BAB 11
PIPIKU disentuh
sedikit. Bila aku buka mata, Ziyad
tersenyum padaku. Pantas aku bangkit dan
meraup wajah.
“Kita dah sampai
ke?”
Ziyad
angguk. “Kita kat Damansara, rumah
sepupu saya. Nur tunggu kejap, saya call
dia, ya?”
Aku angguk. “Dah Subuh ke?”
“Dah… lagi lima belas minit nak pukul
tujuh,” jawab Ziyad.
“Ya Allah…
kenapa awak tak berhenti kata mana-mana kita solat dulu?” tanyaku sedikit meninggi hinggakan wajah
Ziyad berubah.
“Err… saya…
saya…” Dia gagap.
Aku mengucap
panjang. “Solat itu satu kewajipan,
Ziyad. Di mana pun kita, solat mesti
diutamakan biarpun berada di dalam peperangan,” tegurku.
Sekali lagi
Ziyad nampak kaku. Tangannya yang
menggenggam telefon nampak menggeletar dan bibirnya nampak bergetar.
Melihatkan wajah
pegun itu, aku mengeluh lembut. “Maaf…
saya tak sengaja. Mungkin dah dididik
semasa dalam pemulihan, saya jadi tegas kalau berkaitan solat.”
Sambil meraup
wajah, aku sudah tidak betah duduk bila jam pada dashboard kereta sudah
menghampiri jam 6:50 pagi.
“Kita akan lewat
ni. Awak kejutkan sepupu awak, kita
tumpang solat kejap,” cadangku.
Ziyad tetap
kaku. “Saya dah lama tak solat, Nur,”
akui dia padaku dengan suara yang mendatar membuatkan aku juga turut
terdiam.
Wajah tampan
Ziyad aku pandang. Wajah yang kemas dan
rambut yang juga nampak segak sesuai dengan penampilannya. Bila lama kami bersabung pandang, mata Ziyad
nampak berair dan aku cepat-cepat ukirkan seguris senyum padanya.
“Kalau dah lama
tak buat, kita mulakan semula,” pujukku.
Lama Ziyad tidak
berkutik. Diam memandangku semahunya
hinggakan tidak kutahu lagi kemana harusku sorok wajah ini.
“Kalau saya
salah…”
“Kita boleh
sama-sama belajar,” cantasku meyakinkan dia yang Allah yang membuka peluang
pada hamba yang mahu kembali mencari rahmat dan keredhaan-Nya.
“Erm…” Ziyad mengangguk dan pintu kereta terbuka
lalu aku lihat dia melekapkan telefon bimbitnya ke telinga.
Setelah
seketika, dia datang ke sebelah penumpang dan membuka pintu kereta dan meminta
aku turun.
“Dah
sedia?” soal dia.
Aku menjatuhkan
kepala biarpun hati ini dipalu gundah yang maha hebat.
“Rumah ni Doktor
Zayed dan isterinya je, kan ?”
“Anak dia
sorang,” beritahu Ziyad membuatkan hatiku sedikit lega. Risau jika mereka bersama keluarga, tak mampu
aku berhadapan dengan masyarakat apatah lagi bila diri ini bersama seorang
lelaki sepanjang malam.
“Yed!!!” Ziyad melaung nama Doktor Zayed kuat tanpa
menghiraukan jiran tetangga tapi aku pantas melarangnya.
“Tak sopan jerit
macam tu.”
“Habis tu?” protes dia nampak tidak berpuas hati.
Aku gariskan
senyuman dan tanpa menjawab soalan Ziyad, aku memberi salam dengan penuh sopan
dan tertib.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Salamku bersambut seraya itu muncul wajah
seorang lelaki yang kukira sudah agak berisi hendak dibandingkan dengan setahun
yang lalu.
Bibirku bergetar
menahan tangis. Jika dia adalah abang
kandungku, tubuh itu akan kupeluk erat bagi melahirkan rasa terima kasihku buat
dia. Tapi, aku tahankan saja hati yang
bergelodak bila Doktor Zayed senyum.
“Kau ni… laung
nama aku kemain kuat pepagi buta ni.
Hah, apa kejutan kau. Jangan cakap
kau bawa perempuan…”
“Yed…” Ziyad menghulurkan salam dan bicara Doktor
Zayed terhenti lalu tangan Ziyad disambut.
Tak semena,
Ziyad menarik tubuh sepupunya erat ke dalam pelukan. Lama, sebelum pelukan itu terlerai dan Doktor
Zayed memandangku.
“Ini ke kejutan
kau?” tanya Doktor Zayed tenang sambil
memandangku dan aku hanya tunduk tidak mampu menentang matanya.
“Perempuan mana
lagi kau angkut kali ni, Yad?” tanya
Doktor Zayed meleret. Berbisik.
“Tak cukup hotel
dah ke sampai kau nak heret rumah aku ni?
Apa kata Zafrina nanti, Yad?”
Doktor Zayed menggeleng bagaikan tidak senang dengan kehadiran kami.
Segalanya ini
telah melontarkan aku jauh ke sudut rasa tidak selesa. Aku pandang Ziyad dan mata ini berbicara
padanya agar berlalu saja bila orang tidak sudi menerimaku.
“Sabar,
Yed. Ini tak macam kau sangka,” bantah
Ziyad sambil menjeling padaku.
“Ajak kami masuk
rumah dulu. Kami tak solat Subuh lagi,”
tambah Ziyad.
Bila aku
menjeling pada Doktor Zayed, mata dia membulat.
Lama dia terpaku hinggakan Ziyad menepuk bahunya sekali lagi.
“Dah pukul tujuh
ni, Yed. Terlepas Subuh kami
karang.”
Bagaikan baru
tersedar dari lena yang panjang, Doktor Zayed mengajak kami masuk ke rumah
biarpun aku yakin, hatinya masih tidak lepas berasa gundah dengan
kehadiranku.
“Eh, apa mimpi
awak, Ziyad?”
Baru saja aku
melangkah masuk dan pintu tertutup rapat, suara seorang perempuan menegur. Usah ku berpaling kerana kuyakin itulah
wanita yang telah banyak membantuku.
Memberi kata-kata semangat dan memujuk agar aku tegarkan hati untuk
memulihkan diri.
Airmataku meniti
pada tubir mata. Sedikit kabur
pandanganku. Tak berani hendak
berkalih.
“Siapa?”
Aku dengar
dengan jelas pertanyaan Doktor Zafrina pada suaminya dan Ziyad dan bila Ziyad
mencuit bahuku agar berpaling pada Doktor Zafrina, aku memusingkan tubuhku
separuh dan mataku mencari renungan mata Doktor Zafrina.
Bila dia
amatiku, dahinya berkerut sana-sini.
Lama dia merenungku dengan kening yang hampir bertaut dan bila aku
senyum, matanya membulat dan mulutnya melopong.
“Terima kasih,
doktor,” ucapku lalu airmataku mengalir laju menodai pipi.
Doktor Zafrina
yang hampir rebah, dipaut ke dalam pelukan suaminya yang masih tercengang
dengan keadaan kami.
“Ter… Tera…tai
Nur?” soal Doktor Zafrina gagap dan aku
sekadar mengangguk.
“Saya Teratai
Nur. Seorang penagih yang doktor
selamatkan dulu,” beritahuku dan barulah Doktor Zayed mengucap panjang.
Airmata Doktor
Zafrina mengalir. Dipautnya tubuhku ke
dalam pelukannya erat dan aku sekadar membalasnya bersulamkan senyuman. Saat dia menolak bahuku, dia memandang Ziyad.
“How come?” Hanya itu yang terbit dari bibirnya.
“Short story but long journey. I cerita pada you later. Sekarang kami nak
solat. Boleh pinjamkan bilik solat dan
telekung dan jugak kain untuk kami?”
soal Ziyad mengerti dengan apa
yang bermain dalam hatiku.
Doktor Zafrina
memandang ke dinding. Melihat pada jam
yang berdetik.
“Abang bawalah
Ziyad ke bilik solat. Bagi kain
abang. Rina bawa Teratai Nur ke bilik
tamu dulu,” cadang Doktor Zafrina lantas dia menarik tanganku membontoti
langkahnya.
ENTAH bila aku
terlelap dan kala aku membuka mata, bumi telah diterangi oleh mentari dan suara
seorang kanak-kanak ketawa menarik langkahku untuk keluar daripada bilik tamu
ini.
Baru saja aku
melalui bilik di sebelah bilik tamu ini, telingaku tersapa akan perbualan Ziyad
dan Doktor Zayed.
“Macam mana
boleh jumpa?”
“Kebetulan atau
takdir, aku tak tahu,” jawab Ziyad.
“Takdir, Ziyad…
takdir!” tegas Doktor Zafrina yang tidak
kusangka ada bersama mereka.
“I tak tahu,
Rina tapi yang pasti I tak mampu nak lepaskan dia pergi biarpun I tahu siapa
dia sebenarnya,” akui Ziyad membuatkan aku tersenyum tawar.
“Kau tahu dulu
atau jatuh cinta dulu?” Kali ini giliran
Doktor Zayed pula bertanya.
Aku dengar Ziyad
ketawa. Lama mereka diam tanpa jawapan
sebelum Ziyad menyambung.
“Jatuh cinta
dulu. Kalau kata aku kenal dia dulu,
pasti aku mampu halang rasa cinta dalam hati aku ni,” ucap Ziyad membuatkan
hatiku sebak.
“You pasti you
cintakan dia?” Dari nada suara Doktor
Zafrina, aku tahu dia risaukan kami.
Ziyad tidak
menjawab. Tidak kupasti mengangguk atau
boleh jadi juga menggeleng tapi bila Doktor Zayed bersuara, barulah aku mampu
menebak sedikit sebanyak.
“Baguslah,
Yad. Dah tiba masanya kau buang yang
buruk. Boleh jadi dia dulu buruk pada
kita tapi hari ini dia berubah, kita siapa nak mengadili dia.”
“Erm… itulah
yang dia bagi tahu pada aku bila aku cakap yang aku terlalu bebas bergaul,”
keluh Ziyad.
“She’s different, Ziyad. I sebenarnya dari dulu dah agak yang you
ingat dia bukan ingatan biasa cuma ego lelaki you yang mahu mencari
kesempurnaan tapi siapa kita hendak menentukan.
Boleh jadi Tuhan mahu you menuntun
dia ke jalan yang benar di samping you tuntun diri dan hati you sendiri,” tokok
Doktor Zafrina pula.
Aku kaku
mendengar perbualan mereka. Ada rasa sayu yang
singgah di laman hati. Sejak dulu,
mereka tak pernah memandang jijik padaku dan hari ini juga, mereka tetap menyokong
kala Ziyad bagai berada di persimpangan.
Menunjukkan jalan yang ternyata ada aku dipertengahannya.
“Tanya
betul-betul hati kau, Yad. Ini masa
depan kau dan Teratai Nur sendiri. Apatah
dia sebatang kara dan jangan sesekali kau usik hatinya bila niat kau tu sekadar
nak try lepas tu error macam sebelum-sebelum ni,” sindir Doktor Zayed
pula.
Aku dengar Ziyad
ketawa. “Aku tak usik dia pun lagi tapi
peluk tu adalah sekali,” seloroh Ziyad.
“Itu pun dah
cukup libang-libu dah hati aku ni.”
Tawanya gian galak.
Namun padaku,
tawa itu hanyalah sekadar menutup keresahan hatinya yang turut dirasai oleh
hatiku.
“Kau ni,
Yad. Tak habis-habis. Ingatkan dah mula kenal Tuhan balik ni, tak
ada fikir benda gitu dah,” cemuh Doktor Zayed namun tak mampu matikan tawa
Ziyad.
“Aku lelaki,
Yed. Jujur cakap, gelodak hati aku lain
macam bila nampak dia. Apatah lagi
setelah aku tahu siapa dia, pelik… bila aku marah tapi tak mampu nak biarkan
dia pergi. Ini ke yang kau rasa dengan
Rina dulu? Hrmm?”
Suasana
sepi. Tiada suara tiada jawapan. Lalu aku beranikan diri mengintai dari celah
pintu yang sedikit terbuka. Aku nampak
Doktor Zayed memeluk erat bahu isteri yang sopan bertudung dan tersenyum pada
Ziyad yang duduk dibirai katil dengan baju T putih tipis dan juga jeans yang
sedikit lusuh.
“Kau kahwin
dulu, Yad. Kau akan dapat jawapan tu
sendiri,” jawab Doktor Zayed pada Ziyad yang mencemik tanda beralah.
Aku nampak bibir
Ziyad mengukir senyuman yang tidaklah semanis mana. Bila dia bangkit dan meregangkan uratnya, aku
terus menegakkan badan dan bersedia hendak berlalu jika dia mahu keluar.
“Aku kahwin
dengan dia nanti. Jangan risau. Lepas aku belajar nanti, aku kahwin terus
dengan dia. Sempat majlis makan malam
aku nanti boleh bawak bini. Lepas majlis
je terus heret bini masuk kabin tak payah dah nak heret perempuan entah
mana-mana entah,” ujarnya bernada kesal.
“Eloklah tu tapi
kau kena ingat… kahwin bukan untuk melepaskan nafsu kau pada tempat yang betul
semata-mata, Yad. Kau kena sayangi dia,
fahami dia, jaga dia sebagaimana Allah telah amanahkan dia buat kau dan aku…”
Sekali lagi aku
mengintai ke dalam bila suara Doktor Zayed terhenti. Aku melihat pelukan mereka bertaut.
“…bangga dengan
sepupu aku ni,” sambung Doktor Zayed dan Ziyad hanya tersenyum pada Doktor
Zafrina.
Entah mengapa,
menerima kata-kata doktor yang pernah membantuku dulu benar-benar membuatkan
airmataku murah kala ini. Tanpa mampu
kutahan, ia mengalir semahunya lalu aku bawa langkahku ke bawah bila aku dengar
derap tapak kaki menghampiri pintu.
“NUR okey kalau
saya tinggalkan Nur dekat sini buat sementara?”
Pertanyaan Ziyad mengejutkanku yang sedang membancuh air untuk
sarapan.
Kepala aku
tolehkan padanya yang sedang bersandar pada kabinet dapur. Segaris senyuman kuukir buat dia dan
mengangguk.
“Kalau doktor
sekeluarga sudi… kalau tidak saya kena balik.”
“Zayed dengan
Rina okey. Diorang tu sayangkan awak
dari dulu lagi cuma lost-contact je. Lagipun,
Zafrina kebetulan tak ada pengasuh. Boleh awak jaga anak dia. cuti saya last esok dan saya kena lapor diri
dah. Taufiq terbang esok pagi ke
KL. Mungkin saya akan belayar lagi. Lepas saya balik, saya nak pinang Nur,”
beritahu Ziyad sambil menghulurkan tangannya padaku.
Aku diam tidak
menjawab. Mengangguk tidak tapi ada rasa
hendak menggeleng saja mendengarkan kata-katanya tapi jari-jemarinya yang
menggamit padaku itu lebih menarik perhatian mata ini.
“Nak apa tangan
tu?”
Ziyad
senyum. “Nak tangan Nur...”
“Eh, nak buat
apa?” Seraya itu aku menyorokkan tanganku daripada dia, Ziyad ketawa.
“Saya gurau
je. Nak air sikit,” pinta dia dan aku
mengangguk.
Cepat-cepat aku
tuangkan secawan milo panas buat Ziyad lalu aku suakan untuk dia. Ziyad meniupnya sedikit sebelum mendekatkan
bibir cawan itu pada bibirnya.
“Saya nak balik rumah keluarga saya kejap lagi. Cuti ni tak balik lagi. Rasa dah lama tak jumpa mama dan ayah saya.”
Aku
mengangguk. “Pergilah. Saya okey je kat sini. Sementara awak ada orang tua, elok awak
hargai,” pesanku.
Ziyad senyum
lagi. “Saya hargai juga sebelum ni tapi
dengan cara sayalah. Lagipun, orang tua
saya tak pernah bising apa-apa tentang saya melainkan saya jarang balik rumah
dan juga tak kahwin lagi padahal umur dah 30 lebih dah,” beritahu Ziyad padaku.
“Sampai masa
kahwinlah,” tukasku lalu aku berlalu ke meja makan menyusun cawan menanti
Doktor Zafrina dan suaminya turun bersama anak kecil mereka.
Ziyad melompat
turun dari kabinet dan menghampiriku. Kali
ini dia berdiri bersandar pada peti ais dan mengerling padaku dengan wajah
penat.
“Dah sampai
masanya, Nur…”
Aku berkalih
pada Ziyad. “Masa masih terlalu panjang
untuk kita…”
“Dan saya nak
singkatkan biar masa untuk kita bersama menjadi lebih panjang,” pangkas Ziyad.
Aku hargai
kata-kata dan janjinya. Aku hargai
kesudiannya mahu memiliki aku dan aku juga hargai cinta yang dia hulurkan. Cinta yang selama ini menjadi mimpi ngeri
buatku kini bertukar sedikit demi sedikit menjadi mimpi yang indah. Namun, akan kekalkan keindahan itu kerana
sejarah sedang mengekori langkahku setiap waktu?
“Kita serahkan
semunya pada jodoh, ya?” Aku
memujuk. Bersikap tenang biarpun dalam
hatiku mahu menjerit pada dunia yang aku
diambang bahagia. Aku sudi menerima
dia.
“Okey…” Ziyad mengeluh.
“Nur fikir
dulu. Nak hidup dengan lelaki yang jahat
macam saya ni mungkin tak mudah buat Nur tapi saya nak Nur tahu, saya sudi
terima Nur. Kisah lalu Nur tak penting
tapi kisah kita di depan hati bagaimana kita nak corakkan. Lepas saya balik bertugas, Nur dah tak ada
pilihan lain melainkan terima lamaran saya.
Okey?!” beritahu Ziyad sedikit
memaksa.
“Paksa ke?” soalku.
“Ya…” Ziyad angguk.
“Kalau dalam tentera,
ini dipanggil arahan dan arahan wajib dipatuhi kalau tak nak hukuman menanti,”
ugut Ziyad lagi.
“Kalau saya
membantah?” Sengaja aku menduga dia mahu
melihat wajah itu berkerut dalam pada memulihkan resah di hati sendiri.
“Ermm…” Ziyad garu rambutnya seketika dan kembali
merenungku tajam.
“Kalau
membantah, Nur tahulah hukuman Nur lepas kita dah kahwin nanti,” jawab Ziyad
separuh berbisik lantas dia berlalu keluar bila suara Doktor Zafrina
menghampiri meninggalkan aku terkebil-kebil sendiri.
~~> bersambung
:)
ReplyDeletesesuka hati aje si Ziyad ni
ReplyDeletearghhhhh. penanti satu penyiksaan. tsiksa nak tggu episod 12. RM, cepat cepat upload ye :)
ReplyDeleteHishhh.. lambat nye dorg nak kawinnn
ReplyDeleteowhhh tidak...
ReplyDeletewaa..nak lagi blh..hehe
ReplyDeleteBr jer bc teaser hh msk dh....hehe tq!!!
ReplyDeleteAlala... arahan nyek!!!! pandai la ziyad... Mcm maner la agaknya penerimaan keluarga ziyad terhadap Nur? next entry please...
ReplyDeletefuhhhh...melting...
ReplyDeleteWahh, nakal ye si Ziyad nie..siap ada hukuman-hukuman segala....bestt kak RM, Sambung lagi...hehe ;)
ReplyDeletenak jerittttt kat duniaaaaa... kita suka ziyadddddd (wakilkan atai)... huhuhuhu.... tak thu dh bape baldi pnuh dgn air mteee since bce dr bab 6 hingga 11 ni... ziyadddd, dye mmg nakall... tpi sukee laki nakal mcm dye ni (dlm citer je la)... cik writer, nak lagi... tpi geli hati plk bce part zayed dah agk berisi... hahaha... msti bhagia pnye zayed dgn zafrina... cik writerrr, siapkan bab 12 dlm mse 24 jam dr skarang... lalalala.. (dah kemarok dgn BK)
ReplyDeleteKalau saya takleh kompromi dengan lelaki suka berzina. Walau dlm cerita ni si Teratai selalu direndahkan, tapi hakikatnya akhlak Ziyad yg paling rendah. (Sigh)
Deletementang2 lah si ziyad tu askar.... dan dan ada arahan n hukuman... mengada tau si ziyad ni... beat lah rehan.. ingat tau smpi bab 15... hahahha ♡♥♡♥
ReplyDeletehheee bab 31 lahhhh hahha
Deletehihihii.... x mo yer..(boleh ker membantah). hahahaa
ReplyDeleteJiwangnyer....
ReplyDeleteawwhhhhhhhhhh thnx RM..syg u much more laaa..hahaha..best2..nk lgi dan nk lgi..muncul smla abg n kak dkter..hehe
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteSusah mendesak dan memerintah gayanya si Ziyad ni. X baik buat lagu tu Ziyad, kesian kat Teratai Nur. Hati wanita mudah terusik dan bila dah terluka susah pula nak diubati.
ReplyDeletebestnyer citer nie..suke2..cptlaH RM..X sabar nk tgu diorg khwin..hehhehe..
ReplyDeleteThanx sbb dh upload n3 11. Cpt sungguh! Terkejut masa check blog ijo ni td. Watak2 lelaki dlm kisah hqti RM ni mmg suka nak kawen cpt2 kan? Cam dh x nyempat2 lg. Nakal2 lak tu
ReplyDeleteNur tu seorang yang beringat siapa diri dia yang lalu...
ReplyDeletetakut juga bila kelurga Ziyad x terima kan Nur....
Insyallah doa kan yang terbaik buat Ziyad dan Nur...
besttt
yeaaa..mmg trseksa nk menunggu n3 yg sterusnya...
ReplyDeletekak aishah.. kansssss..he3...
Deletemaslina aini mat saad
Demam2 pon pasti melawat blog ijo ni jgk..jgn la memaksa ziyad, pujuk elok2. atai tu suke awak..pasti dia nk..
ReplyDeletenasib baik si ziyad dah sedo diri yg dia tu pun bengkang bengkok.. lg x de harapan nak dijadikan imam... haila... harap2 bila ziyad balik dia dah berubah 180degree & x de halangan family...
ReplyDeleteCepat2lh sambubgnya yer
ReplyDeleteziyad dan teratai nur..:)
ReplyDeleteteratai mesti kena cari ayah dia untuk walikan nikah nanti. penerimaan keluarga ziyad mcm mana pulak? ada konflik ke? or this will be conflict free?
ReplyDeleteSuke sgt. Bahagiakan Nur Teratai. Biarkan mendung yg lama memayungi Nur berarak menjadi hujan rahmat
ReplyDeleteSuke sgt. Bahagiakan Nur Teratai. Biarkan mendung yg lama memayungi Nur berarak menjadi hujan rahmat
ReplyDeleteyeay....napa la maamt annoying ni bole jd sgt sweetttttttttt...
ReplyDeletekak RM nk byk2 lg..
Jgn mama ziyad 2 mak atai udahlerrr....x mau drang jd adk bradik tiri
ReplyDeleteyup..kalau x tamau bc dh..wahh
Deletejgn mama ziyad kerek dah ler...
ReplyDeleteziyad and atai... nk bab12 plak RM ..please.. huhu
ReplyDeleteRM nk bab 12 plak...xsabar nk tggu..cepet cepat.. hehe..jgn marah kak RM.. (EXCITED BEBENO)
ReplyDeleteziyad di dalam SAM, very2 grrrrr.. tapi dalam BISAKAH,..TERRRRRR sangat2 sweetttt,. :-)
ReplyDeletemaslina aini mat saad
Hm...mcm mn la penerimaan keluarga ziyad nnti
ReplyDeletekarehan..terbaik..saya suka pasangan doc tu ada..yeayghhh..
ReplyDeleteada typo la. belayat jadi belajar
>>k<<
aww!!percintaan diorg ni pon x kurg hebatnye jugak...kenal x lame,,teros nk kawen...sweetnye...:)
ReplyDeletecepat2 sambung. pendek sgt. ape pun gud job. like it,
ReplyDeletepaksaan itu bukan kehendak,
ReplyDeletetapi kalau saya jd Teratai Nur saya cakap je NAK...
:)
wawawa tsengih sorag2 dpan ltop mcam org xbtoi..thankz RM.. nak lagi taw.. =D cpat2 la taw..jgan lmbat,xthan mnanti ziyad n atai ni
ReplyDeletexblh byangkan zayed version dh berisi...hahaha
ReplyDeletetahniah kak rehan :) best, harap2 cepat la dpt entry baru - lyn_azlinah
ReplyDeletehehehehe.....ziyad dah tak sabar hehe.. bila nur jumpa balik DR Rina & zayed menitis juga air mata ni huhuhu nasib ziyad bawa nur lari kat rumah diaorang...harap lepas ni tak d halangan utk mereka kawin...tak sabra nak tunggu part seterusnya
ReplyDeleteaisya_humaira
dengan ini secara rasminya saya declare dkt sni yg i'm totally in love with Ziyad!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! thanks kak rehan
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
hihihi... kak Rehan cepatla sambung... ayuh marathon habiskan cerita ni :) fighting!!! -----<3
ReplyDeleteAku suka dia..eceh..hihi
ReplyDelete-ieja-
muehehehe..hukuman berat menanti....noti ziyad!!
ReplyDelete