Geng

Monday, December 17, 2012

Bisakah... 15


BAB 15

ZIYAD sedang menyikat rambutnya bila mata kami bertaut dari dalam cermin.  Aku ukir senyum dan dia juga lalu dia berpaling dan menenggek pada birai meja almari solek. 
“Kacak tak, abang?”  soal dia. 

Aku tidak menjawab sebaliknya mendekat pada dia dan merenung dia dari atas kebawah.  Benar dia kacak.  Bergaya.  Tak mampu disangkal lagi.  Bertambah kacak dengan misaim tipis dan janggut yang menghiasi wajahnya. 
“Nak jumpa siapa sebegini kacak?”  Saja aku mengusik emosi Ziyad yang segak dengan baju-T berkolar berbelang hitam kuning dan juga dockers berwarna hitam pekat itu.
Dia ketawa.  Menarik tanganku dan mengemaskan tudung yang aku lilitkan pada kepala.
“Untuk isteri abanglah.  Untuk siapa lagi?”  Ziyad terus ketawa.
“Erm… bukan untuk tetamu kat bawah?” 
Ziyad menepuk dahi.  “Alamak… dah berapa lama dia tunggu, ya?  Itulah, Nur… abang tak nak Nur ajak juga abang mandi hujan.  Kalau abang demam nanti, tak boleh nak lapor diri dua tiga hari lagi, macam mana?”  Dia sengih.
Lengannya aku tepuk kuat.  “Bila pulak Nur?”  Beserta dengan jegilan mata, sekadar membawa tawa hilai pada Ziyad.
“Uish… takutnya abang isteri abang marah,” ucap dia bergurau.
Aku sengih.  “Dahlah.  Jom kita turun.  Lama pulak dia tunggu,” ajakku dan baru hendak menapak, Ziyad menyambar pergelangan tanganku.
“Sama-sama,” ujarnya lalu kami beriringan menghampiri pintu dan bila Ziyad menguakkannya, dia sedikit membongkok mempersilakan aku keluar terlebih dahulu.
After you, mem.”
Aku sengih dan menggeleng. 
“Mesti abang dah selalu macam ni, kan?”  tebakku dan seperti yang kutelah dia sekarang mengangguk.
“Abang diajar, sayang.  Dididik untuk menjadi seorang yang charming,” jawab Ziyad mengenyit mata.
“Tak lama lagi ada event navy, and you’re invited as my partner,” bisik Ziyad tapi aku mengerutkan wajah.
“Tak faham?” 
Aku menggeleng. 
“Nantilah abang alih bahasakan.  Sekarang kita ada tetamu.” 
Tangannya mengheret aku turun pantas meniti anak tangga dan bila tiba pada anak tangga yang terakhir, langkah kami terhenti.  Ziyad memandang aku dan aku juga begitu bila suara seseorang bercerita tentang kisah lalu. 
“Aunty ingat bila Ziyad bawa kamu jumpa aunty dengan uncle, kamu berdua serius?”  soal mama.
Tawa seorang gadis terluah.  “Erm… ingat nak serius tapi tak apalah, tak berjodoh.  Ini saja datang melawat sebagai kawan.  Kenduri tak sempat datang.  Doktor Zafrina ada ajak tapi saya tak sempat.”
Ziyad mahu menapak tapi lengannya aku peluk erat.
“Abang kalau dia...”  Resah melanda diri tiba-tiba.  Rasa hendak menangis saat ini juga.
“Tak… jangan fikir bukan-bukan,” pujuk Ziyad membelai pipiku. 
Kami menapak lagi mahu ke ruang tamu tapi langkah terhenti lagi bila mama bersuara. 
“Kata tadi kenal Teratai Nur dah lama?  Kat mana?” 
“Erm… memang dah agak lama.   Kami kenal dekat hospital dan masa tu pertama kali Ziyad kenal Teratai Nur kot,” jawab suara itu manja.
Aku telan liur.
“Teratai Nur pernah kerja dekat hospital ke?  Eh, tak ada pulak Ziyad cakap,” luah mama sedikit merungut.
“Tak… tak… dia pesakit masa tu.”
“Oh… Teratai tak sihat,” sahut mama tapi soalan daripada ayah Ziyad bagai membunuh jiwa.
“Teratai sakit apa masa tu?  Demam ke?”
“Dia ada sakit kronik…”
“Eh, kami bukan jumpa pertama kali dekat hospitallah, Mia.  You tak tahu, kan?  Tapi, Zafrina tahu.  Kami jumpa pertama kali dekat depan HKL.  Dia tengah tunggu teksi  masa tu dengan Zafrina dan I ke sana nak jemput Zafrina masa tu.”  Ziyad menyampuk pantas bila kami sudah berada di depan mereka.
Jururawat Doktor Zafrina yang kukebali sebagai nama Mia Maira itu memandang kami dengan senyuman sinis.
“Oh ya, Ziyad?  Wow, you tak bagitahu pun, kan?”  soal Mia bermakna.
Well… jodoh dari syurga,” jawab Ziyad lalu kami labuhkan duduk berhadapan dengan mama dan ayah serta bersebelahan dengan Mia.
So, apa cerita?  Lama tak dengar khabar you?  Kat mana sekarang?” 
“Masih kat Kelana Jaya.”
“Hari ni tak kerja ke?” 
“Malam.  Itu yang I datang jumpa you hari ni.  Saja nak wish dekat pengantin baru,” jawab Mia.
“Dan awak, Teratai Nur… dah sihat?” 
Aku telan liur dan memandang Ziyad.  Mengangguk dan terus tersenyum. 
“Alhamdulillah, sihat je.”
Kening Mia naik.  “Okey,” jawab dia pendek. 
“Eh, Teratai sakit ke sebelum ni?”  tanya ayah mentuaku tapi Ziyad pantas menggeleng bagi pihakku.
“Sakit biasa, ayah.  Demam, gastrik… biasalah.  Yad hari tu dekat rumah Taufiq masuk hospital juga semalaman sebab kena gastrik,” beritahu Ziyad ceria.  Ceria yang dibuat-buat kerana aku tahu, dia juga sedang gelisah.
“Oh…ya ke?  Erm… tak apalah.  Ayah nak naik rehat kejap.  Nanti kita ke masjid malam ni, Ziyad,” ujar ayah mertuaku lalu dia bangkit.
“Mia duduklah dulu, ya?  Sembanglah dengan pengantin yang macam belangkas tu,” usik mama pula.
“Belangkas?”  tanya Mia kehairanan.
“Iyalah… mahu tak belakang asyik berkepit 48 jam,” jawab ayah mertuaku. 
Mia sengih sinis pada hujung bibir. 
“Teratai Nur tak sanggup nak lepaskan Ziyad ke?”  tanya Mia padaku dan aku hanya tersenyum tidak menjawab.
“Bukan Teratai Nur… tapi masalahnya Teratai Nur tu tak boleh nak lepaskan diri daripada budak Ziyad ni,” jelas mama dan dia terus berlalu bersama tawa halus.
Airmuka Mia berubah.  Mungkin padanya, akulah yang terlebih menggoda Ziyad sedangkan, aku telah sedaya upaya melarikan diri tapi kini terikat dengan hubungan hidup dan mati bersama Ziyad. 
Mama dan ayah menghilang.  Ziyad menyilang kaki dan tangannya diletakkan di belakang tubuhku. 
“Apa yang you nak cuba cakap tadi, Mia?”  soal Ziyad sedikit tegang.
“Apa?”  soal Mia kembali dengan riak tak bersalah.  Dia ketawa  halus.
“I drop by pun nak ucap tahniah pada you berdua je.  Tak lebih dari tu.  Cuma bila Doktor Zafrina jemput I datang kenduri you dan I dapat tahu nama pengantin you, itu yang buatkan I kesal sebab tak dapat datang masa you akad nikah,” sambung Mia sinis.
Okay then, if you’re there, what’re you trying to do?” 
“Mungkin you all tak ada kat sini hari ni,” jawab Mia laju.
“Dari apa  yang I dapat lihat, seems the don’t know about her.”  Dijelingnya pula aku. 
“Past is past, Mia Maira.  You tak ada hak nak ungkit kisah lalu isteri I pada keluarga I.  Kalau I bagitahu pun, mama dan ayah I tak kisah…”
“Seperti mana diorang tak kisah you tinggalkan I dulu?”  sinis Mia serius.
Ziyad ketap gigi.  Rahangnya turun naik.  Dia memandang aku sekilas dan memeluk bahuku yang menggigil dengan ugutan Mia.
“Itu hubungan professional dan you pun tahu I tak serius dengan you…”
“Tapi, I serius, Ziyad.  I serius dengan you,” akui Mia tanpa silu.
Aku menahan nafas.  Kapalku dan Ziyad belum lagi memulakan perjalanan.  Masih lagi ada di tepian namun badai sedang mendatang.
“I tak rasa you serius macam tu, Mia sebab bila I tinggal you, you pun biasa je.  Tak terkesan…”
“You tak tahu apa yang I lalu…”  Mia mula bersuara lirih tapi Ziyad pantas menahan.
“Jangan buat hal kat rumah I, Mia.  Kisah kita tak ada ke mana.  I tak pernah serius dan you juga.  Maaf kalau I buat you terluka.  So, kalau you datang memang nak ucapkan tahniah, I ucapkan kembali terima kasih pada you tapi kalau you datang nak rosakkan rumah tangga yang I baru bina, you may leave.  I tak nak kurang ajar sebab isteri I dah banyak ajar I untuk sabar dan menghormati wanita,” ujar Ziyad lembut namun tegas saja pada pendengaranku.
Mia bangkit.  Dia capaikan beg tangannya lalu menjauh sedikit daripada sofa.  Sebelum dia meneruskan langkah, Mia bersuara.
“Baru hari ni you nak belajar cara hormatkan perempuan?  Baru hari ni you nak belajar  untuk minta maaf?”  tanya Mia persis tidak berpuas hati.
Ziyad pantas bangkit dan mahu menerpa pada Mia.  Jika tidak kutarik lengannya, barangkali Mia pasti disakiti.
You, get out of my house, Mia!  Sebelum I hilang sabar,” ujar Ziyad berbisik dan Mia terus saja menapak laju menuju ke pintu. 
Ziyad terduduk di atas sofa bersama keluhan yang panjang.  Dia meraup rambutnya ke belakang dan memandangku.
“Sayang okey?”  tanya dia.
Aku angguk terpaksa.  Tersenyum kelat dan menelan liur yang pahit.  Bertahan moga tidak gugur airmataku apatah lagi mendengarkan suara mama sedang menuruni anak tangga.
“Nur akan okey.  Nur akan sentiasa okey,” jawabku perlahan.
Ziyad memaut leherku dan merangkul tubuhku kemas. 
“Maafkan abang sebab kerana sikap abang dulu… hari ni rumah tangga kita kena tempiasnya,” ucap Ziyad padaku sedangkan dalam hatiku, akulah pesalahnya.  Akulah yang menyebabkan Ziyad mengeluh gelisah. 
Jika bukan kerana gelaran bekas penagih dadah yang aku perlu galas buat seumur hidup ini, tak mungkin Ziyad begini.
“Hai, Ziyad… mana Mia?  Dah balik dah?”  tanya mama dan Ziyad pantas melepaskan pelukan.
Kulihat mama tersengih.  “Sudah-sudahlah tu Ziyad.  Patah riuk Teratai Nur tu kamu  kerjakan,” gurau mama sepintas lalu dan dia menghilang di balik dinding dapur.
Aku pandang Ziyad dengan wajah sayu.  Gurauan mama tidak lagi berbekas pada hati dan mindaku.  Berdengung kata-kata Mia Maira dan kurasakan  hangat kasih Ziyad bagaikan dingin kini. 



FIKIRANKU jauh melayang.  Melayang memandang pada kebahagiaan yang sedang menjauh meninggalkan aku.  Bila-bila masa akan direnggut.  Jika Ziyad katakan, ini kifarah perbuatannya dulu aku juga begitu.  Boleh jadi dugaan ini hadir mahu menyucikan hati kami  yang kotor. 
Tapi, tak terduga oleh akal kami, Mia hadir.  Dia dulu tenang orangnya.  Sepanjang aku dirawat dan pada hari aku akan dihantar ke pusat pemulihan, dia juga tenang biarpun bibirnya tidak pernah tersenyum padaku.  Aku mengerti saat itu kerana aku seorang pembaca najis dadah dan layak dipandang jijik. 
Namun hari ini, dia datang mahu merosakkan segalanya dan apakah yang harus aku lakukan?  Perlukah berterus-terang dengan keluarga Ziyad tapi Ibu Hanah juga katakan yang terjadi biar saja terjadi dan itu adalah masa laluku.  Yang pasti, Tuhan membuka lembaran baru dan peluang ini akan kuhargai sepenuh hati kerana aku  yakin, jika peluang ini tertutup lagi tanpa sempat kuhargainya, aku akan kesali seumur hidupku.
“Kenapa termenung?” 
Tersentak sedikit bila ada  yang menegur.  Aku kalih pada Ziyad yang baru saja melangkah keluar dari bilik air dan sedang mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil.  Aku lantas bangkit dan mendekat pada dia. 
Seperti sudah menjadi kebiasaan dalam pada rumah tangga yang baru dibina ini, tidak betah jika kubiarkan Ziyad bersiap sendiri. 
“Hari ni hari pertama abang masuk kerja, kan?” 
“Kenapa?  Rindu nak berpisah?”  duganya menyengih.
“Soalan berjawab soalan.” 
“Sesekali,” tukas dia dan tunduk sedikit memberi keselesaan untukku mengelap rambutnya.
“Uniform abang dah siap?”  tanya dia.
“Ermm… dah.  Nah, baju singlet abang.”  Aku hulurkan pakaian tipis itu pada dia.
“Abang balik tak tengah hari?”  tanyaku.
“Balik kot.  Tengoklah kalau sempat dan tak jammed,” tukas Ziyad sekali lagi.
Dia menegakkan tubuh sasanya dan menyarungkan singlet putih itu pada tubuh dan melepaskan tualanya dengan selamba.
Aku berpaling ke belakang dan Ziyad ketawa.  “Abang pakai seluar pendeklah.” 
Serta-merta aku berpaling dan melepaskan nafas yang sedikit tercungap-cungap. 
“Baju abang mana?” tanya dia saat mengemaskan rambutnya di depan cermin dan mengusap wajah yang sudah kemas dan bersih.  Bebas daripada jambang dan misai yang melihar. 
“Ini…”
Ziyad tidak menjawab sebaliknya, hanya mendepangkan tangannya meminta uniform itu disarungkan. 
“Bila Nur tengok baju kerja abang ni, Nur ingat masa lalu,” beritahuku saat aku berada di depannya dan sedang membutangkan pakaiannya.
“Yang tu abang tak pernah hantar cuci.”
“Iya?”  dugaku.  Ziyad angguk. 
“Tak percaya?” 
Dia pantas menjingkit dan menggapai plastic hitam dari atas almari lalu disuakan padaku.
“Bukalah.”
Bila aku bukanya, ternyata pakaian putih yang masih punyai kesan darah kering itu masih ada.  Masih melekat tak hilang atau Ziyad sememangnya tak mahu kesan itu hilang.  Wajahnya aku pandang. Berkerut. 
“Kenapa tak hantar dobi?”  soalku.
Kan abang pernah cakap, one day you’ll pay for this.”
“Maksudnya?”  soalku buat-buat tak faham.
Ziyad merengus.  “Sayang ni bukan tak faham Bahasa Inggeris langsung, kan?” 
“Setakat yes, no, thanks you tu retilah.  Nur kan tak ada pelajaran,” jawabku merendah diri. 
Tangannya dipaut.  Dikucupnya lembut.  “Abang minta maaf tapi maksudnya, satu hari nanti, Nur akan dapat balasan sebab kotorkan baju abang.”
“Dan?” 
“Ya… Nur dah dapat balasannya.  Sila basuh bagi cuci semua kesan darah lama tu.”
“Kalau tak hilang?”  tanyaku pantas.
“Sayang…”  Suara Ziyad meleret.
“Kalau tak hilang biarlah sebab abang pun tak tahu kenapa abang simpan ke kesan darah tu tapi rasanya hari ni abang dah tahu jawapannya.  Rupa-rupanya Nur yang akan datang untuk bersihkan kotoran tu tapi bukan baju ni tapi…”  Tangan Ziyad naik dan telapak tangannya melekap tepat di kiri dadaku. 
“…di hati,” sambung dia pendek.
Aku ketap bibir. 
“Tapi, abang…”  Sebakku hadir.  Teringat peristiwa beberapa hari lepas. 
Kata-kata dan perbualan antara dia dan wanita itu mengundang sayu yang tak sudah dalam hatiku.  Takut, cuak dan segala macam rasa lagi.  Bergenang airmata dibuatnya dan aku memandang Ziyad berharap secebis pengertian akan kegelisahan hatiku.
“Syhh…”  Ziyad menggeleng lalu hujung jarinya menyentuh birai mataku. 
“Jangan fikir sangat.  Dia tak berani buat apa-apa pada kita.  Apa-apa pun jadi, sayang kena ingat… abang pandai dalam segalanya tentang hati dan perempuan tapi satu je abang tak pandai…”  Pelukan bertaut erat. 
“Abang tak mampu nak bencikan Nur jauh sekali nak berpisah dengan Nur,” sambung Ziyad bersungguh-sungguh lalu airmataku mengalir laju jatuh mengenai uniform Ziyad.
“Kalau kata satu hari nanti Nur terpaksa pergi dari hidup abang…”
“Bila Nur mati je.  Bila ajal menjemput tapi tidak selagi Nur bernafas!”  cantas Ziyad keras.  Bagai memberi amaran buatku.

~~> bersambung

57 comments:

  1. hai mia.. redha je lah oiiiii.. ni msti jahat nti neh..weeekkk..xsuka.nama je comel..teeettt

    ReplyDelete
  2. alahai, sedih la plak, baru nak bahagia. mia nie pun satu, jahat betul.

    ReplyDelete
  3. Alahai Mia...Mmg nak kena sepak sungguh

    ReplyDelete
  4. touchingnya...huhuhu....RM next n3.....heheheh...

    ReplyDelete
  5. ala Cik Mia
    nyibuk pulak...shuh shuh..gi jauh2

    ReplyDelete
  6. Benci lah Mia ni. Kesian Nur. Next kak rehannnn..

    ReplyDelete
  7. akhirnya ada jugak ntri hr ni..lama tunggu~~~cik mia..tak pyh kacau laaaaa!!start dah sedih2 ni

    ReplyDelete
  8. sedih la pulak bila bace n3 kali ni...huhuhu...kata2 nur tu mcm diaorang akn berpisah je... x mau2...hehe..kak,cpt smbng...

    ReplyDelete
  9. knp la cik mia ni nk ganggu rmh tngge si ziyad n teratai nur tu.. dlu nmpk baik j, x sngke prangai mcm 2 cik mia... rehan cpt smbg n3 strusnye

    -nia-

    ReplyDelete
  10. ala mia ni cbuk jk...jgn kcula..

    ReplyDelete
  11. alahai mia mia hr tu ms doc rina tanya x kisah klu error sbb mmg dah tahu nak try n error bila dah jadi mcm ni x blh terima plak error tu...terima je lah kenyataan ziyad tu untuk teratai nur...


    -hanim-

    ReplyDelete
  12. Sedihlah citer ni...Ziyad memang hati kering kat perempuan takut Teratai Nur yang akan mengalah dengan Mia, Mia pernah tidur dengan Ziyad ke?

    ReplyDelete
  13. RM,

    tukang 'spell check' takde ke? ada banyak typing error.

    Apa-2 pun , still the best...heheheeee

    ReplyDelete
  14. Tu lah.. yg jahat, akan sentiasa dikenang. Yg baik, mudah dilupa!

    ReplyDelete
  15. knp mesti ada yang mengganggu... atau itu sebenarnya sifat setiap manusia yang dengki pada kebahagian org lain... next entry kak rehan...

    ReplyDelete
  16. alahai mia....apasal pula kau kacau daun ni :)

    ReplyDelete
  17. ..sedih la plk..xmo2..nk y heppy jer..

    ReplyDelete
  18. ai nye editor bz.. bole je nak tggu dia editkan tapi dia pon amik masa sebab tugas2 harian dia..so ai up dulu.. maaf atas kekurangan...

    RM

    ReplyDelete
  19. saya da agak si mia ni mesti ada something fishy. dr zaman zafrina dan zayed lg. mebi mia x jadi nk usha zayed, sbb nampak ziyad dtg hospital kan...

    ReplyDelete
  20. Mia x baik runtuhkan rumahtangga orang lain...
    ... terima sajalah Ziyad tu bukan jodoh untuk Mia... tapi untuk Teratai Nur...
    x baik membuka aib orang lain... siapa kita untuk menilai diri orang lain... REDHA itu jalan yang terbaikkk...

    ReplyDelete
  21. mesti Mia akan buat dajal lagi. rasanya untuk elak daripada salah faham, elok la Ziyad bersama-sama Dr Zayed & Dr Zafrina terangkan pd parents Ziyad. Kalau datang dari mulut Mia, entah apa yg dia akan cerita. yg tak ada diadakan yang sedia ada ditambah-tambah pulak nanti. better to come clean. mesti akan ada konflik lagi lepas ni. harap teratai nur tabah dan yakin dgn ziyad.

    saya perasan, semua karakter mini novel ni sangat strong, especially watak hero. seorang suami memang kena strong to defend his family :)

    ReplyDelete
  22. huhuhu!badai sudah mali ooooo.....

    ReplyDelete
  23. ahadoyaiiii.... terlupa sekejap bab mia nie.. tetiba dtg plak menyibukk... ribut taufan bakal melanda la lepas nie

    ReplyDelete
  24. mari ramai2 kita sepak si mia ni hehehe...

    ReplyDelete
  25. mia ni mmg nak kene lempang !
    sebok je kcau umh tgge org...gy main jauh2 lah mia.rmai lg laki kat luar tu tp bukan ZIYAD...
    ish..pg2 da hangin dengan mia ni...

    ReplyDelete
  26. hmmm2 rupanya mia bukan takat suka jeww la ngan ziyad dulu.... dtg secara tiba2.. smell something fishy here...

    ReplyDelete
  27. hope their marriage will be ok. learnt a lot from RM's story...tolong suami bersiap...sentiasa bersama suami...

    ReplyDelete
  28. Mia oh mia...blah je lah..jgn kacau rumahtangga org

    ReplyDelete
  29. Orang tua dah selalu berpesan.. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. simpatinya pada Teratai Nur, setiap kali cuba teguh untuk melangkah ada sahaja dugaan melanda. Kali ini masih disebabkan seorang lelaki. Dulu ayah kini suami, pemilik tulang rusuk serta naungan syurganya. Entahlah, rasa kali Nur dah semakin kelam cahayanya apatah lagi kedua mertuanya pun tak tahu sejarah hitamnya. Ziyad.... ketahuilah bukan semua mudah melupakan dan membiarkannya berlalu umpama anginan yang bertiup.. Mia, tak salah dirimu..

    Dugalah Rehan, biar sebanyak manapun kerna pabila dia telah teguh, rasanya lebih teguh dari gigi yang dikurniakan takkan mampu hancur dimamah masa.. Typo kena jaga masa printing nanti ya sayang..

    ReplyDelete
  30. Mia oh mia...blah je lah..jgn kacau rumahtangga org

    ReplyDelete
  31. aduh!! kenapa la mesti ada penghancur rumahtangga orang ek? why~why~!! minta2 lah keluarga Ziyad terima Nur seadanya~ Kak RM, sambungg~~

    ReplyDelete
  32. MIA,JGN NK DENGKI SGT BOLE X?????????/
    P MAIN JAUH2 LA..

    ReplyDelete
  33. Mia ni,pengacau sungguh!It's okay Teratai Nur,Mr zayed and Mrs zayed will defend you!RM,nak lagi*buat muka comel yang sebenarnya tak comel pun*
    -silent reader-

    ReplyDelete
  34. kenapa le mia tu busuk hati pulak????? dah bukan jodoh dia..kata kelmarin trial and error relationship.

    ReplyDelete
  35. da agak da si MIA tu dtang..kuang ajar btoi..hahaha ter emo plak..relax lh atai..best woman win...hohoho

    ReplyDelete
  36. hai...dulu ok ja misi mia tu. knapa tba2 meroyan????

    ReplyDelete
  37. ish mia nie..mle2 dlu ngn zayed n zafrina..pastu cam dh ok...nie plk dh laen mcm blk...sengal la..ish..

    p/s:ade typo ckit..'they' jdik 'the' dkat "dari apa yang I..." peace =)

    ReplyDelete
  38. perlu kah ada watak perempuan jht untuk mngganggu gugat sesuatu hubungan yg dbina?

    ReplyDelete
  39. mia ni mggu btul la... jgn la jd ap-ap kat nur..cian dia..huhu

    ReplyDelete
  40. choiii..ada gak minah2 yg nk mengacau nih..haishhh..

    ReplyDelete
  41. RM...xnk lah mia cter kat family ziyad kisah silam teratai.. nanti mesti family ziyad x dapt terima n halau teratai...oh sedihnya..(pandai reka cerita sendiri)..hehehe

    ReplyDelete
  42. kesian nyer teratai...
    ape la jadi kat dia klau mentua dia tau kisah silam dia
    Mia ni yg nurse tu ke?
    jahat nyer...

    ReplyDelete
  43. Senget la mia nie..sibuk je..kn dlu ziyad dh kta try n error ja..sj la kn nk bt kacau skrg nie..huh

    ReplyDelete
  44. sebok betol la mia nie, saje je buat dengki, cian mia baru nak rasa bahagia. kalau family ziyad tau pasal dia agak2 mereka dapat terima dia tak

    ReplyDelete
  45. Eh mia nie dah orang tak sudi tu sudah sudahlah

    ReplyDelete
  46. best2... geram ngan mia n kesian dekat nur. ish..ish x patu x patut... hapuskan mia hehehehe
    anyways best entri kali ni... x sabar nak tunggu next entri

    ReplyDelete
  47. eiiii bencinya! sejak bila si mia tu jadi jahat pulak? sudahla mia oii ko engat ko cantek snngt ke? ziyad tak pndangla stkat muka awk tu nurse mia..

    ReplyDelete
  48. wahhhh...!! bestt sngattttt....

    ReplyDelete
  49. dgar tu atai so jgn la nk ngengada nk g berkorban bagai.. tinggal ziyad sensorang... tpi nnti mesti parents ziyad benci atai.. sbb diorg bru tau yg atai yu sbnrnye ex-drug addict..... hewhew....
    thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  50. wau,,story makin best...siyes saye rase bisakah yg paling best,,mungkin sedikit kurg(x byk pon, maaf kak rehan) dr sudut perincian jalan cerita, tp whole of the story sangat best,....watak ziyad n teratai nur sangat mantap, masing2 ade kisah tersendiri!! hope kak rehan dapat pnjgkan episod cerita bisakah ni....plizzzz kak rehan...:)

    ReplyDelete
  51. Kak rehan..napa ziyad xhantar teratai nur ke kelas bahasa inggeris..boleh teratai nur improve taraf hidup dia..since dia pun dah jadi isteri pegawai navy sure nnt bnyk function dia nk kene ikut..at least kalau dia dh pegi kelas tu dia boleh faham apa yg org cakap thou dia xfluent nk balas balik..xde lah org lain suka2 hati nak hina dia dan dia xpaham satu apa pun

    ReplyDelete
  52. oh mak ai romantiknya ayat ziyad, sesuai dengan gelaran kasanova. hehehe. mia2, orang dah tak sudi kenapa mengharap lagi? jatuh standart laaaa...

    p/s: next story is about mia n deng2?

    ReplyDelete
  53. ohh.. konflik sudah mai.. x sbr nk tau ape yg jd.. thumbs up..

    ReplyDelete
  54. dah agk msti mai punyela penganggu rumh tngga org

    ReplyDelete