Geng

Thursday, December 06, 2012

Bisakah... 6


BAB 6

MALAM kian larut.  Aku memandang Ziyad tanpa rasa melainkan ketakutkan semata-mata.  Dia juga sama.  Diam bagaikan mencerna kata.  Biarlah waktu terus berlalu, kami tetap membisu. 

Dalam hatiku mahu bertanya, benarkan dia cam akan wajah ini.  Sungguhkah dia kenal akan diri ini?  Kala aku angkat wajah memandang matanya, aku lihat mata redup Ziyad bagaikan merayu kasih.  Kala aku melarikan wajahku, telapak tangan Ziyad pantas menahan agar aku terus memandang dia.
“Pandang saya!”  tegasnya.
Aku menggeleng perlahan.  “Saya tak ada apa yang nak pandang pada wajah awak, Encik Ziyad,” tolakku sedikit keras. 
Telapak tangan Ziyad terlepas daripada pipiku.  Dia mengeluh dan meraup wajahnya berkali-kali.  Katil pesakit yang menjadi tempat tubuhnya berebah itu ditinggikan.  Aku nampak dia mengetap bibir merahnya.
Who are you, Nur?  I know you…I am pretty sure that I know you,” ujar Ziyad padaku. 
“Maaf… saya tak faham apa yang Encik Ziyad katakan.”
Dia ketawa.  “Okey… okey.   Maaf.  Mulai hari ni saya cakap bahasa Melayu je.  Tapi, sungguh saya kenal awak, Nur cuma saya tak pasti bila dan di mana.  Kita bagaikan ada memori lalu bersama.  Kan?” 
Wajah Ziyad aku pandang sedikit sinis.  “Huh… awak kata awak kenal saya, kan?  Tapi, sebenarnya ini cara awak nak tahan saya dok kat sini dengan awak, kan?”  tuduhku. 
Ziyad jatuhkan kepala.  “Saya akui itu tapi demi Tuhan… saya kenal awak sebelum ni Cuma saya tak dapat nak ingat…”
“Jangan ingat kalau tak mampu, sebab kita memang tak pernah kenal,” ujarku separuh berbisik sambil memeluk tubuh yang kedinginan.
“Maafkan saya, Nur buat awak tunggu saya kat sini tapi tadi saya benar-benar sakit.  Bila rebah atas riba awak bagaikan sakit tu beransur pergi.  Bila saya pejam mata saya nampak cahaya di depan saya dan saya yakin, itu awak, Nur,” tambah Ziyad dan kali ini lebih bersungguh-sungguh.
“Jangan cakap ayat-ayat kasanova dengan saya, Encik Ziyad.  Tak sesuai sebab saya bukan jenis perempuan bandar yang…”
Stop it!”  Ziyad melekapkan telapak tangannya ke bibirku dan menggeleng agar aku jangan meneruskan kata.
“Awak nak cakap awak bukan macam perempuan bandar yang liar, yang ada di lorong gelap, kan?  Hrm?”  tanya Ziyad padaku membuatkan aku terkedu sendiri.
“Ya… saya tahu awak bukan macam tu.  Sebab tu saya cakap awak berbeza dengan mereka.  Awak istimewa, Nur.  Saya yakin awak dari keturunan baik-baik, kan?”  Pertanyaan Ziyad kali ini membuatkan aku langsung kehilangan kata. 
Lama aku pandang anak matanya yang berwarna coklat terang itu sebelum aku guriskan sekuntum senyuman sinis dan menggeleng berkali-kali.
“Kalau macam tu lah, anggapan awak pada saya, Encik Ziyad… hentikanlah sebelum awak terduduk dalam kecewa,” nasihatku pada dia lantas aku bangkit hendak berlalu.
“Saya tunggu kat luar.  Apa-apa hal, awak boleh minta nurse panggilan saya.  Rehatlah, Encik Ziyad.” 
Aku terus mengatur langkah menuju ke pintu dan baru saja mahu kupegang tombol pintu, aku dengar Ziyad memanggil namaku.  Bila aku berpaling tubuhnya hampir terjatuh lantas aku berlari laju mendapatkan dia.
Tubuh yang hampir jatuh ke bawah itu aku sambut ke dalam pelukanku dan aku paut seeratnya dengan dada yang berdetak hebat. 
“Apa awak buat ni?”  marahku seraya meletakkan dia kembali ke tempat asalnya. 
“Saya nak turun tadi kejar awak tapi…”
“Tapi tak sayang diri sendiri atau sengaja nak tarik perhatian saya?”  soalku memangkas.
“Yang pertama tu salah… saya sayang diri sendiri dan yang kedua tu betul dan kebetulannya kaki saya kebas.  Tak boleh nak gerak macam orang lumpuh je rasa,” jawab dia jujur.
Aku mengeluh dan melabuhkan duduk di atas kerusi.  Seketika pintu ditolak dari luar.  Wajah seorang jururawat muncul dengan riak yang cemas.
“Ada apa-apa, encik… cik?”  tanya dia.
Ziyad menggeleng dan aku hanya diam membatu bersama keluhan yang tidak berkesudahan. 
“Apa yang Encik Ziyad nak?”  tanyaku separuh berbisik.
“Awak… Teratai Nur.”
“Saya tak macam orang lain…”
“Sebab itu yang menjadikan awak istimewa di hati saya.”
Aku menggeleng menolak segala kemungkinan.  Selendang yang sedikit senget, aku betulkan tapi Ziyad juga ringan tangannya bila menyentuh hujung selendangku. 
“Saya yakin, di balik selendang ni saya akan kenal dan ingat siapa awak sebelum ni, Nur…”
Saat ini mataku membulat.  “Habis tu, awak nak saya bukak selendang ni dan bagi awak tatap aurat saya macam tu je?”  soalku menyinga dengan nada suara yang masih mampu aku tahan.
Bibir Ziyad senget dengan senyuman sinis.  “Kalau saya nak, semalam saya dah mampu buat lebih daripada yang awak fikirkan masa orang tak ada kat kilang keluarga Taufiq tu.  Awak sendirian dan kalau saya usik awak sekalipun, apa awak nak kata?  Tapi, saya tak buat.  Saya tak pecahkan pintu pun.  Malah saya tunggu je awak kat luar tu setengah hari,” luah Ziyad dengan nada yang sedikit bengis.
Mata kami bersabung lagi.  Bagaikan mahu memuntahkan lahar dari perut masing-masing.  Hidung Ziyad kembang kempis menahan nafas amarah.
“Saya boleh dapatkan yang lebih lagi kalau saya nak…”
“Jadi pergi dapatkan.  Saya balik dulu,” sambungku pantas dan mahu bangkit tapi Ziyad menahan. 
Aku pandang dia dengan wajah yang sebak.  Apa mahumu, Ziyad?  Tak mungkin kamu mahukan aku.  Teratai Nur yang dulu kamu gelarkan aku sampah masyarakat.  Tak mungkin dan itu adalah perkara yang mustahil untuk kita.  Desis hatiku pedih.
“Sebab saya tak nak.  Saya nak awak.  Saya akan singkap selendang ni, Nur… tapi bukan sekarang.  Saya akan singkap bila awak sendiri suakan hujung selendang tu untuk saya buka.  Sebab tu saya ajak awak kahwin…”
“Untuk cuba dan gagal?” 
Sungguh aku bencikan dia.  Jika dulu aku berperang antara rasa takut dan rindu tapi akhirnya, hatiku memilih rindu.  Bertekak antara memori pedih dan cinta tapi akhirnya aku akui itu barangkali cinta tapi bila dia begini, bagaikan tiada apa yang berbaki.
Aku nampak Ziyad terpempan.  “Cuba dan gagal?  Trial and error?” Keningnya naik.
“Bagaikan saya sedang ERROR tu, Nur setelah sekian lama saya trial and error, akhirnya saya ERROR,” sambung dia sambil tersenyum sinis pada diri sendiri.  Membawa maksud yang aku sendiri tidak mampu ertikan.
“Saya tak faham apa Encik Ziyad cuba katakan dan rasanya elok saya berlalu.  Apa-apa hal saya diluar.” 
Kali ini, langsung tidak kunantikan Ziyad bersuara.  Aku pantas bangkit dan berlari ke pintu.  Saat suara Ziyad memanggil namaku, daun pintu tertutup rapat dan suara Ziyad tenggelam.
Saat ini, air hujan mula menyentuh bumi.  Seriring dengan airmataku.  Hujan di hening awal pagi membawa kedinginan yang tidak terperi pada kulit yang hanya dilapisi pakaian tipis.  Bersendiri di luar dan sesekali dikejutkan dengan suara jururawat yang bertugas yang lalu lalang membuatkan aku tersedar daripada lamunan hati meresahkan.
Adakah Tuhan hadirkan Ziyad sebagai satu ujian untuk aku tewaskan?  Atau boleh jadi akulah yang tertewas terlebih dahulu dengan permainan duniawi ini setelah kemain payah aku bangkit?  Aku tekup muka dan menyeka airmataku lalu bibirku mengucap panjang. 
Setelah itu, aku angkat kakiku ke atas kerusi di tepi dinding di luar wad kecemasan dan membawa lutut rapat ke dada bagi mencari sedikit kehangatan di dalam hujan yang semakin mencurah-curah.  Tanpa sedar, mata yang layu tertutup rapat.
Saat ini, wajah Ziyad hadir dekat padaku.  Membawa sedikit kehangatan buat tubuhku yang semakin digigit kedinginan.  Berbisik kata cinta yang terlalu ikhlas kurasakan hingga membuatkan airmataku menitis lagi.  Jatuh cinta pada yang salah dan cinta ini adalah cinta terlarang.  Terlarang oleh kisah silam. 
“Oh God… awak menangis dalam mimpi Nur.” 
Teguran halus yang dekat dengan peluput telingaku itu membuatkan aku membuka mata.  Perlahan-lahan bila kurasakan kelainan dan saat mataku terbuka, wajah Ziyad kalut cuba menyeka airmata pada juring mataku. 
Mataku terjegil memandang dia yang duduk rapat di sisiku.  Pantas aku tepis tangannya dan dia mengeluh kecil.
“Mimpi buruk?”  soal dia.
“Bila awak ada kat sini?” 
“Erm… sejak awak lena dalam kesejukan,” jawab Ziyad tenang.
“Awak bukan patut ada di dalam ke?” 
“Ya tapi…”  Dia berjeda seketika dan tersenyum pada. 
“Macam mana saya nak tenang di dalam sedangkan cahaya saya sedang malap di luar?”  tanya Ziyad membuatkan aku melarikan wajahku daripada direnung oleh dia.
Cahaya ini cahaya seketika, Ziyad.  Cahaya yang bakal kelam dengan sendirinya bila kamu sedari dari manakah asalnya cahaya ini.  Usah bermain api, kelak kamu melecur sendiri bisik hatiku seraya berpaling.
“Saya okey je.  Awak masuklah.  Nanti makin tak sihat, saya kena marah dengan Puan Talhah dan Encik Taufiq,” suruhku.
“Saya akan masuk tapi dengan awak, Nur.  Jalan saya kelam, terangi sedikit dengan cahaya,” rayu dia.
“Saya tak ada cahaya, Encik Ziyad.  Pohonlah pada Tuhan.  Dia akan berikan cahaya dan sinar petunjuk buat awak.  Masuklah,” ujarku separuh merayu.
Tapi, Ziyad juga berdegil.  Dia menggeleng berkali-kali lalu menyandarkan kepalanya pada dinding dan memeluk erat tubuhnya yang hanya dibaluti sehelai baju T tipis. 
“Masuklah, Encik Ziyad.  Nanti awak kesejukan.”
Ziyad menggeleng dengan mata yang masih terpejam.  “Janji awak rasa kehangatan, jangan risaukan saya.  Saya dah biasa masa latihan pun,” selanya lalu dia pejamkan mata sekali lagi bersama senyuman. 
Saat ini, barulah aku terpandang akan jaket Ziyad yang terbelit pada tubuhku.  Aku buka jaket itu dan memegangnya lama. 
Aku juga pernah kesejukan, kelaparan dan terbuang, Ziyad.  Apalah kiranya rasa sejuk ini jika Allah telah hangatkan hatiku dengan kasih sayang-Nya buat orang seperti aku?  Hatiku berbicara lirih dan aku bangkit mendekat pada Ziyad. 
Bahunya aku tepuk sedikit dan matanya terbuka lalu aku hadiahkan dia sekuntum senyuman.  Jaket tersebut aku belit pada bahuku yang bidang.
“Kita masuk.  Saya temankan awak rehat,” pujukku dan bagaikan terpukau, Ziyad mengangguk dan bangkit berjalan beriringan bersamaku. 
Saat dia rebahkan tubuhnya ke katil, seorang jururawat datang menghampiri. 
“Kalau kata encik rebah tadi, saya tak tahulah isteri encik mahu tampu tubuh encik tak.  Lain kali jangan degil macam ni, encik.  Tak elok untuk kesihatan encik nanti,” sinis jururawat muda itu pada Ziyad dan dia hanya tersengih memandangku.
“Isteri.”  Ziyad menyebut sepatah perkataan itu. 
Dia memandangku dan tersengih lebar.  “Seronok saya dengar bila orang sebut isteri Ziyad.  Isteri Kapten Ziyad.  Isteri tuan datang, isteri tuan telefon, isteri tuan sedang tunggu.”  Dia tiba-tiba berbicara sendirian dan ketawa sendirian juga.
“Kali ni biarpun error, saya akan betulkan semula hinggalah tiada tanda error tu,” ujarnya sebelum dia pejamkan mata dan lena dalam senyuman. 
Aku terduduk di atas kerusi dengan tubuh yang kian lemah.  Seperti mana kataku pada Ibu Hanah, jika bukan dia yang berlalu, biarlah aku yang pergi nanti.  Bimbang jika ketagihanku pada Ziyad lebih dari ketagihanku pada najis dadah sebelum ini. 



BARU saja aku lipat kain telekung, suara seorang jururawat menegurku.  Pantas aku berpaling sambil membetulkan selendang.
“Err… saya terpakai telekung awak ke?”  soalku.
Dia senyum dan menggeleng.  “Encik Ziyad meracau-racau sebut nama puan,” beritahu dia.
Keningku hampir bertaut di tengah.  “Meracau?  Dia tak sihat lagi ke?” 
Jururawat itu menggeleng.  “Dia dah boleh balik siang nanti tapi dia risau puan lari.”
“Erk… saya solat Subuh…”
“Ya…,” cantas dia.
“Kami dah bagitahu tapi dia tak percaya.  Lebih baik puan segera dapatkan dia,” pesan jururawat itu dan aku pantas bersiap dan terus menapak keluar menuju ke pintu wad kecemasan.
“Teratai Nur mana?  Pagi tadi dia ada lagi?”  soal Ziyad pada seorang jururawat yang lain yang mahu memeriksa tekanan darahnya.
“Puan pergi solat, encik.”
“Tak… dia lari, kan?”  tebak Ziyad dan saat ini aku terus terpacul di depannya.
“Saya ada.  Jangan susahkan orang dengan sikap budak-budak macam ni, Encik Ziyad,” tegurku perlahan lalu aku senyum pada jururawat itu. 
Where have you been?”  soal dia tapi dia mengeluh seketika.
“Maaf… mana awak pergi?”    
Aku jongketkan bahu dan menggeleng.  “Saya tunggu kat luar.  Nanti saya telefon Encik Taufiq cakap awak dah okey.  Saya nak balik dulu nanti.  Ada banyak  kerja tak selesai lagi,” beritahuku pada dia.
“Nur, tunggu,” suruh Ziyad tapi aku hanya buat-buat tidak dengar.
Aku terus saja keluar daripada wad kecemasan itu.  Cukuplah semalaman aku menemani dia tanpa kutahu apakah haknya hingga mahu dilayan bagaikan raja. 
Aku memandang langit yang masih sedikit kelam dan untuk pulang aku perlu menapak agak jauh bagi mendapatkan kenderaan awam.  Rasa lemah seluruh sendi tapi bila memikirkan Ziyad aku lebih rela begitu.  Biarlah ini yang terakhir kerana aku tidak pernah mahu dia muncul lagi di depanku. 
Kala ini, rintik hujan masih menitis.  Biarpun tidak selebat mana tapi jika mahu sampai ke destinasi rasanya pasti aku kebasahan juga.  Aku pandang ke kiri dan kanan.  Sepi saja.  Keluhan tipis aku lepaskan dan aku mulakan langkah pertama dengan nekadnya. 
Namun, belum sempat kakiku menapak untuk langkah kedua, pergelangan tanganku disambar.  Sehelai jaket ditebarkan pada kepala dan wajah Ziyad tegang mengheret aku melangkah bersama dia.
“Kita tunggu bas kat depan sana.  Saya dah sihat.  Daripada biarkan awak balik sendirian saya lebih rela berhujan dengan awak macam ni, Nur,” ucap Ziyad tanpa memandangku yang terkedu.
“Tapi Encik Ziyad…”  Tak sempat aku membantah Ziyad berpaling dan menjeling.
“Jangan bukak jaket tu.  Buat tutup kepala.  Saya demam tak apa Taufiq ada tapi bila awak demam, saya tak mampu nak sentuh mana-mana lagi.  Jangan demam dulu,” tegasnya serius dan kaki kami sama-sama menapak di dalam hujan yang kembali merintik kasar.

~~> bersambung

40 comments:

  1. addicted betol baca bisakah nie.. huhuhu lagi n nak lagi

    ReplyDelete
  2. bile lar sume nie nk terungkai ea..
    nk thu reaksi ziyad.. jgn ler nk seksa nur lg..

    ReplyDelete
  3. addicted betol baca bisakah nie.. huhuhu lagi n nak lagi

    ReplyDelete
  4. ala sweetnya ziyad ni...hehe

    ReplyDelete
  5. waahaaaaaaaa...best best best..nak lagi....apa agaknya reaksi ziyad bila tahu siapa teratai nur sebenarnya ye...tertanya-tanya saya.hahaha.

    ReplyDelete
  6. Ziyad,
    Cahaya yang dipohon itu adalah cahaya yang kian suram andai harus bertembung dengan kenangan silam. Namun, tidak mustahil jika cinta itu adalah sumbunya. Nyalaan yang takkan padam biarpun lahar gunung berapi menyimbahnya. Kerana cahaya cinta berpadu dengan restu Tuhan akan memberikan sinar yang maha cantik untuk Ziyad dan Nur.
    done.aku.merepek.lagi.futus.fius.again!

    ReplyDelete
  7. Ziyad ni manja jugak ya. Hehe but still he's such a caring man. Dalam SAM sakit hati je dgn dia. Dalam ni, nama pun hero cerita, mestilah suka kannn! Hikhik thanks kak rehan! :D

    ReplyDelete
  8. ziyad, anda mungkin jatuh terduduk

    ReplyDelete
  9. Addicted.....1st IAM, 2nd Bisakah.....fuhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh..samalahhhh..addicted...1st IAM, 2nd Bisakah....ffffhuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhh

      Delete
  10. Oh me! Kak Rehan, bila ziyad dapat ingat tentang dia jumpa nur dulu ?

    ReplyDelete
  11. olololo yayad nie ade aura tersendiri
    (bace sambil tersengih)

    nk lg ;p

    #nana jamil#

    ReplyDelete
  12. kelakar la plak bila ziyad ckp jangan demam dulu..hahaha..macam boleh ditahan2 demam tu...

    ReplyDelete
  13. Hadduh! Ziyad ziyad. Cahaya itu bukan sebarang cahaya, cahaya itu cahaya cinta. Ewah~ Cepat sambung, raiter!

    ReplyDelete
  14. ... bila baca Bisakah buat hati berdebar-debar....
    best sangat....

    ReplyDelete
  15. Ermm...rasa melayang-layang je...huhu
    -ieja-

    ReplyDelete
  16. phewww!!!Igtkan manalah hilangnya penulis kita ni.
    Thanks Rehan.
    karya awak sentiasa meletopp!

    a/puteri

    ReplyDelete
  17. Auuuwwww..... cair..... mcm iceberg kena cahaya matahari..... hihihihi....

    ReplyDelete
  18. terseksa lah baca sikit2 ni..haha
    serius x sbr nak tggu next n3..:D

    ReplyDelete
  19. gentlement nyer si ziyad ni.. suke suke...

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  20. ahha ada lg...thnx rm..best2...jtuh trgolek cntaku pd ziyad ni ha...nk lg!hahaha

    ReplyDelete
  21. tetiba rs mcm ziyad ni sweet je tp dlmms yg sm geram...

    ReplyDelete
  22. Saya membaca terus membaca dan tenggelam...setiap hari perlu melayari laman hijau.... ketagihan itu amat kuat...Terlerai kasih..Bila Nak Saksi dalam simpanan saya..Sedang menunggu Suami Tak Ku Hadap...Izinkan Aku Menangis...juga Bisakah....

    - Yang Setia Membaca -

    ReplyDelete
  23. Slalu check in blog ni...tetiba 2 n3 skaligus. Thanx...best best best sangat....n nak lagi

    ReplyDelete
  24. wahh ! suke suke ..

    ReplyDelete
  25. Best best nak lagi... thank you!

    ReplyDelete
  26. hahhaha ...trial ke try ....alahai tupo je ...nak lagiiiiiiii ...............best slps STKH

    ReplyDelete
  27. sukanya...people do change nur...terimalah ziyad..

    ReplyDelete
  28. haihh...Bisakah??...bisakah sya lena mlm nie...tk sabar nk tggu n3 bru..rsa meremang aih bla bca setiap n3 Bisakah?...terbaiklah Rehan...

    ReplyDelete
  29. superb,.. <3

    maslina aini mat saad

    ReplyDelete
  30. Keluar jgak ayat kasanova dia..tak sabar nak tunggu strategi kapten seterusnya

    ReplyDelete
  31. Kapten Ziyad dah kembali bertenaga...
    Utk mengayat, memujuk dan mendapatkan Nur..
    Luv it... :)

    ReplyDelete
  32. adoyai..romantik gilos...hehhehee...

    ReplyDelete
  33. Haih la kapten..bkn main mengayat lg..hilang sekejap pon gelabah. karang kalau tau atai tu siapa nnt, jgn nk buat hal plak....

    tp suke time dia berangan ada org nyebut2 isteri dia tu..mcm sweet jer

    ReplyDelete
  34. waaaaaaaaaaa..... ziyad sooooo sweeeeet!!!!!!!!! 100 vote to ziyad hahhaah
    thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  35. hari-hari stalker fb mengharap ada sambungan bisakah...
    huhuhu
    lina

    ReplyDelete