Geng

Tuesday, December 18, 2012

Bisakah... 16


BAB 16

WAJAH mama Ziyad aku pandang.  Dia tersenyum dan menggamit aku padanya saat aku mahu berlalu ke dapur. 
“Sini kejap, Teratai,” panggil dia.
Aku menapak mendekat pada mama dan dia menepuk sofa di sebelahnya, memberi isyarat agar aku turut sama melabuhkan duduk.

Tangan mama singgah pada belakang tanganku. 
“Teratai nak pergi mana?” 
“Dapur kejap, ma.  Pagi tadi tak habis kemas lagi,” beritahuku pada mama.
Dia menggeleng.  “Duduk sini dulu dengan mama.  Ada benda mama nak tanya kamu ni,” beritahu dia membuatkan dudukku kian tidak betah. 
Terasa resah dan gelisah.  Pelbagai kemungkinan yang bermain dalam fikiranku saat ini.  Boleh jadi fikiran mama telah diracuni oleh hakikat sejarah laluku. 
“Err… mama nak tanya apa?”  soalku berbahasa.
“Pasal apa  yang Mia beritahu.”
Jantungku berdegap kencang.  Sedaya-upaya aku cuba damaikan resah nafas yang kain bergelora. 
“Pasal apa?” 
Mata mama memandang aku dalam.  Berkerut sana sini dengan riak wajah yang risau.  Jari-jemariku disapa lagi dan diramasnya perlahan.
“Ziyad ada beritahu mama, yang Mia Maira cakap bukan-bukan tentang Ziyad dengan kamu beberapa hari lepas masa dia datang tu.  Betul ke?” 
Mendengarkan soalan mama, aku tidak berkutik.  Tak mampu hendak mengiyakan.  Benar begitu tapi akulah penyebab utama Mia ke sini.
“Kalau Teratai diam, maknanya betullah tu.  Haih…”  Mama mengeluh berat.
“Mama minta maaf bagi pihak Ziyad, Teratai.  Dia memang liar dulu, perempuan macam tukar baju.  Mama pernah pesan, satu hari nanti, paling tidak seorang akan datang kacau kehidupan dia dan ternyata kata-kata mama menjadi kenyataan.  Dulu, masa Ziyad kenalkan mama dengan Mia, mama bukan tak berkenan tapi mama kurang ambil kisah sebab mama dah tahu sangat perangai Ziyad tu macam mana.  Tapi…”  Mama berhenti berkata-kata.  Dia melepaskan nafas beratnya sekali lagi.
“Mama tak sangka, dia memang betul-betul sukakan Ziyad sebab dulu tu, mama ada tanya Zafrina dan kata Rina nampak macam tak serius.  Teratai okey, kan?” 
Aku angguk.  “Jangan risau… Teratai okey je.”
“Erm… itulah, mama dah pujuk Ziyad kata Teratai akan okey.  Dia perempuan baik yang tak akan menuduh tanpa usul periksa.  Tapi, Ziyad tu risau sangat takut kamu terluka, terasa… cemburu mungkin?”  tebak mama.
Pantas aku menggeleng menafikan telahannya. 
“Sikit pun tak ada rasa cemburu, ma.  Dulu Ziyad dah terus terang segalanya pada Teratai dan tak ada hak untuk adili Ziyad lepas apa  yang dia pernah lakukan kerana Teratai juga orang yang pernah lakukan kesilapan.  Berdirinya Teratai di sini hari ni adalah kerana ehsan dan belas kasihan Tuhan pada Teratai, ma,” beritahuku dengan makna tersirat yang mendalam.
Mama menggariskan senyum.  Nafas lega dilepaskan. 
“Syukurlah.  Ziyad tu risau sangat.  Dia beritahu mama dua hari lepas.  Katanya, Mia ada niat tak betul pada Teratai dan dia kerana kesilapan dia.  Terkejut bila dia cakap, dia halau Mia tapi kalau itu yang terbaik, mama tak mampu nak kata apa.  Kadang-kadang yang terjadi sekarang ni bagaikan balasan akan perbuatan kita.  Balasan yang akan mengurungkan sedikit dosa kita,” terang mama positif.
Aku menelan liur yang terasa kelat dan pahit. 
“Apa yang Abang Ziyad cakap?”
“Dia mengeluh depan mama dan ayah.  Dia kata dia kesal sebab mainkan perempuan dan hari ni perempuan tu cuba nak musnahkan rumah tangga dia dan lukakan hati isteri dia.”
“Lagi?”  tanyaku tidak sabar. 
“Itu jelah yang dia cakap pada mama dan kalau dia mampu putarkan waktu, dia akan tunggu saja Teratai Nur datang dalam hidup dia tapi itulah, setiap kekesalan itu hanya terjadi setelah kita melakukan kesilapan.  Jika tak… tak akan ada pepatah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak ada guna.  Cuma dalam hal kamu dan Ziyad, mama yakin Ziyad benar-benar kesal dan anggap sajalah semua ni untuk membersihkan hati masing-masing,” ujar mama lagi memujuk. 
Nafasku sesak.  Kupegang dada dan kucengkam sekuat hati.  Sungguh aku mahu menitiskan airmata saat ini bila mama berbicara tentang Ziyad.  Sejauh mama dia mahu menimbus hakikat sedangkan orang lain tak sudah-sudah hendak menggalinya. 
Anak mata memandang ke atas dan setelah kupastikan tiada lagi genangan air yang meniti pada tubir mata, aku pandang wajah mama.  Pegangannya kubalas lembut.  Tidak sampai hati rasanya hendak terus menutup hakikat ini daripada mama yang terlalu yakin akan asal-usulku  yang nyata tersasar di lorong yang gelap gelita. 
“Mama, benar kata mama.  Mungkin salah Ziyad sebelum ni tapi Teratai juga bersalah dalam hal ni, mama.” 
Kukumpulkan segala kekuatan yang ada.   Jika hari ini aku dihalau dan diherdik, aku juga rela.  Bukan tidak kufikirkan Ziyad tapi semuanya akan jadi lebih buruk jika Mia akan membuka mulutnya tentang sejarah laluku. 
Aku yakin, tiada siapa mahu bermenantukan wanita yang tiada asal-usul sepertiku malah bergelar bekas penagih pula.  Terlalu berat gelaran itu untuk diterima oleh mereka kerana aku sendiri tidak sanggup bila digelar bekas penagih.
“Teratai nak cakap apa ni?”  Soalan  mama membawa aku memandang dia sekali lagi dan kali ini dengan airmata yang merintik setitis di pipi.
“Mama, sebenarnya Teratai ni…”  Kecengkam lagi dadaku.  Sakit! 
“Teratai…” 
Beratnya lidahku Ya Allah.  Berikan sedikit kekuatan buatku.  Mata ini memandang ke atas lagi.  cuba membendung airmata yang kian mengalir. 
“Teratai Nur?  Kenapa ni?”  tanya mama risau.
Aku menenangkan nafas sendiri sebelum bersuara tapi rupa-rupanya aku masih tidak mampu mengungkap kata. 
“Mama dah agak, kamu pasti terluka sebab Ziyad.  Maafkan anak mama, ya nak?”  pinta mama tanpa mengetahui apa yang mahu aku tuturkan.
Beria-ia aku menggeleng tapi mama terus memaut tubuhku memeluknya erat dan aku sekadar menelan semua pengakuan yang mahu aku beritahu padanya.  Tiada kekuatan malah lidah juga terpasung kaku tak mampu berkata-kata.  Hanya airmata yang mengalir menggambarkan kekalahanku dalam menyatakan kebenaran.
“Kamu kena kuat.  Rumah tangga baru nak bermula, jangan fikirkan hal orang.  Abaikan saja.  Orang memang tak suka nak lihat orang yang lain bahagia.  Janji kamu dengan Ziyad tahu siapa diri masing-masing, itu dah lebih dari cukup,” pesan mama dan aku menggeleng.
Bahunya aku tolak lembut.  “Mama tak tahu.  Teratai dulu… seorang…”
Tak sempat aku sudahkan ayatku kala menemui kekuatan yang entah dari mana munculnya, telefon rumah menjerit nyaring. 
Mama memanjangkan lehernya dan tersenyum padaku. 
“Mama jawab telefon dulu.  Ayah kot.  Nanti kita sambung, ya?”  Dia seraya bangkit dan menuju ke birai tangga. 
Bila gagang dilekapkan pada telinga, namaku diseru.
“Teratai, sini… telefon ni haa,” ujarnya padaku dan aku bangkit lambat-lambat.
“Siapa?” 
 “Entahlah, Teratai.  Perempuan yang pasti.  Kalau lelaki mama tak bagi cakap jugak.  Ziyad tu bukan boleh.  Karang dia marah kamu pulak.  Nah, cakaplah,” sua mama padaku dan gagang bertukar tangan. 
“Ya, saya Teratai…”
“Teratai Nur binti Nordin.  Bekas pesakit yang dirawat di Hospital Selayang setahun yang lalu kerana kemalangan jalan raya, meracau tak mahu dirawat.  Cuba lari dan melanggar Kapten Ahmad Ziyad.  Jatuh dalam pelukan kapten kasanova tu dan awak juga terjatuh cinta pada dia.  Setelah itu dikenalpasti sebagai seorang penagih dadah!” 
Aku tekup mulut dan menggeleng mendengarkan suara itu.  Rasa hendak pitam.  Rasa hendak meraung.
“Awak ni…”
“Saya jururawat yang pernah bantu awak dulu, Teratai Nur,” sahutnya dan yakinlah aku dia adalah Mia. 
“Apa yang awak nak?” 
“Tak ada apa, Teratai.  Cuma nak ajar je lelaki macam Ziyad tu erti kehilangan,” gumamnya sinis.
Aku tarik nafas lelah.  Lelah angkara menahan airmata yang menujah tembok dan lelah dikejar bayangan silam  yang menjadi silapku. 
“Maafkan kami.  Maafkan suami saya, Mia,” pintaku bersungguh-sungguh.
“Maaf tu sepatunya Ziyad minta dari dulu.  Masa dia tinggalkan saya macam tu je.  Semua orang ingat saya tak kisah.  Tapi tu ego saya yang tak kisah, Teratai.  Saya ada harga diri tapi bila Ziyad mencabar saya begitu, dan hari ni ternyata nasib tu membelahi saya!”  tekan dia. 
Aku ketap bibir bersama airmata yang berjuraian. 
“Saya tak mampu kembalikan masa lalu…”
“Kerana masa lalu awak hitam, kan?” 
“Memang macam tu, Mia tapi saya dah berubah.  Setahun saya telah belajar banyak perkara dan saya tak mampu berikan Ziyad pada awak sekalipun awak meminta,” ujarku lembut.
Telingaku tersapa akan tawa sinis Mia di hujung talian.
“Awak fikir saya hadap sangat dengan Ziyad?  Dia tu dah sentuh entah berapa ratus orang perempuan, Teratai.  Saya ingatkan dia dengan saya, dia akan berubah.  Saya sudi terima dia seadanya dia tapi dia…”  Mia merengus kasar.
“… dia masih berniat nak main-mainkan perempuan dan dia silap sebab perempuan tu adalah Mia Maira!”  tempik Mia kuat.
Aku tersentak dan menjauhkan gagang telefon daripada telingaku seketika. 
“Mia, saya minta maaf dan saya merayu, tolong jangan hukum kami macam ni.  Kesianlah dekat kami.  Kami baru nak mulakan rumah tangga kami, Mia dan saya tahu awak faham perasaan saya kalau rumah tangga diasak, kan?”  Aku cuba mengajak Mia berkompromi. 
“Sangat faham, Teratai.  Sangat faham tapi satu je saya tak faham bila dia lebih memilih bekas penagih dadah macam awak ni untuk jadi isteri dia.  Itu yang saya tak faham.”
“Dah jodoh kami…”
“Dan saya adalah mangsa dia, Teratai.  Saya antara salah seorang mangsa Ziyad!”  jerkah Mia membuatkan aku terkedu tak mampu berkata apa lagi.
“Saya nak jumpa awak hari ni.  Awak free atau tak, Ziyad benarkan atau tidak, awak kena keluar, Teratai Nur.  Melainkan awak nak saya runtuhkan rumah tangga awak dengan Ziyad dalam sekelip mata je,” ugut dia.
“Apa yang awak nak sebenarnya?” 
“Buat masa ni tak ada apa yang lebih.  Hanya nak awak datang jumpa saya dan tanpa pengetahuan Ziyad yang pasti,” jawab dia dan aku tiada pilihan melainkan mengangguk saja. 
Setelah menyatakan persetujuan, Mia matikan talian dan aku pantas memaut dinding bila lutut terasa longgar. 




DARI jauh kulihat Mia melambai dengan senyuman manis.  Keluhan tipis aku lepaskan dan terus saja aku menuju ke Delifrance di mana Mia sedang menanti. 
“Kenapa lama sangat?”  soal dia sebaik saja aku labuhkan duduk.
“Maaf.  Saya tak dapat hubungi suami saya nak beritahu saya nak keluar.”
“Dah tu… awak tetap sampai sini, kan?”  sindir dia.
“Erm… saya minta izin mama mertua saya.”
“Dan apa bezanya,” tukas Mia lebih sinis.
Aku senyum.  “Ada bezanya, Cik Mia Maira.  Setidak-tidaknya, orang tua Ziyad tahu saya ke mana dan bertemu dengan siapa,” jelasku juga sinis.
Dahinya berkerut.  “Whatever.  By the way, boleh I tahu macam mana you all boleh menikah?  Dan macam mana you all boleh jumpa semula sedangkan I tahu Ziyad terlalu bencikan you dulu.”
“Sudah tersurat di landasan takdir Allah, Mia.  Tak ada siapa mampu menghalang apa  yang Allah mahukan,” jawabku memberikan jawapan mati.
Mia merengus.  “Jangan nak perbodohkan saya, Teratai!”  ugut dia keras.
“Saya tak ugut.  Saya berkata benar,” ucapku seraya menggeleng.
“Memang itu hakikatnya.  Saya sendiri tak tahu macam mana kami boleh bertemu semula dan kini kami telah bernikah.  Semua terjadi bagaikan mimpi dan begitu saja.  Kami tak merancang untuk bertemu kembali tapi jodoh telah menemukan kami.  Hanya itu  yang mampu saya jawab, Mia,” jelasku.
“Okeylah.”  Sekali lagi keluhan dilepaskan.
“Macam mana pulak awak boleh sembuh?” 
“Dengan izin Allah,” jawabku.
“Boleh tak bagi jawapan yang saya mahukan?”  tekan dia mengetap gigi.
Aku tenung matanya yang menyala. 
“Hanya itu jawapan yang saya ada, Mia.  Saya tak tahu macam mana saya lalui semua tu dulu.  Yang penting saya menderita dan bila saya sembuh, semua tu bagaikan mimpi,” jawabku.
Wajah Mia jelas menunjukkan yang dia tak mampu menerima jawapanku dan aku tiada jawapan lain lagi buatnya.  Segalanya sudah jelas.  Gelas yang sudah separuh berbaki dicapai dan diteguknya perlahan. 
“Puan Zahida dengan Encik Zamani tahu?”  soal Mia menyebut nama kedua-dua orang mertuaku.
Aku diam mengetap bibir.  Wajahku kian sugul. 
“Diorang…”
“Tak tahu, kan?  Sebab tu Ziyad takut, kan?”  tebak dia cepat-cepat.
Aku pandang wajah Mia.  “Apa yang awak nak dari kami sebenarnya Mia?”
“Nak tengok Ziyad kehilangan. Nak dia rasa kesakitan,” jawab Mia tenang.  Langsung tidak menggambarkan rasa bersalahnya.
“Kalau macam tu, saya akan pertahankan suami saya…”
“Dengan sejarah lalu kau?  Kau ingat Puan Zahida dan Encik Zamani nak terima kau ke?”  soal Mia berubah kasar.
“Dia akan terima dan saya akan berterus-terang,” tegasku.
“Heh, aku berani kerat jari yang dia tak akan terima kau dan masa tu aku akan puas hati tengok Ziyad tersungkur bila korang berpisah…”
“Kami tak akan berpisah melainkan atas kuasa Tuhan saja…”
“Aku mampu buat korang berpisah, Teratai!”  tukasnya sambil menepuk meja. 
Aku pandang sekeliling.  Ada beberapa mata sedang merenung pada kami dan berbisik.  Dudukku mula terasa membahang.  Sudahnya Ziyad tidak tahu aku ke sini ditambah pula dengan karenah Mia, aku tersepit.  Terhimpit.
Perlahan-lahan, aku bangkit dan tersenyum pada Mia.  Beg tangan hadiah perkahwinan daripada Ziyad aku gantung di bahu. 
“Pertemuan, perpisahan adalah ketentuan Allah, Cik Mia dan kalau kata Cik Mia terus berusaha untuk pisahkan kami namun Tuhan tidak berkehendakkan begitu…”  Aku menggeleng seketika.
“… semuanya sia-sia.” 
“Kau dengan Ziyad sama je!”  Dia bangkit dan dicapainya gelas yang masih bersisa itu lalu disimbah ke wajahku.
Namun, belum sempat setitis pun air mengenai wajahku, ada tubuh lain yang menghalang dan memeluk bahuku erat.
Aku terperanjat sendiri.  Mia lebih-lebih lagi dan beberapa pengunjung lain sudah bangkit dan memerhatikan kami.
“Abang!”
Ziyad tersengih dan mengelap bahunya yang basah sedikit terkena simbahan jus oren dari gelas Mia.  Mata kami bersabung dan aku dilanda kebisuan.  Cuak dan resah bercampur menjadi satu. 
“You dah melampau, Mia sampai ugut-ugut isteri I macam ni dan berani you cuba simbah air pada dia, kan?”  tanya Ziyad menahan marah.
T-shirt  yang dipakainya kotor.  Seluar dan kasut putihnya juga terkena sedikit cecair berwarna kuning tersebut.  Lengan Ziyad aku pegang erat.  Nafas Mia kulihat semakin ribut.
“Hari ni air yang you simbah kena I dan I maafkan.  Lain kali kalau betul-betul terkena isteri I biarpun setitik, I tak akan maafkan you, Mia.  You ingat tu dan jangan ganggu kami lagi seperti mana I tak pernah ganggu dan cari you!”  pesan Ziyad lalu dia menarik pinggangku dan kami terus berlalu menjauh daripada Delifrance.  

34 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Ziyad yang jatuh cinta pada orang yang mencari cinta. tahniah Ziyad. Teratai Nur, semoga tabah. Rencah rumahtangga bakal bermula. Mia hadir dengan dendan yang membara. Moga kasih sayang Ziyad dan Teratai akan mampu memadamkan api dendam Mia Maira.

    ReplyDelete
  2. aduh.. sib baik ziyad smpi.. kuat betul hati diaorg ni....

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  3. perempuan mcm Mia mmg jahat. Ziyad pun mampu berubah mengapa tidak Mia? Kesian Nur...hrp Ziyad dan Nur mampu mempertahankan rumahtangga mereka wlaupun masalah melanda...bestt, kak RM ! sambunggg ;)

    ReplyDelete
  4. sure pasni si mia tu cite pasal atai kt mak & ayah ziyad plak..eeee..tak suka tul..

    ReplyDelete
  5. Sgt best...x abis lg mia ni rupa nyer...
    Sian teratai...

    ReplyDelete
  6. Sian gak kat mia ni, dulu dia nak kan zayed, tapi tak mungkin la nak bersaing dengan Rina. Sekarang dia rasa dia mampu mengatasi teratai, tu yang jadi camni. ^_^

    ReplyDelete
  7. Mia dgan ziyad ni dah terlanjur ke...klu betul xble nak salahkan ziyad aje,si mia sndiri yg xpandai jaga maruah diri sbg perempuan.mudah2 serah body kt llki...pastu nak dendam bagai....

    ReplyDelete
  8. meluatttt kat mia >_<

    nana jamil

    ReplyDelete
  9. Mia oh Mia....mmgla sengal

    ReplyDelete
  10. mia smkin brani nak blas dndm dkk ziyad..
    mia cri lah kwn si ziyad tu tggh single..hehe
    nur sabo yer..rumah tgge mne yg x dilanda ombak..
    ziyad bnyk bsbr yer n setia dgn nur sbb ziyad kkuatn nur.. :)

    ReplyDelete
  11. Ziyad berterus terang ja lah dengan mama dan papa pasal kisah Teratai ... dari Mia yang cakap nanti lagi banyak penambahan dalam ceritanya....
    Mia ni macam orang sakit jiwa pulak.... x percaya pada kuasa Allah s.w.t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Berterus-terang sebelum lebih banyak kekeliruan terjadi dan yang hakiki diputar-belitkan. Teratai Nur pun sepatutnya maklumkan Ziyad hal ayahnya.

      Mia adalah perumpamaan seorang wanita yang tidak pandai menangani hak diri sendiri. Namun lelaki juga penyebabkannya?

      Tahniah RM, semua dari kita belajar sesuatu dari ini. Nyata kisah Bisakah ini lebih menarik dari yang sebelum ini.

      Delete
  12. Yeayyy! Hero datang! Annoyinglah Mia ni, taknak percaya takdir. Harap Teratai tabah. Next kak rehan....:D

    ReplyDelete
  13. As always, Ziyad the superhero came to the rescue! At the right time right place and right spot! Sambung jangan tak sambung raiter! Hehe,,

    ReplyDelete
  14. wah suami trcta sda mri... sgt sweet...nk lg cta ni sgt best la. x sbr nk tgu klimaks cta ni:)

    ReplyDelete
  15. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. benci ar mia tu.. hahaha emo

    ReplyDelete
  16. Haisyhh.. kalau fkir2 pon kesian mia jgak. mesti mia dah over sleep dgn ziyad kan sbb tu dia marah sngt tapi mia ko tu bodo sngt kenapa lpas tu nak mrah2 org plak. terima knyataan la ziyad dah kawin.

    ReplyDelete
  17. Sy hrp sgt yg ziiyad cme tinggalkn mia je. X buat lebih2, sian teratai.. cme sye hrp parents ziyad thu kisah tu dr ziyad sndiri. Bkn dr mia. Plis.

    ReplyDelete
  18. arghhhhhh...........jiwa kacau..

    aisya_humaira

    ReplyDelete
  19. ..cpt2 kak RM..Sambungannye..hehe..

    ReplyDelete
  20. Baik dalam drama, novel dan realiti. Orang dengki, jahat, berhati busuk sentiasa ada.. - Yang Setia Membaca -

    ReplyDelete
  21. annoynye baca, tak sukalah peragai terhegeh2 mia

    ReplyDelete
  22. btul2...slalu je ada watak pnjht,pndgki,brhti busuk

    ReplyDelete
  23. bertambahhhh best...
    abang ziyad datang mempertahankan Nur..

    ReplyDelete
  24. Mia nie mmg x paham bahasa ker??!! Hish!!! ape la plak rancangan mia lepas nie... next entry please

    ReplyDelete
  25. drama..drama..drama..drama habis la kak rehan..terbaik..=)

    ReplyDelete
  26. ksian kt mia. tp nak buat camne? dah jodoh diorg kan.. redha je la...suka kt ziyad...

    ReplyDelete
  27. hish mia brubah la...org dh xnk jgn nk gegeh la...

    ReplyDelete
  28. WOW!! ZIYAD MY HERO HERE HE COME ^_^ Mia tu knapa da org x ske da la... xpyh la nk dendam bagai mcm bengong je... (hehheh sory kak rehan teremo skit) ^_^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  29. sblm couple kn mia jg dah setuju .ngn ziyad..klu x sesuai error je...ni nak marah2 ...dah mcm x trm takdir pula jodoh atai n ziyad.....better trs ytg kt mak n ayah ziyad..dr dgr dr mulut mia....skrg2 sejuk hati sikit dgr dr anak sendiri....

    ReplyDelete