaina lantas mengucup pipi Alaina lama. 
Airmata Malisa mengalir.  Apatah lagi melihatkan pakaian pemberian abangnya itu tersarung pada tubuh Alaina.  Teringat akan tindak-tanduk Mikhail tadi.  Dia sedih melihatkan abangnya begitu dan dia bahagia dalam masa yang sama melihatkan betapa bahagia dan indahlah raut wajah Alaina saat ini.  Barangkali, jika ditatap oleh mata Mikhail, pitam agaknya lelaki itu. 
“Terima kasih sudi datang, Lisa.  Dan maafkan saya,” pinta Alaina rendah diri.  Dia tidak dapat nafikan yang dia benar-benar rasa bersalah pada Mikhail tapi hatinya benar-benar tidak memilih Mikhail. 
Malisa mengedipkan  matanya sekali.  “Jangan risau.  Tak ada apalah.  Abang Khail okey.  Padan muka dia.  Siapa suruh mainkan perasaan ramai perempuan.  Sekali dia kena, terduduk,” gurau Malisa.  Sengaja dia berkata begitu tidak mahu Alaina terus dibelit rasa bersalah.
Malisa gelak tapi Alaina tersenyum pahit.  Dipandangnya persalinan pada tubuhnya.  Indah terletak bak kata Ustazah Fatima dan beberapa orang tetamu yang lain.  Bersih dan suci seperti mana hubungan yang bakal dipatrikan nanti.  Betapa beratnya hati Alaina mengenakan jubah tersebut.  Sungguh dia tidak rela namun dipaksa oleh uminya.
“Cantik baju Alai,” puji Malisa buat-buat tidak tahu akan pemberian itu adalah daripada abangnya sendiri. 
Alaina angguk.  “Khail datang?”  Perlahan saja suaranya.  Bimbang ada yang mendengar akan nama itu.  Bimbang syak wasangka lain pula yang timbul.
“Mestilah datang.  Dia yang beria-ia nak datang ni.  Macam dia pulak nak tunang,” seloroh Malisa.
‘Abang datang Alai.  Abang datang demi Alai.  Demi kebahagiaan Alai biarpun bukan dia yang akan berdiri di sisi Alai nanti.  Alai tak tahu bagaimana Abang Khail.  Alai tak tahu apa yang sedang dia lalui.  Jika Lisa mampu merayu, Lisa rayu tapi seperti kata abang, dia bahagia jika Alai bahagia dan kami bahagia jika Abang Khail bahagia.’  Pedihnya suara hati Malisa berbisik.  Dia sudah mahu menangis namun di tahannya saja bila wajah Puan Maryam muncul lalu duduk di sisi Alaina.
“Alai sihat?”  Ramah Puan Maryam bertanya.
Alaina angguk.  “Terima kasih sudi datang, mak cik,” ucap Alaina. 
“Khail pun datang tapi jangan risau, kami mendoakan Alaina, ya?”  Jemari Puan Maryam jatuh menyentuh lengan Alaina.  Lembut saja material kain yang dipakai. 
Sedang elok berada di tubuh Alaina tapi mengapa persalinan pemberian Mikhail yang dipakai?  Puan Maryam tahu itu adalah  hadiah Mikhail kerana Mikhail telah menunjukkan pada dia dan Malisa terlebih dahulu. 
Mata dia dan Malisa bersabung dan Malisa hanya menggeleng.  Puan Maryam bangkit, begitu juga Malisa.
“Lisa, nanti masa Alai nak keluar jumpa tetamu, ajak abang keluar.  Mama tak nak dia tengok Alai pakai pemberian dia ni,” bisik Puan Maryam pada telinga Malisa.
Pantas, anak gadis itu mengangguk dan berlalu keluar bersama dengan Ustazah Fatima bila Ustaz Fadzil menjenguk ke dalam. 
“Ma, sini kejap,” ajak Ustaz Fadzil dan Ustazah Fatima hanya mengikut meninggalkan Puan Maryam dan Alaina bersama-sama.
“Apa, bang,” tanya Ustazah Fatima.  Wajah cemas suaminya dipandang. 
“Err… Adan telefon tadi… dia…” 
Rasa berat hati Ustaz Fadzil hendak meluahkan namun satu persatu diluahkan juga.  Bila titik akhir bicara menyentuh gegendang telinga Ustazah Fatima, airmatanya laju menitis dan tanpa menanti, dia berlalu kembali ke bilik di mana Alaina berada.
“Yam, boleh saya cakap dengan awak kejap?”  ajak Ustazah Fatima dan Puan Maryam hanya mengangguk. 
Dia bangkit dan mendekat pada Ustazah Fatima.  Bersama airmata yang bercucuran, Ustazah Fatima berbicara dalam sebak.  Sungguh dia tidak menduga begini jadinya segala apa yang telah dia rancangkan namun segera dia kembali pada qada dan qadar Allah.  Dia mampu menerima tapi mampukah Alaina? 
“Apa awak nak saya buat, Ma?”  Seperti juga Ustazah Fatima, airmata Puan Maryam turut bercucuran.  Dia berpaling pada bilik  bagaikan melihat tawa bahagia Alaina tapi mampukah Alaina menerima apa yang sedang dirancangkan ini. 
Alaina gugup.  Bila Ustazah Fatima kembali dengan mata yang basah, dia bagaikan sudah dapat mengagak apakah yang terjadi. Dia senyum menahan tangis.  Jika benar apa  yang bermain dimindanya, dia mahu meraung tapi dia tiada suara sekuat itu. 
“Kenapa, umi?  Keluarga Abang Adan tak jadi datang ke?”  tanya Alaina.
Ustazah Fatima jatuh melutut di kaki Alaina.  Pantas Alaina juga turut sama melutut memeluk tubuh uminya.
“Maafkan umi, Alai.  Umi yang merancang tapi Tuhan menentukan.  Umi yang lalui tapi Alai  yang tanggung.  Umi tak tahu nak kata apa, Alai.  Umi tak tahu nak buat apa?”  adu Ustazah Fatima. 
Alaina gamam.  Seluruh dunia terasa gelap.  Jika dulu ada sedikit cahaya tapi kini, gelap gelita.  Apa lagi yang mampu dia katakan.  Ternyata suara hatinya silap.  Barangkali, keluarga Adan tidak mampu menerima luahan dia dua hari sudah. 
Barangkali Puan Rohani dan Encik Razak tidak mahu menerima gadis sehina dia.  Tapi, hendak dia ungkapkan kesal adalah tidak mungkin kerana dia tahu, semua ibu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya dan dia lega kerana telah meluahkan rahsianya sebelum mereka pergi lebih jauh. 
“Kita batalkan semuanya kalau Alai nak batalkan,” sambung Ustazah Fatima dalam esakan. 
Dia pilu dengan nasib yang sedang menimpa Alaina.  Namun, gadis ini tidak setitispun menitiskan airmata.  Cekal sungguh.
“Apa nak kata, umi…. Jodoh, ajal, rezeki dan hidup telah ditentukan.  Alai faham bila keluarga Abang Adan tak nak datang.  Alai faham, umi,” tekan Alaina memaknakan maksud faham itu pada Ustazah Fatima. 
Tidak silap dia berterus terang pada mereka cumanya hendak menanggung saat ini dan airmuka umi dan babah harus dijaga.  Mereka telah banyak membantu dan tak mungkin Alaina sanggup menconteng arang pada muka mereka hari ini.  Mendengarkan keriuhan di luar sana benar-benar membuatkan hati Alaina luluh.
Ustaz Fadzil  muncul.  “Ma, Khail dah ready,” ucap Ustaz Fadzil  membuatkan mata Alaina terbuntang tiba-tiba. 
“Yam dah cakap dengan Khail.  Abang nak uruskan apa  yang patut dulu.  Yang lain tu, babah nak tanya persetujuan Alai je.  Kalau Alai tak setuju, babah dan umi tak akan paksa.”  Mata Ustaz Fadzil memandang Alaina. 
Kini, mengertilah Alaina akan percaturan takdir ke atasnya.  Melihatkan mata basah Ustazah Fatima, Alaina harus akur akan apa yang telah ditetapkan.  Nafas dihela dalam-dalam.  Matanya melihat pada mata Ustaz Fadzil yang nampak berair. 
Perlahan-lahan, kepala dijatuhkan.  Jika dia perlu tamatkan hari ini segalanya, biarlah segalanya temui titik tanpa tanda koma lagi. 
“Apa saja yang babah dan umi rasa terbaik buat Alai, Alai terima.  Lebih indah jika kita sekali harung je, umi… babah.  Moga tak ada fitnah lain lepas ni,” ucap Alaina sebak.
Tenggelam timbul saja suaranya membuatkan airmata Ustazah Fatima kian galak mengalir dan Ustaz Fadzil hanya mampu mengangguk dan berlalu bersama airmata lelaki  yang mengalir sepi. 
“Ya Tuhan… jika ini yang terbaik, Engkau simpanlah keperitan ini jauh di dalam hatiku yang paling dalam.  Biarkan aku merasainya sendiri, usah Kau biaskan pada yang lain,” doa Alaina sebak.



MALAM yang indah namun keindahannya ditelan akan beberapa titis airmata yang merintik pada pipi Alaina.  Pertama kali setelah arwah ayah pergi, dia mengalirkan airmata setelah menerima kehadiran umi dan babah di depannya. 
“Alai dah sedia?”  tanya Ustazah Fatima dengan mata  yang berair. 
Sungguh dia bahagia melihatkan Alaina yang cantik dirias.  Biarpun hanya dengan solekan tipis, Alaina benar-benar nampak cantik dan berseri.  Tiada apa lagi yang mampu dia katakan melainkan rasa syukur yang amat bila Tuhan amanahkan Alaina dan Adiana padanya.  Menjaga mereka seperti anak sendiri sementara Allah memberi ruang dan waktu kerana Alaina kini bakal menjadi milik seseorang.  Seseorang lelaki  yang bakal bergelar suami yang mampu menjaga Alaina sebaik mungkin.
Alaina angguk.  Dia resah.  Duduknya tidak betah.  Dia berdebar.  Tidak  langsung dia duga, di sini akhirnya dia.  Siapa menduga, kelamnya hidup bakal disinari oleh cahaya.  Cahaya yang telah Tuhan hantar melalui seorang lelaki buatnya.  Menerima dia seadanya dia dan Alaina juga berharap moga dia mampu menerima si dia seadanya.    
“Tapi… Alai takut, umi.”  Alaina menahan tangis.  Dia gelisah amat.  Jemarinya menggeletar. 
Ustazah Fatima duduk di sisi.  Bahu Alaina dipaut kemas.  Airmatanya menitis tapi semuanya telah Tuhan aturkan.  Airmata bahagia buat Alaina.  Berbahagialah kamu, nak.  Umi sentiasa mendoakan.  Doa Ustazah Fatima dalam hati. 
“Alai sedia, ya.  Kejap lagi bakal mertua Alai nak masuk sarung cincin.  Baca doa banyak-banyak, ya?”  pujuk Ustazah Fatima.
Alaina mengangguk saja.  Jika nasihat itu yang terbaik, dia telan bulat-bulat. 
“Assalamualaikum.”  Suara yang memberi salam di muka pintu membuatkan duduk Alaina semakin kalut.  Tingkahnya tidak keruan. 
“Waalaikummussalam…” jawab mereka hampir serentak. 
Jemari Ustazah Fatima dipaut erat oleh Alaina dan bila langsir terkuak, beberapa orang wanita masuk mendekat dengan senyuman menghiasi bibir.  Alaina tersenyum dalam gundah.  Senyum yang sedikit plastik menahan debar di hati.  Dia nampak wajah Adan yang bercermin mata tersenyum dan memujuk resahnya.  Dia nampak Adan  yang menghulurkan tangan saat ini lalu Alaina tunduk menyembunyikan wajah tapi semuanya adalah bayangan saja. 
“Umi…,” seru Alaina.  Dia mahu menangis tapi melihatkan wajah-wajah yang hadir dekat dengannya, Alaina memaksa diri untuk terus tersenyum. 
Tanpa suara, hanya kerdipan mata saja memberi isyarat agar Alaina menghulurkan jari runcingnya.  Sejuk seluruh anggota.  Dia bahagia.  Namun, ada tangis mengenangkan bonda tercinta.  Indah jika ibu ada tapi dia akan ke sana nanti membawa berita gembira. 
Saat jemarinya digapai, Alaina merelakan.  Kala cincin itu disarungkan, airmata menari-nari pada tubir matanya dan bila jemarinya digenggam, Alaina tunduk mengucup tangan orang tua sebagai tanda hormat. 
Saat itu, airmatanya menitis lagi setitis tapi cepat-cepat dia seka.  Untuk apa airmata ini jika hari ini dia perlu tersenyum bahagia?  Hari  ini, saat ini… termaktub di landasan takdir, dia menjadi tunangan orang.  Tunangan pada seorang lelaki dan bakal isteri sebentar lagi.   
“Kalau dah siap, kita nak mulakan akad nikah terus ni,” ujar Ustaz Fadzil  memecahkan hening. 
Alaina senyum mengizinkan.  Betapa Ustaz Fadzil berusaha menyediakan segalanya.  Dari awal hingga kini, dia tahu babah berusaha untuk memastikan apa  yang dirancang kali kedua ini menjadi.  Majlis pertunangan yang bakal mengikat dia menjadi seorang isteri dalam masa yang sama. 
Ustazah Fatima dan Puan Maryam serta Malisa duduk memeluk bahu Alaina.  Ada tangis, ada senyuman dan ada keluhan.  Masing-masing berperang dengan rasa di dalam hati sendiri.  Ada rasa sayu  melihatkan Alaina namun tiada siapa memaksa dia menerima tapi hatinya sendiri berharap moga segala yang terjadi biarlah sampai di sini dan dia akan melangkah untuk meneruskan hidupnya nanti.   Bersama dia… dia yang digelar suami. 
“Maafkan umi, Alaina,” bisik Ustazah Fatima.
“Tak umi…”  Giliran Alaina pula membantah.
“Babah dah usahakan segalanya siang tadi dan malam ni, giliran Alai tunaikan janji.  Umi tak paksa tapi Alai rela,” sahut Alaina separuh berbisik.
Puan Maryam   yang mendengarnya terus tersedu.  Malisa diam namun hatinya tenang bila bahagia ternyata buat abangnya.
Tiada apa  yang mampu dikesalkan.  Segala borang telah ditandatangi.  Wali juga telah dicari.  Saksi juga ada bersama.  Usaha Ustaz Fadzil untuk membahagia dia dan melepaskan dia dari fitnah dunia bila mana majlis yang sepatutnya berlangsung siang hari, bertukar pada malamnya pula. 
Keluarga Puan Maryam hanya kekal dengan lima dulang hantaran dan pihaknya membalas sembilan dulang.  Segalanya berlaku sekelip mata.  Biarpun dia menitiskan airmata, keadaan tak mungkin pulih seperti sedia kala.  Alaina pasrah.  Dia reda.
“Ahmad Mikhail bin Malik, aku nikahkan akan dikau dengan Nur Alaina binti Ahmad berwalikan hakim dengan mas kahwinnya RM300 tunai…” 
Alaina pejam mata serapat mungkin.  Kelopak matanya basah.  Jelas dan nyata sebutan itu menyapa telinganya. 
“Aku terima nikahnya Nur Alaina binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM300 tunai…”
Dan… airmata Alaina menitis tanpa dipaksa.  Pelukan pada bahuku kian kemas.  Ustazah Fatima dan Puan Maryam bagaikan tidak mahu melepaskan tubuhnya lagi.  Masing-masing teresak sendiri.  Bagaikan mimpi, Alaina mahu bangkit segera dari lena.  Sukar hendak dia percaya akan apa yang sedang dilaluinya.  Bagaikan ilusi semata-mata.
Namun, kala dia buka mata… jelas wajah Mikhail di depan mata.  Segak mengenakan baju Melayu putih dengan mata yang merah bagai menahan tangis dan duduk melutut di depannya. 
Mikhail tahu Alaina tidak rela.  Sekadar rela dalam paksa bagi menjaga air muka Ustazah Fatima dan suami.  Mereka bersabung pandang seketika.  Mikhail telan liur berkali-kali.  Alaina benar-benar cantik di dalam persalinan yang dia hadiahkan.  Benar kata Malisa, dia mungkin pitam tapi cepat-cepat dia sedarkan diri dan memandang Puan Maryam.
“Mama…” 
Mengerti dengan apa yang bermain dalam kepala Mikhail, Puan Maryam membuka rantai emas yang ada di lehernya dan menghulurkan buat Mikhail. 
“Ini rantai milik arwah nenek dan mak pada arwah papa Khail, Alai.  Hari ini, rantai ni jadi milik Alai,” ujar Puan Maryam perlahan bersama airmata yang tak mampu dia seka. 
Rantai emas setebal seinci itu bertukar tangan.  Mikhail mengheret lututnya mendekat pada Alaina yang ada dibirai katil.  Mata mereka bersabung lagi bila Mikhail mendongakkan kepalanya. 
“Izinkan abang…”  Suara Mikhail mati.  Alaina mengangguk dan mendekatkan lehernya pada Mikhail. 
Bila rantai tersebut dipakaikan, Alaina tahu dia perlu melupakan Adan.  Biarlah lelaki itu kekal sebagai seorang guru di dalam hatinya.  Bila Mikhail  mengucup dahi Alaina lama, Alaina terus menangis.  Tubuhnya bergetar menahan sendu. 
Tangan Mikhail memegang kedua belah bahu isteri yang baru dinikahinya.  Hatinya risau.  Tidak tahu hendak berbuat apa.  Tiada lagi ayat-ayat kasanova dan langsung hilang kata-kata yang direkanya sejak daripada tadi. 
“Syhh… jangan macam ni, sayang.  Abang minta maaf.  Abang pun tak tahu ini boleh terjadi,” bisik Mikhail dekat dengan wajah Alaina seraya menyapu wajah itu.  Dia menggeleng bila Alaina memandangnya.
“Izinkan Alai menangis, abang.  Izinkan Alai menangis,” rayu Alaina dan dia terus teresak-esak dibahu Mikhail dan tanpa menghiraukan mata yang memandang, tubuh langsing Alaina dipaut kemas berharap moga tangisan itu reda.
‘Menangislah sayang.  Menangislah kerana abang akan sentiasa ada untuk menyeka airmatamu,’ bisik hati Mikhail lagi.  

~~ > bersambung kerana perjalanan masih jauh.  maaf atas kekurangan.  saya penulis baru belajar.

Rujuk di sini  : RUKUN SAH NIKAH

125 comments:

  1. terbaek lah...yeah2..ngan khail..pasni dpt baby eh..

    ReplyDelete
  2. yezzar... happy nyer.. sayang kk rehan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong2...Sayang giler Rehan..
      Thanks..Pagi2 buat saya happy..
      Konfem settle semua kije heheh

      -sfs-

      Delete
    2. ya terbaik RM... bahagianya rasa.... pasti bahagia menanti di hadapan bersama suami tercinta... haruslah mencintai suami lebih dari segalanya... buatkan adan ngan lisa.. ya RM baru syok.... cayalahhh

      Delete
  3. Cian alaina...but at the same time happy khail was there for her

    ReplyDelete
  4. nie mesti mak cik Zakiah sabotaj nie...

    ReplyDelete
  5. yes yes yes akhirnya dgn khail
    sukaaaaaaa sgt
    mmg the best lah rehan

    ReplyDelete
  6. Hahaha...dah agak daaa...ahaks~ muahahaha..eh...aku baca ke citer ni..ihiks~ terlayan weh..ahaks~ cabuttt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. k sha.. tak payahlah nk guna word terlayan bagai.. memang masuk dalam dunia mikhail ngn alaina.. rasa real.. macam berlaku depan mata

      Delete
  7. akhirnya penantian berakhir. wpun alai sedey tp jgn risau sinar kasih ttp ada. khail akan menjagamu dgn baik. tq cik penulis syg anda ketat2. x sia2 sokong khail hahahahahaha. x sbr tgu n2 br. hope alai x pikirkan adan lg pasni ye. mat belia tu mmg ada lak x dtg pdhal dh jnji . skema tul n anak mak sgt hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, anak lelaki tanggungjawab pada mak ayah tak akan pernah jatuh walaupun dah jadi suami. tapi anak perempuan bukan lagi bertanggungjawab kepada ibu dan ayah bila dah jadi isteri. sebab itu perempuan kena cari suami yang soleh supaya dia masih diberi izin menjalankan tanggungjawab sbg anak walaupun telah bergelar isteri. wallahu'allam.

      Delete
    2. Janji ditepati.. Lalalala klo tak ditepati sila jangan undi.. kempem PRU13 ni cik Rehan

      Delete
    3. btul2 skong arzalif....huhuhuhuh

      Delete
  8. what a twist but predictable. sian kat abang adan.

    ReplyDelete
  9. Akhirnya.... impian Mikhail utk menjadikan Alaina permaisurinya menjadi realiti.... waahhhhhhh.....

    So kelab peminat Adan, terpaksalah akur dgn jalan cerita kehidupan alai ni...

    Hmmm... Lega pulak rasanya... walaupun kesian gak kat Adan...

    ReplyDelete
  10. huh...izinkah penyokong adan menangis...penyokong khail terharu...

    saya? sokong cik penulis jaaaa :)

    ReplyDelete
  11. yeay...alai dgn khail...terbaik la rehan.. mintak2 lpas ni bunga2 cinta je la ye khail dgn alai..:)

    ReplyDelete
  12. sayang kak rehan..akhirnya heroku khail yg memiliki alaina..jodoh pertemuan di tgn Allah.. tq kak rehan

    ReplyDelete
  13. bestnya kak! Slmt pengantin baru Alai n Khail!
    pandai@ la Khail ambil hati Alai!

    ReplyDelete
  14. sdih nya kak...huhu...tp apa yg blku pd adan kak... bgitu besar dugaan yg alai plu tmpuhi..moga dia tabah

    ReplyDelete
  15. akhirnya...khail dpt jugak berkahwin dgn alai...best2...tak sabar nak th apa yg jd kpd adan...n apa kah yg akan terjd seterusnya slps alai sah menjd isteri khai...ermmm cepat2 sambung sis...tak sabar ni hehhehe

    ReplyDelete
  16. kenapa keluarga Adan x boleh terima Alai..... sekurang-kurangnya Alai berterus-terang walaupun separuh sahaja..... mesti emak Zuraidah dah pi jumpa family Adan.... x pa lah Alai biarlah mereka dengan andaian mereka....
    teruskan hidup demi kelurga baru Alai..... sekurang-kurangnya mereka sayang pada Alai walaupun tahu semua kisah hidup Alai.... terus cuba menyayangi Mikhail.... Kak Sue Follow

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah... suka. sgt suka entry yg ni.

    ReplyDelete
  18. finally...alai nikah jgak ngn khail... =)

    but wonder why adan tak jd dtg, takkan sebab mak alai sakit je ibu adan refuse mse jmp tu ok je...
    makcik zakiah ade ckp ape2 kt ibu adan ke??

    ReplyDelete
  19. RM,

    Memang terbaek... sy menangis ketika membaca n3 kali ini. Akhirnya Mikhail dapat memiliki Alaina menjadi suri dihatinya.

    ReplyDelete
  20. best sgt2, campur sedih... n terbaiklah Rm... nak lg....

    ReplyDelete
  21. adoiii.. terkujuzzzz adik.. kak rehan ni swing cerita tak da signal.. Great job.. Cian alai dah terpaksa rela.. Adan ke mana kamu pergi??CIk RM izinkan aku bertanya...heheheheeee

    ReplyDelete
  22. sayang sis...sgt2...trima ksih sis..penuh dgn kejutan..terbaik la anda..xpnh mghmpakan pmbaca...ske la..berbunga riang ni...haaaaaaa...

    ReplyDelete
  23. tahan napas bace n3 nih...sebak pilu..sob..sob..nak nangesss....

    ReplyDelete
  24. RM baru baca niii..tenkiuuuuuuu sebab bagi peluang kat Khail..serius kak su terharuuuu tapi kami peminat Khail sgoh bahagiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....yehahhhhhh ;D

    ReplyDelete
  25. sepatutnyer adan terus terang dr awal lg pasal ibu alai..
    tgok ape dh jd.. huhu.. pape pun, khail jagelar hati alai baik2 ea..

    ReplyDelete
  26. Giler best...that's all i can say.. Go go rehan! Smbg smpai abes hopefully

    ReplyDelete
  27. Menitis juga airmataku ini. Harap sgt Khail dpt membahagiakan Alai!!

    ReplyDelete
  28. Rehan....saya syg kamu ketat2.....thanks sbb satukn khail dgn alai...slmt pgntn bru alai n khail...happy sgt nie...trus menangis sya dpn pc kt ofis nie...syoknyaa....khail tlog jga alai baik2 yer, jgn diungkit kisah silam hdupnya yg lalu..trmalah alai seikhlas hatimu....Alai anugerah Allah buat kamu, Khail...

    ReplyDelete
  29. sudah dijangkakan sedikit kesudahannya khail tetap dengan alai.... mmmmmmmmmmmmmm... plot cerita yg terlalu biasa dengan kehidupan realiti... btl x cik penulis???

    ReplyDelete
    Replies
    1. bio le.. ni kan cerita cik RM.. wlopun kamu kata biasa,sekurang2nya ada juga tangis dan tawa untuk pembaca..peace no war ya..

      Delete
  30. kusss semangatttttt........feelin much betterrrr..nasebbbb baikkkkkkk nikah juga mikhail and alainaaa......yippieeee....

    terbaeekkkkk la RM.....pandai wat saspen2 hiyeee..

    ReplyDelete
  31. Yes! Yeah! Yeah! Yeah! Alai dan kahwin dengan Khail. Thanks RM.

    ReplyDelete
  32. Alhamdulilah..Khail & Alai akhirnya bersama..Sy suka..Tq Rehan..

    ReplyDelete
  33. tq rehan...syg kamu bnyk2

    ReplyDelete
  34. terbaeekkkkk....suker alai dengan mikail. karakter mikail lagi kuat & mampu jadi pelindung alai. Adan sangat lembut ...tapi maybe Adan patut dengan malisa? ehehehehe

    ReplyDelete
  35. yezzaaaa.....congrats khail-alaiii..sukaaa tahap petala 7....adan too bad.klu dah x jodoh tu nk watcamne...xpe adan @mat skema @abang2 @ mat belia...hehehe boleh jadi abang kepada alai je....biar khail jadi suami alai yer....

    ReplyDelete
  36. Akhirnya kini pasti...lalalala..

    ReplyDelete
  37. RM, terima kaseh. Sy Mmg bahagia dgn pernikahan Khail-Alai. Terharu jugak utk Adan kerana demi keluarga dia korbankan kasih sayang dia...apa pun yg terjadi ada hikmahnya! Moga Khail menjaga Alai sepenuh jiwa spt die menjaga dirinya sendiri!! Watak Adan nnti RM bley kaitkan dgn mana2 watak...mybe citer baru ke? Apa2 pun..mmg sukeeee sgtttt22..terima kaseh. Menunggu entry seterusnyaaaa

    ReplyDelete
  38. yezzz!!! hahaha...

    ReplyDelete
  39. Replies
    1. sayapun..

      tapi sian gak kat Alai..

      Delete
  40. Replies
    1. hmmmmmmmmmmmmmm...klise...khail hero mesti lah dia yg dpt alaina kan...bkn adan

      Delete
  41. alhamdulillah akhirnya berjodoh jugak alai dan mikahil....bestnya

    ReplyDelete
  42. uwaaaaaa.... airmata gembira n sedih..

    ReplyDelete
  43. yyYiiiiPpiiii..!!! akhirnya...heheh...bessttt sngattt...!!! nak lagiiii3x....heheh...(^^,)v

    ReplyDelete
  44. best.... nak lagi.... akhirnya kawin gak... harap mereka akan bahagia... cian alaina ada penyakit keturunan macam tu..

    ReplyDelete
  45. cpt sgt bersambungnya..bru je jiwa ni nak tacink..tq karehan.

    ReplyDelete
  46. gembira kerana Khail & Alai dah nikah.. Alhamdullilah.. Sambungla lagi!!!!

    ReplyDelete
  47. Yes! Yes! Yes! *jerit sekuat hati* Akhirnya Alaina jadi milik Khail jugak! Go Khail~~

    ReplyDelete
  48. yeay cayalah RM..ni yang wat syg bangat nih..dah agak dh adan mst x jd kawennye..nengok gaya mum adan pn da tau...congrats to khail n alai...hehehehe

    ReplyDelete
  49. yezzzzz terbaikkkkk... alai mmg milik khail....tq rehan

    ReplyDelete
  50. perjalanan alai masih pnjang...bnyak lagi liku2 derita yg akn alai harungi...cemburu khail pd adan ttp ada wlw ali didepan mata...

    ReplyDelete
  51. Salam RM... saya gembira dan terharu kerana akhirnya Alai menjadi milik Khail, seperti yang saya selalu 'doakan'. Semoga perjalan hidup mereka aman bahagia selepas ini. Tapi, watak antagonis masih ada ( Makcik Zakiah ).... camana ni? Haaa.... kasi mati sama dia! ha ha ha...jahat semacam je. Apa pun, tenkiu very much.

    ReplyDelete
  52. yeeeeeeeeee!! alai milik khail akhirnya!

    ila danish

    ReplyDelete
  53. ok, next n3 mesti ada explanation kenapa family Adan x dtg. mula-mula baca dah sedih, tapi bila nak habis pun sedih jugak. perjalanan hidup Khail & Ali baru bermula. Apa lagi yg perlu ditempuhi?

    ReplyDelete
  54. huh...kahwin terus kau.

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. menarik...tapi nak juga sambungan suami tak kuhadap

    ReplyDelete
  57. Alhamdulillah.....
    Mimpi khail dh jd nyata

    ReplyDelete
  58. owh..mst dgn khail..sedih sgt kali ini..nk nangis rasa..cmne after kawen dorg nih..nk tau apa yg terjd dgn adan..mesti mak sedara alai yg kacau..

    ReplyDelete
  59. jujur aku kecewa. sian adan. haihhhhh.

    ReplyDelete
  60. bagi saya..keluarga Adan keluarga yang baik-baik...berugama la...mesti diaorang nak menantu dari keturunan baik-baik..anak dah la sorang...lain la famili mikail...Si Ibu menerima dengan hati terbuka pilihan anak nya....gadis yang berjaya mengubah anaknya...yang lain semua tak penting....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp keluarga mereka mungkir janji. Kalau xnak, kenapa tggu hari kejadian bru nk btau? Udahla si alai dirudung malang, ni malang cmpur malu kerana keluarga baik2 tu..

      Delete
  61. Slamat Pengantin Baru Alai & Khail... sobb.. sobb... gugur jugak air mata ku.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  62. good job rehan...awak mmg tak pernah menghampakan...

    ReplyDelete
  63. yess...suke akhirnya mikhail dpt jugak kawin dgn alai..tq RM

    ReplyDelete
  64. wah...mmg tbaekla n3 kali ni..sy mmg pmint khail ni...cian alai...

    ReplyDelete
  65. yes....suka sgt...akhirnya alai ngan khail....

    ReplyDelete
  66. akhirnya Alai & Khail..
    tapi cik penulis usah pula padankan Zuraida & Adan;
    biar Adan dgn. org lain; at least biar mak cik Zakiah sedar, bukan apa yang dia rancang macam dia buat dgn. Anida tu akan terjadi juga... Moga dia insaf dgn. apa yang berlaku.

    - MAYA -

    ReplyDelete
  67. good job cik writer...:)

    ReplyDelete
  68. yeah! akhirnya alai jadi milik Khail! Love you, akak. mueheehe

    ReplyDelete
  69. bukan alai je nangis.....aku dah meleleh ni. huhuhu...

    ReplyDelete
  70. aaaaaa, k Rehan ni, tauuuu je nak wat orang menangis meleleh air mata. hai, sampaikan air mata Alai jatuh dalam dakapan Khail, Khail ... jage Alay baik2 ek, sakit hati die, tau lah ape nak buat, hehehhe

    ReplyDelete
  71. suka sgt bila khail kwen dgn alai.....

    suzi yna

    ReplyDelete
  72. Terharu bila baca! First2 fikir Alai dgn Adan. Dah start menangis dah. Tup2 Alai kawen dgn Khail. Nangis lagi! Thanks! Sweet gila!! :) xx

    ReplyDelete
  73. alai milik khail...msti khail jge n syg alai spnuh hati dy...sis RM nnt tulis yer bab2 romantik antara khail dgn alai yg boleh membuatkn kami smue tsenyum... :) ..jodohkan lah adan dgn zuraida...jgn lupe insafkan makcik zakiah yer...:p

    ReplyDelete
  74. OMG.. Dorang berjodoh jugak, tp x nk la nnt dh kahwin khail berubah, walaunad ap dugaan pun biar khail setia ngn alai.. X nk die berubah jdik playboy k, panas baran seme..

    ReplyDelete
  75. alahai!terhepy nye kali ne nye n3...termaktup dah ikatan suami isteri khail n alaina.jodoh tu tetap hak ALLAH menentukan wat cam ne pun akhir nye dipertemukan gak!syahdu nye khail memujuk si isteri dalam kesedehan!!!kuar gak airmata sedeh n hepy akak dek.....rase cam puas bile alaina sah hak khail!!!!!!!caya u dek n thank pertemu kn khail n alaina..........tk lupa gak kat adan,agar redha ngan segala yg di tentu ALLAH.percaya u r strong adan!!!

    ReplyDelete
  76. wah! akhirnya ngan khail jugak... suke2! hehehe

    ReplyDelete
  77. cdeh nye...jodohkan lah adan dgn saye...hahahaha
    terbaek...
    tp cdeh...(T__T)
    kalaulah alai boleh kawen 2...hehehe

    ReplyDelete
  78. OMG! Ai tersangatla happy....thanks kak rehan!... :)

    ReplyDelete
  79. yeayyy...khail yg dpt alai..tp jgn lak RM wat ni skdar mimpi sape2

    ReplyDelete
  80. luv khail n alai..tq hehehehe........

    ReplyDelete
  81. weeeeeeeeeeee..sorak lautan..ske8.....khai and alai together....finally....heee..agk dhhh

    ReplyDelete
  82. moga bahagia alai...khail jaga hati alai baik2 tu ye...hihi

    ReplyDelete
  83. yeah! akhirnyaaa Khail dengan Alai jugak. Tak jadi nak touching dengan Kak Rehan.

    ReplyDelete
  84. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  85. kak rehan.....~~~~ <3

    ReplyDelete
  86. selamat pengantin baru Khail :P marvelesss kak RM....cepat2 la nex entry

    ReplyDelete
  87. OMG! Was shocked beyond words kak rehan. totally in love with this entry. Thank you so much. :)))))

    ReplyDelete
  88. akhirnya berjodoh jua khail...tp smpai bgini dugaan yg dterima alai... hiks ..hiks sy terkejut...bahgia jua hdaknya buat pengantin baru....khail jga alai baik2 ye jgn buat die menanggis kpanjang.....buat die ktawe pulak biar alai melupakan adan...best kk rehan...ditggu episod selnjutnye....

    ReplyDelete
  89. lovely n menitis air mata bc n3 ni.....
    khail n alai bersatu jua dgn keadaan x terjangka...
    tahukah adan,khail n alai tlh bersatu....reaksinya????
    x sbr tgu next n3...luv u cik writer
    ~saza~

    ReplyDelete
  90. Waaaa camni klimaks ny,.ok gk alai xbjodoh ngan adan,.mak nye adan cam xleh terima je keadaan alai,.smoga bbahagia lah ye alai n khail,. Tempuhi dugaan y mndatang dgn tabah keke

    ReplyDelete
  91. Sweet sangat. best3!!

    ReplyDelete
  92. yeay...akhirnya,xjd nk wat page banned adan.

    ReplyDelete
  93. andai takdir menolak saya kepada awk...

    pergh...betul2 jadi alai dgn khail ni

    ReplyDelete
  94. alhamdulillah jodoh alai ngan khail..suke sgtt..tp kesian gak ngan adan. moga dia jmp jodoh yg baik..tp jgn ngan sepupu alai tu

    ReplyDelete
  95. yes....alai dgn khail bestlah semoga mereka bahagia

    ReplyDelete
  96. salam dik..kenapa majlis bertukar pasangannya sepatutnya Adan..adakah last minute..ibunya menafikan status Alai sebagai menantunya..

    Mikhail adakah dia akan betul betul berubah?

    ReplyDelete
  97. terus terang saya sangat kesian kat alai. walaupn dia sendiri tak berapa nak cintakan adan dan berjanji akan belajar mencintai adan tp ending dia alai kena rela paksa kawen ngan khail.... ya suaminya yg begitu mencintainya.... tp still saya tak puas hati mcm alai ditindas oleh keluarga adan.... sedih betul tak patut betul

    ReplyDelete
  98. O M khaillllll!!!

    e 2 la adan..klu sgla2 nye d brthu awl2 kn sng..xde la d ari y penting bru nk trik dri..kesian alai..mcm bola je d bt nye..tp apa kn daya..kta hnya merancang Tuhan y menentu kn..n sgla y t'jd pasti de hikmah nye =)

    ReplyDelete
  99. tq rehan..mcm yg.diharapkan..mesti m.cik zakiah ade ckp ape2 tu pasal Alaina. agaknya siap tunjuk keratan paper pasal Anida tikam Ahmad tu. to Alaina: life is unpredictable, tapi Mikhail pasti membahagiakan kecuali nanti dtg plk si Joanna. semoga Alaina tabah :)

    ReplyDelete
  100. hampir2 nak nangis macam alai...moga alai n khail bahagia...adan, mungkin hati terpaksa melepaskan alai pergi namun doa dan harapan agar alai bahagia sentiasa bersemi.

    ReplyDelete
  101. yahooooooooooooo...(tetibe)
    best sbb alai dgn khail.. :)

    -fatonah-

    ReplyDelete
  102. tipu..tipu..rehan bukan penulis yg tersangat hijau kerana beberapa buah novel telah di lahirkan..dan ternyata semua karya rehan superb....alah jgnlah merendah diri..saya suka awak..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. ya.. tipah pun tertipu.. Tipah rasa ramai lagi tipah-tipah tertipu dek rasa rendah diri cik RM..

      Delete
  103. yes yes .. akhirnya dapat juga khail kahwin ngan alai. yesss... terbaikkkk....

    ReplyDelete
  104. tenkiu-tenkiu rehan yeeeeeeeeeeee jadik khail ngan alai..
    (baca sambil tersenyum)

    ReplyDelete
  105. huuuuuuuuuuuu.......... sweeeeeeeeettt... thnk u very very much kak rehan i love u.... hahhahaha
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  106. alhamdulillah... sweet sngt.. baru je sempat baca IAM sbb bz sgt, hari ni free baca semula IAM dari bab 1 smpi kat bab ni airmata x leh tahan dah.. hope khail jaga alai dengan sebaiknya

    ReplyDelete