Geng

Thursday, December 20, 2012

Bisakah... 19


BAB 19

BANTAL aku tepuk beberapa kali.  Setelah itu, aku kemaskan sedikit cadar sementara menanti Ziyad keluar daripada bilik air. 
“Dah boleh tidur?”  tanya Ziyad seraya menutup pintu bilik air.

Aku mengangguk dan memanjat katil.  Ikatan pada rambut aku buka dan kukirai rambut dengan jari.
Ziyad menutup lampu utama dan terus merebahkan tubuhnya di atas katil.  Baru hendak kutarik gebar, Ziyad mengiringkan tubuhnya menghadap aku.
“Rina cakap apa tadi?” 
“Tentang Mia,” jawabku tanpa berselindung.
“Dia lagi?  Kali ini tentang apa pulak?”
“Kata Kak Rina, dia jumpa Mia masa pergi seminar beberapa hari lepas.”
Okay, then?”  Ziyad bertanya penuh minat. 
Aku sekadar menyadarkan tubuh pada belakang katil bila Ziyad sudah menongkat kepalanya dan siku menahan pada bantal.  Menyoroti mataku.
“Tentang Nur dan abang.” 
Ziyad mengerutkan dahi.  Padanya, kuceritakan semua yang telah Doktor Zafrina beritahu.  Sedikitpun tak sudi hendak kubohongi dia. 
“Abang dengar ni rasa mendidih darah,” komen Ziyad setelah aku tamatkan cerita.
Tanganku berlabuh pada bahunya.  Mengusap lembut bahu sasa yang terdedah itu sebelum kurebahkan tubuh dekat di sisi Ziyad.
“Sabar abang.  Anggaplah dia tu dugaan dan dugaan adalah untuk kita tewaskan.  Bukan untuk kita kesali,” pujukku.
Suasana sepi.  Wajah Ziyad jelas monyok di mataku.  Bila aku mengiring menghadap tubuhnya pula, pinggangku ditarik rapat pada dia.
“Abang risaukan Nur…”
“Dan Nur risaukan abang, mama dan ayah,” tukasku pantas.
Kepalaku dikucup lembut.  “Tidurlah.  Tidur bersama abang dengan tenang.  Moga mimpi indah dan biarlah mimpi ngeri itu hanya abang laluinya.”
“Tak… kita sama-sama lalui mimpi yang sama.  Kalau kata ngeri, Nur pun nak ada dengan abang dan kalau indah, Nur juga mahu menemani abang selagi abang mahu Nur ada di sisi…”
“Selamanya.  Selamanya, sayang,” cantas Ziyad lalu aku pejamkan mata. 
Terlena di dada Ziyad dan di dalam pelukan kasih sayang Ziyad yang semakin  hangat dari hari ke hari namun adakah takdir itu akan menduga sekali lagi dan membawa kehangatan ini pergi lalu mencampakkan aku jauh ke dalam kedinginan di mana hanya ada aku dan kelam?  Hanya Allah punyai jawapan itu. 





USAI bersarapan, mama dan ayah terus menemani kami ke pintu.  Dipeluknya tubuhku penuh kasih.  Tangan kedua-duanya aku salami. 
“Ziyad nak hantar Nur terus ke KLIA ke?” 
Ziyad mengangguk seraya bersalaman dengan kedua-dua mama dan ayahnya.  Beg sandang milikku dicapai dan dipegang kemas.  Pakaian kerjanya yang kemas disentuh sedikit. 
“Erm… teruslah.  Ni dah pukul berapa dah ni?  Lepas tu Yad nak ke Lumut terus,” beritahu Ziyad pada mereka berdua sambil mengerling jam dipergelangan tangan kiri. 
Beg tanganku Ziyad capai.  Dia tersenyum bila aku memandang dia pelik.  Mama dan ayah juga hanya mengukir senyuman mesra.  Hanya aku yang sedikit janggal dengan keadaan ini.  Tapi Ziyad, benar-benar tenang atau buat-buat tenang, tak mampu aku pastikan.
“Berapa hari Yad kat Lumut?” 
“Tak pasti, ayah.  Selesai kerja kat sana, Yad balik MINDEF.  Tengoklah dulu lepas tu macam mana.  Mungkin ke Tawau pulak ke.  Tengah tunggu tarikh dari pihak atasan,” jawab Ziyad pada soalan ayahnya.
“Habis tu Teratai pulak berapa hari kat Kelantan?” 
“Err… mungkin lepas selesai uruskan Tiani keluar dari pusat pemulihan tu, Teratai balik sinilah,” jawabku lancar.
“Emm… tak apalah.  Temankanlah dia kalau Ziyad izinkan.  Lagipun, kawan Teratai juga.  Kadang-kadang orang-orang macam ni perlukan sokongan. Cumanya, kalau dia anak mama, tak tahulah mama nak kata apa.  Kecewa jangan cakaplah,” ujar mama tenang.
Aku senyum segaris.  Mengerti dengan apa yang mahu disampaikan oleh mama. 
“Tiani tu baik, mama.  Kebetulan dia lagi muda dari Teratai.  Masa kami sama-sama…”
“Eh, sayang.”  Ziyad pantas menyiku aku membuatkan kata-kataku  mati.
“Apa?” 
Matanya dijegilkan sedikit. “Dah lewat ni.  jom-jom,” ajak dia tergesa-gesa dan aku mengerti kini.  Hampir saja aku terlanjur kata.
Mata mama dan ayah aku pandang dengan wajah yang sedikit berubah.  Aku tahu, air wajah mama dan ayah juga berubah.  Bila kami hendak berlalu, mama menahan langkahku membuatkan jantungku hampir terjatuh ke simen.
“Teratai… tak apa kalau Tiani tu bekas penagih.  Bagi semangat pada dia.  Lagipun, keluar dia dah banyak bantu Teratai, kan?  Moga dia terus kuatkan semangat nak hadapi dunia ni,” pesan mama membuatkan nafas mengahku kian reda.
Ziyad mengerling aku dengan air muka  yang kembali tenang.  Lega.
“Betul tu, Teratai.  Mungkin kalau jadi dalam keluarga kita, payah kita nak terima, kan?  Cumanya dengan perkara ni, hal Tiani boleh kita didik hati kita menerima diorang kembali di sisi masyarkat,” tokok ayah membuatkan aku semakin takut jika mereka tahu akan kebenaran. 
“Emm… Teratai faham perasaan tu, ayah.  Perasaan yang orang lain tak mungkin faham,” jawabku penuh makna dengan mata yang mula berkaca-kaca. 
Ziyad menarik jari-jemariku dan baru hendak melangkah, sebuah kereta hitam dengan plat ZL berhenti tepat di depan pagar.  Seorang lelaki keluar.  Segak dengan pakaian biru terang tersenyum pada Ziyad.
“Diorang dah sampai tu.  Lepas hantar Nur, Yad terus ke Lumut, tau.  Doakan kami, yah… mama,” pinta Ziyad buat kali terakhir sebelum kami menghampiri pintu pagar.
“Assalamualaikum, Tuan!”  Lelaki itu tabik pada Ziyad dengan tubuh yang berdiri tegak.
Ziyad mengangguk.  “Waalaikummussalam.  Lepas ke KLIA, kita terus ke Lumut.  Saya ada meeting petang ni.”
“Baik, tuan.”  Lelaki tadi hanya mengikut arahan dan membuka pintu buat Ziyad dan aku. 
Sepanjang perjalanan, aku hanya diam.  Berfikir akan kata-kata mama dan ayah.  Entah mampu mereka terima ataupun tidak, tidak pula aku mampu pastikan.  Namun, hari ini berat mengatakan, mama dan ayah pasti alami kekecewaan yang teruk kerana aku satu hari nanti.
“Nur rasa dah sampai masanya kita berterus terang,” beritahaku pada Ziyad dengan suara yang separuh berbisik.
“Ya, abang tahu.  Tunggu abang bincang dengan Zayed dulu.  Diorang perlu ada untuk buktikan yang Nur benar-benar pulih juga sebab kenapa Nur jadi macam tu,” jawab Ziyad juga dengan berbisik.
“Nur tenang.  Mama dan ayah boleh terima.  Percaya cakap abang,” pujuk Ziyad lagi dan aku hanya mengangguk.  Menerima saja kata-kata dia biarpun tak mampu aku cerna dengan baik.
“Nur harap abang boleh berterus-terang lepas kita balik ni.  Nur dah tak sanggup nak berselindung dari mama dan ayah.  Diorang terlalu baik dengan Nur.  Setiap hari Nur rasa berdosa sangat, abang,” rayuku pada Ziyad.
Menagih perhatian untuk dia berterus-terang dengan segala-galanya sebelum Mia bertindak dan itu akan lebih memburukkan keadaan.
“Tadi pun Nur hampir terlepas cakap.  Kalau abang tak ada tadi, Nur rasa Nur tak ada pilihan melainkan berterus-terang dengan mama dan ayah abang,” sambungku lagi meyakinkan Ziyad yang perkara ini perlu diberitahu pada orang tua.
Perkara yang bukan biasa.  Malah terlalu luar biasa bila anak tunggal mereka  yang punyai segalanya menikahi aku, seorang bekas penagih yang hanya sebatang kara. 
“Ya, abang tahu.  Bagi selesai satu-satu.  Abang janji lepas kita balik ni, kita cakap pada mama dan ayah.  Jangan risau sangat, ya?” 
Ziyad cuba memenangkan hatiku yang gundah dan aku terpaksa menelan pujukan Ziyad dengan berat hati bila merasakan ada perkara yang tidak enak bakal menjengah ke pintu bahagia kami. 


  
WAJAH Ibu Hanah sayu.  Matanya basah bila ternampak aku yang sedang berdiri di depan pintu sementara menanti kemunculan Tiani di ruangan menunggu.  Cepat-cepat dia mendekati aku dan memaut tubuhku ke dalam pelukannya. Tangisnya berhamburan dan aku juga mengalirkan airmata sepi.
“Ibu bangga Teratai Nur datang sini sebagai pelawat,” bisik dia lalu pelukan dieratkan.
Aku menjeling Puan Talhah yang sedang berpeluk tubuh.  Air wajahnya jelas nampak tidak sabar hendak membawa Tiani keluar daripada sini. 
“Kan Atai dah janji dengan ibu dan Tiani sendiri.  Atai akan datang tapi sebagai pelawat je.  Tak akan jadi penghuni sini lagi biar apa pun terjadi,” balasku sebu.
Dia angguk di bahuku.  Pelukan kami terlerai dan Ibu Hanah menyeka airmata di pipinya.
“Ibu bersyukur Atai bahagia.  Macam mana dengan suami?  Okey?”  tanya Ibu Hanah bersama senyuman.
Aku mengangguk saja.  Ya, Ziyad baik.  Tiada yang buruk padanya.  Kasih sayangnya sentiasa menghangatkan kedinginanku.  Malah, keprihatinannya terhadap segalanya tentangku telah merantai hatiku ada dia buat selamanya. 
“Ziyad ada kerja, bu.  Itu yang Atai balik sorang.  Kesian Puan Talhah bila Abnag Taufiq pun tak dapat nak balik sama.  Lagipun, Tiani tu macam adik Atai.  Kan kami sama-sama bersusah-payah masa dok dalam ni dulu,” beritahuku mengingatkan Ibu Hanah dari mana asalnya aku. 
Wajah Ibu Hanah tersenyum kelat.  “Jangan ungkit yang lalu, Teratai.  Janji Ziyad dan keluarda dia boleh terima kamu.”
“Mama dan ayah Ziyad tak tahu lagi tentang masa lalu Atai, bu,” akui resah.
Mata Ibu Hanah sedikit terbuntang.  Lama-lama matanya kembali redup dan bibirnya terus tersenyum kelat. 
“Kenapa tak cakap lagi?”
“Tak ada kekuatan lagi.”
“Sampai bila?” 
“Insya-Allah, lepas balik ni, Atai cakap terus-terang pada diorang,” ucapku separuh yakin.
Ibu Hanah mengeluh berat.  Dia menarik tangaku lalu mengajak aku duduk di sisi Puan Talhah yang sedang tenang menanti anak gadisnya keluar. 
“Pada ibu, Teratai kuat orangnya.  Tak mudah orang nak bangkit dari kegagalan apatah lagi kegagalan dalam bertahan diri menjadi penagih.  Ibu dah lama mengajar ugama di pusat pemulihan ni dan berapa orang saja yang ibu lihat yang benar-benar mahu pulih?  Antaranya kamu dan Tiani.  Ini tak mudah, kan?  Ibu lihat kesengsaraan kamu menahan diri.  Keluarga lain ada yang seledup tembakau pada penghuni.  Ibu tahu bila warden dok bercerita.  Itu semua adalah orang tua yang tak sayangkan anak.  Terus nak anak menderita tapi tidak pada kamu,” ucap Ibu Hanah lembut dengan anak mata terarah ke papan kenyataan yang penuh dengan berita-berita tentang bahayanya dadah. 
“Betul tu, Teratai.  Orang yang kuat saja mampu bertahan dan sudah pastinaya kamu kuat sebab tu kamu di sini hari ni.  Bahagia itu adalah hadiah buat orang-orang yang sabar, kan Puan Hanah?”  tokok Puan Talhah pula.
Masing-masing mengangguk bila mereka bercerita tentang kekuatan yang aku katakan tiada dalam diriku.
“Itu sudah membuktikan yang kamu sudah cukup kuat.  Kalau tak cukup juga, pinjam kekuatan suami dan kalau kata tak cukup juga, biar ibu pinjamkan kamu kekuatan ini dan  yang paling penting, kalau berasa sangat lemah… sujudlah pada Allah dan pohon pada-Nya moga dipinjamkan sedikit kekuatan buat kamu kerada Dialah pemilih seluruh kekuatan  yang ada pada kita dan dalam dunia ni, Teratai,” ujar Ibu Hanah lagi.
Meresap dan terus meresap ke dalam hati dan pembuluh darahku bagi menghadapi hari mendatang.  Namun, dia tidak tahu.  Kami punyai musuh yang hanya menanti waktu untuk menyerang dan aku amat berharap, moga kami sempat memasang benteng pertahanan sebelum diserang hendap oleh musuh.  

~~> bersambung

24 comments:

  1. Yahuuuu....sa yg pertama bg komen hehehe. Bestttt sgt2.

    ReplyDelete
  2. sounds like parents zayid cam x bleh terima je bks penagih dlm fmily diorng....aduiiii..badai3...

    ReplyDelete
  3. Nak lagi...thank you!

    ReplyDelete
  4. Salam, rasanya dah tiba masanya Teratai dan Ziyad berterus terang. Kalau tak nanti bertimpa-timpa masalah akan timbul.

    ReplyDelete
  5. kenapa nak tunggu-tunggu lagi? kan lebih baik berterus-terang dengan mak ayah Ziyad. lagi tunggu lagi buka peluang untuk Mia buat onar terhadap Teratai. entah apa lagi yang Mia ada 'up her sleeve'.

    ReplyDelete
  6. Tkaseh RM, seterusnya....

    ReplyDelete
  7. betul tu berterus terang biar ada 2 Doktor yang baik hati ....
    Teratai kuatkan semangat untuk menghadapi unjian ni...
    .... sambungggg....

    ReplyDelete
  8. Semoga Ziyad n' Teratai tidak terlambat membuat pengakuan kat parents Ziyad... :) :) :) cepat sambung ke bab 20 kak RM :D

    ReplyDelete
  9. wah...x sbr nk tau ending die cmner.
    mesti sat g ade konflik ckit2 kt tgh..
    per pn best2...next n3 plzzzz...

    ReplyDelete
  10. kesian dgn atai . hrp2 kluarga ziyad blh terima .. anyway, good job sis . Terbaikk !

    ~Niena Zana~

    ReplyDelete
  11. memang sedih bila bekas penagih dan kembali kepada masyarat. sekurang2nya dari cerita ini kita dapat membuka minda kita yg memimpin mereka ini kembali kepada landasan yang tegak..

    ReplyDelete
  12. semoga sempat buat pengakuan....fighting Ziyad & Nur! sambung lagi kak RM

    ReplyDelete
  13. hope parents ziyad dpt terima kisah idop nur yg lepas..
    :(

    ReplyDelete
  14. Banyak tauladannya membaca cerita ini.. Kdg2 kita lupa mereka juga punya perasaan. Perlu di kasihani dan di bimbing bukan di condemn..

    ReplyDelete
  15. semoga famly mertua atai dapat menerima dgn hati terbuka... xsemua dalam hidup ini indah

    ReplyDelete
  16. arghhh...jantung dah mula berdegup pantas ni...RM nak bab 20
    aisya_humaira

    ReplyDelete
  17. Ramai yang menyokong teratai... semoga teratai mempunyai kekuatan utk berterus terang dgn mentuanya... Next entry please...

    ReplyDelete
  18. Dugaan itu akan senantiasa hadir dalam pelbagai versi dan tidak mengira masa, tempat dan situasi.. Bukan mudah bertahan cuma Teratai Nur amat bertuah punya sandaran yang sedia menjadi benteng pertahanannya. Very fortunate young lady that been showered by love by people surrounding her and never failed to protect her but then its Ziyad's parent... Khuatir sekali jika kedua mertua Teratai Nur enggan keturunan mereka berkembang dari Teratai Nur sedangkan Ziyad kepingin anak-anak bahteranya mewarnai hidupnya... Jika benar kasihan Ziyad, kerana terbelenggu di antara dua wanita, satu bidadari dunianya dan satu syurga akhiratnya.. Hanya RM yang mampu merungkainya!!

    ReplyDelete
  19. k rehan.. kenapa ZD?? bukan navy ZL ka?

    ReplyDelete
  20. Gaya mcm parents ziyad ni ssh nk terima org mcm teratai je...
    Mcm mn la nasib diaorg nnti

    ReplyDelete
  21. Rasa risau plak fikir masalah dorang

    ReplyDelete
  22. hehhehe.. best!!! :D

    ReplyDelete