Geng

Wednesday, January 16, 2013

Bisakah... 25


BAB 25

TANGAN Ziyad menggamit aku  mendekatinya.  Tak henti-henti gerakan tangan itu bila aku buat tidak tahu hinggalah aku terpaksa matikan sterika.  Pakaian yang masih belum siap digosok itu, aku biarkan saja.  Langkah kaki mula maju pada dia yang sedang duduk santai di birai katil. 

“Esok abang cuti,” beritahu Ziyad bila saja aku duduk di sisinya. 
“Eh… tak cakap pun.” 
Aku memandang pakaian kerjanya yang aku gosok dengan penat lelah.  Tak mudah hendak memuaskan  hati Ziyad terhadap pakaian kerjanya.  Bahuku jatuh menunjukkan rasa kecewa sedikit. 
“Hai, macam kecewa je?  Tak suka abang cuti?”  tegur Ziyad dengan jelingan  yang pelik. 
Aku menggeleng menerima telahan Ziyad. 
“Mana ada.  Sukalah.”  Senyumku terpaksa.  Lengannya aku paut kemas. 
Rasa berat hati hendak menerima yang dia memohon cuti kerana sejak kami hidup bersama, Ziyad begitu payah hendak mengambil cuti apatah lagi esok adalah hari Jumaat.  Waktu kerja yang singkat tapi terlalu banyak perkara  yang perlu diselesaikan.  Itulah jawabnya, setiap kali aku menyoal bila tibanya di rumah bila hari sudah malam. 
“Muka mencemik Nur kata suka?  Okeylah, pergi gosok baju abang bagi siap.  Esok abang masuk kerja.  Cancel cuti.”  Dia menepis bahuku sedikit dan kembali bersandar pada kepala katil, membelek sebuah majalah. 
Lama aku renung Ziyad dengan bibir yang herot kugigit.  Nampak Ziyad menjeling pada aku tapi cepat-cepat dia tutup wajahnya dengan majalah tersebut. 
“Nur tak maksudkan tak sukalah.  Nur suka je abang cuti.  Boleh luang masa dengan Nur.”  Aku tarik majalah tersebut dari terus melindungi wajah dia.
Tangan Ziyad jatuh ke ribanya.  Kakinya dilunjurkan dan keluhan dilepaskan.  Cepat-cepat aku naik duduk di tengah katil dan memicit kaki Ziyad.  Mahu memujuk setelah keterlanjuran diri berkata-kata. 
“Nur banyak beranganlah sekarang.  Ada masa tu abang tak rasa yang Nur ni adalah isteri abang pulak.  Jauh Nur hilang.  Nak pergi mana dan nak cari siapa?  Tak cukup abang ada depan mata Nur?”  Soalan Ziyad bernada kecewa. 
Aku picit batang hidung sedikit.  Tiba-tiba terasa pening.  Hampir gelita pandangan mata bila dia berkata demikian.  Agak suram hubungan kami saat ini dan salah aku juga kerana fikiran jauh menerawang sedangkan jasad terpaku di sisi suami. 
“Nur minta maaf.  Nur dah tak nak cari orang lain.  Abang ada dah lebih cukup buat Nur…”
“Tapi, fikiran Nur bukan di sini, kan?”  pangkas Ziyad sambil menarik tanganku.  Menjadikan wajah kami agak dekat bertatapan.
Aku ketap gigi dan menjatuhkan kepalaku sekali.   Mengerti dengan apa  yang bermain dalam kepalaku, Ziyad memaut belakang leherku dan memeluk tubuh aku ketat biarpun kedudukan  kami kini sangat tidak selesa tapi aku biarkan saja. 
“Kita cari ayah.  Jangan risau.  Kalau kata Allah nak temukan Nur dengan ayah, ada waktu dan ketika yang tepat nanti dan esok, kita pergi jalan-jalan dulu.  Saja, sejak kahwin tak pernah bawa Nur keluar.  Itu sebab abang ambil cuti.  Nak biar Nur rasa suasana luar pulak.  Nur nak pergi mana esok?”  Suaranya berubah ceria bila aku buat muka sedih. 
Bila tangan aku terhenti dari terus memicit dia, Ziyad memberi isyarat agar aku terus memicitnya dan bila aku buat muka, dia ketawa lepas. 
“Sedap sayang picit abang.  Nanti lengan pulak, lepas tu kepala, belakang…”  Bicaranya mati.   Matanya terpejam dengan kepala yang bersandar pada kepala katil.
“Sayang nak pergi mana esok ni?  Tiga hari kita ada masa ni.  Genting Highland?  Cameron?  Bukit Tinggi?  Ni semua tempat sejuk sebab…”  Matanya terbuka. 
Dia memandang aku yang sedari tadi setia memandangnya. 
“… sebab abang tak suka tempat panas setelah ada Nur ni…  tempat sejuk sesuai untuk kita,” sambung Ziyad dan matanya kembali terpejam.
Senyuman mekar pada seulas bibir yang kemerahan itu.  Wajahku terasa hangat.  Entah mengapa, setiap kali Ziyad berkias begitu, terasa longlai segala sendi.  Jauh resah dari hati. 
“Nur tak jawab abang lagi…”  Ziyad menegur dan barulah aku mula hendak menyusun jawapan. 
“Erm… kita jalan-jalan dekat sini jelah dulu.  nanti ada masa baru kita bercuti.  Hari tu cakap nak bawa Nur pergi Sabah… teringin nak ke sana.  Dengar kata Pulau Mabul tu cantik, ya abang?” 
Mata Ziyad terbuka.  Bersinar terang.  Dia mengangguk laju.
Abang pernah pergi sana masa abang mula-mula masuk kerja dulu.  Masa tu abang iring beberapa orang pegawai kerajaan yang pergi melawat tapak kat Sabah.  Lepas selesai semua kerja, ada masa terluang tu diorang ambil masa melawat pulau-pulau sekitar.   Masa tu abang guardlah diorang naik bot laju marin tu,” cerita Ziyad teruja. 
Ada masanya dia ketawa dan aku hanya tenang mendengarkan cerita Ziyad.  Rasa lapang dadaku  yang sarat ini mendengarkan patah bicaranya. 
“Lepas tu, adalah  yang nak mandi… dan yang lucunya yang nak mandi ni tak tahu berenang.  Lagipun, abang pernah jalani latihan kat sana.  Kepulauan Mabul, Sipadan tu semua bentuk permukaan bawah laut dia macam pulau.  Yang agak ceteknya di tengah-tengah dan terlepas sikit, akan terus menjunam.  Macam kami dah biasa, jadi tahulah.  Yang tak tahu, bahaya …” 
Aku menganguk-nganguk tanpa mengerti.  “Nur tengok dalam gambar dulu, memang cantik, kan?” 
“Erm… sangat cantik.  Tapi, andai diberikan keindahan pulau tu dan kecantikan Nur… abang lagi pilih keindahkan Nur…”  Gigi Ziyad nampak jelas.  Tersengih sumbing. 
Aku jegilkan mata.  “Itukan kejadian Allah… kenalah kagumi…”
You too… you’re HIS creation too.  Jadi, tak salah abang kagumi, kan?”  bantah Ziyad lembut.
Kali ini, tanganku tidak lagi bekerja, sebaliknya digenggam erat oleh jemari kasar Ziyad. 
“Masa tu… abang pakai baju mandilah, ya?  Seksilah abang kan?”  dugaku cuba melarikan minat Ziyad yang sudah nampak lain macam resahnya. 
Ziyad ketawa dan menggeleng menandakan dugaan aku jauh meleset. 
Abang masa latihan pun pakai uniform penuh, sayang.  Masa jalankan tugas rasmi macam tu lagilah abang pakai uniform penuh.  Cuma beg je kami tanggal.  Baju yang berat tu memang kami pakai, lengkap dengan kasut yang berkali ganda berat tu apatah lagi kena air.  Bayangkan kami berenang reverse di depan pegawai-pegawai tu semua…”
“Eh, tak berat ke?  Tak tenggelam?” 
Ziyad menggeleng lagi.  Matanya diredupkan sedikit. 
“Berat tu ya… beratlah dari Nur dan abang ni tenggelam dalam lautan kasih sayang Nur je…”  Matanya dikenyitkan sekali.
Dia melalut lagi.  Aku beriak bosan.  Sengaja mengusik Ziyad tapi dia langsung tidak terkesan sebaliknya tanganku dibawa ke bibirnya. 
“Satu hari kita pergi sana,” ajaknya.
“Erm… boleh asal bersama abang…”
“Hah, nak bersama abang?”  Matanya dijegilkan sengaja.
Spontan, aku tepuk peha Ziyad kuat.  “Abang ni melalut…”
I want you.”
“But I want to tell you something first…”
Later…”
Now,” balasnya.
“Ini penting…”
“Nur paling penting untuk abang...”
“Ini pasal ibu Nur…”
“Dan malam ni adalah pasal kita, sayang.  Hal ibu kita selesaikan esok,” tekan Ziyad sedikit geram bila aku terus menolak. 
Letih menghalang, aku biarkan saja dia dan kehendaknya.  Malam berlalu begitu syahdu.  Ziyad dan aku, punyai kasih yang tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata namun harus aku sedari, dugaan datang tidak memberi isyarat atau petanda.  Melainkan hadir menduga dan berlalu setelah kami berjaya menewaskan atau boleh jadi kami  yang tertewas. 



WAJAH Ziyad cemberut menahan kantuk.  Melihatkan dia  yang masih sangap, aku langgar sedikit bahunya dengan bahuku.  Bila dia mendengus, aku ketawa lepas.  Pertama kali setelah peristiwa bersua dengan Mia, aku kembali ketawa bila diusik oleh Ziyad. 
“Abanglah, ada ke boleh mimpi masa tengok wayang.  Sampaikan Nur pun tengok abang yang berlakon dalam mimpi dan Nur rasa macam errr….”  Aku buat muka.   Menjulingkan mata ke atas dan disambut pula oleh tawa Ziyad. 
Terkekek-kekek dia ketawa setelah kami menapak keluar daripada GSC tadi.  Menonton wayang kononnya tapi wayang itu menonton Ziyad. 
“Kutuk abang, ya?” 
“Kutuk depan tak apa,” selaku. 
Bila kami melangkah lagi, ada seorang gadis menegur Ziyad.  Melangkah lagi, seorang lagi dan beberapa langkah lagi, ada pula dua orang yang menegur Ziyad begitu manja.
Glamour abang kat sini?”
“Tempat abang,” tukasnya sambil memandang ke seluruh kawasan One Utama. 
Aku mencemik.  Terasa cemburu tiba-tiba. 
“Bekas awek abang, ya?” 
Ziyad menggeleng menafikan. 
“Teman sembang je…” Air wajahnya berubah bila dia menjawab begitu. 
Aku tahu, dalam hatinya pasti tidak selesa bila bersama isteri tapi ditegur oleh koleksi bekas kekasihnya. 
Lengan Ziyad aku paut kemas biarpun aku yakin, masih ada mata memerhati. 
“Nur nak bagi diorang jealous sebab Nur dapat abang.”  Aku jelirkan lidah bila Ziyad menjeling. 
Lambat-lambat bibirnya merekah dengan senyuman. 
“Diorang ke Nur yang jealous ni?” 
“Eleh… tak apalah kalau Nur pun sebab memang Nur berhak,” komenku bersama jelingan yang tajam.
Yeah… hari demi hari Nur semakin pandai…”
“Pandai?”  Keningku terangkat bertanya padanya.
“Pandai goda dan bermanja dengan abang.  Dah kurang sikit malu-malu tu.  Kalau tidak, suka dok dalam bilik air dua jam, kan?”  usik Ziyad mencuit hidungku.
Aku menepis dengan muka  yang cemberut. 
“Abang ni…”  Tak sempat aku hendak meneruskan kata, bahuku ditepuk orang. 
Pantas aku berpaling dan sungguh, bola mataku hampir terjatuh ke kaki bila matanya basah dan airmatanya mengalir  laju membasahi pipi.  Aku menelan liur, Ziyad memeluk bahuku kemas dan matanya berbicara, bertanya padaku… siapa?
Tiba-tiba, perut terasa tidak selesa lagi.  padahal, hanya minum saiz sederhana Ice Lemon Tea saja.  Tekak juga mula meloya.  Wajah Ziyad langsung tak lepas dari pandanganku. 
“Err… ya, puan?  Kenal ke isteri saya?” 
Ibu tekup mulut.  Dia menggeleng bagai tidak percaya dan menangis sudahnya hingga menagih pandangan mata pengunjung yang ada. 
“Sungguh encik suami dia?” soal ibu tidak percaya.
“Ya dan dia memang isteri saya,” akui Ziyad yakin.   Air wajah Ziyad sedikit cuak.  Matanya melilau ke kiri dan kanan.  Segan mungkin.
Aku terkedu.  Lidah mengeras tak boleh aku bentuk seketika.  Sesak nafas dan bila mata Ziyad memandangku sekali lagi, soalan bisu yang sama berulang.
“Ibu…”  dan aku juga, memberikan jawapan tanpa suara.  Hanya gerak bibir yang perlu dibaca olehnya.
Mata redup Ziyad terbuntang luas.   Bagai tidak percaya, dia memandangku dan ibu silih berganti.  Ibu yang cukup anggun bergaya.  Jauh bezanya dari dulu.  Tak terduga, Ziyad pantas memaut tangan ibu dan disalaminya lembut.
“Err… saya Ziyad, i… ibu.  Suami Teratai Nur.”  Sekali lagi Ziyad menyebutnya. 
Airmata ibu meleleh.  Dia bagaikan tidak percaya.  Sungguh dia langsung tidak mampu menerima kenyataan yang berkali-kali Ziyad katakan. 
“Mari, bu.  Kita duduk sana dulu.”  Ziyad menjuihkan bibir ke arah Secret Recipe tapi ibu menggeleng tidak mahu mengikut cadangannya. 
Ibu kehilangan kata dan aku kehilangan semangat.  Hampir lumpuh jiwa.  Lengan Ziyad aku paut.  Mata kami berbicara dan aku menggeleng. 
“Hari tu kenapa lari?”  tanya ibu padaku dan Ziyad mencerlung tajam.
“Se… sebab… Atai masa tu… Atai ter… terkejut, ibu,” jawabku tersekat-sekat. 
“Ibu tak sangka Atai jadi pe…”
“Ehem…”  Ziyad berdeham keras. 
“Ibu, yang lalu tu biarkan.  Mari kita duduk dulu.  Minum mungkin?”  pelawa Ziyad lagi dan kali ini ibu terus mahu melangkah. 
Aku tahu, Ziyad tidak betah bila perkataan ‘penagih’ itu disebut.  Itu adalah pantangnya kini.  Aku pula spontan menarik tangan ibu.  Aku kucupnya penuh kasih bersama airmata yang berlinangan. 
“Ampunkan Atai, bu sebab lari dari ibu hari tu tapi Atai… Atai… sungguh terkejut, bu,” jelasku pada ibu dan ibu merentap lenganku kasar menyebabkan aku hampir tersembam ke depan tapi Ziyad pantas memaut belakang tubuhku.
“Sayang!”  Suaranya sedikit kuat.  Tidak lagi dihiraukan mata  yang mengerling jelek, Ziyad bagai tidak kisah lagi. 
“Ibu, kenapa?  Ibu tahu tak Teratai Nur susah payah cari ibu?”  jelas Ziyad mengharapkan pengertian ibu. 
“Ibu tahu… ibu tahu.  Tapi dia lari dari ibu dan dia buktikan yang dia memang pe…”  Kata-kata ibu terhenti seketika.  Matanya tajam dalam tangisan.
“Perampas!”  tekan ibu menghiris hatiku. 
Pada mulanya, aku ingatkan kata-kata yang dipangkas Ziyad tadi adalah lain namun lain apa  yang bermain dalam kepala ibu.  Aku pandang Ziyad mengharapkan simpati dan kekuatan dari dia. 
Nur tak rampas sesiapa, bu.  Nur tak rampas Ziyad.  Jika Nur rampas Ziyad, ibu juga pernah rampas tenang Nur dan ayah hingga ayah begitu, tak terkesan hingga kini dan Nur juga pernah tercampak ke lembah yang paling gelap.  Bicara hati ini lirih bersama tangis. 
“Apa ibu maksudkan ni?” 
“Ibu dah lama tak jumpa Teratai Nur dan ibu tahu, dia adalah anak yang baik dulu tapi, ibu tak sangka dia jadi penagih… dan lepas tu perampas bahagia orang lain,” jawab ibu pada Ziyad.
Aku tahan hati.  Rahangku turun naik bertahan moga tidak menghamburkan marah padanya.  Marah yang semakin menebal yang hanya bersandarkan pada sabar yang semakin menipis. 
Ziyad ketawa sinis.  “Saya ingatkan pertemuan tak sengaja kali kedua ibu dan anak ibu ni akan jadi penuh syahdu… ya syahdu juga bila isteri saya titiskan airmata.  Syahdu juga bila ibu hamburkan marah pada dia tiba-tiba tapi…”  Ziyad hela nafas dalam. 
“…lebih baik kita tilik diri kita dulu.  Boleh jadi semua ini terjadi adalah kerana salah silap kita yang dulu!”  tekan Ziyad tegas. 
Abang Nur… min… ta maaf,” pintaku disulami sendu.  Terasa diri ini berlaku kejam pada Ziyad. 
“Mari, sayang.  Kalau sayang tak ada tempat pada kasih yang sayang minta, sayang ada tempat untuk kasih  yang akan diberi!”  ujar Ziyad penuh ketegasan, menarik tanganku dan meninggalkan ibu terkulat-kulat sendiri dan bila aku berpaling, susuk tubuh Mia nampak menghampiri ibu lantas aku, mula berasa  hendak pitam. 
Kepala berat bagai dihempap bongkah batu.  Pandangan mula berbalam dan pegangan tangan Ziyad terasa semakin longgar hingga akhirnya, aku dengar Ziyad menyeru namaku tapi aku sudah tak mampu aku membalas.  

~~> bersambung..

RM : So bad, kan?  But not RM.. LoL

34 comments:

  1. pndeknya...
    xpuas..
    tp ap pn trima ksh...
    sbb sudi menulis jgk :D

    #diane

    ReplyDelete
  2. Kesiannya Nur..... Sob2x.....Ibu dan Mia kejammmm....... Nasib baik ada Ziyad...my hero....eh silap.....Nur's hero....... ;-)

    ReplyDelete
  3. Jahatnyer ibu si Nur ni... sama jahat ngan Mia...
    ishhhhhh...

    ReplyDelete
  4. Ye ye ye.. 1st komen.. Hehe..
    Ish sedih

    ReplyDelete
  5. Salam, sedihnya entri kali ni, adakah ibu Teratai Nur lebih menyayangi Mia dari darinya? Kalau Teratai Nur perampas kasih sayang Mia terhadap Ziyad? Bagaimana pula emak Teratai Nur? Bukankah ayah Mia yang rampas ibunya dari ayah Teratai Nur sampai menjadi penagih? Geramnya dengan sikap ibu Teratai Nur dan Mia. Teratai Nur asyik pening ni..pregnat kot..

    ReplyDelete
  6. xpuas...nk lagi..
    best geram btul ngan ibu teratai..mesti mia cerita y bkn2 ni...hmmm

    ReplyDelete
  7. eeee rasa berganda-ganda menyampah ngan ibu n mia ..kesian atai

    ReplyDelete
  8. euwwwww... benci gile ngan mia dan ibu atai nie.. menyampah... giler bab...

    Faradina Azlin Azahar

    ReplyDelete
  9. Miaaaaaaaa! ko memang perempuan jalanggggg! nnt ko...ada ubi ada batas...jgn pula ko terhegeh2 minta maaf bila TUHAN turunkan balasan.

    ReplyDelete
  10. teratai expecting, ya?

    ReplyDelete
  11. akhirnya BISAKAH 25 muncul...salah tekaan aku semalam ingatkan ayah nur huhuhu, dalam banyak2 bab pasal mia,bab ni la rasanya nak bg karate ja kat mia tu....nasib ziyad cool...kenapa mia ko jadi macam ni :(((..erkkk nur pengsan entah2 nur mengandung kot hehehe

    HH_814

    ReplyDelete
  12. Ciannya nur..tabah la h nur..ziyad, berilah kekuatan pd nur. jgn sesekali lemahkan nur yg sedia lemah tu..

    pd ibu tu, lantak la kalau nk syg ank tiri lebih pon..ada kesah. . lps ni jgn nyesal sudah..

    ReplyDelete
  13. mia nie xserik lagi ke... mak atai nie pun sam jgk... bukan nak rindu anak sendiri tapi huhuhuu menghukum tanpa usul periksa

    ReplyDelete
  14. alahai mkin jth ati ngn ziyad ni...hehe

    ReplyDelete
  15. sedih nyer bila mak sendiri x ngaku ank...lebihkan ank tiri dr ank sendiri...

    ReplyDelete
  16. n3 kali ni sedih..
    rse nak lepuk2 je mak nur + mia si peracun tu!
    syg ziyad n nur..
    nak lgi....
    -HANA-

    ReplyDelete
  17. best..bertambah sukasukasuka kat ziyad hehehe

    ReplyDelete
  18. tak kisahlah mcm mana penerimaan ibu nur ke mulut jahat mia ke yang penting sekarang ni kenapa nur blh pingsang.... jeng jeng jeng... tah2 nur ni mengandung kot? bunting pelamin? OMG.... cik RM help..... sesak nafas.... cepat biaskah 26......

    ReplyDelete
  19. Tragis betul... dah jumpa dgn ibu dia tpi ibu dia pulak buat hal...aduh, apalah nasib teratai nur...nasib baik ada Ziyad~ Ziyad Nur's Hero!! Yeah!

    ReplyDelete
  20. aii i ibu atai ni spesies ngan mia jugak nih! geramm... erk si atai tu mengandung kah?

    ReplyDelete
  21. Aih sakitnya hati dengan mak nur huh. Macam bagus je. Nur pregnant niiiii. Confirm hahaha next kak rehan! :D

    ReplyDelete
  22. Tekanan or ada berita baik utk couple ni. Atai prgnant kot hihi.
    Haishh ibu atai ni sesuka ati ssedap rs ja dgr ckp org,cian atai.

    ReplyDelete
  23. makcik nie, mcm bagus plak..apsal ntah nk marah2 teratai..anak sendiri nk marah2, anak orang sayang lebih plak..

    [hawa]

    ReplyDelete
  24. waaaa...yg ni sgt kejam...ibuuuuuuuu, ksiankanlah kat atai, ank kndung mu ni

    >>k<<

    ReplyDelete
  25. sampai hati ibu cakap mcm tu. huhu. btw, nur mengandung eh??

    ReplyDelete
  26. argh!!!! mak atai meroyan ke hapa?? yg syg dkt mia sngt tu apasal.... nk kne lempang btol la mak cik tu?? i love u lah abg yad... amek kau skali ziyad ckp.... nnti msti mia kena maki sekarung dgn ziyad :D
    thanks kak rehan sbb update :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  27. argghhh .. benci mia dgn ibu!

    -athirah-

    ReplyDelete