Geng

Thursday, December 20, 2012

Bisakah... 20


BAB 20

AKU memejamkan mata.  Menikmati hembusan angin dari laut China Selatan yang menyamankan hati dan mendamaikan jiwa.  Saat ini, kurasakan kehadiran Ziyad dari belakang dan mengusap pipiku lembut.  Membisikkan kata-kata cinta dan melahirkan kerinduan yang tidak terperi. 
“Sampai mana dah?” 

Aku membuka mata bila suara itu bertanya dan berpaling.  Bibirku menguntum senyum biarpun bukan Ziyad di sisi.  Hanya Tiani  yang sedang menghulurkan sekotak air padaku. 
Bila aku menyambut hulurannya, Tiani melabuhkan duduk di sisiku dan melunjurkan kakinya di atas pasir pantai. 
“Sampai Lumut dah ke?”  tanya dia lagi dan aku menggeleng.
“Sampai dalam hati suami aku,” jawab aku mencemik.
“Gelinya aku dengar pengakuan kau, Atai.”  Tiani juga mencebirkan bibirnya dan menjeling jengkel padaku. 
“Nak geli kenapa?  Biasalah orang ada suami,” jawabku sengaja menyakitkan telinga Tiani yang sedang buat muka.
“Tapi kan… kata mak aku Ziyad baik.  Aku tak pernah jumpa pulak dia.  Abang Taufiq pun cakap dia baik dan sesuai dengan kau.  So far hidup kau macam mana dengan dia?”  Bicara Tiani berubah serius.
Sisi wajahnya aku pandang.  Rambut Tiani  yang masih lagi terdedah, melambai bila dielus angin.
“Ya, dia memang baik.  Cuma, sampai hari ni aku macam tak sangka yang aku memang berjodoh dengan orang yang pernah aku langgar dulu dan orang yang  pernah hina aku dulu,” jawabku sambil mengenangkan masa lalu. 
Masa yang telah jauh dan semakin jauh meninggalkan kami namun di dalam memori, wajah Ziyad kala itu tak mungkin aku lupakan.  Kemarahannya dan keangkukannya benar-benar membuatkan jiwaku  kecut.  Namun, hati ini tetap menyelinap keluar mendampingi hati Ziyad.
“Jodoh tu kan urusan Allah dan kita juga sembuh kerana izin Allah dan usaha kita.  Itu yang selalu Ibu Hanah pesan pada kita dulu, kan?  Dan aku bersyukur bila kau masuk pusat tu, Atai.  Setidak-tidaknya kau adalah kawan yang mahu lihat aku bangkit.  Bukan macam sebelum ni.  Bila aku cuba berubah, masing-masing pandang tak kena je.  Semangat aku pun luntur macam tu je.  Tapi, bila Tuhan hadirkan kau, aku rasa kau penyelamat aku, Atai,” akui Tiani padaku.
Aku tersenyum kelat menerima kata-katanya yang kurasakan sedikit sukar  untuk aku telan dan mencerna.  Tidaklah dia tahu aku juga bekas penagih.  Jadi, di mana dan bagaimana aku membantunya?
“Kita sama-sama memerlukan masa tu, Tia.  Aku tak tahulah dari sudut mana aku ni menolong kau sebab aku sendiri mencampakkan diri aku ke lembah hitam tu.”
“Erm… itu silap kau, Atai.  Bila kau tak ada, Ibu Hanah kerap datang melawat.  Katanya dia bimbang aku lemah semangat bila kau tak ada.  Dia pesan, suruh aku pandang dari sudut positif.  Barangkali Allah duga kau untuk pulihkan aku.  Hikmah kejadian Allah ni tak ada siapa tahu, Atai.  Betul tak?”  Kening Tiani terangkat tinggi.  Kening yang cantik terandam secara aslinya.
Aku senyum dan mengangguk juga.  Benar kata-katanya itu.  Hikmah yang mendatang tiada siapa mampu menerka.  Entah bila dan dari sudut yang mana serta dalam pelbagai cara. 
“Dan nasihat aku, kau cakap terus terang dengan keluarga kau tentang kau.  Itu yang terbaik.  Lebih-lebih lagi kau cakap ada Mia  yang nak kenakan kau dan Ziyad, kan?  Ini tak baik, Atai.  Bila sesuatu perkara itu terkeluar daripada mulut orang, ianya akan lebih buruk,” ujar Tiani padaku lalu dia bangkit dan menepuk belakang jeansnya yang dipenuhi pasir.
Aku panggung kepala dan memandang Tiani yang sedang tersenyum. 
“Kalau kata diorang tak boleh nak terima kau, biar aku bidas sampai tepat kena dahi dia.  Biar diorang ingat sikit anak diorang Kapten Ziyad tu siapa?  Dok bergelumang dengan perempuan bukan muhrim dan berzina sesuka hati.  Itu dah kira mujur kau sudi jadi isteri anak jantan dia yang dah tak ada teruna tu,” bebel Tiani dengan bibir  yang terjuih-juih.
Keningku berkerut dan aku juga mengangkat tubuh dan membetulkan sedikit baju kurungku serta tudung yang dihembus angin yang kian garang.
“Mengata suami aku nampak?”  tegurku berbasa-basi.
Tiani gelak halus.  “Tak betul ke aku cakap?  Kot kata diorang hina kau lebih-lebih, kan?  Lepas tu jadi macam drama swasta mak mertua bencikan  menantu, paksa anak ceraikan menantu, halau kau keluar… tahulah aku nak buat masa tu,” jawab Tiani tidak tewas.
Bahu Tiani aku paut kemas.  “Kau ni memang sayang betul dekat kakak kau ni, kan?” 
“Eleh… kakak la sangat.  Mentang-mentang dia lagi tua tak lalu aku nak panggil kau kakak.  Melainkan kau kahwin dengan Abang Taufiq aku,” sela Tiani.
“Aku bukan tak nak, tapi Abang Taufiq tu anggap aku adik.  Nak buat macam mana.  Aku pun tak lalu nak mengorat abang sendiri,” gurauku lalu Tiani menghamburkan tawa.
“Jangan risaulah.  Abang aku tu ada makwe dah.  Kalau tak, tak adanya dia nak tambah lagi sorang adik macam kau ni,” kutuk Tiani padaku.  Kutukan yang sekadar gurauan saja. 
Aku senyum.  “Aku bersyukur kenal kau, Tiani Amirah,” bisikku pada dia dan Tiani menjeling padaku.  Renungan yang tenang dan mesra.
Setelah itu dia menolak tanganku dan mendepangkan tanganya. 
“Huarh… leganya dapat hirup udara segar ni, Atai.  Esok mak suruh pergi daftar kolej pulak dan aku harap, aku tak tumbang lagi setelah aku bangkit dengan susah payah,” jerit Tiani dan dia terus berlari laju, menggamit aku mengejarnya. 
Pantas aku atur langkah dan mengejar Tiani yang sedang berlari ke tepian pantai di bawah cahaya mentari yang kian suram dan ditemani kicauan burung yang berterbangan bebas di udara.  Membawa isyarat kebebasan dan kenikmatan hidup di luar pagar  yang berjeriji. 



KETUKAN bertalu-talu pada daun pintu bilik membuatkan Tiani mendengus kuat.  Matanya memandang aku yang turut sama memandang dia.
“Adoi… ni mesti mak.  Orang baru nak landing ni,” bebel Tiani.
Aku bulatkan mata.  “Tak baik merungut macam tu.  Jadi anak derhaka.  Kalau kata tak nak mak tu, mari sini biar aku ambik mak kau, nak?”  ugutku lalu Tiani tersengih.
“Yalah aku salah.  Orang nak turun dah pun.  Lagipun, kelas mula pukul 11 pagi.  Lama lagi.”
“Masalahnya, jarak dari rumah nak sampai kolej kau dekat Kota Bharu tu bukan dekat.  Buatnya jam, padan muka kau.  Kata nak mulakan hidup baru,” sindirku mencemik. 
Tiani ketawa.  Ikatan pada rambutnya diperkemaskan.  Kakinya menapak ke pintu dan bila daun pintu terkuak, Puan Talhah tersenyum memanjangkan  lehernya mengintai aku yang sedang mengemaskan pin pada selendang.
“Teratai mana?” 
Aku dengar Tiani mengeluh dan melebarkan pintu. 
“Kau tengok, Atai… betul kau cakap.  Mak cari kau dulu, bukan aku.  Nampaknya aku dah jadi anak tiri,” rungut Tiani lalu dia menggalas beg yang sedari tadi ada di tangannya. 
“Mak ada hal nak cakap dengan dialah.  Kamu ni.  Dah, pergi turun makan sana.  Pak Lah dah tunggu kat bawah tu.  Kesian dia,” bebel Puan Talhah pada anaknya tapi Tiani tetap membatu.
“Nak dengar juga mak nak cakap apa pada Atai.”
Puan Talhah menjeling Tiani namun aku cepat-cepat sabarkan mereka.  Tiani bukan boleh dikira bila diserang angin pasang.
“Puan cakap je.  Tak apa.  Saya okey je,” pujukku seraya mendekati mereka.
“Ziyad kat bawah.”
Ayat  yang ringkas dan cukup terang dan nyata itu benar-benar membuatkan pin tudungku jatuh ke lantai.  Bila hendak menapak, aku terpihak pin tersebut membuatkan aku mengaduh sendiri.
“Eh, kau okey ke?”  soal Tiani gusar.
Aku senyum dan menggeleng biarpun telapak kaki terasa agak perit dan kurasakan ada cecair hangat mengalir sedikit.  Bila aku lihatnya, darah itu sekadar mampu membawa senyuman pada bibirku bila mengingatkan pertemuan kembali dengan Ziyad di dalam rumah ini dulu. 
“Sikit je ni.”  Cepat-cepat aku tekap dengan sehelai kertas tisu dan berlalu keluar menuruni anak tangga, mahu mendapatkan Ziyad. 
Setibanya aku pada anak tangga yang paling akhir, susuk tubuh Ziyad semakin kelihatan.  Segak dengan jeans lusuh dan juga baju-T kelabu yang tersarung pada tubuhnya. 
“Assalamualaikum, abang,” sapaku.
Namun, sayang… ketampanan Ziyad tercalar bila dia berpaling dan wajah itu suram tanpa cahaya.  Nampak penat dan keliru.
“Bila abang sampai?  Tak cakap pun.”  Aku masih cuba menjaga tutur kata biarpun hati dipagut resah. 
Tangan Ziyad aku salami dan  tidak seperti biasa, dia kaku tidak menyentuh dahiku seperti kebiasaannya.
“Abang, are you okay?”  tanyaku. 
Waktu ini, Tiani dan Puan Talhah sudah berada tepat di belakang kami.  Memandang dan boleh jadi menilai kepelikan Ziyad saat ini.
“I am not, okay.  Abang datang nak jemput Nur balik.”
“Sekarang?” 
Dia mengangguk dan aku terus memandang Tiani dan Puan Talhah.
“Aku ikut,” pelawa Tiani dan Ziyad mengerutkan wajahnya.  Barangkali tidak kenal akan Tiani.
“Mak, Tia ikut Atai balik KL.”
“Nak buat apa?” tanya Puan Talhah bagai tidak membenarkan. 
“Tia tak tahu, tapi Tia kena ikut.  Lagipun, ada abang kat sana.  Mama jangan risau.  Tia tahu jaga diri,” pujuk Tiani.
“Ya, mak tahu Tia pandai jaga diri dan abang pun ada kat sana tapi kuliah macam mana?  Kan baru tak sampai seminggu Tia pergi belajar,” bantah Puan Talhah lembut.
Tiani menggeleng.  Dirapatkan bibirnya pada telinga Puan Talhah dan berbisik sesuatu hinggakan Puan Talhah mengangguk berkali-kali.
“Duit?”
“Maklah bagi,” jawab Tiani tersengih sebelum memandang pada kami.
“Abang Ziyad, Tia nak ikut, ya?” 
Ziyad memandangku pelik.  “Siapa?” 
“Tiani.  Adik Abang Taufiq.” 
Kepala Ziyad jatuh beberapa kali.  “Kita balik sekarang, ya?  Nur naik  kemas baju dulu.  Abang online tiket Tiani kejap,” suruh Ziyad dan aku segera melangkah naik diikuti oleh Tiani.  Meninggalkan Puan Talhah menemani Ziyad.
Daun pintu ditolak rapat.  Air wajah Tiani berubah.
“Kenapa dengan dia.  Aku rasa macam ada  yang tak kena je?”  Tiani juga sibuk menyumbat beberapa helai pakaian miliknya ke dalam beg galas.
“Aku pun tak sedap hati, Tia.  Nak tanya, rasa macam tak sesuai je waktu ni tapi entah kenapa, aku rasa aku nak menangis…”
“Dan sebab tu aku akan ikut kau untuk pastikan yang kau tak akan menangis!”  cantas Tiani penuh makna.
Mata kami bersabung lama.  Tiani mengedipkan matanya sekali.  Tanganku disapa lembut. 
“Aku rasa Ziyad dah beritahu pada keluarga dia, Tia.”  Aku meluahkan apa yang telah aku rasakan sejak melihat air muka Ziyad yang keruh tadi.
Tiani angguk.  “Aku pun rasa macam tu dan aku juga rasa keputusannya macam tak berpihak pada kita je, kan?”  duga Tiani.
Tak mampu aku nafikan kata-kata Tiani sedangkan hatiku juga berasa yakin akan perkara itu. 


"Sekali abang paut jari-jemari Nur, tak akan abang lepaskan buat selamanya..." - Ziyad



KAMI tiba di KLIA petang itu dan dijemput oleh Doktor Zafrina dan suaminya.  Setelah aku perkenalkan Tiani pada mereka, perjalanan diteruskan.  Hatiku sudah tidak betah duduk.  Melompat kepanasan namun sedaya-upaya aku cuba tenangkan biarpun Ziyad semakin kuat mencengkam jari-jemariku bagaikan berharap agar tautan jari kami terus utuh kerana akan ada yang meleraikan pautan kami.
“Maaf susahkan korang berdua,” pinta Ziyad pada Doktor Zafrina dan Doktor Zayed.
Doktor Zafrina berpaling dan suaminya menjeling kami dari cermin pandang belakang. 
“Tak adalah, Yad.  Kalau kami tak tolong kau, siapa lagi,” balas Doktor Zayed lembut dan dia kembali tertumpu pada pemanduannya. 
Mataku memandang wajah Doktor Zafrina yang nampak tenang.  Kujeling Tiani di sebelah yang juga nampak tenang dan akhirnya singgah pada wajah Ziyad yang nampak sedikit kusut biarpun helaan nafasnya kian tenang beralun.
Ziyad mendekatkan bibirnya pada sisi wajahku.  “Apa pun jadi, abang tak akan lepaskan tangan Nur,” bisik Ziyad membuatkan aku yakin, perkara ini telah sampai pada keluarganya.  Cuma daripada mulut siapa, masih lagi menjadi tanda tanya.
Kami tiba di depan rumah keluarga Ziyad masa tu dan mama dan ayah sudah tercegak di depan pintu.  Bila saja kereta Doktor Zayed berhenti tepat di belakang Honda Integra milik Ziyad, mereka berlalu ke dalam rumah.
Aku pandang Ziyad dan memaut lengannya erat.  “Nur takut…”
“Tak ada nak takut apa.  Dah tiba masanya.  Apa pun jadi, lebih baik sekarang dan untuk pengetahuan Nur, abang dah beritahu pada mama dan ayah sikit.  Itu yang diorang nak abang jemput Nur cepat-cepat,” ujar Ziyad separuh berbisik.
Aku pantas memandang Ziyad.  “Abang kata nak tunggu Nur…”
“Maaf.  Abang takut Mia lebih dulu memintas dan abang tak nak macam tu.  Lebih baik abang sendiri cakap pada mama dan ayah dan hari ni, diorang nak bercakap dengan Nur.  Jangan takut, abang ada.”  Ziyad terus memberikan semangat buatku. 
Entahkan kuat entahkan tidak, aku sudah tidak kukuh berdiri.  Rasa longlai kakiku hendak menapak ke dalam rumah besar ini.  Terasa bagaikan kasih sayang mereka kian sirna.
Ziyad menolak daun pintu selebar mungkin.  Doktor Zafrina, Doktor Zayed dan Tiani menapak ke dalam terlebih dahulu dan bila akhirnya, kami sama-sama masuk ke dalam rumah  yang kurasakan membahang itu, mataku berlaga dengan renungan tajam mama dan renungan penuh kesal ayah. 
Mataku terasa basah tiba-tiba.  Aku genggam tangan Ziyad sekuat hati bila kulihat mama meluru padaku. 
“Kamu lepaskan anak aku!”  tempik mama lalu merenggut tanganku dari terus memeluk lengan Ziyad.
Airmataku menitis.  Seperti yang kutelah, mama tak mampu menerima sampah masyarakat sepertiku. 
Wajah Doktor Zafrina dan suaminya berubah.  Tiani membulatkan mata dan Ziyad mengeluh lantas menahan bila mamanya mahu menampar pipiku.
“Mama, please.  You promise me.  You won’t hurt her.  She’s your daughter in-law after all…”
“Dan dia dah sembuh mak long,” cantas Doktor Zayed menyokong kata-kata Ziyad.
Tiani membantu aku bangkit dengan susah payah dalam menahan airmataku  yang kembali gugur.
Ziyad cuba mendapatkanku tapi ditahan dengan suara Doktor Zafrina pula.
We’re late, Ziyad.”  Mata Doktor Zafrina memandang pada sesusuk tubuh yang sedang tersenyum sinis di belakang mama.
Bila aku memandang, ternyata Mia sudah terlebih dahulu tiba dari kami.  Bila Ziyad mengeluh panjang dan memejamkan matanya, aku terduduk di atas permaidani bila mana penampar mama berjaya juga singgah tepat di pipiku.  

~~> bersambung

81 comments:

  1. Dugaan buat Atai dan Ziyad. Moga tabah macam akak yang tabah bila RM marah-marah akak.ngeee

    ReplyDelete
  2. kuang asam punye Mia... sakit plak ati kite

    ReplyDelete
  3. td bab 19 jantung berdegup pantas sekarang air mata pula waaaaa...

    ReplyDelete
  4. MIA..MIA..MEMANG PSIKO BETUL LE PEREMPUAN NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen semua huruf besar. Makan dalam tuu,,haha,,

      Delete
  5. alaaaaa.. huaaa.. saspen nieee .. mmg best semua karya kak RM

    ReplyDelete
  6. Hate that mia very much!
    Kesian la kat ziyad n teratai..huhu

    ReplyDelete
  7. Damn! Menyakitkan hati betullah Mia ni. Aku sekeh sia sia je. Eii sakitnya hatiiii.

    ReplyDelete
  8. dah agak..emmmm....

    i really wish bukan ni yg rm plot kan..bukan penerimaan negatif dr parents hero even mia yg sampai dl..ok xpe..

    ReplyDelete
  9. haishhhh....
    bertabah lah wahai nur & ziyad...

    ReplyDelete
  10. ..SAKITNYA HATI..KNP MIA TU JAHAT SNGT..SABAR YE ZIYAD N NUR..

    ReplyDelete
  11. Kan dah kata kalau lewat berterus terang Mia akan masuk jarum, tapi Mia bukan nak Ziyad sangat cuma nak balas dendam jer, lagi pun Ziyad tak roskkan Mia pun. Mia rasa tercabar sebab orang yang dipilih adalah Teratai Nur bekas penagih. Kalau dulu Dr. Zayed pilih Zafrina sebab sama-sama doktor takleh la nak jeles... sabar Teratai Nur, pastinya Ziyad takkan mengalah.

    ReplyDelete
  12. APE2PUN CITE NI MESTI HAPPY ENDING KAN RM....huhuhu...ayat nak sedapkan hatijeni...

    ReplyDelete
  13. Kurang asam boi punyer MIA!!!! hish!!! mia nie mmg nak kena hempuk nie... next entry cik writer...

    ReplyDelete
  14. adoi...teratai yg kena tmpar aku lak yg rsa skitnya....mia ni kena pijak2 kang...

    ReplyDelete
  15. tabahlah wahai nur & ziyad..
    serius sedih... :(

    ReplyDelete
  16. waaaaaaaaa.........aku beci mu Mia. dh ore xse xyoh la. serabut aku nate nih!

    ReplyDelete
  17. biasalah.. merentangi dugaan sebelum jelma kebahagiaan.. sakit hati betul aku dgn si mia ni.. nak ketuk2 je kepala dia..

    ReplyDelete
  18. Perempuan, selagi tak dapat selagi itulah dia akan kejar. Tak kisah w/pun meruntuhkan rumahtangga orang sekalipun.

    Inilah kenyataan dan juga realiti kehidupan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt. Dunia di akhir zaman ni perempuan yg semakin mengharukan.. Kenyataan dan realiti kehidupan yang sangat menyedihkan. It takes two to tango.. Walau apapun akak tak pernah menyalahkan Mia. Sorry you all, she acted normal for someone who had been dumped and humiliated. To me, Mia merasakan dia hanya ingin memberikan pengajaran kepada Ziyad yg sewenang-wenang mempermainkan perasaannya tanpa menyedari yang tersakiti adalah wanita juga.. Oh ladies, are we just here to hurt ourselves only!! RM, you have made me mengiakan sesuatu.. wanita itu puas bila nafsu menguasai akal fikiran.

      Delete
  19. Alahai..sedihnye....sian nur...

    ReplyDelete
  20. sabor2..mana tau RM nk buat kejutan kan..

    ReplyDelete
  21. hujan yg turun bagaikan mutiara... alahia mak cik ni... kat tiani leh lak terima. tp menantu sndiri x boleh haisshhhh. ni semua Mia punya psl. mau jg aku ketuk kepala minah senget ni. nyibuk aja dlm hal rumahtangga org. cian Nur. tabahlah Nur, jgn la hjn airmata tu lama sgt ye pn Rehan.

    ReplyDelete
  22. alamakkkkkkkkk sedihnya.. napa nak tampar2 lak.. sayang org luar dari keluarga sendiri. ini sudah lebih!!!

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. ayooooo... mia jahat ye... takpe tia ad... kita tgk debat tia membela atai dgn sejarah ziyad....go go go atai

    ReplyDelete
  25. arrrr..mia si sengal tu..psiko betul la....harap2 nur & ziyad ok...

    ReplyDelete
  26. tabahlah whai ataiku..dgaan msti dtang bile kite bhagia..

    haram jadah ko mia..ko tunggu la aku dtang fire ko..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia..ko tnggu lah,aku hntar tiani kat ko nnti..baru ko tahu ...hahaha

      Delete
    2. amboi2.sabor.. hehehe.. sian RM dok wat keje opis dulu..hehe..

      RM

      Delete
  27. Tak apalah yang dicerita oleh Mia pd parent Ziyad.

    Rasa nak tampar pula si Mia nie.

    Tia bila nak bertindak hehehe.

    RM tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

    Kmas

    ReplyDelete
  28. hanya perempuan yang x ada maruah ja yang sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri pada orang lain seperti yang Mia buat....
    hanya perempuan yang x Betul ja yang buat cara begitu....
    hanya Ziyad ja yang tahu kenapa Mia x jadi pilihan dia... mesti Mia ada yang x kena kan... Mama jangan ingat Ziyad tu baik sangat lah... macam yang Tiani cakap ...
    semoga Mama dan Papa Ziyad x termakan dengan hasutan Mia... kasihan Teratai...
    Insayallah 2 Doktor yang baik hati tolong Teratai...

    ReplyDelete
  29. benci..benci..benci giler2 kat mia..rasa mcm nk lempar ja mia tu masuk gaung...

    ReplyDelete
  30. macam nak genyeh mulut Mia dengan sekilo cili api...
    entah2 mia ni sakit jiwa tak? haha,
    semua benci mia, jom pakat cili mulut si mia ni.
    RM, please sambung lagiiii :)

    ReplyDelete
  31. Hati saya parah. - Yang Setia Membaca -

    ReplyDelete
  32. setiap kepahitan,akan manis akhirnya.harap2 keaadaan akn jd lebih baik bila dah berterus terang ni..

    ReplyDelete
  33. uiks.. ramainya hangen ngn dia..biasalah dalam hidup ni.. ada org yg tak akan mudah nak terima kebahagiaan org lain.. itulah yng kita panggil PHD... moga hati kita semua dijauhi perasaan hasad dengki itu dan juga moga kita boleh belajar dari hidup teratai Nur.. kerana kesan masa lalu, dia menerima dugaan pd masa kini..ziyad juga silap dan boleh jadi kehadiran mia itu adalah untuk menguatkan kasih syg mereka.. kerana masyarakat memang memandang sinis pd bekas panagih kan?

    ReplyDelete
  34. Huh! Bencinya dengan Mia . Tampar laju2 karang . Suspen ni .. Kesian atai kena tampar dgn mak mertua sendiri . Ziyad , tolong atai ! *fuh. emo plak

    -Niena Zana-

    ReplyDelete
  35. ishhhhh! mia ni kan!!!! sabo je la dgn org busuk ati mcm tu

    ReplyDelete
  36. kak rehan jgn la wat mama ziyad benci kt atai..pleaseeee..but, make sure kak rehan wat happy ending utk ziyad n atai...apa2 pown mmg best n top giler la.

    ReplyDelete
  37. Hantu betui Mia tu......
    bencikkk lahhhh
    sian ngan Nur...

    ReplyDelete
  38. saje k Rehan tak up lagi ari ni, nak kitorang suspen, hehe. makin best best best tiap cite yang k Rehan reka, makin matang dengan gaya Rehan Makhtar, chayo

    ReplyDelete
  39. parents ziyad jgn melatah lah ye, terkejut kot.. so lps ni jgn nak pisah2 kan diorg lak. ank awak pun bukannya semulia nabi...

    ReplyDelete
  40. apesal mama ziyad tuh..hish..nape nk marah nur plk...tu msa silam dia kn..knp nk hukum mcm tu..eeee geram ngan mia tu...pmusnah alam!!!

    ReplyDelete
  41. betul cakap Tia..
    dosa orang berzina lebih besar berganda2
    dari dosa orang yang insaf kerana dadah..
    Dadah merosakkan diri sendiri
    tapi zina? memperbanyakkan anak di luar nikah

    Mak Ziyad tak boleh fikir ke?
    Atau hanya nampak silap orang lain tapi terus menutup
    kesilapan anak sendiri...

    Tia pasti bangkit bela Teratai,
    bagi kaw2 supaya mak Ziyad tersedar
    dan Mia itu malu sendiri, sour grapes..

    ReplyDelete
  42. eee..sibuk btul la mia nie x boleh btul tgk org bhagia..ksian pada nur

    ReplyDelete
  43. alahai...
    macam nak bedil je si MIA tu.
    haha...sabo..sabo..

    ReplyDelete
  44. Mia tu patut dicampakkan aje ke dlm perigi buta...pastu letak anaconda sekor skali kat dlm perigi tu, hahaha

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Mia la tu...mencik nyer...
    PhD btul la

    ReplyDelete
  47. Best n terbaek....xsabar nk bce seterusnya....nak tngk camne tiani pertahankn atai......

    ReplyDelete
  48. Best n terbaek....xsabar nk bce seterusnya....nak tngk camne tiani pertahankn atai......

    ReplyDelete
  49. kak rehan, best ^^ cepat la next entry

    ReplyDelete
  50. dah rasa macam nak bagi pelempang bkat mia nie...
    makcik pakcik teratai nur baik dah baik dan tak pernah jahat

    ReplyDelete
  51. Ya Allah... sedihnya... npe mia ni jht sgt ye.. dlm dnia ni mesti ad org mcm 2 jugak kan...
    Jgn la teratai berpish ngan laki dia.

    ReplyDelete
  52. xpe2...try tgk apa jd bila atai tglkn ziyad...
    ahahahahaa...

    ReplyDelete
  53. kak rehan, sambung kak rehan. tak betah duduk dah ni >,< Ahhhhhh kesian atai >,<

    ReplyDelete
  54. eeeeeeeeeee...tak suka...tak suka....mencikkkkkkkkkkk... tak senonoh ar mek meroyan ni, patut sumbat je dalam baldi,,,jahat ko mia,,,
    sabar teratai,,,sabar...kuatkan semangat... zafrina ada, sayed ada, tiani ada, ziyad lagi lah ada...kesian teratai nur..huk..huk...

    wwannurr

    ReplyDelete
  55. n3...n3....n3.... RM copet, tak sabor nii...

    wwannurr

    ReplyDelete
  56. arghhhhh tidak!!! mata ni nak berhujan la....MIA kenapa awak jadi macam ni? RM hantarkan seorang jejaka selamatkan MIA jangan jadi orang yang kejam :((.
    harap TIANI dapat tolong NUR pertahankan NUR sbb TIANI dah janji tadi....ahh..Ziyad apakah keputusan yang dia akan buat? RM bab 21

    aisya_humaira

    ReplyDelete
  57. Alahai mia u have one new hater here. Grrr rasa mcm nak cantas je kepala dia

    ReplyDelete
  58. Hati saya pernah terluka sebab begini. Tp racunnya ialah ipar

    ReplyDelete
  59. allah...
    apela yg dah jd ni???
    benti pulak jantung sy bc n3 kali ni...:,(

    ReplyDelete
  60. jahatnya mia...x suka...mama ziyad ngape mudah benar tpengaruh.

    ReplyDelete
  61. eiii!! mia ni aku cekik gak karang. ziyad tlog pertahankan maruah isteri anda ye?

    ReplyDelete
  62. husih! Jantung farra berdegup laju ni..mcm farra pulak yg kena penampar mak Ziyad tu! KURANG AJAR MIA NIE !!! kalau farra dpt Si Mia berengset ni, farra cincang2, goreng pastu bgi mkn harimau / buaya! baru ke padann muka! ish, GERAMMMM!! kak RM, sambung ye....please...pleaseee

    ReplyDelete
  63. hurghhh si mia dah ade patutla mak ziyad marah semacam...hurgghhhh

    ReplyDelete
  64. Temperature ku sdh naik tahap gaban!!!!!! Rasa nak bagi penumbuk mohd ali dah si mia bodoh tu....kasi ko terussss

    ReplyDelete
  65. aduuhh..sedehnyer

    ReplyDelete
  66. tak pe...Mia buat je la pe pun...Allah kan maha adil. kalau runtuh pun mahligai Atai, Mia akan dapat dosa berganda.

    ReplyDelete
  67. Mak Zayed ni mmg tgh marah sgt tu..itu yg tgh berapi2 marah!!Semua org patut diberi peluang utk baiki diri sendiri...Siannnn Atai...

    RM...jgn byk sgt versi2 dugaan ya...lepas ni kasi warna warni...flora dan fauna!! :-))



    ReplyDelete
  68. kuar ajar punya mia.bencinyaaaaa.....

    ReplyDelete
  69. hadeh.... sakit laks ati bila terhenti disini...
    next chapter pls... hehehehe.... addicted baca citer nih!

    ReplyDelete
  70. bapakla!!!!! Mia bengong!!!! muka annoying gler budak tu...
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete