BAB 5
RASANYA sudah
beberapa hari tidak kuhubungi Ibu Hanah.
Ada rasa rindu bertapak dalam hati sejak dari hari pertama aku membawa
langkahku keluar dan hari ini, seusai kutunaikan Isyak dan mengalunkan ayat
suci Al-Quran, aku membuka telekung dan mencapai telefon bimbit pemberian Puan
Talhah itu.
Deringan pertama
tiada bersambut lalu aku menekan papan kekuncinya sekali lagi dan kali ini,
talian akhirnya bersambung. Suara Ibu
Hanah tenang menjawab.
“Lama Atai tak
telefon ibu,” tegur Ibu Hanah dan aku ketawa halus.
“Mana ada
lama? Baru beberapa hari kot?” usikku bersama tawa kecil. Tawa yang mahu menutup gundah hati sendiri.
“Iyalah. Baru beberapa hari pada Atai tapi dah macam
berkurun pada ibu,” ujar Ibu Hanah bagaikan berjauh hati.
Tawaku mati. “Ibu ni… Atai tak pernah lupakan ibu dengan
kawan-kawan kat sana. Mereka keluarga
Atai. Cuma, Atai tak ada masa
sekarang. Banyak benda Atai nak kena
belajar lebih-lebih lagi bila Puan Talhah dah bagi kepercayaan ni,” jelasku.
Ibu Hanah ketawa
kecil dan dia melepaskan keluhan tipis.
“Ibu gurau
jelah, Teratai Nur. Ibu tahu Atai
sibuk. Baguslah Atai berpegang pada
amanah macam tu. Ada masa nanti boleh
datang melawat. Menjadi pelawat je tau
atau boleh jadi pembimbing rakan sebaya ke?”
cadang Ibu Hanah.
Aku tahu dia
terlalu risaukan aku. Risau sekiranya aku
kembali menjadi penghuni tapi hati ini benar-benar tekad dan aku tahu Allah
sedang membantuku membersihkan noda najis dadah yang ada di dalam pembuluh
darahku selama ini. Mujur tidak terlalu
terjebak, jika tidak nasibku pasti tidak di sini.
“Atai tahu ibu
risau… tapi insya-Allah, demi Tuhan yang maha besar, Atai tak akan kembali
macam dulu,” ujarku meyakinkannya.
“Alhamdulillah…” Ibu Hanah mengucapkan syukur sebelum dia
menyambung.
“Moga Atai terus
kuat hadapi segalanya. Erm… ada khabar
tentang ayah?”
Pertanyaan Ibu
Hanah membuatkan aku terdiam sendiri. Sejak
aku keluar dari pusat serenti itu, niat itu pernah terdetik untuk mencari ayah
tapi usaha itu tiada. Bagai tidak mampu
menghadapi wajah ayah atau boleh jadi juga keadaan ayah yang barangkali menjadi
lebih teruk.
Aku ketap bibir
seketika. “Atai tak ada niat nak cari
dia pun, bu,” jelasku jujur.
“Mana boleh
macam ada niat macam tu, Teratai Nur? Itu
dah tak betul. Tak salah Atai pergi cari
dia, pujuk dia kembali ke jalan yang lurus,” ucap Ibu Hanah sedikit keras.
Aku tahu dia
tidak bersetuju tapi hatiku menahan langkah.
Bukan aku tidak sudi tapi hati ini tetap tidak mahu menapak mencari ayah
buat masa ini.
“Tak sampai masa
lagi, bu. Atai sendiri perlukan waktu
untuk diri,” pohonku agar dia mengerti agar kedudukan hatiku kala ini.
Aku membetulkan
sila di atas katil bujang usang ini. Benar
usang tapi segalanya terjaga rapi dan bersih.
Menatap ke seluruh bilik yang sedikit kelam dalam mencari kekusyukan
solat bersama airmata yang tiba-tiba bergenang memikirkan masa depanku yang
mungkin berubah menjadi semakin kelam setelah aku temui ayah.
“Teratai Nur…
kamu menangis?”
Aku pantas
mengesat airmata yang merintik ke pipi saat menerima teguran Ibu Hanah di
hujung talian lalu aku gariskan senyuman dan berdeham beberapa kali.
“Eh… tak adalah,
bu. Nanti, Atai dah sedia dan
betul-betul kuat nak jumpa dia, Atai cari dia, ya?”
Kali ini,
giliran Ibu Hanah pula diam. Talian hening
hanya ditemani cengkerik malam yang bersiul nyaring memuji Sang Pencipta. Aku menahan sebak di dalam hati. Saat mengingatkan Ziyad, hatiku tersayat pilu
lalu aku bawa telapak tangan dan mencengkam dadaku berharap moga hati ini
tenteram.
“Atai nak cakap
apa-apa?”
“Ermm… tak ada,
bu,” nafiku dalam keadaan sebak yang tertahan-tahan.
“Kalau tak ada,
tak apalah. Siang tadi, keluarga Tiani
datang. Abang dia, Taufiq dan mak dia
sekali. Atai katanya, tak dapat datang
sebab jadi pemandu pelancong untuk kawan Taufiq, betul ke?” tanya Ibu Hanah tenang.
Dahiku berkerut
seribu. “Siapa cakap?”
“Taufiq dengan
Puan Talhah.”
Terdiam aku
seketika dengan kata-kata Ibu Hanah.
“Mana ada,
bu. Atai kerja. Kawan dia tu pun Atai bukan kenal…,” selaku.
“Ya ke Atai tak
kenal? Tapi, kata Puan Talhah kawan dia
cakap macam pernah jumpa Atai. Jumpa kat
mana?”
“Siapa cakap?” Sekali lagi aku mengajukan soalan yang sama.
“Laillah ha’illlah…
Teratai Nur ni. Puan Talhah la
cakap. Kawan Taufiq tu tanya dia, Atai
asal mana. Dia macam pernah jumpa Atai
je. Jadi, ibu tanyalah Atai kot-kot
lelaki tu ke?” tekan Ibu Hanah sedikit.
Buat ke sekian
kalinya, aku terdiam lagi. membawa
lututku rapat ke dada dan memeluknya erat bersama rambut yang berjuraian
kubiarkan lepas bebas dielus angin daripada kipas yang ligat berputar.
“Kalau Atai
kata, ya?” dugaku.
“Sungguh ke?”
“Hrmm…,” akuiku
ringkas.
“Dia langsung
tak kenal Atai?” Suara Ibu Hanah teruja.
Aku menggeleng
beberapa kali. “Atai tak nak dia kenal
Atai pun, bu.”
“Tapi dia pasti
akan ingat…”
“Dan sebelum tu,
dia akan pergi,” cantasku.
“Kalau dia
kembali?”
“Biar Atai yang
pergi,” jawabku tanpa berfikir panjang.
Perbualan
kembali hening. Sepi lagi dan aku
mengalirkan airmata lagi biarpun hatiku melarang dan akal warasku menafikan
namun entah mengapa, bisikan Ziyad yang pertama kali dulu menghantui lebih
daripada bisikan kasanovanya padaku siang tadi.
BARU saja hendak
lelapkan mata, telefon bimbitku bergetar di bawah bantal. Pantas aku capainya dan kulihatkan nombor
rumah Puan Talhah dan aku terus menjawabnya dek kerana bimbang akan perkara
yang mungkin terjadi.
“Assalamualaikum,
puan,” sapaku lembut.
“Teratai dekat
mana?” soal Puan Talhah.
Aku mengerutkan
dahi. Sudahlah salam tidak berjawab.
“Err… kat rumah,
puan.”
“Fiq singgah
rumah pekerja. Ambil Teratai sama.”
Aku dengar Puan
Talhah bersuara tapi tidak kutahu mengapa dan apakah tujuannya hendak
menjemputku sama dan ke manakah tujuannya.
“Err… nak ke
mana puan?” Aku pandang jam di skrin
telefon bimbit seketika. Sudah menghampiri
jam 12.00 tengah malam. Hanya beberapa
minit saja lagi.
“Hospital. Awak siap, kejap lagi saya sampai,” desak
Puan Talhah.
“Tapi…” Tak sempat aku bertanya lanjut, talian
dimatikan dan aku bingkas bangun menuju ke bilik air.
Setelah membasuh
muka, aku terus menyarungkan cargidan
pada tubuh bagi mengalas baju T yang agak mengikut bentuk tubuh. Sedang elok aku lilitkan selendang pada
kepala, hon kereta berbunyi sedikit bingit di depan rumah dan aku pantas
berlari keluar.
Saat aku
merapati kereta, Puan Talhah menurunkan cermin Toyota Hilux yang dipandu oleh
Taufiq.
“Kenapa? Puan sakit ke? Atau Tiani yang tak sihat?” soalu beriak risau tapi Puan Talhah
menggeleng.
“Masuk!” arah dia padaku dan cermin kereta itu
tertutup rapat.
Aku melangkah
pantas ke bahagian tempat duduk belakang dan sekali lagi aku tercengang bila
melihatkan tubuh Ziyad mengerekot bagaikan menahan sakit.
“Err… puan.” Aku terpaku tanpa menutup pintu kereta.
“Dia sakit
perut. Tutup pintu kereta cepat,” ujar
Taufiq dan aku pantas mengangguk.
“Ya… ya…”
Pintu Hilux
tertutup rapat dan pacuan empat roda itu terus meluncur pergi meninggalkan
perkarangan rumah.
Sepanjang perjalanan
menuju ke hospital Tengku Anis, aku hanya diam membisu sambil merapatkan
tubuhku pada dinding kereta berharap agar menjauh daripada Ziyad yang nampak semakin mendekat.
Sesekali erangan
Ziyad membuatkan hatiku tersentuh. Terasa
ringan tanganku mahu memeluk dia bagi meredakan sakitnya tapi aku bimbang,
Ziyad pasti membentak kerana aku adalah bekas penagih dan sampah
masyarakat.
“Dia kenapa,
puan?” soalku berbisik pada telinga Puan
Talhah.
“Tak tahu tapi
dia mengerang sakit tiba-tiba. Itu yang
nak ke hospital terus ni. Takut apa-apa
yang serius je,” jawab Puan Talhah perlahan.
Dan kenapa mesti
saya ikut sama? Aku mahu mengutarakan
soalan itu padanya tapi melihatkan keadaan Ziyad yang semakin tegang, aku telan
soalanku sendiri membiarkannya berlalu tanpa jawapan yang pasti.
Sedang aku
bertahan demi hati dan perasaan sendiri, tubuh Ziyad jatuh ke arahku. Hujung rambutnya bersentuhan dengan pehaku.
“Fiq… lama lagi
ke?” tanya Ziyad tertahan-tahan sambil
menekan perutnya.
Aku berlaga
pandang dengan Taufiq yang berpaling seketika.
“Sabar,
Yad. Dah dekat nak sampai. Tahan sikit,” pujuk Taufiq dan dia menjeling
padaku kemudian menjeling pada Ziyad sebelum terus memandang ke hadapan.
Puan Talhah
berpaling. “Sakit sangat ke? Sabar sikit ya, Ziyad,” pujuk Puan Talhah
pula.
Aku nampak Ziyad
mengangguk dalam susah-payah. Entah mengapa,
tanganku terangkat dengan sendiri mahu menepuk bahu sasa Ziyad tapi rasa takut
itu tetap menebal. Baru hendak kutarik
semula tanganku, jemari suam Ziyad yang berpeluh menarik tanganku dan
diletakkan ke bibirnya.
“Saya sakit,
Nur. Sangat,” gumam dia bersama hembusan
hangat pada telapak tanganku.
Seluruh tubuhku
meremang. Nafasku mula tidak
teratur. Bila aku cuba menarik tanganku,
Ziyad terus menggenggam kemas.
Aku nampak dia
cuba memanggung kepalanya dalam susah payah.
Kala mata kami bertentangan seketika, bibir itu bergerak.
“Sekali jari
awak saya genggam, selamanya saya tak akan lepaskan, Nur,” ujarnya dengan amat
perlahan dan kepala itu jatuh di atas pehaku lalu mata Ziyad terpejam dengan
nafas yang semakin sesak dan peluh kecil yang semakin galak merenik pada
dahinya.
“Dia… dia
berpeluh, puan,” beritahuku pada Puan Talhah apatah lagi bila tubuh Ziyad agak
hangat kala ini.
“Gastrik,
mak. Fiq rasa dia kena gastrik teruk ni,”
beritahu Taufiq tanpa memandang pada kami dan terus saja meningkatkan
kelajuan.
Dan aku, hanya
membatu tanpa berbuat apa. Kaku kala
bersentuhan, takut memikirkan kesannya tapi bila aku menarik, Ziyad semakin
kuat mengcengkam. Bukanlah tidak sudi
memujuk dia tapi aku bukan sesiapa pada dia.
Tanpa berbuat
apa-apa lagi, aku sekadar membiarkan tangan kanan di dalam genggamannya. Erat bagai tak mahu dilepaskan dan sebelah
lagi menyeka airmata yang kembali meniti pada tubir mata.
TAUFIQ
mundar-mandir. Nampak tidak betah. Puan Talhah juga sama. Nampak semakin gundah. Hanya aku yang berada sedikit menjauh
daripada mereka berdua tapi bila seorang doktor keluar daripada wad kecemasan,
Puan Talhah menggamit padaku agar mendekati.
“Macam mana
kawan saya, doktor?” tanya Taufiq.
“Tak teruk tapi
asid dalam perut banyak sangat. Apa yang
dia makan?” soal seorang doktor separuh
umur pada Taufiq.
Taufiq memandang
Puan Talhah.
“Err… sama macam
kami je. Malam tadi makan sambal pelam. Teruk sangat ke dia, doktor?” Puan Talhah
bersuara resah.
Dahi doktor itu
berkerut. Dia ketawa kemudiannya dan
menggeleng seketika.
“He’s fine. Tak ada apa-apa. Gastrik biasa je. Saya dah bagi ubat tapi malam ni biarlah dia
bermalam dekat wad kecemasan dulu. Perut
tak biasa terima makanan pelik-pelik. Sebab
tu tak boleh nak cerna dengan baik,” terang doktor itu dan Taufiq meraup
wajahnya.
“Aduh kau ni,
Yad. Menakutkan,” komen Taufiq lalu dia
bersalaman dengan doktor itu sebelum kami sama-sama menapak ke dalam wad untuk
menjenguk Ziyad.
“Huh, teruk kau,
bro!” cemik Taufiq dan Ziyad tersengih
sambil mengelap sisa ubat ditepi bibirnya.
“Best sangat
makan. Tak pernah jumpa orang buat
sambal pelam tumbuk dengan ikan rebus dan cili padi. Aku tibailah cukup-cukup,” jawab Ziyad
ketawa.
Aku mengerutkan
dahi dan membalas senyuman Puan Talhah sedikit canggung sebelum kembali
menyorokkan tubuhku di sebalik tubuh Puan Talhah sebelum Ziyad memandangku.
“Terkejut
aunty. Risau toksah cakaplah. Tapi, dah Ziyad tak apa-apa ni, aunty
bersyukur sangat. Esok-esok tak boleh
makan, makanan orang sini dah. Nanti perut
tak boleh nak terima lagi,” ujar Puan Talhah dan Ziyad menggeleng.
“Ala… tak
apa. Kat sana tak pernah jumpa,
aunty. Sekali aunty buat macam sedap
je. Macam ke pedas ke, janji lidah kata
sedap saya telan je,” balas Ziyad berseloroh.
Bahuku ditepuk
Taufiq. “Aku ni letih siang tadi tak
hilang lagi. ini pulak nak temankan kau
kat hospital,” bebel Taufiq sambil menekup mulutnya yang sangap.
Aku intai sedikit
dan terlihat akan kerutan pada dahi Ziyad.
“Aku kena
tinggal hospital ke? Dah makan ubat dah?”
“Arahan doktor,
Yad. Malam ni je. Kau tidur esok pagi aku datang jemput,”
pangkas Taufiq.
“Eh tapi…”
“Tak ada
tapi-tapi. You stay!” Jari telunjuk
Taufiq lurus pada wajah Ziyad dan Ziyad melepaskan keluhan yang berat.
“Sorang ke?”
“Mana ada
sorang? Nurse kan ramai. Ayatlah salah sorang…”
Ziyad sengih
dan menggeleng menerima cadangan
Taufiq.
“Aku hanya perlukan satu cahaya untuk terangi hidup aku
dan aku dah jumpa,” jawab Ziyad sambil menelengkan kepalanya mencari wajahku
yang masih tersorok.
Taufiq
ketawa. Puan Talhah senyum.
“Baguslah. Kadang-kadang cahaya macam ni datang sekali
je, Ziyad. Kalau Ziyad betul-betul rasa
dia boleh terangi jalan Ziyad, jaga baik-baik cahaya tu,” usik Puan Talhah pula
dan aku mengerti. Amat-amat mengerti
akan permainan mereka saat ini.
“Puan… saya
tunggu kat luar, ya?” bisikku pada Puan
Talhah dan dia menjarakkan kedudukan
kami membuatkan aku kini benar-benar berhadapan dengan Ziyad yang masih
terbaring di atas katil.
“Ya, bila aunty
ke tepi, saya baru nampak cahaya. Kalau
tak tadi kelam je,” ujar Ziyad kala mata kami bersabung.
Taufiq
ketawa. “So, siapa cakap, orang suara
sedap tak cantik. Kalau Tuhan nak
jadikan, suara sedap, empunya suara cantik, perangai pula tertib… kau gigit
jari jelah, Yad!” perli Taufiq lalu dia
mengangkat tangan pada Ziyad dan mengajak mamanya keluar.
Baru saja aku
mahu mengikut langkah mereka, pergelangan tanganku dilelar oleh Ziyad membawa
aku pantas memandangnya.
“Kenapa?” soalku dengan wajah yang berkerut.
“Temankan saya,”
rayu dia.
“Tak boleh.” Aku menggeleng.
“Doktor tak benarkan,”
sambungku.
Ziyad
senyum. “Saya dah minta dengan doktor
sebab kita kat wad kecemasan ni je,” jawab Ziyad lagi.
“Tolong, Encik
Ziyad. Jangan suka-suka hati sentuh
saya!”
“So, lets get marry. Saya boleh sentuh awak sesuka hati saya!”
“Saya tak faham
Encik Ziyad cakap apa?” dalihku bersama
mata yang memandang daun pintu yang
sudah tertutup rapat.
“Kahwin dengan
saya!” ajak dia.
“Tak… saya tak
akan kahwin dengan orang yang saya tak kenal,” tegasku.
“Tapi, saya
kenal awak, Nur. Saya dah kenal awak
siapa,” balas Ziyad membuatkan tenagaku bagaikan terbang pergi tiada berbaki
lantas hampir saja aku jatuh terduduk jika Ziyad tidak memegang lenganku
erat.
~~> bersambung
nakal btul ziyad ni.. main terjah je.. -_-
ReplyDeletebest...best...
ReplyDeleteAlamak betul ker ziyad dah tau sapa atai...
ReplyDelete-ieja-
NAK LAGI....
ReplyDeleteZiyad..menggoda dalam rela..
ReplyDeleteCair abis dah ni. Ziyad, cinta dulu mencari dia. Sekarang dia mencari cinta. Sayangnya, cinta yang dicari masih sirna dengan impian. Masih takut untuk mengenggam harapan.
Atai dan Ziyad.
Menolak bukan bermakna tidak suka. Tetapi sedikit was was adalah penting untuk menjadikan impian itu lebih bermakna.
apa.yang.aku.merapu.nie.
wow terbaek
ReplyDeleteTerima kaseh utk n3 ini...Ziyad dh berjumpa dgn Cahayanya...sila teruskan RM...
ReplyDeletebest.... nak lg.. nak lg...
ReplyDeletehehe..sukaaaa2..nk lg
ReplyDelete#nana jamil#
Erk?! Ziyad tau Atai sape? Btul2 la Ziyad ye, jgn kuar ayat kasanova lg dh le
ReplyDeletelmnya nak tunggu entry br....ziyad ni mmglah main redah jer....RM cpt msukkan entry br yer...heheheh...syg RM....
ReplyDeleteRM,
ReplyDeleteNak tegur sikit, ayat 'lets get marry' kena tukar jadi "lets get married" baru betul.
Komen ikhlas, dari saya.
nak lagi please....
ReplyDeleteHaish! Nak lagii~
ReplyDeletekasi gempak je ziyad nie... 2 la makan pelam xengat... heheheh.. kawennn hai teratai nur...
ReplyDeletekan dh kna engkau ziyaddd. dulu sombong2...hehehe
ReplyDeleteZiyad ni suka ambil kesempatan ya..
ReplyDeletementang mentanglah Pn. Talhah dah bagi lampu hijau... nak terus jalan ja ajak kahwin.... hahaha
Hmmm....boleh percaya ke Ziyad ni. Time suka, semua OK aje. Jangan pulak nanti bila dia dah ingat yang Teratai Nur tu pernah jadi penagih, terus dia buang. Kesian Teratai Nur nanti....so Teratai Nur, protect yourself ok.
ReplyDeleteThanks Rehan....
ziyad da ingat ke hal lama?
ReplyDeleteuittt ziyad dh kenai @ ingat Nur ker...ermmm
ReplyDeletebesttttt, syiok ayat permintaan ziyad
Cahaya yg suatu ketika pernah malap..kini rsinar kembali..pastikan ia sentiasa bersinar ya ziyad.. betul ke ziyad ni dh tau sape atai tu..ke ayat nk mengayat je tu.. aduh..tak sabar tgg next n3..
ReplyDeleteAlamak, Ziyad dah tahu ke, haih suspen sungguh. Anyway, Ziyad ni not bad jugak sebenarnya, hehe. Thanks kak Rehan! Sila sambung cepat ya! :D
ReplyDeleteziyad jgn main2kan prasaan atai lg yer...
ReplyDeleteksian atai...ziyad sweet !
Rase mcm ziyad belum igt pun teratai nur tu.rs mcm dia nk bg ayat2 klise je
ReplyDeleteish3! lama tunggu nie...!
ReplyDeleteterbuai lagi ngan ziyad nie =)
hai la ziyad ni dalam sakit sempat lg main mata ngorat Atai hehehe. agak2 lamaran tu di terima ke kena tolak mentah2 hahaha
ReplyDeleteakhirnya..pnntianku tdk sia2..thnks rehan...arghhhhhhhh i hate 'bersambung' tu....huh..nk lgi..xpuas nii...please2 :)
ReplyDeletebtol ke ziyad dh igt??mesti atai cuak gile nie
ReplyDeleteaduhai.. terduduk ai.. senangnyer ajak orang kawin.. hehehe
ReplyDelete-Ika Hatika-
erkkkk..takkan ziyad dah ingat! ikut suka dia ja ajak orang kawin.
ReplyDeleteaisha_humaira
btul ke ziyad tau? argh...tidak mn dia dpt tau ni
ReplyDeletenovel ni best..saya sudah jatuh cinta please cepat sambung
ReplyDeleteehhh??? x kn ziyad da ingat sper atai nie...... suspen nieh...
ReplyDeletethanks kak rehan
-Song Hyun Sun-