Geng

Friday, December 07, 2012

Bisakah... 8


BAB 8

ENJIN kereta dihidupkan.  Aku hanya mampu membalas pandangan Taufiq dan Puan Talhah dari kejauhan bila kereta milik Taufiq mula bergerak perlahan meninggalkan halaman rumah banglo milik keluarga Puan Talhah. 

Airmataku terus menitis dan menitis.  Semakin kuseka semakin galak titisannya menodai pipi dengan tangan yang masih ada di dalam genggaman Ziyad.  Aku pejamkan mata bila merasakan kereta terus meluncur masuk ke jalan raya. 
Sebentar tadi, aku hampir meraung bila pergelangan tanganku disambar oleh Ziyad.  Semakin aku pejamkan mata dan ingin berlari, Tuhan semakin membawa Ziyad mendekat pada jalan hidupku.
“Awak nak lari ke mana bawa hati saya, Teratai Nur?  Lepas awak bawa bala dalam hati saya awak nak lari macam tu je tanpa ada rasa tanggungjawab?  Hah?”  herdik Ziyad padaku di depan Taufiq dan Puan Talhah.
Aku hanya mampu mengalirkan airmata tanpa mampu berkata apa-apa.  Sekadar menggeleng menafikan kata-kata Ziyad.
Saat aku cuba lepaskan pautan tangan Ziyad, dia menarik aku agak kasar memaksa aku mengikuti langkahnya yang maju ke pintu. 
“Ikut saya dan jangan cuba membantah!”  tekan Ziyad padaku dan saat dia mahu berlalu, Taufiq melambungkan kunci kereta buat Ziyad. 
Bila Puan Talhah mahu menghalang, Taufiq melarang dan aku hanya mampu memandang Taufiq berharap dia hentikan langkah dan tindakan Ziyad namun sayang, bila Taufiq hanya memandangku, menghantar bicara yang tak mungkin aku mengerti. 
“Kenapa kau buat aku macam ni?”  Soalan Ziyad membuatkan mataku terbuka.  Terus terpandang ke arah jalan raya yang sudah mula kelam. 
“Berkali saya cakap yang saya bukan untuk Encik Ziyad,” jawabku dengan nada yang bertegar hebat bila esakan masih tidak kunjung padam.
Ziyad menghentak tanganku.  Dilepaskan kasar membuatkan aku menyeringai sendiri dan pedal minyak ditekan lagi. 
“Berani kau main-mainkan aku, Teratai Nur?”  tanya dia dan kali ini lebih terasa kebenciannya padaku.
Aku tekup mulut dan menggeleng.  “Saya tak main-mainkan sesiapa.  Encik Ziyad tak boleh nak salahkan saya!”  bantahku dan Ziyad menjeling tajam membuatkan nafasku kian sesak.
Tanpa sedar, kelajuan bertambah.  Tanganku kembali berada di dalam genggaman Ziyad yang bagaikan kerasukan.
“Maafkan saya sebab saya bukan perempuan yang baik, Encik Ziyad,” ucapku dengan suara yang tertahan-tahan. 
“Kenapa kau tak cakap awal-awal, Teratai Nur?!”  tegur Ziyad kasar.  Tiada lagi panggilan yang dia tetapkan.  Tiada lagi bisikan halus suaranya.  Yang ada kini hanyalah suara Ziyad yang pernah aku kenali setahun yang lalu.
“Untuk apa saya cakap kalau saya tahu beginilah sudahnya keadaan kita?”  Aku bertanya dalam berani-berani takut.
Tidak semena-mena, Ziyad menghentikan kenderaannya di bahu jalan membuatkan aku hampir tersembam ke depan jika Ziyad tidak menahan.  Kakinya diseret naik ke tempat duduk dan tubuhnya berpaling penuh padaku. 
Tangan ini di bawa ke dada bidangnya.  “Aku rasa sakit, Teratai Nur.  Kenapa kat sini…”  Ditepuknya telapak tanganku ke dada kirinya beberapa kali.
“…sangat sakit, Nur.  Apa aku nak buat?  Kat mana ada penawarnya supaya kat sini jadi seperti sedia kala.”    Kali ini, lebih kuat pula dia menghentak telapak tanganku pada dada bidangnya. 
Aku menggeleng ketakutan.  Menggeletar seluruh tubuh hingga ke hujung jari bila mata Ziyad semakin mencerlung.  Merah.  Berair. 
“Saya pernah kata, saya bukan penawar.  Barangkali saya racun dan memang saya racun.  Encik Ziyad carilah penawar dengan Allah.  Sujudlah pada sejadahnya.  Bukan pada saya.  Tolonglah Encik Ziyad… saya takut.  Hantar saya balik rumah,” rayuku tapi Ziyad hanya diam membeku.
“Ya Allah… sakitnya,” keluh Ziyad sambil mencengkam dadanya sendiri.
Perlahan-lahan, aku tarik tanganku dan saat aku menarik kunci kereta dan menolak pintu kereta bertujuan hendak melarikan diri, Ziyad pantas meraih pinggangku dan pintu kembali tertutup rapat dan terkunci rapat. 
How dare you?  After all this… you make me suffer then you wanna leave me behind?”  soal Ziyad menyinga dan serentak itu kerusi kereta jatuh membuatkan aku terbaring dan tubuh Ziyad jatuh agak rapat di atas tubuhku. 
Dada Ziyad nampak berombak.  Matanya semakin merah.  Lama kami saling bertatapan hinggalah tangan Ziyad ringan hendak menyelak selendang milikku, aku menolak tubuhnya kuat dan saat itu, airmata Ziyad menitis tepat pada bibirku lalu dia mengucap panjang dan membetulkan duduknya.
“Astaghfirullah… terlalu ringan balasan ini tapi mengapa aku bagai tak mampu nak menanggung, Ya Allah?  Apa yang telah Kau hadirkan dalam hati aku ni?  Mengapa dia?” 
Aku dengar dengan jelas akan doa Ziyad.  Hatiku dicengkam sebak.  Benar apa yang aku telah selama ini.  Dia mencari kesempurnaan sedangkan aku sudah terang terentang tercela sana-sini.  Dihambat kisah lalu yang semakin panjang langkahnya mendahuluiku. 
Aku menekan pada punat di sisi kerusi dan belakang kerusi tegak seperti sediakala.  Selendang yang sedikit tersingkap, aku betulkan. 
Liur aku telan beberapa kali mahu menenangkan hati.  Airmata yang mengalir aku seka berharap agar tiada lagi titisan itu menodai pipiku kala ini. 
“Maafkan saya, Encik Ziyad.  Tiada niat hendak melukakan hati sesiapa.  Untuk itu, izinkan saya berlalu sebab di sini bukan lagi tempat saya,” ujarku berbisik. 
Ziyad diam menekup wajahnya pada stereng.  Keras bagaikan tidak bernyawa.  Perlahan-lahan, aku memberanikan diri membuka pintu sekali lagi dan bila aku yakin yang Ziyad tidak menghalang, aku tolak pintu yang sudah sedikit terbuka.
“Maafkan saya sekali lagi, Encik Ziyad.  Sesungguhnya, bukan salah saya bilal Encik Ziyad jatuh cinta.  Saya tak pernah minta cinta sesiapa.  Cukuplah bila saya merasakan Allah mencintai saya dan itupun saya masih menjadi hamba yang lalai.  Kita tak pernah ada masalah.  Jika kerana hal lalu, maafkan saya sebab masa tu saya tak sengaja… Assalamualaikum,” ucapku penuh rendah diri. 
Namun, baru saja sebelah kakiku menjejak ke tanah, Ziyad bersuara.
“Kau nak tinggalkan aku terluka macam ni je, Teratai Nur?  Kau nak tinggalkan aku dengan cinta ni macam tu je tanpa ubati hati aku yang sakit ni?  Atau kau memang menjadi balasan atas segala silap aku dalam melayani semua perempuan tak ubah macam menukar baju?”  tanya Ziyad padaku. 
“Hal lalu itu tak pernah aku lupa.  Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau datang macam orang yang sangat berbeza sedangkan kau adalah serupa?”  sambung dia lagi.
Aku mengguriskan senyuman setelah berpaling separuh padanya yang juga sedang memandangku.
“Saya bukan Tuhan hendak menghukum Encik Ziyad dan yakinlah, Allah tidak hantar sesuatu itu dengan sia-sia.  Ada hikmah di sebaliknya…”
“Hikmah di mana aku jatuh cinta dengan seorang penagih?” sinis Ziyad dan aku terasa longgar seluruh sendi namun aku terus cekalkan hati.
“Bekas penagih, Encik Ziyad.  Bekas.  Tapi, kalau saya penagih, ya… memang penagih.  Penagih pada kasih sayang Allah dan belas ihsan-Nya kerana saya tahu, hanya Dia yang berbelas pada bekas penagih macam saya ni.  Bekas penghuni lorong gelap macam saya ni, Encik Ziyad,” jawabku dengan hati berbalut kecewa.
Ziyad mengucap lagi.  “Ya Tuhan… apa aku cakap ni?”  soal dia pada diri sendiri.
Dan padaku, terlajak kata tak mungkin mampu ditarik semula seperti mana terlajak perbuatan, kesannya akan kuheret seumur hidup menjadi sebahagian beban dalam diri ini.
“Aku minta maaf, Teratai Nur…”
“Jangan minta maaf.  Encik Ziyad tak salah pada saya.  Cinta Encik Ziyad pada saya baru beberapa waktu dan bunuhlah.  Tak ada rugipun kerana saya yakin, itu hanyalah ego Encik Ziyad yang tercabar sedangkan hakikatnya Encik Ziyad tiada rasa pada saya melainkan rasa jijik semata-mata bila menyedari sayalah sampah masyarakat yang Encik Ziyad herdik setahun yang lalu,” ujarku. 
Biarpun tiada niat sinis tapi aku tahu, Ziyad terasa daripada wajahnya yang nampak berkerut-kerut itu.
“Macam mana saya nak hidup?”  Wajahnya kian berkerut.
“Teruskan seperti mana saya hidup mengingati Encik Ziyad setahun yang lalu.  Tak lekang biarpun sesaat dan percayalah… kita tak mungkin bersama kerana Encik Ziyad sendiri tak mahukan saya.” 
Aku terus keluar daripada perut kereta dan menutup pintu kereta mahu berlalu dari situ biarpun keselamatan diri bagaikan berada di hujung tanduk dan bagaikan menyerah diri pada lelaki jongos yang mungkin lalu lalang sebentar nanti. 
Tak sempat aku melepasi kereta, Ziyad memintas menghalang laluan. 
“Setahun?  Awak ingat saya?”  tanya Ziyad kembali berlembut.
Aku senyum dan mengangguk.  Tiada apa lagi yang harus aku rahsiakan.  Biarlah segalanya aku ungkapkan.  Biar tiada rahsia moga hati ini tidaklah terlalu sarat terbeban.
“Igauan tentang Encik Ziyad sentiasa hadir.  Barangkali sekadar memori kerana saya yakin, diri saya tak layak untuk cinta.  Lepaskan saya dari hati Encik Ziyad. Saya mohon.  Bebaskan diri Encik Ziyad juga,” rayuku.
Ziyad diam seketika.  “Awak cintakan saya, kan?” 
Aku senyum dan menggeleng.  “Tak!”  jawabku yakin.
“Seorang bekas penagih macam saya tak akan layak mencintai dan dicintai oleh sesiapa…”
“Sesiapa tu tak akan ada dalam kamus hidup awak, Nur.  Yang ada hanya saya.  Saya!  Tak akan ada sesiapa melainkan saya sorang je!”  bentak Ziyad sambil menumbuk dinding kereta.
Aku terpempam dengan tindakannya.  Ziyad mengeluarkan telefon bimbitkan dan seketika kemudian, dia bersuara.
“Fiq, aku balik KL,” beritahu dia.
“Ya… ya… aku heret Teratai Nur sekali.  Jangan risau cakap dekat mak kau.  Kami okey dan aku tak akan apa-apakan dia.  Percayalah,” ujar Ziyad lagi.
“Ya… dia pernah menagih tapi aku yang ketagih sekarang.  Error hati aku tak mampu nak betulkan lagi melainkan aku terus redah,” sambung Ziyad sebelum talian dimatikan.
Hop in,” arahnya. 
Aku masih tidak berganjak.  Bagaikan tidak percaya dengan kata-kata Ziyad sebentar tadi.  Adakah yang error itu adalah aku?  Dan jika benar aku, benarkah dia mahu meneruskan tanpa memikirkan masa silamku?  Aku tidak pasti.  Apa yang aku tahu, hidupku pasti menjadi lebih getir lagi setelah ini dan satu-satu sebabnya kerana lelaki bernama Ziyad.
“Teratai Nur?!”  sergah Ziyad.
“Awak nak saya heret awak masuk atau awak nak masuk dengan rela hati?”  tanya dia menyinga.
“Saya nak balik!”  tegasku.
“Ya kita balik.  Balik rumah saya!  Biar saya ajar perempuan macam awak ni.  Biar awak tahu apa kesan dia mainkan hati saya!”  bentak Ziyad sekali lagi lalu dia menolak tubuhku masuk ke dalam perut kereta tapi aku terus mengeraskan tubuh.
“Saya tak pernah main-mainkan hati awak, Encik Ziyad!”  tegasku sambil menjeling padanya. 
“Ya, memang awak tak nak… tapi hati saya mula tak dengar cakap saya lagi sebab awak.  Kat sini kata…” Ziyad menekan kepalanya.   
“…kenapa saya nak awak sedangkan saya tahu awak siapa dulu tapi kat sini…”  Ditekannya pula dada bidang dia.
“…rasa nak awak?  Saya bingung.  Saya tak tau apa dah jadi.  Saya tak boleh nak terima tapi saya tak mampu nak menolak.  Buat masa ni, masuk dalam kereta dulu,” ujarnya separuh merayu.
Mendengarkan kata-kata Ziyad, aku terpaku sendiri.  Bila tubuhku didorong masuk ke dalam kereta, aku sekadar mengikut.  Bila Ziyad masuk ke bahagian pemandu, pedal minyak ditekan.  Kereta meluncur laju dan aku diam tidak berkutik.
“Betulkan selendang dengan t-shirt awak tu, Teratai Nur.  Karang ada road-block ke apa polis cakap saya buat khianat dekat awak pulak dengan keadaan kusut masai macam tu!”  arah Ziyad sambil meraup rambutnya ke belakang dan meraup wajahnya beberapa kali.
“Ya Allah… jika ini yang telah kau anugerahkan...”  Aku dengar dia berbisik sendiri dan bila aku berpaling dia menggeleng berkali-kali.  Tak ubah seperti mahu menghalau kisah ini pergi. 
Malam kian kelam.  Aku memandang ke sisi.  Hidupku bakal tiada arah lagi hanya kerana Ziyad.  Kelopak mata kian memberat dan fikiran juga kian kosong.  Akhirnya mataku terpejam membiarkan Ziyad memandu sendirian membelah kepekatan malam yang semakin dingin bila rintik hujan mula menyentuh bumi.



AKU tersedar bila Ziyad menyeluk poket seluar milikku. 
“Eh, apa ni?”  Aku tepuk tangannya kuat.  Pantas dia menarik semula tangannya.
Handphone awak bunyi dari tadi.  Tak dengar ke buat-buat tak dengar?”  tanya dia sinis.
Aku telan liur dan menarik telefon bimbitku keluar.  Ibu Hanah!  Aku pandang Ziyad dan terus menjawab panggilan Ibu Hanah tanpa mempedulikan Ziyad di sisi.
“Assalamualaikum, bu,” sapaku.
“Puan Talhah telefon ibu tadi.  Ibu risau,” ucapnya dan aku memandang Ziyad lagi sekali.
“Atai tak ada apa-apa, bu.  Jangan risau tapi mungkin sehari dua ni Atai tak ada kat sini.  Nanti kalau Atai dah balik, Atai telefon ibu.”
“Ziyad?”  soal Ibu Hanah.
Ada…”
“Ibu nak cakap dengan dia…”
“Bukan sekarang, bu.  Dia tengah memandu,” dalihku tapi Ziyad menjeling. 
Selamba telefon bimbitku dirampas. 
“Ya, saya Ziyad,” sahutnya. 
Tidak dapat aku pastikan apa yang Ibu Hanah katakan pada Ziyad.  Dia diam.  Sesekali mengangguk dan sesekali mengerutkan dahi. 
“Ya,” ucap Ziyad ringkas sebelum telefon bimbit itu diselit ke dalam poket jeans miliknya.
“Telefon saya,” pintaku.
“Biar saya simpan.  Saya tak mahu diganggu!”  balas Ziyad mendatar. 
Aku menelan liur.  Perbualan ringkasnya dengan Ibu  Hanah tadi benar-benar mengganggu tenangku.  Aku ingin tahun.  Rasa ingin tahu itu melonjak dalam diri.
“Err… tadi… awak dengan i…”
“Saya serabut.  Jangan bersuara.  Saya tak nak bercakap.  Tidurlah.  Biarlah saya sendiri,” ujar Ziyad padaku.
Bagaikan lembu dicucuk hidung, aku sekadar mengangguk dan merebahkan tubuhku sedikit mengerekot.  Setelah agak lama suasana diam, Ziyad menghentikan kenderaan.  Barangkali pada lampu isyarat yang bertukar merah. 
Tiba-tiba saja, aku dapat rasanya hangatkan nafas Ziyad menyapa pipiku.  Terasa juga sehelai jaket meliputi tubuhku.
“Kenapa kamu mesti bekas penagih, Teratai Nur?  Tegarkah aku mahu menerima kamu hanya kerana cinta semata-mata sedangkan kamu adalah perempuan yang aku benci selama ini?”  gumamnya. 
Airmataku menitis pada juring mata dengan kelopak yang masih rapat.  Pedih dengan kata-kata Ziyad. 
Setelah itu kereta terus meluncur pergi tanpa kutahu ke mana destinasi hidupku setelah ini bila Ziyad berkemungkinan akan mencampakkan aku merata-rata.  Moga aku kuat hadapi dugaan dan terus menjauh daripada lorong hitam yang lohong dan penuh kebohongan itu. 

~~> bersambung

60 comments:

  1. eleh ziyad...ego!!!!
    n i like lelaki mcam ni. (dalam crita je la, kalo realiti x tau blh hadapi ke x)

    >>k<<

    ReplyDelete
  2. ya allah kesiannya teratai nur....sedih dengan nasib nur ..dia x patut dipersalahkan lagi..harap ziyad dapat berfikir secara rasional.

    ReplyDelete
  3. Waa.sedihnya...jgn buang atai ziyad...everbody have 2nd chance..
    -ieja-

    ReplyDelete
  4. oke.. sy rasa sngt sebak..
    mcm teratai nur 2 sy plak..
    haha..
    sedeynya kak rehan..
    mntak lg bole? hehe..
    thanks kak.. ^^

    ReplyDelete
  5. Harap yang terbaik buat Atai & Ziyad. Cukuplah derita Atai Dan betulkan error Ziyad.

    ReplyDelete
  6. kang aku cepuk pula si ziyad ni.. haih.. geram tul.. sian teratai nur.. uwaaa..

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  7. AH Ziyad! Tau pon dada tuu sakit. Ingat senang ke nak dapatkan cahaya cinta? Takpa, yang penting ikut kata hati~ Hehe,,Keep up the good work, raiter.

    ReplyDelete
  8. klu aku jadi nur.. aku buat jiwa tanpa perasaan.. buat dek je.. biar ziyad mati kutu.. hahaha... pedih hati wooo...

    ReplyDelete
  9. kenapa memaksa jika Teratai tak memaksa...kenapa terlalu cepat Ziyad jatuh cinta begitu mendalam sekali dan menyalahkan Teratai. Semoga pengakhirannya semanis madu moga tiada duka

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Fuh, Ziyad memag dah gila.. Apa dia nak buat dgn Atai, jgn dicampak gadis itu ditepi jalan sudah. Tapi lebih elok dicampakkan terus ke dalam hatinya.

    ReplyDelete
  12. Terbaik Rehan, mesti ramai yang tak sabar nak tunggu next part...

    ReplyDelete
  13. rehan ni kejam la...
    sedih saya..uhu..
    tp the best n3...suke sgt...

    ReplyDelete
  14. ek eleh ego betul ziyad ni.. kesian teratai nur..

    ReplyDelete
  15. yayadd ego laaa pulak...nur hilang tanpa jejak karang, merana ekau, yayad..heeee

    #nana jamil#

    ReplyDelete
  16. nak lagi ...hheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  17. nak lagi! nak lagi! nak lagi!

    ReplyDelete
  18. HUHUHUUU, mana Ziyad nak bawa Nur..
    sian Nur, bukan dia minta di cintai...

    ReplyDelete
  19. Ziyad ni ego tinggi sangat....
    Kalau x suka jangan buat Teratai Nur sedih...
    takut diri sendiri yang terluka....

    ReplyDelete
  20. RAM........hati ini berdegup kencang

    ReplyDelete
  21. Sedihnya...nangis plak bila baca n3 ni...mungkin selama ni Ziyad ni tak kenal perasaan cinta yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  22. sudah ketagih BISAKAH ni.....

    ReplyDelete
  23. Lastly mesti Nur ngan Ziyad kan?....Ending yg sama jer...
    Apa kata ubah skit...Cth Nur pilih Taufiq, biar Ziyad tau sbb mulut badan binasa...he3x

    ReplyDelete
  24. Best lah Rehan...tapi, kerek sungguh mamat Ziyad ni ya. Rasa nak hempuk2 aje Ziyad ni...bagi dia sedar sikit. Tapi, agak2 kalau dia tahu kenapa dan bagaimana Teratai Nur boleh jadi penagih dulu, agak2nya akan berubah tak tanggapan dia ya? Kesiannnya Teratai Nur....

    ReplyDelete
  25. Ziyad ego sangat sangat. Kan dah terkena. Kalau taknak tinggal jelah Nur dekat situ, tak payah la nak susahkan hidup dia. Kesian Nur. Anyway thanks kak rehan. Nak bab 9 pulak. Tak sabar nak tahu, hehe.

    ReplyDelete
  26. egonya ziyad...akhirnya termakan kata-kata sendiri...
    cepat sambung RM

    aisya_humaira

    ReplyDelete
  27. please ar ziyad.. klau xnk, lepaskn nur tu. jgn diseksa lg. nur pun ade hati, ade perasaan.. budak tu xde salah pun..

    ReplyDelete
  28. kak RM,jgn la ziyad ni ego sgt..1 more n3 today bole x?
    ehehehehe

    ReplyDelete
  29. ciannye kt atai....ziyad msih ego..

    ReplyDelete
  30. kan sa dh kata....ziyad meyesal bila dia sdh tahu kebenaran. nasib baik blm kahwin kan...tp kesian sgt dkt ziyad pulak. nur sdh berubah tiada salah klu ziyad terima dia...cpt2 smbg...

    ReplyDelete
  31. eeeeeee....knp best sgt ni...even ziyad prngai mcm 2 rse dia mcm macho plak..hehe...ske la..nk lg...

    ~ct izaidah~

    ReplyDelete
  32. perghhh brutal nyer..takut wa..heheh..nk bwk gi jumpe couple doctor tu ke..soh check atai kot2 ada hiv coz menagih dlu..klu clear bru jumpe mak dia..mueheheeh..suka2 wat cite sendrik..jgn mare RM..

    ReplyDelete
  33. ape ziyad ni... kureng asam keping tul..dia yg jatuh tangga, nak sepak batu kat nur plak.. sabar nur,,sabar,,
    sambung lagi tuan rumahhh..best gilerr,,cedih akuuu cang gini

    wwannurr..

    ReplyDelete
  34. Sis REHAN.. really luv it,..

    maslina aini mat saad

    ReplyDelete
  35. really like it.keep it up.heee.

    ReplyDelete
  36. oh noooooooooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  37. Choi! Tak mau Nur ngan Taufiq...nak ngan Ziyad gak! Kan Taufiq dh declare Nur tu adek dia. Apa pn, sedih baca n3 nih...asyik nangis jer sambil baca

    ReplyDelete
  38. sampai hati RM wat sy sedih...
    tp nk lg...

    ReplyDelete
  39. Sian teratai..ziyad, mnt petunjuk drpd Allah..pasti betul jalannya..pilihannya pon pasti tepat..

    ReplyDelete
  40. Ziyadlah orgnya yg tarik atai!! Moga dibukakan hati Ziyad utk menerima Atai seadanya...amin!!! Ada masa ego tu kena pertimbangkan sket..jgn kelangit saja... Sila teruskan RM, tak sabor nk tau..

    ReplyDelete
  41. Best terbaik ahh...thank you!

    ReplyDelete
  42. sian atai...tp best lah cite ni..nk lg..bisakah???

    ReplyDelete
  43. nak lagi.. terbaiklah RM... rsa mcm diri sendiri pulak dlm n3 ni... waaaa

    ReplyDelete
  44. alahai ziyad oi.. sekurang2nye si teratai dah berhenti jd penagih.. dah berubah ke jalan Allah.. yg awak tu x sedo diri lagi kenapa, mcm diri tu baik sgt nak mengharapkan yg perfect... jgn la dok slahkan si teratai je.. muhasabah diri dulu.

    ReplyDelete
  45. Ok..ni ziyad nk bwk atai jumpa ngan mak ziyad ke???
    Adusshh sian atai..

    Kak rehan nk next part...

    ReplyDelete
  46. calar balar dengan ayat yang keluar daripada mulut si Ziyad ni..
    jgn sampai hati Teratai Nur dah retak seribu baru Ziyad nk buang ego cukup.
    cepatlah Nur jumpa Dr. Zafrina balik.. biar semuanya ok.

    ReplyDelete
  47. ziyad EGO..tp sweeet..hehe
    nak atai dgn ziyad yer..
    buat smpai ziyad berubah 100%..hope keluarga ziyad boleh trime atai...

    ReplyDelete
  48. Suka wat camne tau!!! cpt2 la baik kan atai ngan ziyad.. jgn biarkan lama2.. next entry please...

    ReplyDelete
  49. aduhai... si ziyad ni... Kalau tgh keliru tak tau nak membuat pilihan, jgn ler diheret anak dara org ke hulu ke hilir....

    Teratai, tak payah ler nak larikan diri drp masalah.... Hadapinya dan kerjalah semula dgn Pn Talhah, bukan senang masyarakat nak menerima bekas penagih....

    Cewah, ku pulak yg jadi emo... Gd job Rehan....

    ReplyDelete
  50. sadisnya....atai kena kuat utk semua ini...

    ReplyDelete
  51. ziyad nk bwk atai k mne ????
    best ...

    ReplyDelete
  52. ziyad berlagak macam dia org baik sgt...rilek laa bekas penagih je pon bukannya pelacur...kak rehan buat teratai dgn taufiq laa mcm ni...best siket hehe

    ReplyDelete
  53. ap nie ziyad?? x pyh la nk emo smpai mcm tu skali..... atai da elok2 da tu.... nnti kang jdi ap2 dkt atai bru nak nyesal..... hehehhe sory kak rehan emo jap... hehheheh thanks kak rehan for this entry
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete