BAB 13
GAGANG telefon
aku capai. Melihatkan jari yang sudah
merah diinai, aku senyum sendiri. Nombor
telefon Puan Talhah aku tekan dan beberapa deringan, ada suara lembut yang
menjawab salam.
“Puan sihat?” soalku.
“Sihat. Teratai macam mana kat sana? Saya harap semuanya okey.”
“Erm…
alhamdulillah, kami semua okey jugak kat sini dan saya harap puan boleh datang
kalau ada waktu terluang,” ajakku sopan.
Puan Talhah
ketawa halus. Dia mengucapkan syukur
seketika kemudian.
“Kenapa, puan?”
“Tiani tengok
kad jemputan yang Taufiq kirimkan ni, dia menangis tapi tak tahu kenapa, saya
senyum tengok dia menangis. Dia seronok
awak bahagia, Teratai dan saya juga bersyukur sangat,” jawab dia.
Aku diam
seketika. Wajah pucat Tiani menerpa
minda. Aku pejamkan mata lalu aku nampak
Tiani menitiskan airmata seperti mana kala aku mahu menapak keluarga dulu namun
bibirku menguntum senyum setelah seketika.
“Kalau Tia boleh
datang sama…”
“Saya dah tanya,
tak boleh Teratai. Tak apalah, nanti
saya datang dengan Taufiq, insya-Allah. Oh
lupa, Puan Hanah nak ikut sama. Teratai
ada telefon dia?”
“Belum lagi,
puan. Ingat kejap lagi nak telefon. Tapi, sebelum ni saya ada bagitahu Cuma masa
tu Ibu Hanah tak tahu dapat datang ke tak.
Dia takut bertindih dengan jadual dia mengajar dengan pusat tu,” kataku
jujur.
Aku dengar
helaan nafas halus Puan Talhah di talian.
“Teratai Nur
tahu sesuatu tak?” soalnya.
Aku diam
seketika. Dahiku berkerut bila merasakan
bicara Puan Talhah sedikit bersungguh-sungguh.
“Apa ya, puan?”
“Rahsianya, saya
suka kalau Teratai dengan Taufiq tapi saya siapa nak mengatur biarpun saya tahu
Taufiq akan ikut kata saya. Cumanya,
sekali dia cakap dia anggap Teratai Nur macam adik, saya dah tak berharap dan
bila Teratai jumpa jodoh dengan kawan baik Taufiq, saya tetap puas hati. Kata Taufiq, Ziyad tu baik. Cuma mana yang kurang tu, sama-smaa perbaiki,”
beritahu Puan Talhah membuatkan aku terkedu.
Wajah Taufiq
melatari memoriku seketika. Ya, dia
bagaikan abang padaku. Pertama kali,
terasa lain juga pandangannya namun bila dia bersuara, dia persis abang yang mahu
memberi yang terbaik buat adiknya.
“Saya tak layak
untuk Encik Taufiq, puan…”
“Bukan tak
layak. Cuma tak ada jodoh kamu.” Puan Talhah menafikan. Dia ketawa halus.
“Dahlah, jangan
fikir. Saya saja cakap sebab Tiani pun
sukakan awak. Ni dah nak dekat majlis,
macam mana? Dah jumpa ayah?”
Aku ketap
bibir. Menggeleng tanpa sedar.
“Macam-macam dah
kami usahakan, puan. Saya dah hampir
tujuh tahun berpisah dengan ayah, mana nak cari pun tak tahu. Tapi, Abang Zayed dengan Ziyad ada juga minta
tolong kawan-kawan dia cari ikut cerita-cerita saya cumanya tak lengkap
maklumat sebab saya memang tak tahu apa-apa,” jawabku jujur.
Puan Talhah
mengeluh tipis. “Tak apa, Teratai. Janji kita usaha. Tak dapat maknanya akan ada jalan lain yang
akan Allah berikan. Tapi itulah, nampak
tak kesan najis dadah pada masyarakat kita?”
soal Puan Talhah bernada kesal.
“Saya bila dapat
tahu Tiani menagih, hampir mati hati saya tapi bila saya tengok dia kuat untuk
berubah lepas kenal awak, hati saya rasa bernafas kembali. Kesannya teruk, Teratai. Usah cakap pada negara dan masyarakat tapi
pada keluarga sendiri. Kalau anak
perempuan, jenuh nak kahwin cari wali. Kalau
kata dah jumpa dan keadaan dia tak mengizinkan, dia tetap tak boleh nak walikan
anak dia. Saya harap apa pun jadi depan
hari, Teratai kuat. Jangan kembali ke
jalan yang salah tu lagi,” pesannya panjang lebar.
Kata-kata Puan
Talhah segalanya benar. Dadah musuh
utama. Segalanya akan menjadi
sukar. Kesannya biar tidak sekarang,
tetap memberi impak yang teruk pada orang sekeliling kita dan akui harus katakan,
aku kesalinya. Sungguh aku kesali.
“Saya tak akan
kembali macam dulu lagi, puan. Ini janji
saya pada Allah yang telah memberi peluang kedua buat saya menjadi manusia,”
sahutku penuh yakin.
“Alhamdulillah,
Teratai. Itulah yang saya nak
dengar. Insya-Allah kita jumpa
nanti. Kata Taufiq dia terlibat juga
dengan majlis awak dengan Ziyad?”
“Erm… boleh
jadi. Saya pun tak pasti lagi, puan
sebab majlis nanti Kak Rina kata nak buat dekat rumah keluarga dia. meriah sikit katanya. Saya menumpang, orang dah beri tempat
berteduh dan makan pakai pun dah cukup. Jadi,
saya tak ada bantahan.”
“Itulah yang
sebaiknya, Teratai. Bila orang berbudi,
kita berbahasa. Orang tak beri, kita
jangan meminta-minta selagi tulang empat kerat tu berdaya,” pesan Puan Talhah
bernada usikan.
“Ya, puan dan
saya nak minta maaf sebab tinggalkan syarikat dan rumah sewa macam tu je?”
Puan Talhah
ketawa seketika sebelum nafasnya disedut dalam.
“Tak ada
hal. Cuma nanti kalau kata Teratai tak
ada tempat nak pergi, baliklah. Saya sudi
terima Teratai kerja dengan saya. Kot kata
Ziyad pergi belajar, takut tinggal sorang, balik sini. Temankan saya,” cadangnya padaku.
Aku lepaskan
tawa. “Insya-Allah, puan. Nanti saya minta izin Ziyad siap-siap,”
selaku dan disambut oleh suara tawa Puan Talhah juga.
“Kami mendoakan
yang baik-baik, Teratai Nur. Kalau kata
satu hari jalan yang ada tertutup, kali ke kiri atau ke kanan, ada jalan lain
yang lebih cerah menanti, ya?”
Mengerti dengan apa
yang dia risaukan, aku hanya tersenyum tanpa suara. Talian mati di situ setelah aku menitipkan
salam. Aku tahu, Puan Talhah bimbang
sejarah lalu berulang namun aku semakin yakin dan terlalu yakin, jalan hitam
itu tak mungkin aku pilih biarpun kulitku disiat dan tubuhku dipasung di dalam
api yang marak.
(Ahmad Ziyad)
(Teratai Nur)
WAJAH Doktor
Zafrina aku pandang lama melalui pantulan cermin. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, dia
tekun menyiapkanku.
Perlahan-lahan,
tanganku naik mencari jari-jemarinya yang sedang membetulkan pin pada selendang
dari jenis kain lace ditaburi dengan manik-manik mewah dan juta batu dari jenis
Swaroski berwarna cerah berkilai. Lalu aku
genggam erat membuatkan tingkahnya terhenti.
Mata kami
bersabung dari dalam pantulan cermin. Matanya
berbicara dan bibirnya terukir dengan senyuman.
“Kenapa?” Tubuhnya menegak. Tangannya kembali menyentuh selendang pada
kepalaku dan jatuh pula pada bahu membetulkan gaun yang membaluti tubuhku saat
ini.
“Terima kasih,”
ucapku bersama airmata yang sudah bertakung meniti pada tubir mata yang sudah
diguris dengan celak hitam pekat memberi kesan mata yang sangat galak.
“Kalau nak
berterima kasih, bukan dengan airmata.”
Jari telunjuknya singgah pada mataku dan aku mengangguk.
“Nanti rosak make-up yang Kak Rina buat ni. Susah tau, doktor nak rias orang melainkan
jahit orang tahu dan Ziyad tu saya pernah jahit dahi dia dulu. Agaknya masih ada lagi parut tu tak?” tanya dia dengan kening yang tinggi
terangkat. Mengusik.
Aku senyum dan
menggeleng. “Saya tak pernah perasan
pulak.”
“Ha… malam ni
boleh perasan tapi kalau malam dah tutup lampu tak nampak juga. Teratai rabalah dahi dia,” usik Doktor
Zafrina lalu dia ketawa sebelum ada suara yang menegur di pintu bilik.
Aku berpaling
dan melihat pada dua orang wanita yang cantik dan sopan sedang menapak pada
kami. Zafrina mencium pipi kedua-duanya
dan kedua-dua mereka mengucup pipiku pula.
“Perfect!” puji kakak
ipar Kak Rina yang pertama, Kak Long Anaresa.
“Haruslah,
sentuhan doktor yang sedang ambil kepakaran dalam bidang kecantikan,” tokok
kakak ipar kak Rina yang kedua pula, Kak Ngah Haqmi.
Semuanya aku
kenali kala mereka sibuk menguruskan majlis seperti mana yang Ziyad
mahukan. Segalanya terbaik sedangkan aku
ini serba-serbi kekurangan.
“Terima kasih,
Kak Rina, Kak Resa, Kak Mie,” ucapku lalu aku sapa tangan ketiga-tida mereka
dan mengucupnya lembut.
“Kejap lagi kena
turun stand-by dah. Zayed dah call,
katanya Ziyad dengan geng-geng dia dalam perjalanan,” beritahu Doktor Zafrina
pada kami.
Aku angguk dan
cuba bangkit lalu mereka membantu. Tidak
biasa dengan gaun labuh yang sedikit berat ini dan juga melihatkan kasut yang
setinggi empat inci, bagaikan aku mahu membunuh diri.
Aku telan
liur. “Saya takut tergolek je pakai
kasut tu.”
Ketiga-tiga
mereka ketawa dan saling berpandangan.
“Kalau tergolek tak
apa. Kapten Ziyad ada tolong sambutkan.” Tawa mereka pecah lagi hinggalah muncul wajah
Ibu Hanah dan Puan Talhah yang memberi salam.
Melihatkan mereka,
aku terus menapak dan memeluk kedua-duanya.
Tangis yang kutahan tak mampu lagi kubiarkan hingga akhirnya titisan
airmata itu laju merintik pada pipi. Memberi
cela pada solekan sentuhan Doktor Zafrina.
“Maafkan Atai,
bu?”
“Tiada apa nak
dimaafkan. Segalanya akan baik-baik je,”
pujuk Ibu Hanah dan bila pelukan terlerai, Puan Talhah hanya senyum dan menyapu
sisa airmataku.
“Alhamdulillah…” Ibu Hanah mengucup dahiku lama sebelum
pelukan kami bertaut lagi dan aku dengar esakan halus daripada semua yang
memerhati.
BILIK yang
cantik dirias ini aku pandang dengan penuh rasa syukur. Putih bersih.
Suci. Sesuci kasih antara aku dan
Ziyad. Tubuh yang penat menghalang aku
menapak tapi hati yang berbunga tak mampu menghalang bibirku dari terus
tersenyum.
Aku pejamkan
mata seketika. Meraba dan merasai
kelembutan material cadar yang terhampar pada katil milik Ziyad. Kata mama mertuaku, katil ini sudah lama
tidak digunakan namun setelah kami diijabkabulkan, dia mahukan yang terbaik
buat kami.
“Aku terima
nikahnya, Teratai Nur binti Nordin dengan mas kahwinnya tiga ribu tunai.”
Masih terngiang
di dalam kepalaku akan suara gugup Ziyad semalam kata menjawab menerima qabul
dan masih terasa kejung seluruh jasadku bila aku dibawa ke rombongan di rumah
keluarga Ziyad yang sedia dinantikan oleh barisan tentera laut, berseragam
putih lengkap berpedang mempersilakan kami naik ke pelamin.
Saat jemari kami
bertaut, aku pandang wajahnya sebelum dia meminta aku mengucup jarinya bila aku
bagaikan terpaku.
Ziyad dekatkan
bibirnya ke telingaku. “Salam abang,
sayang. Salam lama-lama sikit, orang nak
tangkap gambar,” suruh dia.
Aku kaget, lalu
aku jatuhkan wajahnya tepat pada jari-jemari kasarnya dan dapat kurasakan
telapak tangan kiri Ziyad mengusap belakang kepalaku. Kala dagu dipaut, dia tersenyum lagi dan
mendekatkan bibirnya ke telingaku sekali lagi.
“Kenapa lama
sangat cium tangan abang? Nanti orang
cakap sayang tertidur pulak atau memang sayang tak sabar nak tidur ada abang di
sisi?”
Aku ketap bibir
dan mengerutkan kening mendengarkan usikan dia.
Mahu menjawab, tidak jadi bila melihatkan ramai yang ada. Kak Anaresa ada bersama Abang Zafran, Kak
Haqmi juga tersenyum di sisi Abang Zafrin serta orang tua. Hanya aku sebatang kara tapi merekalah
keluargaku sekarang dan Ziyadlah syurganya nanti.
Terkedu dengan
panggilan Ziyad sebenarnya. Terasa sejuk
hujung jariku dan bila Ziyad duduk melutut di depanku dan mendongak sedikit,
memberikan pandangan kami bertaut, aku sekali lagi menelan liur dengan mata
yang terkebil-kebil dan nafas yang sesak.
Terasa ketat pakaian yang tersarung sedangkan tadi agak longgar juga
membuatkan dudukku terasa tidak betah bila Ziyad tak sudah-sudah merenungku
dengan senyuman sinisnya.
Ziyad menarik
kepalaku lalu dia mendekatkan bibirnya lalu dikucupnya lama dan pancaran cahaya
berkilauan. Airmataku menitis laju
mensyukuri nikmat yang masih tak mampu aku percaya menjadi milikku.
Setelah kucupan
terlepas, Ziyad membawa ibu jarinya lalu menyeka airmata di pipiku. Tanpa kuduga, dikucupnya pipi yang masih terkesan
dengan kesan airmata itu. Dahi kami
dirapatkan dan pipiku diapit.
“Nur abang punya
dan abang serahkan hati dan jiwa abang untuk Nur jaga dan baik pulihkan
dia. Yang lalu tak penting buat abang kerana
abang sedang merencanakan yang lebih baik untuk masa depan kita. Nur doakan moga kita dirahmati kerana diri
abang masih pincang untuk memimpin Nur,” bisik dia pada wajahku.
Aku angguk dan
menyapa belakang tangannya lalu mengucup telapak tangan Ziyad seketika. Bagaikan tiada mata yang memandang, aku
hanyut dalam renungan kasihnya dan keikhlasan dia menerimaku seadanya aku.
“Nur juga
pincang langkahnya dan mujur ada abang menjadi topang. Maafkan Nu ratas segala kekhilafan namun Nur
janjikan satu kesucian buat abang…”
“Abang nantikan
kesucian itu menjadi milik abang hari ni,” tukasnya menyambung terus
kata-kataku dan dahiku menjadi mangsanya sekali lagi.
“Ehem… ehem…”
Kami tersentak bila ada yang berdeham.
Aku pandang
sekeling dan masing-masing menunjukkan wajah tak puas hati.
“Nak bagi kami
tengok drama free ke, Yad? Sabar-sabarlah. Kat rumah mak mertua aku ni. Tunggu bawa balik rumah kau esok, ya? Masa tu kau kurung Teratai Nur jangan bagi
keluar,” usik Doktor Zayed disambut hilai tawa semua dan aku hanya tunduk
bersama jari yang bersulam dengan Ziyad yang juga merah tiga batang jari kiri
dan kanannya.
“JAUH berangan?”
Pelukan hangat
yang melilit pinggangku membuatkan aku membuka mata. Tanpa sengaja, aku tertolak tangan Ziyad dan
wajahnya berubah.
“Kenapa?”
“Err…
maaf-maaf. Nur tak sengaja,” pintaku
lalu aku melutut di depannya meminta maaf bila Ziyad masih kaku di birai katil.
Dia senyum dan
menepuk katil di sisinya memberi isyarat agar aku duduk di situ. Aku bangkit dan belum sempat melabuhkan
duduk, Ziyad menarik tanganku membawa aku jatuh tepat di atas dadanya.
“Err… Nur… Nur…” Suaraku gagap.
“Nur apa?” soal Ziyad dengan mata yang melilau ke seluruh wajahnya sebelum
tangannya itu menarik tudung yang ada di kepala.
Serta merta
rambutku terdedah dan bila Ziyad menarik getah rambut membiarkan rambutku lepas
bebas, dia menelan liur berkali-kali.
“You know
something, sayang?”
“Nur tak tak
tahu abang cakap apa,” bantahku.
Dia sengih. “Sayang tahu sesuatu tak?”
Kali ini aku
menggeleng sambil membiarkan saja tangan Ziyad yang mula menjalar meliar ke
sana sini.
“Abang tak
pernah rasa teringin nak miliki seorang perempuan seperti mana abang rasa nak
miliki, Nur. Kenapa, ya?”
“Nur tak
tahu. Barangkali abang saja nak buli
Nur,” tebakku.
Ziyad ketawa dan
dia terus menolak tubuhku terbaring di sisinya dan posisi berganti. Aku telan liur lagi dengan nafas yang mula
lelah.
“Kenapa cakap
abang buli?” Perlahan-lahan Ziyad
mendekatkan wajahnya pada wajahku.
Dekat, semakin
dekat. Hampir, mahu bertaut. Dekat, mahu bersatu dan saat wajah kami tiada
lagi ruang yang memisahkah, dada Ziyad berombak kencang dan aku menahan nafas
yang tersangkut-sangkut.
“Kalau macam tu,
dikira buli ke?” tanya dia selepas
menjarakkan wajah kami.
Aku diam. Kaku. Tak
tahu hendak menjawab apa sedangkan bahagia sedang bertamu dalam diri.
Kali ini, Ziyad
membenamkan wajahnya pada leherku. Lama. Bila dia angkat wajahnya, dia sengih lagi.
“Ini pun dikira
buli jugak ke?”
Sekali lagi,
soalannya tidak kusambut membuatkan Ziyad nampak tidak keruan.
“Nur janjikan
satu kesucian buat abang dan abang yakin kesucian itu akan jadi milik abang
biarpun Nur tak janjikan kerana Tuhan telah berjanji untuk kita berdua kerana
itu kita di sini, kan?” Keningnya
naik. Perlahan-lahan dia melonggarkan
butang baju Melayunya.
“Insya-Allah. Nur harap masa lalu Nur…”
Suaraku mati
bila bibir Ziyad singgah.
“Kan abang
pernah cakap, jangan cakap tentang masa lalu.
Dulu masa dalam kereta Nur cakap, abang dah warning. Hari ni dan lepas
ni, abang tak bagi warning biasa
lagi. Abang diamkan Nur dengan cara tadi
dan kalau perlu lebih lagi,” bicaranya serius.
Aku angguk
mengiyakan. Kecut juga bila Ziyad sedang
berwajah tegang namun bila wajah itu
berubah seperti tadi, aku hela nafas lega biarpun hampir pecah rusukku
menampung berat Ziyad.
“Tengok… betul
abang cakap. Kalau abang lenturkan lidah
Nur dulu pasti Nur terus tak boleh nak bercakap sepatah pun,” usik Ziyad bila
aku hanya terkebil-kebil memandang dia.
“Abang
bersyukur, biarpun banyak yang abang tak tahu lagi, tapi abang dah mula tahu
sikit-sikit biarpun ada masanya abang solat Subuh tak baca doa Qunut…”
“Tapi, abang baca
doa sujud sahwi, kan?”
Dia senyum. “Jujur abang cakap, ada masa abang lupa doa
tu,” akui dia.
“Boleh pulak?”
Ziyad
angguk. “Ya sebab abang tengah belajar
ni. Malu pun malulah daripada tak malu
dengan Tuhan biarlah abang tak malu dengan manusia dulu,” selanya.
Aku senyum dan
memaut belakang lehernya membuatkan Ziyad menahan kedua belah telapak tangannya
di sisiku.
“Itulah yang
sebaiknya dan Nur tak akan cakap lagi pasal masa lalu, Nur…”
“Janji?”
Aku sengih. Mahu menduga dia. “Kalau Nur tak janji…”
“Kalau Nur tak
janji, pasti ada hukuman menanti…”
“Tapi, Nur
terima lamaran abang…”
“Abang tahu
sebab tu tak ada hukuman.”
“Erm… seronok,”
ucapku. Melihatkan wajah bahagia Ziyad
tiada apa yang mampu aku ungkap lagi.
Cerah ini
biarlah berpanjangan dan jika mendung mendatang, kuharap payung yang aku
sediakan mampu melindungi kami dari kebasahan.
“Sayang rasa
seronok ke macam tu?” tanya dia.
Aku cebirkan
bibir. “Sangat seronok. Habis tu abang rasa abang sekarang?”
Senyuman sinis
Ziyad tersungging pada hujung bibir. Sengihnya
nampak lain.
“Nur sedang
ungkit kembali pertemuan kita dan kalau Nur nak tahu apa yang abang rasa
sekarang, abang nak…”
Ziyad tidak
menyambung kata-kata sebaliknya, lampu sisi dipadam. Kala aku mahu melarang, suaraku juga
dipadamkan oleh Ziyad.
“Ini yang abang
nak…,” bisiknya dan aku hanya menjawab salam Ziyad dengan hati yang berdetak
hebat.
~~> bersambung
RM : Silalah masuk dalam peti ais balik jgn cair. Nanti tak da org nk baca cite RM dah.. <3 :p=":p" span="span">3>


sambung lagi! heee
ReplyDeleteadoyai.. cair..
ReplyDeleteRM
ReplyDeleteSaya dah cair walaupun berada didalam bilik ber ais nie :)
hehehehehe....auuuu!
ReplyDeletehero & heroin hensem n cantik
ReplyDeletesenyum sengih senyum balik
ReplyDeleteRM jangan nakal2...
alah nur ni..comel btul la
ReplyDeletewe want more...we want more (tetibe!!!)
ReplyDeleteRM, citer ni abis di blog ker ade novel nnt?
Ahhhh ziyad!!! Next kak rehan...
ReplyDeletewah...haha...xdapat nak masuk dlm peti ais la kak rehan..kat ofis ni..nnt bos cari pula..hehe...awesome as always kak..:) a...unbelievable..1st commenter ke sy ni?..;P
ReplyDeleteyeaygh...hri ni pun nick suka perkataan ~~>bersambung
ReplyDeletetypo lagi, belayar jadi belajar
>>k<<
cite ni abih kt blog je tp mcm panjang sikit la.. tp mini jgk la..jgn sedih2..hehe..
ReplyDeleteyesss, akhirnya jadi org pertama baca n3 ni...romantiknya ziyad..
ReplyDeleteada part sedih lg ke?
ReplyDeleteWahahaha...mmg cair....
ReplyDeletemasa diorang happy tu seronok je bace tapi...ble datang badai nanti huhuhu huruhara perasaanku..dibuat RM...
ReplyDeleteX cair tp sengih sorang2...haha
ReplyDelete--ieja-
buatku tersenyum sorang2... kngan masa lalu....
ReplyDeleteAda sambung lagi ke?
ReplyDeleteheheheee...kawen sudah...
ReplyDeleteaduh kak...mana nk cari peti ais masa ni..tggu balik rmh ptg karang dh cair terus dh ni....-along eza-
ReplyDeletepeti ais kecik la kak.tak muat nak masuk.sweet la.ni bukan cair dah ni,dah lebur dah pun.
ReplyDeletenak lagi... senyuummmm
ReplyDeletehahaha.... semoga x ada lah lagi halangan yang berat-berat sangat..... kasihan Nur nanti bila Ziyad pi belayar.... sweet juga yan si Ziyad ni....
ReplyDeletesyahdunya....RH
ReplyDeletehikhikhikhikhikhik....
ReplyDeletecair dah....
adui.. terlebih gula oo part akhir tu
ReplyDeletemasih ada rintangan lagi buat Atai & Ziyad pastinya, krn, ayah Atai belum ketemu.
ReplyDeletecepat lah sambung Akk RM :):):)
sweeeet...hahahah
ReplyDeleteblushing...blushing...
ReplyDeletetolong pinjamkan bntal, nak caver muka kita..
ngee~~~ ^__^
seriously melting kak rehan...smbung cepattt...=)
ReplyDeleteTerbaik.. Semoga kisah kasih mereka bukan hanya bak pelangi yang indah namun seketika sahaja.. Teratai Nur itu, pasti akan cahayanya namun Ziyad... bukan senang meninggalkan amalan yang sudah menjadi sebati di dalam diri. Hanya yang jitu mampu bertahan dan pastilah Teratai yang mudah layu..
ReplyDeleteSayang RM, few errors, akak noticed ada beberapa bab yang belayar menjadi belajar. Then para teeser kat fb pun, 'aku kaget.... mukanya...' sepatutnya mukaku kan? Maaf kalau akak salah.. Teruskan berkarya walau sedih menggila bila menghayatinya.. Muahhh!!
alahai cairnya!!!!! sambung lagi kak rehan..!!!!!!
ReplyDeleteoh my....sweeetttttt...xnak dah badai melanda antara ziyad n nur
ReplyDeleteakakkkkkkk.. saya cair habissssssssss.. hahaha
ReplyDeletemmg dah cair ni kak...haha
ReplyDeletemuehehheheee...jgan sedey2 lg pleaseeeee...bg hepi2 jer...
ReplyDeletenape tia nangis yer? sbb terlalu gembira? ke sbb x dpt nk match teratai ngan abg taufiq?? atau sbb tia sukakan ziyad???
ReplyDeleteHandsomenya Ziyad....
ReplyDeleteadoiii dah cair ni... cepat lah sambung kak Rehan... :)
ReplyDeleteHensem n cun btul la.. alhamdulillah dh kawen..harapnya badai yg nk menjengah nnt tak sekuat katrina atau sandy la..tsunami pon jgn..
ReplyDeletewawawawawa tak suka dengan "bersambung" ...huhuhu nak lgi RM..besttt =D
ReplyDeletehensemnya kapten ziyadddddd...ohhhhh sweet huh..melting laaaa..
ReplyDeletewow...x sangka ziyad boleh berubah sampai mcm ni sekali
ReplyDeletenur pun..huhu,swet2
nk kapten ziyad!!!!nk gnti nur lah..hihihi..gtal
ReplyDeleteini masuk dalam peti ais belum tentu beku tapi still cair dek panahan asmara kapten ziyad... hahahahhaa....
ReplyDelete-Ika Hatika-
ziyad...btul2 wat melting..hehehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.....ziyad dh berubah. Moga bersambung lagiiiii....
ReplyDeletePerhhhhhh!!!!! terbaik n tidak lah menghampakan . . adigan2 romantik yg orang suka baca sekarang ni kakakaka, hehehehe nak lagi . .nak lagi . . nak lagi
ReplyDeletesengih sengsorang ala2 tengok cerita 'Cinta Halal' kat TV3 hari tu :P
ReplyDeletemelting with ziyad.....huhuhu :)
ReplyDeletesesak nafas..huh hah huh hah....ziyaddddd!!!hahaha
ReplyDeletesesak napas Ep gak ketika ini..
ReplyDeletesungguh syahdu kesah meke..
ok tersenyum2 kt bce entry ni...walaweh hbt la ziyad ni...melting...cair hbs la...hoho...
ReplyDeletethx sgt2 sis...tp lpas ni mst ada part pahit kn..xpa dugaan tu..hehe..smga dorg tabah hadapi ye...:)
~ct izaidah~
best...............
ReplyDeletemakin lama makin best. dah lama tak folo cite rehan makhtar. gud job. teruskan. just typo tue biasa but jgn selalu dibiasakan. tak bleh jadi sempurna but at least kita cuba. like it RM,
ReplyDeletewow!! MANTAP!!
ReplyDeleteDr Zafrina & Dr Zayed, tolong sayaaaa! Diabetes nihhh kenapa Ziyad & Nur sweet sangat niiii hahaha
ReplyDeletearrr, blushing**blushingg....hehe, sweetnyee Ziyad & Nur...Lawa n handsome la gmbr Ziyad & Nur...huhu, sambung lagi kak RM!
ReplyDeleteSweetnyer pasangan ni. Bestnya RM masukkan gambar berkaitan jadi lagi teruja nak terus membaca . Tapi hati ini masih dugdag dugdag menanti n3 Sedih spt yg RM warwarkan citer sedih.
ReplyDeletekak rehan.. pliss jgn bg dorg gaduh (boleh pulak mintak mcm ni).. papepon,, sgt MELETOP TEBABOM.. best! nk lg ! :D
ReplyDelete-athirah-
akak!!
ReplyDeletesy kat hostel nih, xde peti ais..
da cair nih.. cmne2?
hehehe..
best la kak.. sngt2..
thanks.. ^^
fuhh..seb baik bapak nur xdtg ttibe nk kaco mjlis...hehehe
ReplyDeletethumbs up kak rehan! nak lagi!! :) _lyn
ReplyDeletedh cair ni...sweetnyerla...the best la..
ReplyDeleteoh..mmg cair...kna cari peti ais...ish2...
ReplyDeletesaya nak ziyad...
ReplyDeleteohhhhh.....
haih! apa lagi yang boleh dikatakan?
ReplyDeletedah rasa nak "kapten ahmad ziyad" plak...
bersanding lalu bawah pedang.memang berangan dari dulu lagi dah...
best best best! :)
adehhhhh.... terkaku terpempan.... cheesy.... hahaha! tapi seronok... nak lagi... fighting kak rehan.. love u <3
ReplyDeleteFuhh.. fuhh.. sesak nafas den.. amboihh teratai kemain lagi ye lepas kawen ne..
ReplyDeleteoh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! serious saya da cair n x bleh nk beku balik..... msuk kluar peti ais pon still cair jgak.... hahah confirm klau da kluar buku saya nk sbuah..... heeeeeee thanks n love u kak rehan ^_^
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
suke baca karya akak sebab ayat2nya cukup romantik dalam keadaan yang masih sopan. :D
ReplyDeleteCair...memang dah cair....ooffffss....hehehhee. Terbaik lah..suka sangat tak sabar nak tunggu next entry..
ReplyDeleteahhhh hensem nya ziyad , series tak pernahbayang teratai nur mcm tu heheh lawa gila :)
ReplyDeletehuwaaaaa.. seronok nye cerita nieh.....
ReplyDeleteWah memanglah si Ziyad ni romantik kasanova...cair si Teratai Nur dan kami yang membacanya...tak sabar nak tahu kesudahannya.
ReplyDeleteKAK REHAN nk lgi... please3.. melting habis dgn KAPTEN ZIYAD..HANDSOME PULAK TEW.. haha .. please kak rehan nk N3 lgi.... huhu.. setiap jam buka blog ijau nie.. EXCITED BEBENO...
ReplyDeleteHero dia dennis trillo heroin dia sapa ek? serius cantek.
ReplyDelete