BAB 29
KELUAR dari pejabat
tengah hari itu, Mikhail melangkah malas menuju ke medan
selera berhampiran dengan bangunan pejabatnya di Maju Tower . Perut yang lapar perlu diisi. Seharian menghadap kerja-kerja yang bertimbun
membuatkan dia terlupa hendak mengisi peru t hinggalah dia sudah tidak
mampu bertahan lagi. Dek kerana cuti
yang panjang, fail juga meninggi. Mujur
saja tidak mencecah siling. Desis hati
Mikhail dan mujur juga tiada mesyuarat hari ini. Jika tidak, pastilah nafasnya tersekat di
kerongkong.
Langkahnya maju. Bibirnya senyum. Mengingatkan lemah gemalai Ala i na melayani dia, Mikhail semakin
melebarkan senyum. Perkara itu sudah
berlalu hampir beberapa hari tapi hangatnya tetap terasa dalam dirinya.
Kini, permulaan yang
baru. Permulaan akan sebuah rumah tangga
yang harmoni. Jika dulu, waktu tengah
hari, dia akan ditemani gadis-gadis genit yang baru saja dia kenali, tapi hari
ini dia rela bersendiri jika tanpa isteri tercinta. Ala i na
cantik. Alaina ind ah luar dan dalam. Tiada apa yang mampu dia sangkal lagi.
Jika dulu, dia punyai
rasa ingin tahu yang meluap-luap akan apa yang ada di sebalik kain yang
membaluti dan menyembunyikan Ala i na
tapi ternyata, keindahan yang telah Allah anugerahkan buat dia, tiada
tandingan. Alhamdulillah… Mikhail
mengucapkan syukur di dalam hati.
Baru saja dia melintasi reception di lobby dan juga hendak menuju ke pintu kaca otomatik itu, bahunya
ditepuk lembut. Mikhail berpaling
dahinya terus berkerut.
Ya Allah… hanya itu yang
mampu hati dia bisikkan melihat pada susuk tubuh di depannya kini. Mata Mikhail merenung dari atas ke
bawah. Dari bawah ke atas sebelum
singgah lama pada wajah yang dia kenali itu.
“What bring you here?”
Suaranya perlahan tapi agak tegas.
Mata galak di depannya
manja merenung Mikhail. Bibirnya
rapat. Tiada bersuara dan jauh sekali
hendak menjawab. Sebaliknya Juana terus
meneliti keadaan sekeliling yang nampa k agak
sibuk dengan oran g
ramai.
“You.” Juana menjawab ringkas.
Mikhail senyum. “Interesting
but sorry, I am not interested,” balas Mikhail lalu dia melangkah tapi
langkahnya mati bila tangan lembut Juana memaut lengan sasa yang terdedah
setelah dia menyinsing lengan kemejanya itu.
“Apa yang you nak ni,
Juan?” Mikhail membentak. Lengannya
direnggut kuat. Sekali saja sudah
terlepas daripada genggaman Juana.
“Please, sayang. I cuma nak cakap dengan you.” Gadis genit itu merayu.
“Dulu pun, I biasa
datang temankan you makan tengah hari.
Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tidak?” provoke Juana cuba memancing minat Mikhail.
Tangannya sesekali
membetulkan baju kurung moden yang dipakai.
Terasa tidak selesa langsung tapi dipujuk hatinya demi menambat kembali
hati Mikhail dan membawa lelaki itu rebah di dalam pelukannya nanti. Rambutnya yang ternyata sudah hitam itu
diselak sedikit bila merasakan belakang tengkuk berpeluh.
Juana tahu… Mikhail
pelik memandangnya. Nampak tertarik atau
boleh jadi Mikhail akan mengejek. Tapi,
dia tidak peduli. Dia tidak boleh tewas
dengan Ala i na. Lagipun, dia cintakan lelaki di depannya
kini.
Sekali lagi, Mikhail
memandang dengan penuh rasa aneh dalam dirinya.
Agak jengkel saat melihat gadis di depannya kini. Kenapa dia berpakaian macam ni? Pelik sungguh. Dah tukar agama ke apa? Mikhail menelah.
Sungguh Mikhail
terbeliak mata melihatkan Juana yang ada di depannya kini sedang berbaju kurung. Biarpun sendat mengikut bentuk tubuh dan
menampak setiap bonjolan dan juga lekuk tubuh tapi nampa k jauh lebih sopan berbanding Juana yang
dulu. Penasaran Mikhail
memikirkannya. Apa motif Juan?
“Tak ada apa nak cakap,
Juan. Dulu lain dan sekarang juga
lain. manusia berubah dan I bersyukur
bila I berubah jauhkan diri dari semua yang buruk-buruk…”
“So, you nak cakap I
buruk untuk you?” pangkas Juana agak
sinis.
Berasap telinga Juana
mencantas kata-kata Mikhail. Jika dulu,
dialah segalanya. Dialah yang paling
cantik dan seksi. Jika tidak mahu diuji
sabarnya, sudah lama Juana mengherdik Mikhail.
Biar Mikhail tahu apabila sabar seorang wanita tercabar.
“Nope!” Mikhail menggeleng.
“I tak cakap you tapi
cara hidup I yang lalu, Juan. Sekarang I
dah jumpa jalan yang benar-benar untuk I teruskan hidup. We are
not meant together. You dengan cara
you dan tolong…,” rayu Mikhail. Dia
telan liur seketika berharap agar Juana mengerti.
“…tolong jangan kacau
hidup I. Kita tak mungkin bersama dan I
tak fikir you benar-benar cintakan I memandangkan you sendiri ramai jantan yang
himpit you selama kita berkawan pun. I
tak kisah dan you sendiri tak pernah kisah, kan ?!”
soal Mikhail sedikit sinis..
Bukan dia tidak tahu,
tanpa dia Juana tak pernah sepi. Bukan
sekali dia nampak Juana dipeluk oleh lelaki
yang berbeza-beza. Hubungan
mereka sebelum ini hubungan profesional.
Juana berhak memilih dan dia juga.
Tapi, dia berbeza bila dia memilih Alaina membuatkan mereka terus
menjarakkan jurang.
“You nak cakap jalan
yang lurus tu adalah jalan yang you pilih untuk bersama Ala i na, macam tu?” tebak Juana tanpa dia tahu hakikat sebenarnya
akan hubungan Mikhail dan Ala i na.
Dalam kepalanya,
apa yang dia tahu Mikhail meminang Ala i na dan boleh jadi
kini, mereka adalah tunangan. Masih lagi
belum terlambat pada fikiran Juana. Jika
suami isteri pun, masih juga tidak terlambat.
“Yeah…” Mikhail mengangguk
pula.
“She is a gift dan I akan hargai dia. I akan pertahankan dia hingga hujung nyawa
I,” ujar Mikhail yakin kerana dia telah berjanji pada Tuhan. Akan menjaga Ala i na dan Adiana serta ibu mertuanya selagi
dia berdaya.
“I tak percaya you akan
buat I macam ni, Khail lepas apa yang kita lalui bersama. I sungguh tak percaya. I buat semua ni untuk you,” tekan Juana
buat-buat lirih seraya menunjukkan ke seluruh tubuhnya. Menayang pakaiannya.
“You tak perlu buat
untuk I, Juan. I tak pernah minta,” ujar
Mikhail.
“Kita berbeza segalanya
kini, Juan. Kadang-kadang I terfikir,
elok kita tak bersama atau mungkin I paksa you convert agama you sebab I sendiri akan bawa you terus sesat dengan
I tapi kini alhamdulillah… I ada isteri yang baik untuk bimbing I yang kurang
ilmu ni,” sambung Mikhail separuh berbisik.
Mikhail senyum
sinis. Hari ini dia tahu kenapa dia tidak
pernah memaksa Juana menukar agama.
Pernah juga dia berbicara tentang hal ini tapi tidaklah berkali-kali dia
mendesak. Dia kini temui jawapan itu. Jawapan yang mana dia sendiri pun hampir
tersesat dulu. Tuhan sayangkan dia. Tuhan tidak mahu dia sesat mengikut jejak
Juana dan terus hancur membelakangi agama.
Islam hanya pada nama tapi segala amalan bagaikan meminta-minta untuk
dijadikan penghuni neraka.
Dulu, dia tidak mampu
membimbing diri sendiri apatah lagi oran g
lain. Kini juga… tapi dia beruntung
kerana punyai isteri sesabar dan sebaik Ala i na. Ada
teman seperti Ustaz Amar dan ada mama dan adik yang sudi berkongsi ilmu
Allah.
Mata Juana bulat. Tak mungkin.
Tak akan. Telinganya sedang
menipu. Pendengarannya silap. Apa yang baru didengarinya adalah
pembohongan. Hati Juana tak mampu
terima. Dia tahu Mikhail menipu.
“You lie to me, Khail! Macam
mana you boleh cakap dia isteri you, Khail? How could you?!” Terjuih-juih bibir Juana menyoal Mikhail.
“That’s a fact,
Juan. Inilah yang dikatakan jodoh. Kami oran g
Islam percayakan empat perkara yang telah Allah tentukan sejak kejadian kami
lagi. Kehidupan, rezeki, jodoh dan
maut. I dan Ala i na sekarang suami isteri. Dia isteri I dan I sayangkan dia, Juan. I tak tahu apa yang you nak sebenarnya sampai
berpakaian macam ni atau you dah convert? Mummy
dan daddy you tak marah ke? Kalau kata you convert sekalipun, I ucapkan alhamdulillah kerana kita kini
bersaudara cumanya, you kena lebih banyak belajar tauhid. Sama seperti I. Kalau kata you masih dalam agama you, I tetap
hormati you dan you pun tolong…” Mikhail
sudah bersedia hendak berlalu setelah berucap panjang.
Belum sempat dia berlalu
ke pintu, dia sempat berpaling lagi dan memandang Juana yang nampa k hendak menangis. Mikhail senyum.
“… tolong hormati I dan
isteri I. Thanks a lot, Juan and you look damn beautiful in your kurung. Take
care,” pesan Mikhail lalu dia terus melepasi ambang pintu yang sedang
ternganga luas.
Seleranya mati. Dia perlukan Ala i na.
Dia kini sedar, bebayang dosa lamanya bagai menghambat dia tanpa
henti. Dia yakin, Juana tak akan henti
memburu. Dia kenal amat gadis spesis
begitu dan yang bakal menjadi mangsa adalah Alaina. Kakinya melangkah tanpa haluan. Hati yang bergetar perlukan ketenangan lalu
dia menghubungi Ustaz Amar.
MIKHAIL memeluk
tubuh. Ralit sungguh dia memerhatikan
belakang tubuh Ala i na
yang sedang sibuk di sinki. Entah apa
yang dibuat dia tidak pasti. Asyik
sungguh isterinya itu melakukan kerja dapur hingga kepulangannya langsung tak
diendahkan.
Bila dia sampai lewat
sebentar tadi, mama dan Mali s a baru
hendak keluar ke masjid. Kata mama, Ala ina tidak mahu mengikut mama dan Mali s a
ke masjid kerana risaukan dirinya yang masih belum pulang. Sungguh, hati Mikhail berbunga-bunga.
Kebetulan pula, banyak
kerja yang perlu diselesaikan. Esok akan
lebih sibuk kerana dia perlu melawat tapak pembinaan. Usai Maghrib tadi dia terus memecut pulang. Barangkali mama dan Mali s a
mahu menghadiri kuliah agama memandangkan malam ini adalah malam Jumaat. Malam rahmat dan malam penuh keberkatan.
Melihatkan sisi wajah
isterinya yang tenang dan sedikit pucat, Mikhail tenang. Kepalanya terngiang-ngiang akan nasihat Ustaz
Amar agar berserah pada Allah dan berdoa serta berterus-terang pada Ala i na. Dia akan… dia kan berterus-terang tentang segalanya
sebelum Juana bertindak mendahului dia.
Dia tidak sudi Ala i na
terluka dan menitiskan airmata. Apatah
lagi demi dia.
Bunyi air paip yang
mencurah membawa Mikhail kembali memandang isterinya. Kakinya perlahan-lahan menapak menghampiri Ala i na. Daripada sinki beralih pula pada dapur jenama
Rubine itu. Kemudian berlalu pula ke
peti sejuk. Tak duduk diam sungguh
isteri aku ni, desis hati Mikhail.
“Assalamualaikum,
sayang,” sapa Mikhail lembut. Sapaan
yang lengkap dengan satu ciuman kudus di bahu isterinya.
“Eh, abang. Waalaikummussalam. Bila balik?
Alai tak dengar pun kereta abang?” balas Alaina lalu dia berlalu ke sinki dengan
niat hendak membersihkan tangannya sebelum menyalami Mikhail.
Baru hendak menapak,
Mikhail memaut pinggang Alaina membawa tubuh isterinya itu rapat pada dia. Rasa tenang.
Hilang serabut kepalanya. Hilang
wajah Juana. Pergi semua gundah. Yang ada hanya ketenangan dalam melayari
bahtera.
“Ala i ralit sangat. Tu tak perasan abang balik,” jawab Mikhail
bagai berjauh hati.
“Ala i sediakan makan malam. Telefon abang hari ni tak berjawab pun. Risau
Ala i. Itu yang tak pergi masjid bila mama dengan
Lisa ajak.” Tangannya dibasuh lalu dilap
sampai kering.
Bila wajahnya diangkat,
telapak tangan Mikhail menyapa wajah isterinya itu. Sungguh mulus raut AL a i na. Semulus kasih dan sesuci cinta yang telah Ala i na persembahkan
untuknya. Tiada yang kurang malah dia
pula semakin angau dek penangan Ala i na.
Kasihan pula pada
isterinya. Lupa dia hendak menghubungi Ala i na. Sibuk berbual dengan Ustaz Amar disamping
menyiapkan tugas rasmi hingga membuatkan sang isteri berasa risau. Tapi, Mikhail gembira. Dia sedang bila Ala i na risaukan dirinya.
“Tak apa. Abang tahu sayang tengah masak. Abang sampai tadi, mama dan Lisa baru nak
keluar. Dia cakap Ala i tunggu abang. Handphone
abang out of battery dari pagi. Kebetulan busy. Lepas tu, jumpa dengan Ustaz Amar. Itu yang lupa call sayang. Abang minta
maaf buat sayang risau, ya?” Giliran
Mikhail pula melahirkan rasa sesal.
“Isteri dan bakal
anak-anak nanti,” sambung Mikhail mencantas.
Perut kempis Ala i na
dipegang.
“Mana ada isilah.” Tangan Mikhail ditepis Ala i na sedikit.
“One fine day. Satu hari
nanti abang akan pastikannya. Jangan
kata sekali malah berkali-kali selagi Tuhan izinkan kita,” jawab Mikhail
optimis.
Kali ini, tawa Ala i na lepas. Wanita mana yang tidak mahu berisi setelah
bergelar isteri. Biarpun dia terlalu
muda tapi tidak mustahil pada dia hendak menggalas semua itu. Pengalaman menjaga Ala i na sudah cukup memberi ilmu buat
dia. Sementelah pula, lumrah kejadian
wanita memang begitu. Tuhan menjadikan
wanita itu penuh dengan kasih sayang.
Punyai sekeping hati yang luhur dan penyayang.
Tanpa sedar Ala ina melilitkan tangannya ke leher Mikhail. Sengaja dia rapatkan tubuhnya dengan
Mikhail. Menghidu bau peluh suaminya
yang bisa mendatangkan getar dalam hati.
“Kalau macam tu… abang
kena naik mandilah,” suruh Ala i na
perlahan.
“Kenapa tiap kali Ala i nampa k abang mesti Ala i suruh abang mandi?” Mikhail bercanda.
Tapi sungguh, tiap kali
mesti dia suruh aku mandi. Macam
budak-budak pulak. Desis hati Mikhail
sendiri. Kalau kata dia nak mandikan
aku, syok jugak. Boleh manja-manja. Ni mandi sendiri, bosan juga kadang-kadang.
Mikhail sengih. Tahu sangat sikap Ala i na yang satu ni. Tiap kata-kata isterinya sukar untuk dia
bantah. Kebenaran terbentang. Sementelah pula, bila Mikhail begini,
pastilah Ala i na
menggoda lebih-lebih. Kadang-kadang
setelah Mikhail tergoda, Ala i na
terlena dan Mikhail tersenyum menahan rasa hampa.
“Sayang tengah goda
abang ke?” Kening Mikhail terangkat.
“Kalau abang
tergoda?” duga Mikhail lagi.
“Kalau tergoda… Ala i ubatkan rasa
tergoda abang tu,” balas Ala ina pula.
Tawa Mikhail lepas. Dia mendongak ke siling sebelum memaut
pinggang isterinya itu.
“Serius abang dah
percaya hari ni kata-kata Ustaz Amar.
Perempuan ni kalau garang sebelum kahwin, manja dia lepas kahwin lain
macam,” puji Mikhail.
Ustaz Amar juga pernah
berkata demikian. Wanita yang menjaga
maruah diri dan dingin itu setelah dinikahi akan menjadi seorang wanita yang
mampu menggoyahkan iman suami setiap saat.
Jadi, tepatlah pilihannya. Ala i na tergolong dalam
kalangan wanita istimewa itu. Yang terlalu mahal harganya.
“Ala i dingin sangat ke sebelum kita kahwin
ni?” tanya Ala i na sedikit tidak puas hati biarpun dia
yakin kata-kata Mikhail itu benar.
Sengaja dia mahu menden gar
jawapan suaminya.
“Secara jujurnya….” Mikhail berjeda dengan suara yang meleret lalu
dia mengangguk yakin.
“Sekarang?” Kening indah
terandam secara semula jadi milik Alaina terjongket.
“Sekarang ni… Ala i hot and spicy. Mampu buat abang panas tiap-tiap malam,”
bisik Mikhail lalu dia ketawa bila mata bundar Ala i na membulat dan isterinya itu merengus
menahan malu.
Mengerti dengan rasa
berat hati Alaina itu, Mikhail mencuit dagu isterinya cuba menceriakan wajah Alaina. Biarpun baru sekali tapi yang pertama itu
akan menjadi yang terindah buat selamanya dan yang seterusnya itu akan jadi
seperti yang pertama buat selamanya..
Mikhail senyum
tenang. Alaina perlukan masa dan dia
bersyukur bila Alaina tidak pernah membentak dan tidak menghiraukan dia. Segalanya dijaga rapi. Dia berlalu ke atas hendak ke biliknya. Tapi, suara kuat Mikhail sempat menujah
telinga Ala i na.
“Aba ng nak rehat kejap lepas solat. Kalau abang tak turun tu maknanya abang
lenalah tu,” laung Mikhail dan Ala i na
mengangguk sendiri.
Jika dia bersama Ada n, adakah lelaki itu
juga sebegini? Jika dia bersama Ada n, tak mungkin dia mendapat layanan sebegini baik
daripada oran g tua Ada n
dan Adiana juga tak mungkin dimanjai seperti mana Mali s a
dan ibu mertuanya memanjai Adiana dan berbelas pada ibunya.
Astaghfirrulah… Alaina
beristighfar panjang. Ya Allah, ampuni aku
kerana mengingati kisah lalu. Ampuni
hamba-Mu yang hina ini, Ya Tuhan… doa Alaina.
Rasa bersalah menghantui kerana masih punyai Adan dalam fikiran tapi
secara jujurnya, tak mudah untuk dia lenyapkan semuanya. Apatah lagi kata-kata ibu Adan pada dia. Terlalu sukar namun dia tak putus asa
mencuba.
Airmata yang menggenangi
tubir mata hampir menitis tapi cepat-cepat Ala i na mengelapnya. Cukuplah sekali kerana ibu dan kerana janji
Mikhail juga, dia tak akan menitiskan airmata lagi.
~~> bersambung
RM : Esok ada event kat MPH, sapa2 berkempatan jom ke sana. Ada sikit buah tangan..
MPH Alpha Angel, Wangsa Maju, Jam 2.30 pm..
cepat bagitahu alaina sal juana...huhuhu xnak la t'salah faham plak lepas nie...hehehhe
ReplyDeletebest :DD
ReplyDeletekak an...nk lg...best...
ReplyDeletebhagianya khail ngn alai...
sweet...
:)
smoga jdoh dorg bkekalan....
suke sgt diorg dh bhgia...
ReplyDeleteBest. ..best....best....nak lagi
ReplyDeletekak rehan.. terima kasih bagi IAM 29.. cerita favourite farah skng ni.. hihihi.. best lah.. tahniah2
ReplyDeletealai lupaknlar kisah lame tu, dear.. move on k..
ReplyDeletewokey, kk.. macam biasa, nk entry lg.. hehe..
awhh suka!
ReplyDeleteRehan your POV3 is getting better... Good job!
ReplyDeletesokongx2.
Deletesmga brkekalan la mraka br2 ni...hehe...bhgia rsenye...
ReplyDeletexdpt jmp sis esk..huhu..sdih..xde rezeki...
Hot n spicy... ermmmmmm
ReplyDeletetq karehan...skrg mcm cnfuse sket, betul ke alai ada cinta kat adan? dulu sblm kawen , nmpk mcm alai ada cinta kat khail, tpi disorokkan dengan kabaikan adan. skrng nmpk mcm betul je alai ni cintakan adan
ReplyDelete>>k<<
tiap kali baca part romantik dalam cerita k Rehan, ada rasa lain macam dalam diri, rasa ingin menjadi istri yang terbaik untuk suami nanti pulak, hehe. terima kasih k Rehan, untuk setiap kisah yang menyedarkan kita dari lena, hehe.
ReplyDeletetu part menjaga Adiana salah taip la k Rehan, akak tulis nama Alaina,.
alahai, engatkan kak rehan dah lup pasal Juana.. ada lagi rupanya minah tu.. grrr...
ReplyDeleteHish juana ni bakal m'gangga ketenteraman nih..lesing kang..haaa.. Sweet sgt alai ngan khail nih.. Dlm kepala ni mcm tak sabar nk soh RM jdkan buku je..hehe..padahal br smmg bc BNS. garapan RM mmg the best n daboom lah. tq for this n3
ReplyDeleteHaha...hot n spicy yea...
ReplyDelete-ieja-
agar kebahgian milik mereka kekal abadi hingga ke hujung nyawa.......
ReplyDeletebertabah ye Alai,. didik hati utk cintakan Khail,.
ReplyDeleteKhail jgn lupa lak gtau Alai psl Juan keke
Kalau khail x bgtau alai psl juana khail ni mmgla bodoh..
ReplyDeleteRM, timakaseh utk n3 ini, seterusnya ya...
ReplyDeleteIngatkan nama J sudah tiada dlm kamus IAM, alih2 ada plak,musti nnti ada la scene2 menangis lagi( udah tajuk pun IAM ye?)
Utk Khail, kak pohon sgt2 jgn letak tepi segala kepercayaan yg Alai dh bagi, Khail kena jujur dgn diri sendiri, bgtau Alai apa je perkara yg Khail rasakan pasti akan mewujudkan perselisihan paham antara mereka.
Hari ni kat MPH, kak tak dpt pegi,...InsyaALLAh pasti ketemu suatu hari nnti...
~ Kak Aminah
kak,, ayat yg khail kata kat alaina tu, ciikgu sye pnh cakap kat sklh.. "kalu p'puan yg grng sblum kawin, s'orng yg manja lps kawin"
ReplyDelete-min_
thank you for iam 29...semakin menarik
ReplyDeleteRM,
ReplyDeleteAri ni xnak komen. Cuma nak kata , tggu ye. Sy dtg jpa awak kat MPH ari ni...
Dah lama tak komen,selalu just like je...
ReplyDeleteAIM semakin menarik,tak sabar nak tunggu sambunganya.....#^_^
thanks kak rehan utk entry ni :) nak lagi, lagi dan lagi kisah alai &khail :) Lyn_intanazlleyna
ReplyDeleteBest.....
ReplyDeletehot n spicy+terbaeekkk.
ReplyDeletei love d quote about perempuan yg dingin before kawin manjanya terlebih lepas kawin ;) thats how a women shud be :)
ReplyDeleteSungguh saya jatuh cinta!!! next entry please...
ReplyDeleteMikhail dah berterus terang dengan Juana.... Mikhail berterus terang ja dengan Alai.... insyallah Alai terima seadanya.... semua orang ada kisah silam sendiri.... kalau Mikhail boleh terima kisah silam keluarga Alai kenapa mesti Alai x boleh terima kisah hidup Mikhail yang lalu... sekurang-kurangnya Mikhail x ada rahsia .... tinggal dugaan yang akan melanda kena sama-sama menghadapinya.... insyallah... kasih sayang kelurga itu penting.... seorang Isteri kekuatan bagi diri seorang suami menghadapi apa-apa jua dugaan....
ReplyDeletejgnlah juan kacau kebahagiaan khail dan alai....
ReplyDeletewah......... best gler... sweetttt... tol la khail n alai nie.. hihihi.. Jgn si Juana nk buat kcau sudah.. Khail lupa nk crita dkt alai psal juana...... alamak mcm mne nie... sabar mennti nxt entri... hihi
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
next n3 plz.....makin best plk ceta ni..hehehehehe...
ReplyDelete