BAB 24
HAYUNAN buai
besi dilaman semakin perlahan. Aku duduk
bersendiri sementara menanti Ziyad yang sedang membasuh keretanya. Memerhatikan gelagat Ziyad yang nampa k riang, rasa tidak
sanggup hendak berkongsi kisah ini.
Sepatutnya aku
berasa gembira bila kehendak aku ditunaikan tapi mengapa kurasakan terlalu
hebat dugaan mendatang pula. Sepatutnya
hanya dia dan aku mahu memeluknya tapi mengapa pula ada si anak dara bersamanya
membuatkan aku kejung tak ubah bagai patung bernyawa.
Bila hayunan
terhenti, aku menghayunkan sekali lagi mengikut rentak siulan Ziyad yang masih
ralit mengilap Honda Integra putih miliknya itu. Kereta yang pernah aku lihat satu waktu dulu
sewaktu pertama kali bertemu dengan Doktor Zafrina.
Wajah itu silih
berganti. Kata-kata sayu dan sinis
mereka juga hadir menyapa.
Berlumba-lumba berdengung dalam kepalaku. Menyakitkan tapi itulah hakikat. Perkataan ‘mama’ itu masih kemas terpadu di
hatiku. Dia ibuku tapi mama pada oran g lain.
“AWAK
okey?”
Aku mengangguk
bersama wajah yang berkerut. Bila aku
angkat wajah, tangan aku rentap membuatkan dia terkejut. Spontan.
Dengan renungan
yang hampir terjojol matanya, kami berbalas renungan lama. Bila dia hendak membantu aku bangkit, aku
menolak sedikit kasar. Tak sedar akan
perbuatan sendiri.
“Tak apa… saya
okey.” Aku sapu siku yang sedikit pedih
sambil mata merenung jalan tar.
“Teratai Nur , kan ?”
Aku pejamkan
mata demi menden gar
nama aku disebut. Dalam hati aku sinis,
ingatkan ibu tak cam lagi wajah Teratai.
Ingatkan ibu dah lupa nama anak kan dung
sendiri.
Matanya aku
pandang. “Puan tak salah oran g ke?”
Dia menggeleng
dengan mata yang nampa k
basah. Pipinya merah dan bibirnya
bergetar mahu mengungkapkan kata tapi tidaklah terluah.
“Puan yakin saya
Teratai Nur?”
Dia mengangguk
laju bersama airmata yang turun menodai pipinya yang sedikit kemerahan. Sungguh ibu nampa k bergaya. Nampak seperti wanita kaya. Nampak senang. Tidak lagi susa h seperti mana hidup dengan ayah yang
sangat-sangat bersederhana.
“Ibu… Teratai rindu
i…”
“Mama, teruk
sangat ke?”
Bibir aku
terkatup rapat. Aku angkat pandangan
pada susuk tubuh yang sedang tegak berdiri di hadapan aku kini.
Ibu panggung
kepala memandang perempuan yang sedang berdiri itu.
“Ini…
ini….” Ibu tak terluah kata.
Aku angkat
kepala dan menala pandangan pada dia yang sedang berdiri… dan sekali lagi aku
jatuh terduduk di atas jalan tar yang panas.
Mia… hati aku menjerit kuat. Mata
dia juga membulat.
“Mia sayang…
sini.” Tangan Mia ibu tarik supaya
mencangkung di depan kami. Tertusuk
hatiku bila ibu memanggil Mia ‘sayang’.
Airmata ibu
merembes lagi tapi aku terus melarikan pandangan.
“Kenapa kau
boleh ada kat sini?” soal Mia kasar.
Mata ibu
membulat. “Mia kenal dia?”
Mia
mengangguk. “Dia parasit. Dia ni bekas penagih.”
“Tak… Mia jangan
cakap macam tu, sayang… ini anak…,” akui ibu cuba berterus-terang tapi aku
mencantas.
“Tak… puan salah oran g.
Saya dah lama tak jumpa mak saya dan mak saya oran g biasa je, puan. Bukan macam puan,” bantah aku dan cuba
bangkit berdiri. Menapak beberapa tapak
ke belakang seraya mengesat airmata dengan belakang tangan. Tanganku dia genggam dan aku pantas
menepis.
“Apa yang kamu
cakap ni? Tadi kan …”
“Mama tahu tak…
sebab Ziyad tak terima Mia… Kalau mama
tanya perempuan mana yang buat Ziyad tolak anak mama ni… dialah perempuan tu,
ma. Dialah yang rosa kkan
bahagia Mia!” jerit Mia sedikit. Wajahnya nampa k sedih dan penuh kecewa.
Aku kalih ke
kiri dan kan an. Rasa sebak dan malu menebal dalam diri bila
ada mata yang memandang. Rupanya, hati
Mia masih tak mampu lepaskan Ziyad pergi dan aku juga tak berdaya hendak
menolak Ziyad dari hati ini.
“Apa Mia cakap
ni?” Suara itu terkejut. Matanya mencerun memandang antara aku dan Mia
silih berganti.
“Ya, mama. Dialah puncanya. Tak sedar diri tu penagih!” cemuh Mia padaku.
Ibu
tercengang. Dia melopong sendiri dan aku
menggeleng laju lalu menapak pantas mahu berlalu dari mereka biarpun aku dengar
suara ibu menyeru aku kuat.
“Teratai
Nur!!!”
Langkah ini
maju. Langsung tidak berkalih ke
belakang lagi. Agak gerun dengan
renungan Mia dan penerimaan ibu setelah Mia khabarkan sejarah lalu aku setelah
kehilangan ibu.
Lain yang aku
rancang, lain yang jadinya. Aku mahukan
ibu tapi mengapa Mia ada di sisinya dan bagaimana Mia memanggilnya mama? Ibu dan mama namun oran gnya adalah sama. Yang membezakan hanya kebenciannya yang boleh
jadi berpunca daripada Mia saja. Aku
tidak tahu.
“Where have you been?”
Aku
tersentak. Kepala aku angkat dan
kecanggungan wajah segera aku kawal.
Tubuh Ziyad menyendeng pada pagar buai.
Bibirnya langsung tidak tergaris dengan senyuman. Keningnya berkerut-kerut memerhatikan aku dan
entah sejak bila.
“Eh, pergi
mana? Ada je kat sini…”
“Yeah… abang
tahu Nur kat sini tapi fikiran tu dah sampai mana?
“Tak ada kat
mana. Sini je. Dah siap basuh kereta?” soalku cepat-cepat mengubah hala perbualan
kami.
Dia angguk. Diam lagi dengan renungan yang masih
begitu.
“Tak sedar pulak
dah siap. Marilah masuk. Nur buatkan abang air,” ajak aku mahu bangkit
tapi Ziyad menahan.
“Sit!”
tekan dia bersama isyarat mata.
“Sejak beberapa
hari ni, abang tengok Nur lain macam.
Dalam bilik termenung, kat meja makan pun termenung. Pantang abang tak ada, fikiran Nur jauh pergi
dan kalau tak keberatan boleh abang tahu fikiran tu sampai ke mana dah? Paris ,
New York , China …
Japan
perhaps?” sinisnya.
Menghadapi sikap
Ziyad yang sesekali ada baran dan tinggi egonya, aku hanya mampu tersenyum
tanpa terkesan sedikit pun pedih di hati.
“Aba ng… I’m not going anywhere. Ada
kat sini je. Jangan fikir
bukan-bukanlah. Buat Nur tak selesa
je. Mari kita masuk. Dah nak malam dah kejap lagi,” ajak aku tak
mahu mengalah.
Kaki aku
melangkah cermat turun dari buaian yang sedikit bergoyang. Ziyad memaut lenganku membantu aku turun dan
kami sama-sama melangkah ke pintu dapur.
Mama dan ayah pula aku lihat sudah menghilang ke dalam bilik. Mahu bersiap untuk menanti hadirnya Maghrib.
Tiba di dapur,
sebiji mug aku capai. Nescafe tarik
kegemaran Ziyad aku siapkan. Bila aku
letak di depannya, Ziyad tidak memandang air tersebut, sebaliknya memandang
wajah aku.
“Ada yang tak kena ke pada Nur?”
Ziyad mengangguk
menjawab pertanyaan aku.
“Kenapa abang
rasa Nur sedang sorok sesuatu dari abang?”
Dia menduga lagi. menongkat dagu
tanpa melepaskan wajah aku biarpun sesaat.
Aku ketawa
tipis. Menarik kerusi dan duduk tepat di
hadapan dia. Menentang pandangan dan
renungan dia. Bersama seulas bibir yang
tersenyum manis menggoda dia. Kebiasaan
begini, halkum Ziyad pasti bergerak rakus tapi hari ini tenang bagaikan tiada
tarikan langsung pada aku.
“Dah bosan
dengan Nur?”
“Nope… but I wonder what had happened to you
last two days? Nur kenapa lepas
keluar pergi rumah sewa lama Nur? Jumpa
ayah? Jumpa ibu… mungkin?” Kening Ziyad ternaik.
Keluhan aku
lepaskan. Menjarakkan sedikit wajahku
daripada dia. Ziyad juga turut
menyandarkan tubuhnya pada belakang kerusi.
“Betul ke abang
teka ni?”
“Aba ng rasa…”
“Tepat!” jawab Ziyad tak sempat aku sudahkan
kata. Sedikit tegas.
“Jangan
berteka-teki. Kalau ada tak kena, bagi
tahu. Jangan sampai abang dapat tahu
sendiri, masa tu tahulah abang nak buat apa,”
sambung dia sedikit mengugut.
Perlahan-lahan
aku jatuhkan kepala. Mengiyakan
akhirnya.
“Nur tak jumpa
ayah. Rumah tu pun dah ada penghuni lain
dah lama. Silih berganti. Cumanya, Nur jumpa ibu dan anak…”
“Ibu? Anak?
Anak siapa?”
“Anak dia
barangkali. Anak tiri dia sebab Nur tak
rasa itu anak kan dung
ibu,” jelasku pada Ziyad.
“Jadi betullah
yang ada tak kena dengan Nur, kan ? Habis tu, apa kata ibu? Nur tak cakap Nur tinggal dekat sini?” giat Ziyad.
Aku
menggeleng. Tapi, dalam hati menjawab,
pastilah anak kesayangan ibu telah berbicara segalanya tentang aku. Tentang apa
yang pernah terjadi dan telah aku lalui.
Entah-entah ibu juga meletakkan semua salah pada aku melihatkan wajah
Mia yang sugul dan basah dek airmata bila menyebut nama Ziyad.
“Nur…”
“Erm… Nur tak
sempat berkata apa tapi rasanya, Nur tak berdaya nak berhadapan empat mata
dengan ibu. Rasanya ibu dah cukup
bahagia dan senang dengan kehidupan dia lepas dia tinggalkan kami. Apa yang Nur risaukan adalah ayah… entah
hidup entah mati, Nur nak tahu. Nur
risau,” ujarku lalu membawa bola mata
kami berlaga.
Tenungan Ziyad nampa k semakin
tenang. Kembali lembut dan penuh kasih
dan sayang.
“Kita akan cari
dan lepas ni abang tak nak Nur keluar sendiri melainkan ada hal penting dan itu
pun abang harap Nur tak membelakangkan abang,” pesan dia memaknakan kata. .
“Ya…” Aku mengangguk.
“Nur patut dengar
kata abang nak temankan…,” selaku dengan
helaan nafas yang berat. Jika tidak,
pastilah Nur tidak berasa resah begini.
Sambung hatiku sebal.
Ziyad mengangkat
mug tersebut dan didekatkan ke bibirnya seketika. Beberapa kali tegukan, mug itu ditolak ke
tepi. Dia angkat tubuh sasanya. Menggeliat sedikit dan meraup wajahnya sekali
sebelum memasang langkah.
“Siapkan baju
abang… abang naik mandi dulu,” pesan dia sekali lalu dan terus melangkah laju
meniti anak tangga naik ke bilik.
Aku
terdiam. Menongkat dagu lagi, memandang
pada air yang masih separuh tersisa dengan fikiran yang bercelaru. Tak mampu aku bayangkan jika Ziyad mendapat
tahu akan perkara ini. seperti katanya,
usah biarkan dia tahu sendiri. Tentang
Mia… rasa berat lidah hendak berbicara.
Mulut pula payah hendak aku buka.
Bagaikan digam rapat. Lama aku di
situ sebelum turut sama mengangkat tubuh setelah beberapa ketika.
ISYAK telah
berlalu. Pakaian Ziyad telah aku
sediakan. Tergantung kemas di dalam alma ri. Ziyad pula tidak kelihatan. Hilang setelah kami sama-sama berjemaah Isyak
tadi. Setelah mengemaskan tempat tidur,
aku sarungkan tudung ke kepala dan terus turun ke bawah mencari kelibat Ziyad.
Waktu itu, dia
sedang berbual dengan kedua oran g
tuanya di depan rumah tanpa menyedari kehadiranku.
“Teratai Nur
mana?”
“Dalam
bilik. Siapkan baju kerja Yad. Erm… pasal
yang Yad cakap tadi tu, macam mana ya, ma… ayah?”
Aku berdiri di
tepi dinding. Memasang telinga menden garkan perbualan
mereka yang aku yakin berkaitan dengan apa yang aku beritahu Ziyad lewat petang
tadi.
“Iklan kita dah
pernah buat, kan ?” Suara ayah bertanya.
“Tak ada hasil,”
jawab Ziyad lemah.
“Teratai dah
pergi rumah sewa lama dia, pun tak ada khabar tapi jumpa ibu dia. Ibu dia tak boleh nak terima Teratai ke,
Yad?” Giliran mama pula menyoal.
“Entahlah,
mama…,” keluh Ziyad.
“Dia macam tak
gembira je. Boleh jadi sebab dia rasa
ibu dia tu bahagia dengan keluarga baru.
Ada anak
lagi tapi kata Nur tu anak tiri gamaknya.
Macam dia kenal pulak siapa anak ibu dia tu. Yad tak nak desak tanya berlebih tadi, nampa k dah muka dia
tertekan. Kalau betul ibu dia tak boleh
nak terima hal lalu Nur, Yad tak kisah… cumanya apa yang Nur harapkan tu, Yad
akan usa ha
tunaikan. Dia kata dia nak jumpa ayah
dia je. Ibu biarlah bahagia dengan
keluarga baru. Kadang-kadang Yad tak
faham dengan dia. Payah nak duga hati
dia, mama,” ucap Ziyad panjang lebar.
Tertusuk sedikit
rasanya hati menden garkan
komen Ziyad terhadapku. Namun hendak aku
nafikan ada kebenaran dalam tiap-tiap kata-katanya. Sedangkan aku sendiri kadang-kala tidak mengerti
kehendak hati, apatah lagi orang lain sekalipun dia bergelar suami.
Hendak bertemu
ibu, Allah izinkan tapi aku sedikit kesal.
Bila masan ya
tiba untuk bersua dengan ayah, aku bimbang kekuatan aku yang baru hendak
terbina ini runtuh begitu saja.
“Mama tak tahu
nak kata apa tapi sebagai suami, Yad kena lebih peka. Kena ingat sejarah hidup dia. Apa yang pernah dia lalu, sikit sebanyak akan
buat dia lebih memendam rasa. Kalau kata
ada masan ya Yad
sendiri tak faham dia, mama tak salahkan Yad.
Teratai Nur tu berjiwa halus.
Pantang terusik, dia pasti rasa rendah diri. Kalau kata Yad nak usa hakan
cari ayah dia, usa ha
sampai berjaya. Melainkan bila dah usa ha tapi
takdir tak izinkan, masa tu… mama yakin, Teratai Nur pun akan faham. Cumanya, kalau boleh mama nak jumpa juga ibu
dia tu. Kalau dia tak nak Teratai Nur
tak jadi masalah… kita ada,” ujar mama pula.
Mendengarkan
kata-kata mama yang aku rasakan cukup
ikhlas, aku menggigit bibir sendiri.
Terharu sungguh dengan cara dan penerimaan dia. Bila begini, rasa bersalah pula pada Ziyad.
Bila terasa
sudah lama berdiri di sini, aku memasang langkah hendak ke dapur, aku terdengar
suara Ziyad menyeru namaku.
“Sayang baru
turun ke?”
Aku
berpaling. Senyum lalu mengangguk. Ziyad mendekati. Seperti tiada apa yang berlaku, dia merangkul
tubuhku tak kira di mana kami berada.
“Aba ng kenapa?”
“Rindukan
kehangatan Nur…”
“Nur dingin ke
selama ni?” Bahunya aku tolak dan mata
kami beradu.
Tangan Ziyad
masih melingkari pinggangku dan telapak tanganku masih melekap tepat ke
dadanya.
“Sehari dua ni,
abang rasa isteri abang dingin…,” jawab Ziyad bermakna.
Aku gigit
bibir. Rasa bersalah. “Nur minta maaf tapi pertemuan tak sengaja
Nur dengan ibu benar-benar buat Nur rasa resah.”
“Dan jangan biarkan keresahan tu bekukan hubungan
kita. Abang tak suka. Hujung minggu ni kalau tak ada kerja penting,
kita usa hakan
cari ayah. Kalau boleh abang nak jumpa
ibu Nur sekali. Mama pun…”
“Tapi, Nur tak
tahu rumah dia… nombor telefon pun tak sempat nak ambil,” cantasku. Berdalih sebenarnya.
“Yeah… abang tahu. Abang usa hakan sendiri. Jom kita tidur. I need
you,” bisik Ziyad.
“Hal hari ni
biarkan berlalu… yang sekarang ni kita lalui bersama. Esok kita rancang lain. Demi Nur, apa saja abang sanggup,” sambung
dia lagi lalu menarik pinggangku membawa aku melangkah bersama dia bersama
hati yang resah memikirkan, entah apa yang bakal terjadi nanti.
~~> bersambung
RM : Don't guest but hope :P
RM ,Bisakah habis dekat blog ke or nak di publish ? and panjang lagi ke cerita ni ?
ReplyDelete-Alina Damia-
pernah terbaca, cerita ni nak jadi novel.. lpas IAM.. tu sebab ada MN baru..
DeleteMakin menarik...sukeeeeee
ReplyDeleteSo.. i'm the first.. rasa macam nak tembak si Mia..
ReplyDeleteim hoping that Nur's mother can accept her past, and being a good mother to her :)
ReplyDeleteadoiiii...sakit dada la bae n3 kali ni..
ReplyDelete:-)
ReplyDeletesukeeee....................
ReplyDeleteksian ngat kat atai ni...da la berhati halus, suci pulak tu. ni mesti sbb low seft confident sgt ni, sampai tkut nak hadapi kenyataan. fhm sgt nak perasaan mcam ni. tq karehan
ReplyDelete>>k<<
Ziyad is making me crazy againnnn. He's such a gentleman and lovely super caring guy. Omg i'm dead. Next kak rehan please :)
ReplyDeleteharap2 ibu teratai tak caye cakap mia & nasihatkan mia terima la hakikat ziyad dah kawin ngn teratai...hehehe
ReplyDeletesigh...
ReplyDeletekdg2 sayu teringatkan kisah hidup atai.
better Nu bgtw Mia tu anak tiri ibunya kt ziyad@mertua. kot ada yg ambil kesempatan. ....lg pun mertuanya n ziyad sendiri dah pecan........hidup suami isteri harus kongsi bkn time sng@epi je......tp sbliknya. ......so ceritakn yg sebenar. .....utk kebaikn Nur jg......jgn sampai ziyad rasa Nur membelakangknnya pula.
DeleteBila lah nk publish....tak sabar nk buat jdi novel kesygan ni....huhu...btw, harap2 lh ibu nur tu baik...tpi kenape Mia harus wujud..argh!! Tk suke Mia....anyway, kak RM..semoga sukses....
ReplyDeleteArghhh bencinya. Mia tu pulak ada kaitan. Grrr. Geramnya. Kenapalah tergamak ibu Teratai Nur tinggalkan dia dengan ayah Nur. Tolonglah Mia tu. Sebab ibu Nur tulah Nur jadi hidup Nur dengan ayah dia huru-hara! Sangat kesian dengan Nur. Tolonglah share kesedihan dengan ziyad. :'(
ReplyDeleteKak, mintak maaf teremo. Betul-betul menusuk ni. Hehehe. Hopefully, kalau berjaya dipublishkan, semoga tak mengambil masa yg lama. ;-)
Kenapa Atai nak sorokkan yg Mia tu anak tiri mak dia?? .. Tak yah la cari Mak Atai... buat apa nak cari kalau disebabkan dia Laki n Anak dia menderita. . . kesian dekat Ayah atai tak kuat semangat, kurang Iman hancur lebur tergadai maruah anak
ReplyDeleteMia ko sedar sikit disebabkan bapak hang la Teratai Nur jadi macam tu. . .
Bila Nafsu menguasai diri,Akal kurang waras, Iman senipis kulit bawang, ini lah jadinya keluarga bahagia jadi derita. . .
baik atai cite jer ngan ziyad tu..kot2 sok ada lg hal si mia tu nk buat..grrr...
ReplyDeletehu hu hu... tak sangka jumpa Ibu sekaligus jumpa Mia a.k.a musuh+saudara tiri... knp pula Teratai Nur tak sepenuhnya jujur kat Ziyad ??? Hati Atai susah ditebak -_- . Cepat sambung kak RM :D ;) :) ^_^ hehehehe
ReplyDeletefuhhh mia yg sombong n jahat tu.,...
ReplyDeleteishhhhh sian Teratai Nur.. Ziyad sungguh sweet...
arrr geram dgn mia....x habis2 dgn rasa x puas hati dia pada nur... tu blum lg dia tau nur anak kandung mama dia... nur terus terang jeww la everything pada yad jgn simpan2... tq RM for entry..love it!!
ReplyDeletekesian atai..mmendam rasa..
ReplyDeleteagak2 pe rancangan mia lepas dia tau atai anak kandung mama dia..
ziyad n family ziyad, kne sntiase ngan atai.
alamak sedih le plak..
For sure I'm hoping Ziyad will be the one who protectng Nur. No matter what.
ReplyDeletekekadang rasa geram juga dgn si nur ni yg asyik nak berahsia & memendam rasa... nasib baik si suami baik hati but jgn lupa, leh jadi berangin jugak lama2 cam tu... hihihi
ReplyDeleteTeratai Nur tlonglah berterus-terang dengan Ziyad serta mertua, kan mereka dah terima Teratai Nur seadanya
ReplyDeleteNur berterus terang ja dengan Ziyad siapa Ibu Nur dan siapa anak Ibu Nur.... kasihan Ziyad tercari-cari dan terus .... x kasihan suami sendiri yang x tenang sama ke???
ReplyDeletenur cube la percaya kn ziyad tuh.god gave him to u for a reason,trust him.klo slalu buat cmnih,bkn stkat ziyad yg bosan,sy pon bosan juga~
ReplyDeletehmm. best! nk lg >< #hope mia mati cepat-cepat.. #tetiba benci mia =='
ReplyDelete-athirah-
bapak la mia tu ad kaitan la plak dgn Atai..... nyebok la MIa nie.. nnti msti dia ad plan mcm2 yg si Atai pon satu yg g tau Abg Yad psal mia tu knapa.... nnti kang ble Ziyad tau mati deh... :D nnti x psal2 gadoh la plak kata Atai blakangkn laki dia.... hurm..... x bleh predict tpi hope yg kak rehan?? saya stuju org atas ckp hope Mia mati kna langgar lori ke... ad smthing happen dkt mia n nyesal... yg mia tu pon knapa... dri dlu lgi ziyad ckp dia T&E je dkt Mia tu... Mia yg terover tu apasal?.... bila hati panas dgn mia bnyak yg membebel.... yg over pon ad hahahha sory kak rehan teremo ^^
ReplyDeletehah! lgi stu hehhe... thanks cuz da post this entry
sweet kiss from ur reader ^^
-Song Hyun Sun-