LEWAT malam aku
tersedar. Sungguh terkejut dengan vibrate telefon yang telah aku letak
pada mode senyap tapi lupa buang mode getar. Tak pasal-pasal kepala aku bergetar sama
memandangkan telefon tersebut telah kuletak di bawah bantal.
JARI-JEMARI
runcingku menyentuh pipi si kecil Zakhri Adha.
Comel sungguh anak along ni. Nak
tunggu anak angah, ada lagi dalam tiga bulan baru keluar. Harap-harap tak ada apa yang berlaku. Mengingatkan peristiwa kak long tumpah darah
beberapa bulan sudah, sungguh aku hampir pitam.
DOKTOR Salmi
mendekati Anida. Hampir menitis
airmatanya kala teringat akan raungan si kecil yang dia kenali sebagai
Adiana. Titisan airmata bisu pada wajah
Alaina juga membuatkan hatinya tersiat.
Jururawat di sebelah dipanjangnya sekilas bersama kaki yang kian maju
mendekati katil Anida.
KELUAR dari pejabat
tengah hari itu, Mikhail melangkah malas menuju ke medan
selera berhampiran dengan bangunan pejabatnya di MajuTower. Perut yang lapar perlu diisi. Seharian menghadap kerja-kerja yang bertimbun
membuatkan dia terlupa hendak mengisi perut hinggalah dia sudah tidak
mampu bertahan lagi. Dek kerana cuti
yang panjang, fail juga meninggi. Mujur
saja tidak mencecah siling. Desis hati
Mikhail dan mujur juga tiada mesyuarat hari ini. Jika tidak, pastilah nafasnya tersekat di
kerongkong.
BENING mata Zuraida memandang sekeliling rumah Cikgu Siti
yang cantik dirias. Baru hari ini dia
berkesempatan untuk datang beraya ke rumah Cikgu Siti. Sibuk melayani tetamu yang hadir dan dalam
pada itu, ada juga tetamu yang ringan mulut bertanyakan khabar ALaina dan
Adiana.
KAKI Alaina menapak perlahan-lahan menuruni anak tangga dan saat dia tiba
di anak tangga terakhir, Adiana berlari-lari mendapatkannya. Adiknya itu cantik dirias oleh Malisa. Pelik juga dia bila Malisa sentiasa ada di
rumah dan bila Puan Maryam mengatakan Malisa kini bekerja dengan Mikhail,
Alaina hanya mengangguk. Namun, mendapat
tahu tugas yang suaminya itu amanahkan buat satu-satunya adik perempuannya
membuatkan rahang Alaina jatuh.
SARAPAN
pagi tenang. Mata Mikhail tak
sudah-sudah menjeling isterinya yang sedang menyinsing lengan baju mahu
menyusun pinggan di atas meja.
Sekembalinya dia dari masjid tadi, Alaina sudah siap berbaju kurung dan
cantik berselendang. Kemas melilit
kepala. Hanya wajahnya saja nampak
sedikit pucat. Barangkali
kepenatan.
MERUJUK PERKARA DIATAS, SAYA UMUNKAN DENGAN SECARA RASMINYA ORDER DAN PAYMENT UNTUK BNS TELAH DITUTUP. SAYA TIDAK AKAN MENERIMA SEBARANG ORDER DAN PAYMENT UNTUK NOVEL DI ATAS. INI KERANA SAYA TELAH PERGI KE PEJABAT P2U UNTUK TANDATANGAN NOVEL. SELEPAS INI BOLEH ORDER MELALUI P2U SENDIRI SEPERTI YANG DISERTAKAN DISINI. SAYA MEMINTA MAAF ATAS SILAP DAN KEKURANGAN DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG DIBERIKAN. SAYA AMAT MENGHARGAI KERANA ADANYA SAYA PADA HARI INI ADALAH KERANA KAMU SEMUA. "AKU ADA KERANA KAU ADA". SAYANG KAMU....
KEPALA dipicit sedikit. Sejak dia terjaga jam 3.30 pagi tadi, Adan
langsung tidak mampu melelapkan mata.
Sakit kepalanya kian menyengat. Berita
yang ibunya khabarnya benar-benar membuatkan Adan hampir hilang akal.
MATA Alaina masih terkesan dengan
warna hitam celak yang diukir pada birai kelopak matanya. Nampak sedikit lebam di sekitar mata bundar
yang agak sembab itu. Dia menebarkan
pandangannya ke seluruh kamar. Bilik
yang dirias indah biarpun ringkas.
Segalanya berwarna putih termasuk pakaian yang tersarung pada tubuhnya
kini.
TAKBIR bersahut-sahutan. Hari raya
pertama, Alaina buat pertama kalinya bersua dengan ibu dan abah Adan. Berdebar jantungnya namun diusahakan agar
hatinya tenang dan tingkahnya tidak sumbang.
Senyum mereka mesra menyambut Alaina datang. Layanan mereka juga baik membuatkan Alaina
semakin yakin akan pilihannya. Biar
tidak sepenuhnya dia mencintai Adan, dia akan pupuk lagi. Tak mudah untuk dia menerima lelaki tapi bila
dipujuk, tak mustahil untuk dia
mencuba.
DUDUKNYA tidak tenang. Langkahnya
kian pincang. Zakiah mundar-mandir tidak
henti-henti. Kata-kata yang keluar
daripada mulut anak daranya itu benar-benar menyentap tenang. Persiapan Syawal sukar hendak dia lakukan. Minda dan akalnya tertumpu pada nama
Alaina. Bertuah sungguh Alaina hingga
begitu sekali kehidupannya kini.