Geng

Sunday, September 30, 2012

Izinkan Aku Menangis 21


BAB 21

PANGGILAN daripada Adan tadi benar-benar membuatkan dia resah.  Kenapa Adan tiba-tiba mengajak dia keluar?  Pelik?  Setelah dua minggu lebih Adan mendiamkan diri, hari ini Adan menyatakan hasrat hendak menemuinya. 

Saturday, September 29, 2012

Izinkan Aku Menangis 20


BAB 20

SUDAH dua minggu Alaina mendiamkan diri daripada panggilan Mikhail.  Langsung tidak dijawabnya.  Dia tekadkan hati.  Dia mahu lari sejauhnya daripada Mikhail.  Ke mana saja.  Janji tiada lelaki itu.  Adan juga sudah dua minggu menyepikan diri.  Terlalu sibuk dengan aktiviti di sekolah memandangkan pelajar-pelajar akan menduduki ujian PMR selepas hari raya nanti.  Itupun Adan hanya menghubunginya melalui pesanan ringkas saja. 

Friday, September 28, 2012

Izinkan Aku Menangis 19


BAB 19

PULANG dari berterawih, Alaina terus ke dapur.  Jam sudah menginjak ke angka 9.30 malam.  Risau pula.  Sudah agak lewat tapi umi dan babah masih belum menghubunginya.  Pasti Adiana sudah terlena dan dia perlu meminta Mikhail menghantarnya pulang. 

Thursday, September 27, 2012

Izinkan Aku Menangis 18


BAB 18

SABAR Mikhail sedikit tipis.  Letih menanti.  Dia pantang jika ada yang berjanji namun terlambat pula.  Sudahnya dia membayar upah.  Kalau buat kerja percuma tak apa juga.  Mikhail mundar mandir di lobby Menara Sime Darby.  Waktu tengah hari  yang sepatutnya diisi dengan kelas agama anjuran pejabatnya kala ini terlepas begitu saja.  Jika dia tahu orang upahannya itu terlambat, lebih baik dia masuk dulu ke kelas Ustaz Aman tu. 

Wednesday, September 26, 2012

Izinkan Aku Menangis 17


BAB 17

KEPALA Adan tunduk ke bumi.  Telinganya hanya mendengar butir patah perkataan yang terbit dari bibir Haji Hassan.  Sekali lagi, kerana kehendak Ustazah Fatima, dia hadir lagi bersua empat mata dengan Haji Hassan.  Dia mahu tahu di mana sebenarnya ibu Alaina berada kini?  Di penjara atau di rumah orang kurang siuman? 

Friday, September 21, 2012

Izinkan Aku Menangis 16

BAB 16

KITAB suci itu dibelek cermat.  Wajah yang masih basah dengan wudhuk itu diraup beberapa kali.  Di mana harus dia mulakan.  Di mana harus dia akhiri.  Mikhail buntu.  Ada rasa kesal yang mengetuk pintu hati.  Dia pernah kenal akan huruf-huruf pada dada Al-Quran tapi  mengapa kini dia bagaikan lupa segalanya.  Merangkak-rangkak hendak mengeja jauh sekali hendak membacanya dengan lancar. 

Tuesday, September 18, 2012

Izinkan Aku Menangis 15


BAB 15

RAMBUT keperangan itu diselaknya kasar.  Rimas bila ditiup angin.  Mahu diikat bimbang rosak pula rambut yang baru diberikan rawatan itu.  Panas sungguh hati melihatkan kesungguhan Mikhail mahu memilik Alaina.  Hingga begitu sekali Mikhail sanggup dimalukan. 

Sunday, September 16, 2012

Izinkan Aku Menangis 14


BAB 14

BENAR seperti yang dijangka.  Beberapa ketika tadi, dia teragak-agak, adakah Adan orangnya yang ada di situ? Tapi kini, segalanya jelas.  Pandangan matanya masih tajam dan memorinya masih kuat.  Susuk tubuh Adan masih terpahat padu di dalam mindanya. 

Saturday, September 15, 2012

Izinkan Aku Menangis 13


BAB 13

KETUKAN bertalu-talu pada daun pintu membuatkan Puan Maryam membuka pintu itu agak kasar.   Hampir hilang sabar dia melayan karenah Mikhail yang dirasakan semakin mencabarnya sebagai seorang ibu.  Diberi betis, mahu peha pula. 

Friday, September 14, 2012

Izinkan Aku Menangis 12

BAB 12

LANGKAH kaki Zuraida maju ke arah Adan.  Usai menamatkan kelas kedua hari ini, dia benar-benar lelah.  Melayani pelajar-pelajar memerlukan sabar yang tinggi.  Bukanlah sedikit tabah yang perlu dipertaruhkan.  Inilah harga untuk menjadi seorang pendidik demi anak bangsa.  Amanah yang telah ibu pertiwi sandarkan pada bahu para mendidik agar anak bangsa mampu menjadi pemimpin dan menjadi cahaya menerangi kemajuan Negara. 

Monday, September 03, 2012

Izinkan Aku Menangis 11


BAB 11

PERJALANAN sepi.  Biarpun sudah sepuluh minit berlalu, langsung tiada perkataan yang terbit dari celah bibir  Alaina mahupun Adan.  Alaina diam mencerna kejadian yang baru saja terjadi.  Diam mencari makna yang lebih mendalam akan kata-kata dan sikap Mikhail yang tiba-tiba berubah. 

Saturday, September 01, 2012

Mendung Tak Beerti Hujan


TANAH perkuburan ini sepi.  Heningnya pagi menambahkan remuk dihati.  Kicauan burung-burung yang memuji keagungan Ilahi bagaikan mengalu-alukan kehadiran kami.  Hadir menziarah pusara ayah dan bonda yang boleh jadi untuk yang terakhir kali.  Biarpun pemergian mak sudah berbulan lamanya dan ayah juga