Geng

Friday, October 05, 2012

Izinkan Aku Menangis 25


BAB 25

            KEPALA dipicit sedikit.  Sejak dia terjaga jam 3.30 pagi tadi, Adan langsung tidak mampu melelapkan mata.  Sakit kepalanya kian menyengat.  Berita yang ibunya khabarnya benar-benar membuatkan Adan hampir hilang akal. 

Waktu ini, sudah kali ketiga dia melakukan solat hajat pohon agar hatinya tenang dan dia mampu menerima kenyataan sebaik mungkin tapi ternyata, semakin kuat dia memaksa dirinya menerima, semakin ketara penolakan yang ada dalam diri.  Adakah ini kerana tulah pada dia kerana memperlakukan Alaina begitu?  Adan tidak tahu tapi sungguh, dia tidak mampu. 
Bersungguh-sungguh dia berusaha agar senyuman terus terukir tapi kala sendirian, airmata lelakinya mengalir.  Dia mungkir janji pada Alaina.  Mungkir janji pada Adiana dan mungkir janji pada diri sendiri.  Menjadi hamba yang munafik!
Melihatkan wajah ibu yang agak keruh pada hari raya kedua itu, hati Adan sudah rasa tidak sedap.  Sejak hari raya pertama lagi setelah dia pulang dari menghantar Alaina.  Ibu hanya mencuka dan banyak termenung sendiri. 
Duduknya serba tidak kena.  Pertama kali begini rasanya.  Ternyata, ada perkara yang menimpa.  Bagai dihempap bongkah batu.  Tertiarap tanpa mampu dia bangkit. 
“Ibu kenapa?”  Adan teringat akan soalan dia pada Puan Rohani hari tu.  Nampak resah semacam.   
Matanya liar melihat persiapan yang masih belum sudah.  Kenapa ibu tak nak siapkan?  Bukan ke esok dah nak pergi merisik Alaina ke?  Hati Adan berbicara melihat pada hantaran yang belum sempurna hiasannya.  Kemudian dia memandang ibunya kembali. 
“Ibu tak sihat ke?”  Semakin resah Adan dibuatnya. 
Puan Rohani berpaling pada seraut wajah bersih di depannya.  Adan anak yang baik.  Anak yang tidak pernah sekalipun menidakkan keinginan orang tua.  Anak yang terlalu penyayang dan lembut hati sampaikan dia tidak mampu hendak menyakiti atau menyekat kemahuan Adan tapi sebagai ibu, dia juga mahukan yang terbaik buat anaknya itu.
“Adan…,” seru Puan Rohani seraya melabuhkan duduk tepat di depan Adan.
“Ibu nak tanya… Adan betul cintakan Alaina?” 
Berkerut dahi Adan menerima soalan ibunya.  Soalan jenis apakah yang ibu tanyakan ini?  Jika dia tidak sebenar-benarnya cinta, pastilah dia tidak punyai niat untuk menyunting Alaina. 
“Adan sungguh-sungguh, bu,” jawab Adan.
“Dia bekas pelajar sekolah Adan, kan?”  soal Puan Rohani lagi. 
Adan mengerutkan wajah dan mengangguk.  Perkara ini sudah diberitahu pada ibu dan abah.  Apa lagi yang ibu mahu persoalkan?  Adan hanya mampu menanti.
“Ibu dia sakit mental, kan?”
Terkejut juga Adan mendengarkan ibu berkata demikian.  Agak kasar pada pendengarannya namun kerana itu hakikat, apa lagi yang mampu dia nafikan. 
“Alai dah akuinya pada ibu semalam,” beritahu Adan. 
Puan Rohani mengangguk.  Adan pelik melihatkan tingkah ibunya hari ini.  Lain benar dari semalam.  Bagaikan dia sendiri tidak kenal akan ibunya.  Perlahan-lahan, Puan Rohani menarik keluar sehelai keratan akhbar daripada beg galas milik Adan.
“Ibu jumpa ni dalam beg galas Adan masa kemas barang Adan semalam.  Tolong ibu.  Tolong nafikan ini bukan ibu dan ayah Alaina?”  desak Puan Rohani mula teresak-esak.
Adan gamam.  Keratan akhbar yang dia dapat daripada Haji Hassan tempoh hari kini berada di tangan ibunya.  Mata Adan redup memandang Puan Rohani lalu dia terus melutut di depan ibunya.  Saat itu, Encik Razak juga baru saja labuhkan duduk di sisi isterinya. 
“Bu… ampunkan Adan tapi Adan memang sayangkan dia, bu.  Adan dah janji nak jaga dia, Yana dan ibu dia nanti.  Tolong, bu.  Jangan sekat kehendak Adan kerana selama ni, Adan tak pernah membantah kehendak abah dan ibu,” rayu Adan sedikit sebak biarpun ibu dan abahnya masih tidak berkata apa.
Namun, sekilas ikan di air, sudah dapat ditelah jantan betina.  Seperti mana apa yang sedang bersarang dan bakal terluah oleh lidah ibu dan abahnya, Adan yakin hubungan dia dan Alaina pasti dihalang. 
“Ibu sayangkan Alaina.  Pertama kali melihat dia pun ibu dah jatuh kasih tapi ibu tak mampu nak terima menantu macam tu, Adan.  Adan adalah satu-satunya anak ibu dan ibu nak yang terbaik.  Ibu tak kisah jika benar ibu dia sakit dan ibu yakin, Alaina mampu menjaga Adan tapi bila sebab ini ibu dia masuk hospital jiwa…”  Surat khabar itu disuakan pada Adan.
“… ibu tak boleh nak terima, nak.”  Puan Rohani terus menggeleng. 
Encik Razak hanya diam.  Kasihan melihatkan Adan namun, dia juga perlu bertegas dengan anak lelakinya ini. 
“Tapi, majlis tunang esok dah bu…”  pujuk Adan berharap agar ibu dan abahnya mengerti.
“Tak baik kita aibkan Ustazah Fatima dan Alaina sendiri, bah.”  Dia beralih pula pada Encik Razak.
Tak mungkin abah dan ibunya tidak mengerti akan semua ini.  Mereka orang beragama.  Ada iman di dada.  Tidakkah mereka berasa kejam melayani Alaina sebegini.
“Memang tak baik tapi kami harap, Adan mengerti akan perasaan kami sebagai ibu dan bapa.  Adan tak jadi ayah lagi jadi Adan tak tahu.  Bukan ke Adan sendiri tahu yang Nabi sendiri menganjurkan kita memilih isteri dari keturunan yang baik-baik…”
“Dan… Alaina tak minta hidup dia jadi macam ni, bah.”  Adan cuba memujuk.  
“Lagipun, apa ada dengan keturunan, bah… bila iman tu tak dapat diwarisi?”  tanya Adan dengan sebu yang kian mencekik halkumnya. 
“Nur Ramadan…,” seru Encik Razak lembut.
“Abah faham tapi Adan juga kena faham.  Perkara ini tak mudah seperti yang Adan sangkakan.  Apa yang terjadi dalam keluaga Alaina agak teruk, nak.  Adan pergilah jumpa Alai cakap kita tangguhkan dulu majlis merisik ni…” suruh abahnya.
Adan senyum sinis.  “Tangguh sampai bila, bah?  Sampai Adan mati?”  Sedikit kasar dia bersuara. 
Sungguh, sabarnya hilang.  Tiada lagi ketenangan dalam tutur kata.  Yang terbayang hanyalah wajah Alaina yang menangis hiba bila  dia katakan itu nanti.
Setelah puas Alaina bersedih, hari ini gadis itu perlu berjuang lagi demi sebuah kebahagiaan dan dia juga, jika benar ibu dan abahnya tidak merestui, Adan tak akan tempuhi.  Sayangkan pada Alaina tak mungkin mampu membuatkan dia membuang kedua raja dan ratu hatinya biarpun hatinya hancur dimamah kecewa.
“Jangan cakap macam tu, Dan.  InsyaAllah, akan ada jodoh yang baik buat Alaina nanti. Kita sama-sama doakan…”
“Dan Adan harap, jodoh Alaina itu adalah yang lebih baik dari kita, ibu… abah.  Yang mampu menerima diri Alaina sebab Adan silap kerana merahsiakannya sedangkan niat Adan adalah tak mahu mengaibkan orang.  Tapi, Adan silap.  Adan lupa Adan tak baik untuk Alaina.  Adan tak kuat untuk menjaga dia.  Adan memang tak layak untuk dia.  Maafkan Adan, bu… abah.  Ampuni Adan,” rayu Adan lalu dia bangkit berlalu ke bilik.
Dulang hantaran yang tersepak secara tidak sengaja itu dibiarkan saja bergolek begitu tanpa ada rasa hendak membetulkannya.  Segalanya sudah tiada bermakna.  Kepala juga tiba-tiba sakit.  Bagai hendak pecah.  Airmatanya menitis tak sudah.
“Jika itu yang mampu membahagia hati ibu dan abah… apa lagi yang mampu Adan katakan.  Adan anak yang tidak taat namun seadaya-upaya, Adan tak mahu lukakan hati ibu dan abah,” gumam Adan lalu dia masuk ke biliknya. 
Bilik yang diangankan akan dikongsi bersama Alaina namun segalanya ranap bila tiada restui orang tua.  Adiana pasti merindui dia kerana dia juga amat merindui anak kecil itu. 
Esoknya, belum sempat airmatanya kering, berita tentang Alaina membuatkan dia terduduk tak mampu bangkit lagi.  Majlis pertunangan yang sepatutnya berlangsung bertukar majlis pernikahan Alaina tapi dia tidak tahu siapakah lelaki itu? 
Jika Alaina jatuh pada lelaki yang salah, dialah yang merasa amat berdosa.  Tapi, jika lelaki lain adalah salah untuk Alaina, dia juga adalah satu kesalahan yang paling teruk buat memori gadis itu. 
Ibunya tenang menyampaikan dan Adan hanya berlagak tenang menerima khabar itu.  Bila ibu berlalu dan daun pintu dirapatkan sekali lagi, tubuh Adan jatuh melurut di belakang pintu.
“Abang salah pada Alai.  Abang tak mampu jaga Alai.  Abang tak baik untuk Alai.  Ya Tuhan… jika ini dugaan, Kau teguhkan hati aku.  Jika ini dugaan, Kau kuatkanlah jiwanya.  Tidak salah ibu, bukan juga salah dia tapi  ini adalah kehendak-Mu dan aku pohon, pinjamkan aku secubit kekuatan-Mu, pinjamkan aku sedikit ketenangan,” bisik Adan bersama linangan airmata.  Mukanya ditekup pada lutut. 
Kala ini, dia sendiri lagi.  Ingatan pada perkara semalam masih membuatkan urat nadinya hampir putus.  Kerana itu, dia bangkit mencari sejadah.  Mahu mengadu pada yang Esa.  Rindunya dia pada Alaina tapi untuk apa.  Alaina kini sah menjadi isteri orang dan dosa pula buatnya kerana mengingati isteri orang. 
Janji tinggal janji.  Alaina pasti membenci dan dia akan terus meratapi.  Wajahnya sembab.  Tangisannya kian bergema di dalam bilik ini.  Sudah tidak mampu menanggung rasanya. 
“Abang rindukan Alai.  Abang dah janji nak jaga Alai dengan Yana dan juga ibu.  Abang bersungguh-sungguh.  Abang memaksudkannya, Alai,” rintih  Adan.
“Tapi, jodoh tak tertulis ada kita.  Abang benar-benar merancang Alai tapi Allah menentukan namun mengapa tak berdaya abang hendak berdiri?  Tak mampu abang hendak menapak.  Jauh sekali hendak menerima.  Adakah abang tidak mensyukuri qada dan qadar Tuhan?”  
Adan berbicara sendiri.   Berkali-kali dia memujuk hati.  Allah memberikan apa yang dia perlukan dan bukan apa yang dia mahukan.  Allah telah mengatur segalanya dengan seindah-indah kejadian tapi terlalu payah untuk dia hadapi kala ini. 
Tangisannya kian bergema di sepertiga malam itu.  Dia makan namun entah apa yang ditelan.  Dia lena namun matanya jaga.  Semakin hiba dan terus hiba hingga membuatkan ibu dan abahnya terjaga.
Tangan Adan diangkat tinggi.  Airmatanya terus merembes.  Sungguh tidak disangka, hari ini dia menangis kerana sukar hendak menerima kehendak Ilahi.  Benar kata ulama, semakin dekat kita dengan Tuhan, semakin hebat dugaan kerana iblis laknatullah itu tidak akan kenal erti lelah menggoda anak cucu Adam agar sesat dalam mencari redha Tuhan.
“Ya Allah… berilah bahagia buat dia.  Ambillah bahagiaku dan hadiahkan buat dia.  Biarlah deritanya menjadi milik aku kerana aku munafik padanya.  Engkau berikan yang terbaik buat dia dan aku pastilah tidak layak menjaga dia, Ya Tuhan.  Demi-Mu, aku mencintai ibu.  Demi-Mu aku menyayangi ayah dan apakah lagi bahagia yang aku mahu pinta jika kedua-dua mereka ada disisi berharap yang terbaik buat aku,” doa Adan tersekat-sekat bersama airmata yang semakin galak mengalir. 
Sesungguhnya, kerana jodoh bukan untuk dia dan Alaina, lantas Allah berkata tidak dan akan merencanakan hidup itu dengan pelbagai cara.  Adan hanya berharap agar dia mampu menerima dan redha akan segalanya biarpun terlalu perit. 
Doa Adan menusuk kalbu seorang ibu.  Luahan syahdu Adan menikam hati seorang abah.  Puan Rohani yang melihat dari balik langsir pintu bilik anaknya itu turut menitiskan airmata.  Pertama kali Adan begitu.  Ada rasa sesal di hati namun sungguh dia tak mampu menerimanya.  Dalam hatinya pantas berdoa moga Adan kuat dan terus utuh menerima ketentuan. 
“Ani risaukan Adan, abang,” adu Puan Rohani dalam esakan halus. 
“Jangan risau… nanti eloklah tu dia,” pujuk Encik Razak biarpun dia sendiri kegelisahan lalu mereka menjauh dari bilik Adan yang semakin syahdu dihiasi esakan halus anak bujang mereka itu. 
Airmata seorang bapa menitis juga.  Andai dapat dia undurkan waktu… namun sayang.  Alaina telah dimiliki.  Hanya doa yang mampu dia panjatkan moga Adan terus kukuh berdiri.



BIBIR Mikhail mengukir senyuman nakal.  Kemain payah dia sembunyikan senyuman begitu di depan isterinya tadi.  Bila berada di dalam bilik air, barulah dia mampu sengih selebar mungkin.  Huh, naik lenguh dah rahang.  Tapi sungguh, tak mampu dia matikan senyuman mengenangkan Alaina malam tadi. 
Mikhail sengaja mencapai alat kawalan penghawa dingin dan direndahkan lagi suhunya membuatkan Alaina yang sedang lena semakin menghimpit dia hingga dia rapat pada dinding katil dan tiada pilihan lagi melainkan hanya pelukan pada tubuh Alaina mampu membuatkan dia selesa. 
“Ada katil besar, tidur atas karpet.  Ingatkan dia nak tidur atas katil… kalau dia nak ikut baring atas karpet, mudah berbungkus dalam gebar je malam tadi,” ujar Mikhail pada dirinya sendiri kala menatap wajah tampannya di dalam cermin.
Seketika, Mikhail pejamkan mata.  Membayangkan peristiwa malam tadi bila Alaina menghimpit tubuhnya.  Tak mampu dia ungkapkan debar di dalam dada.  Rasanya dia mampu tidur lena tapi lain pula jadinya bila dada Alaina rapat padanya.  Melihat lekuk pada tubuh Alaina sudah membuatkan dia sesak nafas, apatah lagi merasainya membuatkan dia hampir hilang nafas. 
Hingga ke pagi, Alaina lena namun bila dia tersedar, isterinya itu sudah siap membersihkan diri.  Cuma rambut je tak basah.  Mikhail tunduk kala bangkit dari lena tadi.  Tidurnya dikejutkan dengan begitu lembut.  Hanya hujung ibu jarinya disentuh dan rasanya berkali-kali juga Alaina memanggil dia. 
Bukanlah dia tidak sedar, tapi dia bahagia mendengarkan Alaina memanggil dia abang.  Bagaikan lantunan puisi  yang tak puas dijamu telinganya.  Bila dia buka mata, Alaina sudah sedia menghulurkan tuala.
“Alai tunggu abang.  Kita berjemaah dengan umi dan babah,” ucap Alaina saat itu. 
Mikhail mengurut belakang tengkuknya.  Sakit tubuh. Pertama kali lena di atas lantai.  Pertama kali lena menikmati haruman tubuh seorang wanita.  Pertama kali keinginannya memberontak sebegini hebat dan pertama lagi dia berusaha menyekat. 
Mata dibuka dan Mikhail terus membersihkan diri.  Dia perlu cepat.  Pastinya Ustaz Fadzil mengajak mereka ke masjid atau jika di rumah, tentulah dia akan diminta menjadi imam.  Pastilah begitu kerana Alaina adalah anak  yang mereka sayangi.
Setelah siap, dia berlalu keluar hanya dengan bertuala separas pinggang dan pada paras peha saja.  Kecil sungguh tuala Alaina ni.  Kalau kata isterinya menggunakan tuala ini, entah bagaimana keadaannya.  Mikhail menggeleng beberapa kali.  Dia sudah terlebih membayangkan. 
“Abang dah siap,” beritahu Mikhail berharap Alaina sedar akan kehadirannya. 
Kala ini, Alaina sedang menyikat rambutnya di depan cermin.  Nampak ralit sangat sampaikan dia sudah keluar daripada bilik air pun isterinya itu buat tidak tahu saja.  Sudahlah kesejukan.  Tuala pula muat-muat tubuh saja.
Dia sendiri tidak tahu nak buat apa.  Semua pakaiannya sejak malam tadi Alaina yang sediakan.  Adalah juga sehelai dua pakaian yang dia bawa tapi tak tahu di mana Alaina simpan.  Mahu tidak mahu, dia terpaksa tayang badan pada mata isteri.  Sedikit sebanyak biarlah Alaina tergoda.  Menggoda isteri sendiri, besar pahalanya.  Itulah pesanan Ustaz Amar.  Biarlah saling menggoda dan tergoda tapi isterinya masih belum tergoda nampaknya dan Mikhail perlu berusaha lebih gigih.
Alaina berpaling.  Sikat diletakkan di atas meja solek dan dia terus berlalu ke almari.  Sehelai baju T dan kain pelikat dikeluarkan.  Kain pelikat milik babah.  Babah yang hulurkan semalam khas untuk Mikhail kerana dia tahu, Mikhail bukanlah  jenis menggunakan kain pelikat. 
“Nah,” hulur Alaina. 
Matanya hanya tenang memandang susuk tubuh Mikhail.  Berotot sana sini.  Padanlah perempuan cair sebelum ni tapi dia jenuh menolak namun dengan mudah Allah hadirkan lelaki ini dekat dalam hidupnya.  Menjadi yang halal buat dia menatap segala apa yang ada pada Mikhail. Membawa dia menggalas tanggungjawab seorang isteri pada usia 19 tahun. 
Tipu jika Alaina katakan darahnya tidak menggelegak.  Bohong jika dia katakan, dia tiada rasa hendak menyentuh tubuh yang terdedah itu.  Dia tahu, jika Tuhan telah jodohkan mereka, tidaklah jodoh semata-mata kerana Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih.  Dihantar sekali dengan rasa kasih dan sayang biarpun masih tipis. 
Wajah Mikhail terasa menebal.  Alaina sudah berani menentang pandangan matanya.  Dia pula jadi malu.  Pelik.  Hebat sungguh panahan mata isterinya.  Namun, dia tak mampu mematikan sengihnya.  Bagaikan punyai makna tersirat. 
“Abang tak lenguh rahang ke sengih macam tu daripada dalam tidur semalam lagi?”  soal Alaina.  Menyindir. 
Mikhail gamam.  Eh, dia tahu ke aku sengih?  Isteri aku ni tak tidur ke atau ada penjaga yang jaga dia sampai dia tahu aku tersengih dapat peluk dia?  Mikhail mula ada fikiran pelik namun dihalaunya cepat-cepat. 
“Malam ni, kalau abang nak kuatkan air-cond, cakap awal-awal.  Senang Alai pakai baju panas,” tokok Alaina lagi. 
Bukan dia tidak tahu, Mikhail sengaja merendahkan suhu bilik lepas tu tersengih macam kerang busuk bila dia tanpa sedar merangkul tubuh suaminya itu. 
Tapi, suaminya itu lagi hebat mengusik.  Mikhail mula mendapat akal dalam melayani sikap Alaina yang sejak dari dulu bagai jinak-jinak merpati.
“Lor… kalau kata sejuk tak payah pakai baju panas… abang sudi nak hangatkan sayang,” bisik Mikhail dekat pada telinga Alaina membuatkan Alaina terus kejung. 
Tubuhnya menegak.  Keras bagai patung cendana.  Nafasnya sesak dan dadanya berombak.  Mata Mikhail tertancap pada dada isterinya yang nampak turun naik.  Besar sungguh baju Alaina.  Macam baju kelawar.  Cecah lutut labuhkan.  Jika dia masuk pun muat agaknya.  Haih…
Kain pelikat di tangan Alaina digapai.  Dia hanya membiarkan saja isterinya terus pegun.  Gurau-gurauan antara suami isteri dituntut agama untuk mengeratkan kasih mencambah sayang.  Apatah lagi mereka masih baru untuk satu sama lain. 
Mikhail menyarungkan kain melalui kepala.  Saat kedua tangannya diangkat, tuala yang membaluti tubuhnya lepas.  Alaina pejam mata dan Mikhail hanya ketawa. 
“Haih… tutup mata kenapa?  Abang dah pakai kain ni tapi…”  Senyum Mikhail mati.  Dia meleretkan kata.
Mata Alaina terbuka.  Hampir gugur jantung ke kaki saat ini.  Mikhail ini bergurau tidak kena tempat.  Ada juga nanti Mikhail tinggal menjadi duda berhias. 
“Abang tak retilah sayang… pakai kain pelikat,” adu Mikhail dengan wajah berkerut. 
Kasihan pula Alaina melihat wajah sedih itu.  Perlahan-lahan, Alaina memegang kain tersebut.  Dia pernah melihat ibu memakaikan kain pada arwah ayah.  Nampak mesra dan penuh kasih sayang.  Bila ibu tidak sihat, dia pernah kemaskan kain dan pakaian untuk ayahnya dan hari ini, dia berada di tempat ibu melakukan perkara yang sama pada suaminya. 
“Abang buat macam ni.”  Alaina terus berlalu ke belakang Mikhail.  Kedua tangannya melingkari pinggang Mikhail hingga hampir memeluk lelaki itu sepenuhnya. 
Perlahan-lahan diajar cara memakai kain pelikat dan bila belitannya siap, baru saja Alaina mahu meleraikan pelukan itu, Mikhail menghalang.  Ditarik tangan Alaina membuatkan gadis itu rapat pada belakangnya yang terdedah.
“Terima kasih.  Sehari satu ilmu yang abang belajar dari Alai.  Itu sudah lebih memadai,” ucap Mikhail penuh makna yang tersirat.
Dia tidak sangka, begitu sekali Alaina sudi melayani karenahnya biarpun mereka baru saja bergelar suami isteri semalaman.  Pada mulanya, Mikhail benar-benar merasakan Alaina pasti menafikan haknya namun sangkaannya itu jelas meleset. 
“Alai tak ajar apa pun.  Pakai kain je,” balas Alaina mula tidak selesa. 
Tangannya dilepaskan dan Mikhail membawa tubuh mereka berhadapan.  Rambut yang masih menitis airnya itu disuakan pada ALaina. 
“Tolong,” pinta Mikhail lagi dan merendahkan sedikit tubuhnya. 
Tidak dapat tidak, Alaina mengambil tualanya dan mengelap rambut Mikhail.  Barangkali inilah sisi wajah Mikhail yang dia tidak tahu.  Manja.  Tapi, Mikhail tidak tahu, Alaina sedaya-upaya merelakan hati.  Tak mudah untuk dia.  Jika orang lain juga pasti sudah lama tewas tapi dia masih berusaha dan tidak putus berdoa moga hatinya dipenuhi oleh nama suaminya saja. 
Bila Mikhail angkat kepala, Alaina menghadiahkan sekuntum senyum.  Bila Alaina mahu menapak, Mikhail melelar lengan isterinya.
“Izinkan abang,” pinta Mikhail resah.
“Err… izinkan apa?”  Kening lebat Alaina terjongket sedikit. 
Dalam hatinya sudah gentar.  Janganlah Mikhail meminta yang bukan-bukan hening pagi ini.  Kejap lagi azan Subuh akan berkumandang.  Karang Subuh ke mana, mereka ke mana.
“Izinkan abang peluk Alai kejap.  Bagi abang rasa degup jantung isteri abang.  Abang nak kenal degup jantung isteri abang hingga biar nanti dari jauh pun abang mampu rasakan degupan jantung Alai hanya menyebut nama abang,” sambung Mikhail. 
Memandang pada wajah Mikhail, rasa sayangnya tumpah sedikit demi sedikit.  Biarpun tiada cinta tapi sungguh… rayuan dan lembut tutur kata Mikhail berjaya membuatkan hati Alaina kecairan. 
Tanpa Mikhail menarik dia, Alaina terlebih dahulu memaut Mikhail ke dalam pelukan.  Dipelukkan erat lalu dia merasakan Mikhail memeluknya kembali.  Matanya dipejam erat.  Mikhail semakin galak.  Rambut Alaina biarpun tidak basah tetap membawa resah. 
“Khail… dah siap ke?”  Pintu bilik tiba-tiba diketuk. 
Mikhail tersentak dan pelukan Alaina terlerai.  Mikhail cuba mengawal nafasnya dan Alaina cuba menahan rasa malunya.  Suara babah ada di pintu.
“Err... ya… ya babah,” sahut Mikhail.
“Kalau dah siap, kita berjemaah kat masjid.  Cepat sikit.  Babah tunggu kat depan.  Biar Alai solat dengan umi kat rumah,” ujar Ustaz Fadzil agak kuat. 
“Baju, yang…”  Mikhail kalut. 
Alaina terus mahu melangkah ke almari mahu mencari baju suaminya namun Mikhail menghalang.  Dengan selamba, baju T yang ada pada tubuh Alaina dibuka lalu dia menyarungkan pada tubuhnya.  Bibirnya senyum menatap kulit putih gebu itu di depan mata.  Kehendaknya bergelora namun pantas dia tepis. 
“Sayang solat dengan umi.Abang pinjam baju Alai dulu.”  Pipi Alaina dikucup dan Mikhail berlalu membiarkan isterinya begitu.  Dingin digigit rasa sejuk dinihari bila baju T nya dibuka oleh Mikhail.
“Tapi…”
“Assalamualaikum isteri saya,” ucap Mikhail bila Alaina mahu bersuara.  Tak sempat menghalang, Mikhail sudah merapatkan daun pintu.
“Baju tu ada bunga-bunga,” sambung Alaina pada diri sendiri namun bibirnya tersenyum malu lalu dia rapat semula ke almari dan mengambil pakaian yang baru.
Mikhail pula menggaru kepala  yang tidak gatal.  Dasyat jugak aku ni.  Tak sangka dia berani membuka baju isterinya tapi setidak-tidaknya, Alaina tidak marah.  Itu sudah lebih dari cukup.  Dia yakin, satu hari nanti Alaina milik dia sepenuhnya. 
Ustaz Fadzil tersengih melihatkan Mikhail.  Semalam Tuhan bawakan hujan dan ribut namun hari ini, Tuhan kirimkan pelangi buat Alaina melalui Mikhail.  Dia tahu Alaina menerima Mikhail kerana menjaga maruah mereka.  Dia sendiri masih tidak percaya yang Alaina mahu dinikahkan terus tapi itulah hakikat.  Tiada siapa mampu menyangkal lagi. 
Bila Ustaz Fadzil melihat Mikhail tersengih, mata dia jatuh pula pada baju yang ada pada tubuh Mikhail.  Dahinya berkerut.  Rasanya itu baju Alai.  Alaina pakai masa dia mahu hulurkan kain tadi. 
“Hai… macam mana baju Alai boleh ada dengan Khail?  Rasanya babah tengok tadi Alai yang pakai?  Jangan cakap kamu berebut baju dengan isteri kamu sudah,” usik Ustaz Fadzil lalu dia menapak perlahan meninggalkan Mikhail setapak. 
Dia pernah muda dan dia tahu erti senyuman Mikhail.  Tersedak dengan usikan itu, Mikhail hanya menggaru kepalanya lagi.  Tak tahu hendak berkata apa.  Yang pasti, dia bahagia.  Kakinya menuju ke rumah Allah dan yang sedang menanti dia adalah anugerah Allah.  

~~> bersambung. Maaf atas kekurangan dan terima kasih atas sokongan.  

107 comments:

  1. tetiba saya malu..ekekek

    salam kenal cik penulis..

    -fatonah-

    ReplyDelete
  2. salam rehan..
    bahagia rasanya bc n3 ni...tq sambung lg

    ReplyDelete
  3. hahahaha pki bju bunga2 ek khail. xperla jnji ada bau bini kamu kan. sudah angau thp 7 petala dah si khail ni. kena lak ali x membanth lg la laju dia pasang strategi hihihi. lps ni apa agaknya dia nk buat, jgn dia ambik skali adik alai utk di pakai udahla hahahaha.
    tp cian jg kat Adan kan, spi mcm tu skali dia sedih, hope dia temui kebahagian wpun bkn ngan alai. sila la cik penulis carikan teman utk dia n jgn matikan watak dia. cian pulak dia pun nk bahagia gak wpun x dpt alai hahahaha.

    ReplyDelete
  4. sedih bila baca part adan... moga adan bertemu jodohnya... meleleh gak air mata bila baca doa adan tu...

    part mikhail dgn alai mmg sweet sgt... :)

    ReplyDelete
  5. best...kalo dah bukan jodoh tu...xleh nak buat pe dah...hihi..nak lagi...

    ReplyDelete
  6. owhhh....da tersengih-sengih baca....:)...sweetnyer khail...

    ReplyDelete
  7. Manjanya Khail ni..Tahniah Alai sebab menjadi isteri yang baik.. tenkiuuu sebab layan khail kami dengan begitu baik sekali...tharuuu...

    RM: "____________"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su..speechless...best gaya tulisan RM...kesian gak kat Adan...tp best utk Khail sbb Alai layan dia baik sgt..

      Delete
  8. dear penulis...
    saya suka gaya bahasa cerita nie..
    menyentuh jiwa & sarat dengan peringatan dan ilmu yang berguna...
    i love it..<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes nurul nadiah..setuju dgn kamu...menyentuh jiwa & peringatan n ilmu yg brguna...

      Delete
    2. setuju. mmg setiap penulisan RM ada pengisian utk pembaca2 beliau.

      Delete
  9. heeee..heeepepagi niii dpt sarapan best sgt....lawak pun ada...best Rehan..keep up...

    ReplyDelete
  10. bestla..pandai kak rehan buat cter...paling suka akak selalu update..love u...muaaaahhh..

    ReplyDelete
  11. hehheh.... makin best cter ni. ^___^ senyum sampai ke telinga dah.

    ReplyDelete
  12. oh so sweet... harap-2 Alaina dpt menerima Khail seadanya begitu juga dgn Khail.

    Pada Adan, terimalah takdir yg Alaina bukan jodohnya.

    ReplyDelete
  13. senyum sampai langit baca nih...

    ReplyDelete
  14. hahahaha...sgt kelakar la khail n alai ni.. tp sian kt adan...huhuhu...

    ReplyDelete
  15. alahai...sengih sorg2 bc cte ni...sweet...♥♥♥

    ReplyDelete
  16. Sy sukaaaaaaaaa..Mmg la Khail ni playboy..Dlm pada takut2 Alai marah mcm2 dier buat utk ambil hati Alai..Sampai sanggup pakai baju bunga2..

    ReplyDelete
  17. jatuh simpati wat adan!namun adan terdidik agama n teguh iman nye so ngan redha terima ketentuan ilahi...adan pasrah,sudi mengiklas kan secebis doa utk kebahgian insan tersyg wal hal ati adan tercalar tk mampu memiliki alaina!!tulus ati adan merelakan agar jauh dari status anak derhaka pd kedua ibubapa tercinta......muge ALLAH anugerah kn hawa yg terbaik wat adan.n kebahgian akan menyeri kn jodoh khail n alaina.agar hati khail n alaina di penuhi bunga2 cinta hingga hujung nyawa.....amin

    ReplyDelete
  18. kesian kt adan...tp dh jodoh khail ngn alai...terima je la

    ReplyDelete
  19. sedih sangat baca bab adan. nampak sgt adan menderita dan sengsara. iskkk

    tp bila masuk bab khail ngn alai, comel giler... hahahah suka suka.

    -didi-

    ReplyDelete
  20. hehehe... tersengih2 baca n3 nie....
    salam perkenalan RM...
    eina n9

    ReplyDelete
  21. Kesiannya baca ttg kesengsaraan adan menanggung luka di hati. Menitis air mataku... Syabas to the writer kerana boleh buatku yg brutal ni jiwang pd pagi hari.

    Bila baca part mikhail mengayat alai, adoyai.... Suweet mueet nya... Tetiba jer secara spontan muscle di muka menzahirkan senyuman...

    Confirm ku telah diconvertkan menjadi ahli kelab jiwang- karat! Alamak....hihihi...

    ReplyDelete
  22. tak tahu kenapa saya tak boleh nak rasa kesedihan Adan mcm saya rasa kesedihan Mikhail sebelum ni. tapi Mikhail sangat SWEET

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dgn akak. ms part mikhail sedih smpi menitik air mata tp bila adan x rs sedih pulak.

      Delete
  23. sweetnyer...best n3 ni tenkiu rehan

    ReplyDelete
  24. TERBAEK....... LA KAK REHAN.

    ReplyDelete
  25. best...alhamdulillah...moga terbuka pintu hati alai untuk mikhail dan bahagia hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  26. RM.....anda mmg terbaeekkk...tau je jiwa weolsss khenn..seryes ckp bab atas memula tu aii x amek pot sgt...baca pun ala2 scan gitu je....tp bab khail-alai...haa terus buat slow motion..baca pon one by one..inch by inch..rasa tamo tinggal pun satu ayat...romantik nakal sggh khail nehhh...alaiiii open your heart to khail plissss.....mst best klu alai buat2 usha hubby khail neh...siapa sangka alai yg malu2 ni leh jadi kucing parsi jugak khennn hahahhaha

    keep it up....keep on posting new n3 yaaa smp abesss....nnt buat novel nnt harus la beli jadi koleksi...

    ReplyDelete
  27. Kesian kat Adan tp suka lg Alai dgn Khail..hahaha

    ReplyDelete
  28. Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya,so Adan terimalh dgn redha,psti ada hikmahnya...
    Buat Khail n Alai,,mmg sweet sgt ok...suka plak dgn Khail yg manja2 ni...keke

    RM,thanks utk n3 yg best ni...suka dgn ur garapan,cntk susunan ayat dy~



    ReplyDelete
  29. Salam RM.... terima kasih utk entry baru.
    Adan pasti akan redha dengan takdirnya... dia terpelajar dan terdidik. And Alai & Khail .... sweet sangat.

    ReplyDelete
  30. mula-mula nangis teresak-esak simpati pada adan. pastu senyum meleret dengan telatah khail.

    hebat la penulisan cik RM!

    ReplyDelete
  31. OMG! the bestla kak... :) cumanya pendek..

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Salam RM sedih rasa hati baca part Adan ... jatuh simpati.... semoga Allah berikan kekuatan pada Adan... Qadak dan Qadar x siap yang tahu....
    Alai dan Khai so sweet ..... sempat lagi rembat baju Alai ya Khai..... x pa lah Kahi pakai baju ada bunga macam hati Khai sekarang yang dah jadi taman bunga.... hehehe... terbaikkkk

    ReplyDelete
  34. RM, dlm suka2 kan Khail& Alai, syahdu plak kat Adan...takpe la Adan..ada yg lebih baik utk Adan!! menunggu seterusnya..
    ~ Aminah

    ReplyDelete
  35. *blush*.. hehehehe
    rase kesian pulak kat adan...
    tp sweet jer bace kisai alai n khail

    ReplyDelete
  36. Alai n Khai ...sweetnya
    teringat kat couple sweet - Irma Hasmie & Redza lak...

    ReplyDelete
  37. huish RM ni ...khail yang ambik baju alai saya yang malu ...hehe

    ReplyDelete
  38. saya plak yang berdebar2 menahan rasa.....bestnya dapat suami mcm khail...nk jugak

    ReplyDelete
  39. salam Rehan..membaca E3 ni..akak rasa semua fan disini akan begitu emosi..terharu dan juga mengalirkan airmata kesedihan buat Adan..sebgaimana akak membacanya akak dapat merasakan betapa sedih dan sukarnya Adan untuk menerima kenyataan yg kedua ibubapanya menolak untuk dia mengahwini Aliana yg dia cintai sepenuh hatinya tetapi dia akur dengan kehendak ibubapanya..doa adan diakhir sembahyangnya memang menikam ke kalbu yg paling dalam ..betapa dia mengharap akan hatinya tenang menerima ketentuan dari qadak dan qadarnya kerana dalam masa yg tidak dapat dia jangkakan Aliana telah menjadi milik orang lain dan dia cuba memujuk dirinya menerima takdir itu secara mengadu pada khaliqnya..
    Disudut lain kita melihat betapa Mikhail menerima anugerahnya dengan lapang dada dan penuh kesyukuran..akan nikmat yg allah kurniakan pada dia dengan yg tidak disangka sangka kan..Aliana menjadi miliknya..
    Akak mengharap agar Alaina akan melupakan Adan kerana Allah lebih mnegetahui apa yg mahluknya tidak ketahui..biarlah masa yg menentukan kehidupannya bersama dengan Mikhail yg telah menyelamatkan maaruahnya dan ibubapa angkatnya..
    Akak betul betul teruja nak tahu..apa terjadi kat Adan ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah adan akan bersama zuraida?
      -liyahuma-

      Delete
  40. ada rasa terharu & hiba mengalir di hati
    bila membaca runtunan hati Adan..
    namuan dia harus redha segalanya
    biarpun hati melarang keras;

    moga Mikhail semakin dekatkan diri dgn. agama
    bila bersama dengan Alaina..

    - MAYA -

    ReplyDelete
  41. moga adan tabah mghdapi setiap dugaan..terima dgn hati terbuka,pasti bahagia milik adan krn dia tlh membahagikan kedua ibubapanya...

    ReplyDelete
  42. penat rahang ni sebab asyik tersenyum dan tersengih je membaca entry kali ni. ..:-)

    ReplyDelete
  43. Khas untuk Adan- Allah sembunyikan matahari, Dia turunkan petir dan hujan...kita tertanya2 di mana matahari rupa2nya Dia hendak perlihatkan keindahan sang pelangi...kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan, kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita...boleh kamu membenci sesuatu, padahal ia adalah baik untuk kamu dan boleh kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagu kamu- al baqarah ayat 216...Allah pasti akan menggantikan yang terbaik:)

    khas buat mikhail dan alaina- moga Allah merahmati hubungan kalian hingga ke jannah....
    - Nur aqian

    ReplyDelete
  44. muat pula khail pki bj alai.. hehehhehe ♡♥

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  45. ske nye cte ni...rhan tq so so much.....hrap khail ngan alai bhagia sllu....jgn wat sdih2 k......

    ReplyDelete
  46. Khas untuk Adan- Allah sembunyikan matahari, Dia turunkan petir dan hujan...kita tertanya2 di mana matahari rupa2nya Dia hendak perlihatkan keindahan sang pelangi...kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan, kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita...boleh kamu membenci sesuatu, padahal ia adalah baik untuk kamu dan boleh kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagu kamu- al baqarah ayat 216...Allah pasti akan menggantikan yang terbaik:)

    khas buat mikhail dan alaina- moga Allah merahmati hubungan kalian hingga ke jannah....
    - Nur aqian

    ReplyDelete
  47. khail....sampai cam2 skali penangan alai eh sampai leyh bukak sarung baju bunga2 alai cam 2 hahahahha...i likeeeeee....

    Rehan....nak agi pleach3....

    ReplyDelete
  48. nk khail jgk blh x...bestla....gudjob ekk

    ReplyDelete
  49. Sisi mikhail yang romantik... huh lama2 melting la Alai... Ni pun dh hampir cair... As usual, SUPERB! Good job , Rehan!

    ReplyDelete
  50. RM kalau satu hari buat 2 n3 tak boleh ka? syok ni...sapa setuju?

    ReplyDelete
  51. penulis... sangat best dan terbaik,,
    buat orang tertunggu cite selanjutnya...

    ReplyDelete
  52. Haha lwk nye khail keke,.bahagia sgt dpt peluk alai hehe,. Alai sgt daebak,tau tugasny as a wife. Tpi kesian gk kt adan,.A xbjodoh ngan A ngeh3

    ReplyDelete
  53. mikhail.. sweet ye dalam perubahan kejaln yang diredhaai.. cian adan.

    ReplyDelete
  54. Sengih sendiri baca entry ni.. Sweet sesangat..
    Kak Rehan punya romantik scene tuk Alai & Khail tu meletop.. Boleh wat orang yang membaca membayangkan scene tu dan wishing yg diaowang pun going through the same moment
    Keep up the ideas flowing Kak Rehan..
    From Along

    ReplyDelete
  55. kk rehan, xnk komen ape dah.. hehe...best..
    lenguhlar, asyik sengih jer..
    update lg.. nk thu part khail dgn alai gi ziarah ibu alai.. ade k..

    ReplyDelete
  56. tahan napas..tahan napas....hehehhehe....

    ReplyDelete
  57. sedihh sian adannn...tp rasa bahagia khail ngan alai...tersenyum2 bace dpn pc ni..terbaek cite ni kak ...huhuhu

    ReplyDelete
  58. Amboi Mikhail sonok sgh smpi baju bunga pun sanggup

    ReplyDelete
  59. sedih betul n3 kali ni tapi dah ketentuan ilahi....yang maha berkuasa lagi maha mengetahui.. sabarlah adan semoga awak dipertemukan dgn gadis yg dapat mengubati luka awak tue.... dan yg pastinya bukan zuraida tue!!!!!

    ReplyDelete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  61. Sedihnya...kasihan kat Adan...menangis saya baca bab Adan. Nak jugak Alai ngan Adan...

    ReplyDelete
  62. Kak Rehan memang superbest! entry yg berjaya memberi semangat pd hari jumaat saya yg lemau..sila tulis lagi & lagi.plish

    ReplyDelete
  63. siapa yang tidak pernah ditimpa kesedihan mcm adan tentu tak dpt bayangkan..saya pernah berhadapan dgn ujian , wpun bukan berkaitan cinta, tetapi ujian itu seolah2 kita rasa mcm nak undur semula masa,menyesal,redha bercampur baur...mulut dan hati tak henti mneyebut Allah swt..doa tak pernah lupa...tapi saya manusia biasa...sampai satu tahap saya sembahyang hanya pakai telekung tanpa kain dan menampakan kaki...suami tegur dan saya menangis sara rasa bergema satu rumah sepuas hati dipangkuan suami...sampai saat ini saya tak pernah terfikir agan gema tangis sebegitu tanpa disedari..cerita part ini membawa kembali kengan saya.Alhamdulillah..kini saya tabah dan kuat..moga Allah SWT melindungi keluarga kami dari fitnah yg durjana....

    ReplyDelete
  64. Alamak!! malu nyeee...hihihi malu tapi mau :p

    ReplyDelete
  65. so sweet .... senyum sampai ke langit...

    ReplyDelete
  66. kesian Adan... tapi apakan daya ibu dan abah Adan tak restu..

    Sweet sgt Alai dgn Khail...senyum2 sambil siapkan kej kat office... Next entry please kak Rehan...

    ReplyDelete
  67. Yeah!!! Alai n khail...i like!

    Tak sabar nak tau dugaan suami isteri ni...mesti mcm naik roller coster!...

    Apapun...good job Rehan! Moga sentiasa dikurniakan idea yg mantop!

    ReplyDelete
  68. best n3 nie romantik gitu...
    Alai pn dh dapat terima khail.. best3x

    ReplyDelete
  69. haha.kemain khail ye.hepi for them!moga bercinta hingga ke syurga:D

    sian adan...

    ReplyDelete
  70. :) ...hari ni je dah berulang kali baca n3 yg ni....like....:D

    ReplyDelete
  71. Terbaek RM...Sedey part Adan...Semoga Adan tabah...buat my hero Khail jaga Alaina baik2......heeee suka n3 ini....usma

    ReplyDelete
  72. muahahaha! sengal si khail ni! kekekeke. thumbs up kak ann! IAM memang best! :D

    ReplyDelete
  73. menangis baca bab adan. sy penah kecewa macam adan. taknak adan dengan orang lain. nak dgn alai jugak!! Pls la kak rehan. :(

    ReplyDelete
  74. kesian kat adan....tp best kat part alai n khail....good job cik writer....RM

    ReplyDelete
  75. best kak RM.mlm ni ada next entry tak?? :P

    ReplyDelete
  76. aduh! kesian adan! sebak rasa bca part adan tu. tp rsa sebak terus hilng bila part khail dgn alai. tersengih pulk sy. hihi sweet plus romantis khail ni. aduhai~ bergetar jantung ni. haha ;D

    ReplyDelete
  77. blushing sndri lak t'tbe ,
    hehe . beshnye , hrap Alai dpt trime Khail ngn hty y ikhlas .

    *Meera Lyana*

    ReplyDelete
  78. Alahaiii bahagianye khail:-)hope alai dapat bimbing khail ye.cian kat adan sob sob.tapi suke lg alai ngan khail:-)

    ReplyDelete
  79. RM mana next n3 ...tak sabaq la part romantik khail & alai

    ReplyDelete
  80. alahai....kk rehan di part ni komplitlah pulak seperti rasa permen nano nano.....asam,asin,manis...bgt pulak bgian ni ada perih,luka,haru, bahgia...the bestlah kk rehan rsanya ratna susah nak unggkapkan palgi ye....alai,khail,adan...diri kalian diuji oleh tuhan rasa syukur mendapt nikmat,bila musibah menimpa perkuat kesabaran dlm dugaan...love you kk rehan.^_^

    ReplyDelete
  81. kak rehan, setiap hr saya tunggu entry baruuuu :) sayang khail selaluuuu

    ReplyDelete
  82. sngt2 best bace n3 kali nie.. best sbb alaina dgn khail dh bersatu.. tp sdih sbb adan x boleh nk miliki alai.. tersentuh dgn keadaan adan..

    ReplyDelete
  83. tlg jgn bg adan dgn zuraida..biar la adan dgn prmpn lain sebaik die..

    ReplyDelete
  84. mana pi khail & alai ni dah 3 hari...p bulan madu ka RM?

    ReplyDelete
  85. please sambung citer ni.......huhuhu....sweet!

    ReplyDelete
  86. Dah rindu alai dan khai.. x sabar bc next n3 :)

    ReplyDelete
  87. hihi. maraton baca 5 bab sekali lps lama ketinggalan.
    mmg segala mcm rasa ada dlm hati ni bila baca kisah dorang.
    sgt best kak rehan!

    ReplyDelete
  88. hahahhahaha........... comel la khail..... best la n3 nie... best sbb alai x melenting x tentu pasal........ hahhaha thank u kak rehan... >_<
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  89. tersengih jer bc part last tuh..
    hahah..

    ReplyDelete
  90. Dh xde sambungan ke? Setiap menanti n3 citer ni

    ReplyDelete
  91. pertama kali singgah kt sini....plg sy suka crita yg satu nih....utk penulisnya..smoga terus rajin berkarya..Hendaknya cpatlh disiapkn citer yg satu ni ya...plg best klu dpt dibukukn sekali mcm Terlerai Kasih & BIla Nak saksi tu...

    ReplyDelete