BAB 7
DOKUMEN yang ada
di depan mata aku belek beberapa kali bagi memastikan stok yang perlu dihantar
hari ini tepat. Setelah dipastikan
semuanya betul, aku menapak keluar dan saat ini wajah Taufiq muncul di
depanku. Mujur saja tidak berlanggar
sesama sendiri.
“Encik Taufiq,”
tegurku. Aku menapak ke belakang sedikit
dan tersenyum padanya.
“Ada apa,
ya?”
Taufiq
sengih. “Ziyad demam,” beritahu dia.
Aku jatuhkan
kepala sekali. “Harap tak teruk.” Aku senyum pada dia dan menapak menuju ke
lori yang akan keluar menghantar barangan ke destinasi. Mahu diberikan senarai stok yang sepatutnya ada.
Aku tahu, Taufiq
membontoti. “Dia mengingau sebut nama
Teratai semalam,” beritahu Taufiq lagi dan aku hanya diam biarpun hati sudah
tidak senang.
“Waa… menarik
tu. Kenapalah dia tak sebut nombor ekor,
ya? Kalau tak boleh pergi beli loteri ke
kot kena, kaya kita,” selorohku dalam tawa yang kubuat-buat seraya menyelit
borang stok pada viper lori.
Taufiq menyuakan
tangan mahu membantu. “Macam mana awak
susun ni, Teratai?”
“Er… ikut nombor
lori sebab stok semua dah ada rekod,” jawabku.
Dia cebirkan
bibir dan angkat kening lalu disapanya fail putih itu daripada tanganku dan
menapak mendekat pada sebuah lori yang lain.
“Pertama kali
kot saya nampak Ziyad macam tu, Teratai,” komen Taufiq tanpa memandangku.
Aku diam
membisu. Hanya menanti kata-kata Taufiq
yang seterusnya.
“Dulu dia ada
pernah cakap dia jatuh cinta pada seorang doktor yang dah jadi bini sepupu dia
pun tapi lepas perempuan tu dah kahwin, dia terus lupakan macam tu je.
Macam tak terkesan apa-apa.
Nampak sangat bukan cinta pun.
Saja nak isi masa lapang,” ujar Taufiq lagi.
Demi mendengarkan
perkataan doktor itu, hatiku terjentik dan bibirnya melebar dengan senyuman.
“Doktor? Kat Hospital Selayang?” tanyaku penuh minat.
Taufiq
memandangku dengan wajah yang berkerut. Tapi
dia mengangguk jua.
“Sepupu dia
kerja kat situ dulu…”
“Doktor
Zayed? Isteri dia Doktor Zafrina?”
Kali ini, Taufiq
mengangguk lagi. Wajah itu sudah nampak
pelik tapi aku biarkan saja kerana aku benar-benar mahu mengucapkan terima
kasih buat mereka jika berkesempatan dan kali ini, aku punyai peluang itu.
“Macam mana awak
kenal diorang?” Taufiq menyoal penuh
curiga dan saat ini barulah aku terngadah kala tersedar kelancangan lidah.
“Err… sa… saya…
diorang tu err…”
“Saya rasa saya
mula percayakan cakap Ziyad yang dia pernah jumpa awak sebelum ni dan dia
pernah cerita pasal uniform dia dan uniform tu sampai hari ni dia tak hantar
dobi. Huh…” Taufiq melepaskan nafas berat.
Aku mula
cuak. Aku pandang ke kiri dan kanan
berharap moga tiada siapa di sini saat ini.
Biarlah hanya Allah menjadi saksi.
“Sa… saya…” Aku tergagap-gagap lagi.
“Ya Allah… awak
yang Ziyad sambut dari jatuh kat hospital dulu, kan? Awak penagih yang Ziyad cakap tu, kan?”
Mendengarkan
perkataan penagih itu, airmata aku menitis tak terseka. Aku ketap bibir dan menekur ke lantai.
Perlahan-lahan
aku jatuhkan kepala dan mengangguk dengan berat hati. Taufiq tahu sejarah hidupku yang selama ini
bersama adiknya, Tiani dan hari ni dia juga tahu akan sejarah pertemuan pertama
aku dan Ziyad.
“Kenapa tak
mengaku pada Ziyad, Teratai?” tanya Taufiq.
Aku panggung
kepala dan menatap wajahnya lagi dan menggeleng.
“Dia tak boleh
tahu. Saya masih dengar lagi tohmahan
dia pada saya, Encik Taufiq,” jawabku dalam esakan.
Taufiq mengucap
panjang. “Itu dulu, Teratai. Saya rasa dia benar-benar lain dengan awak
sekarang…”
“Sebab dia tak
tahu lagi siapa saya yang sebenarnya, Encik Taufiq,” cantasku.
“Jangan panggil
saya Encik Taufiq, Teratai. Kalau awak
nak, awak boleh panggil saya abang.
Sejak Tiani ceritakan tentang awak, saya dah anggap awak macam adik
saya. Macam kembar pada Tiani dan kalau
awak sudi anggap saya abang awak, izinkan saya tolong awak dan Ziyad…”
“Jangan.” Aku menolak dengan gelengan.
“Biarlah yang
lalu itu berlalu. Saya tak nak dia
menderita sebab saya. Saya tak layak
untuk sesiapa,” dalihku bersama esakan halus.
Kami sama-sama
diam. Taufiq memandangku lama sebelum
dia minta aku masuk ke pejabat bila beberapa orang pekerja mendekat pada
kenderaan masing.
“Awak masuk
pejabat dulu. Nanti kita bincang,
ya?” pujuk Taufiq dan aku terus berlalu
ke dalam pejabat dengan airmata yang tak mahu kering.
PETANG itu, Puan
Talhah menjemputku ke rumahnya untuk makan malam bersama memandangkan esok
adalah hari cuti. Tidak dapat tidak, aku
menerima ajakannya dan Taufiq tak sudah menjelingku.
Saat aku sedang
mengelap pinggan di dapur, Taufiq mendekat.
“Dah ready nak
bagitahu Ziyad?” soal dia.
Aku laju
menggeleng. “Jangan. Dia tak sihat lagi, kan?”
“Dia dah
okey. Saya cakap Teratai Nur ada, terus
sihat,” cemik Taufiq bersama sengihan sinis.
“Saya tak
boleh…”
“Biar abang
Taufiq awak ni bagi tahu dia, ya?” pujuk
Taufiq tapi aku membantah juga.
“Biarlah macam
ni. Lagipun, saya tak ada rasa pada dia
pun. Dia cuma tetamu Puan Talhah dan
Encik Taufiq,” dalihku lalu aku mengelap pinggan yang lain pula.
“Ya ke? Atau
hati tu menipu tuan dia?” tebak Taufiq
sinis.
Aku menelan
liur. “Tak baik Encik Taufiq fitnah
saya,” tegurku lembut.
Dia ketawa. “Saya tak fitnah, saya tanya. Kalau ya, kita ikhtiarkan sesuatu. Saya yakin, Ziyad dah temui error dia dan dia
akan cari jalan untuk betulkan error tu.
Mana awak nak, dia betulkan error dia dan awak dengan cara baik, atau
dia gunakan cara tak baik? Hrmm?” Kening Taufiq terangkat.
“Maksudnya?”
“Boleh jadi dia
ikat awak dalam dulu baru dia ikat awak luar.
Faham maksud saya?”
Aku menelan liur
dan memanjangkan leher keluar. Liur yang
kutelan terasa perit. Mengerti dengan
maksud yang cuba disampaikan oleh Taufiq aku pantas menggeleng.
“Tak mungkin
sampai macam tu…”
“Nak bet?”
Aku pantas menggeleng.
“Kalau macam tu,
terus terang. Dia boleh terima sebab dia
pun boleh terima pasal Tiani,” ujar Taufiq optimis.
“Saya takut…”
“Let me,” tekan Taufiq dan saat ini,
kedengaran suara Ziyad berbual dengan Puan Talhah yang sedang menuju ke dapur
dan bila Taufiq mahu berlalu aku menahan Taufiq.
“Kalau Abang
Taufiq ikhlas anggap saya adik, jangan…,” pintaku.
“Saya…”
“Amboi… sakan
borak tak ingat aku Fiq!”
Teguran Ziyad
yang sudah muncul di ambang pintu dapur mematikan suaraku. Aku pandang Taufiq dan dia mengedipkan
matanya sekali dan aku melepaskan nafas yang sedikit lega tapi kembali sesak
bila Ziyad menolak Taufiq keluar dan dia mendekat ke sisiku.
“Nur tak demam?”
Aku
menggeleng. “Demam saya takut nak
singgah sebab ada orang pesan jangan demam dulu,” sinisku tanpa memandang dia.
Ziyad
ketawa. “Perli saya?”
“Tak…” Aku menafikan biarpun sudah terang lagi
bersuluh aku menyindirnya.
“Tak apa kalau
perli pun. Saya dengar macam Nur dok
baca puisi cinta je pada saya. Lagipun,
dua hari lagi saya nak balik dah.
Rindulah saya dekat Nur nanti.”
Aku angguk. “Baguslah.
Lebih baik awak balik cepat. Kat
sini sekarang cuaca tak menentu. Nampak
macam makanan kat sini pun tak sesuai dengan awak.”
“Tapi, awak
sesuai je,” sela Ziyad membuatkan aku memandang dia tak berkelip.
“Macam mana
demam?”
Bibir merah dan
kering milik Ziyad merekah dengan senyuman bila aku mengajukan soalan itu. Soalan yang lari dari tajuk perbualan
biasa.
“Ada Nur…
semuanya akan jadi okey,” jawab dia.
Aku angguk tanpa
minat dan terus menyusun pinggan mahu diangkat ke meja makan di depan tapi
belum sempat melangkah, Ziyad menahan.
“Nur bagitahu
alamat rumah Nur… dan bagi nombor telefon Nur.
Saya akan hubungi Nur dan saya akan bawa keluarga saya jumpa keluarga
Nur sebab saya benar-benar serius dengan Nur,” ucap Ziyad.
Tanganku
menggeletar. Mujur saja tidak terjatuh
pinggan yang ada di tangan. Aku pandang
Ziyad dan menggeleng.
“Jangan paksa
diri. Awak bosan kat sini sebab tu awak
nak bergurau macam ni dengan saya,” ujarku terus menolak Ziyad.
“Apa patut saya
buat untuk buktikan yang saya benar-benar sukakan awak, Nur?”
Soalan Ziyad
masuk ke telingaku dengan intonasi yang sebak dan amat perlahan. Mataku menjeling dia sekali lagi.
“Tak payah buktikan
apa-apa,” tekanku lalu mahu berlalu ke luar tapi langkah ini mati bila Ziyad
bersuara.
“Isteri pada
sepupu saya… seorang doktor pernah cakap pada saya Nur…”
Aku memasang
telinga tanpa memandang dia. Mendengarkan
nama dua orang doktor itu membuatkan aku tersenyum tanpa paksaan.
“Dia pesan moga
saya tak mainkan perasaan orang sangat sebelum ni sebab katanya satu hari
nanti, boleh jadi saya akan menangis bila perempuan yang betul-betul saya cinta,
tak mampu saya miliki,” sambung Ziyad.
Aku berpaling
dan menggeleng. “Awak tak sampai masa tu
lagi, Encik Ziyad sebab saya bukan orangnya,” ujarku pada dia. Lembut memujuk.
Dia jongketkan
bahu. “Saya tak tahu… apa yang saya tahu
saya benar-benar mahukan awak Nur,” balas Ziyad lantas dia mengambil dua biji pinggan
itu dari tanganku dan hendak membawa keluar.
“Err… apa khabar
sepupu awak tu, Encik Ziyad?” Tanpa
sedar, lancar lidahku bertanya.
Langkah Ziyad
terhenti dan aku juga. Dia memandangku
dengan dahi yang berkerut seribu.
“Sepupu
saya? Zayed?”
Aku diam tidak
menjawab. Hanya senyuman menggantikan
jawapannya.
“Macam mana awak
kenal di…” Tanpa sempat dia menghabiskan
ayatnya, mulut Ziyad melopong.
“Jangan cakap
awak…” Suara Ziyad terhenti lagi.
Aku menarik
nafas dan mengetap bibir sekuat hati bila menyedari kepetahan lidahku yang
tidak kena pada tempat. Dalam hatiku
mengucap panjang dan telah kau bersedia dari senap sudut jika peristiwa itu
terimbau lagi.
Mata kami
bersabung. Aku nampak petir dalam sinar
mata tajam Ziyad. Bibirnya bergetar dan
dia mengcengkam sebelah bahuku dengan kemas.
“Taufiq pernah
cakap, awak kawan Tiani dan Tiani ada dalam pusat serenti.” Dia menggeleng bagai menafikan dan aku terus
kaku. Kelu. Terus membisu.
Cengkaman Ziyad
makin ketat.
“Teratai Nur…
Teratai Nur…” Ziyad memejamkan mata dan
bila aku mahu berlalu, pergelangan tanganku pula disambar.
Mata Ziyad
membulat. Sedikit merah dan
berkaca.
“Jangan cakap
awak…” Dia menahan nafasnya.
Aku diam
mengemam bibir bertahan moga tidak rebah di sini.
“Zafrina… Zayed
dan perempuan tu.” Dia menyebut lagi dan
bila cengkaman di lepaskan, Ziyad membawa telapak tangannya ke wajahku dan
menutup separuh wajahku bermula dari bahagian hidung ke bawah.
Bila mata kami
bertaut pandang, airmata Ziyad mengalir tanpa kusangka dan saat aku mahu menyekanya
buat Ziyad, dia menapak ke belakang menjauh dariku.
“Saya bukan
cahaya, Encik Ziyad. Saya juga sedang
mencari cahaya dari lorong gelap yang saya huni setahun dulu,” akuiku dalam
keadaan yang tidak kurancang.
Pinggan di
tangan Ziyad terlepas ke lantai. Bersepai
kacanya mengenai kaki Ziyad dan suara Taufiq dan Puan Talhah bergema memecah
hening antara aku dan Ziyad.
“Ya Allah… Apa
semua ni?” Ziyad meraup wajahnya yang
sudah nampak kusut.
Aku menggeleng
dengan airmata yang sudah mahu merintik ke pipi. Bila renungan kami bersatu, aku yakin
pandangan Ziyad penuh dengan kekeliruan.
“Masa lalu saya
tak baik…,” akuiku lagi sekali dan Ziyad pantas menekup telinganya.
“Stop talking!”
marahnya dan aku terdiam dengan bibir yang bergetar sudah tidak mampu meluahkan
kata.
Bila Taufiq
memegang bahu Ziyad dia menepis lalu dia melangkah meninggalkan kami dan
menapak ke atas. Tidak lama kemudian,
dia turun dengan beg galasnya dan mendekat pada Taufiq dan Puan Talhah.
“Aku error,
Fiq. Error yang bagaikan tak boleh nak
betulkan lagi. hati aku… sa…kit!” bisik Ziyad pada Taufiq tanpa
memandangku.
Melihatkan airmatanya
menitis, aku terus berpaling. Tempat aku
bukan di sini lagi. di sini ada kenangan
perit lagi. Barangkali sudah tiba
masanya aku mencari ayah sama ada jasad tiada nyawa atau bangkai bernyawa.
“Teratai Nur…”
panggil Puan Talhah.
Aku berpaling. “Maafkan saya, puan… encik Taufiq,” ucapku
dan mahu berlalu sebelum Ziyad pergi meninggalkanku tapi tanganku dilelar
pantas membawa langkahku mati biarpun airmata terus bertali arus di pipi.
~~> bersambung
sedihnya... apa seterusnya.. kena bace lagi la
ReplyDeleteHurm.... obses da dgn e-novel ni.
ReplyDeletethanks rehan... kesian teratai nur... dapat x cari ayahnya?
ReplyDeletesapa yg tarik> Ziyad ke Taufiq?
ReplyDeleteRehan, u managed to make me cry. This is so sad, not for Ziyad but for Teratai. Dia memang dah agak benda ni akan terjadi kan kalau Ziyad tahu siapa dia yang sebenarnya.
ReplyDeletesape yang tarik tangan atai tu??
ReplyDeleteSob sob...sedih tau...thank you!
ReplyDeletesemakin menarik dan mendebarkan!!!apa yg akan jadi selepas ni!!x sbr nk tau....k.rehan cpt la smbng!!hehe...
ReplyDeleteape reaksi Ziyad lepas ni? huhu, berdebar nak tau kisah selanjutnya, tq k Rehan, sayang akak, hehe
ReplyDeleteSedihnyaaaa :( nak sambungan satu bab je lagi boleh tak utk harini? Please pretty please kak rehan...
ReplyDeletesesak nafas. oksigen, oksigen... :)
ReplyDeleteziyad x boleh terima nur ke ?
ReplyDeleteWaaaa sedihnya baca part ni....
ReplyDeleteSedey sob sob sob
ReplyDeletesuspen2..thumbs up kak..
ReplyDeletealways support u :)
alahai... tak puas bc rehan... uwaaa....
ReplyDelete-Ika Hatika-
alahai... tak puas bc rehan... uwaaa....
ReplyDelete-Ika Hatika-
ziyad= duka dalam cinta
ReplyDeleteteratai nur= kecawa kerana nyata
Betulkan error tu ziyad...plss...u can..
ReplyDeleteErk!! Terkedu...ingatkan lmbt lg ziyad sedar psl Atai. Tak sabar la plak nk tau nxt chapter. Tq anyway RM
ReplyDeletearghh...sape pulak yang tarik
ReplyDeleteteratai tu??
ziyad or taufiq
i hope ...ziyad
^_^
arghhhhh...sedeyyy la part ziyad da ingat blik nur....knape ziyad rse skit sgt nh dgn error yg tk dapat dibetulkn ni....aduhhh...penasaran jdk nyer....
ReplyDeleteaduh...sedihnyer...mcm maner nie???dua2 nangis...
ReplyDeleteHuhuhuuu, sedeynyerr.... sian Nur, x kan ziyad pergi meninggalkan Nur... xmo lh.. nk ziyad ngan Nur..
ReplyDeleteboleh jadi saya menangis, bila perempuan yang betul saya cintai tak mampu saya miliki...
ReplyDeletemesti tragik kalau endingnya memang macam ayat nie..
Teratai Nur ending dengan Taufiq :)
Aznati
Sian teratai nur...tu la ziyad.teratai dh tolak doa yg x phm2.bila kebenaran dh terbongkar ziyad lak x blh terima.
ReplyDeletekak rehan..
ReplyDeletetlg jgn dera hati kami...
tak lena laa tidur mlm ni....:(
sambung la lg kak rm..
ReplyDeletex lena tido cm gini.
rasa cam pendek jer. huhu
ReplyDeletesmbung lagi...:D
kesian...jgn teratai cari bapa dia yg penagih...minta minta ziyad le yg tarik tgn teratai.
ReplyDeletetersentak dada nie bila baca!
ReplyDeletenak nangis pon ada...
ARGH!! *cengkam dada* Entry kali ni buat air liur saya rasa kelat. Sakit dada bila baca. Apalagi raiter, sambung laa~
ReplyDeletesedih sngt ni..sian teratai nur....dan lg x sabar nk tgu n3 seterusnya....
ReplyDeleteSedihnye..... smbg la lg k.rehan....
ReplyDeleteSmbg cepat2 tau....
Dah addict ngan cite ni...
adoi...sedey sedey sedey....sob sob....
ReplyDeleteSedihnye...x pernah baca cerita smpai nangis.
ReplyDeleteakak masih konpius nape Ziyad rasa sakit sgt & nape error ngan teratai tu. . Dlm kisah Dr Z square tu pun xjelas nape Ziyad marah kat Teratai. Pastinya bukan sekadar sbb kotoran kat uniform tu. Alamak bila nak jelas perkara ni ye cik Rehan. debar menanti ni
ReplyDeletehah?
ReplyDeletekak sambung cepat2 kak..
x sabar asa nk tau selanjutnya
arghhh!!plisss lah..jngn wujud prkataan brsambung tu dlm kmus dewan!!!!!
ReplyDeletesambung lgi kak RM!!
ReplyDeletenak tau apa jadi seterusnya... huhuhuhu
ReplyDelete(lina)
Kak Rehan! Ni dah mcm dlm cite Mujhse Doste Karoge! Mcm Raj dgn Pooja.
ReplyDeletewaaa!!!kesian teratai =(
ReplyDeleteuwaaa...sedey dan suspen...tu ler ziyad..mulut xde insuran..kan dah terbalik atas idung sendrik..
ReplyDeleteZiyad pi lah jumpa sepupu awak dan isterinya tu yang baik hati.... minta lah pendapat...
ReplyDeletekalau nak fikirkan Ziyad tu pun bukan baik sangat kasanova kan... x pa lah sekali-sekali bagi dia rasa sakitnya hati bila di reject...
harap sangat Teratai x keluar dari rumah Pn. Talhah .... kasiahan Teratai... Taufik tolong Teratai ya....
Kesiannya teratai..tabahlah.. apa rasa bla error ziyad..puas hati?
ReplyDeletehuwaa.. harap2 ziyad yg tarik tgn teratai,,pastu bwak dia p jmpk tok kadi terus.. betulkan error tu ziyad!
ReplyDelete-athirah-
ish3 ziyad dah tahu...
ReplyDeletezayed bagi oksigen...... oh my
ReplyDeletesob sob...... sedih kak rehan... kesian ziyad..... ndkt teratai pon kesian jgak...huuuuuuuuu T_T
ReplyDeletethanks kak rehan for this entry
-Song Hyun Sun-
x semena2 air mata ngalir plak baca bab ni, hari ni nak buat hatrik baca sampai habis...
ReplyDelete