BAB 26
SARAPAN
pagi tenang. Mata Mikhail tak
sudah-sudah menjeling isterinya yang sedang menyinsing lengan baju mahu
menyusun pinggan di atas meja.
Sekembalinya dia dari masjid tadi, Alaina sudah siap berbaju kurung dan
cantik berselendang. Kemas melilit
kepala. Hanya wajahnya saja nampak
sedikit pucat. Barangkali
kepenatan.
‘Abang
tak buat apa-apa pun semalam Alai dah pucat
lesi pagi ni. Tak mampu nak bayang macam
manalah kalau abang tak mampu bertahan dan mula ada rasa nak bergesel dengan
dengan isteri abang ni,’ bisik hati Mikhail sambil melirik ke arah Ala i na yang sedang
menyendukkan bihun goreng ke dalam pinggannya.
“Ehem…
ehem… dari Subuh tadi babah tengok kamu senyum, Khail? Memang rupa pengantin baru betul kamu ni,”
tegur Ustaz Fadzil mengusik.
Sejak
dari tadi dia perhatian Mikhail. Tak
lepas memandang Ala i na. Di kiri ada Ala i na, mata helang itu bergerak ke kiri. Jika ke kan an,
kan anlah
juga. Jika Ala ina
ke dapur, leher Mikhail mula memanjang.
Dia
juga pernah lalui semua itu. Jadi, dia
mengerti akan tindak-tanduk Mikhail ini cuma dalam hati Ustaz Fadzil, dia agak
risau melihatkan wajah Ala i na
yang sedikit pucat dan suram tanpa senyuman.
Bagaikan Ala ina tidak sepenuhnya rela akan pernikahan
ini biarpun gadis itu sendiri meminta.
Mikhail
terbatuk kecil. Dia sengih dan bila
matanya dan Ala ina bersabung, Mikhail
mengenyitkan mata sekali dan Ala i na
terus menelan liur. Haih… depan babah
pun tak sopan. Bisik hati Ala i na. Dia kemudiannya berlalu ke dapur bersama
dengan teko untuk di isi air semula.
“Pucat
je wajah Ala i
tu, Khail? Kamu tak bagi dia tidur ke
malam tadi?” tegur Ustaz Fadzil masih cuba
mengusik emosi Mikhail.
“Eh,
tak adalah macam tu, babah,” protes Mikhail sedikit malu. Ada
ke patut babah tanya macam tu. Tak usik
sikit pun lagi.
Bihun
disuap ke mulut. Suasana sepi
seketika. Mikhail juga menikmati
hidangan pertama yang disediakan oleh isterinya. Memang
Ala ina rajin. Bukan hanya lakonan malah telapak tangan
isterinya yang ada kasar itu menyatakan Ala ina
memang ringan tula ng
melakukan kerja-kerja rumah. Biarlah
tidak semulus sutera tapi hati Ala ina ind ah bak kejora di
langit tinggi dan dia yang bertuah bila kejora itu turun mendiami hatinya.
Wajah
Ustaz Fadzil berubah serius sedikit.
Sudu diletakkan di tepi pinggan. Milo panas diteguk perlahan. Dia menjeling ke anak tangga dan tiada
tanda-tanda yang isterinya akan turun. Alai na pula masih ralit didapur barangkali.
Sementara
isterinya belum turun, biarlah mereka berbicara secara matang antara dua oran g lelaki. Biasanya, hanya lelaki yang akan mengerti
akan luahan hati lelaki yang lain. Dia mahu Mikhail menjawab persoalan di dalam
kepalanya ini.
“Khail
dengan Ala i
macam mana?”
Mikhail
panggung kepala. Dia memandang Ustaz
Fadzil. Makanan yang tersisa di dalam
mulut, ditelan cepat-cepat. Rasa perit
anak tekak.
“Err…
biasa-biasa je, babah,” jawab Mikhail.
Ustaz
Fadzil senyum. “Jangan bohong,
Khail. Babah pernah muda dan dah lalui
semuanya. Cuba kamu terus-terang,” suruh
Ustaz Fadzil.
Bukanlah
niat dia hendak mengorek rahsia bilik tidur pasangan yang baru mendirikan rumah
tangga itu tapi dia benar-benar risau jika Ala i na tidak mampu menerima dan hanya rela di bibir saja. Dia tidak mahu rumah tangga mereka
suram. Jika ditanya pada Ala i na, pastilah gadis
itu diam.
Mikhail
diam. Berkira-kira hendak
berterus-terang atau pun tidak. Dia
tahu, hati Ala ina tidak sepenuhnya untuk dia
biarpun Ala i na
tidak langsung mengelak dia. Masih
terlalu baru dan dia mahu berikan Ala i na
waktu.
“Semua
terjadi sekelip mata, Khail. Pernikahan
kamu berdua atas permintaan Ala i na
dan babah harap, kamu sabar. Kamu dengan
dia beza hampir 10 tahun. Pastilah kamu
lagi banyak pengalaman hidup biarpun beban hidup Ala i na lebih berat dari kamu. Jagalah dia.
Kalau kata kamu tak nak, pulangkan dengan baik pada babah dan umi.”
Telinga
Mikhail hanya menerima kata-kata Ustaz Fadzil.
Ada
lirih pada hujung kata-kata.
“Jikalau
kata dia tak mampu nak terima kamu sebenar-benarnya kamu sebagai suami dia dan
dia masih mengelak untuk melunaskan tanggungjawab batin pada kamu, maafkanlah
dia. Babah tahu. Tapi yakinlah… Ala i na anak yang baik. Siapa saja ibu dan bapa kan dung
dia, mereka bertuah melahirkan Ala i na
dan Adiana ke dunia ni. Mungkin ibunya
tak betul dan jadi pembunuh dalam tak waras tapi Tuhan itu maha adil. Dia tidak menjadikan semuanya buruk. Jika kurang di situ, akan ada lebih di
mana-mana,” ujar Ustaz Fadzil lagi berharap agar Mikhail mengerti dan usa h
dipaksa Ala i na.
“Dia
akan sedar akan hak kamu nanti.
Percayalah cakap babah!” tekan
Ustaz Fadzil penuh yakin.
Kepala
Mikhail jatuh beberapa kali. Mengiyakan
kata-kata Ustaz Fadzil. Dia juga merasa
begitu. Dia yakin dengan Ala ina dan dia harap, Tuhan titipkan secubit sabar agar
dia terus bertahan melayani Ala i na. Itu amanah Allah padanya dan dia akan jaga
sebaik mungkin biar tidak terguris sedikit pun.
“InsyaAllah,
babah. Khail akan jaga Ala i
dan Yana dengan nyawa Khail. Khail janji dengan nama Allah yang maha
mengurniakan buat Khail. Tak akan
sesekali Khail biarkan Ala i
menitiskan airmata,” janji Mikhail bersungguh-sungguh.
Lega
hati Ustaz Fadzil menden garkan. Dia gariskan senyuman dan terus menyuakan
makanan ke mulut.
Tubir
mata Ala i na
terasa basah. Sejak dari tadi, dia hanya
diam di balik dinding menjinjit seteko air.
Tak jadi melangkah bila menden garkan
soalan babah pada Mikhail. Sungguh dia
rasa bersalah. Apa guna sebuah
pernikahan jika dia dingin dan menafikan hak seorang suami.
Sungguh
dia terusik dengan janji Mikhail.
Ingatan dan janji Ada n
padanya juga berlegar dalam kepala. Ada n yang terlebih dahulu
berjanji hendak menjaga mereka tapi kini, janji Allah mengatasi janji manusia. Mikhail di depannya. Mikhail di sisinya dan dia mahu hanya Mikhail
di dalam hatinya. Menghuni dan
memerintah segenap dan seluruh jajahan dalam hati dan jiwanya.
Bila
tiada lagi suara Mikhail dan Ustaz Fadzil berbicara, Ala ina
bersiap hendak melangkah ke ruang makan dan saat ini, dia ternampak Ustazah Fatima sedang menuruni anak tangga menuju ke arah
mereka.
“Assalamualaikum,
umi,” sapa Ala ina lalu dia letakkan teko
berisi milo panas itu di atas meja.
“Waalaikummussalam,
anak umi,” balas Ustazah Fatima.
Tangan
Alaina ringan menyalamani tangan Ustazah Fatima
dan menarik kerusi agar uminya itu duduk di sisi Ustaz Fadzil lalu dia berlalu
ke arah Mikhail dan duduk rapat di sisi suaminya itu. Mikhail mengguriskan
senyum lalu Ala i na
juga mengedipkan matanya sekali membuatkan Mikhail menelan liur berkali-kali.
“Macam
mana permulaan hari baru?” soal Ustazah Fatima kala Ala ina
menyendukkan sarapan ke dalam pinggan yang ada di depan mata.
“Allahamdulillah,
umi. Doakan yang baik-baik saja untuk kami,” pohon Ala i na penuh makna.
Mengerti
dengan maksud yang cuba
disampaikan oleh Ala ina, Ustazah Fatima hanya
mengangguk dan memandang suaminya.
“InsyaAllah , Ala i . Tak ada mak dan ayah yang tak nak tengok anak
mereka bahagia. Umi dan babah pun,”
jawab Ustaz Fadzil.
Bening
mata Ala i na
dan uminya bersabung. Mereka berbicara
dengan bahasa yang hanya mereka ketahui.
‘Ala i bimbang tak mampu
bahagiakan Khail, umi. Berdosanya
Ala i menafikan hak Mikhail terhadap diri Ala i ,’ luah hati AL a ina berharap moga
uminya mengerti.
‘Lupakan
Adan. Pasti ada yang terjadi dan
ternyata Ala i
untuk Mikhail. Setialah… sayangilah…
cintailah… rinduilah… dan layanilah dia seikhlas hati kerana syurga yang telah
Allah janjikan buat isteri yang menjaga harga diri, berpuasa, menjaga solat dan
taat pada suami,’ balas hati Ustazah Fatima pula bagai mengerti akan apa yang cuba
Alaina sampaikan padanya.
“Erm…
bila Khail dan bawa Alaina lawat Anida dekat Perak sana ?”
Soalan Ustaz Fadzil membawa Ala i na
memandang Mikhail.
Redupnya
mata Ala i na
bagai merayu-rayu simpati suami sendiri.
Dia berharap jawapan yang diberikan oleh Mikhail adalah seperti yang dia mahukan. Mikhail membalas pandangan isterinya lalu
tangannya menjalar mencari jemari Ala i na
lalu diramasnya perlahan.
“Itulah…
Khail ingat hari ni nak balik rumah mama.
Mama ada tanya pasal kenduri kami.
Sikit sebanyak, Khail nak buat yang terbaik untuk majlis kami nanti. Lagipun, Khail bukan tak mampu. Lepas tu terus nak pergi ziarah ibu. Bawa Ala i dengan Yana
sama. Kami perlukan restu ibu juga,
babah… umi,” jawab Mikhail.
Sejuk
hati Ala ina menden garnya.
Bagai disiram embun dinihati menerima kata-kata Mikhail. Semakin erat genggaman Mikhail pada
tangannya, semakin hebat detak di dalam dada.
Ala i na
tidak dapat tidak, hanya membalas elusan tangan suaminya. Menghantar ucapan terima kasih dalam diam.
“Erm…
elok juga tu. Khail pergilah bawa isteri
dan adik kamu tu. Dah sampai masan ya. Dah lama Ala i tunggu saat ni. Jaga isteri dan adik baik-baik. Jaga ibu mertua baik-baik. Mereka tak ada sesiapa lagi melainkan Khail
dan kami je,” pesan Ustaz Fadzil lagi.
“InsyaAllah,
babah… umi… Doakan rumah tangga kami sampai ke syurga,” pohon Mikhail pada
mereka namun matanya tunak memandang Ala i na
di sisi.
Genggaman
jemari mereka semakin erat. Mikhail
langsung tidak mahu lepaskan lagi. Pada
dia, sekali dia genggam, biarlah selamanya jari-jemari mereka bertaut dan dia
tak akan sesekali lepaskan biar apa pun terjadi.
PUAN
MARYAM tersenyum lebar menerima kehadiran menantu kesayangannya. Doanya siang malam dikabulkan. Tidak pernah dia meminta perancangan Ala ina dan Ada n tidak
menjadi tapi dia hanya mahukan kesejahteraan dan kebahagiaan buat AL a i na
dan Mikhail dengan cara masing-masing dan bila Allah menentukan begini, dia
bersyukur.
“Selamat
datang kakak ipar saya yang cantik dan manis lagi ayu ini,” ucap Mali s a
lalu dia mencium pipi Ala i na
lama.
Sungguh
dia bahagia melihatkan Ala i na
di sini. Kata-kata abangnya menjadi
nyata. Satu hari nanti, Ala i na akan ke rumah
mereka ini dan tak akan keluar lagi.
Menjadi salah seorang penghuni rumah mereka malah akan berkongsi kama r dengan abang kesayangannya.
“Haih…
Lisa ni. Cuba bagi kakak tu bern afas
dulu. Ambil beg Ala i
dengan Yana tu ha bawak naik atas,” suruh Puan
Maryam pada Mali sa.
“Yes, madam!” Mali s a
tabik pada mamanya dan dia terus mencangkung memegang pipi Adiana.
“Yana seronok tak tinggal dekat sini?” tanya Mali s a.
Mikhail
dan Ala i na
yang tersenyum menanti jawapan dari bibir kecil itu. Sejak dari tadi, Adiana nampa k
sedih bila mereka berlalu dari rumah Ustazah Fatima tapi kini, sudah ada
senyuman yang tersungging di bibir kecil itu apatah lagi menerima layanan yang
baik dari Mali sa.
“Suka.” Adiana mengangguk.
“Dulu
rumah ibu dengan ayah tak macam ni. Tapi,
Yana tak kisah. Bila nenek suruh kami keluar dari rumah,
nenek kunci pintu tak bagi kami masuk dah.
Kesian Yana. Masa tu Yana lapar sangat.
Kakak bawa Yana jalan dalam hujan. Habis basah Yana ,”
beritahu Adiana petah.
Senyum
Mali s a
mati. Ala i an tertunduk. Puan Maryam menggigit bibir. Mikhail terkedu. Serta-merta, dia teringat akan pertemuan
pertama mereka. Ala i na basah waktu itu. Adiana juga tapi mengapa tiada belas di hati
dia. Adakah kerana tubuh genit Juana
seksi terdedah sana - sini
menutup pintu hatinya? Mikhail mengucap
panjang.
Tanpa
silu, dia memeluk tubuh isterinya membuatkan Ala i na terpinga-pinga sendiri. Ala ina cuba
menolak bahu Mikhail. Malu bila mata
Puan Maryam dan Mali s a
membulat memandang mereka. Adiana juga
ketawa berdekah-dekah.
“Aba ng ni kenapa?” bisik AL a i na dekat dekat telinga
Mikhail. Haih… terdongak dia dibuatnya
bila dipeluk sebegitu erat. Kaki pun
sudah terjingkit.
Mikhail
diam. Hanya nafasnya yang dihela. Hanya dadanya yang turun naik menahan
sebak. Semakin isterinya menolak,
semakin galak Mikhail membelit tubuh langsing Ala i na.
“Aba ng, kenapa ni?” tanya Ala ina
bersama sengihan janggal bila Puan Maryam dan Mali s a tersenyum dan
Adiana yang ada dalam dukungan Mali s a tak
sudah-sudah lagi ketawa.
Mikhail
memejamkan mata. Bayangan hari itu jelas
di matanya. Bagaimana
Ala ina diherdik, bagaimana tubuh dan wajah itu
kebasahan dan nampa k
dingin. Hari ini, biarlah dia yang
menghangatkan tubuh itu dan akan dipastikan agar sekujur tubuh langsing itu
tidak lagi kedinginan.
“Bagi
abang peluk sayang kejap. Abang nak
tebus balik apa yang terjadi pada hari pertama dulu. Saat sayang basah, saat sayang susa h… abang tak nampa k,”
jawab Mikhail dengan nada yang sebak.
Mereka
terlupa di mana mereka. Terlupa siapakah
yang sedang memandang. Minda Ala ina
mula menerawang mengingati detik pertemuan pertama mereka. Benar dia diherdik dan kala itu, Ada n yang datang
membantu. Tapi hari ini, dia tidak
bersama Ada n tapi
bersama lelaki yang mengherdiknya kala itu.
“Hari
tu kan … abang ada yang lagi seksi dari Ala i depan mata
abang. Mana abang nak nampa k kami yang sememeh ni. Yang macam oran g
gila,” balas Ala i na
perlahan. Langsung tiada niat menyindir
tapi itulah hakikat. Jika diingat
semula, pedih juga dengan kata-kata Mikhail kala itu.
Mikhail
ketap bibir. Matanya dipejam rapat. Jika mampu dia kembalikan waktu, dia akan
percaya bisikan kata hatinya buat pertama kali menatap Ala i na dulu.
Hatinya terbersit juga. Dia yakin
itu. Dia pernah menden gar
Ala i na
menyeru namanya biarpun dalam khayalan. Jika
bukan kerana cinta, dia tak mungkin begitu.
“Mari
kita naik bawa Yana ke bilik,” ajak Puan
Maryam pada Malisa.
Melihatkan
begitu, Puan Maryam mengangkat beg milik Ala i na
dan Adiana. Mali s a
pula terus membawa Adiana naik ke atas menuju ke biliknya. Hari ini, dia punyai seorang adik lagi. Juga seorang kakak yang penyayang.
“Aba ng tak sanggup nak ingat hari pertama abang hampir
langgar Ala i dan Yana
dulu,” jawab Mikhail jujur.
“Jadi
jangan ingat.” Mudah saja Ala i na menjawab.
Tiada
guna lagi dia ingati perkara yang
menyakitkan itu. Biarlah berlalu. Kini, mereka bukan berada pada saat itu. Hubungan mereka sudah lebih dari
segalanya. Mereka terikat kerana janji
Allah.
Mikhail
menggeleng. “Aba ng kena ingat. Kena ingat siapa abang dulu dan abang akan
terus berdoa dan usaha agar abang tak jadi macam tu lagi. Aba ng
sayangkan Ala i
kerana Allah. Abang akan jaga sayang dan
Yana .
Kita akan bawa ibu tinggal dengan kita dan rawat ibu sampai sembuh,”
ujar Mikhail lagi.
“Terima
kasih, abang. Terima kasih sudi terima
kami seadanya kami. Terima kasih sudi
bertahan demi Ala i ,”
pinta Ala ina penuh makna.
Mengerti
dengan maksud kata-kata Ala i na,
Mikhail meleraikan pelukan namun tangannya masih melingkari pinggang isterinya
itu. Bibirnya tersenyum nakal. Melihatkan benin g mata bundar itu Mikhail rasa
tergoda sendiri.
“Sama-sama
tapi kalau abang minta sekarang?” duga
Mikhail.
“Maksud
tak sesuai tu adalah….?” Kening lebat
Mikhail terjongket.
“Ala i tak mampu terima
abang lagi? Tak sedia lagi?” Mikhail terus menebak.
Mikhail
terus memandang sekeliling. Dia terus
ketawa dan terus ketawa. Lucu
sungguh. Tergoda dengan teman halalnya
itu membuatkan dia lupa di mana mereka berada kini. Mujur mama dan Mali s a
dah tak ada, getus hati Mikhail. Jika
tidak, memang pitam dia diketawakan.
“Kalau
macam tu… jom naik bilik,” ajak Mikhail.
“Sian g hari ni, Khail.
Jangan dok heret Ala i
berkurung dengan Khail pulak. Bagi isteri tu rehat dulu. Jangan sibuk nak bermanja je,” sinis Puan
Maryam bersama senyuman.
Saja
dia kenakan Ala i na
dan sungguh, bibir isterinya terkumat-kamit membaca mentera padanya. Tapi, dia senang melihatkan tindak balas AL a i na. Tidak lagi kaku bagai dulu. Sudah mula kecairan agaknya isteri aku ni,’
ujar Mikhail di dalam hati.
“Haih…
macam-macam.”
Tak
menang rasanya Puan Maryam hendak berbahas dengan Mikhail. Ada
saja jawapannya. Dia lalu ketawa dan
turun hendak ke dapur. Dia mahu sediakan
hidangan yang paling sedap khas buat menantu kesayangannya.
Mikhail
terus menarik tangan Ala i na
menuju ke biliknya. Bilik yang dulu
pernah diangankan mahu dihuni bersama Ala i na
dan hari ini, angan itu menjadi nyata.
Semuanya kerana Allah yang Esa, mereka berdua ada bersama.
“Inilah
bilik abang. Tapi hari ini menjadi
bilik kita…” Daun pintu dirapatkan. Mikhail melepaskan tangan Ala i na.
“Bilik
abang ni nampa k semaklah,” komen Ala i na tenang. Dia terus menapak menuju ke arah longgokan
baju di satu sudut bilik dekat dengan alma ri
pakaian.
Mikhail
hanya bercekak pinggang memandang tingkah Ala i na.
Dia tahu, Ala i na
sudah mula bahu bekerja. Menjadi seorang
isteri untuk dia dan sungguh bila Ala i na
tunduk dan mengutip pakaian tersebut Mikhail terus mendekat isterinya itu.
“Sayang…” Tangan
Ala ina ditarik.
“Sebab
tu abang perlukan isteri untuk tuntun hidup abang yang kehilangan arah ni,”
ujar Mikhail.
Pakaian
kotornya itu dicapai dari tangan Ala i na
dan diletakkan semula di atas lantai.
Bahu isterinya dipegang bila tubuh mereka berdua berhadapan.
“Tapi…
bukan sekarang. Itu… karang abang hantar
dobi je. Sekarang ni, abang nak mandi
dulu. Nanti kita bincang bila nak pergi
melawat ibu, ya? Sementara Syawal lagi
ni, mesti ibu gembira kalau kita datang jenguk dia.”
Mikhail
melepaskan bahu isterinya. Dia mula
membuka butang baju kemeja yang ada pada tubuhnya. Niat di hati mahu membersihkan diri sebelum
makan tengah hari. Panas sungguh hari ini. Ind ah
sungguh cahaya. Lambat-lambat dia buka
butang tersebut berharap agar Ala i na
ringan tangan menolongnya. Dia mahukan
begitu.
Seperti
yang diharapkan, jari-jemari Ala i na menolak tangan
Mikhail. Perlahan-lahan ,
Ala i na
membuka butang baju suaminya dari yang pertama hingga yang terakhir. Dia tahu Mikhail sedang merenungnya tapi dia
tetap berlagak selamba.
“Ala i tahu abang tak
pandai butangkan baju dan buka butang pun abang tak reti,” sindir Ala ina lalu dia menarik kemeja Mikhail agar terlepas dari
tubuh suaminya itu. Mikhail bukan tidak
reti tapi sengaja hendak mengada-ngada.
“Okey…
abang pergi mandi. Alai
kemas bilik abang sikit…”
“Nope…” Mikhail menarik Ala i na ke dalam pelukannya.
“Bukan
bilik abang tapi bilik kita. Bilik yang
akan menyimpan segala rahsia kisah kasih kita berdua,” sambung Mikhail.
“Aba ng pergi mandi dulu,” suruh Ala i na sekali lagi.
Mikhail
masih tidak berganjak. Dia pegun bila Ala ina berlalu ke alma ri
tapi tidak lama bila Ala ina kembali
menghampirinya lantas Ala i na
tunduk dan wajah wanita kesayangannya itu hingga tepat di dada Mikhail.
“Aba ng berpeluh sungguh
ni. Masin dah. Pergi mandi dulu, ya?”
suruh Ala i na
buat kali ketiga dan barulah Mikhail tersedar.
Dia
berpaling dan tersenyum. Telapak
tangannya menyentuh dada. Darah gemuruh
menyerang. Ala i na sedang menggodanya dan adakah
isterinya itu sedar atau tidak… Mikhail tidak pasti. Apa
yang pasti, dia semakin tak mampu bertahan.
Ya
Tuhan… cambahkan kasih sayang ini untuk dia.
Suburkan cinta aku padanya. Demi
kasih sayang-Mu, Ya Allah… kabul kanlah
doaku agar aku menjadi isteri yang setia buat seorang suami dan menerima dia
dengan hati yang terbuka.
~~> bersambung
Kejam kau Adik Rehan...akak tergoda, siapa nak tanggungjawab nih
ReplyDeletehahaha..meh la sy tanggungjawab kan..kahkahkah..
Deletealahai shaf..tergoda ke terliur
Deleteakak pun sama gak
ala kak na ni, jgn bocor rasia tu.ngee.malulah...
DeleteSendiri tergoda.......
DeleteBeringat2lh yer
kak rehan.. fuhh11 MEMANG TERBAIKLAH.. ! memang akan ada konflik yg panjang.. bukan senng nak terima seorang suami yang tiba2 jadi galang ganti.. tahniah2
ReplyDeletealahhhhh,,,, terhenti.....sampai hati kak Rehan...huwaaa!!!
ReplyDeletewuaaaa geram3..RM ni suke taw wat cmni...
ReplyDeletesweet jer pasangan pengantin baru ni....
ReplyDeletesedih pula bila yana menceritakan pengalaman di halau dari rumah....
apapun best...tq 4 n3
~saza~
best sgt kak
ReplyDeletesgt kejam...kak RM,awat bhenti tang ni.
ReplyDeletesambung la lg..
xpe2...kite tgu
:)
haah kan. tgh2 semput tahan malu tetiba habis. adeii...
DeleteA good progress for Alai n Khail. As usual good job, RM!
ReplyDeletehehehehehehehe.................
ReplyDeletebest kak...
ReplyDeleteyeay... ada entry terbaru...
ReplyDeleteEloklah tu, Alai tau akan tanggungjawabnya sbg isteri dan cuba utk melenyapkan Adan drp kotak memori... Good effort!
Best...
NB - terbaikkkkkk.....
ReplyDeletetak nak tinggal walau satu patah perkataan pun semasa baca IAM... syok gilaaa....
ReplyDeletehehhh..aq lak yg rse tergoda nehhh....kak rehan mendera kaa...alahai stop plak dkt cni...mncabar2...hehehehe..peaceeee
ReplyDelete(engku nor jawahir)
smbung3x...heheheh
ReplyDeleteBest3!!
ReplyDelete...bila Alaina kembali menghampirinya lantas Alaina tunduk dan wajah kesayangannya itu....
ReplyDeletex fhm la ayat la..sptutnya Alaina yyg kedua tu digantikan dgn nma Mikhail kan?4 kali bca bru agak btul..hikhikhik
>>k<<
mimpi khail lah malam ni saya kak rehan.. ngee... sayang kak rehan sangat2.. nak pujuk papa and mama bawak saya pergi alpha angle lah...
ReplyDeletepergh.. takdir allah tiada siapa yg dapat menghalangnya kan.. satu permulaan hidup baru bagi Mikhail dan juga Alai..dan bila membaca E3 ni..betapa kita rasa terharu akan kesungguhan Mikhail untuk menjadi pelindung bagi Alai..dan penerimaan ibu dan adik Mikhail mmg lah satu bonus untuk Alai walaupun mereka sedar siapakah keluarganya tapi famili ini menerimanya seadanya..
ReplyDeleteAkak harap Alai akan melupakan Adan..sesungguhnya peraturan hidup manusia tiada siapa yg dapat menjangkakan... Jodoh..pertemuan dan kematian tiada siapa yg tahu..kerana ia merupakan rahsia Allah.. dan Allah tidak akan membiarkan manusia itu hidup dalam kesukaran.. Allah telah memberikan Mikhail untuknya bertaut dan berlindung di dahannya walaupun hati Alai belum lagi ada cinta dan kasih terhadap suami yg dibenci satu ketika dulu dan kini Alai sdg cuba sepenuh hatinya untuk meletakkan nama itu untuk menghuni dihatinya..mungkin ruang waktu dan doa yg diperlukan oleh Alai untuk melupakan jejak jejak kasih Adan dihatinya..
Teruja nak tahu.. apa ek yg terjadi dengan Adan..adakah ruang dan waktu juga diperlukan untuk memadamkan nama Alai yg terukir indah dan menghuni hatinya..
tenkiu kak utk komen membina neh.. nnt kita buat part adan ek..wane dia ubati hati dia..antara cinta dan kasih syg parent.. dia pemuda harapan bangsa..miehehe..
Deletemat belia lar katekan... hehe...
Deletepart adan tu sikit2 sudahlah ka rehan... haha. xsabar nk smpy part ibu alai...
Deletenk join tgh2 mikail dgn alai jenguk keadaan dia.
heee
harap Alai dapat terima Khail sepenuh hati, sebab susah jumpa ngan seseorang yang boleh terima diri kita seadanya, jadi kalau dah dapat, janganla dipersia. dan untuk Adan, harap2 sangat dia dapat jumpa dengan seseorang yang ia cinta untuk kali kedua, sian Adan, tak tega rase hati bace part Adan nangis kemarin, huhu
ReplyDeletebuka lah mata hati ngan sepenuh jiwa wat hubby u ye dek...isi kan hati u biar dipenuhi oleh nama hubby u seluas luas nye tiada yg lain melain kan khail wat syurga diakhirat kelak...usah nodai ketentuan ALLAH.bahgia derita lalui lh bersama,layari lah bahtera kasih sayang seiklas iklas nye alaina nescaya ALLAH janji kan syurga buat mu............hapus lah adam yg bukan utk mu alai,pasti ade hikmah nye dek...
ReplyDeleteterbaek laa kak rehann...besh sgt tersenggih dpn pc ni bace gelagat khaill....hope alai buka hati nye tuk khail....huhuhu
ReplyDeleteharap sgt Alai terima Khail sepenuhnya dan berharap sgt agar Khail tidak mensia2kan Alai!
ReplyDeletesweetnya mikhail ......moga bahagia seterusnya
ReplyDeletehadoi hadoi...... alai hai khail... bikin hati panasaran!!!!!!
ReplyDeletetahan nafas...hembusss...perghhh...dh pandai mengoda alai ni...hhehe..
ReplyDeletenak lagi ...nak lagiiiiii
ReplyDeleteNanar2...sweetnya pengantin baru. tp tu la tgh feeling2 terstop plak kat situ..huhu. anyway tq RM. moga buzy tu cpt reda k...
ReplyDeletesgt best...hope fully alai dpt terima khail secepat mngkin..
ReplyDeleteTinggi gak sabar si Khail ni...
ReplyDeleteRomantik pengantin baru dah mai dah.....
ReplyDeleteMembaca sambil tersenyum sorang2 (mcm dah tax betul ader gak!!)terbuai-buai rasanyer... sambung la lagi cik writer...
ReplyDeleteTerbaek la
ReplyDeleteterima kasih semua atas sokongan..senyum dulu ye sebelum nnt mtk izin ngn sy nk nangis..heheh
ReplyDeletekak sambung lagi..
ReplyDeletetak puas lah ..hehe
kak rehan, malam ni ada entry kan kan kan kan??waaaaa tak sabar baca !lyn_intanazlleyna
ReplyDeletealamak.. tetibe bersambung.. hihi.. tp mmg best.. 1st time dlu x suke alai dgn khail tp skrang suke diowg.. sngt2 sweet je.. x sbr nk tau sambungannye.. keep it up kak RM..
ReplyDeleteAlamak RM, awk nih kejamlah.. apasal part best aje terus stop. Nih wat x sabar nk tahu kisah seterusnya sampai berdebar-debar dah jantung sy.
ReplyDeleteAlaina kena tabah dan terima Mikhail dengan sepenuh hati. Ini adalah permulaan untuk hidup barunya dan juga Yana. Harap-2 Mikhail tepati janjinya pada Alaina utk menjadi keluarga Alaina dengan sebaiknya.
best sgt2... nak lg semoga alai tabah dan sabar dalam menghadapi fasa baru dan semoga dia diberi kekautan menghadapi ujian dan dugaan bersama khail... hopefully
ReplyDeleteAlaina x tergoda lagi nanti yang membaca pula yang tergoda dengan Mikhail.... hehehe.... Semoga Mikhail dapat memberi sinar baru dalam hidup Alaina sekelurga....
ReplyDeleteSungguh ai nk menggoda...
ReplyDeleteterbaiklah RM...x sabar nak tunggu next n3
ReplyDeletePndai cik Rehan menggoda eh keke,.mmg dh trgoda dh ni keke,.kuatkan smgt ye Alai tuk jatuh cinta ngan ur hubby keke
ReplyDeletemantap as usual RM..:)
ReplyDeleteRM... kalau ya pun nak sambung ... bagi la khail keluaq bilik ayaq dulu ...hehehe
ReplyDeleteso sweet!!!!x sbr nk tnggu alai jmpe mak dia,dgn adan biarlah jd sjarah je
ReplyDeleteadan .. :'(
ReplyDeleteFuh romantika d.amour. Tersipu2 lak kita yg membaca. Cam real lah pulak.. Heheh. Keep up d good work RM and keep d ideas running and our imaginations soaring.. Luv Along
ReplyDeletehaaaaaaaaaaaaaaaa............. comel >_<
ReplyDelete-Song Hyun Sun-