BAB 1
LANGIT kelam
tanpa bintang. Angin pula agak garang
berhembus menyapa wajahku. Rasa pilu,
rasa rindu dan rasa sebu di dalam dada.
Menghitung waktu dan saat-saat terakhir aku menjadi penghuni di sini.
Pusat serenti
yang jauh dari tempat asalku. Terpenjara
di belakang tembok dan pagar besi yang tinggi.
Memisahkan aku dengan dunia luar.
Jauh berada di tengah-tengah orang asing yang bagaikan keluarga sendiri
sedangkan keluarga sendiri sudah menjadi asing bagi. Dua tahun tidak mudah. Tidak senang untuk aku lepaskan apa yang
pernah aku rasa. Kesilapan yang ternyata
meranapakan seluruh kehidupan.
Sejuk…
benar-benar dingin. Tapi kedinginanku
bukan lagi kerana ketagihan tapi kerana angin malam yang berhembus garang. Berhampiran dengan Laut China Selatan
membuatkan aku tentang tiap kali angin pantai berhembus. Rasa sejuk dan nyaman. Berseorangan di Taman Edible Landscape kala
ini membuatkan airmata aku jatuh lagi.
Merintik tak sudah dengan peluang kedua yang telah Allah berikan
untukku. Bagaikan mati hidup semula
setelah hampir setahun menjadi pengunjung lorong gelap.
“Teratai Nur...”
Aku memusingkan
kepala saat namaku diseru. Suara yang
tidak asing lagi. Suara yang selalu
membisikkan ketenangan saat aku kegundahan.
Suara yang memujuk waktu aku mahu merajuk. Suara yang opitimis kala aku merendah
diri.
“Ibu,” seruku
mesra dan terus jemarinya aku salami. Dia lantas melabukan duduk di sisiku bila
aku mengesot sedikit.
“Buat apa
sorang-sorang ni?”
“Tak boleh nak
tidur, bu?”
Ibu Hanah
senyum. “Tak sabar nak keluar esok
ke?”
Pantas aku
menggeleng dan aku pegang tangannya erat.
Dia seorang pakar motivasi di sini.
Memberi kata-kata semangat buat kami bangkit untuk berdepan dengan
masyarat luar sana
yang barangkali sedang berharapkan agar kami lenyap dari dunia ini.
Bukan sekali aku
dicerna. Malah paling hebat dan hingga
ke saat ini terkesan di hati adalah daripada lidah dia. Ya dia… dia yang kuharap tak lagi aku temui
nanti. Bagiku dia sampah biarpun dua
orang doktor itu berusaha membantu.
“Mana ada macam
tu, bu. Atai tak boleh tidur sebab dok
fikir nanti entah bila kita nak bersua lagi lepas Atai bebas esok,” beritahuku
sejujurnya.
Ibu Hanah senyum
lagi dan kali ini lebih lebar. Bahuku
dipaut.
“Teratai Nur…
kamu adalah salah seorang pelatih kat sini yang cepat sembuh dan kuat untuk
sembuh. Kita akan bersua lagi bila Allah
berkehendakkan begitu. Jangan risau,
ya? Ada masa Atai datang sini melawat
kawan-kawan. Bagi semangat. Orang-orang macam kawan-kawan kita kat sini,
tiada siapa yang lebih mengerti melainkan mereka yang pernah laluinya,” ujarnya
dan aku angguk.
“Nanti, Atai keluar ni… cari ayah Atai biarpun
dia jadikan Atai macam ni dan jangan lupa berterima kasih pada yang dah
membantu,” pesan Ibu Hanah lagi.
“Atai akan cari
dia, bu,” sahutku penuh yakin.
Benar
begitu. Tiada siapa mengerti. Akan kucari lelaki yang telah menjadikan aku begini dan dalam
hati, hanya satu niatku kala aku jejakkan kaki keluar daripada tembok tinggi
ini. Akan kucari dia. Doktor yang pernah membantuku dulu. Zafrina.
Ya, aku ingat nama dia dan juga suaminya, Doktor Zayed.
Namun, entah
mengapa… kala dua nama itu berdengung dalam kepala, maki hamun seorang lelaki
yang tak pernah luput dari mindaku bergema sama. Renungannya, sikap dan sinisnya membuatkan
aku tak mampu hendak menapak di bumi.
Bagai tidak layak hendak menjadi penghuni di muka bumi ini lagi.
“Kau kotorkan
baju aku. One fine day… you’ll pay for this!”
Lelaki berbaju
seragam putih itu memandangku tajam sebelum pandanganku kelam namun di dalam
kelam itu, wajahnya kuat melekat tak bahu berganjak dalam memori aku yang
pilu.
Berjuta kali
kuhalau, berjuta tapak memori itu menapak mendekat. Jenuh kutolak, lelah kuusir ternyata, wajah
dia hadir tanpa kupinta dan tak hilang lagi bagaikan segala pintu memori di
dalam hati terkunci.
“Atai…”
“Ya, ibu panggil
ke?” Aku tersentak dari memori
itu..sudah hampir setahun berlalu tapi siapa sangka, wajah dan sikap sinisnya
melekap teguh dalam kepalaku.
Ibu Hanah
sengih. “Ingat apa lagi ni? Ingat lelaki beruniform putih tu ke?”
Kali ini, tak
mampu aku menahan tawa. Telahan Ibu
Hanah benar-benar mencuti hati. Sambil
menekup mulut aku menggeleng.
“Kenapa
ketawa? Betul apa ibu cakap?”
“Ibu salah… memang
Atai teringatkan dia…” Aku angguk
beberapa kali.
“…tapi, Atai
hanya ingat penghinaan dia. Bukan sekali
malah dua kali dan mungkin juga berkali-kali.
Dia adalah lelaki yang paling Atai tak nak jumpa sampai bila-bila. Cukuplah Atai galas memori dia dalam kepala
ni. Atai tak nak jumpa dia lagi.” Bersungguh-sungguh aku katakan pada Ibu
Hanah.
“Kadang-kadang
cemuhan orang tu akan jadikan kita kuat, Teratai Nur.” Ibu Hanah tersenyum manis. Dia melilitkan tangannya pada bahuku. Kemas, ketat dan erat. Terus membawa aku rapat ke sisi tubuhnya lalu
dia tarik kepalaku dan menghadiahkanku sebuah ciuman di dahi. Persis seorang ibu memujuk resah si
anak.
“Dan pertemuan
ini adalah kehendak Allah. Kalau kata
bertemu pun, yang lalu tetap lalu.
Teratai Nur adalah orang yang baru sekarang. Yang bagai dilahirkan semula. Biarlah apa orang nak cakap… janji Allah tahu
siapa kita. Anggap sajalah kata-kata dan
penghinaan dia tu sebagai penawar untuk Teratai Nur bangkit semula,” ujarnya
tenang dan aku mengangguk.
Namun dalam hati
berharap moga tiada lagi pertemuanku dengan lelaki itu. Bimbang itu masih ada. Bimbang diherdik dan dihina kerana aku masih
belum kuat sepenuhnya untuk berhadapan
dengan penghinaan masyarakat lagi. Saat
ini, wajah ayah meniti di ruangan mata.
Biarpun begitu, aku perlu bertemu dengannya bagi merungkaikan dendam
lama agar temui titik peleraian.
BAHUKU ditepuk
berkali-kali. Seorang demi seorang
penghuni yang selama ini menjadi keluargaku, aku peluk erat. Saling berpesan dan mengingati. Moga aku tidak lagi kembali menjadi penghuni tempat ini.
“Kau jadi diri
Atai,” pesan Tia.
Aku gariskan
senyuman dengan bening mata yang kian berair.
“Kau juga.”
Tia… teman yang paling rapat denganku. Terjebak dengan dadah angkara
kawan-kawan. Seorang anak orang berada
yang punyainya segalanya namun siapa menduga, Tia menghabiskan waktunya di
sini. Hanya menanti saat dibebaskan saja
dan masa depannya pasti terjamin dengan syarikat milik keluarga memandangkan
hanya dialah pewaris tunggal. Tidak
sepertiku. Setelah melewati ambang pagar
tinggi itu dan melemparkan senyuman dan lambaian akhir buat mereka, ke mana
kaki ini harus kuhala?
“Nah.” Tia menghulurkan secebis kertas buatku.
Matanya aku
pandang. “Apa ni?”
“Aku tahu, kau
tak ada tempat nak tuju, kan? Telefon
nombor ni. Minta bantuan dia dan dia
akan tahu kalau kau bagitahu nama aku,” pesan dia bersungguh-sungguh lalu
menggenggam jemariku kemas.
Airmatanya
mengalir bila aku mengangguk. Pelukan
bertaut dan esakan Tia aku dengar dengan jelas membuatkan aku juga turut sama
menitiskan airmata.
“Aku tunggu kau
kat luar, ya Tia?”
Pelukan terlerai
dan Tia mengangguk. “Kau jangan datang
sini balik, ya? Datang melawat tak
apa. Datang jadi penghuni kat sini lagi,
aku pancung kepala kau,” ugut dia dalam gurauan dan aku ketawa halus.
Setelah itu,
bahuku ditepuk oleh seorang warden yang sedang tersenyum manis. Kali terakhir aku bersalaman dengan Tia, dia
masih menangis dan aku dengan berat hati juga melangkah keluar. Tak mungkin selamanya kami di sini. Tiap-tiap yang bermula pastilah temui
pengakhiran. Hanya kekuatan dan
ketabahan diri saja yang perlu kami pertaruhkan untuk berhadapan dengan
masyarat.
“Sesekali datang
sini, ya?” pesan Ibu Hanah bersama suara
yang sebak.
Aku angguk. Tangannya aku paut dan aku salami lalu
mengucupnya penuh kasih. Setelah itu aku
panggung kepala menatap bening mata tuanya.
“Insya-Allah. Doakan Atai kuat, ya bu?” pintaku separuh merayu dan pelukan kami bertaut
lagi kali ini lebih beremosi dan terlalu sebak dadaku.
Kawasan Pusat
Serenti Wanita Bachok, Kelantan ini kupandang lagi. Hidupku baru bermula. Bagai diberi nafas baru, aku akan terus
melangkah. Bagai dipinjamkan semula
kehidupan ini, aku akan hargainya biarlah tiada siapa memerlukan aku lagi
seperti mana aku tidak diperlukan dulu dan airmataku merintik lagi menandakan
rasa syukurku pada Ilahi.
Kakiku menapak
tanpa haluan lagi. kertas yang diberikan
oleh Tia aku pandang sekilas dan aku selit di dalam poket sisi beg galas. Baju kurung yang Ibu Hanah hadiahkan menjadi
pelindung aurat. Jika dulu, rambut ini
lepas tidak terjaga namun hari ini tertutup segalanya. Biar herot sana sini, yang pasti hidupku
tidak lagi herot.
Aku duduk di
perhentian bas. Menanti sebuah bas yang
akan lalui jalan ini dan membawa aku pergi jauh… jauh dari kisah silam. Suasana lengang. Ada angin yang menderu. Angin laut yang agak hangat menyapa wajah
namun sudah cukup menyamankan hatiku bila dapat kuhirup udara luar tembok
tinggi itu.
Kala aku
pejamkan mata, wajah itu hadir lagi.
Segala penghinaan dan kata-kata dua orang doktor itu menerpa
telinga. Terngiang-ngiang bagaikan baru
semalam ianya berlalu.
AIRMATAKU
mengalir tak sudah-sudah. Mengapa
begini? Mengapa ini nasib yang
menimpaku. Jika bukan kerana ayah, tak
mungkin aku di sini. Jika bukan kerana
kecurangan mak pada ayah, tak mungkin ayah berubah begitu?
Aku peluk kakiku
rapat ke dada. Menjadi penghuni
lorong-lorong gelap dan juga bawah jambatan ini. Teguran seorang wanita beberapa hari sudah
membuatkan aku berfikir banyak kali.
Untuk apa aku hidup di atas muka bumi ini jika hanya menjadi sampah masyarakat? Untuk apa aku dihidupkan jika tidak mampu
menghambakan diri pada Sang Pencipta?
Tangisku kian
galak. Di luar pula hujan turun
menyimbah lebat. Aku kesejukan. Aku kesakitan. Aku ketagihan. Jika dulu, ayah membekalkanku dengan dadah
bila dia terjebak setelah mahu melupakan kecurangan ibu. Tapi, setelah ayah meninggal dunia, aku hidup
bagaikan di dalam neraka yang telah ayah ciptakan.
“Ya Tuhan… jika
Kau inginkan perubahan untuk diriku, kuatkanlah semangat ini Ya Tuhan…” Airmataku semakin galak mengalir.
Menggigil
jari-jemari dan seluruh anggota badan saat ini.
aku tiada bekalan. Tiada apa yang
mampu untuk buatkan gigilan ini berhenti dan tiada pilihan lain melainkan aku
bertahan dan berdoa moga nyawa ni terhenti di sini.
Setelah malam
berlalu, aku bangkit lagi dengan langkah yang kian lemah. Rasa tidak mampu hendak menapak namun perut
yang kosong memaksa aku mencari sisa sedikit makanan tidak kiralah dari sumber
yang mana. Menjadi gelandangan sudah
sekian lama. Jika sisa itu dari tepi
longkang juga, aku akan menelannya untuk
hidup tapi sayang, bila tiba-tiba aku tubuhku jatuh terjelepuk dan pandangan
mataku kian malap.
“Kat mana ni?” Aku cuba angkat kelopak mata. Terasa remuk seluruh sendi dan pedih seluruh
tubuh.
Kala aku memaksa
mataku terbuka, mataku terpaku pada beberapa wajah yang sungguh asing. Berpakaian serba putih dan sedang mengelap
dahiku. Dengan kudrat yang ada, aku
menepis kuat. Bila aku cuba bangkit,
mereka menahan.
“Jangan,
cik. Cik kena langgar lari tadi. Kita dalam perjalanan ke hospital,” ujar dia
dan terus memaksa aku terus berbaring.
“Tak… tak… saya
nak turun. Berhenti kat sini. Berhenti!!!”
tempik aku bagaikan hilang kawalan.
Dua orang
jururawat itu memegang kedua-dua belah bahuku.
“Sabar sikit, cik. Kita dah dekat
nak sampai ni,” beritahu dia.
Setelah puas aku
cuba melawan, akhirnya kudrat tiada tersisa dan aku longlai terbaring dalam
helaan nafas yang tidak teratur dan juga kepala yang semakin sakit serta
pandangan yang berbalam.
Saat aku ditolak
turun daripada ambulans, aku rasa dunia ini berputar ligat. Wajah-wajah yang mendekat terlalu asing. Aku mahu menangis namun sayang bila kudrat
semakin tiada tersisa. Ada suara-suara
yang sedang risau. Aku gagahkan diri
mengangkat kelopak mata dan aku terpandang akan wajah yang lelaki di depanku.
“Cik...,” seru
dia.
“Cik boleh
dengar suara saya?
Aku angguk
mendengarkan pertanyaan dia. Setelah itu
dia berlalu dan pabila dia kembali ada seorang wanita lain di sisinya. Bila aku amati, aku cam wajah itu. Kala aku mahu tersenyum, kepala bagaikan
hendak pecah.
“Oh Tuhan… dia
Zayed. Tolong dia…” Aku dengar wanita itu merayu pada lelaki
tadi. Saat mereka mahu menolak aku lagi,
aku kumpulkan segala tenaga yang ada dan cuba bangkit.
Bila pegangan
mereka terlepas, aku lompat turun daripada katil dan terus menapak ke belakang
perlahan-lahan. Menggeleng berkali-kali
agar mereka menjauhi aku. Semakin aku
terkelakang semakin mereka mendekat dan akhirnya langkah undurku mati saat aku
terjatuh dalam pelukan seorang lelaki.
Matanya redup
merenung mataku. “Kau?” tanya dia dan bila aku cuba lepaskan diri aku
rasa pelukannya semakin kejap.
“Apa sampah
masyarakat macam kau ni dah buat pada baju aku ni? Hah? Kau
nak bayar ke? Atau kau nak ganti balik?” Dia ketap bibir menyoalku.
Aku telan liur
berkali-kali dan terus memandang wajahnya dengan airmata yang kian galak
mengalir di juring mata. Menyesali diri
kerana menjadi sampah masyarakat sebegini.
Kala itu, aku
nampak mata merah lelaki ini semakin tajam.
Dia nampak menelan liurnya berkali-kali dan aku akhirnya terkulai layu
bila pandanganku kelam. Apa yang aku rasakan hanya elusan lembut pada pipiku
sebelum segalanya padam dan aku pantas
membuka mata kala sebuah teksi membunyikan hon.
Cepat-cepat aku bangkit menuju ke arah teksi tersebut dan tidak menoleh
lagi. Sejarah itu akan kukenang seumur
hidup ini. sejarah yang menyakitkan namun
itulah guru yang paling jujur buatku meneruskan langkah.
~~> bersambung

hehehehe... mmmm ziyad nie... teratai nur
ReplyDeleteyeaygh...atai ngan zahid plak..ai like
ReplyDelete>>k<<
terbaik la k.rehan..
ReplyDeletemantappppppppppppppppppppppppppp
ReplyDeletethumbs up kak rehan...
ReplyDeleteterbaik! heheh!
Yeah you're the best lah kak Rehan! Tapi Zayed tetap dihati, cehh padahal cerita ni baru mula. Hahaha goodluck kak!
ReplyDeleteHoyeh2.. Cerita berantai.. Sekarang giliran teratai dgn ziyad pulak.. Goodjob kak Rehan.. #Aira
ReplyDeleterehan....ziyad n teratai nur...serasi aje...
ReplyDeletei likeeee..........
ReplyDeleteooo...nanti ziyad pulak yang mengejar teratai nur...hmmm, karma ke?
ReplyDeletesye skong...hihihihih
Deletewahhhh Ziyad n Teratai Nur...
ReplyDeletebestt....
tak sabar nak tau next punye cerita....
ReplyDeletetak sabar nak tunggu seterusnya
ReplyDeleteaisya_humaira
ziyad kena kuar cpt2 huhuhu
ReplyDeletewah dh ada sambungan nyer... x sabar.... atai untuk iyad... hehehehe
ReplyDeleteHaha.next up is about ziyad isnt it. terbaik lar kak rehan.:)
ReplyDeleteWAHHH BESH NYE...TQ REHAN.....
ReplyDeleteMAIGOD MAIGOD MAIGOD MAIGOD.. It's Teratai ngan Ziyad la pulok. I like la.Love you la Kak Rehan.hahaha.
ReplyDeleteSAYA TUNNGU TAU
ReplyDeletewahhhh...jodoh sedang mghampiri sayangku ziyad..teratai @ atai..unik nme =) nak lgi DR.REHAN...nk lgi nk lagi ..
ReplyDeletewah...... atai n ziyad plak nie... mesti romantika de amour.... sbb ziyad tu playboy.... hehehhe thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
Yeay!! Haha. Ziyad and Teratai.. Mesti sweet! ;)
ReplyDeleteSmbungan sam..best..try n eror ziyad..blh jd auto correct ni..
ReplyDeleteWah, bestnye! Go teratai, tunjukkan diri tu yang sebenarnye kepada Ziyad. Biar Ziyad bukak mata.
ReplyDeleteFrom JC :)
One more amazing story...seronok membaca...nak lagi next n3
ReplyDeleteyou are invited to follow my blog
ReplyDeleteOMG...mana HERO ni?
ReplyDeletebiar jatuh tgolek2
Tak seronok ler kalau dah dapat teka teratai + ziyad. Macam dah dapat agak yang teratai akan jumpa ziyad, mula-mula benci dan bersengketa dan akhirnya jatuh cinta.
ReplyDeleteyes!!!memg da agak....ziyad harus diberi pelajaran...fall in love dgn org yg dye benci...hihihi
ReplyDeletesuka sgt ngn cover ni..ade mkne trsendri..lorong2 glp yg prnh dia lalui(wane kelabu)& mahu menggenggam cinta(love mrh yg comel) tp BISAKAH dia yg dibenci & terhina merasa cinta tanpa mengenang lgi kish silamnya?
ReplyDeleteomgggggggggg . teratai nur dengan ziyad pulak . yayy yayy ayyyay yy hahahah
ReplyDeleteTeruja.. yg ditunggu udah tiba..ziyad n teratai nur!!! sila sambung....
ReplyDeleteWohooo...terbaek le RM..
ReplyDeleteehh..ehhh..cerita Teratai Nur lah pulak..yeeeyy...
ReplyDeleteHehehe....dh agak dh. Pandai nyeee Rehan smbg2kan cerita. Buat Ziyad terjatuh cinta, tersungkur rindu, tertiarap mengharap, tersembam merayu kpd Teratai Nur...
ReplyDeletebtl2....terbaik....biar dia tertiarap....hahahah
Deletebest...kisah ziyad plak....terbaikkkkk
ReplyDeletex sbr nk tau smbungannye... best2..
ReplyDeleteSEPERTI YG AQ JANGKA KN.....GOOD JOD K.REHAN........
ReplyDeleteeh2 mcm cite pasal ziyad dgn teratai nur jer... Best2!! boleh sambung lagi? PLEASE!!!
ReplyDeleteyey !!!
ReplyDeleteingat ke , cite ziyad n atai , habis camtu je...
x sangka ada sambungan :)
tak sabar nak rasanya nak tengok ziyad kena ERROR oleh... semestimya teratai nur!... hahaha.. (gelak jahat!)
ReplyDeleteZiyad....angel u dh mai..
ReplyDeleteWah RM, cite Ziyad n Atai dalam versi 'bisakah'. kali ini xde ERROR lagi dah, confirm sangkut terus Zaiyad kat Atai. heheeeee
ReplyDeletewahhhh..kak rehan..x sngka yg akak btol2 buat citer atai dgn dgn zayid mcm yg sy komen dlu,,btol2 ada lah...syg gilerrr ar ngn kak rehannn...n3 dia bce pin dh best...siaplh zayid...
ReplyDelete-royal phg aka engku nor jawahir-
Salam... cik penulis kreatif kaitkan cerita dengan mini novel yang lepas. Tahniah =) sabar menanti sambungan seterusnya =)
ReplyDeletebest nyer dek nk g.......
ReplyDeletekyaaa!!! kisah atai denga nziyad..suka3 <3<3<3
ReplyDeleteOk kalau kaitkan watak dlm mini novel yg lps dn kmbangkan dalam cerita baru, tp bila dh dpt agak apa yg berlaku seterusnya, jd tk best. Erm... Teratai dgn ziyad ..... !!? Kpd Sdr RM, harap dapat garapkan sesuatu yang lebih kreatif, biar kita terlopong dan ."... eh, tak sangka plak .... tp best!! " Boleh tk gitu ....? Eheh ... mcm2 mana pn, suke jenguk blog RM
ReplyDeleteerm ayah teratai nur da meninggal ke belum??
ReplyDeleteWah..ni blh jd novel ni..smbg dr SAM...
ReplyDelete1st bab. not bad. just maybe after nie lagi teruja kut.
ReplyDeletecam kenal cerita ni :D
ReplyDeletehehehe... ni sambungan dari Subhanalah Aku Mencintainya...
suka...suka...suka...
pas ni kisah atai ngan ziyad plak erk..
ReplyDelete