BAB 8
KELAS tambahan
untuk pelajar-pejabat PMR sudah berjaya ditamatkan untuk hari ini. Adan melepaskan lelah seketika di
mejanya. Nafas yang terasa semput angkara
turun naik, turun naik dari tingkat empat sekolah itu, dihela dalam-dalam.
Puas hati bila
melihatkan kesungguhan pelajar-pelajar tingkatan tiga kala dia mengajar
Matematik hari ini. Pantang tidak faham,
pantas saja mereka menyoal dan itulah yang membuatkan Adan berpuas hati,
menerima komunikasi daripada dua pihak dan tidak hanya dari dia sahaja.