Thursday, January 17, 2013

Bisakah... 26


BAB 26

AKU langsung tidak berani menentang pandangan mata Ziyad.  Takut, sesal dan malu bercampur gaul.  Sebati dalam hati.  Dia tidak marah, malah langsung tidak dijeling biarpun dengan ekor mata.  Layanannya baik malah bertambah mesra dari hari ke hari. 

Hari ni juga berlebih lagi.  Tapi, aku hanya mampu tunduk, memikirkan khilaf diri hingga ibu pun begitu.  Menyalahkan aku tanpa dia sedar dari mana semua ini berpunca dan antara aku dan Ziyad.., jodoh kami milik Allah.  Rahsia-Nya.  Untuk apa dipersoalkan demi anak tirinya itu?  Aku mula bingung sendiri.
“Pandang abang,” pinta Ziyad seraya menolak daguku ke atas.
Dengan berat hati, aku angkat juga wajah memandang matanya yang nampak sedikit sembab. 
“Kenapa ni, sayang?  Diam je.  Abang tak marah pun…”
Sendu sudah hadir bertamu di dada.  Airmata jatuh berjejeran ke pipi.  Jenuh aku seka dengan belakang tangan tapi airmata tetap bertali arus, tak mahu berhenti. 
Abang tak marah kalau Nur tak beritahu abang pasal ibu.  Kalau macam tu penerimaan ibu pada Nur, lebih baik tak jumpa langsung.  Jangan cari sesiapa lagi yang tak perlukan Nur dalam hidup diorang,” tekan Ziyad memujuk.
Aku ketap bibir.  Sebak menghimpit dada.  Tidak mampu merungkai kata. 
“Sayang…”  Dia mengesot sedikit menghampiriku lalu tanganku diraih kejap.
“Cuma satu abang nak tahu, kenapa ibu Nur panggil Nur perampas?  Apa yang Nur rampas dari dia?  Dari apa yang abang tahu, dia yang pergi tinggalkan Nur dan ayah, kan?  Jadi, kenapa lepas jumpa balik ni dia sampai hati tuduh Nur perampas?  Apa masalah dia?  Ada apa yang Nur rahsiakan dari abang?”  Soalan Ziyad bertubi-tubi masuk menerjah gegendang telinga. 
Aku menggeleng.  Menekup telinga dan mengheret kakiku rapat ke dada.  Takut, pedih, sakit dan hampir pecah gegendang telingaku bila suara ibu berdengung mengatakan aku perampas.  Perampas kebahagiaan anak tirinya itu.
“Nur tak tahu…,”  jawabku kalut.
“Tak… abang tak percaya.  Nur mesti tahu.  Nur mesti tahu… kalau tak Nur tak macam ni,” bantah Ziyad tidak puas hati.
Dia mengesot lagi.  Kali ini, tak sempat menjauh, Ziyad sudah memegang bahuku erat.  Ditarik rapat ke tubuh sasanya. 
“Kongsi dengan abang,” rayu dia dengan cengkaman yang semakin dan bertambah kemas. 
“Nur tak tahu, abang… Nur tak tahu!”  Nadaku sedikit meninggi.
“Teratai Nur!”  jerkah Ziyad sedikit menyedarkan aku.
Mata ini merah merenung Ziyad.  Dia juga terus menentang pandangan mataku yang basah dek airmata. 
Sungguh… aku bagai hilang keyakinan diri bila dihadapkan dengan dugaan begini.  Bagai jasad  yang tidak punyai hati dan perasaan, begitulah layanan ibu pada kami.  Dulu juga begini dan sekarang juga masih tidak berubah. 
Kecewaku menggunung.  Aku mahu memeluk ibu.  Aku mahu ibu memeluk aku.  Jika tidak mahu meminta maaf kerana meninggalkan kami dulu, aku tidak kisah.  Apa  yang pasti, aku terlalu rindu akan soalan-soalan mesra seperti ibu-ibu lain bertanya pada anaknya. 
Ibu tahu semuanya.  Ibu tahu sejarah hidupku yang pernah ketagihan dadah.  Yang pernah dimasukkan ke hospital dan pernah menjadi penghuni pusat serenti.  Mia pasti menceritakan tapi Mia tidak tahu sebabnya aku di situ dan ibu juga lupakah akan perbuatannya itu? 
“Nur… Nur… salah pada abang.  Nur salah tak berterus-terang dan buatkan abang tengok semua benda macam ni.  Buat abang kecewa dengan Nur… Nur jahat.  Nur rampas abang dari Mia.  Nur tak layak untuk abang tapi dia lagi layak.  Ibu sebelahi anak tiri dia tapi Nur anak kandungnya ni… Nur tak layak jadi anak kandung dia ke, abang?” 
Dalam pada menahan sedih yang ternyata tidak tertanggung, terluah akhirnya di luar sedar.  Terluah nama Mia.  Terluah akan status hubungannya dengan ibu.  Terlepas. 
What?”  soal Ziyad cemas. 
“Apa Nur cakap tadi?  Mia?  Apa hubungan dia dengan ibu?  Anak tiri?  Dia kakak tiri Nur, macam tu?”  Lontaran suara Ziyad keras. 
Aku menggeleng dan terus teresak-esak.  Melihatkan wajah Ziyad yang kembali merah padam menahan marah seperti mana dia menahan marah pada ibu, aku tahu dia sedang bertahan agar tidak dihamburkan marahnya padaku. 
“Apa yang Nur cakap ni?  Cakap lagi sekali apa yang Nur cakap tadi!”  jerkahnya tiba-tiba.
Mata Ziyad terbuntang luas.  Buat pertama kali setelah menjadi suri hidupnya, Ziyad meninggikan suara.  Bahuku terangkat.  Ziyad bangkit berdiri tegak. 
“Kenapa Nur simpan sendiri semua…”  Tak sempat dia sudahkan soalannya, pintu bilik ditolak dari luar.
Wajah mama Ziyad mendekat dengan menatang sebuah dulang.  Ayah juga ada bersama.  Menapak tenang ke arah kami lalu bertenggek di atas bangku yang ditarik dari meja solek. 
“Apa yang Yad marah Nur tu?”  tanya ayah sambil mengusap belakang Ziyad.
Aku sudah menarik gebar.  Menutup separuh tubuhku.  Memeluk kaki yang dingin dengan tangan yang menggeletar.  Bimbang amukan Ziyad meletus.  Bila dia terlihat aku mahu menjauhi dia, Ziyad kembali duduk di birai katil, dekat dengan tubuhku. 
Meraup wajah yang nampak kusut. Ziyad menarik aku semula.  Menyentuh pipiku lembut dan menyeka airamata yang masih menitis. 
“Yad… Yad… “  Dia bagai kehilangan kata hendak menjawab soalan kedua-dua orang tuanya sebelum kembali merenung ke dalam anak mataku. 
“Abang minta maaf, sayang.  Abang tak sengaja,” pinta dia.
“Entah kamu ni, Ahmad Ziyad.  Isteri tak sihat Yad layan dia buruk pulak?  Apa pun masalah yang terjadi, bincang baik-baik.  Jangan mungkir janji nak jaga Teratai Nur baik-baik lepas dapatkan dia.  Selama ni Nur tak pernah berkasar dengan Yad.  Mama tak suka Yad buat Nur macam ni.  Jangan sesekali tinggikan suara lagi,” bebel mama perlahan. 
“Entah kamu ni, Yad…  cuba sabar sikit,” tokok ayah pula.
Ziyad mengoyak senyum yang sedikit sumbing.  Matanya naik melihat pada mama dan ayahnya. 
“Zayed dah balik ke?” 
Mama angguk dan aku pelik bila nama Doktor Zayed disebut. 
“Zafrina nak cepat.  Ada urgent dekat hospital.  Katanya kalau Nur tak sedar diri lagi, dia suruh hantar hospital takut jadi apa-apa nanti dan lagi satu, dia pesan Yad jaga Nur baik-baik.  Tubuh Nur lemah.  Tapi, kalau Yad buat perangan macam tadi, tak nak jaga baik-baik, biar mama jaga menantu dan cucu mama ni,” ujar mama lagi.
Sepatah perkataan yang terpacul dari mulut mama itu menarik minatku.  Nama Doktor Zayed dan Doktor Zafrina pergi menjauh bila mama menyebut perkataan ‘cucu’.  Aku pegun bersama airmata yang merembes laju dan bila mama mengangguk dalam senyuman  yang lesu, aku teresak-esak kembali.
“Dalam ni, ada cucu mama…”  Mama menyentuh perutku. 
“Jadi, Nur kena makan.  Semalaman Nur pitam tak sedarkan diri masa jalan-jalan dengan Ziyad dekat OU.  Naik risau mama.”  Sudu bubur disuakan ke mulutku.
Aku tekup mulut dan tangisan aku hamburkan kuat.  Perut  yang masih kempis aku pegang lama.  Mata aku pejam, cuba merasai apa yang ada di dalam rahimku kini.  Bila aku buka mata, tubuh mama berganti dengan Ziyad.  Sudu juga sudah bertukar tangan.
“Kita akan jadi ibu dan ayah tak lama lagi.  Nur makan, ya?”  pujuk Ziyad.
Pada mulanya, aku menolak tapi melihatkan riak kebimbangan pada wajah mama, ayah dan Ziyad sendiri… aku nganga mulut sedikit memberi izin bubur nasi itu masuk ke dalam kerongkongku bagi memberi tenaga buat bayi yang masih janin. 
Abang minta maaf tadi,” ucap Ziyad bila dia mahu suakan suapan kedua.
“Nur yang salah…”
“Tak… tak… Nur tak salah.  Abang  terkejut.  Abang tak sangka… tapi buat masa sekarang jangan fikir dulu.  Jangan fikir dulu kesan dosa abang yang tempiasnya kena pada Nur,” tambah Ziyad lembut.  Suaranya separuh berbisik.  Lirih dan beremosi.
Mama dan ayah yang berdiri tersenyum senang biarpun aku nampak sebu  yang bermukim pada dada masing-masing. 
“Mama… ayah… Yad suapkan Nur.  Lepas Nur tidur, Yad turun, ya?” 
Mengerti dengan apa yang cuba Ziyad sampaikan, kedua-dua orang tuanya menapak keluar.  Bila daun pintu ditutup rapat, tangan Ziyad juga terhenti.
Am I too bad to you, sayang?”  Matanya sedikit berair.  Muncul bersama soalan sedih itu.
“Kenapa tanya macam tu?”
“Sebab Nur tak sepenuhnya percayakan abang.  Tak yakini abang dan sebab tu kan… Nur sorok semua ni.”
“Tak…”  Aku menafikan.  Pipinya aku apit bersama kudrat  yang sedikit tersisa.
“… cumanya Nur tak ada kekuatan.  Kalau abang salah Nur juga salah dan tak mudah untuk kita berubah jadi baik.  Tak sudah dugaan mendatang dan Nur takut Nur tewas,” luahku luhur bersama airmata yang kembali bertali-arus di pipi.
Sabar, sayang.  Akan ada yang baik untuk kita nanti… akan ada,” pujuk Ziyad seraya memaut leherku, membawa tubuhku terkulai dalam pelukannya. 
“Mulai hari ni, jangan cari diorang lagi.  Abang tak sanggup tengok Nur sedih lagi nak-nak Nur tengah mengandung.  Abang akan rasa bersalah kalau apa-apa jadi pada Nur dan kandungan Nur…” 
Aku mengangguk berkali-kali.  Tangan Ziyad aku kucup lagi.  Bertalu-talu. 
“Nur janji lepas ni, Nur luah semua pada abang tapi kali ni, Nur memang nak rebah, abang.” 
“Rebahlah, sayang… rebahlah.  Abang ada  untuk sambut Nur dari jatuh.”  Pelukan kami bertaut.  Aku teresak-esak di bahu Ziyad.




SEPERTIGA malam yang hening dan syahdu.  Aku membuka kelopak mata bila telinga ini tersapa akan doa kudus  yang bisa merobek hati.  Kulihat Ziyad sedang berteleku di atas sejadah.  Tunduk menangisi khilaf lalu. 
Dalam esakan dan suara yang tersekat-sekat, aku dengar dia berbicara dengan Tuhan dalam patah bicara yang masih jelas biarpun suaranya disulami esakan. 
“Ya Allah… sesungguhnya aku datang menyerah diri pada-Mu.  Engkaulah yang maha berkuasa ke atas aku, Engkaulah Tuhan sekalian alam.  Ampuni aku Ya Tuhan… ampuni aku yang terlalu lalai selama ini.  Ampuni aku kerana menyebabkan kifarah ini dilempiaskan pada isteriku.  Ampuni aku kerana mulanya aku nikahi dia hanya kerana nafsu semata-mata tanpa aku sedar, Kau titipkan rasa kasih yang tak terhingga dalam hati ini padanya.  Telah Kau jadikan dia rusuknya dan biarlah lengan ini mampu melindungi dia dari disakiti.  Sesungguhnya, akulah yang ternoda, akulah yang berdosa… ampuni aku, Ya Allah…” 
Nafas  yang aku sedut tersekat.  Ziyad menoleh dan memandangku.  Pantas pipinya disapu sebelum bangkit mendekatiku. 
Matanya aku pandang lama.  “Abang okey?” 
Biarpun kurasakan soalan itu tak ubah seperti soalan yang kosong… tiada apa tapi hanya itulah yang mampu aku usulkan setakat ini. 
Abang okey?”  Dia hadiahkanku sekuntum senyum.  Kopiah di kepalanya ditanggalkan.  Jari jemari kami bersulam sesama sendiri. 
“Nur okey?”
Aku angguk.  “Okey… Alhamdulillah.  Demi abang, demi anak kita, Nur akan sentiasa okey.  Selagi abang sudi berkongsi dan menerima Nur seikhlas hati, Nur akan okey,” jawabku dengan mata  yang mula hendak berair. 
“Esok abang kerja dah… tak boleh nak temankan Nur.  Nur tinggal dengan mama dan ayah, ya?  Jaga diri baik-baik.  Jangan fikir yang bukan-bukan, jangan salahkan diri dan ingat Allah…”  Pada akhir kata, suara Ziyad tenggelam dalam esakan halus.  Tanpa aku duga, airmatanya mengalir. 
Abang malu, Nur… abang malu,” adunya.
Abang malu pada Nur sebab abang… sebab perangai jahat abang dulu yang tak pernah serik tidur dengan mana-mana perempuan je, hari ni rumah tangga abang diduga dan isteri abang disakiti.  Abang kesal Nur…” 
Mata Ziyad langsung tidak memandang aku.  Dia menzahirkan rasa malunya dan aku sendiri melihat bila lelaki segagah Ziyad berbicara tentang keinsafan dengan Allah yang satu, airmatanya juga semurah wanita.  Malah lebih murah dari airmataku. 
Abang kan dah bertaubat…,” pujukku biarpun hati sedikit perit bila kuingati dan terbayang di dalam kepala Ziyad menggauli wanita lain sebelum ini.
Abang rasa Allah tak terima, sayang sebab tu kita macam ni.  Kita bahagia tapi ada yang dengkikan kita.”
“Tak… jangan cakap macam ni.  Allah terima.  Dia tak tolak doa hamba-hamba-Nya.  Boleh jadi kita tak cukup ikhlas meminta, abang.  Sama juga dengan Nur… gamaknya Nur tak maafkan lagi salah ibu dulu, sebab tu bila bersua ini natijahnya.  Ibu memilih Mia dan dia bencikan Nur seperti mana dia pilih ayah Mia dan singkirkan ayah.”
Hati kembali resah.  Jantungku semakin laju mengepam darah yang kurasakan sudah menongkah arus.  Seksanya kami hendak menggapai bahagia biarpun cinta di hati kami adalah milik masing-masing. 
Abang doakan Nur dan Nur akan sentiasa doakan abang,” bisikku lagi dan tubuhnya aku paut kemas. 
“Demi anak dalam perut Nur, Nur akan lepaskan semuanya pergi dari Nur.  Biarlah kenangan perit itu berlalu.  Seperti abang cakap, cukuplah abang je di depan Nur.  Yang lain Nur tak perlukan lagi,” sambungku meyakinkan Ziyad yang aku akan sentiasa di sisinya. 
Pelukan dibalas kemas.  Bagai hampir patah rusuk tapi kubiarkan saja dia melepaskan perasaannya yang masih terluka dengan kisah silam sendiri. 



TALIAN sepi.  Ibu Hanah terdiam bila aku menceritakan pertemuanku dan ibu. 
“Ibu tak tahu nak kata apa, Teratai Nur… ibu hanya mampu doakan yang terbaik buat Teratai dan Ziyad.  Ingatlah nak… bila Allah datangkan dugaan itu tidaklah sia-sia melainkan ada kebaikan di sebaliknya.  Boleh jadi nak mendidik Teratai Nur jadi lebih kuat dari sebelum ni.  Boleh jadi juga anak dalam kandungan tu adalah hikmahnya, kita tak tahu, nak,” pujuk Ibu Hanah. 
Aku diam lagi.  Bila padanya aku khabarkan akan kandungan yang baru berusia tiga minggu ini, dia mengucapkan Alhamdulillah… dan bila aku khabarkan berita pedih itu dia beristighfar berkali-kali. 
“Ziyad mana?”  Soalan Ibu Hanah mematikan lamunan. 
“Ziyad kerja hari ni.  Tak boleh nak cuti lagi.  Dia ada hal penting.  Lagipun, mama dan ayah ada,” jawabku lemah.
Pintu luncur aku tolak lebar.  Matahari kian terik.  Bersinar terang, menerangi hidupku yang sedikit kelam. 
“Tiani ada datang semalam.  Saja melawat ibu dan katanya nak ke KL, nak jenguk Teratai.  Tapi katanya, tak nak bagitahu Teratai sebab nak buat kejutan.  Maaflah… ibu tercakap pulak dah.  Entah-entah dia terkejut tahu Teratai mengandung nanti,” beritahu Ibu Hanah kembali ceria atau lebih tepat lagi, ceria yang dibuat-buat. 
“Bila dia nak datang?”  Aku tersenyum sedikit.  Mendengarkan nama Tiani, aku terasa kesakitan hidupku berlalu pergi. 
“Entahlah… agaknya dah pergi.  Tak ada pun nak telefon ibu.  Kalau tak, tiap-tiap hari dia telefon kalau tak sempat nak datang.  Lagipun, dia tengah bercuti katanya.  Puan Talhah semua sihat je.  Tapi, ada jugak sesekali merungut, payah nak cari pekerja macam Teratai.  Ibu senyum jelah.”  Ibu Hanah terus bercerita itu-ini. 
Mendengarkan ceritanya bisa menggamit senyum pada bibirku.  Mengingati waktu lalu mampu membuatkan aku tersengih. 
“Sesekali kalau dapat cuti tu, ajaklah Ziyad balik, ya?  Ibu sibuk sikit dekat sini.  Ada ramai juga pelatih baru masuk.  Sedih hati ibu tengok, nak…”  beritahunya lagi.
Aku kemam bibir.  Peristiwa lalu hadir menapak dalam memori seketika.
“Dan untuk Teratai Nur… apa-apa pun jadi ibu haramkan kamu jejakkan kaki ke mana-mana tempat macam ni lagi,” tekan Ibu Hanah tegas.
Aku menelan liur yang perit.  “Insya-Allah, bu.  Teratai dah janji dengan Tuhan dan diri sendiri.  Tak mungkin.  Tak akan!”  Aku bertegas dan Ibu Hanah mengucapkan syukur. 
Baru saja aku putuskan talian, suara mama terjerit memanggil namaku.  Cepat-cepat aku belit tudung pada kepala dan keluar dari bilik dengan langkah yang sedikit perlahan. 
Ada apa, mama?” 
Mama mengelap tangannya dan mendongak padaku yang masih ada di atas. 
“Turun, nak… ada orang nak jumpa ni haa…”  Bibir mama murah dengan senyuman waktu ini. 
Aku mengerutkan dahi seketika.  Pasti Tiani.  Aku tahu itu. 
“Dah sampai ke?  Cepatnya,” balasku seraya menapak turun ke bawah. 
“Nur memang kenal ke?  Mama ingat Nur pun tak kenal,” komen mama membuatkan dahiku berkerut. 
Bila aku menjenguk sedikit, mataku membulat.  

~~> bersambung 

RM : Thanks guys for keep supporting me, Ziyad and Teratai Nur... lepas ni RM akan relaks kejap nak siapkan cerita lain n juga bisakah ini.. Segala komen dan masa anda sangat RM hargai... 

49 comments:

  1. Siapakan? Jangan la Ibu! Tak mau dia datang serang Nur!

    ReplyDelete
  2. mesti emak Atai...xkan nak mai sembur lagi kut...

    ReplyDelete
  3. Keep up the good work. Tak sabar nak tunggu bisakah in printed version..

    ReplyDelete
  4. sy ter'feeling' pulak kaq RM..sebak baca doa Ziyad tu..huhuhu.insyaAllah.will always support akaq..^_^

    ReplyDelete
  5. ada foto Ziyad :D

    alhamdulillah semoga dengan kehamilan Teratai Nur dapat memberi cahaya kebahagiaan d antara keduanya.
    bukan Tiani yg datang pastinya...

    ReplyDelete
  6. tadi ter-upload chapter 27 ye?tak sabar nk tunggu cerita ni keluar ^_^

    ReplyDelete
  7. ala ni mesti mak teratai ngan Mia dtg ni. jgn jd apa2 udahlah. hero xde kat umah tu hehehehe.

    ReplyDelete
  8. sedihnyaa...kak an,daa xsmbung ke cter ni kt blog???

    ReplyDelete
  9. boleh x nak requet ngan cik writer agar x henti bg n3 teratai n ziyad .
    tengok mood sedih ni .... huhuhu
    cian teratai nur

    ReplyDelete
  10. SMBUNG.
    BEST...
    doa ziyad ... sedih.

    ReplyDelete
  11. ala.. jgn la ibu mia dtg... xnak tengok ibu teratai serang taratai.. :'(

    ReplyDelete
  12. RM....suspennya.....mesti yg dtg tu, ibu Teratai Nur...

    ReplyDelete
  13. Mak Terataikah itu? Biarlah selesaikan semua sengketa...

    Suka para ini ...boleh jadi kita tak cukup ikhlas meminta.....

    Sila teruskan RM, tkaseh.

    ReplyDelete
  14. Alaa...jgn la ibu nur..tkt dia sakitkan ati nur lg...tp takpe..nur dh ada mama..

    ReplyDelete
  15. alahaiii..sape le plak nih..ade je yg nak kaco ke..hehe..sori lebih emo plak..sian kt atai..

    ReplyDelete
  16. Nie mesti Ibu Teratai Nur. Tak puas hati lagi dengan apa yg Ziyad cakapkan pada dia.
    Harap mama Ziyad dapat melindungi Teratai Nur dan tidak termakan hasutan dari ibu tiri Mia nie.

    Rehan cita nie juga nak dipublishkan ke?

    Kmas

    ReplyDelete
  17. mesti Ibu Nur yang datang tu.... janganlah ada apa-apa jadi kt Nur.... Tiania cepatlah sampai.... jagan bagi Nur sedih lagi....

    ReplyDelete
  18. Salam, alhamdulillah mengandung juga Teratai Nur, semoga kehadiran orang baru ni akan membuka sejarah baru kehidupan mereka sekeluarga. Yang datang tu tentu ibu si Teratai Nurkan?

    ReplyDelete
  19. Rehan, takyah lah nak publish. Hbskan dkt sini je....pengsan laki aku klu tiap2 blan dia nmpk ada novel baru kna usung masuk rumah hehehe

    ReplyDelete
  20. ibu dia ke yg dtg? dtg klau nk sakitkan ati mmg la rs nk piat2 je..adeh..emo plak...

    ReplyDelete
  21. waaa...smkin menarik. x kan la seorang ibu snggup nak marah2 anak sndri kat umah mak mertua ank tu, ish..memalukan diri sndri namanya tu. kalo stkat slow talk ok ag kot, lgi2 kalo main ayat menjiwa, baru best bca atai versi terpsyko..hikhikhik

    >>k<<

    ReplyDelete
  22. n3 kali ni sedeyh la RM,,,,,,hu3,,,,

    ReplyDelete
  23. Nak sangat ibu teratai nur ni dtg balik minta maaf tp ishhh kalau sekadar nak marah tak payah la

    ReplyDelete
  24. rasenye ibu teratai nur...nk dtg serang letew...

    ReplyDelete
  25. haishhh suspen2....tp rasanya yg dtg tu ibu teratai...... kesian ngan nur & ziyad....sob sob sob...huhu

    ReplyDelete
  26. maknenya bisakah stop smpai cni je la ea?

    ReplyDelete
  27. aaaaa....nur mengandung..sedih pula bila ibu nur buat macam tu kat dia....erkkk..siapa la yang datang..ibu & ayah nur? suspen la pulak..RM nak berehat...? nak buat permintaan melampau boleh tak?huhuhu RM up la sikit bab BISAKAH ni sampai 30 muahahaha

    ReplyDelete
  28. aiyooo.. siapakah itu???

    ReplyDelete
  29. best!..tp sedih sbb ni n3 last kn..sedih2..
    rsenye ibu nur yg dtg..spe lg..klau tiani msti mama ziyad knal..x sbr nak tggu dibukukan.:D.. good Job RM !

    ReplyDelete
  30. sangat terkesan n3 kali nie..
    hidup yg tak lari dari dugaan.. :)
    harap ziyad dengan teratai tak cepat mengalah dengan dugaan..
    n tahniah teratai dh pregnant ! :D

    [hawa]

    ReplyDelete
  31. mesti mak dia yg dtg! kacau daun lah mak Nur..... yeah, congratz Nur pregnant! suke suke sukeee.... Ziyad dah bertaubat, Nur pun sama...biarlah ia berlalu pergi...Tuhan maha adil, kebahagiaan insyallah milik Nur dan Ziyad.... **cewah, ayat~~ mantap tak? hihihi**

    ReplyDelete
  32. cepat cetak buku lah.. letih la baca suspens ni.. mau luruh jantung..

    ReplyDelete
  33. sapakah??? x kn mak atai kot.... alamak matila... ke mak cik tu nk buat onar lgi kot...da la atai tgh pregnant.. kang x psal2 abg yad mrah :D
    thanks kak rehan we will always support u :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  34. ish x habis2 mak atai ni nk ganggu. anak sendiri pulak tu. aduhai. sedih baca.

    ReplyDelete
  35. Klu jd novel x tau apa yg kak rm nak buat as konflik dlm citer nie..maybe atai kene fitnah ambil benda haram tue blik....n ziyad benci giler2 ngan dia smpai anak dlm kandgn tue si ziyad x bg atai tgk..happy la si mia tue sbb dpt porak perandakan rumahtangga org...mak atai n mia bersekongkol nak kene kan atai...bnyk fitnah dia taburkan bg mreka berpisah....at the end...ibu dia mcm dpt kesedaran n citer blik perkara sebenar dkat ziyad....time tue part sedih n romantik bila ziyad pujuk blik atai spy bersama dgn dia blik.. adakah atai akan terima ziyad kembali selepas tomahan yg x berasas dri suami yg dia percayai....hee...ni sy agak jer...rsnak jd novelis tp x de bakat mnulis......heeee

    ReplyDelete
  36. mesti mak atai tu.. eiiigghh.. benci nya! balik la mak cik,, jgn ggu atai n ziyad,, dorang x perlu kau la mak cik ><

    -athirah-

    ReplyDelete
  37. adei! pning kpla aku ni. asal ibu dia asyik nk ikut ckp mia tuh? hope tiani dtg cpt n slmtkn atai. ziad tetiba jek blk cz ada brg yg tertinggal. then pprangan ni akn dihntikan oleh mika dua. mama je x ckup kuat utk mghlng makcik tu n mia. next RM. sy pun cm kwn td nk mnta smpai chpter 30. hihihi

    ReplyDelete
  38. Benarlah.. kita takkan tahu bagaimana rasa yang disakiti tatkala tega menyakiti sehinggalah kita sendiri disakiti.. Pedih dan ngilu merantai rasa..Payahnya tuk menerima kisah lampau Ziyad RM, kerna Teratai Nur terlalu 'putih' untuk melaluinya walau telah ada sinar keinsafan buat Ziyad.... Lelah jiwa membaca kisah ini..

    ReplyDelete
  39. akhirnya habis jugak bace hahahhaa....banyak sungguh chobaan ..terasa cam nur ngan ziyad la plak....azabnya nak menghabiskan bacaan bila mata n fikiran x selari n penuh dengan cabaran yang mendatang....sah ade owang jelez kat i nih...sp la yang dtg 2....dah sah2 bukan tiani...mesti mama dia...abeh la nur...adakah dia makin lemah....xpe2 i ade utk u berpaut jika dhn u rapuh, andai u jatuh pun i sambut dan andai u tergelincir i hadang dengan bdn i...eceyhhhh gaya dah macam ziyad la pulak....ni mesti kes ziyad kuar bertugas sbb 2 i jd benteng nur hahhahahahha

    ReplyDelete
  40. Salam rehan..nak tanya ayah teratai tuh hidup lg ke?coz dalam episod 1 kata teratai terumbang ambing lps ayah dia meninggal dunia..sbb tuh dia xde bekalan dadah n lapar,ketagihan smpi dia accident..then dia masuk dlm pusat pemulihan tuh..

    ReplyDelete
  41. Tia yg dtg kot...tia dgn imej baru...

    ReplyDelete
  42. setia menanti sambungan nyer...

    ReplyDelete
  43. tak abar nak baca ambungan nyer nie.....cepatlah yer..dah tak bole tahan dah nie

    ReplyDelete
  44. Dah lama x update citer ni. Akan dibukukan ke?

    ReplyDelete