Geng

Wednesday, January 02, 2013

Bisakah... 22


BAB 22

PINGGANG Ziyad aku paut dan terus aku merapatkan wajahku ke rusuknya.  Bila tangan Ziyad mula memainkan peranan, aku memejamkan mata.  Terasa lega, terasa lapang sedikit dada. 
Setelah kami sama-sama menunaikan solat sunat hajat tadi, Ziyad terus melakukan sujud syukur sebagai tanda terima kasihnya pada Tuhan yang maha kuasa atas setiap perjalanan hidup kami. 
Are you okay, sayang?”  soal Ziyad padaku. 
Aku diam tidak menjawab.  Hanya membendung saja nafasku yang kian lelah. 
“Dah tidur ke kekasih hati abang ni?” 
Ziyad menolak sedikit bahuku namun aku sekadar melembutkan tubuh membiarkan alunan tubuhku tampak bagaikan diri ini lena pulas.  Bila aku buka sedikit kelopak mata, kulihat senyuman tipis Ziyad dalam kesamaran lampu tidur.  Setelah itu, dia juga memejamkan matanya bersama helaan nafas yang tenang. 
“Tidurlah sayang.  Moga lena tidurmu kerana aku akan terus menemani tidurmu dan menjadi mimpi indah buatmu selama Allah mengizinkan aku kerana aku adalah suami, pelindung kamu dan kamu adalah isteri, pelengkap hidupku,” ucap Ziyad sambil mengelus rambutku penuh kelembutan. 
“Macam mana abang boleh buat ayat berjiwa macam tu, ya?  Abang sekolah sastera dulu, ya?”  Tiba-tiba, terpacul soalan itu dari bibirku dan pantas aku angkat tubuh, meniarap menongkat siku memandang Ziyad yang nampak terperanjat. 
“Terkejut abang.”  Mata Ziyad bulat sambil mengurut dadanya.
Aku sengih dan mengedipkan mataku sekali membawa senyuman yang lebar pada bibir Ziyad. 
“Mana abang belajar, ya?”  tanyaku sekali lagi.
Sungguh, aku ingin tahu.  Terasa aneh jika dia mampu menyusun kata-kata yang sebegitu indah sedangkan perwatakannya begitu.
“Sebab tu abang digelar kasanova,” jawab Ziyad sedikit sombong.
Aku mencemik.  “Suka sangat dengan gelaran macam tu?” 
“Dulu suka je.  Kebanyakan kawan-kawan navy abang, kalau nak ayat perempuan tu, abang yang ayatkan dulu.  Lepas tu melekat dekat abang.  Tapi sekarang…”  Mata Ziyad tunak merenungku tidak berkelip-kelip. 
“…semua ayat-ayat cinta abang khas buat Teratai Nur seorang.  Jujur, abang akui… abang barangkali rebah jika mama halau Nur dari rumah ni kerana abang tahu, Nur akan berlalu.  Tak nak biarkan abang memilih, kan?”  tebak Ziyad serius.
Aku menelan liur.  Tubuh aku angkat dan memasang simpuh.  Ziyad juga begitu.  bangkit dan bersila di depanku lalu lampu tidur itu diterangkan hinggakan dada Ziyad yang turun naik menahan gelora terbias jelas di mataku. 
“Ya…”  Aku mengangguk.
“Kalau benar abang perlu memilih, Nur akan minta abang pilih mama sebab abang akan ada seorang mama saja dalam hidup abang tapi isteri…” 
Nafasku tertahan seketika.  Bagai berat hendak kuluahkan namun, biarlah kusudahi ayatnya moga Ziyad mengerti akan niatku yang tulus itu.
“…abang boleh punyai isteri lebih dari satu jika telah tertulis pada takdir abang.  Kita tak mampu elak.  Cumanya bila Allah ikat kuat jodoh kita, Nur tak mampu berkata apa lagi melainkan rasa syukur yang tidak terhingga.” 
Mataku mula terasa sarat.  Wajah Ziyad mula nampak kabur dan perlahan-lahan, airmataku mengalir laju. 
“Apa yang Nur takuti hampir terjadi.  Jika ya terjadi, Nur tak tahu kat mana Nur akan tercampak.  Mungkin benar kata Tiani, yang Nur tak akan rebah tapi percayalah, Nur tak sekuat yang Tiani gambarkan.  Tiada  yang tahu jerih payah Nur mahu bersihkan tubuh Nur dari dadah.  Hanya Ibu Hanah dan Tiani yang lihat penderitaan Nur.  Maafkan Nur sebab Nur tak sempurna buat abang,” ucapku penuh kekesalan bersama airmata yang menitis dan terus menitis.
Jari-jemari kasar Ziyad naik menyentuh pipiku.  Disekanya lembut bersama gelengan kecil.   Menghalangku daripada terus menitiskan airmata.
“Kerana yang sempurna itu hanyalah Allah, sayang.  Sedangkan Nabi pun Tuhan hantarkan malaikat untuk membersihkan dan menyucikan hati Rasul junjungan kita.  Ini kita manusia biasa yang terlalu lalai dan alpa dalam melewati hidup yang semakin singkat,” balas Ziyad memujuk.
Aku mengetap bibir dan mengangguk bersungguh-sungguh.  Benar katanya, tiada yang sempurna melainkan Allah yang benar-benar sempurna.  Sempurna dalam mengatur perjalanan hidup dengan dugaan yang bersesuaian dengan kesanggupan dan ketahanan kita sebagai hamba-hamba-Nya menewaskan dugaan tersebut, bukan untuk kita ratapi. 
Abang bukan tak tahu apa-apa tentang hukum-hakam, kan?” 
Ziyad mengangguk.  “Banyak yang abang tahu tapi lebih banyak  yang abang abaikan sedangkan janji Allah itu pasti.  Neraka itu pasti, syurga itu juga pasti.  Abang lupa yang nyawa abang milik Allah hinggalah abang temui Nur buat kali kedua dan itu sudah cukup buat abang berperang dengan perasaan sendiri bila abang sedari abang jatuh cinta pada Nur,” jawab Ziyad tenang.
Bahuku dipaut kian erat.  Menyalurkan rasa hangat yang menjalar pada setiap pembuluh darah. 
“Nur lagi teruk, kan?”
Kali ini, Ziyad menggeleng bersama senyuman tipis.  “Don’t say that.  Nur tak teruk.  Nur sekadar menzalimi diri sendiri tapi abang dah berbuat zalim dengan ramai orang, Nur.  Entah macam mana abang nak minta maaf.  Banyak hati yang abang lukakan, banyak jiwa yang abang hancurkan dan dah banyak gadis berubah sikap kerana abang seperti mana yang sedang terjadi pada Mia…” 
Suara Ziyad perlahan di hujung kata.  Bersulam nada sesal dan matanya merenung jauh ke atas siling sebelum dia mengheret lututnya rapat ke dada dan menyembankan wajahnya ke lutut. 
Aku mengesot sedikit merapati Ziyad.  Belakang kepala aku sapa lembut dan aku usap penuh kasih.  Sebelah lagi tanganku memaksa Ziyad mengangkat wajah.  Mata kami bertentangan.  Lama.  Tanpa sebarang kata. 
“Pintu taubat sentiasa terbuka selagi matahari tak terbit dari barat, abang.  Allah memberi peluang pada semua hamba-Nya yang hina lebih-lebih lagi macam Nur ni,” pujuku pada Ziyad.  Merendah diri dengan kekhilafan  yang pernah aku lalui.
“Kesilapan abang lagi teruk, sayang,” ujar Ziyad beremosi.
Aku mengukir senyum.  “Minta maaf pada yang abang zalimi…”
“Tak mungkin mereka maafkan.  Apatah lagi bila ada yang benar-benar jatuh cinta pada abang,” pangkasnya.
“Kita meminta dan abang kena tahu, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari meminta.  Kalau kata bila kita meminta, namun kita tak diberi… bukan hak kita lagi nak memaksa.  Apa  yang perlu, kita hanya perlu meminta maaf lagi lagi lagi dan lagi.  tanpa jemu, sehingga kita dimaafkan kerana dosa sesama manusia, hanya pada manusia tersebut kita perlu mohon kemaafan.  Waktu itu barulah Allah menerima maaf kita,” beritahuku tenang biarpun hati sendiri merintih pedih.
Aku akui kata-kata Ziyad.  Memang begitu sesungguhnya.  Aku, menzalimi diri sendiri.  Berdosa dengan Tuhan kerana menyakiti jasad yang dipinjamkan sementara ini dan Ziyad pula, entah dengan beramai ramai wanita dia telah melakukan dosa.
Abang dah bertaubat, kan?”  soal aku lagi.
Ziyad angguk.  “Tapi, abang tetap rasa tak cukup.”
“Minta lagi.  Bertaubatlah kita di mana saja, bila-bila masa saja, abang.  Tuhan sentiasa ada dengan kita.  Melihat, mendengar dan menyayangi.”
Pandangan kami bersabung lagi.  Ziyad nampak sedikit tenang kini.  Dia menarik kepalaku agar rebah pada bahunya.  Rambut panjangku dibelai lembut. 
“Terima kasih wahai wanita yang menjadi isteri di sisi suami,” ucap dia antara dengan dan tidak.
Aku mengangguk dan tersenyum.  Mata aku pejamkan seketika dan nafas tenang aku hela.
“Tak mampu Nur katakan apa-apa lagi melainkan rasa terima kasih Nur pada mama dan ayah atas penerimaan mereka terhadap Nur,” ujarku lagi.
“Rumah ni bagai berseri bila Nur menjadi penyeri dan tak mungkin mama dan abah mahu menolak cahaya ini pergi,” ucap Ziyad senada lalu aku kembali rebahkan kepala pada peha Ziyad. 



“KATA Ziyad, Nur pernah masuk universiti?” 
Aku memandang mama saat kami sama-sama duduk di laman petang itu sementara menanti ayah pulang.  Ziyad pula entah awal atau boleh jadi juga lewat hari ini. 
Lambat-lambat aku mengangguk.  “Nur kena tendang keluar masa tahun kedua,” akuiku penuh rasa segan. 
Aku pandang mama dengan mata  yang sedikit basah.  Teringat kembali saat pertama kali ayah menghulurkan tiub kecil berisi serbuk putih itu.  Serbuk yang dikatakan ganja.  Yang menjadikan aku lupa pada sikap sambil lewa ayah.  Lupa pada tekanan hidup.  Lupa segalanya dan paling aku kesali, aku lupa Tuhan. 
Hancur masa depan.  Ranap harapan.  Bukan salah sesiapa dan aku tidak pernah sesekali menyalahkan ayah malah sekarang, aku masih mahu mencarinya jika Tuhan memberi jalan.  Ini adalah salah sendiri. 
“Jangan ingat sangat benda-benda sedih, Teratai Nur.”  Wajah mama sedikit suram. 
“Nur kena ingat, mama.  Kadang-kadang benda macam ni akan buat Nur sedar siapa diri Nur yang sebenarnya dulu.  Moga tak berulang sebab selain orang macam kami, orang lain tak akan tahu macam mana kehendak kami ketika nak tinggalkan semua tu.  Rasa nak bunuh seisi dunia.  Terasa nak kelar tangan sendiri tapi… pesanan Ibu Hanah sentiasa memujuk kami,” jelasku pada mama. 
Tak mungkin mereka tahu berapa aku inginkan najis dadah itu satu waktu dulu.  jika tidak dapat sedikit, terhidu juga adalah satu kenikmatan dunia yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata. 
Segalanya pergi menjauh.  Yang tinggal hanyalah segalanya yang indah-indah belaka menemani kami.  Jika tiada siapa tahu syurga itu bagaimanakah cantiknya, kami bagaikan berada di dalam syurga sendiri saat melayani najis itu.  Jika manusia tidak sebetulnya tahu betapa azabnya neraka, kami bagai tercampak dalam neraka sendiri saat menahan rasa ketika mahu pulihkan diri. 
“Bagus macam tu, Teratai cumanya jangan terlalu fikir.  Kalau kamu betul-betul sayangkan kami seperti mana kami sayangkan kamu, lebih-lebih lagi Ziyad… jauhi semua tu.  Jangan terfikir pun.  Mama tak rela kalau kamu terjebak lagi sekali, nak.  Mama akan benar-benar marah masa tu,” ucap mama berbaur amaran.
Tangan mama mencari belakang tanganku.  Disapanya lembut dan diusap perlahan.  Bibir tuanya menguntum senyum.  Tubuh yang sedikit gempal itu bangkit dan mendekat pada pasu pohon lidah buaya yang tumbuh sihat.  Dipegangnya seketika sebelum beralih pada bunga kertas yang nampak sedikit kering. 
Aku angguk mengerti biarpun mama tidak berpaling padaku.  Jika aku ditempatnya, pastilah aku juga seperti ini malah akan lebih teruk bila berkaitan dengan hidup anak yang tersayang. 
“Nur janji, mama,” janjiku bersungguh-sungguh.  Ikhlas.  Jauh dari lubuk hati. 
Mama berpaling dan tersenyum.  Silang di dada dikemaskan.  Tubuhnya tegak memandang aku. 
“Mama akan doakan kamu dan Ziyad setiap saat yang mama ada.  Moga kamu dijauhkan dari pandangan mata jahat yang mungkin sedang memandang kamu berdua.  Mama tak nak salah seorang daripada kamu menderita kerana orang lain,” beritahu mama padaku.
Aku angguk saja tanda mengerti.  “Tuhan ada memerhatikan kami, mama.”
Giliran mama pula mengangguk.  “Insya-Allah.  Dia akan sentiasa ada.  Tapi, kamu tak nak sambung belajar ke?”  tanya mama tiba-tiba.
Aku mengerutkan dahi dan menggeleng juga akhirnya. 
“Rasa macam otak dah tak boleh nak terima pelajaran dah mama,” akuiku silu.
Mama lepaskan tawa. 
“Setiap langkah kita adalah pelajaran.  Mama juga.  Bila hadir kamu, biarpun mama terkejut bila Ziyad beritahu kami, mama terdiam dan berfikir, kamu datang sebagai pelajaran di mana hendak menyatakan yang mama salah mendidik Ziyad.  Salah tak tegur kebebasan dia dan satu masa, mama dan ayah tak mampu nak tegur dah.  Mujur ada kamu dan memang setiap langkah kita adalah pelajaran yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara… bila-bila masa dan di mana saja,” jelas mama.
Terdiam aku sejenak.  Langsung kehilangan kata. 
“Dah tu, macam mana?  Ziyad ada tanya pendapat mama kalau dia suruh kamu belajar semula, kamu nak ke?” 
Aku gigit bibir.  Kening berkerut hebat.  Dalam kepala sibuk menimbang kata-kata mama  yang niat itu lahir dari hati Ziyad.  Ziyad yang sudah pandai berahsia dan suka memberi kejutan. 
“Erm… bila Abang Ziyad cakap dekat mama?” 
“Dah dua tiga hari.  Dia minta mama tanyakan.”
“Oh…”  Bibirku membulat tapi tiada kata terlahir setelah itu.
“Ke memang kamu tak boleh nak cerna ilmu dah?” 
Aku angguk menerima persoalan mama.  Sememangnya, itulah yang aku rasakan.  Rasa berkarat.  Tapi, belakang parah diasah, lagikan tajam… ini kan pula otak manusia. 
“Nak cuba tapi…”
“Erm… toksah tapi-tapilah, Teratai Nur…”  Mama memintas kata-kataku lalu dia berjalan menghampiri sisi tubuhku.  Dijelingnya penuh nakal. 
“Kira kamu belajar buat anak jelah dengan Ziyad tu.  Boleh bagi kami cucu cepat sikit.  Lagi ramai lagi bagus.  Setahun dua orang juga bagus.  Tiap-tiap tahun mengandung juga terlalu bagus,” tambah mama lalu dia berlalu ke porch bila mana kereta ayah masuk ke depan rumah. 
Meninggalkan aku sendiri  yang terkulat-kulat menahan rasa malu bila diusik begitu.  

~~> bersambung

RM : Guys.. maaf sangat2.  RM kebetulan cuti menempuh banjir.  Naik cuti RM kena pindah opis dan rumah lagi hujung bulan ni.  RM sangat penat tapi ni dah back onto track balik.  Mungkin tercela.  Biasalah lepas otak rest tak menjana apa2 dan kalau RM katakan, Bisakah sudah ada publisher yang nak terbitkan.  What say you guys?  Is that a good news for us?  Happy reading guys.  Maaf atas kekurangan.  

41 comments:

  1. Cewitt nyer si ziyad ni....

    ReplyDelete
  2. so kiranya tak habis dekat blog ke RM ?

    ReplyDelete
  3. waaaa!! rindu dkat ziyad dgn teratai.

    ReplyDelete
  4. thnks kak rehan 4 n3 baru..
    sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan..;)

    ReplyDelete
  5. Dh n terbitkn ye?hemm..bgs la jgk,kn?bleh pluk buku..hehe...

    ReplyDelete
  6. wow! kalau diterbitkan cite ni memang best la...cantik cant wait..

    ReplyDelete
  7. Windu kat teratai nur & ziyad..harap2 x de yg ganggu dh lpas ni

    ReplyDelete
  8. gud news tu kak rehan...next entri pls...


    yaya

    ReplyDelete
  9. terubat rindu ku thanks RM..kalo terbit mesti tambah ms kan hehehe

    ReplyDelete
  10. best2 sgt bila da smbgn n3 bru..
    tp klo nk pblsh tu,sy x brp nk stuju sgt..
    sbb klo yg ikt crt akk akn thu yg watak2 ni b'smbg2 dri nvl2 sblmnya...
    pd sy itu sgt special...
    sy lgi prefer klo akk print/cetak & jual sndri...
    so,krya akk x dsekat2...
    akk blh tls spnjg mn & sbgmn yg akk rsa sesuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn awak!..

      Delete
    2. saya setuju...kalau bg publisher mesti ada yang akan kena cut sikit2 nanti huhuhu..tak syok la

      aisya_humaira

      Delete
  11. buku lg???ermmm...kalo kata xmo boleh x??hehehe...tp ok je...but seriously sy x pnh dpt beli novel2 RM sblm ni..byk sgt kekangan..lg2 sy ni stdnt..ssh sikit..tp harap abis kat sini dulu baru buat buku...hehehe..blh ek...

    ReplyDelete
  12. Terbaekkkk!! Btw, rm Xnk msk n3 bru iam...Rindu mikhail...serious falling in luv wt tat story... ♡♥♡♥ Tq

    ReplyDelete
  13. serious nk buku kan??wahhh..best tu mmg best, n seriously i'm happy 4 u..tp masalahnya k.rehan..nk tnggu k.rehan update new n3 pun bleyh merana jiwa nie, apatah lg nk tnggu siap sebuku..hukhuk..tp ok gak laa,lau dh dibukukn bleyh wat 1 lg collection of ur novels..deeply in love in ur writings..=)

    ReplyDelete
  14. kak rehan nk publish cter ni???bgs lah dpt dibukukan...tp,biarlah habiskan dlm blog dlu...sesak nafas nk 2ggu cter ni dibukukan dan kluar di psran...hehe...

    ReplyDelete
  15. wah~ lama tunggu n3 dri RM~ yeah, diterbitkan ye? mesti beli~~ nice n3 btw....sambung lagi hehehe....

    ReplyDelete
  16. Thanks for the n3.. terubat rindu

    ReplyDelete
  17. Wah suka ziyad......baguslah kak klu dh nk dterbitkn...

    ReplyDelete
  18. nk bukukan mmg sgt bes..tp jgn lama sgt ek..hehe..

    ReplyDelete
  19. akan diterbitkan...that a god news.... love it...

    ReplyDelete
  20. Nak laaaa sangat2x . . . sila laa terbitkan, ending yg indah2 ye cik Rehan. . .

    Sian dia kena redah banjir . . harap semuanya ok, n selamat berpindah yeee . . seksa akak dah lepas(pindah rumah KL - JB)

    ReplyDelete
  21. Sy sokong klau RM print sendiri mcm siri2 yg lain yg ada kaitan watak tu.. Klau ada publisher lain nk terbitkan, mesti dorang tak bagi habiskan citer kt blog atau kena 'sorok' episod2 tertentu sementara buku nak siap..

    ReplyDelete
  22. ...Kira ok lah nak diterbikan sebab kisah ni banyak pengajaran bukan sahaja bagi anak-anak yang baru nak membesar tapi bagi ibu bapa juga ....

    ReplyDelete
  23. nak terbit ke kak?
    jgn lama2 ye..
    xsabar nk baca..
    tp kan,,
    lau abes lam blog ijo ni lg bgus..
    keh3..
    tq akak.. ^^
    -syu-

    ReplyDelete
  24. Waaa praying u & ur family sentiasa di bwh jagaan Allah. Syok kak pls sambung. And its a good news la kalau dah ada publisher yg nak terbitkan cerita ni tp tlg hbs kan kat sini dulu boleh? Hehehhee

    ReplyDelete
  25. Raiter, I miss you soo much! Haha,,Selamat Tahun Baru to you and your family. Hope you are doing fine. May Allah be with you and your loved ones always, through joy and pain. And don't stop writing! Welcome back~

    ReplyDelete
  26. sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka

    ReplyDelete
  27. Thanx 4 the n3. Rindu sgt kt ziyad n nur. Btul ke ada publisher nak publish cite ni? Setuju sgt sbb snang nak ulang baca klu ada buku

    ReplyDelete
  28. wahhh... lamanya tunggu :D
    bab selanjutnya pasit bahas tentang anak dah hehehehehehe

    cepat sambung kak RM ;)

    ReplyDelete
  29. kenapa katakan tidak pada publisher?
    setuju sangat2 "Bisakah" d bukukan :)

    ReplyDelete
  30. woah!!!!!.... 110% stuju nk buat buku... gila x nk... rugi kot... bleh pengsan klau x beli... hehhe << sory over....
    thanks kak rehan for this entry
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  31. alhamdullilah... murah rezeki.... tp lama la pulak nak tau ending bisakah.....

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah.......
    Lamanya menunggu, ingatkn dh stop sambungannya. Tq

    ReplyDelete
  33. waa.. rindu ziyad dgn nur.. kak rehan,, bukukan je la terus.. senang kmi baca, boleh peluk2 buku skali.. ekeke

    -athirah-

    ReplyDelete
  34. biarlah abis kat blog dulu..hehe..n i like ziyad..so sweet...smua novel akak mmg bes sgt..klu dijadikan drama mesti best..

    ReplyDelete
  35. terubat jugak rindu ndn ziyad..huhu..akak, utk next chapter nk cepat ckit ekk....rindu la nk baca...:)

    ReplyDelete