BAB 21
TANGISKU tiada
suaranya, jauh sekali esakan. Hanya
airmata mengalir bisu menanti untuk dibicarakan oleh mama dan ayah
mertuaku. Saat ini, rasa bersalah
membelit diri. Bersalah kerana
meletakkan Ziyad di persimpangan. Untuk
memilih antara aku, isterinya dan juga kedua-dua oran g tuanya.