BAB 12
MATAKU tak lepas
memandang wajah anak teruna Doktor Zafrina.
Nampak cerdik biarpun masih bergelar bayi. Rasanya, sewaktu aku dihantar ke pusat
pemulihan dulu, perut Doktor Zafrina masih lagi kempis. Begitu pantas waktu berlalu dan hari ini
juga, sudah hampir seminggu tidak kutemui wajah Ziyad.
Melihatkan
Doktor Zafrina yang sedang menapak daripada dapur, ada rasa ingin tahu dalam
hatiku. Perihal keluarga Ziyad. Mampukah mereka menerima dan adakah Ziyad akan
menutup kenyataan tentang aku?
“Teratai, mari
makan sama. Abang Zayed balik lambat
sikit. Kita makan dulu,” ajak dia yang
sudah melabuhkan duduk di atas kerusi di ruang makan.
Aku menggariskan
senyuman dan menggeleng. “Doktor
makanlah dulu. Biar saya jaga Zairul.”
Dia bercekak
pinggang. “Awak ni, Teratai… asyik
doktor je. Kan dah suruh panggil
kakak. Panggil ke Kak Rina. Kalau kata Kak Zaf karang tertukar dengan
along saya,” guraunya.
Aku sengih dan
menggaru kepala. Tidak biasa untuk
melenturkan lidahku memanggil dia tanpa doktor pada pangkal namanya. Tapi, sekelipan teringat akan kata-kata Ziyad
yang berbaur usikan itu aku bulatkan mata dan memejamkankan. Meremang seluruh tubuh.
“Biar je Zairul
tu. Dah kenyang biar dia golek-golek
sorang. Kita mari makan malam. Lewat sangat tak elok. Ni sebelum Isyak kira okey lagi,” gesa dia.
Tersentak dek
teguran itu, aku pantas bangkit. Tinggal
bersama dengan dua orang doktor, banyak pantang larang kesihatan yang perlu aku
patuhi. Entah mengapa, sesekali
mendengarkan bebelan Doktor Zafrina membuatkan aku ketawa seorang. Rindu hendak menerima bebelan manja daripada
mereka yang ikhlas menyayangi.
Jika dulu, hanya
ada Tiani dan Ibu Hanah tapi hari ini, aku punyai seorang abang dan kakak yang
ikhlas menerimaku.
“Yalah.” Aku mencuit sedikit pipi Zairul yang sedang
meniarap dan cuba mengambil mainannya.
Kerusi aku tarik
lalu aku labuhkan duduk di depan Doktor Zafrina.
“Makan,
Teratai,” pelawa Doktor Zafrina sambil menyuakan pinggan nasi buatku.
“Maaflah,
Teratai… Kak Rina tak sempat nak masak. Beli
je kat kedai hari ni. esok Kak Rina
masak untuk awak, ya?” pujuk dia.
Aku menggeleng. “Eh, jangan macam tu, kak. Saya rasa menyusahkan pulak nanti. Ini pun dah rasa cukup susahkan akak
sekeluarga.”
“Mana ada
susahkan, Teratai. Kakak tak ada
adik. Dari dulu kakak rasa dekat dengan
awak dan memang nak dekat pun. Nak berbiras,”
usiknya bersama sengihan nakal. Sengihan
yang jarang kulihat pada wajahnya dulu kala merawat aku.
Dia seorang
wanita yang cantik dan seorang isteri yang baik serta seorang ibu yang penyayang. Hari ini, dia adalah seorang kakak yang
bertimbang rasa.
“Saya tak tahu
sejauh mana penerimaan keluarga Ziyad tentang saya, kak,” ucapku akhirnya. Terluah sebaris persoalan yang berlegar dalam
kepala.
Aku menunduk
menguis nasi di dalam pinggan dengan perasaan yang kembali sebak. Kala aku angkat kepala semula, Doktor Zafrina
sedang meletakkan beberapa jenis lauk ke dalam pingganku.
Aku pandang
matanya dan bening mata itu pecah dengan bunga senyum. Dia duduk semula dan mengusap bahuku lembut.
“Makan
dulu. Nanti kita bincang, ya?” pujuk dia lalu aku hanya menurut.
Nasi aku sua ke
mulut. Menerima butiran nasi yang begitu
lembut dan rezeki yang mewah terhidang di depan mata bagaikan menelan bijian
batu di jalanan. Perit tekakku hendak
menerimanya.
Sudahnya, makan
malam hanya sepi antara aku dan Doktor Zafrina.
Sesekali hanya suara Zairul yang merengek memecahkah hening hinggakan
bunyi deruman kereta yang memasuki porch,
barulah aku panggung kepala pada Doktor Zafrina.
“Abang Zayed dah
balik ni. Teratai makan dulu nanti kakak
datang semula, ya?” Dia bangkit dan
terus membasuh tangannya sebelum menuju ke pintu.
Bila aku memanjangkan
leher, ternyata, wajah Doktor Zayed muncul dan tersenyum padaku. Kulihat, Doktor Zafrina mencium tangannya dan
dahi si isteri dikucup penuh kasih. Aku ketap
bibir. Akan adakah waktu dan suasana
begitu untuk aku dan Ziyad? Aku juga
tidak pasti malah keyakinan juga semakin menipis.
MALAMNYA, kala
menuruni anak tangga mahu ke dapur, telingaku tersapa akan perbualan antara
Doktor Zafrina dan suaminya. Perbualan yang
jelas menyebut namaku dan juga Ziyad. Berkisah
tentang kami dan juga masa depan kami. Hatiku
sebu lalu langkahku mati dan telinga kupasang.
Bersembuyi di balik dinding dapur.
“Teratai Nur dah
tidur?”
“Erm… dia nampak
runsing. Rina minta dia tidur awal,”
jawab Doktor Zafrina.
Televisyen
bersiaran dengan suara yang perlahan dan siaran yang bertukar-tukar bagai
memberi gambaran padaku yang mereka juga sedang risaukan kami atau lebih tepat
lagi aku.
“Eloklah. Biarlah dia rehat. Ziyad ada telefon abang.” Suara Doktor Zayed sedikit perlahan namun masih mampu menyapa peluput
telingaku.
“Bila? Dia kat mana sekarang?”
“Baru masuk
perairan Malaysia. Kat pulau mana
entah. Coverage tak clear sangat. Abang pun busy, tak sempat nak tanya masa dia
telefon tu. Apa yang pastinya, dia minta
kita sediakan majlis untuk dia. Katanya,
dia dah transfer duit ke akaun abang untuk majlis akad nikah dia. Yang selebihnya, dia akan uruskan sendiri,”
ujar DOktor Zayed.
“Eh, sampai
macam tu sekali tak sabarnya?” Mata
Doktor Zafrina memandang suaminya tajam.
Doktor Zayed
sengih dan menarik bahu isterinya agar tubuh mereka rapat.
“Dah sampai
masanya. Abang tak pernah tengok Ziyad
macam tu. Risaunya dia pada Teratai Nur tu lain macam. Kadang-kadang abang fikir, apa yang sebabkan
Ziyad macam tu tapi bila Ziyad sendiri tak tahu, abang yakin inilah kuasa Tuhan
atas setiap makhluk yang Dia ciptakan. Setidak-tidaknya,
Ziyad tu tak terus hanyut dengan dosa. Dia
memang dididik untuk jadi seorang lelaki yang charming. Dengan pakej yang
Ziyad ada, tak ada perempuan yang tak jatuh ke dalam tangan dia melainkan
Teratai Nur je payah dia nak ayat…”
“Dan Rina
juga. Abang kena ingat tu,” pangkas
Doktor Zafrina tersengih.
Aku lihat
suaminya mengangguk dan mengucup dahi Doktor Zafrina lagi. Nampak mesra dan bagaikan pengantin baru.
“Ya, Rina
juga. Tapi tadi abang tengok Teratai Nur
macam runsing je? Kenapa? Sayang tahu apa-apa?”
Doktor Zafrina
membetulkan duduk. Kali ini wajah mereka
benar-benar berhadapan. Aku perhatikan
riak wajah Doktor Zafrina yang berubah sayu tiba-tiba.
“Ziyad ada cakap
pada abang kot-kot dia dah bagi tahu mak long dan pak long tentang sejarah
hidup Teratai Nur?”
Doktor Zayed
diam. Menggeleng dan mengangguk dalam
satu masa.
“Dia minta abang
bagitahu.”
“So?” soal Doktor Zafrina tidak sabar.
“Itu yang abang
balik lambat hari ni. Abang singgah
rumah mak long kejap dan abang ada bagi tahu.”
“Lepas tu?” Doktor Zafrina nampak semakin tidak sabar.
“Alhamdulillah,
mak long terima dan dia tak sabar nak jumpa Teratai Nur. Cumanya, abang tak bagitahu banyak bendalah
sebab abang sendiri pun tak tahu sangat tentang Teratai Nur. Abang ada cakap yang Teratai Nur sebatang
kara sebab dia ditinggalkan ayah dan ibunya masa dia remaja dan dia bawa haluan
hidup sendiri…”
“Lagi?”
“Abang cakap
lagi, kali kedua pertemuan antara Ziyad dan Teratai Nur, Ziyad yakin dia
mahukan Teratai Nur bila dia lepaskan Teratai Nur kali pertama dulu,” sambung
Doktor Zayed.
“Lepas tu?”
“Mak long dan pak
long gelak. Katanya, teringin nak tengok
abang tunggal dia tu tergolek. Itu yang
tak sabar nak tengok perempuan yang mahu tetapkan kehendak hati Ziyad tu.” Doktor Ziyad menjawab dengan senyuman namun
bukan itu yang aku sedang nantikan.
“Pasal Teratai
Nur yang…”
“Itu aib orang,
sayang. Nabi sendiri pesan, jangan
sesekali kita mengiabkan orang apatah lagi bila orang tu sedang berubah dan dah
berubah. Yang baik kita hebahkan dan
yang buruk itu biarlah kita simpan dan terus berdoa moga Allah berikan hidayah
buat kita semua.”
Saat menerima
kata-kata Doktor Zayed, kata-kata yang aku nanti, airmataku menitis laju. Hatiku kelam-kabut sendiri. Mahu menerima cinta Ziyad atau menolaknya
begitu saja sedangkan lelaki itu begitu bersungguh-sungguh?
“Erm… itulah
yang sebaiknya dan Rina harap tak ada perkara yang memudaratkan di kemudian
hari.”
“Jangan risau,
sayang. Mak long dan pak long reasonable orangnya. Abang kenal.
Diorang lebih kurang mama dan ayah juga.
Bila Ziyad tu bahagia, pastilah mereka juga gembira. Patutnya diorang bersyukur kerana Ziyad
menerima nur melalui Teratai Nur. Saling
memperbaiki diri dan sama-sama mencari jalan redha-Nya. Yang lalu tu dah tak penting dah, sayang,”
ujar Doktor Zayed penuh yakin tapi sayang tak mampu membawa keyakinan dalam
hatiku.
Doktor Zafrina mengangguk
dan melentokkan kepalanya pada bahu Doktor Zayed.
“Insya-Allah,
semuanya akan baik sebab Nur baik orangnya.
Kalau kira Ziyad tu patut hantar jihad ke Palestin je,” ucap Doktor
Zayed lagi bercanda.
Tawa kecil
Doktor Zafrina meletus. “Abang ingat,
jangan panggil dia Nur…”
“Alamak… abang
lupa. Nur tu Kapten Ziyad seorang je
boleh panggil dia, kan?” Dan tawa mereka
lepas bebas membawa senyuman pada bibirku yang dibasahi airmata.
TUBUH Doktor
Zafrina yang ada dipintu aku hampiri dengan mendukung Zaiul yang telah kau
siapkan.
“Teratai betul
tak nak ikut saya balik rumah mama dan abah kakak? Boleh kenal dengan along, angah dan
isterinya.
Aku ketap bibir
dan menggeleng. Sesekali mataku beralih
pada DOktor Zayed yang sedang mengemaskan keretanya.
“Kalau macam tu,
dok rumah baik-baik, ya? Kunci pintu. Hari ni, Ziyad balik.” Bibirnya tersenyum manis padaku.
“Saya tahu…”
“Eh, tahu?” duganya mengusik.
“Dia bagi tahu
dia pergi sebulan je…”
“Je?” Kening tipis cantik bagaikan diandam milik
Doktor Zafrina terjongket.
“Ya. Sebulan je. Tak lama pun…”
“Amboi, bang…
Teratai Nur cakap sebulan JE!”
Ditekan JE itu pada hujung
suaranya.
“Yang kawan tu
sebulan tu bagaikan sekurun dah,” tokok Doktor Zayed lalu dia mendekat dan
berlalu ke belakang kereta.
Aku ketap
bibir. Ada perkara yang mahu aku katakan
pada mereka. Ada perkara yang mahu aku
akui.
“Kak Rina,”
seruku pada Doktor Zafrina yang sedang menyarungkan kasutnya.
“Saya ada benda
nak cakap.”
“Okey, cakaplah,”
suruh dia sopan.
Mata kami
bertentangan. Tubuh montel Zairul aku
peluk sedikit kemas. Saat ini, terbayang
di mataku dan terasa pada seluruh tubuhku akan pelukan Ziyad serta hentakan
pada dadanya dulu.
“Tentang hal
beberapa hari lepas, saya…” Tidak tahu
bagaimana hendak kuberitahu dia. Rasa
bersalah kerana mengintip perbualan mereka.
“Saya dengar
perbualan kakak dan abang,” akuiku lambat-lambat.
Kutelah, wajah
doktor Zafrian berubah. Ya, memang
berubah namun berubah menjadi wajah yang manis tersenyum.
“Kak Rina dah
agak dan apa yang Teratai rasa?”
“Takut,” jawabku
sepatah.
“Dengan?”
“Masa depan,”
jawabku ringkas.
Dia menggeleng. Pipiku disapa lembut. “Masa depan bukan milik kita, dik. Segalanya milik Allah dan semalam adalah
pengalaman mematangkan hidup dan hari ini adalah milik kita. Teratai faham, kan? Apa yang Kak Rina dan Abang Zayed cakapkan
malam tu kalau betul Teratai dengar?”
Aku menjatuhkan
kepala mengangguk. “Tapi, saya tetap tak
yakin…”
“Yakinlah,
Teratai Nur… Yakinlah yang Ziyad sedang datang untuk menjemput Teratai Nur
untuk melangkah ke depan bersamanya. Tinggalkan
masa lalu Teratai. Yang sudah tu,
sudahlah. Bukan lagi urusan kita. Percaturannya memang begitu. Bagus untuk Teratai kesali tapi tak elok
untuk Teratai ratapi,” nasihat Doktor Zafrina lalu dia memelukku kemas.
Bila pelukan
terlerai, dia menyapa tubuh Zairul ke dalam dukungannya. Dikucup pipi anak kecil itu dengan gigi yang
diketap, menahan geram.
“Kak Rina pergi
dulu. Apa-apa hal call, ya?” pesan dia sebelum dia berlalu masuk ke dalam
BMW milik Doktor Zayed dan bila pintu pagar otomatik itu terbuka, kereta terus
beransur pergi dan aku terus saja merapatkan daun pintu.
Baru beberapa
tapak aku membawa haluanku ke dapur, pintu diketuk kasar daripada luar. Aku pasang telinga, mengamatinya sekali
lagi. Ternyata ketukan itu semakin kuat
dan aku pantas menuju ke pintu besar semula.
Barangkali mereka tertinggal barang.
Pintu terkuak
dan mataku membulat. Terkejut! Wajah Ziyad muncul dengan raut yang lelah dan
peluh yang merenik pada dahinya.
Disekanya lembut dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi
berada di belakang.
Kacak, tampan
dan bergaya dengan seragam putih yang menyaluti tubuhnya. Ziyad meraup rambut dan dia menelan liur
berkali-kali. Teriknya mentari sesekali
membataskan penglihatan tapi wajah Ziyad bercahaya di mataku.
Aku lebarkan
daun pintu. “Tak boleh masuk. Kak Rina dengan suami dia tak ada. Diorang baru je keluar bawa Zairul ke rumah
keluarga Kak Rina,” beritahuku berharap agar Ziyad tidak meminta hendak
melangkah ke dalam rumah.
“Yeah…” Dia mencebirkan bibirnya.
“Saya tahu. Diorang yang call saya kata awak sorang kat rumah.”
“Err… kalau dah
tahu, kenapa datang?”
Ziyad mengeluh
tidak puas hati. “Saya baru turun kapal,
Nur dan saya terus datang jumpa awak.”
Hatiku
menggelupur menahan rasa bahagia yang mahu aku zahirkan melalui riak wajah tapi
pada Ziyad, aku mahu sembunyikan segalanya hinggalah waktu itu tiba.
“Baru turun dah
cari saya? Kenapa tak cari orang tua
dulu?”
“Dah jumpa,
sebab tu saya datang,” jawabnya.
Tiada kata lagi
yang mampu aku ucapkan bila dia menjawab begitu. Ziyad melangkah sedikit dan aku kembali
menolak daun pintu agar terus menyempit. Semakin Ziyad mendekat semakin aku
menutupnya hinggalah telapak tangan Ziyad menahan.
“Err… awak nak
buat apa?” tanyaku risau sambil
mengerling ke kiri dan kanan. Bimbang
jika jiran tetangga melihat.
Ziyad tidak
menjawab sebaliknya, dia membongkokkan sedikit tubuhnya dan menyuakan
sejambangan ros putih buatku. Pantas aku
tekup mulut dan daun pintu terbuka lebar.
“Zi… Ziyad… apa
ni?” soalku.
Dia tegakkan
badan dan memandang wajahku.
“Sudi tak Nur
jadi isteri saya? Menjadi pemandu arah
seorang Kapten yang masih tidak temui arah tujuan untuk saya kemudikan kapal
dan memeriahkan kapal saya dengan anak-anak kapal satu hari nanti?”
Mataku
terkebil-kebil. Lidahku terpaku dan
bibirku bergetar hebat. Mata kami
bersabung tapi aku masih pegun. Bunga
yang Ziyad hulurkan tidak kusambut dan Ziyad kulihat sabar menanti.
“Saya… saya…”
“Risaukan
keluarga saya?”
Aku angguk.
“Jangan risau. Segala dah selesai. Saya nak bawa Nur ke dalam keluarga
saya. Merasai kasih sayang keluarga dan
juga…” Bicaranya terhenti seketika.
Matanya semakin
redup memandangku. “…merasai hangatnya
kasih sayang dan cinta saya pada Nur
untuk selamanya,” sambung Ziyad lalu tanganku ditarik.
Bibirnya singgah
tepat di tengah telapak tanganku sebelum bunga tadi diletakkan di atas telapak
tangan. Wajahku memerah menahan
malu. Bila Ziyad angkat wajahnya, dia
mengedipkan matanya sekali.
Dalam kepalaku,
kata-kata Doktor Zayed dan Doktor Zafrina berlegar. Kata-kata dan pesanan Ibu Hanah juga bermain
dalam ingatan. Tak mengapa sejarahku
begitu. Apa yang penting, aku mahu
memperbaiki diri.
Tanpa kusedar,
bibirnya mengulum senyum. Nafas lega
Ziyad hela panjang.
“I assume that smile is the good answer for
me,” ucap dia dan aku menggeleng.
“Saya tak faham…”
Ziyad tepuk
dahi. “Saya anggap senyuman Nur adalah
satu jawapan yang baik untuk saya,” ulang Ziyad dan aku terus mengangguk sekali
dan itu sudah cukup membuatkan Ziyad menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Lebih erat daripada pertama kami dulu.
“Ehem…”
Aku terus
membuka mata dan menolak tubuh Ziyad bila mataku tertancap pada wajah seorang
lelaki dan seorang wanita separuh umur yang sedang tersenyum.
“Berani kamu
buat perangai bukan-bukan dengan mama dan ayah, kan Ahmad Ziyad?” tanya wanita itu dan tahulah aku yang mereka adalah orang tua Ziyad.
Pelukan terlerai
namun tanganku masih utuh di dalam genggaman Ziyad. Dia berpaling dan tersengih.
“Sebab ada mama
dan ayahlah, Yad peluk Nur. Biar mama
tahu yang Yad tak main-main kali ni…”
“Ya... tapi ayah
tengok sesak nafas bakal menantu ayah tu, Ziyad,” tegur ayah Ziyad pula.
Bakal menantu? Dadaku sesak.
Entah mengapa ada rasa terharu dalam hatiku bila mereka mengucapkan
begitu. Bila kedua-duanya mendekat dan
mama Ziyad menarik aku ke dalam pelukannya, aku hanya rela.
“Teratai Nur…,”
bisik dia seketika dan dapat kurasakan Ziyad mendekatkan wajahnya pada sisi
kiri wajahku dengan tangan yang masih bertaut.
Aku menjeling
Ziyad dengan sedikit terhalang dengan pelukan tubuh gempal mamanya.
“Nur temani saya mengemudi kapal mencari jalan
menuju reda Tuhan dan saya akan genggam tangan Nur tanpa saya lepaskan
lagi. Yakinlah, hanya tubuh Nur yang
akan saya peluk selepas ini dan hingga selamanya.
Wajah yang
dipisahkan hanya dengan beberapa inci saja membawa hembusan nafas hangat Ziyad
singgah pada wajahku. Hangat dan
menggetarkan jiwa lalu aku pejamkan mata berharap awan mendung ini terus
berlalu.
~~> bersambung
RM : Sila senyum ^__________________^ . RM sayang kamu semua.
best2
ReplyDeletealaaaaa...pendeknyerrrrr....grrrr...br nk senyum lg lebar...
ReplyDeletenk lgi :)
ReplyDelete^_____________________^.....sweet sangat...harap2 tiada lagi ranjau yang berduri
ReplyDeleteRMMMMMM....nak versi cetak UD+SAM+BK.....cepatttttttt!!!!!!!!!!!huhuhu
ReplyDeletesweet...rasa rendah diri yg tebal...kesian...
ReplyDeletebest nyer....
ReplyDeleteRM kata ada badai....tapi parents ziyad dah clearkan ....mungkinkah ada "girls2" ziyad yg dtng buat onar nanti??????suspen2.
ReplyDeletesyg kak RM .... :D
ReplyDeleteyeaygh...kali ni saya suka perkataan bersambung...
ReplyDelete>>k<<
<----- tersengihhhhhh
ReplyDeleteNana
syg RM jugak
ReplyDeletebest..ari2 buka blog,nk bce smbungan dia..
ReplyDeletethumbs up kak
adehhh.. Captain Ziyad buat ai cair ok..
ReplyDeletehahahahah
huhu...terharunya...moga ziyad kekal dlm nurNya.
ReplyDelete~nor..
maw luruh jantung ty ah nie
ReplyDeletehehe..mmg dh trsnyum pn..hehe...swet je ziyad ni....
ReplyDeletethx sis...
~ct izaidah~
senyum, senyum dan senyum lagi..hehehehe
ReplyDelete>________________________________<
ReplyDeletemaslina aini mat saad
ROMANTIKNYAAA
ReplyDeleteparents ziyad tau ke psl teratai tu ex pnagih? cuak2.. :(
ReplyDeletesukaaaa best best best
ReplyDeletenext n3 pls
sabar menanti
sayang RM
lagi2. sikit sangat. tak sempat nak feel. ape pun gud jub. teruskan....
ReplyDeleteSayang rm juga...wah romantika de amor dah start...
ReplyDelete-ieja-
bahagia...
ReplyDelete*tgh senyum meleret** besttt!!! yeah, dh nk kahwin, alhamdulilah, ada jugak jodoh diaorg...♥ kak RM, sambung lagi ye! ;)
ReplyDeletememang terus tersenyum ja lah.....
ReplyDeleteBest, best,best....thanx RM. Nak lagi tau
ReplyDeletesenyum dgn hati yg riang....
ReplyDelete~saza~
OH ZIYADDDDDDDDDDDD! Next kak rehan....hehe
ReplyDeleteyeayyyy.....ahmad ziyad!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletego..go...go
kawen2
hahaha senyum mcam org xbtoi da ni...cpat lh kawen ziyad oi..haha
ReplyDeletexsuke dgan perkataan "bersambung"..huhu klaw boleh nk bce bce n bce lgi..cpat msukkn entry taw RM..thniah =D best sgat =D
DeleteRM ^_______________________^ sayang kamu juga....
ReplyDelete"sudikah Nur menjadi isteri saya?menjadi pemandu arah sorg kapten yg masih tidak temui arah tujuan utk saya kemudikan kapal & memeriahkan kapal saya dengan anak-anak kapal suatu hari nanti"------------> so sweet...<3 <3
:( tibe2 saya risau macam nur . Risaukan ayah dia. Hah,jgn ayh dia buat kacau sudah.
ReplyDelete-Nur-
sweett sangat.... ^_________________ ^
ReplyDeleteRehan nak tanya ya...apa jadi ngan kisah Puan Talha mak Taufik, Teratai Nur tinggalkan rumah secara paksaan oleh Ziyad, cerita pasal kerja dia. Dia tak contact langsung Puan Talha ke?? nampak macam terus senyap aje cite pasal Kota Bahru...curious jugak... hehehe :) ----- Siti
ReplyDeletewow....best....
ReplyDeletehehe....:) nak lagi....
ReplyDeletehehehehe... lagi lah k'Rehan...
ReplyDeleteBest sgt...
ReplyDeletewow best.. ^________________^ *melting kejap dgn ziyad* romantika sangat...go0djob kak rehan..syang kak huhu..
ReplyDeleteWow so sweet....
ReplyDeleteYeay2!! ziyad dgn nur!! Tgh senyum la nie kak rehan ;-)
ReplyDeleteseronoknya, cepat la sambung kak rehan... tak sabar nie..
^_______________________________________^
ReplyDelete..x sabar nie..cpt la diorg khwin..hehehe..
ReplyDeletesayang kak RM jugak...terime kasih sebb da hasilkan cerita yang sangat indah...:)
ReplyDeleteWahhhhh sgt sweettttt... kapten yg perlu ketua tuk mengemudi arah kapal ke jalan yg betul...
ReplyDeleteSayang RM gak.... :)
tq for the n3..love it...:)
ReplyDeleteSukaaaaaaaa
ReplyDeleteBesttttt n sambung secepatnya yer....
ReplyDeleteTq rm
tq rehan.... sayang rehan jgk... sentiasa bestttttttt...
ReplyDeletesaya sayang kak rehan >,< kak, biar creta ni habis kat blog aje k ^^
ReplyDeleteyey....... :) kak Rehan.... nak lagiiiii..... hihi... love u :)fighting!!
ReplyDeletemesti mak ziyad yang xsuke nanti.dy kan blom tau lagi kisah silam nur yang jd penagih tu.. jeng3
ReplyDeleteOkey...baca dgn senyuman tp...bape lm ziyad dgn teratai nur blh senyum...
ReplyDeletewah!!!!!!!!!!! knapa saya rse mcm nk terbang nieh??? hehehheeh :D
ReplyDelete;-)
ReplyDeleteBest...
wahhhh...lentok2 bace..... terbg tinggi dh ni
ReplyDeleteahhhhhh dah jatuh hati dekat ziyad !!!!!!!!!!!!!!111 hahahahhaha
ReplyDeletecoolll......syg RH juga...
ReplyDeleteSelalunya lelaki spt Ziyad kalau dah berubah, dia akan berubah 100% . . Semoga Ziyad n Nur bahagia . . RM kasi aksi romantik lebih sikit . . huhuhu
ReplyDeletebest3x... layanzzz
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteawesome...best2 sangat...
ReplyDeleteMemang best gile. Hasil RM. Luckily ada mmber rekomen this blog. Now everydy i follow.
ReplyDelete