BAB 17
RAHANG Ziyad
turun naik. Pedal minyak ditekan
lagi. Menyelit dan terus menyelit antara
kereta yang agak banyak di atas jalan
raya. Membelah lebuhraya Daman sara-Puchong dengan kelajuan dan cara pemanduan yang
berbahaya. Keluar saja daripada One
Utama, Ziyad tidak berkata biarpun sepatah. Diam menahan perasaan dengan riak yang bengis
dan mata yang redup tajam.
Aku menelan
liur. Terasa bersalah pada dia. Sudah mahu menangis saat ini namun aku perlu
bijak memujuk Ziyad yang sedang dibahang marah.
“Aba ng macam mana tahu Nur
ada kat OU?”
“Aba ng balik rumah lepas meeting tadi dan mama cakap Nur pergi jumpa Mia dekat Del ifrance OU,” jawab
dia mendatar.
Aku hela nafas
lega. Setidak-tidaknya, Ziyad tiba pada waktu
yang tepat dan bersyukur bila keputusanku untuk memberitahu mama adalah tepat juga
biarpun wajah tua itu berkerut seribu. Bagai
tidak mengizinkan tapi rela akhirnya bila aku meminta-minta.
“Nur minta
maaf…”
“Apa maaf?” sergah Ziyad hinggakan bahuku terangkat dek
terkejut.
Aku pandang dia
dan dia menjeling aku penuh amaran.
“Apa yang Nur
dapat pergi jumpa dia? Apa yang Nur
dapat pergi jumpa perempuan tu?
Membelakangkan abang? Dan kalau
abang tak sampai tepat pada waktunya tadi, apa yang dia akan buat pada
Nur? Hah?” jerkah Ziyad terus.
Airmataku
mengalir tiba-tiba. Takut!
“Nur… Nur… min…
ta ma… af, abang,” pintaku sebak.
“Lain kali nak
buat fikir dulu. Jangan ikut sangat
kehendak perempuan macam tu. Dia nak
rosakkan Nur… nak rosa kkan bahagia kita, rumah
tangga kita. Nur sedar tak?” tanya Ziyad masih lagi dengan suara yang
meninggi.
“Nur tahu dan
sebab tu Nur ke sana . Nur nak pujuk dia jangan rosa kkan
rumah tangga kita dengan kisah silam Nur.
Nur tak nak abang dan keluarga abang menderita dan mendapat malu sebab
Nur…,” aduku sedih. Esakan kecilku
meletus.
Kudengar bibir
Ziyad mengucap berkali-kali. Dia meraup
wajahnya dan kelajuan kereta diturunkan.
Tangannya mencari tanganku dan aku pantas mengelak. Berjauh hati.
“Aba ng minta maaf tapi
percayalah, dia tak berani. Nur
percayakan abang. Bila abang dah buat
keputusan nak nikah dengan Nur, abang dah sedia hadapi semua yang akan berlaku
di depan hari. Kalau kata mama dan ayah
tahu, pun… itu tak akan beri apa-apa makna pada abang. Mama dan ayah mungkin marah tapi berapa lama
diorang nak marah? Abang tak kisah semua
tu. Abang tak kisahkan Mia ke sesiapa
ke? Berderet perempuan yang abang
tinggalkan tapi abang akan pertahankan Nur jika sesiapa saja datang menyerang. Tak boleh ke Nur percayakan satu hal tu? Percaya yang abang akan pertahankan Nur
sampai bila-bila?” Suara Ziyad mendatar
tanpa nada tapi aku yakin, dia masih marah.
“Nur tahu…”
“No, you don’t know. That’s why you’re there just now,” bentak
Ziyad.
“Nur tahu,
abang. Nur yakin dengan janji abang dan Nur ke sana sebab Nur ingat dia…”
“Dia apa? Dia nak dengar permintaan Nur? Teratai Nur…”
Ziyad sengih sinis dan menggeleng padaku.
“I
knew women well.
Setiap yang abang dampingi dulu, abang akan belajar dengan sikap dia dan
abang akui, Mia adalah kesilapan abang sebab dalam kelembutan dia tu hati dia
keras,” ucap Ziyad sekali lagi mahu menyapa jari-jemariku.
Kali ini bila
dia berjaya, dia cengkamnya kemas tanpa ada tanda hendak melepaskannya lagi.
“Dia tak akan
berani buat onar. Abang akan pastikan
itu. Abang akan pastikan Nur tak akan
disakiti lagi. Abang dah tak sanggup
kalau Nur menderita lagi sebab orang lain.
Cukuplah hal lalu yang Taufiq dan Ibu Hanah ceritakan pada abang,” jelas Ziyad dan dia
menelan liur bagaikan tersilap meluahkan kata.
Keningku
berkerut. “Taufiq dan Ibu Hanah beritahu? Tentang apa?”
Jantung sudah
mula tak mampu hendak mendiamkan diri. Laju
mengepam darah menjadi darahku bagai menongkah arus. Membawa guruh yang berdentum dentam dalam
dada.
“Aduh… terlepas.” Ziyad merungut. Bibirnya diketap.
Kali ini, bahuku
pula dipaut dan dia menukar lorong pemanduan di sebelah paling kiri.
“Ibu Hanah dah
ceritakan segalanya pada abang pasal Nur,” akui Ziyad akhirnya.
“Bila?” soalku dengan suara yang bergetar.
“Malam kita nak
balik ke sini. Masa Nur tidur abang
telefon Ibu Hanah lepas ambil handphone
Nur hari tu, kan? Dia bagitahu pada abang
kenapa Nur boleh terjebak. Benar telahan
abang. Pasti ada sesuatu yang buat Nur
jadi macam tu dan abang tak salahkan Nur sebab masa tu Nur masih terlalu muda.”
Aku menahan
nafas. Menahan sendu sebetulnya. Diam kaku dengan kepala yang terlentok pada
bahu Ziyad. Kura sakan
bibir Ziyad singgah seketika tepat di kepalaku.
“Mia ke, siapa
ke … abang tak akan izinkan diorang sakiti Nur,” pujuk dia lagi.
“Cuma satu Nur
kena janji dengan abang. Lepas ni,
biarlah Mia ugut apa pun, jangan pergi.
Jangan ikut kata dia. Dia tak
akan berani. Abang yakin tu,” pesan Ziyad
seterusnya dan aku hanya mampu mengangguk.
Waktu ini, wajah
ayah terbias di ruangan mata. Entah ke
mana ayah menghilang. Entah hidup
entahkan mati, tak mampu aku pastikan.
SAAT kami tiba
di rumah, mama membuka pintu. Kala itu,
ayah sedang membelek akhbar dan aku segera salami mama.
“Teratai pergi
jumpa Mia kenapa?” Riak mama resah.
Aku pandang
Ziyad.
“Erm… biasalah
mama. Bila ada perempuan lain ugut nak
rosakkan rumah tangga sendiri, seorang isteri pasti pertahankan rumah tangga
dia, kan ?” jawab Ziyad bagi pihakku lalu dia berlalu ke
dalam rumah menuju ke ruang tamu.
“Eh, ya ke? Ya Tuhan… kalau mama tahu, mama tak izin kamu
pergi, Teratai. Ni Ziyad sempat
sampai ke?” soal mama menarik aku masuk dan menutup
pintu.
“Sempatlah… ini
yang kena simbah ni,” rungut Ziyad masih marah.
Dia
menghempaskan tubuhnya di atas sofa di sebelah ayah. Ayah menutup akhbarnya dan memandang kami
semua.
“Hai… kan ayah pernah
pesan. Tak semua perempuan tu lemah dan
hari ni terbukti… tengok Mia. Kamu main-mainkan
dia dan hari ni dia main-mainkan kamu pulak tapi mujur dapat Teratai Nur…
mengerti. Kalau oran g lain dah lama tinggalkan kamu. Pergilah Yad, minta maaf dengan dia,” suruh
ayah kesal.
“Yad dah minta
maaf berpuluh kali, yah. Yad tak pernah rosa kkan dia. Kami
berkawan. Kalau dia nak teruskan juga
niat jahat dia tu, biarlah. Allah maha
tahu,” jawab suamiku tenang sedangkan aku dilanda guruh di dalam dada.
Ziyad bangkit
dan menarik tanganku.
“Hah, nak ke
mana pulak tu? Tak kerja dah ke?”
“Tukar baju,”
sela Ziyad menghala ke anak tangga.
“Yang heret
Teratai Nur tu kenapa?”
“Isteri Yad…
sebab rindu baru balik. Nak lepaskan
rindu kat bilik, sebab tu heret dia sama,” tukas Ziyad selamba dengan riak
wajah yang tiada perasaan.
Aku mengetap
bibir. Mama dan ayah menggeleng namun
Ziyad hanya berwajah tenang saat merapatkan daun pintu.
Baju-T miliknya
dilepaskan daripada tubuh. Ziyad
merapati pintu luncur dan menutup langsir itu membiarkan bilik kami sedikit gela p.
Aku tahu Ziyad
merenungku namun aku hanya tenang membuka tudung dan mendekat pada alma ri. Sehelai tuala bersih aku keluarkan. Sehelai baju-T putih juga aku keluarkan dan
bila aku suakan pada Ziyad, dia menarik tanganku membawa aku jatuh tepat di
atas dadanya lalu Ziyad meleraikan ikatan rambutku.
“Nur pernah
menderita kerana seorang lelaki bergelar ayah dan abang tak akan sanggup
biarpun Nur menderita lagi kerana seorang lelaki yang bergelar suami pula.”
Disentuhnya
bibirku dengan hujung jari. Ditiupnya
seluruh wajahku membuatkan aku memejamkan mata seketika.
“Ampunkan Nur
keluar rumah tanpa izin abang,” pintaku.
“Aba ng maafkan kalau
Nur…” Pantas Ziyad membalikkan tubuh
kami membawa kedudukan kami bertukar dalam sekelip mata.
Entah mengapa,
bila Ziyad dalam keadaan begini, saat ini, waktu ini… bayangan perit di mana
dia bersama wanita lain dulu menerpa.
Lebih-lebih lagi Mia. Aku
pejamkan mata rapat-rapat. Ada hasutan jahat
berbisik. Menghasut.
Mata kubuka dan
aku pandang Ziyad bila kurasakan, dia hanya mahukan jasadku, bukan seluruh hati
dan jiwaku.
“Aba ng tak usik Nur sebab kehendak lelaki abang
semata-mata, kan ?”
Ziyad
menggeleng. “Tak, sayang. Kalau betul abang hanya nak puaskan nafsu
abang, dah lama abang dapatkan Nur dan abang yakin Nur akan rebah dalam pelukan
abang tapi abang tunggu saat kita disatukan dan barulah abang takluki Nur
dengan izin. Maafkan abang atas sikap
jahat abang tapi percayalah, Nur tak akan sakit lagi. Kalau kata Nur tersakiti kerana abang, abang
akan bawa diri jauh dan tak akan maafkan diri abang lagi,” jawab Ziyad lembut.
Wajahku dibelai
lagi. “Aba ng
tahu dalam fikiran Nur macam-macam ada sekarang, kan ?
Lupakan semua. Kita pernah
silap dan ini peluang kita untuk
memperbetulkan keadaan. Aba ng sayang dan cintakan Nur. Bukan untuk sesaat, sehari malah untuk
selamanya. Hingga ke syurga, sayang,”
pujuk Ziyad padaku.
Aku mengangguk
dan segera aku halau sejauh mungkin bayangan jahat yang menjengah.
“Nur minta
ampun…”
“Dan abang
ampunkan Nur. So, let me love you,” bisik Ziyad lagi.
“Nur tak faham…”
Ziyad menutup
bicaraku dengan ciumannya. Aku
terpegun.
“Jangan cakap
Nur tak faham bila abang dah tahu siapa Nur sebenarnya,” tegur Ziyad sedikit
tegas.
Aku ketap bibir
menahan rasa. Bila Ziyad semakin
mendekat aku sedaya-upaya cuba
menolak semua resah itu menjauh pergi.
Pergilah buat seketika.
Menjauhlah jika perlu dan buat selamanya kerana aku ada dia menjadi
pertahanan buatku.
(Kapten Ahmad Ziyad bin Zamani)
PANGGILAN
daripada Puan Talhah malam itu membawa senyuman pada bibirku. Tak sabar hendak kukongsikan dengan Ziyad. Setidak-tidaknya, dengan berita ini, perihal
Mia dan ugutannya mampu aku tolak ke
tepi. Aku mampu menghela nafas
lega.
“Bila Tiani
boleh keluar?”
“Minggu depan,”
jawab Puan Talhah.
“Awak tak nak
balik ke, kita boleh jemput Tiani sama-sama.
Saya dah telefon Taufiq tapi katanya banyak kerja pulak. Tak sempat,” ujar Puan Talhah lagi.
Aku pandang
Ziyad yang sedang menyilang panggung menonton televisyen sendirian bila mama
dan ayah sudah masuk ke bilik.
“Insya-Allah,
puan. Nanti saya minta izin Ziyad dulu
atau saja ajak dia sekali. Lagipun,
teringin nak jumpa Ibu Hanah.”
Puan Talhah
ketawa halus. Dia mengucapkan syukur
berkali-kali. Aku ingin temui Ibu
Hanah. Mahu berterima kasih atas
segalanya. Jika aku, pasti tak kutemui
kekuatan untuk bersuara hingga ke saat ini.
“Erm…
alhamdulillah, Teratai. Berkat doa kita
semua dan sokongan awak pada dia dulu.
Moga dia terus kuat hadapi hari-hari mendatang,” ujar Puan Talhah.
Aku senyum. “Insya-Allah, puan. Tiani akan terus okey. Saya sentiasa mendoakan.”
“Erm… ada berita
pasal ayah awak?”
Pertanyaan Puan
Talhah membuatkan aku gamam seketika.
“Tak ada
puan. Macam tak nak berharap tapi nak
juga jumpa ayah sekali lagi kalau diberikan kesempatan.”
“Ada lah tu. Jangan sedih-sedih sangat,” pujuk dia.
Aku hanya diam
menerima segala pujukan. Ziyad juga tak
puas memujukku. Ibu Hanah juga. Namun, sesekali hati sendiri bagai sukar dipujuk.
“Erm… tak
apalah, Teratai. Dah lewat ni. esok saya kena masuk kerja awal sikit. Sejak awak tak ada, payah nak jumpa pekerja
macam awak. Terpaksalah saya buat
sendiri.” Pual Talhah ketawa.
Tiba-tiba aku
berasa bersalah pula.
“Maafkan saya,
puan. Berhenti macam tu je,” beritahuku.
“Eh, mana ada
macam tu. Ziyad dah minta dengan saya
dah. Jangan rasa bersalah. Ingat ya, beritahu Ziyad tentang Tiani. Kalau dia izinkan, saya berbesar hati,” ucap
Puan Talhah padaku.
“Ya, puan. Jaga diri, ya puan,” pesanku sebelum talian
kami putuskan.
Baru saja aku
letakkan gagang telefon, Ziyad memanggil namaku kuat. Cepat-cepat aku hampiri dia.
“Duduk sini,”
arah dia dan aku terus saja melabuhkan duduk di sisinya dan Ziyad terus
merebahkan kepalanya di atas ribaku.
“Lama
sembang?” tanya dia.
Aku gariskan
senyuman. Hilang semua kedukaan dengan
khabar gembira yang telah Puan Talhah sampaikan.
“Puan Talhah
cakap tadi, Tiani dah boleh keluar,” beritahuku teruja.
“Adik
Taufiq?”
Aku angguk. Mata Ziyad membulat. Mulut dia juga.
“Tiani dengan
Nur siapa lagi tua?”
“Nur. Dia lagi muda dari Nur. Muda tiga tahun kot. Lebih kurang.
Kenapa tanya?”
Ziyad sengih
tidak menjawab. “Nur umur berapa
sekarang?” soal Ziyad lagi.
Dahiku berkerut sana - sini. Tidak percaya jika Ziyad tidak ketahui akan
umurku.
“Dua puluh tiga
tahun. Abang tahu, kan ?”
“Ya… ya… abang
tahu. Isteri abang ni muda jauh dari
abang. Tapi, kiranya dah boleh jadi ibu,
kan ?”
“Aba ng
nak cakap apa sebenarnya?” Semakin pelik
aku dengan kata-kata Ziyad.
“Tak ada
apa. Tiba-tiba teringat dekat Zayed dan
Zafrina, abang tak sabar nak jadi ayah.
Bila Nur nak mengandung?”
“Err… itu kan kerja Allah…”
“Tapi kita
manusia kena usa ha.”
“Kan dah usa ha.
Nak usa ha
macam mana lagi?”
“Macam ni…” Ziyad mengangkat wajahnya dan cuba
mengucup bibirku tapi aku menahan.
“Nur ada hal
lain dulu nak bincang dengan abang ni,” jelasku. Menolak kemahuan Ziyad yang
kurasakan ada masanya tak kena pada waktu dan tempat.
Ziyad hanya
jongketkan kening memberi laluan aku bersuara biarpun air wajahnya nampak
sedikit kecewa.
“Puan Talhah
ajak Nur sama masa jemput Tiani nanti.
Lagipun, Nur rindu dekat Ibu Hanah dan Tiani. Boleh tak Nur balik?” pintaku pada Ziyad.
Lama Ziyad diam,
tidak menjawab. Dia sekadar merenungku
tak berkelip-kelip.
“Minggu depan, kan ?”
Aku angguk.
“Minggu depan
mungkin abang kena ke Lumut. Ada hal sikit. Kalau kata abang tak ada kat rumah ni, Nur
nak balik pun boleh. Tapi, jangan
berlama-lama sangat. Nanti abang belikan
tiket flight,” ujar Ziyad memberikan
keizinan.
“Eh, tak
apa. Belikan tiket bas pun tak apa,”
tolakku sopan.
Ziyad menggeleng
dan menarik tanganku agar membelai rambutnya yang sudah sedia pendek.
“Nan ti tubuh Nur penat.
Nur kena ingat, sekarang ada dua oran g
yang pakai tubuh Nur. Nur sendiri dan
juga abang. Kena jaga diri lebih
sikit.” Ziyad bertegas.
“Tapi, kalau
abang boleh ikut sama, boleh kita jumpa Ibu Hanah,” ajakku.
Ziyad tersenyum. “Aba ng
ada kerja tarikh tu. Sayangkan tahu
kerja abang macam mana? Nanti dah tak busy, kita balik melawat kawan-kawan Nur
kat sana ,
ya?” pujuk Ziyad menolak.
Tak dapat tidak,
aku hanya tersenyum dan mengiyakannya saja.
Keizinannya sudah memadai buatku pergi dengan tenang hati. Lupakan segala perihal Mia dan sejarah lalu.
“Tapi, nanti apa
yang Nur nak bagitahu pada mama dan ayah abang?
Nur rasa baik kita terus-terang je.”
Mata kami bertaut
lagi. lama. Sebelum Ziyad bangkit dan duduk bersila di depanku.
“Tentang tu biar
abang ur uskan. Lagipun, mama dan ayah dah tahu adik pada
Taufiq tu ada dekat pusat pemulihan dan tentang Nur bagi abang masa dan fikir
cara yang sesuai nak beritahu mama dan
ayah. Hal-hal macam ni, kita kena
bijak. Kena cari masa dan tempat serta
cara yang sesuai untuk sampaikan pada diorang.
Cuma, yang paling penting sekarang ni, kalau Nur rasa nak cari ayah,
kita akan usa hakan.”
“Err… maksud
abang?”
“Aba ng dengar Nur beritahu Puan Talhah tadi dan abang akan usa hakan biarpun abang tak berapa suka sebab
dialah penyebab Nur jadi macam tu dulu,”
jelas Ziyad sedikit gera m.
“Aba ng, Nur tak paksa
abang…”
“Ya, abang tahu
Nur tak pernah memaksa. Abang yang rela
hati. Untuk sekali pun tak apa. Biar abang jumpa lelaki yang telah bawa Nur
ke dunia ini. Baik buruk, dia tetap bapa
mertua abang. Pasti ada yang hebat
tentang dia sebab tu dia ada anak sehebat Teratai Nur. Nur hanya doakan moga dia masih ada dalam
dunia ni, ya?” pujuk Ziyad menyentuh
pipiku.
Mataku berair
menerima perhatian Ziyad pada diriku. Tidak
salah aku memilih dia dan yakin menerima
cintanya setelah lelah hati ini berlari.
Perlahan-lahan, aku gapai tangan Ziyad dan mengucupnya penuh kasih.
“Thanks, abang,” ucapku dan mata Ziyad
membulat.
“Thanks?”
usik dia.
“Reti pun cakap
English…”
Aku tampa r lengan Ziyad. “Kan
Nur dah cakap, itu jelah Nur reti.”
“Liar,” tuduh Ziyad.
“Yes. Then,
I’ll love you until my last breath. Ever
after,” balasku dan Ziyad nampa k
terlopong. Tidak percaya dengan apa yang baru saja aku ucapkan.
Jari-jemari kami
bersulam antara satu sama lain.
“You?” Ziyad nyata kehilangan kata. Terkejut.
“Hold me, love me, be beside me forever cause
you’re my everything,” sambungku tanpa mempedulikan Ziyad yang
terpinga-pinga.
“Yeah…”
Hanya buat seketika dan dia kembali tersengih nakal. Mencebirkan sedikit bibirnya lantas
tersenyum.
“Kita kemudikan
kapal kita bersama. Abang nakhoda dan
sayang menjadi pembantu nakhoda kerana abang tak akan mampu bertahan jika badai
mendatang dan sayang tahu, kan ? Badai bila-bila masa akan menghampiri.”
Tubuhku dipaut
dan dipeluknya erat malah dia merebahkan tubuhnya sedikit memberikan aku
keselesaan berada di atas tubuhnya.
“Nur harap Nur
kuat bila tiba masa tu, abang.”
“Ya, Nur akan
kuat. Nur rebah abang sambut, Nur kena
simbah abang hadang dulu,” gurau Ziyad dan aku tersenyum kelat.
“Sekarang ni,
abang nak…”
“Nak apa?” Laju aku bertanya.
Ziyad
ketawa. “Nur fikir apa ni? Abang nak Nur tidur. Cukuplah sehari sekali abang dibelai isteri
abang. Kosongkan minda, jauhkan
segalanya. Nur adalah cahaya abang dan
tanpa Nur dunia abang tak lagi berseri nanti,” jawab Ziyad dan aku pejamkan
mata.
Rebah di atas
dada bidangnya yang hanya dibaluti t-shirt
putih tipis. Degupan jantung Ziyad
tidaklah selancar mana kerana aku tahu, dia juga sedang bertahan demi aku. Bertahan demi sebuah rumah tangga yang telah
kami bina atas kesungguhan Ziyad.
~~> bersambung

suka suka suka.. hikhik
ReplyDelete:)
ReplyDeletesuweetttt
ReplyDeleteauchhhhh!!!!!!!kne kencing manis la nnt nih....sweet la sgt ziyad nih...adehhh
ReplyDeletewahhhh..CAIR..cair..kak rehan nie mmg laa..mmg pndai bab2 cairkn ati org kn..dgn gmbr captain ziyad tuu, mmg cair abiss laaa..
ReplyDeletePlzzz put me back in d freezer coz i'm melting right now hehe....
ReplyDelete:):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):)
ReplyDeleteAku sangat sukaaaa...
ReplyDeleteKesiannya drg ni....tdk henti2 dugaan. Mungkin itu lah karma. Tp kan, TUHAN tdk akan menguji sekiranya DIA tau kita tak mampu menghadapinya. betul tak????
ReplyDeleteaduh!! jatuh cinta ni dgn Ziyad :D
ReplyDeleteambikk..sekali speaking tergamam ziyad...hahahahah!! like like like..
ReplyDeleteawhhhhhh ska..nk kpten ziyad tu.hahaha
ReplyDeletedlm Islam tiada karma..tpi kifarah
ReplyDeletehikhikhik...sangattt sukeee...
ReplyDeletei like !!!!
ReplyDeletememamg seweet
ReplyDeleteGila ah.. Ziyad...
ReplyDeleteAduh.. Penasaran...
Gud job ann...
X saba nak tunggu next n3...
semoga Ziyad dan Teratai lebih kuat dan sabar menghadapi hari yang akan datang...
ReplyDeletekautkan semangat...
Oh crap, ziyad is driving me crazy. Romantik gilaaa!
ReplyDeletebest sgt....nk lg....
ReplyDeleteRs jatuh cinta plak dgn ziyad yg br ni...
ReplyDeletesuka sangat2...huhuhu =D
ReplyDeleteuntung la...dpt ZIyaD
ReplyDeleteBest sangat. Ni upload byk2 ni buat bekal weekends ke
ReplyDeletehohoho...like like like...
ReplyDeleteHuda
owh so sweet...ska sgt dkt pasangan bhgia ni....ske sgt2 la....
ReplyDelete~ct izaidah~
ssswwweeettttt yyyyaaaaa....!!! jlez3x....hahahha
ReplyDeleteterkelu lidah bce n3 kali nie.
ReplyDeletesweet sgt...
thanks RM.
yayyyyy org pertmam komen...
ReplyDeletesian atai..x per ziyad slalu ada...hehehehe
slaplah plakkk
DeleteZiyad sweet... ;)
ReplyDeleteyes.........N3 baruuu.lagi Rm,N3...N3..N3
ReplyDeletemakin romantiak si ziyad ni,,, bgus jugak bagi amaran kat mia meeroyan...
wwannurr
kn dh aagak dh...nur tu pndai je ckp english...saje je..hehehe
ReplyDeleteSweet sesangat ziyad ni and loving giler.. Bertuahnya nur dpt hubby yg romantik dan caring ni.. Rasa cam dah jatuh cinta pulak ngan ziyad. Nak lg lovey dovey rm.. Bg melting abis.. Along
ReplyDeleteWaduhhhh sgt sweeeettttt.....
ReplyDeleteJgn lah ada pemusnahhh kehidupan mereka. Dan tiani xda hati ngan ziyad gak....
teringin nk tgk part ziyad jeles..cmne la agknye eh hehe
ReplyDeleteoh my oh my oh my!!!!!! i'm melting with u Kapten Ahmad Ziyad...
ReplyDeletekak RM nak mntk tlog boleh? jgn ltak gmbr ziyad la akak. mengganggu. asyik nak scroll tngk gmbr dia aje. hehe
ReplyDeletewooooaaahhh!!!!!!! sweet gler.. da cair da saya nie..... i love u Abang Yad (hehehhe nme manje ku)
ReplyDelete^_^
-Song Hyun Sun-
Ouchhh! jantung sakit sngt sbb kata2 cinta si Ziyad! boleh kena heart attack! haahaa, sambung kak RM !
ReplyDeleteLove you, Captain Ahmad Ziyad bin Zamani :*
Ziyad si kapten hati.. :)
ReplyDeleteSgt kecairan dgn dia..emosi bule jd tak stabil..
Hope sgt badai tak teruk.. :)
Best...:-)
ReplyDeletebetul kata ziyad.ambik masa tp jgn lama sgt...cepat bertindak n sampaikn ngan cara terbaik pd mak n ayah ziyad ttg atai.....Insya Allah..dia org dpt terima...klu x terima ...sedih le.adgkn anak dia org ziyad dulu pun lbh teruk dr teratai...nk dibandingkn ngan teratai...teratai terjebak disbbkn ayahnya..sdgkn ziyad sebaliknya.....so utk mak n ayah mertua atai...hope terima ngan hati yg lapang...jd tulang belakang utk ziyad n atai trs berubah dlm mencari keredhaanNYA.....sama2 hadapi ujian dlm rumahtangga anak n menantu.....hope karya rehan kali ni mmg lain...sbb realitinya ramai yg x terima org mcm atai ...sbb malu n sbgnya ...sbb tu yg x kuat kembali menagih.....tu realiti....moga melalui karya ni kita dpt ambil sesuatu yg berharga.....siap kita nk menghukum org lain.....wallahualam....maaf salah n silap...
ReplyDeletesiapa*
ReplyDeleteXsangka kn. Ziyad yg nakal bila baik dh buat org cair
ReplyDeleteaduh...sukanya, suka sangat2
ReplyDeleteso sweet..tulah jangan ingat Nur x pandai berspeaking sekali speaking buat ziyad shock and melt..huhuhu best mmg best.
ReplyDeleteLIKE...LIKE...LIKE...:)
ReplyDeleteziyad mmg romantik
ReplyDeletedah melting dgn kapten Ahmad Ziyad bin Zamani....like...like...like
ReplyDeletehensemnya ziyadddddddddddddd... :)
ReplyDeletebgsnya ad suami daring mcm ni...
ReplyDeletehpe cta ni akn jd cth bt smua:)
best...best...best...
ReplyDeleteromantic abis :)
kak an, kenapa la ahmad ziyad ni hensem sangat bila dia senyum..haih! melantun2 jiwa
ReplyDeleteAduh RM, runtun jiwa bila Ziyad tak mahu menjadi lelaki kedua yang melorong derita kepada Teratai Nur.. mahu jadi pelindung. Moga sahaja Ziyad akan memaknakan kata-katanya.. Sesuatu yg akak sedar, Ziyad dah membuka minda akak yang ayah Teratai Nur bukanlah lelaki kejam. Dia terdorong oleh situasi.. Pasti ada yang hebat tentang lelaki itu.. Itu kata Ziyad. Akak nantikan ceritera seorang lelaki yang pernah terhumban ke lorong hitam dan tewas berjuang dek kerna seorang wanita. Oh RM, cerita ini lebih menarik. Novelkan ia ya?
ReplyDelete