BAB 21
TANGISKU tiada
suaranya, jauh sekali esakan. Hanya
airmata mengalir bisu menanti untuk dibicarakan oleh mama dan ayah
mertuaku. Saat ini, rasa bersalah
membelit diri. Bersalah kerana
meletakkan Ziyad di persimpangan. Untuk
memilih antara aku, isterinya dan juga kedua-dua oran g tuanya.
Mata mama merah
menahan tangis. Mia tersengih
sinis. Doktor Zafrina dan Doktor Zayed resah
memerhati. Ayah pula mengeluh tak
sudah. Hanya Tiani yang mula berubah
airmukanya, tetap setia memegang hujung jariku.
Menahan rasa amarah yang kian bergelodak di dalam hati dan suamiku,
kemas memeluk bahuku sedari tadi. Tidak
pernah lepas.
“Mia, kau lebih
baik keluar dari rumah aku,” arah Ziyad pada Mia. Yang lain hanya kaku memerhati.
“Ya, Mia… lebih
baik awak balik dulu dan biarkan kami selesaikan masalah keluarga kami,” tambah
Doktor Zayed.
Mia tersenyum, sayu. Dia menggapai beg tangannya dan menapak
mendekat pada aku dan Ziyad namun sempat dia berhenti bila Doktor Zafrina
menahan.
“Saya tak sangka
awak boleh jadi macam ni, Mia. Sungguh
saya tak sangka. Bukan hari ni saya
kenal awak tapi awak sanggup buat kami semua macam ni?” soal Doktor Zafrina bern ada kesal.
Wajah Mia
berubah. Apatah lagi bila mama berpaling
memandang dia. Air wajahnya keruh dan
sedih. Sedih yang dibuat-buat. Matanya kian berair bila dia mendekat pada
mama yang masih pegun memandang silih berganti antara aku dan dia.
“Mia buat semua
ni untuk kebaikan, aunty. Mia tak ada
niat lain melainkan Mia sayangkan aunty sekeluarga. Niat Mia baik. Mia tak nak keluarga aunty mendapat malu
kalau oran g
lain dapat tahu terlebih dahulu tentang kisah Teratai Nur yang pernah menjadi
penagih,” rengek Mia memegang tangan mama dan airmata palsunya gugur setitis
pada pipi yang gebu kemerahan itu.
Aku ketap bibir. Serasa mahu melutut di kaki mama mengemis
kasih dari dia. Mengemis secebis belas
demi Ziyad yang nampa k
keliru.
“Doktor,
sungguh… saya bern iat
baik…”
“Kalau kau bern iat baik, lebih baik
kau keluar dari rumah ni, Mia. Sebelum
aku hilang sabar, aku nak kau keluar dan tinggalkan kami dengan masalah yang
kau bawa ni!” jerkah Ziyad kuat.
Bergema di dalam
rumah banglo ini. Terangkat bahuku. Membulat mata Doktor Zayed dan juga isterinya
melihatkan tingkah Ziyad kala ini.
“Mia, uncle rasa
lebih elok Mia balik dulu. Biar kami
selesaikan masalah keluarga kami,” suruh ayah tenang.
Mia menangis
manja. Bagai menagih simpati. Dia memandang ayah lama dan mengangguk
kemudiannya.
“Kalau macam tu,
Mia balik dulu, aunty… uncle. Maafkan
Mia kalau kedatangan Mia dengan berita tentang menantu uncle dan aunty adalah
satu kesilapan tapi percayalah, niat Mia baik,” tekan Mia lagi sekali dengan
pegangan pada tangan mama yang dia genggam kemas.
Mama diam tidak
berkutik. Kulihat airmatanya mengalir
membasahi pipi dan airmataku turut juga mengalir mengenangkan ribut yang hadir
kerana aku membadai keluarganya.
Mia berlalu
namun sekali lagi kami dikejutkan bila tangan Tiani menyambar lengan Mia dan
menolak Mia ke tengah ruang tamu. Berada
di tengah-tengah antara kami semua.
“Tia!” tegurku terkejut.
“Tak apa,
Atai. Hari ni, seperti aku cakap biar
aku tampil bela kau kerana tiada siapa mengerti
perasaan oran g
macam kita ni melainkan kita-kita je.
Diorang tak faham dan tak akan faham termasuklah perempuan sial ni!” bentak Tiani mencerlung kepada Mia yang nampa k kecut.
Tiani sengih
sinis. Dia berpaling pada mama yang diam kaku.
“Apa yang aunty
nak tahu tentang Teratai Nur, aunty boleh tanya dia. Dan kalau aunty tak percaya juga bila Teratai
Nur bersuara, aunty boleh tanya saya sebab saya dengan dia ada dalam pusat
pemulihan dadah yang sama. Cuma bezanya,
saya masuk awal setahun hendak dibandingkan dengan Teratai Nur yang hanya
setahun!” tekan Tiani dengan suara yang
bergetar.
Mama
menunduk. Langsung tidak dipandang aku
malah oran g
lain juga.
“Ya, mama…
ayah. Apa lagi yang Yad tak ceritakan
pada mama dan ayah tentang isteri Yad.
Semuanya Yad dah ceritakan tentang dia.
Apa salahnya kita terima dan menyokong dia yang mahu berubah? Apa kurangnya Teratai Nur melainkan dia hanya
seorang bekas penagih, mama? Apa yang
Mia racuni mama, Yad tak tahu tapi Yad dah beritahu segalanya pada mama. Daripada mula kami bersua setahun lepas dan
bagaimana Zayed dan Rina rawat dia.
Hantar dia ke pusat pemulihan.
Tak ada peluang langsung ke untuk oran g
seperti isteri Yad ni untuk diterima di tengah-tengah keluarga kita sedangkan
anak mama ni… yang mama didik dan tak tercela darahnya ni… tersilap langkah
lagi teruk daripada Teratai Nur, mama?”
Ziyad bersuara lirih.
Mamanya
dihampiri dan dipaut lengan mamanya kuat.
Merayu dan terus merayu tapi mama hanya membatu lantas dia beralih pula
pada ayah yang duduk mengeluh.
“Kalau bukan
kita, siapa lagi yang perlu menyokong oran g-orang
seperti Teratai, ayah?” tanya Ziyad pada
ayahnya pula.
“Ayah tahu, Yad…
ayah tahu,” balas ayah bagaikan menerima kehadiranku kini.
“Betul tu, mak
long. Yed boleh jamin kesembuhan Teratai
Nur. Yed dan Rina boleh jamin mak long
sebab kamilah yang rawat dia dulu dan kamilah yang pujuk dia ke pusat
pemulihan,” tokok Doktor Zayed lembut dan kulihat Doktor Zafrina menitiskan
airmata melihat padaku.
“Mak long masih
terkejut, Zayed… Rina,” jawab mama perlahan dengan esakan halus.
“Terkejut sebab
perempuan tak guna ni?” soal Ziyad
nyaring. Berpaling pada Mia yang sedang
berdiri kaku memeluk beg tangannya.
Bila Ziyad mahu
menerpa ke arah Mia, aku menahan langkahnya.
Meminta dia bersabar dan terus bersabar.
“Ini semua silap
Yad mama. Yad yang banyak buat dosa
dengan ramai perempuan yang Yad dampingi.
Ini kifarah buat Yad dan Teratai Nur tak bersalah mama. Dia dah kesali dirinya yang telah menzalimi
diri sendiri tapi Yad ni…” Ziyad menepuk
dadanya kuat. Mama dihampiri sekali
lagi.
“… teruk. Mama tak rasa mama bertuah ke punyai menantu
yang menerima anak mama seadanya.
Melayani anak mama ni sebaik-baiknya tanpa ada rasa kurang sedikitpun
zahir dan batin sedangkan Yad ni penuh noda dan dosa? Mama tak bangga ke bila menantu mama yang
bekas penagih dadah ni dah berjaya bawa anak mama kenal tikar sejadah? Kenal Tuhan?
Dan kenal rumah serta mama dan ayah?”
Nafas Ziyad
kedengaran mengah. Soalan yang
bertubi-tubi membuatkan mama menggeleng.
Entah apa maknanya, tidak dapat aku pastikan. Aku yakin, mama tetap tidak mampu menerima
aku dan boleh jadi di sinilah ternoktahnya hubungan aku dan Ziyad bila pujukan
Doktor Zayed dan Doktor Zafrina juga dipandang sepi.
“Mama… mama tak
mampu, Yad,” rintih mama bersama tangisan.
“Apa yang
membuatkan aunty tak mampu? Apa? Aunty cakap dengan saya? Kalau kata Ziyad ceraikan Teratai Nur, saya
berani kerat jari, dia masih boleh hidup bahagia dan boleh terima semua
ni. Bangkit dari kekecewaan sebab kami
dah pernah tersungkur tanpa ada yang sudi membantu. Kami bangkit sendiri dengan sokongan sesama
kami penagih ni dan Ziyad….” Tiani
bersuara tiba-tiba. Lantang bersuara
pada mama.
“… Ziyad boleh
ke hidup tanpa Teratai Nur, aunty? Aunty
lebih kenal anak aunty macam mana dan saya lebih kenal kawan saya macam
mana. Percayalah aunty…” Suara Tiani kembali kendur. Ada
esakan halus pada hujung suaranya kini.
Lenganku dipaut
dan diheret tubuh lemahku agar mendekat pada mama.
“… perempuan
yang bekas penagih ni adalah yang terbaik buat Ziyad. Saya berani potong jari, aunty. Dialah sebaik-baiknya. Dia terjebak bukan macam saya, aunty. Dia terjebak kerana ayah dia sendiri. Aunty mengertikan apa yang saya cuba sampaikan ni?” tanya Tiani pada mama.
Mama panggung
kepala dan merenung mataku yang sedari tadi dihiasi airmata. Dia diam.
Masih begitu. Kaku. Bagaikan tiada perasaan melainkan airmatanya
saja yang mengalir lesu.
Setelah itu,
Ziyad pula mendekat dan memeluk bahuku erat.
“Jangan letak
Yad di persimpangan, mama. Yad sayangkan
mama dan Yad sayangkan Teratai Nur. Yad
tak mampu jika terpaksa memilih. Yad tak
mampu, ma. Yakinlah, ma. Teratai Nur bukan macam dulu.
cukuplah dia pernah menderita.
Mengapa kita mahu memberi derita pada dia lagi bila dia merayu sedikit
ruang dan kasih dalam hati kita?” soal
Ziyad lagi.
Airmataku
bertali arus. Semakin kuseka, semakin
galak titisannya. Bila pipiku diapit
oleh telapak tangan kasar Ziyad, ibu jarinya menyapu lembut pipiku. Tidak dipedulikan akan renungan mama yang
mungkin sedang marah.
“Za…” Suara ayah memujuk isterinya.
“Za…” Kata-kata mama tersekat.
Lama kami
diam. Menanti keputusan, apakah hukuman
yang bakal aku terima seketika nanti.
Bila Tiani menghampiri, dia berbisik pada aku dan Ziyad.
“Aba ng Ziyad, kalau perlu
biar Tia bawa Teratai Nur balik dulu. Keadaan
nampa k tak
menyebelahi kami. Tia tak nak mama abang
terus hina dia.”
Ziyad tidak
membalas kata-kata Tiani, sebaliknya terus merenungku.
“Sayang tak akan
tinggalkan abang, kan ? Sayang tahu, kan ?
Di mana lagi tempatnya seorang isteri jika tidak di sisi seorang
suami?” Ziyad pandai bermain kata.
Kuangkat
pandangan dan memandang dia. “Dan bila
isteri abang tak diperlukan di dalam rumah ni, apa yang Nur perlu lakukan
abang?”
Ziyad mula
hendak meraung. Diraupnya rambut
berkali-kali dan dia menden gus
kasar.
“Mama,
tolonglah, mama!” bentak Ziyad menahan gera m.
“Ayah… tolonglah
Yad. Tanpa Nur hidup Yad tak bermakna,
mama… ayah. Kalau kata hinanya isteri
Yad ni pada mata mama dan ayah, biar Yad galas hukuman untuk itu
selamanya. Apa yang mama dan ayah nak
Yad buat, Yad rela tapi bukan ketepikan Teratai Nur!” rayu dia kuat.
Aku pegang
tangan Ziyad bila kulihat, dia mula bertindak kasar di depan mama dan
ayahnya.
“Aba ng, jangan…” Aku menggeleng.
“Jangan kurang
ajar dengan mama dan ayah, abang.
Cukuplah tu. Abang dah buktikan
yang abang memang cinta dan hargai Nur dalam hidup abang,” ucapku dengan bibir
yang bergetar setelah sekian lama membiarkan mereka berbicara.
“Nur cintakan
abang dan Nur akan tunggu abang buat selamanya tapi cinta Nur bukan untuk buat
abang memutuskan hubungan dengan mama
dan ayah abang.”
Tubuh Ziyad aku
jauhi sedikit dan aku tebarkan pandangan pada seluruh isi rumah yang sedang
merenungku. Ada pandangan sayu, ada pandangan benci dan
tak kurang renungan sinis daripada Mia yang berdiri tegak di belakang Tiani
tanpa bersuara.
“Ya, Teratai Nur
ni kecundang kerana seorang ayah.
Kecundang bila ayah sendiri membawa saya menghisap dadah. Kecundang sendiri bila tinggal sebatang kara. Sejujurnya, saya juga rasakan saya tak layak
untuk Ziyad tapi entah mengapa, jodoh itu sentiasa memanggil-manggil tapi hari
ini, semua kerisauan saya menjadi nyata.
Jodoh ini tak direstui dan tak mengapa.
Saya anggap saja inilah kesan najis dadah yang pernah menjajahi seluruh
tubuh saya. Inilah kesannya pada kita
semua. Bukan pada saya, malah pada semua
oran g. Semua menderita kerana saya lebih-lebih lagi
Ziyad dan awak Mia, jika ini yang awak mahukan, awak berjaya sakitkan hati
kami. Lebih-lebih lagi Ziyad tapi
tegarnya awak lukakan hati mama dan ayah kerana ni,” luahku bersama airmata
yang berjejeran.
Bila Ziyad mahu
menghampiri aku menahan langkahnya.
Membawa langkahku menapak ke belakang beberapa tapak.
“Kalau kata saya
mampu buat awak puas hati, Mia… saya sanggup tadah kulit saya untuk awak sakiti tapi bila semua oran g menangis kerana hal
saya, saya rasa awak terlalu kejam, Mia.
Sungguh, awak kejam dan mama…”
Kata-kataku mati lagi di situ.
Entah bagaimana
harus aku teruskan bicara bila melihatkan mata mama terus basah dan bahunya
sudah terhinjut-hinjut.
“Teratai salah
pada mama dan ayah. Salah pada mulanya
kerana berani memandang Ziyad. Salah
kerana tidak berterus-terang tentang sejarah hitam Teratai, mama. Tapi, percayalah, mama dan ayah dah hilangkan
sedikit dahaga Teratai pada kasih sayang mak dan ayah. Maafkan Teratai dan jangan dihukum
Ziyad. Jika untuk bahagia semua oran g, Teratai akan
berlalu. Teratai tak layak untuk tinggal
di sini bersama mama dan keluarga ni.
Teratai jijik… Teratai hina,” rintihku.
Ziyad menekur
pandangannya ke lantai bersama keluh-kesah, tak ubah seperti seorang yang
tewas.
Kakiku menapak
perlahan menghampiri dia dan bila tubuhku sudah benar-benar dekat pada Ziyad,
telapak tanganku menyapa pada bahu sasanya.
Lalu, Ziyad berpaling dan matanya merah.
Tangisnya tiada
namun marahnya kian menyala. Aku
menggeleng perlahan bila kulihat rahang Ziyad sudah turun naik dengan hembusan
nafas yang kian kalut.
“Nur maafkan
abang dan abang juga ampunkan Nur,” ucapnya sebak.
Pada usia
pernikahan sebegini hijau, kami terus terduga.
Hanya menanti waktu melihat sama ada aku atau dia dulu yang rebah.
“Abang tak akan
biarkan Nur pergi,” bisik dia perlahan.
Aku tersenyum
dan berkalih ke belakang. Memandang mama
yang juga menangis hiba di dada ayah.
Tangisan kekesalan.
“Dan abang kena
buat keputusan…”
“Abang tak
mampu. Abang tak nak Nur disakiti,”
jawab dia.
Keluhan tipis
terluah dari celah bibirku. Mata kupejam
rapat dan jika Ziyad tidak mampu membuat keputusan, biarlah aku yang memberi
keputusan tentang hidup kami.
“Kalau macam tu,
biar Nur yang buat keputusan dan Nur harap, abang tak ada bantahan,” ujarku.
Ziyad berpaling
padaku dengan mata yang kian merah dan kali
ini, setitis airmatanya menitis juga dengan renungan yang kian tajam.
Namun tanpa
kuduga, mama meluru dan sekali lagi pipiku ditampar namun kesannya sudah tidak
berbekas padaku.
“Mama!!!” tempik Ziyad kuat.
Dia menahan mama
namun mama kuat menghalang.
“Kamu jangan
derhaka dengan mama, Ziyad. Jangan
halang langkah mama kalau betul kamu tu hargai setiap titis air susu mama dalam
badan kamu!” jerkah mama pula dan aku
kembali teresak-esak.
Tiani menarik
tanganku tapi mama lebih cepat menyambar.
Ditenungnya lama dan penuh amarah namun lama kelamaan, renungan tajam
itu bertukar menjadi renungan seperti pertama kali kami bersua dulu. Lembut dan
penuh kasih sayang biarpun matanya merah dan masih basah.
“Kenapa dari
mula kamu tak cakap pada mama, Teratai?
Betapa kami menderita? Mama
marahkan kamu. Memang mama marah. Sudahlah Ziyad begitu, dan kamu pun jangan
macam ni, Teratai? Buruk sangat ke mama
sampai tak nak terima anak menantu sendiri?
Buruk sangat ke mama ni untuk kamu anggap seorang ibu hinggakan kamu
sorok segalanya tentang kamu? Tidakkah
seorang anak perempuan itu akan kongsi segalanya dengan seorang ibu? Mama ni siapa pada kamu, Teratai? Kalau bukan pada mama kamu nak sandarkan
bahu, pada siapa? Kamu suka sangat ke
digelar sebatang kara sedangkan kamu ada mama dan ayah? Dan kerana itu mama tampa r kamu, Teratai Nur. Kerana itu.
Moga kamu ingat, kamu ada mama yang akan marah dan pukul kamu kalau kamu
buat salah!” jerit mama lalu dipautnya tubuhku erat.
“Bila mama tahu
semua ni, sejujurnya sukar untuk mama terima.
Tapi, bila Ziyad ceritakan kisah duka kamu, mama yakin mama tak silap
menyayangi kamu. Benar kata Ziyad dan
Tiani, jika bukan kami yang beri peluang pada oran g macam kamu, siapa lagi? Apatah lagi kamu tu menantu mama. Satu-satunya menantu mama yang mama sangat
sayang,” akui mama membuatkan aku
terkedu.
Ziyad
melopong. Ayah menggariskan senyuman
tipis dan menghela nafas lega. Doktor Zafrina menangis di dada
suaminya. Tiani teresak-esak sendiri dan
aku, lemah segala sendi lantas aku melurut jatuh ke kaki mama.
Ziyad pantas
mendapatkanku. Menyeret lututnya dan
terus memeluk aku kemas dengan tangisan halus dan ucapan syukur yang tak
terhingga.
“Sekali
jari-jemari Nur abang genggam, akan begitu selamanya, sayang. Maafkan abang letakkan Nur dalam situasi
begini,” rayu Ziyad padaku dan mama juga menjatuhkan lutut di sisi kami.
“Maafkan mama
sebab menampar kamu, Teratai Nur dan Mia…”
Mama panggung kepala.
“…terima kasih
beritahu tentang Teratai Nur. Berita
yang telah Ziyad sampaikan sebelum kamu.
Pulanglah nak. Aunty maafkan kamu
atas keterlanjuran kamu berkata,” pujuk mama pada Mia.
Aku berpaling
biarpun tubuhku masih lagi di dalam pelukan Ziyad yang kian kejap. Wajah Mia berubah merah. Rahangnya turun naik dan bila dia mahu
berlalu, Tiani menahan lagi sekali.
“Inilah yang
dikatakan, Tuhan sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar dan kau…” Tiani berpaling padaku dan merenung wajahku
bersama senyuman tipis.
Bila dia
berpaling pada Mia, tak semena-mena telapak tangannya singgah tepat pada pipi
Mia membuatkan gadis itu terkedu.
“Kau…”
Tak sempat Mia
bersuara Tiani sekali lagi mendaratkan telapak tangannya pada pipi Mia.
“Ini baru sikit
dari aku sebab cuba
runtuhkan masjid kakak yang aku sayang!”
ujar Tiani keras, memberi amaran.
Ziyad
terpegun. “Mak aih… garangnya adik
Taufiq ni,” komen Ziyad padaku.
Serentak itu, Mia
terus berlalu dan daun pintu berdentum dihempasnya. Tiani melepaskan lelah dan dia tersengih
sendiri.
“Err… maaf
semua. Saya ni kasar sikit,” akui dia
lalu dia menggaru kepala dan ketawa.
Aku menangis dan
terus menangis. Menangis kerana rasa
syukur yang tak terhingga. Aku pandang
mata mama.
“Maafkan
Teratai, mama,” pintaku.
“Ini kali
terakhir mama bagi amaran. Lepas ni
jangan sorok apa-apa biarpun perkara tu terlalu buruk pun.”
Aku mengangguk
di bahu Ziyad dan tanpa kuduga, tubuhku melayang bila Ziyad bangkit dan
mencempung tubuhku ke dalam pelukannya.
“Yad nak bawa
Teratai pergi mana?”
“Dia isteri Yad
mama dan Yad bebas bawa dia ke mana pun.
Jauh dari semua masalah dan biarlah dia tenggelam, karam bersama Yad
dalam lautan kasih kami yang tak mungkin temuinya tepiannya,” jawab Ziyad
sambil merenung mataku bersama kaki yang melangkah naik ke bilik.
~~> intermission
RM : Konflik baru bermula. TErima kasih pd semua yg sudi singgah, baca, like & komen. RM hargainya. Selamat berhjung minggu dan bercuti. Tkcare

Alhamdulillah. Suka.
ReplyDeleteSedikit pembetulan. Kafarah yer kirafah...:)
Huargggh. Konflk baru bermula???
ReplyDeletetu la pasal.. bukan konflik dah berakhir???
Deletehuuhuh..k.rehan jgn nk habaq mai yg k.rehan nk smbungkn Bisakah ni jd novel plak..makin tersiat ati nie, nk tggu k.rehan publish novel nie..nk tnggu enrti baru pun xsanggup, apatah lgi nk tggu k.rehan siapkan satu nvel..huhuuhu..
Deleteape2 pun, entry ni best..thumbs ups..=))
baru nk mula konflik?
Deleteerm ape konflik lepas ni ek? ermm...
last entry ke ni sblum akak bercuti?
ok la ni..tinggalkan kami dgn entry yg gumbira..
Haha,,Intermission,,Ayah Nur hidup lagi ke? Takda pon cerita pasal ayah dia, maybe lepas ni baru bermula kot pencarian ayahanda Nur tuu,,
DeleteLuv it....kifarah ler cik RM...
ReplyDeleteamboi ai kapten, tak menyempat-nyempat nak bw lari isteri.....hehehe....
ReplyDeletewaa hampir sedih dah mayaa..ade dugaan lg ke???????
ReplyDeleteakn ada sambung kn?
ReplyDeleteRM... kali ni suka suka suka... hehehe
ReplyDeletemenarik ... jalan cerita yang sentiasa ada pengajaran
ReplyDeletemmmg part sedey menggila la RM... mengalir air mata ku...semoga bahagia milik mereka
ReplyDeletewaaa best sgt, tq RM untuk cerita yg menarik nie.. :)
ReplyDeleteHuih nasib baik mama ziyad terima. Tiani ganas betul pakai tampar je. Haha amboih Ziyad tak menyempat, sabar lah sikit. Haduii anyway thanks kak rehan!! Sila sambung lagi, hehe.
ReplyDeletemama ni bikin cuak je....hehehe...
ReplyDeletesedehnya...tapi best sangat2
ReplyDeletehua....org first comment..mesti mia xpuas hati kan....pdn muke mia..tula,gatai sgt nak runtuh kan masjid org..ape kejadahnya tah...suke family ziyad yg x cepat pndg rendh pd org lain..even die penagih....
ReplyDelete-mira-
sedihnye bace tp best n menarik sb konflik psl nur dh selesai,, mk ziyad pn dh leh terima.... cpt2 smbung ea rehan,, dh sabo nk tau ending nye....
ReplyDeleterehan,,, tahniah Awak memang dah berjaya membuatkan hati orang libang libur
ReplyDeletebest sgt :)
ReplyDeleteK rehan,
ReplyDeletetak sangka ingt dah sad ending for this chapter.. apapun.. betul apa yg Tiani dan mama cakap.. sapa lagi yg nak bela golongn ni melainkan kita.. semua orang buat salah cuma kita tak tahu one day dia akan berubah malah mungkin lebih dari kita yg tiada cela di sana sini.
wah..bestnya..ada sambungan lagi ke ni...plz sambung ya RM..
ReplyDeletesesak nafasku... n.. lega.. konflik baru bermula?.. ada lagi konflik ke? aa' bikin nafas ku terhenti..
ReplyDeletekak rehan!!! huih. dupdap jantung baca. aih!
ReplyDeletebest..
ReplyDeleteaik konflik baru bermula???
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaa, nangis nangis bace n3 ni,terlampau wah, hehe, best sangat
ReplyDeleteKonflik baru bermula sudah bisa mengocok emosi pembaca, macam mana agaknya ya kalo konflik sudah dipuncaknya?
ReplyDeletealhamdulilah....mak Ziyad terima jugak akhirnya~~ tpi konflik bru bermula??? alamak! ni mesti lagi trilling nieh! sambung lagi yeee.....like like like...(kalau ada button 1000 like pon tak hbis like farra) ;)
ReplyDeleteMmg libang libu hatii ku ni..sian terataii..tp slmt family ziyad ok....besh rehan....tq
ReplyDeleterehan, tq so much wat anne nages bca part nie. serius sedey kut smp xsedar dh ngalir air mata. now, dh selsema. haha.. :) nk lagi plssssss!!
ReplyDeletehati seorang ibu memang terlalu lembut... sejahat-jahat seseorang siapa kita untuk menjatuhkan hukuman.... hati Nur terlalu ikhlas buat Ziyad sekeluarga itu yang mama dan papa Ziyad dapat huraikan.... terbaikkk....
ReplyDeletei like kak!!
ReplyDeletefirst2 td nak nangish dah kak last tesengih2 lak...hehe
terbaik !!
kak RM..KAK RM n mmg pandai bmain dgn emosi..suke kot..nk smbungan lgi k..thniah2 =D
ReplyDeletemak aiii...konflik baru bermula? biar betul? yg ni pun sya rasa mcm nak masuk ja ke dalm cite ni utk kasi KO c mia tu...ada lg konflik? waduh waduh waduh kok mcm diserang sakit jantung ni....
ReplyDeleteSedihnyer....huhuhu...tp happy ble mama dh terima..
ReplyDeleteWah ada lagi konfilk erk...suspen2...
ReplyDeleteMcm nak melompat keluar jantung sekejapan.. Akhirnya!! Alhamdulillah.
ReplyDeleteDah tau mesti k.rehan masukkan unsur saspen kat sini. rasa je yg mertua dia terima. nnt mesti mia lgi skit hati. tp insyallah Allah sentiasa bg yg terbaik bg umat Dia yg sabar. thanks for this n3. love u k. rehan.
ReplyDeleteKonflik baru bermula. Agak2nya konflik akan dtg mesti pasal bapa teratai pulak tak?
ReplyDeleteAduh kesiannya Teratai. Jgn Teratai layu di tasik madu sudahlah :)
Kmas
nice2 kak rm!!like gilee!! alhaaaaiii abg ziyad!! kak next cite mia dgn taufiq bole jd x??waaaahhh sgt best!! ;D
ReplyDeleteAlhamdulilah selesai masalah teratai & ziyad. Suka sgt!!! tapi ader konflik baru konflik ape? pasal ayah teratai ker?
ReplyDeleteeh? konflik baru bermula? good job kak rehan,,sy nantikn konflik yg lebih hebat lg!!
ReplyDeletemalu dgn kawan sbb diorg tegur nape tibe2 nangis?haha...teros sy cerita pasal kisah ziyad n teratai nur kat diorg, nk sgt diorang bace, tp diorang bukan jenis kaki novel, jd sy cerita je la kat diorg...huhu
Hoyeaaaaaaaaaah!! Tq kak RM!! ;D
ReplyDeleterndunya nak komen kat SBISAKAH ni, line x mengizinkan. suka sangat karehan dengan perkataan ~~bersambung... tu, tndanya crita ni belum end.
ReplyDeletep/s: Ziyad sngt x malu orngnya. mentang2 anak tunggal
>>k<<
waaa....saya dah nangis dah baca...huhu tp best
ReplyDeleteingtkan nur nk tngglkn ziyad td suspen3x bnget...cpt sambung rm hihihihi
ReplyDeletekonflik baru bermula??? alamak, apa lagi Rehan ni??? cukup-cukup la tu. tak tahan dah rasa hati no, asyik berdebar je. panjang lagi ke? rasa sama mcm bc STK, dok berdebar aje...
ReplyDeletehahahaaaa...suke2...tq kak RM..wlaupun sibuk..
ReplyDeletehaaa.. semput bace klu ade konflik nie.. nasib family ziyad boleh trima atai.. lpas nie ade konflik lg ke? huhu.. btw mmg best...
ReplyDeleteAduiii,meleleh air mate saye,ingat kan dah habis konflik,tp baru bermula.hmmm kene kuat kan hati kalau nak bace..sob..sob..
ReplyDeletekan dah kata....best best. tak mo la konflik...sian kan la kat saya yang berendam air mata kat opis nih...nasib org tak de
ReplyDeletewaa...sudah ku agak...sayang kamu rehan..:)
ReplyDelete-ieja-
the best dikkk
ReplyDeletehuhu....ala...sedih nye....dah la kat ofis..nsb baik time lunch baca ni..klau x..malu nye og tgk nangis...hehe..:) anyway....awesome as owes...
ReplyDeletebes sgt2...mantappppppp...terbaiklah sis...sdih kot..huhu...ndb mama ziyad trima kn..apa lg la dugaan lpas ni..huhu...
ReplyDelete~ct izaidah~
akhirnya hujan dah turun dengan lebat ni nasib tak banjir..nasib mama boleh terima Nur...yeay..hehehe
ReplyDeleteerkkkkk RM kenapa konflik baru nak mula? jangan cakap cerita ni nak dijadikan novel panjang huhuhu sedangkan yg BISAKAH ni pun nak tunggu bab seterusnya rasa terseksa mesti MIA ada rancangan lain ni waaaaaaaaaatak sangggup...
aisya_humaira
best!!! ^^ kak rehan, next entry :)
ReplyDeletemenitis air mata bc bab neh..hehee
ReplyDeletesub..sub...sub...Rm apsal cedih bebenor ni,siang kat teratai... aduhhhs minah kedaun ni..taulah ko tu PHD, sampai sanggup runtuh masjid orang..shuhh..shuhh...:-(
ReplyDeletegilooo meroyan tu dak ni.. bagui tiani, ko bagi sebijik terpusing 360 darjah... jomm yad bawah tertatai jauhhh....
RMMM...N3...N3 lagiiiiii
wwannur
menitis air mata.. sob3...
ReplyDeletemaslina aini mat saad
ohh..oh.. saspens je.. ingatkn mama ziyad tak boleh trma teratai. ok kak rehan, next! ^^V
ReplyDeleteTerbaekkkkk!!!!
ReplyDeletePergh..lega..ingt td mama ziyad nk halau teratai....
ReplyDeleteya allah.... suka nya
ReplyDeletepadan muka Mia, ingat Allah itu ada n sentaisa ada bersama org yg teraniaya..
**thumps UPPPPPP****
x sabar nk bace chapter s'terusnye n nk tau ending cite ni..hope happy ending ya RM..XD
ReplyDeleteok!!! nangis :')
ReplyDeleteGua nangis gua nangis. Kahkah
ReplyDeletegua pun syahdu...nangis isk isk :'(
Deletejahat la mia!!! ish!!
ReplyDeleteeee....RM ni kalu part miang tu miang le sesangat..bila part sadis tu mak oi berlinang air matAku...huhuhu RM...RM...
ReplyDeleteSangat2 menarik " jangan pisahkan aku dan dia"
ReplyDeletebila nk bg kami n3 baru....... kurang kesabaran nih.....
ReplyDeleteAde konflik lgi ke......tk sbr nk tgu ni......
ReplyDeleteAllah maha adil...derita+konflik>bhgia...hppy ending..
ReplyDeleteTq rehan..xsabar nk tunggu next n3..
erkss , konflik baru bermula ? ingatkan dh berakhir .. haha ! jahatnya mia! benci ngan dia . thanks to tiani sbb tampat mia :)
ReplyDelete-Niena Zana-
bagaimana kalau Nur ketemu bapa dan ibunya.. bagaimana kalau ibu bapa Ziyad @ Ziyad ada hubungan dengan mereka.. apa langkah Mia seterusnya untuk menjalankan misi balas dendamnya..banyak lagi konflik yang boleh dikorek RM untuk buat airmata kita tumpah..
ReplyDeletedup dap dup dap...fuhhh.. lega,, igtkan mama ziyad nk halau atai td.. mia mmg jahat.. benci la! tia,,! tahniah sbb tampar mia tu .. dush dush! .. puas hati bila mia kena tampar.. :D hmm.. mama.. thanks sbb terima atai,, sy nk nangis dh td,, igtkan atai nk kena halau.. hadoihh..kapten ziyad! awak sgt sweet.. *mencair,, dan terus mencair..* haha .. entry ni best! yg sebelum2 ni pon best.. tp,, x blh komen >< internet selalu kacau.. hadoiyyai.. thumbs up !! tahniah kak rehan.. nk en3 bru.. hehe :D
ReplyDelete-athirah-
tajuk apa yg sesuai untuk kisah tiani pulak..hihi mesti best heroin kasar..
ReplyDeletecmnie punya gaya konflik baru start? huh, sangat saspen ye..sedih kot kisah ziyad ngn teratai nie..huhu
ReplyDelete[hawa]
nak tercekik rasanya bila baca akak tulis konflik baru mula...btw all the best kak! this story is amazing, open up our eyes about drug addicts :)
ReplyDeletebest2...suka watak tiani.padan muka mia
ReplyDeletebest... terharu...
ReplyDeletesayang Tiani, sayang Zafrina n' Zayed...
lebih lagi abang Ziyad :D
lagi...lagi...lagi...
seriussssss.....air mata saya meleleh tanpa dapat ditahan2....RM..awak berajaya membuat hati saya menyelami kesedihan teratai...
ReplyDeleteassalamualaikum...hye kak rehan..sya mmg pminat kak rehan since dkat penulisan2u lgi:)..gembiranya khirnya jumpa blog akak..thanks sbb mmbuatkan hari2 sya yg bosan ceria, sedih n sweet dgn crita akak...x sabar nk tggu next epi BISAKAH...well done kak..5 STARS.. ;)
ReplyDeleteHehehe padan muka mia kene lempang dah ngan tiani..ha kan dah malu..
ReplyDeleteHuhuhu.. sayg kat tiani..n Hiikss terharunya ngan mak mertua nur tu..
Hmm.. konflik bermula??? Haish.. niy mesti MIA miang tu bedendam lah tu..
Apa apa pun thanks lah RM dah buat feel baca part 21 niy terjungkir balik like rooler coaster dah.. hahaha.. tahniah..
simple but menarik
ReplyDeletehahahahahahah!!! ai ai kapten!!! i love u so much abg yad yad!!! :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
terus terang dulu bila cik RM buat mini noval bisakah saya sanggup tak nak bukak blog cik RM ni. klu bukak pun baca mini noval yg lama2, sbbnya..... takut hati ni berubah arah dr syed ahmad budriz ke captain ziyad dan ternyata hatiku telah berubah arah dah sekarang ni..... adoi la.... sapa yg nak bertanggunjawab sekarang nih masuk hari ni dah 3 kali saya marathon bisakah......
ReplyDeletesedhnye.. huhuhu..... best sgt cite nieh
ReplyDeleteBila nak ada entry baru ni... x sabar nak tahu apa konflik yg akan dtg... :-)
ReplyDeletesedihnyeeee
ReplyDeletejgn le byk konflik2...kesian kt depa..huhu..
ReplyDeleteAslmkm...kak rehan..bila nk sambung crita nie ??
ReplyDeletetak sabar nie...hari2 buka blog akk...
hoho
ReplyDeletekak rehan..izinkn aku menangis tu xda n3 br ker rindu ngan khail n alai
ReplyDeletekak..bila nak ada n3 baru ni...tak sabar tunggu..
ReplyDeleteAssalam kak rehan. Akak sihat x? Semoga akak bahagia dunia & akhirat
ReplyDeleteAishhhh!!boleh jd skit jantung dibuatnya baca setiap karya kak rehan...<3
ReplyDeleteAir mata saya masih meleleh...... Sedihnya...... Tak tau nak cakap apa...... Sob sob.....
ReplyDeleteaik.. apesal konflik baru bermula laks? takkan si mia balas dendam kat tiani melalui taufiq? huhuhu...
ReplyDelete