BAB 23
ZIYAD bercekak pinggang memandang
aku. Renungannya mencerun. Bibirnya menyenget dengan senyuman
nakal. Tubuh yang hanya dibelit sehelai
tuala putih itu nampak sedikit menggigil sesekali. Air juga masih lagi merintik dari helaian
rambutnya yang tidak dikeringkan dengan sempurna.
Bibir aku ketap seketika melawan
pandangan mata Ziyad yang masih kaku berdiri memandang aku yang berdiri di
sebelah almari pakaian berwarna hitam berkilat dan dipadankan dengan bingkai
berwarna putih ini.
“Kenapa pandang Nur macam nak makan
je?”
Ziyad ketawa dan menggeleng. “Malam tadi abang dah makan… esok-esok pulak
abang makan. Cuma abang nak tanya, hari
ni hari apa?”
“Selasa,” jawabku tenang.
“So?”
“What?” Pantas aku menyoal dia kembali. Rasa tidak puas hati dengan renungannya
itu. Bagaikan aku sedang melakukan
kesalahan pula.
Ziyad menjuihkan bibirnya pada
pakaian seragam yang tergantung pada pintu almari. Sudah siap bergosok dengan begitu elok dan
kemas saja aksesori yang kupasang.
“Ada
yang tak kena ke? Kotor?” Cepat-cepat aku capai kepala penyangkut baju
dan menelek pakaian tersebut.
Bersih dan tiada biarpun segaris
kedutan pun. Sempurna sudah. Aku suakan pada Ziyad dan dia menggeleng lalu
mendekat pada cermin tilik. Membelek
wajahnya yang nampak semakin hari semakin tampan pada mataku.
“Abang check sendiri tengok.
Kot-kot ada kedutan, Nur gosok lain.”
Kakiku menapak mendekati dia.
Ziyad memandang mataku dari dalam
pantulan cermin.
“Hari ni Selasa, sayang. Abang tak pakai uniform putih hari selasa.
Abang pakai warna biru pada setiap hari Selasa dan Khamis. Nur lupa ke?”
Ziyad mengeluh sedikit.
Mataku membulat. Aku tepuk dahi. “Alamak… maaflah abang. Nur tak ingat la. Lupa yang abang pakai warna biru setiap
Selasa dan Khamis. Erm… Nur
simpanlah yang ni. Abang tunggu kejap, ya? Keringkan rambut dulu, Nur gosok baju abang
kejap.”
Cepat-cepat
aku melangkah ke arah almari dan mencari uniform biru Ziyad. Sesekali aku sendiri pelik, entah berapa warna
pakaian seragam yang mereka ada dan kata Ziyad, setiapnya berbeza dan ada fungsi
masing-masing.
Setelah 15 minit
berlalu, suis seterika aku matikan. Saat
aku berpaling, tubuh Ziyad sudah berada tepat di belakangku. Dekat dan amat rapat.
“Abang kenapa?” soalku cemas bersama detak dada yang sedikit
gemuruh.
Dia sengih. “Nur lama sangat. Dah cepat, pakaikan. Abang ada meeting
pagi ni tau,” ujar Ziyad padaku dan dia berpaling membelakangiku lalu
mendepangkan tangannya.
“Sorry…,” bisikku seraya membantu Ziyad
mengenakan pakaiannya.
“Accepted,” jawab dia mesra dan aku
tersenyum tenang.
Setelah siap,
aku berlalu berdepan dengannya. Butang
pakaian itu aku pasang satu persatu.
Biarpun aku tahu, mata Ziyad tak lepas meratah segenap inci wajahku, aku
sekadar biarkan. Aku miliknya dan untuk apa aku mengelak?
“Tengok Nur
lama-lama, nanti dah bosan… terus tak nak tengok,” tegurku separuh berbisik
sambil anak mata terus meneliti setiap inci pakaiannya.
Tawa kecil Ziyad
meletus. “Kalau bosan, abang cari pandangan
lain.”
Menerima
kata-kata Ziyad membuatkan jantungku hampir luruh ke permaidani. Tanganku terhenti dari terus membelek
pakaiannya. Mataku memandang Ziyad yang masih dengan senyumannya.
“Abang maksudkan
ke?”
Ziyad cebirkan
bibir dan mengangguk. Aku tahan nafas
yang kian sesak seketika dan mengukir senyuman kelat padanya.
“Kalau abang
betul-betul maksudkan, Nur rela,” ujarku dengan perasaan yang berbaur. Entah kecewa, entah reda… apa yang pasti
hatiku tergores.
“Okey, dah
siap.” Cepat-cepat aku mahu berkalih
bila Ziyad menarik tanganku.
“Nur tak sikat
rambut abang lagi,” rengeknya.
“Oh… lupa. Abang pusing.
Nur ambilkan sikat.” Bila aku
mahu mendapatkan sikat, Ziyad sudah duduk di atas bangku di depan cermin. Memandang ke dalam mataku lagi.
“Kita sikat
tempat lain…”
“Depan cermin
senang.”
Aku ketap
bibir. Aku tidak mahu biarpun dari
pantulan cermin. Aku tidak mahu Ziyad
terbias oleh wajahku. Aku tidak sudi dia
berasa jemu dengan aku. Aku tidak
sanggup menghadapi saat itu sebenarnya.
“Nanti depan
cermin, abang nampak muka Nur. Nanti
elok-elok lagi 12 tahun nak berasa bosan, terus pada 2 tahun. Jenuh Nur nanti,” gurauku dengan nada yang jengkel.
Ziyad
merengus. “Nur… don’t take is serious, sayang.
Abang gurau je tadi. Kalau kata
bosan sungguh, bosan dok dalam bilik ni dengan Nur. Bosan dengan suasana yang sama dan abang nak
bawa Nur tengok pemandangan lain je.
Luar Negara mungkin. Dalam air
mungkin. Atas awan mungkin. Itu yang abang maksudkan tadi,” pujuk Ziyad.
Aku kakukan tubuh. Ziyad bangkit semula dan terus memaut bahuku
lembut.
“Sayang, abang
minta maaf,” pinta dia.
“Tak… abang tak
salah. Abang berhak bosan dengan Nur
apatah lagi Nur ni adalah bekas…”
“Teratai Nur!” tegur Ziyad keras.
Aku ketap bibir
lagi. Menahan rasa bila suasana romantik
dan tenang tadi bertukar suram kerana hatiku
yang sedikit sensitif.
“Berapa bulan
dah kita kahwin dan berapa kali dah abang cakap jangan dok ulang benda tu
je. Abang tak suka nak dengar. Semua dah lepas!” tekan Ziyad lalu dia tarik sikat dari
tanganku dan menyikat rambutnya sendiri.
Setelah beberapa
saat, dia mencampakkan sikat itu kasar.
Aku memandang Ziyad dengan wajah yang terkejut.
“Abang,” seruku
bila dia sudah menapak ke pintu.
Langkah Ziyad
mati. Dia tidak berpaling. Tombol pintu dilepaskan dan nafasnya
dilepaskan berat.
“Don’t say that, sayang. I love you and you love me. And God loves us.” Perlahan-lahan dia berpaling dan ak uterus
menerpa padanya. Memaut tubuh sasa itu
erat.
“Nur minta
maaf. Tapi, Nur terasa tadi dengan apa
yang abang cakap,” akuiku.
Ziyad mengelus
rambutku.
“Abang tahu dan
silap abang juga. Erm… dahlah. Jangan rosakkan mood kita. Pergi pakai
tudung, hantar abang ke pintu,” suruh dia dan aku menggeleng.
“Mama dan ayah
keluar, kan ?”
“Buatnya diorang
balik… ni kena tutup jugak,” tekan Ziyad pada leherku dan aku tersengih lalu
mengangguk lalu cepat-cepat aku mendapatkan selendang dan aku belit ala kadar
saja.
Setelah Ziyad
siap merapatikan pakaiannya, kami sama-sama menapak keluar untuk turun ke
bawah. Setibanya di meja makan, sarapan
telah terhidang. Ziyad angkat kening dan
aku menggawangkan tangan seraya menggeleng.
“Nur tak
masak. Mana ada Nur turun.”
“Ya ke?” Ziyad tidak percaya.
“Sungguhlah. Mana ada Nur bohong. Ni mesti mama ni sebelum keluar tadi kot,”
dugaku.
Dia mencebirkan
bibirnya sikit dan menarik kerusi untuk duduk.
Pinggan aku letak di depan Ziyad dan perlahan, aku sendukkan sedikit
nasi goreng cina itu ke dalam pinggannya.
Bila tangan Ziyad mengisyaratkan aku duduk, aku hanya menurut. Baru saja suapan pertama, suara mama dan ayah
bergema di muka pintu. Bersembang
tentang sesuatu yang tidak aku fahami.
“Eh, mama… ayah…
bari
makan.” Ziyad mengajak.
Aku senyum pada
mereka bila mereka mendekati. Ayah duduk
di sisi Ziyad. Mama duduk di depan
aku.
“Sedap?” tanya mama pada Ziyad.
Pantas Ziyad
mengangguk bersama suapan yang tak putus-putus.
“Rasa macam dah
lama tak makan masakan mama,” puji Ziyad pada mamanya.
“Bukan mama
masak.”
Suapan Ziyad
terhenti dengan sudu yang masih ada pada mulutnya sebelum ayah menegur.
“Mana protokol
yang kamu belajar dalam latihan navy dulu, Yad sampai macam tu sekali pe’el
kamu makan nasi?” sindir ayah bersama
tawa lalu dia dekatkan cawan minuman itu pada bibirnya bersama gelengan kecil.
Ziyad
cepat-cepat menurunkan sudu tersebut dan mengunyah nasi yang berbaki di dalam
mulutnya cepat-cepat.
“Sorry tapi
sungguh bukan mama masak?”
Mama
menggeleng. Ayah mengangguk.
“Jadi…” Ziyad berpaling padaku.
“Nur
masak?”
Aku sengih dan
menongkat tangan di atas meja. “Sedap
tak?”
“Tadi kata
tak? Bila masa turun?”
“Subuh tadi
lagi. Kan nasi tu dah sejuk. Saja usik abang.”
“Pandai
ya?” Dia cuba menarik hidungku tapi aku
mengelak lalu bangkit hendak ke dapur untuk mengambil cawan untuk mama.
Setelah kembali,
langkah aku terpaku melihatkan kemesraan mereka anak-beranak. Terketar-ketar jemariku memegang cawan ini
agar tidak terlepas dari tangan.
“Mama… mari sini
Yad suapkan. Sedap ni. Menantu kesayangan mama masak ni.” Ziyad cuba menyuap mamanya tapi mama
menolak bersama tawa halus.
“Mama tahulah…
mama yang rasa dulu tadi,” tolak mama.
Dia menyuakan
pula sudu itu pada ayahnya tapi ayah juga menolak lembut.
“Ayah oran g kedua rasa nasi ni
tadi sebelum keluar.”
Ziyad
mengeluh. “Yadlah oran g terakhir?”
“Dah tunggu
kamu, kebulurlah kami.” Mama dan ayah
ketawa bersahut-sahutan.
Saat ini, mereka
langsung tidak sedar akan kehadiran aku terpacak di sini. Bibirku menguntum senyum bila mama akhirnya
menerima suapan Ziyad. Ayah juga
menyuakan bibir cawan itu pada bibir Ziyad.
Berkongsi minuman dengan anak tunggal mereka.
Tanpa sedar,
airmata aku menitis laju. Menitis
bersama senyuman pada bibir namun dalam hati raungan yang maha hebat. Bayang ibu dan ayah silih berganti. Ibu yang saat itu pergi mengheret bagasi
meninggalkan ayah dan ayah yang mengheret kaki dek kesan kecewa.
Kami pernah
begitu tapi waktu itu aku masih di sekolah rendah. Bila akhirnya ibu pergi kerana mengejar
kemewahan, aku dipinggirkan. Ayah
disingkirkan. Bila ayah kecundang, aku
diheret sama.
Tidak sekali aku
memarahi mereka, namun jika berpeluang aku mahu bertanya hanya satu soalan…
mengapa mereka pergi? Adakah aku tidak
penting buat ibu dan adakah aku tidak ayah sayang?
Pandangan aku
semakin kabur dan terus kabur. Hingga
akhirnya Ziyad memanggil, aku terus berpaling ke belakang dan berdeham beberapa
kali membetulkan kota k
suara yang terasa tersangkut.
“Kejap… cawan ni
sumbing sikit. Nur tukar lain,”
dalihku.
Cepat-cepat aku
melangkah berselindung di balik dinding dan tersedu-sedu di situ. Tanpa sedar, Ziyad sudah ada di sisi. Memandang aku sedih dan menggeleng.
“Kenapa
menangis? Abang buat salah?” soal dia lemah.
Aku menggeleng
menafikan telahannya. “Nur cemburu. Abang tak salah.”
“Cemburu?” Kening lebat Ziyad hampir bertaut.
“Kalau sekali
lagi Nur dapat bersama dengan keluarga Nur macam tu… Nur dah tak nak minta
apa-apa lagi, abang.”
Ziyad ketap
bibir dan mengangguk tanda mengerti.
Kepalaku ditarik dekat pada lehernya.
Diusapnya lembut dan dikucupnya dahi aku lama.
“Kita cari ayah…
ibu… ya?”
Aku tidak
menyahut sebaliknya mengangguk saja.
“Kalau abang
izinkan… Nur nak keluar hari ni. Nak ke
rumah sewa lama kalau-kalau ayah ada di sana ,”
pintaku.
“Tunggu abang,
sayang. Kita pergi sama-sama.”
“Tak… biar Nur
cari dulu. Abang kerja dan Nur tahu
abang busy. Abang izinkan je Nur keluar, ya?” pinta aku pula.
Ziyad mengeluh
sedikit tapi akhirnya dia mengangguk memberi izin.
“Janji jaga
diri?” pesannya.
Aku mengulum senyum
dengan pipi yang basah. Bila aku
berpaling, mama dan ayah juga memandang kami.
Tangisku reda tapi airmata tetap tersisa.
TURUN daripada
KTM di stesen Pantai Dalam ,
ak u terus menapak tenang. Mendaki anak tangga dan terus menuju ke arah
apartment yang menjadi rumah sewa kami satu waktu dulu.
Suasana banyak
berubah. Gerai-gerai yang pernah menjadi
tempat aku duduk mengisi peru t
juga sudah tiada. Sudah menjadi kawasan
letak kereta. Namun, kepadatan penduduk
di sini semakin meningkat pada pandangan mataku.
Blog 51 aku
tuju. Punat lif aku tekan. Bila pintu lif terngaga seketika kemudian,
aku tekan pula tingkat 11. Tidak lama
setelah itu, lif terbuka lagi di tingkat 11.
Aku melangkah keluar dan rasa hati yang berdebar tidak sudah.
Jika Mak Yam
masih tidak berpindah, dia masih menghuni rumahnya setentang dengan rumahnya
yang menjadi rumah sewa kami dulu.
Lorong terasa
sunyi. Kala tiba di depan rumah lamaku,
aku pejamkan mata. Terlalu banyak
kenangan buruk di situ. Terlalu tebal ingatan aku pada ingatan lalu yang amat
memedihkan. Dari pagar itulah ibu
berlalu pergi dengan beg besar. Di pagar
besi itulah ayah terkulai layu dalam keadaan terhuyung-hayang setiap kali
pulang setelah lama ketiadaan ibu.
Kelopak mata
terasa panas. Aku terkaku seketika namun
cepat-cepat aku kalihkan wajahku, menala pandangan pada pintu rumah Mak Yam
pula. Aku menarik nafas dalam-dalam
sebelum memberi salam. Salam pertama
tidak bersambut, aku hulurkan salam kedua.
Hingga salam berkali-kali aku berikan, masih tiada jawapan. Namun, sementara mahu membawa langkah kaki
ini pergi… pintu rumahnya dikuak.
Tak jadi aku
melangkah lalu aku mendekati pagar tersebut.
Bila wajah tua Mak Yam muncul di depan pintu, aku menggariskan senyuman.
“Assalamualaikum,
Mak Yam,” sapaku lagi sekali.
Dia mengerutkan
keningnya. “Waal aikummussalam. Siapa, ya?”
Tanganku sudah memegang pagar besi
rumahnya. Mak Yam mendekatiku dengan
dahi yang berkerut seribu.
Lama dia
memerhatikan aku dan bila aku senyum dengan rasa sebak di hati, matanya
membulat dan telunjuknya naik padaku.
“Kamu ni… Te…
Teratai Nur ke? Anak Nordin dan
Cempaka?”
Aku mengangguk
bersungguh-sungguh. Mulut Mak Yam
melopong. Pagar dibuka luas. Dia masih dengan riak tidak percaya dengan
penampilan aku kali ini.
“Kamu dari
mana? Dah lama tak jumpa?”
“Saya dari Daman sara. Ada hal sikit datang
sini?”
Setelah aku
dihalau dulu, inilah kali pertama aku jejaki kaki di sini dan wanita tua inilah
yang pernah mengherdik dan menghalauku.
Tak mungkin aku lupakan perkara itu tapi tidaklah salah dia waktu itu
kerana dia punyai hak ke atas hartanya.
“Pasal ayah kau
ke?”
Aku mengangguk
laju. “Ada berita?”
Wajah Mak Yam
sugul. Dia menggeleng.
“Kali terakhir
Mak Yam jumpa dia dulu masa lepas kamu keluar dari rumah ni dua bulan tak salah
Mak Yam dan keadaan dia agak teruk masa tu.
Yang kamu ni dah pulih ke dari ketagihan?”
Berdesing
telingaku menden garkan
soalan Mak Yam padaku. Tapi, tidak dapat
tidak, aku sekadar tersenyum dan mengangguk.
“Alhamdulillah…
berkat usa ha
dan restu Allah.”
“Erm…” Pandangan Mak Yam jatuh pada sekujur tubuhku
lama.
“Nam pa k
dah lain sakan. Baguslah. Dulu tu Mak Yam harap kau tak kisah, Teratai…
sebab iyalah. Nak cakap pun serba
salah,” keluhnya.
“Tak, Mak Yam…
Mak Yam tak salah. Saya datang ni bukan
nak balas dendam ke, nak tuntut maaf ke… saya datang ni nak tanya khabar
ayah…” Suaraku mati seketika sebelum aku
menyambung.
“… ibu
mungkin?”
Terasa dalam
sebutan ibu itu dari anak tekak. Rasa
tak terluah tapi harapan itu tetap ada selagi tidak aku temui pusara
mereka.
“Cempaka?”
Aku angguk.
“Itu lagi lama
Mak Yam tak jumpa lepas dia tinggalkan kau dan ayah kau ikut jantan lain tu…”
Aku mengetap
bibir. Hati semakin tersiat. Dalam hati membentak, tak usa h dia
berbicara tentang silap ibu kerana aku tahu menilai. Namun, begitulah lidah manusia dan aku tiada
pilihan selain menelannya saja.
“Ya… ibu saya
tak baik, kan ?”
Wajah Mak Yam
berubah. “Mak Yam tak …”
“Ya… saya tahu
Mak Yam tak sengaja. Tapi, tak apa… saya
cuma nak tanya khabar ayah. Saya balik
dulu, Mak Yam.” Aku meminta diri dan
terus saja berlalu tanpa menoleh lagi.
Setibanya di
bawah, aku terus melangkah mahu menuju ke stesen KTM mahu pulang ke rumah. Dalam pada melangkah, talian telefon menjerit
nyaring. Cepat-cepat aku jawab bila nama
Ziyad terpapar pada skrin.
“Aba ng,” sahutku serak.
Ziyad diam
seketika sebelum berbicara.
“Apa hal? Nur nangis?”
“Eh tak…” Aku
menggeleng laju.
“Dah tu? Tak dapat khabar?”
Aku menggeleng
lagi. Sebak hingga tak mampu berkata-kata.
“Sayang?”
“Ya… ya…
abang. Nur ada dan ya… tak ada khabar.”
Keluhan tipis
Ziyad aku dengar menyapa telinga.
“Jangan risau…
kita usa hakan
cara lain. Aba ng telefon ni cuma nak maklum je, minggu
depan abang mungkin kena ke Tawau. Nur
ikut, ya? Dan abang balik lambat sikit
hari ni. Ada kerja sikit,” maklum Ziyad.
“Emm… tak
apalah. Nur pun dah nak balik ni. Nur tunggu abang je cari ayah nanti,
ya?”
“Yeah… abang
temankan nanti. Jaga diri, ya?”
Talian putus
setelah aku menjawab salam Ziyad. Kaki
ini terus melangkah dan tanpa sedar, aku terlanggar sebuah kereta yang sedang
mahu mengundur. Tidaklah luka biarpun
jatuh terduduk. Pemandu Perdana V6 itu
pantas keluar mendapatkan aku.
“Awak tak
apa-apa ke?” soal dia padaku.
Tangan kami bertaut. Aku menggeleng sambil melihat siku yang sedikit berdarah.
“Tak… salah saya
puan…” Aku angkat wajah memandang
dia. Dahi aku berkerut seribu. Pandangan rasa berbalam tiba-tiba.
Wajah itu dekat
di mataku. Dia juga gamam dan aku pantas
merentap tanganku daripada genggamannya.
Rentapan yang sedikit kasar.
“Teruk ke,
mama?”
Aku sekali lagi
terhenyak belumpun sempat aku bangkit bila suara kedua itu bertanya. Terasa dunia menghimpit kemas. Sesak dan lelah.
~~> bersambung
RM :
1. Berita baik RM diam je.. STK siap sudah... huhuhu.. RM terharu yu all atas sokongan semua
2. Pada yang dah dapat buku UD n SAM n KIM tahniah ya... tapi utk UD ada kesilapan cetakan pada beberapa muka surat dan bagi RM masa sikit, dah cetak baru dan kami akan gantikan pada semua yang dah order tanpa apa2 caj. Hanya mohon sabar menanti. UD saja sebab SAM tak ada masalah.. Pada yang masih nak order KIM, UD & SAM just order.. siap buku UD kami terus pos ya. Ramai lately orang carik KSC tapi dh abih stok. Kalau berminat semua boleh emel ke inurwafiah@yahoo.com kalau nak KSC... lebih 100 order baru RM hantar cetak atau pm saja ke fanpages RM.. RM tak sempat balas, adalah admin akan tolong reply.
3. Pada yang nak baca KIM, KSC di blog.. boleh cari dekat GODEK SINI tu... semua ada RM tak buang... cetakan ni pd yg sudi nk simpan hard copy... cuma RM tak sempat nak link semua... harap membantu ya...
4. Last not least... RM syg semua.. sabar menanti blog ini kembali aktif. RM tak janji sekerap selalu tapi RM cuba...
Bestnyer.... Hehhehehhe... Nak lagi...
ReplyDeletealhamdulillah,,lame menanti bisakah...dapat jugak bace,,thanx kak rm..x sabar nak tau kisah seterusnya, msti owner perdana v6 tu mak teratai nur kn?
ReplyDeletemesti tu mama teratai nur kan cempaka ... kan dah kaya ...
ReplyDeletewaaaa da lme ni tgu hupdate keke,.
ReplyDelete'puan' tu ibu Nur kot eh,.
kak rehan terbaek...syg kak RM muaaaaahh
ReplyDeletesedih. termeleleh air mata part yg ziyad ngan parents dia tuh. tu mesti mak dia kan. sedihnya hidup teratai nur. nasib baik dia bahagia dengan ziyad sekarang. cukuplah derita untuk dia.
ReplyDeleteteratai nur always remember, ziyad ada untuk teratai nur..... layan marathon bisakah sambil dengar lagu shahir padam berulang kali..... ya Allah tersentap hati ni dah rasa diri ni mcm teratai nur pulak.....
ReplyDeleteSalam, alamak adakah ni konflik kedua Teratai Nur ke? Miakah? Bapanya ke? Atau pusher? Suspen RM...
ReplyDeleteheheh tau dah siapa yg langgar teratai nur tu , tu mesti mak dia , dia kan dah kaya hehehehhe
ReplyDeleteyea...thnks..lme tgu cite ni
ReplyDeleteKonflik kena ada tapi jgnlah between Nur and Ziyad pulak... Sedey sb meka ni pasangan romantis gitu....
ReplyDeleteRM, STK beli dr RM ke tru KN/KS?
ReplyDeleteSuke2..tq RM...
ReplyDeleteBesttt...oh mst mak teratai nur tu.... Tabah ya nur
ReplyDeletethx kak rm!...best sgt ! -hana-
ReplyDeleteJeng3..puan tu msti ibu nur kn? Suara yg bertanya tu ntah2 mia..? Oh no..harap2 tk betul assumption tu..
ReplyDelete[hawa]
anon, takkan mia kot sebab mia lagi tua dari Teratai unless kalau Mia tu anak tiri mak teratai... huhu, harap2 yang bertanya tu hero baru...hehe :)
Deletetak letih mngunggu update BiSaKAH ni sbb tahu sure berbaloi...tq KAREHAN
ReplyDelete>>k<<
maybe puan tu mak Nur dan yang bertanya tu adik tiri Nur, fuhhh watak baru dah keluar and makin suspens ni... x sabar nak tunggu sambungan :)
ReplyDeleteSuratan atau kebetulan . . . ?
ReplyDeleteSTK nak . . nak . .nak . . bila nak keluar niiii????
sabar je laaaa
setelah lame menanti thanks kak rehan... :)
ReplyDeleteterima ksih ye sis..even bz ada juga masa utk ktorg..hehe...
ReplyDelete~ct izaidah~
huhu....rasa mcm nur terjumpa ibu dia kembali.... hmmm2.... will wait for next entry...tq RM...
ReplyDeleteakhirnya terubat rindu kat BISAKAH ni hehe....erkkk...nak cuba teka la..yg langgar tu mesti mak Teratai Nur dan yg panggil mama tu pula entah-entah Mia.........adoyai...jangan tekaan betul sudah...sbb RM cakap akan bermula konflik huhuhu
ReplyDeleteHH_814
sambung~ sambung~ lambat pun takpe! janji ada ^______^
ReplyDeletemesti cempaka, mak si teratai.....dia datang cari kelaurga dia jugak tuuu,,,,,,,
ReplyDeletewwannurr
spe kah?? btol ke tu mak teratai? adush.... jantung da nk pecah dah sbb curious gila... :D
ReplyDeletethanks kak rehan :D
-Song Hyun Sun
Cepatlh n3 baru, minggu depan dh mula kuliah
ReplyDeleteha ah la. saya pun agak yg tu ibu nur. then mungkin ada btulny tekaan kekawan yg mia menanya ibunya tu. dia kakak tiri nur agaknya. and lps ni akn bermula konflik yg lbh hbt rasanya. hihi. whatever, sdih. sian nur kn?
ReplyDeleteWOW!accidently meet her mother. nur ade adik? mia mungkin?? hahaha pandai je buat ulasan sendiri. kak rehan, rindu sangat2 nak baca hasil karya akak :)
ReplyDeleteakhirnya ada gk entry baru dr akak....x sbr nk tgu entry y strusnya......
ReplyDeleteMama teratai nur la tu..tp dgn sape agk nyer
ReplyDeleteTahniah! Sebuah lagi naskah penuh emosi bakal diterbitkan.
ReplyDeleteDugaan dah mula menampakkan diri.. Hanya kepercayaan dan sabar yang mampu meladeni hati agar tetap memastikan bersatu bersama minda dan teguh menghadapi segala onak berduri untuk sampai ke destinasi..