BAB 10
KERETA Honda
City milik Taufiq meluncur laju membelah malam yang semakin larut dalam
kepekatan dan kabus yang semakin menebal.
Ziyad sepi tanpa suara. Aku juga
begitu. Jauh sekali suara daripada
corong radio. Segalanya bagaikan
dilanggar garuda.
Kepala aku
telengkan ke kiri. Melihat kegelapan
yang membawa senyuman pada bibirku kala aku pejamkan mata. Terbayang di ruangan mata akan tindakan
Ziyad. Pelukannya jelas memberi
kehangatan. Biarpun seketika, jantung
ini hampir luruh. Getarnya seluruh
tubuhku hampir saja membuatkan aku jatuh melurut di kaki Ziyad.
“Kenapa diam?”
Aku tersentak
kala Ziyad menyoal. Pantas aku berpaling
dan saat berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan, aku nampak Ziyad
sedang tersenyum nipis.
“Tak ada apa nak
cakap,” jawabku perlahan.
“Saya
mengantuk.” Ziyad menekup mulutnya dan
memisat matanya seketika.
Aku telan
liur. Hati dipagut bimbang lalu aku
kalihkan sedikit tubuhku padanya.
“Saya boleh
pandu kalau awak penat. Bahaya awak
memandu kalau mengantuk,” larangku tapi Ziyad menggeleng.
“Awak wanita,
kaum yang lemah. Saya lelaki, kaum adam
yang perkasa. Cuma sesekali, kaum adam
yang perkasa ini perlukan sokongan dari belakang.”
“Jadi?” Keningku naik mendengarkan kata-kata Ziyad
yang sedikit terbelit.
Dia sengih. “Bercerita pada saya. Nanti hilang mengantuk,” suruhnya.
“Err… nak cerita
apa?”
“Segalanya…
tentang Nur yang pasti,” selanya.
Bibir Ziyad
nampak manis bila tersenyum. Aku menelan
liur mendengarkan permintaan Ziyad.
Entah apa yang mahu aku
ceritakan, aku juga tidak pasti dan apa yang Ziyad mahu tahu, aku juga tidak
tahu.
“Saya tak tahu
nak bercerita. Awak tanya dan saya akan
jawab,” ujarku pula.
“Saya tak nak
tanya… Nur yang kena bercerita,” giat dia lagi.
“Tapi saya…”
“Nur kena
bercerita…” Dia mencantas.
“Saya bimbang
jika saya menyoal, soalan saya tu akan sakitkan hati Nur dan saya tak sanggup
begitu,” sambung dia sedikit beremosi.
Aku ketap
bibir. Lidahku mengeras. Kali ini, mengertilah aku akan maksud
‘bercerita’ yang Ziyad katakan. Aku
yakin dia mahu tahu sejarah hidupku.
Jika aku ditempatnya, aku juga akan was-was. Jika aku memilih lelaki yang mana punyai
sejarah sepertiku, aku pasti mengerti apa yang Ziyad khuatiri.
“Kalau tentang
sejarah hidup saya…” Aku meleretkan
kata. Seketika, aku kalih pada Ziyad dan
mengerling padaku.
“Kalau Nur tak
sedia, ceritalah pasal Snow White ke, Beauty and The Beast ke, Cinderella ke,
Bawang Putih Bawang Merah ke… semua
boleh,” seloroh Ziyad namun sayang bila itu semua tidak mampu membawa
senyuman pada bibirku.
“Saya bekas
penagih dadah,” ujarku setelah jenuh mencari kekuatan.
“Saya tahu…”
“Saya pernah
masuk pusat pemulihan…”
“Pun saya
tahu…,” sampuk Ziyad cepat-cepat.
“Saya dari
keluarga yang pincang.”
Tiada suara
Ziyad kali ini. Dia diam seribu
bahasa. Kelajuan kereta dikurangkan dan
dia membuka cermin menjemput angin awal pagi yang dingin.
“Nur masih ada
keluarga?”
Aku angguk. “Ada
tapi tak tahu di mana.”
“Maksudnya?”
“Saya ada ibu
tapi ibu dah lama tinggalkan saya. Saya
ada ayah tapi ayah pun sama…”
“Dan macam mana
Nur boleh terjebak?”
“Tekanan hidup,”
jawabku menutup hakikat sekali lagi.
Ziyad mengeluh
berat. “Entah mengapa, saya macam tak
boleh nak terima bila Nur katakan yang Nur terjebak dengan dadah sebab tekanan
hidup. Dari air muka dan sinar mata Nur,
saya tetap tak yakin apa yang Nur katakan,” protes Ziyad.
Aku sekadar
mendiamkan diri. Tiada apa yang mampu
aku katakan lagi jika Ziyad sendiri berasa ditipu. Tiada niatku tapi maruah ayah tak sanggup aku
calarkan.
“Maafkan saya
kalau saya buat Nur terasa…”
“Tak…” Aku menggeleng.
“Jangan minta maaf
sebab awak tak salah.”
Dingin dan
kasar, aku rasakan telapak tangan Ziyad menyentuh belakang tanganku. Dicengkamnya seketika sebelum dia kembali
memegang stereng kereta.
“Yang terjadi
biar saja terjadi, Nur dan antara kita… cinta itu biar saja ada,” ujar Ziyad
memberi keyakinan padaku.
Namun aku tidak
yakin yang keluargamu akan menerima biarpun engkau tegar mahu memiliki aku,
Ziyad. Hati ini berbicara sendiri dengan
apa yang sedang kujangkakan. Sesuatu
yang bakal menghalang kami sekeras-kerasnya dan bila saat itu tiba, aku
harapkan hati ini rela melepaskan Ziyad pergi.
“Kalau kata satu
hari nanti, ada yang merintangi saya tak harap awak redahi untuk saya, Encik
Ziyad,” pesanku tapi Ziyad sekadang menggeleng dan tersenyum.
“Maksud
Nur?”
“Tak ada apa-apa
maksud. Cuma itulah yang saya
maksudkan.”
“Jangan risau…
saya yakin jodoh kita kuat. Tak tahu
kenapa. Patutnya saya tahu bila pertama
kali kita jumpa dulu cuma masa tu…”
Bicara Ziyad terhenti. Bagai
tidak sampai hati meneruskan kata.
“Saya mengerti. Sesiapa pun akan membenci masa tu dan boleh
jadi sekarang, ramai juga yang masih tak boleh nak terima bekas penagih…”
“Tolong,
Nur!” tekan Ziyad tiba-tiba.
Aku menelan
liur. “Tolong?” soalku sepatah.
“Ya!” Ziyad angguk.
“Tolong jangan dok kata diriku bekas penagih. Saya tak boleh nak dengar.”
“Tapi itu
hakikat…”
“Ya… hakikat
yang perlu awak lupakan. Hakikat yang
perlu awak jadikan sempadan,” pujuk dia.
Lambat-lambat
aku mengangguk.
“Terima kasih,”
ucap dia.
Saat ini, kami
sedang menghampiri Bentong dan tidak lama lagi, kami akan memasuki Karak dan
menjejaki tanah kotaraya yang ingin aku tinggalkan selamanya itu tapi Ziyad
telah membawa aku kembali.
“Sampai nanti,
saya akan terus balik. Awak turunkan
saya dekat Gombak atau pun dekat Hentian Putra je,” beritahu pada Ziyad.
Dia berpaling
dengan wajah terkejut dan kening yang
hampir bertaut.
“Kenapa? Susah payah
saya bawa awak datang KL, awak nak patah balik?” Aku tahu, dari suara Ziyad dia tidak berpuas
hati namun, aku juga punyai sebab yang tersendiri.
“Saya tak ada
tempat di sini, Encik Ziyad…”
“Ziyad, Nur…
Ziyad!” pangkas dia sedikit marah.
“Lidah saya
masih tak biasa,” akuiku luhur tapi Ziyad tersengih nakal.
“Kenapa? Tak boleh nak lentur?”
Aku mengangguk
mengiyakan kata-kata Ziyad.
“Nak saya
lenturkan sekarang atau nak tunggu bila kita dah kahwin nanti?” Keningnya terangkat bertanya soalan yang
berlapis maknanya lalu aku ketap bibir dan memandang ke lain. tidak selesa bila Ziyad bergurau tentang hal
demikian.
“Saya tak suka
awak cakap macam tu, Ziyad!” tegasku
lalu Ziyad ketawa.
“Tengok… kejap
je dah boleh lentur sendiri. Okey jugak
tu… bimbang nanti kalau saya tolong lenturkan awak terus tak boleh bercakap,
Nur.” Ziyad masih lagi dengan gurauannya.
“Ehem…saya kena
balik. Nanti apa pula kata Puan Talhah,”
ujarku melarikan tajuk perbualan yang menghangatkan itu.
“Tak… Nur tak
akan balik.”
“Tapi, tempat
saya bukan di sini. Saya tak ada sesiapa
di sini, Ziyad.”
Dia menggeleng
seketika. “Nur ada saya sekarang.”
“Saya tak ada
tempat tinggal!”
Sekali lagi
Ziyad membantah. “Kat mana Nur nak
tinggal, saya boleh aturkan. Sekalipun
hotel bertaraf lima
bintang sekalipun tapi…” Ziyad
menghentikan kata. Dia menelan liur
seketika.
“…saya
risau. Saya tak percayakan hotel tu bila
saya kembali ke laut nanti. Jadi, Nur
kena tinggal dengan sepupu saya dan Nur kenal dia,” cadang Ziyad.
Wajahku berkerut
seribu. Dalam memoriku memanggil kembali
kenangan lalu bersama dua orang doktor yang terlalu baik hati itu.
Tanpa sedar
bibirku mengulum senyum pada Ziyad. Buat
pertama kalinya, senyumku seikhlas hati untuk Ziyad.
“Diorang baik, kan ?”
Ziyad
angguk. “Sepupu saya tu bajet baik tapi
isteri dia, Zafrina sangat baik. Nanti
sampai KL saya call diorang. Kita
bincang dan apa saja keperluan Nur sepanjang saya tiada, saya akan amanahkan
pada Zayed dan Zafrina,” ujar Ziyad.
Lama aku pandang
Ziyad bagaikan tidak percaya. Sisi wajah
yang jelas menunjukkan kemaskulinan wajah lelaki itu membuatkan hatiku
sebu. Ada risau yang sedang mengetuk pintu hatiku
bertalu-talu.
“Rasanya, awak
tak perlu terlalu layan saya dengan begitu baik, Ziyad,” larangku.
“Sepatutnya dari
dulu lagi saya tak prejudis dengan orang-orang macam awak, Nur. Sepatutnya saya macam Zayed dan isteri dia…
yakin biarpun keyakinan itu boleh jadi lebur dan saya tak dapat bayangkan bila
diorang tengok awak sekarang,” ucap Ziyad penuh keyakinan.
“Dan paling tak
dapat saya bayangkan bila diorang tahu awak dengan saya…”
“Sebagai kawan, kan ?” dugaku pantas.
Ziyad senyum
sinis. “Kawan?” soalku kembali.
“Ermm…” Aku mengangguk.
“Saya tak suka
berkawan dengan perempuan, Nur. Jujur
saya katakan, hubungan saya dan perempuan hanya hubungan profesional. Saya bebas bergaul dan di mana kapal saya
mendarat, di situlah saya berlabuh mencari mana-mana perempuan yang dapat
temankan kesepian saya,” akui Ziyad.
“Awak faham kan , apa yang saya nak
sampaikan ni, Nur?”
Terkedu aku
dengan pengakuan Ziyad. Mataku jatuh
pada susuk tubuh sasa milik Ziyad.
Rahangnya turun naik juga menyatakan yang dia sedang berperang dengan
kekesalan dalam dirinya.
Mengerti dengan
apa yang dia mahu sampaikan, hatiku tetap menolak. Bagaikan masih tak mampu mempercayainya. Kenakalan lelaki pastilah punyai hadnya dan
aku yakin Ziyad juga sama.
“Tapi, tak
mungkin sampai bilik tidur, kan ?” dugaku.
Ziyad
menggeleng. “Tak terkira bilik tidurnya,
Nur. Yang membezakan hanya bila saya
mahu atau tidak,” jawab Ziyad.
Mulutku melopong
lama tapi bila difikirkan yang diriku juga hina-dina, siapalah aku hendak
menghukum Ziyad jika Allah sendiri telah memberikan hidayah dan membuka jalan
pulang buat Ziyad, tak mungkin aku menghakiminya.
Bibirku mengukir
senyuman tipis. “Janji awak bertaubat,
Tuhan pasti berikan jalan untuk awak pulang…”
“Dan jalannya
adalah awak, Nur,” cantas Ziyad menyambung kata-kataku.
Aku menelan liur
yang pahit. “Hidup ini masih terlalu
panjang di dalam dunia yang semakin singkat umurnya ini, Ziyad. Esok atau lusa, entah di mana kita. Saya pernah selamat daripada lorong
hitam. Biar tidak seteruk mana ketagihan
dan tak pernah saya merasai dadah itu melalui urat saraf, saya tetap
menderita. Saat bertemu dengan Doktor
Zafrina dulu, saya baru saja dihalau dari rumah sewa setelah sekian lama ayah
menghilang. Saya berhenti belajar kerana
masalah ketagihan dan tak cukup wang dan saya kesali seumur hidup saya tentang
hal ini, Ziyad.” Panjang lebar aku
bercerita.
Ziyad nampak
terkejut tapi cepat-cepat dia kawal air wajahnya yang sedikit canggung
itu. Pemanduannya sedikit perlahan dan nafasnya
dihela tenang.
“Saya bersyukur
bila awak tak terjalak jauh, Nur…”
Aku senyum. ‘Dan saya lebih bersyukur Tuhan temukan kita,
Ziyad,’ jawab hatiku.
“Saya tak harap
perkataan kawan itu sekadar itu maksudnya antara kita,” ucap Ziyad.
“Kudrat bukan di
tangan saya, Ziyad…”
“Dan kita kena
merancang, Nur!” tegasnya padaku.
“Kita akan jatuh
cinta pada siapa saja dan pada bila masa saja serta di mana saja, kan ? Tak pernah saya terfikir beginilah rasa
cinta. Betul ke apa yang saya rasa ni,
Nur?” tanya Ziyad padaku.
Aku
menggeleng. “Saya juga tak tahu. Saya tak pernah wujudkan rasa cinta dalam
hati saya…”
“Maknanya, Ibu
Hanah menipulah, ya?” duga Ziyad sambil
tersengih.
Aku mengerutkan
wajah. “Ibu Hanah menipu? Maksudnya?”
“Ibu Hanah awak
ada cakap pada saya, sejak setahun lalu awak tiap-tiap malam mengingau dengan
lelaki yang sambut awak dan saya yakin lelaki itu adalah saya, kan ?” tebaknya.
Aku gigit
bibir. Sampai hati Ibu Hanah memecahkah
rahsia pada Ziyad. Aku larikan
pandangan. Tak sudi memandang wajah
Ziyad. Terasa malu menebal naik ke muka.
“Jangan malu,
Nur. Mengakulah sebab saya yakin, cinta
itu boleh jadi lama baru tersulam dan boleh jadi dalam waktu yang singkat dan
satu yang pasti kita akan ambil masa yang lama untuk melepaskan cinta itu pergi
dari hati, kan ?” bicara Ziyad lagi
“Betul, kan ?” tanya Ziyad mendesak.
Aku berpaling
pada dia. “Apa awak rasa?”
“Apa yang saya
rasa sekarang ni…” Tiba-tiba Ziyad
menghentikan kenderaannya di bahu jalan yang agak sunyi dan hanya diterangi
lampu neon di sisi jalan.
Dia mendekatkan
tubuhnya padaku. Jaket pada tubuhnya
dibuka dan senyuman Ziyad semakin menakutkan.
Aku terus mengesot hingga rapat pada pintu bila tubuh Ziyad semakin
hampir. Perlahan dia menurunkan belakang
tempat duduk dan menolak bahuku terbaring.
Bagaikan
dipukau, aku membiarkan saja sambil memeluk tubuh. Ziyad tersenyum lagi. Jaket tadi diletakkan di atas tubuhku. Selendang yang sedikit menutupi wajah,
diselaknya.
“Ini yang saya
rasa sekarang. Saya nak Nur tidur. Nanti sampai saya kejutkan. Nur penat saya pun penat tapi saya lelaki…
tugas saya melindungi wanita,” ucap Ziyad lembut lalu dia kembali menekan pedal
minyak dan kereta terus meluncur laju memasuki lebuhraya karak.
Aku menarik
jaket milik Ziyad hingga menutupi wajah.
Telahanku jauh meleset. Hatinya
tidaklah sekejam mana. Barangkali benar,
dia juga tersesat seperti aku dan kupohon pada Tuhan yang maha penyayang moga
menuntun kami kembali ke jalan yang benar.
Airmataku jatuh bercucuran melalui hujung mata. Entahkan nikmat atau dugaan, aku juga tidak
pasti. Apa yang pasti, esok pasti
menagih kudrat yang bukanlah sedikit untuk aku menghadapi hidup.
~~> bersambung
RM : Terima kasih atas sokongan dan komen2 membina daripada kawan2 semua. Maaf atas kekurangan sebab saya masih belajar.
Huhu. berbaloi wani bukak kak rehan.
ReplyDeletelagi tadi menunggu. Thanks kak rehan. luv u!
uhuh...speechless :D
ReplyDeletegud job rehan!
BEST2... ZIYAD N TERATAI NUR...
ReplyDeletenak lagi................ heheeh..
ReplyDelete-Ika Hatika-
Wah terbaik, tapi hendak ke ibu bapa Ziyad menerima Teratai Nur?
ReplyDeleteRH...thanks dik...terharu dgn penceritaan ttg kaum penagih ini....
ReplyDeleteRamai yang menunggu.
ReplyDeleteMemang tak mengecewakan. terbaik!!!
tak taw nk ckp apa dah... speechless... :)
ReplyDeleteTErima kaseh RM utk entry ni...seterusnya...
ReplyDelete~ Kak Aminah
Wahhh, Ziyad makin attractive. Hehe come on Ziyad! Pertahankan Nur! Ceh over pulak, hehe. Thanks kak rehan! Next pulak, :D
ReplyDeleteErmmm...satu sisi ziyad yg baik...
ReplyDelete-ieja-
Rm kalau boleh x mahulah keluarga Ziyad menghalang hubungan mereka... biarlah mereka sama-sama kembali ke jalan yang betul ....
ReplyDeleteTentu Zayed dan Zafrina suka jumpa dengan Teratai Nur yang baru....
BEST!!!! thumbs up...
ReplyDeletehorey!!!!bestnya dpt bca n3 baru....up lagi ..up lagi...hehehe...tq Rehan..tk lunch pun tk pa aih..dh kenyang dgn bca Bisakah.. jer...
ReplyDelete:) hehe...ada n3 baru..thanks writer...
ReplyDeletehope xde rintangan la lps ni..
ReplyDeletehehe..
thanks akak ^^
suka dengan cerita RM, lari dari norma novel cinta biasa yang selalunya wajib berkisar tentang model dan anak orang kaya.. Banyak pengajaran.. teruskan RM!!
ReplyDeleteThanx for the n3...an enjoyable reading piece. More please...
ReplyDeleteteruskan. macam jauh je kelantan ke kl tue. lain kali naik flight lah. cepat sampai. hahahaaha. ape pun tak sabar tunggu next n3.
ReplyDeletebest.. ! terkejut kejap td.. hehh,, ziyad ni nk buat ap la.. *nmpk sgt otak kotor* haha
ReplyDelete-athirah-
harap2 keluarga Ziyad tak menghalang, kalau boleh konfliknya biarlah antara diorang berdua je...
ReplyDeletehehe, takpun ex-2 ziyad yang dulu datang kacau
RM awak mmg terbaik...:)
ReplyDeleteuhh. apa nak komen ya.. sokmo terbaik!
ReplyDeletesangatttt puas atiii..terbaek RM..
ReplyDeleteehheheheee...nk 1 lg!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletenak lagi...best sgt
ReplyDeletewawawa nak lgi RM..best sgt.. =D
ReplyDeleteSesak nafas saya ni raiter! Hailaa~ Haha,,Waiting for the next post!
ReplyDeleteNakal yek ziyad ni?
ReplyDeleteuhhhuu best..pngjran bnyk nih..d smping kesweetan nye...smua org deserve second chance right..sehina dan sejahat mna pun mreka..bila brtaubat..InsyaAllah..Allah akn mengampuninya..luv ziyad n nur...bab 11 plis RM..hehehe
ReplyDeleteyey! nak lagi.... hihihi... good luck kak Rehan..
ReplyDeleteakan bermulalah kesah Ziyad dan Nur di KL
ReplyDeleteHuhhh x sabo nk tau reaksi meke nnti
haha ziyad nie sweet larh ..
ReplyDeletebest ..
finally, lama farra tunggu n3 ni.....bestt, kak RM...please continue...:D
ReplyDeletebikin suspen jer ziyad nie...!!! next entry please...
ReplyDeleteUpssss...ziyad da x truna...haha...
ReplyDeleteMakin menarik..tq RM..
ReplyDeleteMasing2 masih cube perbaiki diri..
kak rehan...
ReplyDeletejgn bagi dorang ade problenm kaw2 ye..
kesian dorang..
hmmm ziyad prnah trsasar n teratai nur prnah trsasar...Allah sntiase bgi pluang dkat org yg nk brtaubat...^^
ReplyDeletemmm..sedih...byk maksud....
ReplyDeletewaoh...... x tau yg ziyad smpai mc tu skali.... ingat just try n error je...
ReplyDeletehehhe thanks kak rehan
-Song Hyun Sun-
wahhh, best nyee .pandai kak rehan reka !
ReplyDeletegoodd job sangat