BAB 14
PINGGAN dari
jenama Luminarc berwarna hijau pucuk pisang itu aku letak cermat di atas
meja. Bimbang dengan barangan yang mahal
begini. Jika pecah, jenuh hendak
mengganti biarpun kepunyaan mak mertua sendiri.
Boleh jadi kerana pengalaman lalu yang banyak menyendiri menjadikan aku
punyai rasa kurang selamat dalam keadaan sebegini ringkas pun.
Bangkit dinihari
tadi, Ziyad masih lena pulas. Wajahnya
tenang namun ada sedikit nafas lelah yang berbaki. Bila aku tolak tangannya, dia menarik. Sekali lagi aku mencuba, barulah Ziyad
melepaskan.
Kami berjemaah
namun bacaan Qunut Ziyad pincang. Aku
berdeham namun diteruskan juga hinggalah aku menyebut nama Allah, baru dia
berhenti dan berpaling padaku dengan wajah yang kalut dan peluh kecil yang
merenik di dahi. Wajahnya cuak.
“Abang salah
baca, ya?”
Aku angguk
bersama senyuman.
“Subhanallah…
payah sungguh abang nak ingat,” rungut dia.
Mengeluh kesal
dan menggeleng berkali-kali sambil membetulkan kopiah yang ada di atas kepalanya. Aku melangkah menghampiri Ziyad. Tanganku yang berbalut dengan telekung,
menyapa lengan sasanya.
“Jangan
merungut, jangan mengeluh. Itu perbuatan
orang yang putus asa dan Allah tak suka pada hamba yang putus asa. Allah akan bagi jalan pada yang
mencarinya. Abang sedang mencari jalan
dan biar kita sama-sama melangkah, ya?
Abang ikut Nur baca dulu. Lepas
tu mesti abang mampu ingat semula. Orang
putih kata recall,” gurauku.
Kening Ziyad
berkerut. Bibirnya mengulum senyuman
yang kelat. Wajahnya menghampiri namun
cepat-cepat aku menjauh.
“Haa… kita ada
air wudhuk ni,” larangku.
Ziyad tepuk
dahi. “Ya Tuhan… tengok Nur je tergoda,
tengok Nur je tergoda,” ulang dia.
“Merepek,”
cemikku.
“Dengan Nur je,”
tukas Ziyad menegakkan kenyataannya.
“Eleh… tipu.,”
selaku.
“Kejap lagi
abang buktikan.” Ziyad kenyit mata dan
aku hanya menggeleng tanda tak kuasa hendak melayan karenahnya.
“Cepat-cepat. Nanti Subuh habis pulak. Abang ikut Nur baca, ya?” pintaku bila Ziyad mula melencong ke lain.
Dia angguk.
“Allahhummahdinii
fiiman hadaith…” Aku memulakan bacaan
dan Ziyad mengikutnya.
Setelah tamat
bacaan, Ziyad senyum. “Ada sebutan
hujung tu sama je, sayang,” ujarnya.
Aku angguk. “Dengarnya sama tapi berbeza. Ada
beberapa ayat sebutan hujungnya tebal dan ada yang nipis. Ada
hujung yang diakhiri dengan huruf ‘TA’ dan ada yang diakhiri dengan huruf
‘KAF’. Situ abang kena betul-betul
ingat,” pesanku.
Ziyad mengangguk
lagi tanda faham. Bibirnya
terkumat-kamit membaca doa Qunut sekali lagi dan aku mengangkat ibu jari bila
bacaannya tepat.
“Terima kasih,
sayang,” ucap Ziyad.
“Ermm…
sama-sama. Dah-dah… lewat dah kita ni,”
gesaku lalu Ziyad mengambil tempatnya lalu takdir diangkat sekali lagi memuji
kebesaran Ilahi dan menjalani tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka
bumi ini.
Salam
diberikan. Aku meraup wajah dengan penuh
kesyukuran. Baru saja aku melepaskan
telapak tangan dari wajah, Ziyad memaut kepalaku lalu mengucup dahiku dengan
wajah yang ceria.
Mataku memandang
dia. Tanpa senyuman dan jauh sekali rasa
hendak menggapai tangannya untuk kukucup.
“Kenapa?” soal dia kepelikan.
“Abang tu
kenapa?”
“Hai… soalan
dijawab dengan soalan lagi,” keluh dia dan aku sengih. Tangannya aku tarik lalu aku letak di atas
ribaku.
“Doa mana? Orang lepas doa baru bersalaman dan dan kucup
ubun-ubun isteri. Abang beri salam terus
kalih. Orang baca zikir dulu. Tak nak baca panjang pun, ringkas pun jadi. Tanda kita mensyukuri nikmat Allah,” jelasku
lembut.
Sekali lagi
Ziyad tepuk dahi dengan wajah menyeringai.
Malu barangkali.
“Maaf, abang
banyak cela, kan ?”
Pipinya aku apit
dan aku geleng menafikan. “Kalau abang
cela, Nur berpuluh kali celanya.”
“Tak…” Ziyad menggeleng dan menggantikan
perbuatanku. Kini tangannya pula
mengapit pipiku.
“Nur bawa cahaya
untuk abang. Sungguh abang pegun tengok
Nur dibaluti telekung putih ni.” Dia
kucup dahiku sekali lagi.
“Dah dua kali
cium ni… doa tak ada pun?” selaku sinis.
“Yalah, jom baca
doa.” Dia sengih lalu menadah tangan dan
aku juga sama.
“Ya Allah…” Suara Ziyad terhenti. Dia memandangku.
“Bahasa Melayu
boleh ke?”
“Bahasa apa pun,
segalanya dari hati dan hati kita milik Allah.
Dia mengerti segalanya tentang kita,” jawabku dan Ziyad mengangguk.
Dia berpaling
menghadap qiblat lalu tangannya diangkat.
“Ya Allah, Tuhan
yang maha besar, maha pengasih dan penyayang.
Maha pengampun dan memberi, sesungguhnya aku tercela, lalu Kau datangkan
dia. Sesungguhnya, dia juga kekurangan
dan jadikan aku kelebihan dan kegembiraan isteriku bukan kepedihan buat
dia. Ampuni kami, tuntunlah hati kami
kerana adanya kami di sini hanya kerana belas kasih-Mu, Ya Tuhan…”
Doa Ziyad
sayup-sayup menerjah gegendang.
Tenggelam timbul dengan tutur kata yang penuh penghayatan dan nada yang
turun naik. Setelah diaminkan doa,
sekali lagi Ziyad berpaling dan tanpa disua, aku tarik tangannya lalu aku kucup
penuh kasih.
“Ampuni Nur atas
segala salah silap,” pintaku.
“Abang
ampunkan,” sahut Ziyad lalu dia memaut tubuhku ke dalam pelukannya.
“Maha Suci Allah
yang mengurniakan perasaan ini pada abang.
Buat abang kenal erti cinta dan buat abang temui Teratai Nur yang pernah
abang hina. Siapa sangka, Nur ada di
sisi abang dan bakal temani perjalanan hidup abang. Siapa sangka abang akan jatuh cinta dan
nikahi Nur. Siapa sangka semua ni
terjadi dan abang mensyukuri. Tak
mungkin abang kesali, sayang,” gumam Ziyad di peluput telingaku.
Aku angguk. “Terima kasih menerima kekurangan Nur…”
“Terima kasih
juga berikan kesucian yang Nur janjikan untuk abang,” balas dia lalu aku tolak
dadanya kuat.
Telekung aku
tarik dan kubiarkan rambut yang masih lembab lepas begitu saja dan Ziyad
menelan liurnya berkali-kali.
“Abang ni, nak
mula merepek dah!” Aku mencebirkan
bibir.
Baru hendak
bangkit, Ziyad juga bergantung pada pinggangku memaksa aku mengangkat tubuhnya
sama.
“Abang… berat,”
komenku tapi Ziyad tetap bergantung.
“Malam tadi
mampu tampung je. Tiba-tiba berat
pulak?” tegur dia bernada usikan.
Aku ketap bibir
dan melarikan wajah.
“Nur dah
buktikan Nur baik,” bisik Ziyad lagi lalu dia mencebirkan bibirnya ke arah
cadar yang sudah ada di depan pintu bilik air.
“Eh, kenapa kat
situ?” Jari telunjukku lurus dan mataku
melihat pada cadar yang baru dihampar.
Sungguh tak terkesan oleh mataku sebentar tadi.
“Abang tukar
sebab ada kotoran,” jawab Ziyad penuh makna lalu dia memanjat katil dan
terbaring bebas bersama senyuman lebar biarpun mataku terpejam rapat.
Aku menggeleng
bahagia. Telekung aku lipat dan sejadah
aku gantung sebelum berlalu ke birai katil, mengutip baju Melayu yang Ziyad
baru lucutkan dari tubuhnya sebelum aku berlalu semula ke bilik air hendak
mencuci cadar.
“JAUH
mengelamun?”
Teguran Ziyad
memaksa aku kembali ke realiti. Bila aku
pandang pinggan masih lagi kosong.
Terlalu asyik mengingati kenangan pertama kami berjemaah. Aku tersenyum bila
Ziyad memeluk bahuku rapat ke sisi tubuhnya.
“Kata nak tidur
sampai tengah hari?” tanyaku.
“Sorang, tak best,” cemik Ziyad.
“Abang
lapar. Nak makan,” beritahu dia lalu
duduk di atas kerusi lalu menarik pinggangku memeluk erat.
“Kalau lapar,
lepaskan Nur. Macam mana nak sendukkan
nasi kalau abang peluk ketat macam ni? Lagipun,
kejap lagi mama dan ayah turun. Tengok
dekat diorang perangai tak senonoh abang ni baru tahu,” ugutku.
“Mama dan ayah
dah tahu abang tak senonoh tapi sekarang abang dah ada isteri, biarlah kalau
sikap tak senonoh ni diorang nampak.
Abang tak kisah. Abang tak nak
lepas Nur seminit pun.” Ziyad
menggeleselkan wajahnya pada tubuhku.
Tidak dapat
tidak, aku hanya menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan aku letak di depan Ziyad. Sejurus kemudian, aku tuang pula secawan
Nescafe panas. Membangkitkan aroma yang
enak hingga Ziyad meregangkan sedikit pelukannya.
“Nur memang
pandai masak, ya?” duga Ziyad sambil
menebarkan pandangannya pada hidangan
yang ada di atas meja.
“Tak juga,”
nafiku.
“Pandai yang
biasa-biasa je. Belajar dekat sekolah
dulu dan biasalah, kalau dah hidup sendiri tak pandai pun kena pandaikan. Nur kan
tak ada ibu yang ajar Nur dan ayah pun…”
Kata-kataku terhenti. Sebak
tiba-tiba bila mengingatkan orang tua sendiri.
“Sayang…,” leret
Ziyad kembali mengetatkan pelukan.
“Jangan buat
muka sedih pagi-pagi. Buat muka kesian
macam tu buat abang rasa sedih. Abang kan ada. Mama dan ayah kan ada.
Rina dengan Zayed ka nada jugak.
Ibu Hanah, Tiani, Puan Talhah dan Taufiq kan ada juga untuk Nur,” pujuk Ziyad.
Aku sapa
belakang kepalanya dan mengusapnya sedikit membuatkan Ziyad mendongak.
“Sayang belai
rambut abang semalam pun rasa lagi, yang?”
Ziyad tersengih dan pantas aku melekapkan kedua-dua belah telapak tanganku
ke mukanya dan menolaknya sedikit.
“Abang ni…
haih,” keluhku dan Ziyad ketawa.
“Hai… sakan
nampak gelak, Ahmad Ziyad?” tegur ayah
mertuaku sambil menapak turun bersama mama.
Aku tunduk
sedikit dan tersenyum. “Jemput, ma…
yah. Dah siap dah,” pelawaku.
“Waa… padanlah
wangi je dari atas. Ingatkan mama dok
dapur keletung-keletang. Menantu ayah
rupanya. Hah… duduk Za. Kita rasa masakan menantu kita ni,” ajak ayah
pada mama.
“Nur pun
duduklah.” Mama senyum dan menepuk
bahuku lembut.
“Mama!” tegur Ziyad tiba-tiba.
“Kenapa?” tanya mama sambil melabuhkan duduk di depan
Ziyad.
“Apa pulak Nur?”
“Dah tu?”
“Nur tu nama
yang Yad panggil dia. Mama panggilah
Teratai ke? Tera ke? Tai ke?
But not Nur,” ujar Ziyad.
Mama dan ayah
ketawa serentak. Mereka memandangku yang
terkulat-kulat mendengarkan namaku dipendekkan oleh Ziyad.
“Yalah… kamu ni
tak sudah-sudah nak conquer
sorang.” Mama mencebirkan bibir.
“Dah Yad
punya. Yang istimewa tu biarlah Yad
pakai sorang,” sela Ziyad tak puas hati.
Dia suap nasi ke
mulutnya berkali-kali hinggalah dia tercekik dan pantas aku menghulurkan air
buatnya. Tanpa sengaja, Ziyad terus
meneguk air panas itu dan dia terus tersembur keluar lalu dia terbatuk kasar
dan berlari ke dapur.
Aku pandang mama
yang hanya tersengih sebelum berlari ke dapur mendapatkan Ziyad. Dia yang sedang berkumur aku rapati.
“Abang, Nur
minta maaf. Nur tak ingat air tu panas,”
pintaku dengan rasa bersalah sambil mengusap belakangnya.
Ziyad angkat
wajah yang merah dan bibir yang juga sedikit merah serta mata yang nampak
sedikit berair. Mata kami bersabung dan
Ziyad menggeleng.
“Salah abang,”
akui dia lalu aku merapati peti ais.
“Nah, kemam ais
ni kejap,” cadangku tapi Ziyad menggeleng.
Pinggangku
dirangkul membawa tubuhku rapat padanya.
“Ini cara Nur
perlu buat untuk sejukkan rasa panas pada mulut abang.” Dan Ziyad meneruskan apa yang dia hajati
tanpa mampu aku menahan.
KAMI sekadar
lepak di laman yang dihiasi dengan taman mini yang agak cantik dan kemas petang
itu. Tangan Ziyad dibahuku, aku
sapa. Wajahnya aku pandang. Nampak semakin segak dengan jambang dan misai
yang nampaknya sedang tumbuh meliar.
“Bila abang
masuk kerja?” soalku sambil menyentuh
jambangnya.
“Minggu
depan. Tapi, tak tahulah kot-kot
dipanggil bertugas. Kadang-kadang tak
boleh kira jugak. Nak-nak abang memang
bahagian kapal lagi. Nanti ada perasmian
KD Sri Tawau kat Sabah. Kalau abang kena
bertugas, abang bawa Nur bulan madu kat sana ,
ya?” Ziyad sengih.
Bibirku
melebarkan senyuman dan menggeleng.
“Kalau abang
bertugas, nak bawa Nur buat apa? Nur
tunggu je kat rumah tapi rasanya, bila abang pergi nanti, Nur nak minta izin
balik Kelantan. Rindu dekat orang-orang
kat sana ,”
pintaku lembut.
“Nanti dok sana , tak rindu dekat abang
ke?”
Aku menggeleng
sengaja mahu mengusik emosi Ziyad. Dia
lepaskan pelukan dibahuku dan mengeluh sendiri.
Persis merajuk. Menongkat dagu
dan mengeluh lagi.
“Yalah… biar
abang jelah rindu isteri abang sorang-sorang.
Nur pergilah balik sana .” Dia berpusing menghadap pagar dari tengah
laman rumah keluarganya.
Aku kalih
belakang seketika dan kulihat mama sedang menyiram pokok bunga biarpun langit
nampak sedikit gelap. Barangkali hujan
mahu menyimbah bumi dan memberi kenyamanan setelah seharian didatangi panas
yang terik.
“Eh, Nur tak
kata nak balik sekarang. Nur balik masa
abang tak ada nantilah. Lagipun, Nur nak
lawat Tiani. Dia rindukan Nur…”
“Rindu abang
ni? Macam mana?”
“Abang nak macam
mana?”
Ziyad mengeluh
lagi. “Nur suka bagi jawapan dengan
soalan, kan ?”
“Dah tu, silalah
jawab.” Aku lepaskan tawa.
“Nur bagi bekal
lebih la nanti.”
“Bekal? Nak masakan apa?”
Ziyad bulatkan
mata dengan pertanyaanku. Biarpun aku
mengerti, sengaja aku menduga hati.
“Bekal
apa?” tanya dia dengan mata yang
bulat.
Langsung ditarik
aku ke dalam pelukannya dan disingkap sedikit selendang yang kupakai lalu
digigitnya leherku kuat.
“Abang,
sakit!” Aku mengaduh dan Ziyad lepaskan
tawa.
“Waa… memang
sedap. Nanti bagi abang makan Nur
lebih-lebih sikit,” ujarnya.
Aku menggeleng.
“Tak sudi?” tebak Ziyad dan aku menggeleng lagi.
“Kalau betul
abang nak Nur pergi, Nur akan ikut. Nur
hanya ada abang dalam hidup Nur,” jawabku lalu aku lentokkan kepalaku ke
bahunya yang sasa.
Ziyad pantas
memeluk bahuku dan mengucup dahiku lama.
“Ingat hal
lama?”
Aku diam. Ada
rasa hangat pada hujung mata dan ternyata, airmataku meleleh lagi mengenangkan
kisah lalu.
“Ingat boleh
tapi jangan sedih-sedih. Nur kuat, kan ? Kalau kata Nur ada abang, abang pun ada Nur
je dalam hati abang.”
“Mama dan ayah?”
“Ya… betul
tu. Tapi, belaian ibu bapa dan isteri
lain, sayang. Abang dambakan belaian dan
kasih sayang isteri abang biarpun abang tahu tanggungjawab abang lebih lagi
untuk mama dan ayah,” jawab Ziyad.
“Erm… Nur
cintakan abang,” akuiku.
Ziyad
mengedipkan matanya sekali. “Kalau abang
cakap abang tahu?”
Keningku
berkerut.
“Abang tahu
sejak dulu lagi. Cara Nur pandang abang
pun abang dah boleh kesan. Abang kan,
kasanova berjaya.” Dia ketawa.
“Abang dah kena
letak jawatan jadi kasanova sebab abang kena interview jadi hamba Allah dan suami yang baik…”
“Ya, dan abang
abang belajar lagi betulkan bacaan abang,” ujarku setuju.
Aku senyum dan
mengangguk. Wajah Ziyad semakin dekat
dan mendekat. Semakin hampir mahu
menyentuh bibirku tapi tak sempat dia melabuhkan sauh, mama bersuara.
“Ahmad Ziyad,
nak suruh Teratai Nur demam ke main hujan?
Cuba
dongak ke langit, air hujan dah merintik,” laung mama.
Aku dan Ziyad
sama-sama mendongak ke langit dan titisan hujan jatuh setitis mengenai wajah
kami. Kami berpandangan dan Ziyad
ketawa. Pantas aku bangkit bila rintik
hujan mula kasar namun Ziyad lebih cepat menyambar tanganku.
“Mandi hujan
dengan abang,” ajak dia.
Aku
menggeleng. “Nur kalah dengan hujan…”
“Tapi, tak kalah
dengan abang, kan ?” Dia mengenyit mata membuatkan mulutku
terlopong sendiri.
Rasa malu
menebal dalam diri dan langit hitam terus memuntahkan isinya membasahi aku dan
Ziyad.
“Mama pasang
muzik. Kami nak menari dalam hujan macam
cerita Hindustan ,” laung Ziyad kuat.
Mama keluar dan
bercekak pinggang. “Mengarut apa kamu
ni? Demam Teratai Nur karang, kamu yang
tak boleh pakai dia!” bebel mama bernada
nakal lalu dia berlalu bersama gelengan yang panjang.
“Abang ni…,”
tegurku.
“Apa? Tak ada muzik, biarlah abang nyanyi.” Ziyad terus mengalunkan muzik yang agak
jarang kudengar bila kuamati, lagu Only
You meniti di bibir Ziyad dan dia membawa tubuhku ke dalam pelukannya dan
meminta aku memijak kakinya.
“Let's dance, my angel,” bisik Ziyad lalu
dia memusingkan tubuhku sesuka hatinya.
Aku ketawa bila
sesekali Ziyad mengaduh kerana aku terpijak kakinya. Tapi, sakitnya itu bagaikan tidak terkesan
bila dia semakin galak membalikkan tubuhku mengikut rentak tariannya.
“Abang pandai
menari,” pujiku.
“Ya dan Nur juga
akan pandai menari.”
“Abang ni apa
yang tak pandai, ya?” soalku lagi kala
ini aku rapat pada Ziyad bila dia menarikku berpusing dan melekap pada dadanya.
“Bencikan Nur…
itu abang tak pandai,” jawab dia.
Tanganku
digenggam kemas dan Ziyad menolak pula tubuhku agar berada pada hujung
genggamannya namun tingkah mati dan matanya tajam memerhati.
“Next time jangan pakai baju cerah macam
ni,” pesan Ziyad membuatkan aku memandang tubuh sendiri.
“Err…” Aku gagap dan Ziyad selamba membuka baju T
hitam miliknya dan menggantungkan pada tubuhku yang jelas terlakar renda
pakaian di dalamnya.
“Tutup ni. Jom kita masuk,” ajak Ziyad dan kala itu
hujan sudah kembali renyai.
Aku tersenyum
dan membetulkan baju milik Ziyad yang menutup bahagian depan pakaianku dan
mengikut kakinya melangkah ke pintu dapur tapi tidak langkah kami pegun bila
ada sebuah kereta berhenti tepat di hadapan pagar rumah Ziyad dan bila
pemandunya keluar, dahi Ziyad berkerut.
“Siapa?” soal dia lebih pada dirinya sendiri.
“Jom,” ajak
Ziyad dan aku sekarang menurut dengan menyembunyikan tubuhku di belakang tubuh
Ziyad yang hanya dibaluti dengan singlet tipis.
Kami sama-sama
memandang ke pintu pagar dan bila aku amati, kenangan lalu hadir
menjengah.
“Eh… apa dia
buat kat sini? Masa kenduri tak nampak
pun,” komen Ziyad padaku.
“Siapa?”
Ziyad tidak
menjawab sebaliknya dia melaung nama mamanya meminta pagar otomatik itu
dibuka. Bila pagar besi berwarna kuning
keemasan itu terbuka lebar, wajah tetamu muncul dan tersenyum pada kami.
“What brings you here?” tanya Ziyad ramah.
“You. Saja nak ucap tahniah. Majlis you tak sempat I nak attend.
That's why, I’m here,” jawab wanita
itu.
Aku masih
mengamati wajahnya. Tapi entah
siapa. Aku kurang pasti.
“Masuklah. I masuk ikut dapur. Basah kena hujan tadi.”
Wanita itu
mengangguk dan merenungku.
“My wife,” beritahu Ziyad.
“Yeah, I tahu dan tahniah Teratai Nur,”
ucap wanita itu padaku sambil menghulurkan salam.
Bila salam kami
bertaut dan dia tersenyum, aku menelan liur sendiri dan memandang Ziyad yang
hanya tersengih di sisi.
~~> bersambung
Wa.....gerangan siapakah itu?
ReplyDeleteziyad sgt romantik!!! sambil bace tersenyum sorg2....hebat betul penangan ziyad ni kak rehan....
ReplyDeleteamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hahhaha
Deletesapa tu?...ex ziyad
ReplyDeleteaduih sape plak ppuan baru nie...Sebok!!
ReplyDeletesuka nyer cara ziyad treat wife die..ROMANTIK!!!nk jugak..haha
finally..ada pun entry baru..thanks kak RM..
ReplyDeleteagak2 siapa la pulak yang datang tu..
kekasih Yad yang mana satu pulak mai melawat ?
ReplyDeleteMai melawat ada makna ka tak yer RM ?
Aznati
siapa pulak yang tetiba masuk ni dlm citer ni.
ReplyDeletejanganlah ada apa-apa terjadi pada Nur...
ReplyDeletesemoga Nur menjadi seorang isteri yang tabah...
Ziyad hargai lah permata yang di depan mata...... besttt
gf ziyad la 2.. heheheh
ReplyDeleteex-nurse ms trial n error tu kott...
ReplyDeletesbb nur mcm kenai ja org tu.. ye ke?
~acu~
ni mesti NIa-nurse tu-KH
ReplyDeleteINI KE 'BADAINYA' RM....?
ReplyDeletesukenye..main hujan dgn org tersayang..
ReplyDeletealahai tu mesti mia yg datang tu..tak suke tak suke..
Ala, baru nak hepi2 ada jer yg dtg kacau
ReplyDeletehero malay....best...
ReplyDeletesape ler plak tu..ada jerk..haisyyy...
ReplyDeletebest2........naklagi....hukhukhukkkk
ReplyDeletewkwkwkwkwkwk... Ziyad yang kasanova, romantic & lucu karena dah besar baru mau belajar sholat :D
ReplyDeletetak apalah yg penting ada niat...
Cepat sambung kak RM ;) :)
I like2...please next n3 RM
ReplyDeleteaik sape plak ni dh muncul dalam hidup Teratai Nur dgn Ziyad ni...
ReplyDeletedugaan dtg..badai mula melanda.. :D
ReplyDeletemcm mia je.....
ReplyDeletesweetnya ziyad.. ~~~ nk masuk peti ais la,, nk bekukan hati yg dah cair ni.. klu x,, x blh la nk bca next entry...hehe .. siapakah gerangan manusia itu wahai kak rehan.. best! superb! tahniah :) nk lg..hehe
ReplyDelete-athirah-
Knp sweet sgt ni hehehehe sape perempuan tu. Mintak2 la bukan pengacau ke apa lol
ReplyDeleteaduh... siapa itu???
ReplyDeletewawawa ziyad2..syum sorag2..i think nia is coming..nurse tu lh..jgan konflik2 sgat,xsgup nk tgok atai sdih nnti..
ReplyDeletealamak, saper tu? suspennyer... next entry please...
ReplyDeletewoit nk main rebut2 ke?dh ada pesaing dh tu..hehe..bhya2..nur kna brsiap sdia ni...
ReplyDelete~ct izaidah~
Oooohhhhh!!!!!..... Bala dah sampaiiii . . .
ReplyDeletejeng.. jeng.. jeng...
ReplyDeletesiapa itu?... cuba teka?...
my..my.. who is that woman? zaman gelap ziyad ka? abg ziyad mmg romantk haaabbisssssss!
ReplyDeletejeng3.. ntah2 Mia x.. hehe.. nt buatlah Mia tu dgn Taufiq.. :-)
ReplyDeletejgn pompuan tu mngaku mngndungkan ank ziyad udah lerrr..
ReplyDeletehaaaaa...
ReplyDeleteSapa Ituuu....????
ermmm jgn nk smpaikan fitnah udahlah...
kembang setaman hehehe
ReplyDeletesiapa plak yg muncul tu...
ReplyDeleteadeyyyy siapa prempuan tu kekasih lama ziyad ke...
ReplyDeleteapa dia nk dgn ziyad....
mcamaner dgn teratai...
rehan...mkin x sbar nk bca n3 sterusnya
Ziyad romantik habis.... Tersengih sengih kita baca. Ommo!
ReplyDeleteOh tidak! Is that one of ziyad's girlfriend? No please pretty please no kak rehan.. janganlah ada pengacau rumah tangga. but teringin jugak nak tengok nur merajuk and jealous. hehe thanks kak rehan! :D
ReplyDeleteSengih sorang2...haha
ReplyDelete-ieja-
sper tu??? langau baru ke? ^_^
ReplyDeletethanks kak rehan for the entry
-Song Hyun Sun
kak rehan nak n3 seterusnya..please.. suspen sgt nie..
ReplyDeleteerk...jgnla ttibe ade pmpuan mne2 dtg kaco ckp dier mngandungkn anak ziyad =.='
ReplyDeletehahaha...terlebih imgine la plak... tapi bole jd jugak...
Deletehoho, siapa kah itu!! entah2 crush Ziyad kot? perempuan gila yg akan musnahkan kebahagian Ziyad & Nur, kan kan? hehe **mengarot pulak farra nie** btw, next n3 plzz....;)
ReplyDeleteOmo..sapa lak yg melawat tu? Hope xmenggugat teratai la..
ReplyDeletealaaaa minah gedik tetibe muncul pulak hehehhehe , bia ah klau minah tu ex ziyad ke , ziyad tak pandang sape sape dah selain teratai nur hehhehhe
ReplyDeletedatang dh pengacau to be...
ReplyDeletejgn ckp dy dtg nk kcau rmh tangga yad an nur ...
ReplyDeleteRM best ...
xmau la nur sedih2 lg...
ReplyDeletesapa pulak ni?
ReplyDeletekat cni la bermula konflik rumahtangga diaorang
ReplyDeleteTak kisah siapa pun gerangan wanita tuh. Cinta mati ziyad pada nur tetap tak mampu kecundang dengan kehadiran watak penggoda.
ReplyDeletewow!!semakin menarik..hehe...sape perempuan tu??kak rehan bt sy berdebar je..hehe..kak smbng la cpt...x sbr dh ni..
ReplyDeletealaa bala datang dah, baru nak tumpang kebahagian ziyad ngan Nur
ReplyDelete