Saturday, October 13, 2012

Izinkan Aku Menangis 27


BAB 27
  
KAKI Alaina menapak perlahan-lahan menuruni anak tangga dan saat dia tiba di anak tangga terakhir, Adiana berlari-lari mendapatkannya.  Adiknya itu cantik dirias oleh Malisa.  Pelik juga dia bila Malisa sentiasa ada di rumah dan bila Puan Maryam mengatakan Malisa kini bekerja dengan Mikhail, Alaina hanya mengangguk.  Namun, mendapat tahu tugas yang suaminya itu amanahkan buat satu-satunya adik perempuannya membuatkan rahang Alaina jatuh.

“Lisa kerja dengan Khail.  Khail bayar gaji dia bulan-bulan untuk temankan mama setiap hari.”  Itulah yang diberitahu oleh Puan Maryam dan hati Alaina sekali lagi terbersit. 
Peka sungguh suaminya itu pada orang tua sekarang.  Ingat hari pertama dia singgah di sini, pedih hatinya mendengarkan keluhan dan luahan hati Puan Maryam  tapi itu adalah satu waktu yang telah berlalu.  Hari ini, suaminya itu lain.  Bagai dua orang berlainan namun punyai jasad dan raut yang sama.
“Kakak…”  Suara Adiana bergema.  Dia terus berlari mendapatkan kakaknya. 
Alaina duduk mencangkung dan menyambut Adiana duduk di dalam pangkuannya.  Pipi Adiana dicium bertalu-talu.  Meluahkan rasa rindu pada Adiana.  Rasa hendak diheret Adiana tidur bersamanya namun bimbang jika Mikhail tidak selesa biarpun tidur mereka masih punyai jarak.  Masih ada ruang yang agak besar. 
“Cantiknya adik kakak ni.  Siapa yang siapkan Yana ni?” 
Mata ALaina mencari wajah Puan Maryam dan Malisa yang sedang tersengih padanya sebelum kembali memandang Adiana.
“Kakak Malisa buatkan,” jawab Adiana sambil menunjukkan pakaian yang dipakainya.  Sepasang baju kurung dari jenis kain kapas saja.  Rambut Adiana diikat tocang tinggi. 
“Waa… patutlah cantik.”  Tubuh Alaina tegak.  Dia memegang tangan Adiana erat.
Matanya memandang ibu mertua dan adik iparnya sekali lagi.  Beg tangan yang tergantung di bahu dibetulkan. 
“Mama tak nak ikut?”  soal Alaina. 
Semalaman dia berbincang tentang hari ini.  Hari untuk dia melawat ibunya di Tanjung Rambutan sana.  Puan Maryam hanya menyuruh dia dan Mikhail serta Adiana saja ke sana buat masa ini. 
“Mama tak pergilah dulu.  Lagipun, mama dan Lisa nak bincang pasal kenduri korang berdua ni.  Alai pergi dulu, tengok dan bincang dengan doktor macam mana… kalau kata dia benarkan ibu Alai balik, kita sama-sama jaga dia,” ujar Puan Maryam menenangkan hati Alaina.  Nampak sungguh wajah resah Alaina itu.
“Dan… kalau kata ibu Alai tak boleh balik lagi, minggu depan mama dan Lisa akan ikut Alai ke sana untuk melawat ibu, ya?” 
Mendengarkan tutur kata Puan Maryam, Alaina mula beriak tenang.  Benar sesungguhnya benar.  Setelah dia didatangi mendung, hari ini mendung itu kian berarak pergi dari hidup dia dan adiknya. 
Bibir Alaina menguntum senyum.  “Terima kasih sudi terima kami seadanya, mama,” ucap Alaina.
Genggaman tangan mereka kian erat. 
“Sama-sama, Alai.  Jangan fikir yang bukan-bukan.  Yang dah lepas tu biarlah.   Mama tak nak Alai rasa terbeban jadi isteri Khail.  Buat biasa-biasa je.  Mama tahu Alai mampu jadi isteri yang baik buat Khail.  Kalau kata dia buli Alai, mama piat telinga dia,” gurau Puan Maryam. 
Alaina lahirkan tawa.  Malisa juga.  Jauh di dalam sudut hati Puan Maryam, dia berasa risau jika Alaina terus diburu kisah lalu.  Benar penyakit yang dihidapi Anida adalah sesuatu yang mungkin akan diturunkan pada Alaina atau boleh jadi pada Adiana.  Tapi, Puan Maryam percaya dengan takdir Allah.  Akan ada yang baik buat mereka.
“Kalau mama nak piat telinga abang, biar Lisa sekeh dia kalau dia buli kakak,” sampuk Malisa pula dan tawa mereka terus bergabung lagi tapi tidak lama bila suara Mikhail kedengaran kuat melaung memanggil nama Alaina dari atas. 
“”Alaiiiii!!!”  Rumah banglo dua tingkat sederhana besar itu bergema dengan suara Mikhail.  Memanggil nama isteri tercinta.
Dari tadi dia melihat Alaina bergelak ketawa dengan mama dan adik-adiknya.  Teringin juga dia hendak tahu cerita apa yang bisa mencuit hati Alaina hingga begitu sekali tawanya.  Lega hatinya bila Alaina mula menyesuaikan diri. 
‘Cantik sungguh isteri abang ketawa dan abang akan pastikan, sayang akan ketawa begitu biar apa pun yang terjadi.  Kerana abang ditakdirkan  untuk membawa jalur pelangi pada mendung hidup sayang,’ bisik hati Mikhail.
Alaina berpaling.  Dia memandang semua yang ada di depannya seketika kemudian.  Malisa buat muka.  Puan Maryam ketawa dan menjongketkan kening.
“Alai tinggal dia sorang dalam bilik, kan dah tercari-cari tu,” ujar Puan Maryam pada Alaina.
“Eleh… abang tu mengada je lebih.  Dulu tak ada nak laung nama kita pun.  Mama ke… Lisa ke.  Mentang-mentang ada isteri, kemain kuat laung nama Alai,” cemik Malisa lalu dia heret tangan Adiana ke ruang tamu. 
“Haih… Lisa ni.  Dengar kat  abang dia, kena potong elaun baru tahu.  Alai naik dulu, tengok Khail nak apa tu, ya?”  suruh Puan Maryam lalu dia berlalu ke dapur.  Ada juadah yang telah dia sediakan buat besannya itu.
Alaina mengangguk dan terus saja dia mendaki anak tangga.  Belum lagi sampai di tingkat atas, susuk tubuh Mikhail sedang berdiri tegak di anak tangga paling akhir.  Tersenyum memandang lenggok langkah si isteri menuju ke arahnya.
“Abang kenapa jerit?”  soal Alaina sambil terus mendaki anak tangga.
Mikhail tidak menjawab sebaliknya dia menayang sehelai kemeja kotak-kotak berwarna biru cair itu pada isterinya.
Wajah Alaina berkerut.  Apa pulak tak kena dengan suami aku ni?  Bukan ke baju dia dah bergosok?  Kenapa ambil yang tak bergosok tu?
“Kan Alai dah gosok yang warna maroon tadi.  Ada atas katil?  Kenapa tak nak pakai yang tu?”  soal Alaina pelik.
Saat ini, dia sudah menghampiri Mikhail dan dan menjeling sedikit pada suaminya itu.  Sengih Mikhail nampak lain macam saja hinggakan kening Alaina hampir bertaut.
“Abang tak nak pakai yang tu.  Abang nak pakai yang ni.  Sama warna dengan isteri abang,” ujar Mikhail lalu mengunjukkan kemeja biru cair itu pada Alaina.
Alaina menyambutnya dan merenung pada tubuhnya sendiri.  Melihat pada baju kurung yang ada pada tubuhnya.  Memang berwarna biru cair dan tak sangka pula Mikhail hendak sedondon dengan dia.
“Yang maroon tu pun okey apa?”  bantah Alaina sedikit lalu dia menghampiri pintu bilik mereka dan diikuti oleh Mikhail.
“Abang nak sedondon dengan Alai.  Barulah ada aura pengantin baru,” ujar Mikhail setelah dia rapatkan daun pintu. 
Alaina berpaling memandang suaminya yang masih bertuala separa pinggang dan lutut.  Ingatkan dah siap berpakaian.  Cepat-cepat Alaina melarikan pandangannya dan berlalu ke papan penggosok.  Waktu dia mahu keluar tadi, Mikhail masih ada di dalam bilik air.  Lama sungguh membersihkan diri. 
Menyedari isterinya yang sedang menahan segan, Mikhail mendekati Alaina.  Sengaja dia merebahkan belakangnya di atas katil berdepan dengan Alaina yang sedang bersedia hendak menggosok pakaiannya.  Kemeja maroon yang ada di sisi di padang lama. 
“Berapa hari lagi abang cuti?”  soal Alaina cuba berbahasa.  Tidak betah rasanya bila suasana sepi ini menguasai dirinya dan Mikhail.  Terasa janggal sungguh.
“Lusa abang kerja dah.  Dah lama sangat abang cuti ni.  Tak pernah-pernah abang cuti lama.  Tapi, tak apalah.  Kalau  orang tanya kenapa cuti raya lama sangat, abang cakaplah abang kahwin,” jawab Mikhail tanpa melihat pada Alaina.  Matanya dipejam rapat.  Tak mahu menatap isterinya.  Tak mahu melihat bibir merah basah itu terus berkata-kata.  Nanti dia yang menelan liur sendiri. 
“Erm… tak apalah kalau macam tu.  Tapi…”  Kata-kata Alaina mati.  Dia memandang Mikhail yang sedang terbaring.  Tangannya terus terhenti saat memandang rambut Mikhail yang masih basah. 
‘Haih… rambut tak kering dah baring atas katil macam tu.  Dengan aircond terpasangnya.  Tak sejuk ke?  Atau kulit dia sama tebal dengan kulit buaya?’  Alaina bersoal jawab sendiri. 
“Apa yang tapi tadi, yang?” 
Tersentak dia dengan pertanyaan Mikhail lalu dia menggeleng.  Kerja menggosoknya dipercepatkan.  Setelah seketika, kemeja yang sudah siap bergosok itu di letakkan pada hujung katil lalu dia menapak ke almari dan membukanya.  Sehelai tuala kecil dicapai lalu dia mendekati Mikhail yang masih terbaring dengan  mata yang terpejam rapat.
“Abang tak sejuk ke?  Kenapa tak lap rambut bagi kering dulu?  Selsema nanti.  Dengan air-cond lagi ni ha,” tegur ALaina. 
Mikhail tetap membatu.  Dia sengaja begitu.  Sengaja membiarkan tubuhnya terdedah.  Dia mahu melihat sejauh mana Alaina mampu bertahan. 
“Abang….”  Seru Alaina panjang. 
“Ya, sayang,” sahut Mikhail tanpa memandang Alaina.
“Baju abang dah siap gosok?” 
Alaina mencebirkan bibirnya dan terus memanjat katil.  Kepala Mikhail diangkat dan diletakkan di atas ribaannya.
“Nak pakai baju kena lap kepala bagi kering dulu.  Nanti air rambut abang ni kena kolar baju, basah nanti.  Dah tak selesa,” bebel Alaina lalu dia mengelap rambut Mikhail.
Mata Mikhail membulat.  Dia kaku.  Tak sangka ALaina bertindak begitu.  Tak diduga ALaina memangku kepalanya dan membalut kepalanya dengan sehelai tuala lalu dilapnya perlahan.
“Sayang…,” seru Mikhail dengan mata yang semakin tunak merenung wajah ALaina yang manis berbalut selendang. 
“Ya, saya,” sahut Alaina.  Tangannya masih ligat menari pada kepala Mikhail.
Mikhail kehilangan kata.  Menerima kemesraan dan belaian isteri tersayang dalam waktu yang tidak diduga membuatkan hatinya berbunga.  Kembang kempis dadanya menahan nafas. 
Dalam hatinya menjerit.  Apa yang Alai buat ni?  Jangan duga abang lebih-lebih, sayang.  Abang bukan malaikat.  Resah sungguh Mikhail dengan ALaina ni. 
“Baju abang dah siap gosok.  Okey, rambut pun dah kering.  Boleh bangun,” ujar Alaina ringkas. 
Dia menolak kepala Mikhail dan cuba berlalu namun pantas Mikhail menahan pergerakannya. 
“Abang nak tanya Alai ni?”  Mikhail gelisah.  Sudah beberapa hati soalan ini menghantuinya dan dia mahukan jawapan daripada bibir ALaina sendiri.  Sudah terlalu banyak keyakinan yang dia terima daripada orang lain tapi tidak daripada tuan empunya badan sendiri.
“Abang nak tanya apa?”  Tenang dan sopan Alaina menyoal suaminya kembali.
“Pasal kita.  Soal hati Alai dan …”  Huh… Mikhail mengeluh berat.  Dia membetulkan duduk. 
Tak sanggup dia hendak meneruskan apa yang bermain di minda.  Tapi, dia perlu tahu… apakah masih ada Adan di dalam hati Alaina atau dengan kata lain, tiada langsung ruang untuk dirinya biarpun Alaina semakin mesra melayani dia.
“Dan jodoh kita?  Adakah masih ada orang lain selain abang dalam hati Alai?”  duga Alaina.
Mikhail tunduk.  Dia membetulkan sedikit tuala yang tersingkap hingga ke pehanya.  Ternyata, Alaina terlalu bijak.  Mudah saja dia menebak kegelisahan Mikhail.
“Abang,” seru Alaina lalu dia menggenggam jemari suaminya.
“Kenapa abang ragu-ragu?  Abang Adan kekal dalam hati Alai sebab dia pernah jadi cikgu Alai dan pernah bantu Alai.  Tapi, kasih dan diri Alai hanya untuk abang.  Kenapa abang tak percaya?  Atau abang rasa Alai tak boleh nak terima abang sebab Alai masih belum…”  Bibir  Alaina terkatup rapat.  Malu dia hendak meneruskan kata. 
Mengerti akan apa yang mahu disampaikan oleh isterinya, Mikhail pantas menggeleng.  Genggaman tangan Alaina dibalas erat. 
“Jangan cakap macam tu, sayang.  Abang tak nafikan sebuah pernikahan ini menjanjikan semua tu.  Kita ada tempat untuk melepaskan hawa nafsu pada tempat yang halal dan abang ada Alai untuk semua tu.  Tapi, Alai jangan ingat sebab Alai tak tunaikan nafkah batin untuk abang baru abang tanya.  Abang tanya sebab abang risau Alai terpaksa terima abang.  Abang tak nak Alai menderita lagi,” bantah Mikhail.  Liur ditelan berkali-kali.
“Kalau macam tu, kenapa nak persoalkan semua ni?  Kenapa nak kata Alai terpaksa terima abang sedangkan Alai yang mahukan semua ni?  Abang…”  Kedua telapak tangan Alaina mengapit pipi Mikhail.
“…bila takdir itu berkata ya untuk jodoh kita, biar dengan cara macam mana pun… insyaAllah Alai terima.  Yang lalu, Alai tak mampu ubah.  Yang mendatang, Alai hanya mampu merancang.  Apa yang pasti, yang ada di depan Alai sekarang ni, Alai akan hargai dengan sepenuh hati,” jawab Alaina pula. 
Perlahan-lahan, bibir Mikhail menguntum senyum.  Mendengarkan penafian daripada isterinya membuatkan dia lega.  Entah mengapa, dia terasa kemenangan.  Menang tanpa perlu bertanding.  Menang dalam memiliki hati isteri sendiri.
“Terima kasih, sayang,” gumam Mikhail lalu dia berpaling dan cuba mengucup telapak tangan isterinya. 
Bila dia melihat Alaina tersenyum, belakang kepala Alaina dipaut.  Perlahan-lahan, dia mahu merasa sentuhan lembut bibir isterinya itu.  Liur ditelan, nafas ditahan.  Bila dia sudah benar-benar hampir, daun pintu diketuk kuat.  Mikhail tersentak.
“Pukul berapa nak gerak ni?  Karang lambat pulak!”  laung Puan Maryam dari luar.  Sedari tadi diam, mestilah Mikhail mengunci pergerakan Alaina.  Itulah yang dia fikirkan bila Alaina tidak juga keluar.
Mikhail ketawa.  Alaina bangkit dan mengambil kemeja lalu disuakan pada tubuh suaminya.  Dibutangkan satu-persatu. 
“Terima kasih, sayang,” ucap Mikhail sekali lagi setelah dia hampir siap.
Alaina menjeling manja.  “Kasih abang Alai terima,” balas Alaina penuh makna yang berkias.  Menghantar maksud yang dia semakin bersedia untuk menerima Mikhail dalam erti kata yang sebenarnya.


TANGAN orang tuanya disapa lalu disalami penuh kasih.  Sungguh dia kasih.  Kasih yang tak mungkin dibelah bahagi dengan apa saja andai orang tuanya melarang.  Cuti yang berbaki rasanya biarlah diisi dengan perkara yang lain.  Adan tidak mampu berada di dalam rumah ini.  Hatinya tidak tenang.  Tingkahnya tidak keruan. 
“Adan cuti lagi tapi dah nak balik kuarters?”  tegur Puan Rohani sebak.   
Dipandangnya bekalan untuk Adan.  Semuanya juadah selepas raya.  Ada sedikit kuih raya dan juga rendang serta ketupat yang baru dibuatnya semalam.  Tak sangka Adan hendak pulang ke Sungai Besar sebegini cepat. 
“Ampunkan Adan, ibu… abah.  Adan ingat nak balik ni, nak beraya rumah pelajar-pelajar.  Biasa pun, tiap-tiap tahun Adan beraya rumah diorang.  Tapi, tak sempat pergi semua rumah.  Alang-alang tahun ni, sementara masih berkesempatan… Adan ingat nak singgah semua rumah pelajar Adan,” jawab Adan berdalih.
Dia sebenarnya mahu bersendiri.  Di rumah ini, ibu dan ayah sentiasa merenungnya dengan pandangan yang pelik.  Dia tidak selesa.  Adan rasakan dia tak ubah seperti pesalah sedangkan dia adalah mangsa dan lebih teruk lagi, Alaina sendiri.  Mengingati wanita itu, Adan hampir menitiskan airmata lagi namun cepat-cepat dia memandang ke atas, bertahan agar airmata lelakinya tidak lagi jatuh kerana takdir yang mendatang.
“Erm…  ikut sukalah Dan.  Abah dengan ibu tak halang.  Kalau itu yang Dan rasa yang terbaik, baliklah.  Hati-hati,” pesan Encik Razak sedikit optimis biarpun dia sendiri gusar akan kelakuan Adan sejak beberapa hari ini. 
Apa yang hendak dikata, Adan satu-satunya anak yang dia ada.  Sakit Adan sakit lagi mereka tapi apa yang menjadi pilihan Adan sebelum ini tak mampu ditunaikan. 
“Insya-Allah, bah.  Adan tahu jaga diri.  ibu dan abah jangan dok fikir sangat pasal Adan.  Adan baik-baik je.  Lagipun, Adan rasa dah sampai masanya Adan fikirkan masa depan Adan dengan lebih jauh,” ujar Adan tenang. 
“Lebih jauh?”  soal Encik Razak.
“Apa maksud Adan?”  tanya Puan Rohani pula.  Risau sungguh dengan kata-kata Adan. Bagai ada perkara yang tak kena pula. 
Adan senyum.  “Jangan risau, bu.  Adan Cuma fikir dah sampai masa untuk Adan sambung belajar semua.  Ambil master.  Ada rezeki nanti boleh up-grade kerja jadi pensyarah pulak.” 
Bibirnya menguntum senyum.  Setelah beberapa hari dia memikirkan semua masalah yang menimpa ini, rasanya inilah keputusan yang terbaik.
“Tapi…” Suara Adan meleret.  Kening kedua-dua orang tuanya berkerut.
“… bukan dalam negaralah, bu.  Kalau ada rezeki Adan, Adan nak merantau ke Negara orang,” sambung Adan. 
Mata Puan Rohani berkaca tiba-tiba.  Entah mengapa, dia merasakan yang anak lelakinya ini sedang lari dari masalah.  Lari dari kekecewaan.  Dia memandang suaminya yang turut berwajah sugul.
“Kenapa tak dalam Negara je?”  Encik Razak mengerti akan keresahan isterinya lalu dia utarakan soalan itu pada Adan.
Adan menggeleng dengan bibir yang terus tersenyum biarpun hatinya menangis hiba.  Tak sudah-sudah dia mengucapkan nama Allah moga dia tenang tapi sukar benar untuk dia temui tenang itu seperti sebelumnya.  Bagai dihambat janji yang telah dimungkiri pada Alaina dan Adiana. 
“Adan saja je, bu… bah.  Nak cuba timba pengalaman tempat orang pula.  Bila lagi nak menjelajah Negara orang mencari ilmu.  Belajar cara hidup orang dan tengok kesukaran Negara yang miskin.  Boleh jadi, itu akan buatkan Adan lebih mensyukuri hidup ini.”  Akal akan menerawang jauh.  Suaranya tenggelam timbul.  Dia sudah mahu hanyut dalam kepedihan hatinya.
“Adan jangan kata nak lari dari masalah, nak,” tegur Puan Rohani gelisah.
Adan tersentak.  Dia kembali ke realiti.  Ya, realiti yang memeritkan.  Realiti yang meragut tenang. 
“Eh… tak adalah, bu.  Kan ada nak pergi menuntut ilmu.  Kenapa nak lari dari masalah.  Kan ibu dan abah juga ajar, masalah bukan untuk dielakkan tapi untuk ditangani.  Tuhan turunkan ujian buat-buat hamba-hamba-Nya yang mampu menghadapi dugaan itu.  Tanda kasih sayang-Nya pada kita,” bantah Adan lembut.
Puan Rohani dan Encik Razak mengangguk lemah.  Benar apa yang Adan katakan, namun yang menjadi persoalannya sejauh mana Adan mampu menelan kepedihan itu.  Melihatkan cara Adan, mereka tahu Adan semakin pasrah dalam hidup. 
“Dahlah, bu… abah.  Nanti lambat pulak sampai Sungai Besar.  Nanti Adan telefon kalau dah sampai.  Bekalan ni, terima kasih ya bu siapkan buat Adan,” ucap Adan ceria lantas dia berlalu ke arah keretanya. 
“Adan…” 
Langkah Adan terhenti.  Dia berpaling bila ibunya menyerunya lembut. 
“Ya, bu?” 
Berat lidah PUan Rohani hendak berbicara tapi dia bimbang jika Adan tersalah tafsir akan niat di hati mereka.
“Tentang Alaina… ibu dengan abah hanya mahukan yang terbaik buat Adan,” sambung Encik Razak bagi pihak isterinya. 
Adan kedipkan matanya sekali.  Akhirnya, nama itu disebut oleh bibir orang tuanya.  Nama yang sentiasa berdengung dalam kepala.  Nama yang menjadi igauannya. 
“Jangan risau.  Pasal Alaina, Adan dah boleh terima hakikat dan Adan juga yakin bila ibu dan abah buat macam ni, pastilah demi kebaikan Adan, kan?”  soal Adan semula.
Puan Rohani dan Encik Razak terkedu.  Terasa disindir sebenarnya bila Adan mengatakan begitu.
Bila Adan sudah membelakangi kedua-dua ibu dan abah, airmatanya menitis tanpa mampu ditahan lagi.  Bibirnya digigit kuat.  Dia lelaki tapi ternyata dia insan yang lemah.  Tenangnya selama ini diragut.  Tapi, hendak mempersoalkan takdir, dia bukanlah jenis yang begitu dan hendak menerimanya pula, dia perlukan kekuatan yang bukan sedikit.
Punggungnya terus dihenyak dalam kereta dan tanpa mampu dia memandang ke depan lagi, Adan terus menekan pedal minyak dan kereta terus berlalu dari perkarangan rumah.  Bila akhirnya dia sudah menjauh, Adan tersedu sendiri. 
“Maafkan abang, Alai.  Maafkan abang.  Moga bahagia itu menjadi milik Alai.  Doakan abang mampu melangkah tenang tanpa Alai kerana Tuhan tidak mengizinkan Alai menjadi milik abang,” gumam Adan bersama sendu yang kian kasar.
Hanya Tuhan yang tahu derita di jiwa.  Hanya Tuhan yang tahu cintanya pada Alaina.  Tapi, dek kerana cinta dia pada Sang Pencipta mendahului segalanya, Adan serahkan seluruh jiwa dan raga kembali pada Allah.  Moga dituntun akan hati tanpa hala itu ke destinasi yang sebenar-benarnya yang telah ditentukan buat dia.

~~> bersambung (intermission)..  

Ada line kat kg.  so leh update.  Layan komen dan maaf atas kekurangan.  Ops.. Jangan lupa dapatkan Terlerai Kasih dan Bila Nak Saksi di kedai2 buku berhampiran atau secara online ya.

41 comments:

  1. bunga2 cinta dh mekar...hihi

    ReplyDelete
  2. betui tu Adan.. cinta paha Pencipta adalah sebaek-naeknya...
    syiokk part Khail ngan Alai... bahagia kian menjelma, dan IAM hanya tuk kebahagian dan bukan tuk kesengsaraan lagi..

    ReplyDelete
  3. thanks utk entry nya :) sambung la lg, cepat2 :) -lyn_intanazlleyna

    ReplyDelete
  4. wah.. cute sangat baca lai keringkan rambut khail..hee.. kesian adan.. huhu

    ReplyDelete
  5. waaaaaaaaaaa
    nangis baca part Adan...huhuhhuhu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ada n3 ari ni. Tq RM. Bestnya alai dh bahagia ngan khail. moga bahagialah selalu..jgn dtg anasir2 jahat dh le

    ReplyDelete
  7. RM, terimakaseh utk n3 ini, seterusnya....
    ~ Aminah

    ReplyDelete
  8. best...best...nk bab 27 pulak...hehehe...
    alai dh smkin menerima khail....
    bersabar lah adan..alai bkn jodoh Allah buatmu...pasgrah (lisa surihani nye sebutan)je la yer....

    ReplyDelete
  9. sukanyaa tapi cian kat adan..terasa di jiwa

    ReplyDelete
  10. ksian adan tp betul jgk cinta kpd sang pencipta lebih penting...tp k.rehan sya rsa konflik blh diwujudkn mungkin satu hri nnti cinta adan akan tetap bersatu dengan jiwa alaina.....sbb cinta adan suci kpd alaina..hehe

    ReplyDelete
  11. huhuhu...sedihnya nasib adan...lelah sendiri tika menghayati tangis hiba adan..tq Rehan...harap sangat akhirnya jodoh ke dua alai dengan adan..hehehe mesti peminat setia khail marah kat saya

    ReplyDelete
  12. RM,

    Sy dh rasakan kesedihan Adan apabila dia gagal memiliki Alaina. Janjinya pada Alaina terpaksa dia lupakan demi ibu dan abahnya. Mmg Adan anak yg baik, rela berkorban w/pun hatinya hancur luruh. Harap-2 Adan tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.

    Pada Khail pula, jgn leka. Jadilah suami yang mampu melindungi Alaina dan juga Abang untuk Malisa dan Adiana. Semoga rumahtangganya dgn Alaina kekal hingga ke akhir hayat mereka. Terima kasih juga kpd Alaina kerana mampu merubah Mikhail semula pulang kepangkuan jalan.

    ReplyDelete
  13. Kesian kat Adan. Mesti terluka sgt. Dlm hal ni semuanya akan terluka.

    TQ RM. memang terasa kesedihan masing2

    ReplyDelete
  14. temankan adan menangis..sian adan..
    trpksa doakan kebhgiaan alai wlpun hati sndiri berkecai..

    xtaulah kalau sya boleh doakan org yg sy syg bhgia dgn org lain..arghh jahtnya hatiku..haha...

    ReplyDelete
  15. akak, habis2kan je la cite ni. adan pon dah derita. khail pon dah dapat alai. tunggu apa lagi kak. sume org nak alai dgn khail. biarkan je adan tu. mmg dari mula pon dia tak patut jd hero.

    ReplyDelete
  16. usshh bhya ni khail happy sgt t ngs lak

    ReplyDelete
  17. yezzeeerrrr......chayok2 Khail....n 2 adan bertabahla....Allah sayang awak sbb 2 dia uji awak cam 2, moga2 dgn berubah agin awak akan jumpa yang lebih baik dari Alai yeh ....

    ReplyDelete
  18. cian kat adan..m0ga ada wtak bru dan akan m'jdi klbhan pda kkurgan adan..jd0h yg lbih baek yg akan m'gntikan duka kpd suka adan..huhuhu...hmm...part yg sweett 2...msa alai krngkn rmbut mika...s0o swwweettt...pas nie msti ada knflik2x kan RM..??? kan3x..??? heheh...arp mika akan sntsa b'siap sdia mnpuhi dugaan 2 n stsa b'fkran p0stf..jgn sskli b'tndak t'buru2x..n pling pntg hrgai 0rg yg t'syg slgi mrka mac ada...hahahahah...(^^,)v

    ReplyDelete
  19. tq rehan..best..bc ttg adan sepintas lalu jer..nnt buatlh cam ksc..smooth je hidup alai n khail..jgnlh ada konflik sampai rase nk terjun bangunan..jgn dgr ckp peminat tegar adan nk diaorg bersama jgk...nk alai n khail sampai jannah tau..love u rehan..

    ReplyDelete
  20. thank you rehan for your entry...

    ReplyDelete
  21. huwaa..nangis bila bca part adan.. kesian dia... :(
    tp, part alai dgn khail best la! ;D

    ReplyDelete
  22. Moga alai mampu menangani hati dan perasaannya.
    Adan pula perlu matang dan bijak dlm kawal perasaan sedihnya itu.
    Khail juga jgn terlalu gusar dgn perasaaan alai, mudik ke dalam hati alai dan mekarkan ia dgn kasih sayang yg x berbelah bg.

    ReplyDelete
  23. karehan..ari ni sabtu..bukan ahad.nasib baik terbuka blog ni..hikhikhik.tq

    >>k<<

    ReplyDelete
  24. salam dik..

    Usia perkawenan Mikhail dan Alai ..tidak dapat membuang perasaan curiga dihati Mikhail terhadap Alai mengenai Adan..semakin di cuba untuk membuang perasaan itu semakin ia menganggu kehidupannya..dan bagi akak Alai pandai mengambil hati Mikhail bila memberi jawapan yg telus mengenai Adan. Akak berharap agar Alai dapat melupakan Adan kerana tidak wajar baginya masih mengingati lelaki itu..sedangkan lelaki itu telah membuangnya jauh dari hidupnya tanpa meninggalkan pesan buatnya..apa lagi yg mau dikenangkan akan si Adan itu kan ..sedangkan Mikhail sanggup menggalas apa yg dijanjikan oleh Adan buatnya..Alai kenalah relakan dirinya menyanyangi Mikhail sepenuh hatinya..kerana dia yg berhak keatas dirinya kan..

    E3 yg sgh tragis kan..buat Adan ..bagaimana mungkin dia dapat melupakan Aliana sedangkan hati jiwa dan perasaannya telah diserahkan pada gadis itu.. Cinta pertama yg telah diukir indah untuk hidup bersama Alaina punah kerana tentangan kedua ibubapanya kerana takut zuriatnya akan tercemar kerana ibu Alaina seorg yg tidak suiman/gila. Bagaimana mahu Adan memujuk hatinya ek..adakah dengan membawa diri keluar negara dia dapat melupakan seraut wajah itu..yg memberikan ketenangan hanya dengan melihatnya..

    Adakah disatu masa nanti mereka akan bertemu juga ..

    ReplyDelete
  25. sweet n maybe ad konflik tpi atasinya dgn baik ye Khail n Alai..love both of you..:)

    ReplyDelete
  26. sian kat adan,ajal dan jodoh tetap ketentuan ALLAH.terima ngan ati iklas!!!pasti ade hawa yg ALLAH telah tetap kan wat adan...muge khail n alaina menuju jln kebahgian...

    ReplyDelete
  27. best...x sbr nak tau smbungan die...

    ReplyDelete
  28. harap tidak matikan Khail dan Adan yang memang setia menanti Alaina tetap berkahwin dgn. Alaina itu pun bila ibu bapanya sudah tiada. Bila hati tetap cinta...cinta selamanya

    ReplyDelete
  29. 2-in-1..... Happy for Khail and sad for Adan....

    ReplyDelete
  30. slm kk rehan.. hope sgt story nie jgn jd ala-ala sinetron/telenovela plak ea.. yg lepas biarlah ia berlalu.. jgnler nk patah balik cerita nie cari hero kedua n buat ending alaina dgn adan k.. khail mati(OMG) k ape k.. kdg2 bace story mcm tu rase.... hish!!

    ReplyDelete
  31. sdeynyee...sian adan...hmm...:'(

    ReplyDelete
  32. best kak...ble nk dpt baby ni kak..nk khail n alai je..adan 2 buang jauh2 eh kak..plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  33. tersenyum bila baca kisah alai dengan khail, cepat je emosi berubah sedih bila adan sedih..oh3

    ReplyDelete
  34. Akak rasa sesuatu akan terjadi .......apa haya penulis yg tahu tapi sebelum tu kuatkn khail dgn ilmu agama dan bagilh pasangan pengantin ini bahagia hingga ke akhir hayat ......rasanya Adan yg bawa diri akan berjumpa Alaina sbg lacture and student ..... Ha..ha..lebih2lh pulak akak ni hrp2 cte ni byk sedih ye writer biar berabu skit mata2kami ni...anyway TAHNIAH RM ..

    ReplyDelete
  35. Wah, Alai dah boleh terima Khail.. Adan.. sedih mengenangkan jalan ceritanya... watever it is life has to go on!! chaiyok kak rehan!! sambung la lagi!!!

    ReplyDelete
  36. wah..... best best... kesian dekat khail... tpi nnti msti ad ganti alai....comel sbb alai dpt trima khail........ hahahha kahail si comel >_<
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  37. Semoga Alai boleh terima Khail selayaknya sebagai seorang suami.....
    Adan redha lah apa yang telah tertulis.... mendoakan kebahagian Alai dan Khail tu lebih baik.... dan semoga Adan teruskan usaha untuk sambung belajar kkkk.... fikir yang positif ...insyalllah

    ReplyDelete
  38. rasanya masa bab 2 dulu rehan tulis mikhail ni duduk rumah lot 2 tingkat..bukan banglo..hehe..

    ReplyDelete